PENGURUSAN TEMPAT KERJA

Document Sample
PENGURUSAN TEMPAT KERJA Powered By Docstoc
					                                 MODUL 1
                          PENGURUSAN TEMPAT KERJA
Peraturan keselamatan Semasa di dalam Bengkel / makmal
 Patuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh guru semasa didalam bengkel.
 Pastikan tangan tidak basah
 Pastikan google, mask dan glove dipakai
 Pakai pakaian yang bersesuaian ( tidak dibenarkan memakai tali leher semasa amali)
 Pakai kasut getah
 Jangan sesekali bermain semasa mesin sedang digunakan
 Tidak dibenarkan berada di kawasan mesin terlalu ramai, hanya 2 orang sahaja yang
  dibenarkan pada setiap mesin
 Pelajar yang ingin melihat tunjukcara pada mesin pastikan anda berada diluar garisan
   kuning
 Tutupkan suis sebelum memasukkan plag pada soket elektrik
 Tutupkan suis selepas menggunakan peralatan elektrik
 Jangan cuba sambungkan lebih daripada satu peralatan elektrik pada satu soket elektrik
 Ketahui suis-suis elektrik, khasnya suis utama.
 Jangan sentuh peralatan elektrik yang telah rosak.
 Jangan sentuh peralatan elektrik yang terdedah
 Jangan cuba perbaiki sendiri peralatan elektrik yang telah rosak
 Fahami setiap alatan dan gunakannya dengan cara yang betul
 Jangan sembunyikan peralatan yang sudah rosak
 Elakkkan daripada membiarkan membiarkan terlalu banyak alatan diatas meja
 Simpan alatan di tempat yang dikhaskan selepas digunakan.
 Pastikan terdapat kotak pertolongan cemas di bengkel.
 Langkah-langkah Keselamatan Apabila Berlakunya Kejutan Elektrik

Langkah 1
Tutupkan suis elektrik dengan segera. Jika tiidak pasti punca suis peralatan elektrik, tutupkan
suis utama dengan segera.
Langkah 2
Jangan sentuh mangsa elektrik dengan tangan
Langkah 3
Gunakan kayu atau bahan penebat lain untuk mengasingkan mangsa daripada sebarang
peralatan yang menjadi punca kejutan elektrik.
Langkah 4
Laporkan kepada guru dengan segera.
Isyarat dan Papan Tanda
 Isyarat Umum
                 UTAMAKAN KESELAMATAN


            KECUAIAN MENGUNDANG MAUT


             FIKIR DAHULU SEBELUM BUAT


 Isyarat Khas

           ADAKAH ANDA MEMAKAI GOGLE


                  GUNAKAN PELINDUNG
                     PERNAFASAN
TEKNIK PEMULIHAN PERNAFASAN
1.0 Pernafasan
Proses meresap oksigen ke dalam paru-paru dan karbon dioksida dikeluarkan


2.0 Terhenti pernafasan
Apabila paru-paru tidak dimasuki oksigen selama empat minit, satu keadaan
   tenat akan berlaku kepada sistem pernafasan dan sistem perjalanan darah


Sebab-sebab terhenti pernafasan
i.   Kecederaan parah akibat kemalangan
ii. Kejutan elektrik
iii. Lemas dalam air dan terhidu gas beracun
iv. Tercekik
v. Termakan atau terminum racun
Tanda Am

i.     Sesak nafas
ii.    Nafas berbunyi
iii.   Berbuih mulut
iv.    Lebam bahagian bibir, kuku dan leher
v.     Kelam kabut
vi.    Pengsan
vii.   Kematian


Tindakan

i. Alihkan mangsa dari punca terhenti pernafasan.
ii. Beri pernafasan cemas jika perlu
iii. Mendapatkan bantuan perubatan, jika mangsa itu telah pengsan,
     mulakan cara permulihan pernafasan dengan segera
Cara Pemulihan Pernafasan
a. Cara CPR (Cardio Pulmonary Resuscitation)
b. Cara Holger Nielson
c. Cara Silvester


                    Telentangkan mangsa. Buka mulutnya dan
                    keluarkan sebarang makanan atau halangan.


                    Tolak kepalanya kebelakang seberapa yang boleh
                    dengan merenggangkan lehernya supaya
                    dagunya keatas


                    Buka rahangnya, picit hidung dan sedutlah nafas
                    yang panjang. Letakkan mulut anda keatas
                    mulutnya dan hembuskan udara kedalam paru-
                    paru sehingga dadanya terangkat.
KEBAKARAN


Kebakaran terjadi akibat tindakbalas kimia iaitu tindakan
pengoksidaan yang melibatkan bahan api, oksigen dan haba.
Kelas api     Punca kebakaran                 Jenis pemadam api yang sesuai
            Kayu, kertas, kain dan       a.    Alat pemadam api jenis air
Kelas A     sampah sarap                 b.    Alat pemadam api jenis debu kering
                                         c.    Alat pemadam api secara semburan atau
                                               siraman.
            Minyak, cat, vernis, getah   a.    Alat pemadam api jenis buih (foam)
Kelas B     dan plastik                  b.    Alat pemadam api jenis debu kering
                                         c.    Alat pemadam api jenis karbon dioksida
                                         d.    Jenis wap/halogeneted hidrocarbon
                                         e.    Air secara semburan
            Gas butana, gas propana,     a.    Alat pemadam api jenis debu kering
Kelas C     gas asetilina, gas           b.    Alat pemadam api jenis karbon dioksida
            hidrogen, gas amonia dan     c.    Jenis wap/halogeneted hidrocarbon
            kebocoran elektrik

            Logam kalium, logam          a.    Alat pemadam api jenis debu graphite
Kelas D     natrium, logam kalsium,      b.    Pemadam api jenis soda ash
            logam magnesium, bukan       c.    Pasir kering
            logam sulfur dan fosforus
                                         d.    Khas debu kering jenis T.E.C
JENIS-JENIS ALAT PEMADAM API


1. Pemadam api jenis air
2. Pemadam api jenis buih
3. Pemadam api jenis karbin dioksida
4. Pemadam api jenis debu kering (dry chemical
   powder)
5. Pemadam api jenis halon (halogenated
   hydrocarbon)

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:550
posted:11/6/2010
language:Malay
pages:12