Docstoc

Kraf Tradisional Melayu

Document Sample
Kraf Tradisional Melayu Powered By Docstoc
					Kraf Tradisional Melayu

Kebudayaan adalah keseluruhan cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan
dan pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani yang
menjadi amalam untuk kesejahteraan hidup.

MEMAHAMI KEBUDAYAAN SECARA UMUM

Dalam pengertian yang paling umum, kebudayaan merupakan seluruh cara hidup sesuatu
masyarakat atau seluruh aspek pemikiran dan tingkahlaku manusia yang diwarisi dari satu
generasi ke generasi yang lain melalui proses pembelajaran.

Tetapi dalam pertuturan sehari-hari, kebanyakan daripada kita membuat pengertian
kebudayaan atau mengaitkan dengan fenomena- fenomena seperti bentuk tarian dan muzik,
makanan, fesyen pakaian sahaja. Jadi pengertian di sini adalah terlalu sempit dan terhad.
Tetapi bagi ahli sains sosial, pengertian kepada konsep kebudayaan ini lebih luas.

Dari perspektif sosiologi kebudayaan membawa pengertian segala hasil dan idea yang
dipelajari dan dikongsi oleh ahli-ahli dalam sebuah masyarakat. Ini termasuklah segala
kepercayaan, nilai- nilai politik, adat resam, undang-undang, moral, institusi sosial, seni lukis,
bahasa dan bahan-bahan material.

Edward B.Taylor telah memberi satu takrif yang klasik mengenai konsep kebudayaan.

"..kebudayaan merupakan satu keseluruhan yang kompleks yang mengand ungi ilmu
pengetahuan, kepercayaan, kesenian, kesusilaan, undang-undang, adat resam dan lain- lain
kebolehan serta kebiasan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat."

(Rujukan sumber dari buku Seminar Kefahaman Budaya, terbitan kementerian Kebudayaan,
kesenian dan pelancongan Malaysia - Disember 1999)

BIDANG KEBUDAYAAN

(Petikan dari Kebudayaan Kebangsaaan oleh A.Aziz Deraman)

Bidang kebudayaan itu bolehlah dilihat diantaranya melalui :

1
Fikiran / idea Seperti ilmu pengetahuan, bahasa, falsafah, persuratan, metos, lagenda,
kesusasteraan, kepercayaan dan cerita-cerita lisan.
2
Kebendaaan Seperti seni bina, bangunan, alat-alat-alat mesin, object de art, pakaian,
makanan, ubat- ubatan dan perabot.
3
Kesenian Dilihat dari dua bidang kemahiran iaitu seni lakon ( teater, tarian, muzik, nyanyian
) dan seni tampak ( ukiran, lukisan, seni pahat, tenunan, takat dan anyaman )
4
Nilai dan Norma Seperti peraturan-peraturan undang- undang, adat resam, ‘folk-ways &
‘mores’, gaya dan perlakuan, pantang larang, upacara dan nilai- nilai keagamaan dan bersopan
santun.

Keempat-empat bidang tersebut akan memperlihatkan bukan sahaja hasil- hasil yang
berasaskan sesuatu yang abstrak atau tidak kelihatan (intangible), tetapi juga bercorak
kebendaan (tangible). Hasil- hasil ini lahir sebagai bentuk-bentuk yang menunjukkan
kebudayaan sesuatu masyarakat secara fizikal, (jasmaniah) atau non-fizikal (rohaniah).

Misalnya pertalian diantara pemikiran dengan perlakuan dan pemilikan dapat digambarkan
melalui ketinggian mutu seni ukir yang lahir daripada pemikiran dan falsafah yang tinggi,
dijelmakan dari perbuatan mengukir dan akhirnya ukiran itu menjadi suatu hasil warisan
budaya.

Pakaian
 Busana Kaum India
 Kehadiran kaum India ke Tanah Melayu menyaksikan bermulanya gaya pemakaian dari
 benua India khususnya di kalangan Hindu-Ceylonese-Tamil juga keturunan Punjabi-Singhs.
 Pakaian kaum India lebih dikenali dengan warna-warna terang dan kaya dengan tenunan
 dan sulaman benang emas, perak, labuci juga batu-batu permata.
 Busana Sabah
 Gelaran “Negeri di Bawah" Bayu" membayangkan kedudukan negeri Sabah bukan sahaja
 dari sudut geografi tetapi juga keindahan yang tersirat di sebalik negeri yang kaya dengan
 adat tradisi, budaya, sejarah dan rupa buminya yang kehijauan serta luas mata memandang.
 Busana Kedah
 Kedah juga dikenali dengan nama "Kadaram" dan "Kataha". Pengasas kerajaan Kedah ialah
 Raja Merong Mahawangsa yang juga memerintah Patani, Perak dan Siam.
 Busana Perlis
 Perlis sebuah negeri yang kecik dari segi keluasan tetapi kaya dari segi adat dan budaya.
 Busana tradisional seperti Kebaya Labuh dipadan dengan kain songket diikat kuncup
 dengan kepala kain diletak di depan dipadankan juga kain sutera mahupun batik. Tamba h
 anggun dengan dokoh bertingkat dan cucuk sanggul.
 Busana Perak
 Seluar Acheh sutera bertenun benang emas, berkain samping diikat di pinggang dengan tali
 pinggang dan pending, berbaju leher cekak musang diserikan dengan selendang panjang
 dilampaikan di bahu kanan dan hujung selendang yang sebelah lagi disangkutkan di le ngan
 kiri merupakan persalinan terkenal Puteri Perak.
 Busana Selangor
 Busana bangsawan Bugis banyak mempengaruhi busana tradisional rakyat Selangor. Kain
 sarung Bugis terkenal sebagai busana kaum wanita yang dipakai dengan Baju Kebaya
 Labuh. Manakala kaum lelaki pula bergaya dengan Baju Sikap sut padanan lima dilengkapi
 tengkolok, baju, seluar, bengkung dan kain samping tenunan Bugis bergarus atau bertelepuk
 perada emas warisan keluarga bangsawan Bugis.
 Busana Wilayah Persekutuan
 Sesuai dengan status dan terdiri dari bandaraya Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya,
 Wilayah Persekutuan menyaksikan kepelbagaian pakaian masyarakat Malaysia. Meskipun
 dimeriahi dengan masyarakat majmuk yang dikelilingi arus pembangunan pesat dan
menjadi kebanggaan Malaysia, namun pakaian tradisional masih kekal segar diwarisi
masyarakatnya sehingga ke hari ini.
Busana Melaka
Jika setiap kaum mempunyai identiti pakaian yang tersendiri, maka negeri Melaka tempat
terhimpunnya budaya pelbagai kaum. Kemunculan Melaka sebagai pusat perdagangan
kosmopolitan di abad ke-15 menerima bukan sahaja barangan emas, tetapi bahan tekstil
seperti sutera dan broked juga mendapat perhatian.
Busana Johor
Kedudukan Johor sebagai pusat perdagangan menyaksikan percikan pengaruh luar seperti
dari Bugis, Minangkabau, Aceh dan Jawa bergabung menjadi teras budaya berpakaian
Kerajaan Melayu Johor-Riau. Reka bentuk Baju Melayu Teluk Belanga dan cara memakai
samping dagang luar dan dagang dalam menonjolkan ciri-ciri khas gaya berbusana Melayu
Johor.
Busana Pahang
Riau dan pahang dua buah negeri yang berjauhan namun Bajau Riau Pahang menyingkap
pertalian sejarah antara kedua negeri tersebut. Perhubungan politik dan sosio budaya yang
terjalin sewaktu zaman kerajaan Melayu Melaka terserlah dengan terciptanya potongan
pakaian Baju Riau Pahang yang dikenali juga sebagai Baju belah atau Baju Kebaya Turki.
Potongan baju ini begitu unik dan istimewa. Berbeza dengan pesak Baju Kurung, kedua-dua
bahagian tepi baju berpesak kembang yang disambungkan kekek gantung. Baju berkola r
tinggi ini amat menarik sekali dipakai dengan tujuh atau sembilan butir butang.
Busana Kelantan
Legenda Cik Siti Wan Kembang, seorang Raja Perempuan yang memerintah negeri
Kelantan di dalam kurun ke-17 menyaksikan keindahan pakaian yang tetap anggun dan
manis dipakai oleh kaum wanita Kelantan. Menggunakan tiga helai kain, sehelai kain
sarung songket dipakai di pinggang, sehelai kain sutera panjang dibelit di dada sebagai
kemban, sehelai selendang songket panjang dilampaikan di bahu dan diperindah pula
dengan perhiasan gerek seperti cucuk sanggul, dokoh, pending, tali pinggang dan gelang
tangan.
Busana Sarawak
Keindahan pakaian kaum etnik dari Sarawak terserlah dengan ragamhias yang
mempamerkan kemahiran tangan yang menghasilkannya. Ragamhias pasa pakaian
membentuk motif- motif etnik samada dari tenunan, jalian manik dan labuci. Perhiasan diri
dari perak dan manik yang sarat melambangkan status dan kekayaan bagi pemakainya.
Busana Negeri Sembilan
Budaya Minangkabau terserlah indah pada busana tradisional Negeri Sembilan. Sejarah asal
usul kaum Minang di Negeri Sembilan yang berhijrah dari Pagar Ruyung pada kurun ke-15
di zaman kesultanan Melayu Melaka memungkinkan adat istiadat dan budaya berpakaian
dari Sumatera Barat kekal segar dalam masyarakat Negeri Sembilan sehingga kini.
Busana Pulau Pinang
Pulau Pinang negeri yang kaya dengan warisan sejarah ini mempamerkan percikan
pengaruh budaya yang diterima. Sejarah juga menyaksikan orang-orang asing seperti dari
China dan India sebagai pedagang dan mencari kehidupan. Sehingga ke hari ini suasana
budaya dan adat tradisi masyarakat Pulau Pinang dimiliki oleh tiga kaum terbesar di Pulau
Mutiara itu iaitu kaum Melayu, Cina dan India.
Busana Terengganu
 Terengganu sebuah negeri di Panatai Timur, terkenal dengan pembuatan songket selain dari
 kaya dengan hasil laut juga perusahaan logam seperti tembaga dan perak. Di sinilah
 berhimpunnya seniman-seniman Melayu dahulu yang mencurahkan kreativiti dan
 kemahiran dalam menghasilkan kraftangan orang Melayu yang amat membanggakan.
 Busana Kaum Cina
 Sejarah kehadiran kaum Cina bermula dengan berkembangnya Melaka sebagi pusat
 perdagangan, diikuti Pulau Pinang dan Kula Lumpur. Kehadiran mereka ini membawa
 bersama bukan sahaja barangan dagangan untuk tukaran, tetapi jua adat resam, budaya dan
 corak pakaian tradisional mereka yang kemudiannya disesuaikan dengan suasana tempatan.




“Keluaran Kraftangan ertinya apa-apa keluaran artistik yang mempunyai
daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil dari sesuatu
proses yang bergantung semata-mata atau sebahagiannya kepada
kemahiran tangan dan termasuklah apa-apa barang, walau bagaimanapun
dihasilkan, yang mempunyai rekabentuk batik pada atau di mana-mana
bahagiannya.

Kraf adalah barangan yang dihasil dengan menggunakan kemahiran
tangan, dikeluarkan dengan atau tanpa menggunakan alat atau
peralatan mudah yang dijalankan secara sendiri atau tidak langsung
oleh pengusaha-pengusaha kraf.
Kraf Tradisional   Kraf Dimensi Baru

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:3317
posted:10/27/2010
language:Malay
pages:5