Docstoc

ASPEK SENI BAHASA

Document Sample
ASPEK SENI BAHASA Powered By Docstoc
					ASPEK SENI BAHASA
DALAM
KURIKULUM STANDARD
BAHASA MALAYSIA
SEKOLAH RENDAH
TAHUN SATU

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM   1
KONSEP
ASPEK SENI BAHASA
      Aspek seni bahasa merujuk kepada keupayaan
       murid mengungkap dan mengapresiasi
       keindahan bahasa, memahami dan menghargai
       bahasa melalui pembelajaran yang
       menyeronokkan menerusi kepelbagaian aktiviti
       secara didik hibur.

      Murid juga dapat menggunakan kreativiti mereka
       dalam melahirkan idea melalui penulisan dan
       lisan.


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA   15   16   17   18      2
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
 Seni bahasa memberi penekanan kepada
  keindahan bahasa yang dipelajari oleh murid
  melalui teknik penyampaian yang menarik dan
  menyeronokkan seperti bernyanyi, bercerita,
  berlakon dan berpuisi.
 Pembentukan ayat yang menggunakan simile,
  peribahasa, bahasa kiasan dan personafikasi
  yang terdapat dalam puisi dan penulisan kreatif
  juga menampakkan keindahan dan seni dalam
  bahasa Melayu.
 Keindahan bahasa yang digunakan semasa
  aktiviti seni bahasa ini dapat membantu murid
  memantapkan lagi kemahiran berbahasa mereka.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
                                       19    20     3
OBJEKTIF
ASPEK SENI BAHASA
Objektif Aspek Seni Bahasa adalah untuk
memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan:

i.       menyebut dan memahami seni kata lagu
         melalui nyanyian dengan gerak laku secara
         didik hibur;

ii.      mengujarkan ayat menggunakan bahasa yang
         indah dengan sebutan yang jelas dan intonasi
         yang betul serta menggunakan bahasa badan
         secara kreatif melalui penceritaan secara didik
         hibur;                                       1
 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
                                        21    22    23     4
iii. mengujarkan dialog dengan sebutan yang jelas
     dan intonasi yang betul tentang sesuatu perkara
     menggunakan bahasa badan secara kreatif
     melalui lakonan secara didik hibur; dan

iv.    melafazkan pantun dua kerat menggunakan
       bahasa yang indah dengan intonasi yang betul
       dan memahami maksud pantun secara didik
       hibur.




  KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
  BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
                                   24   25   26   27   28   5
PRINSIP
ASPEK SENI BAHASA

i.           Pengajaran Seni Bahasa mementingkan
             kehalusan dan keindahan bahasa.
ii.          Pemilihan bahan mesti sesuai dan menarik.
iii.         Penglibatan murid secara aktif dan
             menyeluruh.
iv.          Guru bertindak sebagai penggerak atau
             pembimbing yang sentiasa kreatif dan
             imaginatif.

     KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
     BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM                      6
STANDARD KANDUNGAN
DAN STANDARD
PEMBELAJARAN
ASPEK SENI BAHASA
          Standard Kandungan Aspek Seni Bahasa
           menentukan keupayaan murid
           mengungkapkan keindahan bahasa,
           memahami dan menghargai bahasa
           melalui pelbagai aktiviti seni bahasa
           secara kreatif.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM                     7
          Guru perlu menyediakan aktiviti
           pengajaran dan pembelajaran ini secara
           didik hibur supaya dapat menarik minat
           murid dan membantu murid lebih
           berketrampilan serta menghayati
           kandungan seni bahasa itu.

          Dalam strategi pengajaran dan
           pembelajaran seni bahasa, guru harus
           menetapkan objektif yang perlu dicapai
           oleh murid dengan merujuk Standard
           Kandungan dan Standard Pembelajaran
           Kemahiran Seni Bahasa yang disediakan.

    KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
    BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM                  8
STANDARD                STANDARD PEMBELAJARAN
KANDUNGAN
4.1 Menyebut dan        4.1.1 Menyebut seni kata lagu
    memahami unsur            melalui nyanyian secara
    seni dalam lagu           didik hibur.
    melalui nyanyian 4.1.2 Menyebut dengan jelas
    secara didik hibur.       dan memahami seni kata
                              lagu melalui nyanyian dan
                              gerak laku secara didik
                              hibur.




  KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
  BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
                                                 SP       9
STANDARD                           STANDARD PEMBELAJARAN
KANDUNGAN
4.2 Mengujarkan                    4.2.1 Mengujarkan ayat dengan
    bahasa yang                          sebutan yang betul dan jelas
    indah dan                            tentang sesuatu perkara
    menggunakan                          melalui penceritaan secara
    bahasa badan                         didik hibur.
    secara kreatif
    semasa                         4.2.2 Mengujarkan ayat dengan
    bercerita                            sebutan dan intonasi yang
    secara didik                         betul dan jelas tentang
    hibur.                               sesuatu perkara serta
                                         menggunakan bahasa badan
                                         yang kreatif melalui
                                         penceritaan secara didik
                                         hibur.
  KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
  BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
                                                               SP       10
STANDARD                           STANDARD PEMBELAJARAN
KANDUNGAN
4.3 Mengujarkan 4.3.1 Mengujarkan dialog dengan
    bahasa yang          sebutan dan intonasi yang
    indah dan            betul dan jelas tentang
    menggunakan          sesuatu perkara melalui
    bahasa badan         lakonan secara didik hibur.
    dengan kreatif
    melalui        4.3.2 Mengujarkan dialog dengan
    lakonan              sebutan dan intonasi yang
    secara didik         betul dan jelas tentang
    hibur.               sesuatu perkara serta
                         menggunakan bahasa badan
                         dengan kreatif melalui
                         lakonan secara didik hibur.

  KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
  BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
                                                       SP   11
STANDARD                          STANDARD
KANDUNGAN                         PEMBELAJARAN
4.4    Melafaz dan                4.4.1 Melafazkan pantun dua kerat
      memahami puisi                    dengan intonasi yang betul
      dengan intonasi                   secara didik hibur.
      yang betul
      menggunakan
      bahasa yang                 4.4.2 Melafazkan pantun dua kerat
      indah secara                      dengan intonasi yang betul
      didik hibur.                      serta memahami maksud
                                        pantun yang dilafaz
                                        menggunakan bahasa yang
                                        indah secara didik hibur.




 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
                                                             SP       12
      Standard Kandungan dan Standard
       Pembelajaran bagi 4.4 tidak diajar kepada
       murid-murid Tahun 1 di Sekolah Jenis
       Kebangsaan




KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM                     13
RUMUSAN
Aspek Seni Bahasa merupakan salah satu komponen dalam
Kurikulum Standard Bahasa Malaysia yang menekankan
kepada keindahan bahasa secara didik hibur.. Aspek ini
bertujuan membentuk murid untuk memiliki keseimbangan
dalam kemahiran-kemahiran bahasa seperti mendengar,
bertutur, membaca, menulis, secara efektif melalui pelbagai
kaedah pengajaran dan strategi. Aktiviti-aktiviti yang bercorak
didik hibur dalam seni bahasa ini dapat meningkatkan
penghayatan nilai dan seni dalam bahasa.                  Murid
berkemampuan untuk melahirkan idea secara kreatif melalui
bahasa yang indah dan halus serta dapat menghargai dalam
sesuatu nilai dalam sastera atau seni.


 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM                                   14
MENGUNGKAP DAN MENGAPRESIASI
MENGUNGKAPKAN
( mengeluarkan atau melahirkan isi hati dn lain-lain dengan
kata-kata, air muka, gerak geri dan lain-lain; memaparkan
perasaan hati)
MENGAPRESIASI
( mengikhtiraf dan menghayati nilai dalam sesuatu karya
sastera atau seni )

Mengeluarkan atau melahirkan isi hati dan lain-lain dengan
kata-kata, air muka, gerak geri dan lain-lain untuk
memaparkan perasaan hati bertujuan mengikhtiraf dan
menghayati nilai dalam sesuatu karya sastera atau seni.



 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
                                                      2       15
     Didik - ajar
     Hibur - menyenangkan dan menggirangkan
     hati


      Sesuatu pengajaran dan pembelajaran
      yang menghiburkan atau menggirangkan
      hati.


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
                                        2        16
                                            16
KREATIVITI
Empat kategori definisi tentang kreativiti/kreatif oleh Hassan
Langgulung, 1991 melalui bukunya Kreativiti Dalam Pendidikan ; Satu
Kajian Psikologi Dan Falsafah, DBP Kuala Lumpur.

          dikaitkan dengan potensi pencapaian kreativiti dilihat sebagai
           satu set ciri individu.
          dirujukkan pula pada proses yang daripadanya diperoleh hasil
           atau dengan perkataan lain, merujuk proses mental sesuatu atau
           proses intelektual, tingkah laku ke arah kepada pencapaian
           kreatif.
          menyentuh kepada produk iaitu kreativiti dilihat terletak pada
           proses akhirnya, bukan pada orangnya.
          tentang faktor persekitaran dan faktor budaya yang berpengaruh
           terhadap kegiatan kreatif tersebut.




    KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
    BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
                                                                 2          17
Kreativiti dikaitkan dengan potensi pencapaian
kreativiti dilihat sebagai ciri individu dalam proses
memperolehi hasil atau dengan perkataan lain,
merujuk proses mental sesuatu atau proses
intelektual, tingkah laku ke arah kepada
pencapaian kreatif untuk menghasilkan sesuatu
yang dipengaruhi oleh faktor persekitaran dan
faktor budaya yang berpengaruh terhadap
kegiatan kreatif tersebut.



 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
                                             2          18
 SIMILE

Perumpamaan yang secara jelas mengungkapkan
perbandingan atau persamaan antara sesuatu orang,
benda dan sebagainya.

Contoh;                  bodoh macam lembu
                         kurus macam lidi




KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
                                             3      19
Pemberian (penyerapan) sifat-sifat manusia kepada
benda tak bernyawa atau sesuatu yang abstrak dan lain-
lain untuk mendapatkan kesan sastera atau seni




KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
                                                3        20
    Membaca atau melafazkan seni kata lagu dengan
     menggunakan rentak atau diiringi muzik yang sesuai
     dengan murid.
    Nyanyian mampu menimbulkan minat murid untuk
     mengukuhkan kemahiran bahasa, menambah
     perbendaharaan kata, meningkatkan pemahaman,
     memupuk nilai dan perasaan dan meningkatkan
     apresiasi terhadap keindahan bahasa.
    Aktiviti nyanyian yang dicadangkan bersoal jawab
     tentang isi/kosa kata, menulis prosa, menceritakan
     semula isi seni kata lagu, memberi respon parafrasa,
     gerakan badan dan mimik muka.

    KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
    BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
                                                      4     21
       Teknik Bercerita Tanpa Alat
        Tumpuan kepada gaya penyampaian cerita
        menggunakan intonasi, nada, sebutan dan mimik
        serta ekspresi yang sesuai dengan cerita yang
        disampaikan.


       Teknik Bercerita Dengan Alat
        Bercerita menggunakan alat seperti topeng,
        pakaian, dan lain-lain alat/bahan yang dapat
        menyokong gambaran cerita semasa membuat
        persembahan.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
                                                       4   22
     Teater Bercerita
      Penyampaian cerita melalui watak yang terdapat
      dalam cerita yang telah dibaca, didengar atau dilihat
      dengan menggunakan (menggantung di leher)
      gambar tunggal watak tersebut semasa bercerita.

     Teater Pembaca
      Penyampaian cerita melalui pembacaan dialog bagi
      watak-watak tertentu dalam sesebuah cerita. Aktiviti
      ini mengutamakan penggunakan suara,sebutan,
      gerak badan dan mimik muka sahaja.



    KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
    BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
                                                     4        23
       Improvisasi (Lakonan Kaku)
        Lakonan secara spontan yang mengisahkan
        kejadian, peristiwa atau situasi sebenar dalam
        kehidupan seharian dan dialog akan dilahirkan
        secara spontan.
       Simulasi
        1. Main Peranan
         Lakonan spontan berdasarkan sesuatu
         situasi/masalah tanpa menggunakan skrip.



KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
                                                   5     24
         2. Sosiodrama
            Aktiviti lakonan yang berdasarkan cerita
            menggunakan skrip lakonan yang telah
            disediakan.




KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
                                                   5   25
kelompok pantun dibahagi kepada;

         Pantun cinta dan kasih sayang


         Pantun puji-pujian/sambutan

         Pantun naratif/cerita

    KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
    BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
                                          5   26
  1. Jenis pantun
        pantun dua kerat dikenali sebagai
         pemeo atau pantun kilat.
        pantun empat kerat
  2. Jumlah suku kata 8 hingga 12 dalam sebaris
     ayat.
  3. Ada setiap stanza/ rangkap pantun
     mempunyai dua unit iaitu unit pembayang
     dan unit maksud.



KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
                                            5     27
   Ikan keli di atas rakit,
   Gosok gigi supaya tak sakit.

   Siakap senohong gelama ikan duri
   Bercakap bohong lama-lama mencuri




KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
                                       5   28
      Yang indah itu seni,
 Yang tinggi nilainya bahasa,
    Tiada noktahnya di sini,
Berjuanglah terus memartabatkan
             bahasa.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM    29

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:562
posted:10/27/2010
language:Malay
pages:29