Docstoc

KEMASIAPAN

Document Sample
KEMASIAPAN Powered By Docstoc
					KEMASIAPAN                                           7102    1




             KEMASIAPAN


             OBJEKTIF
             AM



UNIT
                    Memahami dan mengetahui kaedah dan




8
                    tatacara kemasiapan perabot.




             OBJEKTIF KHUSUS

             Di akhir unit ini anda dapat :

                    Mengenal jenis-jenis kemasan.
                    Menerangkan jenis-jenis kemasan.
                    Menghuraikan bagaimana amalan keselamatan
                    dapat    dipraktikkan   secara   efektif dalam
                    pengendalian alat dan mesin di kilang dan di
                    bengkel.
KEMASIAPAN                                                                7102     2




      INPUT
8.0      PENGENALAN
Kemasiapan kayu bolehlah didefinisikan sebagai satu seni dan juga satu sains dalam
aplikasi kepada lapisanpermukaan yang lutsinar, pra-lutsinar dan tidak lutsinat, yang
mana ini akan melindungi dan menimbulkan kecantikan asli kayu atau melindungi
kecacatan, warna serta tekstur yang tidak diingini supaya hasilnya bahan kayu itu
menjadi cantik.


8.1      TUJUAN KEMASIAPAN
Fungsi-utama kemasiapan adalah untuk perlindungan dan menimbulkan kecantikan
yang terlindung pada kayu.


         Perlindungan :
      Kemasiapan yang sempurna dapat melindungi permukaan kayu daripada elemen yang
      boleh merosakkan.


         Nilai kecantikan :
      Pengunaan bahan kemasiapan yang lut sinar dapat membangkitkan kecantikan asli
      kayu dengan memberi tumpuan kepada urat kayu serta menentukan warna dan
      kilatannya.
KEMASIAPAN                                                                   7102     3




8.2       FAKTOR PENGGUNAAN KEMASIAPAN
Faktor-faktor utama penggunaan kemasiapan dalam kerja kayu terbahagi kepada empat
perkara iaitu :


                  Penggunaan yang memudahkan
                  Kos
                  Ketahanan dalam pengunaan
                  Penampilan/rupa akhir


8.3      PENYEDIAAN DALAM KEMASIAPAN KAYU
Terdapat beberapa langkah dan proses dalam penyediaan bahan kemasiapan kayu.
Antaranya adalah seperti berikut :


      8.3.1   PEMELASAN (sanding)
      Pemelasan merupakan salah satu proses dimana permukaan kayu dilicinkan untuk
      tujuan proses kemasiapan dapat dilakukan dengan sempurna.
         Pemelasan dibuat mengikut arah ira.
         Penggunaan kertas pasir haruslah mengikut penggunaannya. Penggunaan kertas
         pasir kasar akan mencalarkan permukaan kayu.


      8.3.2   LEKUK DAN LEBAM
      Lekuk dan lebam merupakan kecacatan kayu yang perlu diatasi sebelum proses
      kemasiapan dilakukan. Terdapat dua keadah yang digunakan untuk mengatasi
      masalah ini iaitu :
              lekuk dan lebam dipelas menggunakan kertas pasir atau sanding machine jika
              ia melibatkan kerosakan kecil.
              Penggunaan alkohol adalah salah satu cara yang dapat digunakan. Tuangkan
              sedikit alkohol ke atas permukaan lekuk dan lebam dan kemudian nyalakan
              api,.haba akan mengembangkan kawasan yang rosak.
KEMASIAPAN                                                                7102         4




  8.3.3    PENUTUP IRA KAYU (FILLER)
  Penutup ira kayu ialah satu bahan berupa cecair pekat yang digunakan untuk
  memberikan satu lapisan nipis yang memenuhi rongga-rongga permukaan kayu yang
  halus.
  Terdapat dua bahan yang digunakan iaitu :
              Puty
  -   Sejenis bahan yang berasaskan air
  -   Sesuai digunakan dengan tangan
  -   Apabila disapu ia akan bertukar menjadi sejenis filler yang akan menutup ira
      kayu.
  -   Filler dibiarkan kering sebelum pemelasan dilakukan.
  -   Sesuai untuk permukaan yang rata.
              Filler berasaskan minyak
  -   Filler jenis biasa memerlukan masa pengeringan yang lama.
  -   Ia terhad kepada beberapa jenis coating yang digunakan untuk kerja kemasiapan.
  -   Merupakan kaedah tradisional.


  8.3.4    PEWARNAAN (STAIN)
  Pewarnaan ialah satu bahan cecair pekat berupa ‘filler’ tetapi ia berfungsi
  memberikan pewarnaan tambahan atau semulajadi kepada yang tersebut.
  Terdapat 2 jenis pewarna iaitu:
              Pewarna spirit (spirit stain)
      -    dicairkan dengan thinner lambat kering untuk mengurangkan kepekatan
           warna.
      -    Pewarna jenis ini memerlukan kaedah penyemburan (spray)
              Terdapat 3 kaedah penyemburan iaitu:
              a)     Penyembur sedutan (suction gun)
              b)     Periuk tekanan
KEMASIAPAN                                                                      7102   5


               c)       Airless dan air-assisted airless (hujung)
     -    Pewarnaan hendaklah disembur menggunakan tekanan udara yang betul dan
          sesuai
                    Pewarna sapuan
     -    Berasaskan polyurethane
     -    Dicairkan menggunakan pencair dan disapu menggunakan kain buruk yang
          tidak berbulu.
     -    Sapukan pewarna kedalam ira dan buang lebihannya.
     -    Pastikan permukaan basah semasa menyapu pewarna sapuan.
     -    Pewarna sapuan boleh juga disemburkan untuk meningkatkan pengeluaran
          dan dibuang.
     -    Kebaikan jenis ini ialah ia sesuai digunakan untuk operator yang tak mahir,
          dan juga pewarnaan yang dilakukan dikawasan yang terlindung




  8.3.5   SEALER
     8.3.5.1 Sealer merupakan satu bahan yang akan memberikan permuakaan yang
     lutsinar terhadap permuakaan kayu dan secara langsung dapat mencantikkan kayu
     tersebut.

      8.3.5.2           Setelah ira kayu ditutup dan distain ia telah sedia untuk proses
     sealer. Sealer mempunyai beberapa kebaikan iaitu :
          Memudahkan proses pemelasan
          Bentuk/binaan yang kental
          Pengeringan yang cepat
          Menjimatkan kos buruh
     8.3.5.3            Terdapat 3 jenis sealer yang utama iaitu:
               a)       Sealer pre catalysed lak r - proses pengeringan yang cepat. Ianya
                        produk 1 pek
               b)       Sealer acid catalysed - masa pengeringan yang lama mempunyai
                        isipadu pejal yang tinggi dan perlukan lapisan yang sedikit.
KEMASIAPAN                                                                     7102         6


               c)      Sealer 2 pek jenis polyurethane - lapisan pepejal yang tinggi dan
                       tidak bertindakbalas kepada pelarut yang datang dari lapisan atas.


  8.3.5.4      TONE SHADING
  -   Pencorakan warna boleh dilakukan selepas proses sealer selesai.
  -   Pewarna (stain) merupakan permulaan bagi asas-asas warna.
  -   Penyeragaman corak warna dan shade (bayangan) boleh dilakukan dengan
      menggunakan prosedur pengecatan yang ringkas dan sesuai.
  -   Formula untuk tone shade
      -     1 bahagian loke N/C atau precat atau A/C
      -     1 bahagian thinner
      -     2.5-5 peratus pewarna spirit (warna jernih) atau pewarna laker
      campurkan kesemua bahagian tersebut dan kacau setelah siap dibancuh campuran
      tersebut bolen digunakan dengan kaedah penyemburan.


      8.3.5.5 LAPISAN ATAS (TOP COAT) YANG JERNIH
  -   Spray 2-3 lapisan atas yang jernih (clear top coat)
  -   Lapisan ini dibiarkan mengering 5-10 minit sebelum penyemburan lapisan
      berikutnya dilakukan
  -   Semua habuk debu hendaklah dipelas dengan perlahan menggunakan kertas pasir
      bergrit p400 untuk mengelakkan kesan calar pada permukaan.
KEMASIAPAN                                                                  7102   7




                      AKTIVITI
                      UNIT 8 (A)

  1) Berikan difinisi kemasiapan secara ringkas


  2) Terdapat beberapa langkah dan proses dalam penyediaan bahan kemasiapan kayu.
     Jelaskan 3(tiga) langkah awal didalam proses tersebut


  3) Nyatakan empat faktor utama yang perlu diambil perhatian semasa membuat
     pemilihan bahan kemasiapan.


  4) Sealer merupakan salah satu daripada 7 langkah didalam penyediaan atau proses
     didalam kemasiapan. Jelaskan kebaikan sealer didalam proses tersebut


  5) Kemasiapan merupan satu proses terakhir didalam proses pembuatan sesuatu
     produk. Nyatakan tujuan proses kemasiapan secara terperinci.
KEMASIAPAN                                                             7102     8




                        MAKLUMBALAS
                          UNIT 8 (A)

  1) Kemasiapan kayu bolehlah didefinisikan sebagai satu seni dan juga satu sains
     dalam aplikasi kepada lapisanpermukaan yang lutsinar, pra-lutsinar dan tidak
     lutsinat, yang mana ini akan melindungi dan menimbulkan kecantikan asli kayu
     atau melindungi kecacatan, warna serta tekstur yang tidak diingini supaya
     hasilnya bahan kayu itu menjadi cantik.
  2) Terdapat 3 langkah awal didalam proses penyediaan kemasiapan antaranya adalah
     seperti berikut:


     PEMELASAN (sanding)
            Pemelasan dibuat mengikut arah ira.Penggunaan kertas pasir haruslah
     mengikut penggunaannya. Penggunaan kertas pasir kasar akan mencalarkan
     permukaan kayu.


     LEKUK DAN LEBAM
            Lekuk dan lebam merupakan kecacatan kayu yang perlu diatasi sebelum
     proses kemasiapan dilakukan. Terdapat dua keadah yang digunakan untuk
     mengatasi masalah ini iaitu :
        lekuk dan lebam dipelas menggunakan kertas pasir atau sanding machine jika
        ia melibatkan kerosakan kecil.
        Penggunaan alkohol adalah salah satu cara yang dapat digunakan. Tuangkan
        sedikit alkohol ke atas permukaan lekuk dan lebam dan kemudian nyalakan
        api,.haba akan mengembangkan kawasan yang rosak.
KEMASIAPAN                                                                 7102     9




      PENUTUP IRA KAYU (FILLER)
                Terdapat dua bahan yang digunakan iaitu :
        Puty
                 Sejenis bahan yang berasaskan airSesuai digunakan dengan tangan
      Apabila disapu ia akan bertukar menjadi sejenis filler yang akan menutup ira
      kayu. Filler dibiarkan kering sebelum pemelasan dilakukan. Sesuai untuk
      permukaan yang rata.


       Filler berasaskan minyak
             Filler jenis biasa memerlukan masa pengeringan yang lama.Ia terhad kepada
      beberapa jenis coating yang digunakan untuk kerja kemasiapan.Merupakan
      kaedah tradisional.


3) faktor-faktor utama penggunaan kemasiapan dalam kerja kayu terbahagi kepada mpat
      perkara iaitu :
                Penggunaan yang memudahkan
                Kos
                Ketahanan dalam pengunaan
                Penampilan/rupa akhir
4) Setelah     ira kayu ditutup dan distain ia telah sedia untuk proses sealer. Sealer
      mempunyai beberapa kebaikan iaitu :
             Memudahkan proses pemelasan
             Bentuk/binaan yang kental
             Pengeringan yang cepat
             Menjimatkan kos buruh
KEMASIAPAN                                                           7102    10



5) Fungsi-utama        kemasiapan    adalah      untuk     perlindungan     dan
   menimbulkankecantikanyang terlindung pada kayu.


      Perlindungan :
   Kemasiapan yang sempurna dapat melindungi permukaan kayu daripada elemen yang
   boleh merosakkan.


      Nilai kecantikan :
   Pengunaan bahan kemasiapan yang lut sinar dapat membangkitkan kecantikan asli
   kayu dengan memberi tumpuan kepada urat kayu serta menentukan warna dan
   kilatannya.
KEMASIAPAN                                                                     7102   11




   INPUT
 8.4 JENIS-JENIS BAHAN KEMASIAPAN
 Terdapat beberapa jenis bahan kemasiapan yang utama antaranya adalah seperti
 berikut:


      8.4.1     Cat
                Cat adalah suatu bahan cair yang bilamana disapu atau sesuatu permukaan
            akan membentuk satu lapisan yang pejal, sekata dan melekat pada permukaan
            tersebut.
                fungsi cat adalah untuk menghiasi dan melindungi sesuatu bahan yang
            ingin dicat.

                Cat telah digunakan selama bertahun lamanya untuk dekorasi dan sebagai
            pelindung dari kesan cuaca. Cat digunakan untuk meningkatkan keadaan
            benda kerja dan menjadikannya selamat, bersih, sanitasi dan meningkatkan
            kesan pencahayaan dan pemanasan.


                Cat bancuhan air, dibuat dari kasein dan putih telur atau gam telah
            digunakan oleh orang mesir seawal 3000-2000 sebelum masihi. Selama
            berabad lamanya hanya sedikit sahaja penggunaan cat diprattikan.


                Pada zaman awal koloni Amerika, sedikit kapur putih dan air dibuat
            campuran bancuhan putih dan ia digunakan sebagai cat. Pada awal abad ke-
            20, gam binatang dan whiting (kapur dari bukit cliff di dover england) telah
KEMASIAPAN                                                             7102    12


      dicampur untuk digunakan sebagai penjilid untuk pigmen. Colsimine pain ini
      tidak mudah di basuh.


          Cat kasein telah dibangunkan sama lamanya dengan cat calcimine. Ia
      mengandungi kasein, kapur, bahan awet dan pigmen-pigmen warna.


          Minyak sayuran boleh dijadikan minyak resin dan cat latex-emulsi. Latex
      hanya boleh diambil dari ekstrak pokok getah tetapi ia kini boleh diperolehi
      dari pelbagai resin sintetik.


          Cat berasaskan minyak adalah paling ppular digunakan . ia digunakan
      dengan banyaknya samaada dalam warna putih atau pigmen bewarna untuk
      cecair. Cat ini digunakan untuk kedua-dua kemasan dan luar dan dalam.


          Sebuah rumah yang dicat baik mestilah mengandungi sekurang-kurangnya
      65% pigmen dan baki 35% atau kurang.


          Minyak biji rami adalah yang paling penting diantara kesemua minyak
      kering kerana ia adalah dari biji pokok flax. Minyak kering adalah minyak
      cecair dimana ia digunakan untuk lapisan nipis filem, mengering atau
      mengeras pada 48 jam selepas terdedah kepada suhu bilik.


          Minyak ini perlu mengandungi 80%-90% vehicle dengan thinner dan
      mengering membentuk baki serbuk.


          Sayuran, binatang atau pigmen bewarna mineral ditambah lebihan pigmen
      ini sedikit menutupi permukaan, tetapi keutamaannya untuk mencegah
      pigmen lain dari bertukar bentuk.
KEMASIAPAN                                                                  7102    13




    8.4.2   Varnis
    8.4.2.1 Sejarah varnish,
       Berasal daripada perkataan latin iaitu vernix
       Resin fosil dan copal merupakan antara bahan yang diperlukan didalam
    struktur varnis
       Copal sejenis resin yang terdapat didalam sejenis pokok diambil di negara
    africa congo dan di india.
       Selain daripada itu varnis juga dipercayai diambil bersempena dengan nama
    isteri raja mesir iaitu puteri negara cyrene yang bernama berenice.


    8.4.2.2 Komposisi Varnis
     Varnis terdiri daripada 4 bahan utama iaitu
            Resin
            Minyak
            Turpentine
            Agen pengering


    8.4.2.3 Varnis dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu


             Long oil -Untuk permukaan luar yang kerap terdedah dengan air dan
                      -ambil masa pengeringan yang lama iaitu antara 12-24 jam
                    -terdiri daripada 45.36 kg minyak dan sedikit campuran resin.


            Medium oil -sejenis varnis yang sesuai digunakan untuk permukaan lantai.
                    -terdiri daripada 18.14 minyak dan 45.36 kg resin.
                    -Masa pengeringan selama lebih kurang 12 jam.


            Short oil -digunakan untuk tujuan gosok dan polish
                    -terdiri daripada 4.5 kg minyak dan 45.36 kg resin
KEMASIAPAN                                                               7102      14


                   -masa pengeringan antara 24-48 jam.




                       AKTIVITI
                       UNIT 8 (B)

  1) Berikan difinisi cat secara ringkas

  2) Tandakan ( / )bagi penyataan yang benar dan (x ) bagi penyataan yang salah

         a) Cat berfungsi sebagai pelindung kepada sesuatu permukaan              ( )

         b) Cat bancuhan air dibuat dengan mencampurkan putih telur dengan gam
            binatang                                                       ( )

         c) Varnis berasal daripada perkataan latin iaitu vernix                  ( )

         d) Varnis terdiri daripada 4 bahagian utama iaitu resin minyak, thinner dan
            agen pengering                                                      ( )

  3) varnish dibahagikan kepada 3 bahagian yang utama iaitu long oil, medium oil dan
     short oil. Jelaskan ketiga-tiga bahagian tersebut.

  4) Terdapat dua bahan yang diperlukan didalam komposisi varnis. Nyatakan kedua-
     dua bahan tersebut.
KEMASIAPAN                                                                      7102     15




                           MAKLUMBALAS
                             UNIT 8 (B)

     1) Cat merupakan satu bahan cair yang bilamana disapu atas sesuatu permukaan
        akan membentuk satu lapisan yang pejal, sekata dan melekat kapada permukaan
        tersebut.

     2)
             a) Cat berfungsi sebagai pelindung kepada sesuatu permukaan                (/)

             b) Cat bancuhan air dibuat dengan mencampurkan putih telur dengan gam
                binatang                                                       (x)

             c) Varnis berasal daripada perkataan latin iaitu vernix                    (/)

             d) Varnis terdiri daripada 4 bahagian utama iaitu resin minyak, thinner dan
                agen pengering                                                      (x)

3)
           Long oil     -Untuk permukaan luar yang kerap terdedah dengan air dan
                        -ambil masa pengeringan yang lama iaitu antara 12-24 jam
                        -terdiri daripada 45.36 kg minyak dan sedikit campuran resin.


          Medium oil    -sejenis varnis yang sesuai digunakan untuk permukaan lantai.
                        -terdiri daripada 18.14 minyak dan 45.36 kg resin.
                        -Masa pengeringan selama lebih kurang 12 jam.


          Short oil    -digunakan untuk tujuan gosok dan polish
                       -terdiri daripada 4.5 kg minyak dan 45.36 kg resin
                       -masa pengeringan antara 24-48 jam.



 4)       Resin fosil dan copal
KEMASIAPAN                                                                7102       16




                         PENILAIAN
                         KENDIRI 8

SOALAN


  1) Pewarna( stain) terbahagi kepada dua iaitu pewarna spirit dan pewarna wiping.
     Jelaskan kedua-dua bahan tersebut.


  2) Terdapat 2(dua) kaedah yang digunakan untuk mengatasi lekuk dan lebam.
     Jelaskan salah satu daripada kedua-dua kaedah tersebut.


  3) Terdapat 8 (lapan) langkah didalam proses penyediaan bahan untuk tujuan
     kemasiapan. Dengan menggunakan carta alir senaraikan langkah-langkah berikut


  4) Bahan apakah yang digunakan didalam cat untuk menghasilkan cecair yang
     berwarna.
KEMASIAPAN                                                                 7102     17




                        MAKLUMBALAS
                      PENILAIAN KENDIRI 8

  1)
       Pewarna spirit (spirit stain)
  -    dicairkan dengan thinner lambat kering untuk mengurangkan kepekatan warna.
  -    Pewarna jenis ini memerlukan kaedah penyemburan (spray)
                Terdapat 3 kaedah penyemburan iaitu:
                a)     Penyembur sedutan (suction gun)
                b)     Periuk tekanan
                c)     Airless dan air-assisted airless (hujung)
  -    Pewarnaan hendaklah disembur menggunakan tekanan udara yang betul dan
       sesuai


       Pewarna sapuan(wipping)
  -    Berasaskan polyurethane
  -    Dicairkan menggunakan pencair dan disapu menggunakan kain buruk yang tidak
       berbulu.
  -    Sapukan pewarna kedalam ira dan buang lebihannya.
  -    Pastikan permukaan basah semasa menyapu pewarna sapuan.
  -    Pewarna sapuan boleh juga disemburkan untuk meningkatkan pengeluaran dan
       dibuang.
  -    Kebaikan jenis ini ialah ia sesuai digunakan untuk operator yang tak mahir, dan
       juga pewarnaan yang dilakukan dikawasan yang terlindung
KEMASIAPAN                                                            7102   18


     2) Penggunaan alkohol adalah salah satu cara yang dapat digunakan. Tuangkan
         sedikit alkohol ke atas permukaan lekuk dan lebam dan kemudian nyalakan
         api,.haba akan mengembangkan kawasan yang rosak.


     3) Pemelasan


     Lekuk dan lebam


      Menutup/mengisi


         Pemelasan


         Pewarnaan


           Sealer


         Tone shading


     Lapisan atas(top coat)


4)       Pigmen

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:1370
posted:11/5/2010
language:Malay
pages:18