LAPORAN TAHUNAN pengawas 2009

					     LAPORAN AKHIR TAHUN BADAN PENGAWAS SMK BANGGI 2010


PENDAHULUAN

Pengawas sekolah merupakan pelajar-pelajar yang terpilih di sekolah oleh guru-guru
kerana akhlak dan ketrampilan yang baik dan cemerlang. Selain itu, pengawas juga di
pilih dari kalangan pelajar-pelajar yang mempunyai kokurikulum dan akademik yang
cemerlang. SMK        Banggi tidak ketinggalan untuk mempunyai badan pengawas
sendiri.berikut adalah serba sedikit laporan organisasi ini sepanjang 2010.

MISI PENGAWAS SMK BANGGI

" Melahirkan pengawas sekolah yang sentiasa disegani dan dihormati melalui;

       disiplin setiap pengawas pada tahap yang tinggi

       peraturan sekolah yang sentiasa dihayati dan dipatuhi

       aktiviti-aktiviti yang dapat melahirkan pelajar yang berkebolehan serta
       berketrampilan dari segala aspek "

VISI PENGAWAS SMK BANGGI

" Melahirkan pengawas sekolah yang berkarisma serta berketrampilan dalam apa jua
bidang sama ada bidang akademik mahu pun bukan akademik, agar dapat memberi
sumbangan kepada sekolah, agama, bangsa dan negara "

MATLAMAT PENGAWAS SMK BANGGI

       Melahirkan pengawas sekolah yang memiliki tahap disiplin yang tinggi di
       samping keputusan akademik yang cemerlang

       Mewujudkan satu pasukan yang sentiasa memberikan komitmen yang tinggi
       terhadap semua tanggungjawab yang diberikan

       Membentuk individu yang memiliki jati diri yang tinggi menerusi aktiviti-aktiviti
       yang dijalankan.




LAPORAN AKHIR TAHUN KOPERASI SMK BANGGI 2011
                                                                                           1
        CARTA ORGANISASI BADAN PENGAWAS SMK BANGGI 2010

                             Peringkat Sekolah

                                 Penasihat
                          Encik Rozlan Bin Hashim

                               Pengerusi
                         Puan Aslina Binti Abdullah

                                Setiausaha
                      Encik Mohd Zulhakimi Bin Zulkepli

                                Ahli-Ahli
                           Semua Guru Disiplin
                          Semua Guru Tingkatan
                        Semua Penyelaras Tingkatan

                             Peringkat Pelajar

                  Ketua Pengawas : Mohd Fazli Bin Patta
              Timbalan Ketua Pengawas : Mohd Asrin Bin Basrin
                        Setiausaha : Julie Bin Kana
                  Bendahari: Ainur Rahmah Binti Hamdan

                        Ajk Eksekutif Disiplin & Tata Tertib
                               Masjahidi Bin Armas
                                Noraisah Binti Jalil

                      Ajk Eksekutif Penerbitan & Pendidikan
                             Larniewati Binti Alipapsan
                             Zaleha Binti Amir Hamzah

                        Ajk Eksekutif Program & Lawatan
                             Fazirah Binti Musaramah
                               Sarujan Bin Mundam

                         Ajk Eksekutif Dawah & Tarbiyah
                               Saharun Bin Ibrahim
                              Norayah Binti Sakirun

                            Ajk Eksekutif Majlis Rasmi
                                 Juraipah Binti Lion




LAPORAN AKHIR TAHUN KOPERASI SMK BANGGI 2011
                                                                2
Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan
        Majlis Perlantikan Rasmi
           o Majlis ini diadakan pada bulan Januari 2010 bertempat di Dewan Bitara
                SMK Banggi. Majlis ini diadakan bersama Pengawas Pusat Sumber dan
                Majlis Ketua Tingkatan 2010.
        Kem Kepemimpinan Malanggang 2010
           o Telah dianjurkan pada bulan April 2010 Di Tamparuli. Mendapat tajaan
                dari badan luar. Program kepemimpinan 3 hari 2 malam ini bertujuan
                untuk mendedahkan ilmu kepemimpinan kepada pelajar.
        Kursus Pengendalian Majlis
           o Diadakan pada Jun 2010 untuk melatih pengawas dalam menganjurkan
                majlis atau upacara sekolah. Pengawas diajar untuk mengendalikan
                perhimpunan dan menggunakan komputer serta peralatan audio sekolah.
        Papan kenyataan pengawas
           o Papan kenyataan ini sentiasa dikemas kini setiap minggu untuk
                kemudahan pelajar mendapatkan info terkini. Terletak di lokasi strategik
                iaitu di hadapan koperasi, papan kenyataan ini memberikan pelbagai
                input bermanfaat buat warga sekolah.
        Bertugas untuk majlis rasmi sekolah
           o Menjalankan tugas rasmi yang telah diamanahkan kepada pengawas
                sekolah.

Aktiviti-aktiviti yang tidak dapat dijalankan:-
        Kerja Amal 2010
        Majlis Jamuan Akhir Tahun
           o Kedua dua aktiviti ini tidak dapat dijalankan kerana maslah kekurangan
                bajet dan kekangan masa.

Perancangan 2011
      Majlis Perlantikan
      Kursus Kepemimpinan
      Projek Hari Guru 2011
      Majlis Sambutan Hari Guru 2011
      Dan tugasan yang akan dimaklumkan kemudian

Penutup

Sekalung penghargaan kepada semua pihak telah banyak membantu dalam
menguruskan badan pengawas 2010. Diharapkan guru yang terplih mentadbir badan ini
pada tahun hadapan akan berusaha untuk memantapkan lagi organisasi ini.


      “Pemimpin Sekolah Hari Ini Adalah Pemimpin Negara Masa Hadapan”


Disediakan oleh                                                   Tarikh




(MOHD ZULHAKIMI BIN ZULKEPLI)


LAPORAN AKHIR TAHUN KOPERASI SMK BANGGI 2011
                                                                                           3

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:2222
posted:11/6/2010
language:Malay
pages:3