MESIN-MESIN DALAM PEMBUATAN PERABOT by zarudin76

VIEWS: 13,330 PAGES: 37

									MESIN-MESIN DALAM PEMBUATAN PERABOT                             7102      1




                 MESIN-MESIN DALAM
                 PEMBUATAN
                 PERABOT

                   OBJEKTIF
                   AM



UNIT
                          Mengenal dan mengetahui mesin-mesin dalam




5
                          pembuatan perabot.




                   OBJEKTIF KHUSUS


                   Di akhir unit ini anda dapat :

                          Mengenal mesin-mesin yang digunakan dalam
                          pembuatan perabot.
                          Menyatakan fungsi-fungsi setiap mesin.
                          Menerangkan penggunaan dan penyelenggaraan
                          mesin.
                          Membezakan antara kategori-kategori peralatan
                          mesin mengikut penggunaannya.
MESIN-MESIN DALAM PEMBUATAN PERABOT                                              7102    2




      INPUT
5.0 PENGENALAN
Penghasilan kerja kayu tanpa menggunakan mesin, kini telah dianggap sebagai
ketingalan zaman. Berbagai-bagai jenis mesin kayu telah digunakan untuk menghasilkan
berbagai-bagai jenis komponen perabot. Oleh sebab itu, pengetahuan mengenai mesin ini
merupakan sebahagian latihan yang penting bagi semua pekerja dalam perusahaan ini.


Mesin-mesin yang akan dibincangkan kelak merupakan mesin yang biasanya didapati
didalam bengkel. Secara keseluruhannya terdapat 2 jenis mesin iaitu :
               Mesin Mudah Alih
               Mesin Tetap


5.1    MESIN MUDAH ALIH
Dalam perusahaan pembinaan kini, terdapat pelbagai jenis alat berkuasa elektrik mudah
alih untuk digunakan dalam bengkel dan ditepak pembinaan. Alat-alat ini membolehkan
kerja pembinaan dibuat dengan cepat dan mudah. Disamping mengurangkan kos
pembinaan.    Dengan bantuan alat-alat ini, produktiviti dapat dipertingkatkan untuk
memenuhi permintaan pasaran. Alat-alat berikut merupakan sebahagian daripada alat-alat
yang biasa digunakan :



                                                TUMPUKAN
                                               PERHATIAN !
MESIN-MESIN DALAM PEMBUATAN PERABOT                      7102   3



5.1.1 GERUDI




               Rajah 5.1 – Gerudi dan barisan matanya.
MESIN-MESIN DALAM PEMBUATAN PERABOT                                                 7102    4




       5.1.1.2 Gerudi merupakan alat mudah alih yang paling banyak digunakan. Ada
tiga kategori gerudi iaitu ringan, am dan kerja berat yang dihasilkan dalam beberapa saiz
dan julat laju. Gerudi ini direka bentuk untuk menembuk lubang yang berlainan saiznya
pada sebarang bahan. : kayu, konkrit keluli plastik dan lain-lain lagi.


       5.1.2   KETAM BERKUASA
Ketam ini berupaya mengetam berbagai jem\nis kayu. Ia dipasangkan dengan mata mata
100mm lebar yang dilaras untuk mengetam sedalam 3mm. Mata ketam diperbuat
daripada keluli carbon-crome yang boleh ditukar dan kemudiannya boleh diasah apabila
tumpul. Ketam ini boleh digunakan utnuk mengetam ira kayu, melintang ira kayu
ataupun hujung kayu tanpa merosakkannnya. Ketam ini juga dilengkapkan dengan
beberapa pengadang utnuk kegunaan yang tertetntu ( rajah)
MESIN-MESIN DALAM PEMBUATAN PERABOT                                          7102   5




 Rajah 5.2 - Menunjukkan gambar Ketam Berkuasa, Gergaji Jig dan Gergaji Berkuasa.
MESIN-MESIN DALAM PEMBUATAN PERABOT                                              7102    6


       5.1.3   GERGAJI JIG
       5.1.3.1 Gergaji ini antara lain digunakan, untuk membuat potongan dalam yang
beraneka bentuk bagi bahan kayu atau logam yang nipis. Berbagai-bagai jenis mata
gergaji boleh didaptui untuk memotong bahan-bahan yang berlainan.
       5.1.3.2 Apabila menggunakan gergaji jig, bahan yang dikerjakan itu hendaklah
diapat supaya tidak berganjak dan juga dapat mengawal getara yang berlaku semasa
dikerjakan. Kayu keras hingga 50mm tebal boleh dibelah atau dikerat menggunakan
gergaji ini. Bergitu juga kepingan logam, loyang, alumunium, asbestos, plastik dan
bahan-bahan gentian boleh dipotong menggunakan mata yangs sesuai.


       5.1.4   GERGAJI BERKUASA
       5.1.4.1 Gergaji ini mempunyai mata bulat yang berbagai saiz dari 152mm hingga
304 mm. Mata gergaji yangt berlainan boleh ditukarkan untiuk memotong bahan-bahan
seperti batu, bata, jubin, plastik, gentian bumbung, kepingan asbestos, salur air besi
buangan dan lain-lain lagi. Ia boleh dilkaraskan utnuk memotong tegak dan memotong
serong ke sudut 45 darjah secara mengerat dan membelah.
       5.1.4.2 Gergaji ini juga dipasangkan pengadang keselamatan dan alat tambahan
yang lain untuk memudahkan lagi kerja.




                                                Bersedia?
                                             Pengujian Minda
                                              disebelah……
MESIN-MESIN DALAM PEMBUATAN PERABOT                                        7102   7



                AKTIVITI
                UNIT 5 (A)

1   Nyatakan dengan jelas fungsi mesin ketam berkuasa.

2   Mengapakah apit perlu digunakan bersama semasa mengandalikan gergaji jig?
MESIN-MESIN DALAM PEMBUATAN PERABOT                                           7102   8




                   MAKLUMBALAS
                     UNIT 5 (A)

1   Digunakan untuk mengetam mengikut ira kayu, melintang iara kayu ataupun
    hujung kayu tanpa merosakkannya.

2   Apit perlu digunakan supaya bahan yang dikerjakan tersebut tidak bergerak dan
    juga dapat mengawal getaran kuat yang terhasil semasa gergaji jig digunakan.
MESIN-MESIN DALAM PEMBUATAN PERABOT                                                7102   9




      INPUT
5.2     MESIN TETAP
Mesin   tetap merupakan mesin-mesin berat yang besar dan kedudukannya didalam
bengkel adalah tetap dan tidak mudah atau tidak boleh digerakkan. Biasanya, pengendali
mesin terpaksa bergerak dari satu mesin ke mesin yang lain dan membawa benda kerja
untuk diproses oleh mesin tersebut, berbeza dengan mesin mudah alih yang mudah
digerakkan ke mana sahaja.
Mesin-mesin tetap ini mempunyai bentuk fizikal yang besar dan lazimnya memiliki
keupayaan kerja yang tinggi dan sangat berkuasa untuk memproses benda kerja
berbanding mesin mudah alih yang mempunyai keupayaan yang terhad dan minima.
Terdapat beberapa mesin yang lazimnya boleh didapi di setiap bengkel perabot iaitu :




                                                         Mesin tetap - ketam
                                                 tebal…pelubang..permuting..ketam
                                                      lurus…pencanai…gergaji
                                                        bulat…bal..bla..bla…
MESIN-MESIN DALAM PEMBUATAN PERABOT                                                7102    10


    5.2.1 GERGAJI BULAT (Circullar Saw)




    5.2.1.1           Antara mesin-mesin kerja kayu, gergaji bulat ini merupakan mesin
    yang paling berguna. Mesin ini mengandungi empat bahagian utama iaitu :
    a)        rangka besi tuangan
    b)        meja atas
    c)        motor
    d)        mata gergaji piring


    5.2.1.2           Terdapat 3 jenis mata gergaji piring yang digunakan untuk kerja
    am. Iaitu gergaji belah, gergaji kerat dan gergaji kombinasi seperti gergaji tangan,
    gergaji belah digunakan untuk membelah kayu mengikut ira kayu, gergaji kerat
    untuk memotong secara melintang, manakala gergaji kombinasi yang mempunyai
MESIN-MESIN DALAM PEMBUATAN PERABOT                                            7102   11


    gigi membelah dan mengerat pula berfungsi kedua-dua jenis kerja membelah dan
    mengerat.




                 Rajah 5.4 – Jenis dan corak mata gergaji bulat

    5.2.1.3        Sesetengah mesin gergaji boleh berfungsi memotong secara
    serong, samaada diserongkan meja atas atau motornya.


    5.2.1.4       Sebagai    langkah   kemudahan     dan    keselamatan,   beberapa
    pengadang hendaklah digunakan pada gergaji ini antaranya adalah (rajah 2.15) :
MESIN-MESIN DALAM PEMBUATAN PERABOT                                               7102    12


       a)     pengadang dan pencerai – pengadang dipasang diatas meja untuk menutup
              mata gergaji. Pencerai pula dipasang dibelakang mata gergaji untuk
              menceraikan kayu yang telah dipotong dan memastikan benda kerja tidak
              tendang balik semasa dipotong.
       b)     Pemandu membelah – ia merupakan pagar keluli yang lurus diapitkan
              pada meja atas semasa membelah kayu. Pemandi ini digunakan untuk
              memandu potongan yang lurus apabila membelah papan kepada lebar
              yang dikehendaki. Ia juga digunakan apabila melurah, meningkat, menepi
              serong dan membuang persegi. Ujian hendaklah dilakukan dengan kerap
              untuk menentukan pemandu ini selari dengan mata gergaji.
       c)     Tolok rencong – tolok ini digunakan untuk memandu dan menolak benda
              kerja apabila menggergaji secara melintang atau merencong. Tolok ini
              mengesot dalam lurah diatas meja secara selari dengan mata gergaji.
              Penahan tolok boleh dilaras untuk mengerat dari 30 ° - 135°.


       5.2.1.5 Peraturan keselamatan
       Semua mesin kerja kayu hendaklah digunakan dengan cermat supaya dapat
mencegah kemalangan, terutama gergaji bulat. Langkah-langkah yang berikut perlu
difahami dengan betul dan cermat,
       1)     mesin hendaklah sentiasa diminyakkan dengan minyak pelicin setelah
              digunakan
       2)     jangan biarkan alatan dan bahan-bahan bertaburan diatas meja.
       3)     Lantai disekelilin mesin hendaklah sentiasa bersih.
       4)     Periksa mesin terlebih dahulu, sebelum kerja dilakukan.
       5)     Jangan membetul atau menukar alat ganti ssemasa mesin masih berjalan.
       6)     Selalu menggunakan pangadang seperti yang dikehendaki semasa bekerja
              dengan mesin.


       5.2.1.6 Cara Pengendalian Mesin
Pengendalian mesin gergaji bulat ini terbahagi kepada dua operasi iaitu opersi membelah
kayu lebar dan operasi membelah kayu sempit.
MESIN-MESIN DALAM PEMBUATAN PERABOT                                                  7102     13



       5.2.1.7 Operasi Membelah Kayu Lebar
Lebar bermakna jarak antara mata gergaji dengan pengadang pagar dan hendaklah cukup
lebar bagi tangan kanan menolak kayu dengan selamat. Jarak ini tidak kurang daripda
125 mm.
Proses membelah kayu ini adalah seperti berikut :
       1)     Laraskan kedudukan pengadang pagar mengikut labar kayu yang akan
              dibelah dengan mengukur jarak antara pagar dengan gigi gergaji.
       2)     Tempatkan kayu diatas meja dengan menaikan atau menurunkan meja
              melalui rola pelaras sehingga gigi gergaji terunjur dari permukaan kayu
              tidak melebihi 3mm.
       3)     Kayu mesti diletakkan diatas permukaan meja denagan tepi lurusnya
              terasak kepada pengadang pagar.
       4)     Pastikan pengadang pencerai dipasangkan pada tempatnya dan tudung
              pengadang melindungi gigi gergaji diatas meja.
       5)     Tekan suis mesin dan biarkan mesin mencapai kadar laju yang cukup.
              Berdi disebelah tepi kiri mesin dan pegang kayu supaya tangan kiri
              disebelah luar mata gergaji dan tangan kanan diantara mata gergaji dan
              pengadang pagar. Kayu ditolak supaya digergaji mengikut lajunya. Jangan
              tplak kayu terlalu kuat atau terlalu laju sehinggan melebihi had lajunya. Ini
              dapat mencegah gigi gergaji dari terbakar.
       6)     Bahagian kayu yang telah dipotong dibiar jatuh ke hadapan ataupun
              dikutip oleh seorang penolong.
       7)     Apabila mengergaji kayu yang panjang, seorang penolong diperlukan
              untuk memberi bantuan mengutip kayu tersebut.
MESIN-MESIN DALAM PEMBUATAN PERABOT                                                  7102   14


       5.2.1.8 Operasi Membelah Kayu Sempit
Sempit bermakna kayu yang lebarnya kurang daripada 125mm dan apabila terletak antara
mata gergaji dengan pengadang pagar, sukar ditolak dengan tangan.


       1)     letakkan kepingan kayu secara rata diatas meja dan asakkan tepinya ke
              pengadang pagar dengan kuat.
       2)     Gunakan sekeping kayu penolak untuk menolak dan menekan kayu yang
              dibelah, setelah mesin berjalan lancar dengan kadar laju yang cukup.
       3)     Jika kepingan kayu cukup lebar dipegang dengan tangan kiri., maka
              pembelahannya hendaklah dibuat dengan menolak dengan tangan kiri dan
              kayu penolak dengan tangan kanan.
       4)     Jika membelah kepingan kayu yang sempit, pembelahannya bolehlah
              dibuat dengan cara belah dua kali iaitu membelah sehingga separuh
              panjangnya, kemudian membelah dari hujung yang lain hingga sampai ke
              pembelahan yang mula tadi.
MESIN-MESIN DALAM PEMBUATAN PERABOT                         7102   15




   Rajah 5.5 – Menunjukkan cara penggunaan Gergaji Bulat.
MESIN-MESIN DALAM PEMBUATAN PERABOT                          7102   16



                AKTIVITI
                UNIT 5 (B)

1   Nyatakan empat bahagian utama gergaji bulat.

2   Namakan empat jenis mata gergaji bulat.

3   Terangkan prosedur dalam operasi membelah kayu sempit.
MESIN-MESIN DALAM PEMBUATAN PERABOT                                            7102   17




                    MAKLUMBALAS
                      UNIT 5 (B)

1   a)   rangka besi tuangan
    b)   meja atas
    c)   motor
    d)   mata gergaji piring

2   a)      mata gergaji kombinasi untuk mengerat dan membelah secara kasar.
    b)      mata gergaji kombinasi 4 gigi.
    c)      Mata gergagi mengerat
    d)      Mata gergaji membelah


3   a)      Letakkan kepingan kayu secara rata diatas meja dan asakkan tepinya ke
    pengadang pagar dengan kuat.
    b)      Gunakan sekeping kayu penolak untuk menolak dan menekan kayu yang
    dibelah, setelah mesin berjalan lancar dengan kadar laju yang cukup.
    c)      Jika kepingan kayu cukup lebar dipegang dengan tangan kiri., maka
    pembelahannya hendaklah dibuat dengan menolak dengan tangan kiri dan kayu
    penolak dengan tangan kanan.
    d)      Jika membelah kepingan kayu yang sempit, pembelahannya bolehlah
    dibuat dengan cara belah dua kali iaitu membelah sehingga separuh panjangnya,
    kemudian membelah dari hujung yang lain hingga sampai ke pembelahan yang
    mula tadi
MESIN-MESIN DALAM PEMBUATAN PERABOT                                            7102    18




     INPUT
       5.2.2   GERGAJI LENGAN (RADIAL ARM SAW)




                   Rajah 5.6 – Gergaji Lengan (Radial Arm Saw)


       Gergaji lengan merupakan satu mesin kerja kayu yang mempunyai berbagai-bagai
fungsi. Ia boleh digunakan untuk memotong berbagai-bagai jenis bahan seperti kayu,
papan gentian, logam dan jiak dipasangkan dengan mata yang tertentu boleh membuat
kumai, tetingkat, peparit dan beberapa jenis tanggam yang lain. Mesin ini juga boleh
MESIN-MESIN DALAM PEMBUATAN PERABOT                                                    7102    19


menerima berbagai-bagai alat tambah seperti gerudi dan piring pemasir. Bahagian utama
mesin gergaji ini ialah terdiri daripada bahagian-bahagian seperti berikut (rajah ):
       a)      rangka penyokong dan aci
       b)      lengan
       c)      motor
       d)      mata gergaji
       e)      meja
       f)      suis
       g)      pengadang
       5.2.2.1 Langkah-langkah Keselamatan
               1)       matikan suis sebelum membuat sebarang pemasangan dan kerja
                        baru
               2)       pastikan mata gergaji dan pemasangan yang lain diketatkan dengan
                        betul sebelum memulakan kerja.
               3)       Laraskan mata dan pengadang pada kedudukan yang dikehendaki
                        untuk jenis kerja yang berlainan.
               4)       Jaga mesin supaya bersih terutamanya pada gelangsar lengan dan
                        permukaan pengalas
               5)       Apabila menggunakan mesin tumpukan penuh perhatian dan
                        pastikan tangan supaya tidak dekat sangat kepada mata gergaji
                        yang sedang berjalan.


       5.2.2.2 Cara Pengendalian Mesin
       1)      Melaraskan Lengan – lengannya boleh diturunkan dan dinaikan dengan
               melaras pemegang tegak yang terletak dibahagian atas aci, mata gergaji
               hendaklah diturunkan sehingga membuat potongan ke dalam papan meja
               sedalam 1.5mm.
       2)      Memangsi Lengan – lengan mesin ini boleh diputarkan kekiri dan kekanan
               untuk memotong serong atau sudut, apit serong hendaklah dilonggarkan
               dan lengannya dapat dipusingkan ke sudut 90°            atau 45°    . selepas
               lengannya dipangsikan, apit tersebut hendaklah diketatkan.
MESIN-MESIN DALAM PEMBUATAN PERABOT                                              7102   20


      3)      Memutar badan gergaji – badan gergaji boleh diputarkan kepada
              kedudukannya supaya mata gergaji dapat mengerat ayau membelah. Ini
              boleh dilakukan dengan menarik pin yang diatas badan yang tersangkut
              pada lengan.
      4)      Mencodongkan gergaji – sebelum gergaji dapat dicondongkan, ia
              hendaklah dinaikkan supaya mata gergaji lebih tinggi daripada aras
              mejanya. Ini boleh dilakukan dengan melonggarkan pin apit condongnya.
              Mata gergaji boleh dicondong kepada 45, 90 atau secara mendatar.


      5.2.3   MESIN PENGETAM
terdapat dua jenis mesin pengetam iaitu mesin penetam penebal dan mesin pengetam
pelurus yang digunakan untuk meyediakan permukaan kayu supaya licindan
mendapatkan tebal yang dikehendaki.
MESIN-MESIN DALAM PEMBUATAN PERABOT                                                7102    21


       5.2.3.1 MESIN PENGETAM TEBAL




                                                                     Rajah 5.7 – Mesin
                                                                     Pengetam Tebal




       5.2.3.1.1   Mesin ini berfungsi mengetam permukaan kayu menjadikanya licin
dan lurus disamping mendapatkan tebal yang dikehendaki.
       5.2.3.1.2      Mesin ini didapati dalam dua jenis iaitu kepala tunggal dan kepala
kembar (rajah ). Satu rola suap masuk yang bergelugur dipasangkan dibahagian atas meja
untuk menolak kayu masuk semasa kayu tersebut diketam dengan bantuan rola licin suap
masuk yang ditempatkan dibawah meja. Sepasang rola licin suap keluar yang
dipasangkan diatas dan dibawah meja pula membantu kayu ditolak keluar ke
belakangnya.
MESIN-MESIN DALAM PEMBUATAN PERABOT                                           7102    22




              Rajah 5.8 – Mekanisme kerja mesin pengetam tebal


      5.2.3.1.3       Mesin ini juga mempunyai beberapa rola pelaras untuk
melaraskan ketebalan kayu, setengah mesin juga mempunyai rola pelaras untuk kawalan
laju mesin. Kayu yang permukaanya kasar hendaklah diketam laju manakala permukaan
halus dan kayu keras hendaklah diketam laju manakala permukaan halus dan kayu keras
hendaklah diketam dengan perlahan.
MESIN-MESIN DALAM PEMBUATAN PERABOT                                                7102   23


       5.2.3.1.4     Peraturan Keselamatan
       Mesin ini adalah paling selamat digunakan dibangdingkan dengan mesin-mesin
kerja kayu yang lain kerana mata ketam, gear dan bahagian-bahagian lain yang bergerak
adalah tertudung. Walau bagaimanapun, peraturan keselamatan yang berikut haruslah
dipatuhi:
       1)     kepingan kayu yang mengeleding tidak boleh diketam sebelum ianya
              diketam dengan ketam pelurus sehingga rata pada sebelah muka.
       2)     Kayu yang pendek sangat, tidak boleh diketam dengan mesin ini. Kayu
              yang boleh diketam dengan ketam ini ialah tidak kurang daripada 350mm.
       3)     Semasa menggunakan mesin ini, lepaskan tangan sebaik sahaja kayu
              disuap dengan rola suap masuk.
       4)     Jangan letak jari dibawah kepingan kayu semasa mengetam.
       5)     Kepingan kayu yang panjang hendaklah di sokong dengan rola atau
              kekuda dihadapan dan dibelakang mesin.
       6)     Apabila kayu telah disuap masuk, adalah lebih selamat berdiri disebelah
              tepi kerana serpihan kayu yang pecah mungkin terbuang dengan kuat.
       7)     Jangan membongkokkan badan dengan tujuan melihat kedalam rola
              semasa kayu diketam, kerana kepingan yang pecah boleh terpelanting
              dengan kuat.
       8)     Kepingan kayu yang tidak sama tebalnya tidak boleh diketam bersama-
              sama kerana kepingan yang nipis boleh ditendang balik dengan kuat.
       9)     Jangan pakai sarung tangan atau pakaian lain yang longgar semasa bekerja
              dengan mesin ini.
       10)    Mata ketam hendaklah dijaga supaya tajam dan bahagian yang bergerak
              dalam keadaan yang baik.
       11)    Kepingan kayu lama yang hendak diketam mestilah dibersihkan terlebih
              dahulu dan pastikan tiada paku yang melekat kepadanya.
MESIN-MESIN DALAM PEMBUATAN PERABOT                                         7102    24


    5.2.3.1.4        Cara Pengendalian Mesin
    1)     Ukur bahagian yang paling tebal pada kayu yang akan diketam dan
           laraskan meja supaya 1.5mm kurang dartipada tebal kayu mengikut skala
           yang ada pada mesin.
    2)     Tekan suis untuk menghidupkan mesin.
    3)     Tentukan arah ira kayu sebelum menolak kayu masuk kedalam masin.
           Pastikan sebelah muka kayu elok menghala kebawah.
    4)     Jika papan tebal perlu diketam banyak kali, maka kedua-dua belah muka
           papan hendaklah diketamkan berselang seli supaya tebal buangannya sama
           banyak pada kedua-dua belah muka. Ini adalah bertujuan mencegah papan
           menggelending yang berlaku akibatkandungan lembapan yang tidak
           seimbang pada muka papan selepas diketam
    5)     Apabila kepingan kayu pendek tersangkut didalam mesin, gunakan
           sekeping kayu panjang untuk menolak kayu itu keluar.


    5.2.3.2 MESIN KETAM PELURUS (JOINTER)




                Rajah 5.9 – Mesin Ketam Pelurus (Jointer)
MESIN-MESIN DALAM PEMBUATAN PERABOT                                                  7102   25


       5.2.3.2.1         Mesin ini direka dalam beberapa saiz daripada 152mm hingga
915mm lebar. Kepala matanya menagndungi dua, tiga atau empat pisau yang boleh
diputarkanselaju 4500 putaran perminit. Bahgian-bahagian utama bagi mesin ini adalah
seperti yang berikut(rajah):
       1)      Badan – ia diperbuat daripada rangka keluli atau besi tuangan
       2)      Motor – A.C motor dipasangkan didalam badannya.
       3)      Meja – ada dua meja sebagai suap masuk dan suap luar
       4)      Pagar – ia dipasangkan diatas meja untuk menahan kayu semasa diketam
       5)      Pengadang – ia diperbuat daripada sekeping besi yang dipasangkan diatas
               meja untuk menutup kepala mata sebagai langkah menjaga keselamatan
       6)      kepala mata – ia diperbuat daripada sebatang besi bulat yang mempunyai
               lubang alur untuk menerima keping pisau ketam yang diketatkan padanya.
               Kepala mata ini diputarkan oleh motor melaui pemacu tali sawat.
       7)      rola pelaras meja – ada dua rola, satu untuk melaraskan meja suap masuk
               dan satu lagi untuk melaras meja suap keluar.
       8)      Suis – ia dipasang ditepi badanya supaya senangdigunakan untuk
               menghidupkan dan mematikan motor.
       5.2.3.2 Peraturan Keselamatan
       1)      semasa menggunakan mesin ini tumpukan sepenuh perhatian. Jangan
               bergurau senda dan melihat kearah yang lain.
       2)      Jaga pisau ketamnya supaya sentiasa tajam dan dilaras dengan betul bagi
               mencegah tendang balik.
       3)      Jangan mengetam kepingan kayu yang panjangnya kurang daripada
               250mm, lebarnya kurang daripada 25mm atau tebalnya kurang daripada
               12mm.
       4)      Gunakan blok tolak untyuk menolak kepingan kayu apabila mengetam
               muka rata terutamanya pada kepingan kayu yang pendek dan nipis.
       5)      Jangan memegang kayu terlalu dekat pada mata ketam atau pada hujung
               kayu.
       6)      Jangan laras atau tukar pengadang mesin apabila mesin sedang hidup.
MESIN-MESIN DALAM PEMBUATAN PERABOT                                            7102    26


      7)      Sentiasa gunakan pengadang mesin ini kecuali pada masa membuat
              tetingkat.
      8)      Sarung tangan, tali leher dan pakaian yang longgar tidak boleh dipakai
              semasa membuat kerja dengan mesin ini.


      5.2.4   MESIN PELUBANG




                    Rajah 5.10 – Dua jenis mesin pelubang


      5.2.4.1 Mesin pelubang digunakan untuk menebuk lubang pada kayu yang
digunakan dalam tanggam lubang dan putting dengan cepat dan tepat. Ada tiga jenis
mesin pelubang yang boleh digunakan dalam perusahaan kayu :
              a)      mesin pelubang pahat – mesin ini menggunakan pelubang pahat
                      yang bersegiempat dan mata gerudi bulat untuk menghasilkan
                      lubang
MESIN-MESIN DALAM PEMBUATAN PERABOT                                           7102    27


          b)     mesin pelubang rantai – ia mempunyai mata pemotong yang
                 berupa gergaji rantai kecil dan menghasilkan lubang yang
                 berbentuk bulat dibahagian bawahnya.
          c)     Mesin pelubang pahat bersalingan – ia mempunyai batang besi
                 padu bergigi pada mata pemotongnya. Lubang dibuat dengan
                 getaran mata ini kedepan pada mata pemotongnya, lubang dibuat
                 dengan getaran mata ini kedepan dan kebelakang. Mesin ini boleh
                 membuat lubang pada kayu secara menegak dan secara mendatar
                 (rajah)


    5.2.4.2 Bahagian-bahagian utama pelubang pahat
          a)     Badan - ia diperbuat daripada keping keluli tau besi tuangan untuk
                 menghasilkan lubang.
          b)     Aci – ia adalah sebahagian daripada badan pelubang yang
                 berfungsi melaras motor untuk dinaikkan atau diturunkan.
          c)     Motor – ia berkuasa eletrik yang memusingkanmata gerudi untuk
                 menebuk lubang.
          d)     kepala pahat dan mata gerudi – kepala pahat berbentuk segiempat
                 dengan hujungnya tajam dan berliang ditengahnya. Saiznya dari
                 6mm hingga 64mm. Mata gerudi dipasangkan didalam pahat ini.
                 Saiz gerudi yang digunakan hendaklah mengikut saiz pahat.
          e)     Pemijak – apabila membuat lubang, pekerja hendaklah memijak
                 pemijak ini supaya pahat menembusi lubang. Pemijak ini dikaitkan
                 pada motor yang dilaras pada aci untuk dinaikan dan diturunkan.
          f)     Meja – ia diperbuat daripada besi tuangan dan ditempatkan
                 ditengah badannya untuk menyokong kayu yang akan dilubangkan.
          g)     Pagar – pagar ini adalah daripada kepingan besi yang dipasakkan
                 di sebelah belakang meja untuk menahan kayu yang dikerjakan.
          h)     Apit skru – apit ini ditempatkan dihadapan meja untuk megapitkan
                 kayu yang dikerjakan supaya lubangd apat dibuat dengan tepat dan
                 selamat.
MESIN-MESIN DALAM PEMBUATAN PERABOT                                           7102    28


            i)    Rola Pelaras - rola pelaras ini difgunakan utnuk menggerakkan ke
                  kiri dan ke kanan semasa membuat lubang. Satu lagi rola pelaras
                  mengawal gerakan meja samada ke depan aatau ke belakang.
            j)    Suis – suis ini mengawal kuasa elektrik yang disambungkan
                  kepada motor.


    5.2.5   PEMUTING




                       5.11 – Dua jenis mesin pemuting


            5.2.5.1 Putting boleh dibuat dengan gergaji tangan ataupun mesin
    gergaji. Amalan ini hanya dilakukan jika hendak membuat suatu atau dua putting
    sahaja. Akan tetapi, dalam perusahaan kerja kayu memerlukan penghasilan
    putting yang banyak, mamesinpemuting perlu digunakan. Ada dua jenis mesin
    permuting iaitu permuting satu hujung dan permuting dua hujung.
            5.2.5.2 Permuting satu hujung memotonng putting pada satu hujung kayu
    sahaja dalam satu operasi. Jika hujung kayu yang lain hendak dibuatkan putting,
    operasi kedua hendaklah dilakukan.
            5.2.5.3 Permuting dua hujung berdaya memotong putting pada kedua-dua
    hujung kayu dalam satu operasi. Mesin ini juga boleh digunakan untuk momotong
    dadu dan kumai yang lain. (rajah)
MESIN-MESIN DALAM PEMBUATAN PERABOT                                         7102    29


          5.2.5.4 Bahagian-bahagian utama mesin permuting.
          a)      kepala permuting – kepala ini terdiri daripada rola besi bulat,
                  mempunyai tiga alur untuk menerima pisau pemotong dan empat
                  alur untuk menerima taji (spur). Sepasang kepala permuting
                  dipasangkan pada atas dan bawah meja supaya putting dapat
                  dibuat sekaligus.
          b)      Gergaji bulat. Gergaji ini mototong hujung putting yang
                  berlebihan dan mendapatkan hujungnya berbentuk sudut tepat.
                  Gergaji ini berbentuk bulat dan bergigi mengerat.
          c)      Kepala Koping - kepala ini berfungsi membuat koping pada bahu
                  putting.




       Rajah 5.12 - Menunjukkan bahagian dan struktur kepala permuting.
MESIN-MESIN DALAM PEMBUATAN PERABOT                                                 7102   30


       5.2.6   PENCANAI




                     Rajah 5.13 – Mesin Pencanai


       5.2.6.1 Mesin ini terdiri daripada satu motor yang dipasakkan di atas meja. Pada
pengumpar motor, dipasangkan rola canai yang diperbuat daripada batu ‘korborundum’.
Biasanya, satu pengumpar dipasngkan dengan rola canai gred halus dan satu laggi
dipasangkan dengan rola canai gred kasar. Alat-alat tangan seperti pahat, mata ketam,
mata gerudi dan sebagainya ditajamkan dengan mesin pencanai ini.
Setelah alam digunakan, rola canai perlu dibersihakan dengans salah satu cara berikut :
               a)     rola canai ini perlu dikisarkan dengan kikir yang dikenali sebagai
                      ‘dressing’.
               b)     Ia hendaklah direndamkan dalam minyak tanah
               c)     Ia hendaklah dipanaskan dalam dapur.
MESIN-MESIN DALAM PEMBUATAN PERABOT                                                7102   31


       5.2.6.2 Peraturan Keselamatan
Selain daripada mengikuti peraturan keselamatan am, peraturan berikut adalah khas
untuk mesin pencanai.
       a)     memakai pelindung mata semasa menggunakan mesin ini. Apabila
              mencanai, serpihan logam yang halus akan terhumban keluar dan besar
              kemungkinan serpihan ini akan memauski mata dan ini perlu dicegah.
       b)     Alat yang dikerjakan hendaklah dipegang dengan ketat oleh penahan yang
              dibekalkan untuk mendapatkan sudut yang dikehandaki disamping
              mencegah alat itu dari tercampak keluar daripada kawalan tangan.
       c)     Gunakan minyak atau cecair penyejuk semasa mencanai untuk mencegah
              alat logam terbakar.
MESIN-MESIN DALAM PEMBUATAN PERABOT                                   7102   32



                AKTIVITI
                UNIT 5 (C)

1   Namakan semua bahagian penting pada mesin Gergaji Lengan.

2   Terangkan dengan jelas mesin pelubang rantai.

3   Terangkan tiga cara pembersihan roda canai pada mesin pencanai.

4   Terangkan 3 bahagian utama kepala permuting.
MESIN-MESIN DALAM PEMBUATAN PERABOT                                              7102    33




                     MAKLUMBALAS
                       UNIT 5 (C)

1     a)     lengan pemutar
      b)     skala condong
      c)     suis
      d)     pemancut habuk kayu
      e)     skala serong
      f)     penahan tending balik
      g)     kerangka meja
      h)     meja
      i)     pagar
      j)     mata gergaji
      k)     pengadang
      l)     aci

2     Ia mempunyai mata pemotong yang berupa gergaji rantai kecil dan menghasilkan
      lubang berbantuk bulat untuk menghasilkan lubang.

3     a) Roda canai perlu dikisarkan dengan kikir yang dikenali sebagai alat
      ‘dressing’.
      b) Ia hendaklah direndamkan dengan minyak tanah
      c) Ia hendaklah dipanaskan dalam dapur.

4
3 bahagian utama mesin permuting.
      a)     kepala permuting – kepala ini terdiri daripada rola besi bulat, mempunyai
             iga alur untuk menerima pisau pemotong dan empat alur untuk menerima
             taji (spur). Sepasang kepala permuting dipasangkan pada atas dan bawah
             meja supaya putting dapat dibuat sekaligus.
      b)     Gergaji bulat. Gergaji ini mototong hujung putting yang berlebihan dan
             mendapatkan hujungnya berbentuk sudut tepat. Gergaji ini berbentuk bulat
             dan bergigi mengerat.
      c)     Kepala Koping - kepala ini berfungsi membuat koping pada bahu putting
MESIN-MESIN DALAM PEMBUATAN PERABOT                                           7102   34




                       PENILAIAN
                       KENDIRI 5

  1)   Tandakan ( / )bagi penyataan yang benar dan (x ) bagi penyataan yang salah

       a) Mesin permuting digunakan khas untuk kerja-kerja menebuk lubang ( )

       b) Kepala mata (cutter head) merupakan salah satu daripada bahagian utama
          bagi mesin ketam pelurus                                            ( )

       c) Terdapar 3 jenis mesin pelubang yang biasa digunakan didalam
          perusahaan kayu iaitu mesin pelubang pahat, mesin pelubang rantai dan
          mesin pelubang pahat bersalingan.                                   ( )

       d) Gergaji berkuasa merupakan salah satu daripada kategori mesin-mesin
          besar                                                               ( )
MESIN-MESIN DALAM PEMBUATAN PERABOT                                         7102   35


  2)   Padankan penyataan dibawah mengikut kesusaian

          Mesin                                            fungsi

          Mesin pengetam                     digunakan untuk membuat potongan
                                             dalam yang beraneka bentuk bagi
                                             bahan kayu atau logam yang nipis.


          Mesin pelubang                     digunakan      untuk      memotong
                                             berbagai-bagai jenis kayu, logam,
                                             dan papan gentian

          Mesin gergaji lengan               digunakan untuk membuat tanggam
                                             lubang dan putting dengan cepat dan
                                             tepat

           Gergaji Jig                       menyediakan        permukaan   kayu
                                             supaya licin dan mendapatkan tebal
                                             yang dikehendaki.


  3)   senaraikan 10 bahagian utama bagi mesin pelubang pahat


  4)   Anda dikehendaki oleh pensyarah anda untuk membuat satu tanggan lubang
       dan tanggam permuting yang telah siap diketam, nyatakan mesin-mesin yang
       anda akan digunakan


            Sila buat pembacaan dan
          pemahaman semula jika anda
             masih ragu-ragu akan
                  jawapannya.!
MESIN-MESIN DALAM PEMBUATAN PERABOT                                            7102   36




                    MAKLUMBALAS
                  PENILAIAN KENDIRI 5


1)

       a) Mesin permuting digunakan khas untuk kerja-kerja menebuk lubang (x )

       b) Kepala mata (cutter head) merupakan salah satu daripada bahagian utama
          bagi mesin ketam pelurus                                            (/)

       c) Terdapar 3 jenis mesin pelubang yang biasa digunakan didalam
          perusahaan kayu iaitu mesin pelubang pahat, mesin pelubang rantai dan
          mesin pelubang pahat bersalingan.                                   (/)

       d) Gergaji berkuasa merupakan salah satu daripada kategori mesin-mesin
          besar                                                               (x)

2)            Mesin                                       fungsi

          Mesin pengetam                      digunakan untuk membuat potongan
                                              dalam yang beraneka bentuk bagi
                                              bahan kayu atau logam yang nipis.


          Mesin pelubang                      digunakan       untuk       memotong
                                              berbagai-bagai jenis kayu, logam,
                                              dan papan gentian

          Gergaji lengan                      digunakan untuk membuat tanggam
                                              lubang dan putting dengan cepat dan
                                              tepat

           Gergaji Jig                        menyediakan          permukaan   kayu
                                              supaya licin dan mendapatkan tebal
                                              yang dikehendaki.
MESIN-MESIN DALAM PEMBUATAN PERABOT                                            7102    37


3
               i. Badan - ia diperbuat daripada keping keluli tau besi tuangan untuk
                  menghasilkan lubang.
              ii. Aci – ia adalah sebahagian daripada badan pelubang yang
                  berfungsi melaras motor untuk dinaikkan atau diturunkan.
              iii. Motor – ia berkuasa eletrik yang memusingkanmata gerudi untuk
                  menebuk lubang.
              iv. kepala pahat dan mata gerudi – kepala pahat berbentuk segiempat
                  dengan hujungnya tajam dan berliang ditengahnya. Saiznya dari
                  6mm hingga 64mm. Mata gerudi dipasangkan didalam pahat ini.
                  Saiz gerudi yang digunakan hendaklah mengikut saiz pahat.
               v. Pemijak – apabila membuat lubang, pekerja hendaklah memijak
                  pemijak ini supaya pahat menembusi lubang. Pemijak ini dikaitkan
                  pada motor yang dilaras pada aci untuk dinaikan dan diturunkan.
              vi. Meja – ia diperbuat daripada besi tuangan dan ditempatkan
                  ditengah badannya untuk menyokong kayu yang akan dilubangkan.
             vii. Pagar – pagar ini adalah daripada kepingan besi yang dipasakkan
                  di sebelah belakang meja untuk menahan kayu yang dikerjakan.
            viii. Apit skru – apit ini ditempatkan dihadapan meja untuk megapitkan
                  kayu yang dikerjakan supaya lubangd apat dibuat dengan tepat dan
                  selamat.
              ix. Rola Pelaras - rola pelaras ini difgunakan utnuk menggerakkan ke
                  kiri dan ke kanan semasa membuat lubang. Satu lagi rola pelaras
                  mengawal gerakan meja samada ke depan aatau ke belakang.
               x. Suis – suis ini mengawal kuasa elektrik yang disambungkan
                  kepada motor.


4   dua jenis mesin yang digunakan ialah :
       b)      mesin permuting
       c)      mesin pengetam
       d)      mesin pelubang

								
To top