Docstoc

Muzik Sabah Sarawak

Document Sample
Muzik Sabah Sarawak Powered By Docstoc
					Sejarah ringkas mengenai asal usul
    muzik tradisional sabah dan
             sarawak
Sabah dan Sarawak sebaliknya menunjukkan
pertalian kebudayaan yang lebih rapat
dengan Filipina dan Indonesia(Kalimantan),
dan oleh sebab lokasi kepulauannya,
kawasan ini membentuk satu subentiti dunia
Melayu. jenis dan taburan alat-alat muzik
membuktikan jalinan interaksi dan pertukaran
di dalam kawasan ini.
        Muzik tradisional sarawak

• Ngajat
  Ngajat adalah sejenis tarian pahlawan tradisional
  suku kaum Iban di Sarawak. Tarian ini lazimnya
  dipersembahkan ketika perayaan Gawai
  Kenyalang. Pada masa dahulu, pemburu kepala
  dari suku kaum ini, yang dikatakan antara yang
  paling bengis di Sarawak, diraikan dengan
  perayaan Gawai Kenyalang. Pahlawan lelaki
  mempertunjukkan pergerakan yang tangkas di
  sepanjang persembahan tarian ini, sambil
  memakai topi tradisional yang panjang dan
  memegang sebuah perisai panjang yang berukir    .
• VIDEO TARIAN NGAJAT
• Datun Julud
  Tarian Kenyalang adalah sebuah tarian tradisional
  suku kaum Kenyah di Sarawak. Tarian ini dicipta oleh
  seorang putera Kenyah bernama Nyik Selong bagi
  menggambarkan kegembiraan serta kesyukuran.
  Pada masa dahulu tarian ini dipersembahkan sewaktu
  perayaan kemasyarakatan bagi menyambut
  kepulangan para pahlawan dari berburu, atau sewaktu
  perayaan tahunan yang menandakan tamatnya musim
  menuai. Tarian ini diiringi bunyi alat muzik sape dan
  dipersembahkan oleh seorang penari wanita,
  menggunakan kipas tangan anggun yang diperbuat
  daripada bulu burung kenyalang yang melambangkan
  sayap burung suci tersebut.
Jenis-Jenis Tarian
      Sabah
•   TARIAN MAGUNATIP
•   TARIAN SUMAZAU
•   TARIAN DALING-DALING
•   TARIAN ADAI-ADAI
•   TARIAN LIMBAI
•   TARIAN SUMAYAU
TARIAN MAGUNATIP
• Merupakan sejenis tarian tradisi masyarakat suku
  kaum Murut dari suku Kuhijau (Kwijau). Magunatip
  berasal dari perkataan ‘apit' di yang bermakna jepit.
• Cara persembahan-ketika menari kaki penari terjepit
  atau terapit di antara dua batang kayu (buluh) jikalau
  tidak cekap mengelakkannya.
• Tidak memerlukan iringan muzik oleh kerana bunyi
  buluh itu yang dilagakan akan menimbulkan bunyi yang
  kuat serta rentak dan irama yang menarik.
• Tujuan untuk memeriahkan sesuatu upacara yang
  diadakan.
TARIAN SUMAZAU
• merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun
• dipersembahkan pada Tadau Kaamatan yang
  bermaksud Hari Penuaian yang dirayakan di negeri
  Sabah pada setiap bulan Mei.
• Fungsi:
  # mengucapkan kesyukuran-dalam kegiatan menanam
  @ menuai padi
  # mengubati penyakit
  # menolak bala
  # menaikkan semangat
TARIAN DALING-DALING
• Tarian ini bukannya tarian asal suku kaum Bajau
  di Daerah Semporna, sebaliknya ia dibawa oleh
  orang-orang Suluk dari Kepulauan Mindanau.
• Perkataan Daling-daling berasal daripada
  perkataan Inggeris darling yang bererti kekasih.
• Tujuan-untuk hiburan di majlis-majlis keramaian
  seperti majlis perkahwinan.
• sifatnya berbalas pantun di antara penari lelaki
  dan perempuan.
TARIAN ADAI-ADAI
• Tarian suku kaum Brunei yang berdasarkan pada
  kehidupan kaum nelayan.
• Cara persembahan:
  -Ditarikan oleh pasangan empat lelaki dan empat
  perempuan
  - diiringi oleh pukulan rebana dan gambus serta
  nyanyian.
  -rentak hampir sama dengan rentak tarian japin yang
  terdapat di Semenanjung.
  -di persembahkan di majlis-majlis keramaian
TARIAN LIMBAI
• Tarian suku kaum Bajau Kota Belud.
• Fungsi-ditarikan ketika menyambut ketibaan @
  mengiringi pengantin lelaki yang diarak ke rumah
  pengantin perempuan.
• Tarian ini di iringi oleh irama Kulintangan.
• Ciri-ciri:
  - 6 orang penari dan seorang wanita bermain
  kulintangan
  - 2 orang pemukul gendang, gong dan seorang
  pemain bebandil.
TARIAN SUMAYAU
• merupakan tarian asli suku kaum Dusun daripada
  daerah Tuaran dan juga dikenali sebagai Madsayau.
• Tujuan:
  - menyambut hari Mengaji atau dalam bahasa Dusun
  disebut Mengawau.
  - Mengawau - suatu majlis yang diadakan besar-
  besaran dan mengambil masa hingga lima hari lima
  malam.Tujuannya adalah untuk mengaji gusi-gusi,
  (gusi-gusi ialah sejenis tampian besar) untuk
  menghormati atau memuja gusi-gusi itu.
  -memperingati keluarga yang telah meninggal dunia
  iaitu seperti kenduri arwah.
    Pengenalan Alat Muzik Sabah
• Muzik tradisional Sabah tidak mempunyai sistem
  not yang tradisional dan seni kata lagu juga tidak
  bertulis. Semua muzik dan nyanyian diturunkan
  secara tradisi dari generasi ke generasi.
  Persembahan muzik boleh dilakukan oleh lelaki
  dan wanita tetapi sesetengah alat muzik secara
  tradisi dihasilkan khusus sama ada untuk pemuzik
  lelaki atau wanita sahaja. Sebagai contoh, kaum
  lelaki umumnya main gong bercombol besar dan
  gendang dan kaum wanita kulintangan dan gong
  leper.
Alat-alat muzik di Sabah dikelaskan
kepada:

1. Kordofon (tongkungon, sundatang atau gagayan),
2. Erofon (suling, turali atau tuahi, bungkau dan
   sompoton,
3. Idiofon (togunggak, gong, kulintangan)
4. Membranofon (kompang, gendang atau tontog.
               Tongkungan


• Panjang tongkungon kira-kira dua kaki.
  Dimainkan oleh kaum Dusun dan Kadazan.
• Ianya dimainkan oleh kaum Dusun dan
  Kadazan di Tambunan, Penampang and
  Tuaran. Ianya diperbuat daripada buluh yang
  besar.
      Sundatang atau Gagayan
• Sundatang sering dipersembahkan untuk
  muzik hiburan. Pada masa silam dahulu
  sundatang dipersembahkan bagi menandakan
  kesedihan di atas kematian seseorang dari
  keluarga.
              Turali atau tauhi
•   Alat yang popular bagi masyarakat pribumi.
•   Ianya diperbuat daripada buluh.
•   Ianya ditiup menggunakan hidung.
•   Terdapat 4 lubang. Apabila keempat-empat
    lyubang ditutup akan menghasilkan “lowest
    note”.
                   Bungkau
• Harpa rahang ini adalah diperbuat dari kulit luar
  kelapa yang dikenali sebagai polod antara Dusun
  / Kadazan.
• Alat ini berfungsi apabila strip bergetar membuat
  suara sangat sedikit dengan sendirinya, tapi jika
  dilakukan sebelum mulut dibuka, pemain lembut
  boleh membesarkan suara dengan resonansi.
  Berbagai macam frekuensi boleh diperolehi
  dengan memvariasikan bentuk mulut dan
  kedudukan lidah.
                Sompoton
• Sompoton diperbuat daripada beberapa batang
  ataupun pipa buluh kecil, labu air yang
  dikeringkan dan buluh dilekatkan menggunakan
  gam kelulut.
• Pemain boleh meniup atau menyedut mulut labu
  dengan menutup dan membuka tiga daripada
  empat buluh terpendek pada hujungnya dengan
  tiga kecil pada dasar buluh terpendek serta
  hadapan dan belakang paip yang lebih panjang
  dengan jari tangan kiri.
                Tonggugak

• Idiofon bambu paluan ini dimainkan dalam
  kumpulan untuk mengiring tarian atau
  perarakan di pesta-pesta.
• Satu set alat-alat muzik ini merangkumi enam
  (togunggu') hingga tiga puluh (tagunggak)
  buah, bergantung kepada suku kaum.
               Kulintangan
• Merupakan sejenis alat perkusi daripada
  keluarga gong yang berbusut yang berukuran
  kecil.
• Kulintangan dimainkan secara ensemble. Ianya
  dipanggil kulintangan secara umumnya. Dalam
  Kulintangan terdapat beberapa jenis idiofon.
  Apabila sekumpulan pemain itu memainkan
  kulintangan perbuatan mereka digelar sebagai
  “mitagunggu”.
          Gendang atau Tontog

• Gendang berasal dari timur tengah
• Gendang ini diperbuat daripada nangka atau kayu
  merbau untuk badannya manakala kulit kambing
  diregangkan di hujung alat gendang. Instrumen
  ini dikenali dengan nama yang berbeza dalam
  komuniti yang berbeza.
• Orang Bajau menggunakan gendang untuk
  kesenian muzik “bertitik” manakala orang Brunei
  menggunakan gendang yang lebih kecil yang
  dipanggil gendang labik.
     Alat-alat Muzik Di Sarawak
• Engkeromong
• Terdiri daripada keluarga gangsa knobed-
  gong @ ‘gong busut’.
• Terkenal di kalangan suku kaum iban dan
  sering digunakan dalam ensamble untuk
  mengiringi tarian ‘ngajat’.
          Cara untuk bermain
• Dipalu menggunakan sepasu pemalu daripada
  kayu jenis lembut untuk menghasilkan pola
  rithme yang dimainkan secara berulang-ulang
  dan bertangga in step wise,menaik &
  menurun.
• Alat ini tergolong dalam golongan idiofon.
SAPEH
• Berbentuk seperti gambus panjang bertali
  empat. Badannya panjang dan berbentuk
  hampir empat segi dan diperbuat dari kayu.
  Dipermukaan sapeh ini kebiasaannya didapati
  ukiran bermotif orang Iban Sarawak serta
  diwarnakan sama ada merah atau hitam.
  Popular dikalangan kaum kenyah dan kelabit
  di sarawak .
          Cara untuk bermain
• Sapeh diriba seperti gitar dan dipetik dengan
  jari-jari sebelah tangan manakala jari-jari
  sebelah tangan lagi menekan tali-tali pada
  berbagai peringkat mengikut alunan iramanya.
• Mengiringi tarian Datun Julud dan ngajat.
• Tergolongan dalam golongan kordofon.
• Sape/sapeh
                    Engkerurai
• Diperbuat dari labu air yang telah dikeringkan. Lapan
  batang buluh kecil disusun dalam dua lapisan dan
  dimasukkan kebahagian buah labu tersebut dengan
  menebuk. Gam kelulut digunakan untuk melekatkan
  batang-batang buluh tersebut juga untuk menahan
  angin dari keluar melalui celah-celah buluh apabila
  tiupan dilakukan. Salah satu daripada buluh ini tidak
  berfungsi hanya untuk memperseimbangkan
  kedudukan bentuk alat tersebut. Beberapa kepingan
  kecil plat buluh diletakkan pada dasar tiap-tiap tepian
  buluh untuk menghasilkan bunyi mengikut kod muzik
  yang telah ditentukan.
          Cara untuk bermain
• Pemain boleh meniup atau menyedut mulut
  labu dengan menutup dan membuka tiga
  daripada empat buluh terpendek pada
  hujungnya dengan tiga kecil pada dasar buluh
  terpendek serta hadapan dan belakang paip
  yang lebih panjang dengan jari tangan kiri.
  Ianya akan mengeluarkan nada yang bergetar
  dan menghasilkan satu bunyian harmoni yang
  merdu. Terdiri daripada golongang erofon
 Engkerurai mempunyai sebelas buah
         repertoir atau lagu
• 1. Tebah Lantang
• 2. Kenjan Keterubah
• 3. Kenjan Kadua
  4. Saka Dua
  5. Baling
  6. Alun Panjai
  7. Entak Kepayang
  8. Seri Dayong
  9. Kenyah
• 10. Keliute
• 11. Indu Gu
            Gendang wanita
• Merupakan sejenis gendang satu muka yang
  menyerupai rebana. Ianya bebentuk seperti
  pasu dan baluhnya diperbuat daripada jenis
  kayu kertas dan lazimnya daripada batang
  kelapa ataupun sago.
• Pada permukaannya telah direngang dengan
  belulang daripada kulit kambing dan disirat
  dengan tali rotan.
         Cara untuk bermain
• sering dimainkan oleh sekumpulan wanita
  yang dikenali sebagai kumpulan gendang
  melayu untuk mengiringi sejenis persembahan
  nyanyian rakyat yang dikenali sebagai
  ‘bermukum’ di kalangan masyarakat melayu
  disarawak .
• . Kesenian ini hampir serupa dengan ‘dondang
  sayang’ dari segi gaya dan bentuk
  persembahannya.
• Pemain gendang ditempatkan dibelakang
  bersama sekumpulan anak dara yang di
  suntingan teruna melalui jual pantun sambil
  berjoget.
 •VIDEO
•TARIAN

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Stats:
views:15025
posted:10/31/2010
language:Malay
pages:43