LAPORAN TAHUNAN koperasi sekolah

					                          LAPORAN TAHUNAN 2009
                       KOPERASI SMK BANGGI BERHAD

     LAPORAN AKHIR TAHUN KOPERASI SMK BANGGI BERHAD 2010


PENDAHULUAN

Koperasi sekolah merupakan salah satu daripada kegiatan ko-kurikulum yang terdapat
di sekolah menengah. Penubuhannya perlu dilihat dalam banyak sudut dan bukan
sebagai pusat pembelian peralatan sekolah sahaja. Skop dan ruang sumbangan
koperasi sekolah amat luas dan kejayaannya memenuhi kehendak dan keperluan
anggotanya adalah kejayaan bersama.

Sebagai salah satu daripada fungsi koperasi berdaftar di Malaysia, matlamat penubuhan
koperasi sekolah mampu mewujudkan persekitaran yang sihat terhadap pembangunan
koperasi. Matlamat ini tidak akan tercapai tanpa penglibatan semua pihak yang benar-
benar memahami, menghayati dan melaksanakan ideologi koperasi. Kepentingan ini
telah disuarakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam kertas kerjanya ‘Ke Arah
Memantapkan Pengurusan Koperasi Sekolah’ semasa Perayaan Hari Koperasi Sekolah
(PHKS) tahun 2002. Empat perkara pokok yang perlu ada untuk memastikan
pengurusan koperasi berjalan dengan baik dan berkesan untuk warga koperasi sekolah
merangkumi:

a. Penghayatan terhadap matlamat penubuhan koperasi sekolah;
b. Memahami dan menghayati jati diri koperasi, tadbir urus koperasi dan perundangan
koperasi;
c. Melaksanakan peranan, hak, tanggungjawab dan kewajipan; dan
d. Amalan demokrasi dalam melaksanakan dasar pembangunan koperasi sekolah.

Atas dasar semangat kepunyaan bersama, semua pihak perlu memanfaatkan segala
ilmu pentadbiran dan pengurusan yang diikuti sebagai landasan awal membentuk,
merancang dan melaksanakan pembangunan koperasi sekolah masing-masing.

Koperasi Sekolah SMK Banggi Berhad ditubuhkan adalah untuk melatih pelajar-pelajar
untuk menjadi usahawan pada masa hadapan. Para pelajar didedahkan cara
pengurusan dan pentadbiran sesuatu organisasi melalui pemilihan Ahli Lembaga
Koperasi dan menjalankan perniagaan di koperasi dengan cekap. Selain itu, mereka
juga didedahkan dengan cara-cara menguruskan aktiviti belian dan jualan disamping
menguruskan kewangan koperasi sambil dipantau oleh guru-guru yang terlibat.




LAPORAN AKHIR TAHUN KOPERASI SMK BANGGI 2011
                                                                                        1
        CARTA ORGANISASI KOPERASI SMK BANGGI BERHAD 2009

                               Pengerusi
                      Encik Mohamad Haffis Bin Azmi

                               Setiausaha
                     Encik Mohd Zulhakimi Bin Zulkepli

                           Timbalan Setiausaha
                             Roshidi Bin Omar

                                Bendahari
                          Cik Rosliza Binti Ibramsa

                           Penolong Bendahari
                         Cik Siti Aishah Binti Yusoff

                              Biro Belian (K)
                     Ustaz Irwan Affendy Bin Md Yasim
                         Encik Noor Azli Bin Rahim

                              Biro Jualan (K)
                         Ustaz Tajul Rosli Bin Shuib

                          Biro Pengangkutan (K)
                     Encik Lutfa Hafizi Zakri Bin Rahmat




LAPORAN AKHIR TAHUN KOPERASI SMK BANGGI 2011
                                                           2
Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan
    Jualan barangan seperti makanan dan minuman, alat tulis dan keperluan harian
        kepada pelajar.
    Mengadakan Kursus Wajib Siri 3 dengan usahasama ANGKASA Kudat.
    Mesyuarat Agung Tahunan
    Menghadiri kursus-kursus pemantapan dan pengurusan koperasi
    Baju koporat koperasi

Aktiviti-aktiviti yang tidak dapat dijalankan:-
    Hari Koperasi Sekolah

Perancangan 2011
    Kursus-kursus wajib dan tambahan anjuaran Maktab Kerjasama Sabah,
      ANGKASA dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia untuk pelajar bagi meningkatkan
      kesedaran mengenai faedah menyertai koperasi
         o Kursus wajib siri 3
         o Kursus kemahiran bertutur
         o Kursus pengurusan koperasi sekolah
         o dan kursus-kursus lain
    Mengadakan Hari Koperasi Sekolah dan menyertai pertandingan berkaitan.
    Menjual buku latihan jenama sekolah
    Memohon dana dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia
    Mengubahsuai dan menaik taraf koperasi sekolah
    Membina pondok koperasi
    Projek penjenamaan semula Koperasi SMK Banggi
    Papan kenyataan kopersi


Penutup

Sekalung penghargaan kepada Penaung dan juga ALK-ALK yang telah banyak
berusaha keras demi memastikan Koperasi SMK Banggi Berhad dapat bergerak dan
terus maju dari tahun ke tahun.


        “BERSAMA MERINTIS KEUNGGULAN DEMI MANFAAT BERSAMA”



Disediakan oleh                                              Tarikh




(MOHD ZULHAKIMI BIN ZULKEPLI)




LAPORAN AKHIR TAHUN KOPERASI SMK BANGGI 2011
                                                                                    3

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:2397
posted:11/1/2010
language:Malay
pages:3