FAQ 1 juta komputer riba 1Malaysia 300710
Document Sample


SOALAN-SOALAN BERKAITAN KOMPUTER RIBA 1MALAYSIA
Apa itu Komputer Riba 1Malaysia?
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah melancarkan Inisiatif Jalur
Lebar Negara (NBI) dan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) pada 24 Mac
2010 serta memperuntukkan sejuta komputer riba 1Malaysia untuk
diagihkan kepada mereka yang berkelayakan untuk mereka mendapat akses
internet jalur lebar.
Komputer riba 1Malaysia merupakan satu projek penting di bawah Inisiatif
Jalur Lebar Negara (NBI) bagi mencapai sasaran penembusan jalur lebar
pada kadar 50 peratus menjelang akhir 2010.
SKMM melalui skim Pemberian Perkhidmatan Sejagat (atau ’Universal
Service Provision’ (USP)) telah memperuntukkan satu juta Komputer
1Malaysia untuk diagihkan kepada pelajar yang berkelayakan seperti pelajar
sekolah menengah yang kurang berkemampuan dan juga kepada golongan
kurang berkemampuan, untuk mereka mendapat akses Internet jalur lebar
sebagai salah satu langkah memperluaskan penggunaan jalur lebar. Dengan
cara ini diharapkan tahap penembusan jalur lebar negara akan meningkat
selain memberi faedah kepada pelajar dan juga negara
Usaha ini juga bagi membudayakan penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) supaya menjadi sebahagian gaya hidup rakyat.
Siapakah yang berkelayakan untuk menerima Komputer Riba
1Malaysia?
Inisiatif penyediaan kemudahan komputer dan akses kepada Internet kini
dikenalpasti melalui penyediaan 1 juta Komputer riba 1Malaysia untuk
digunakan bagi tujuan pembahagian pakej komputer riba atau netbook
1
kepada kumpulan sasaran yang telah dikenalpasti. Ini adalah dengan
persetujuan pihak pemberi perkhidmatan yang terlibat dibawah program
Pemberian Perkhidmatan Sejagat tersebut.
Pembahagian komputer riba 1Malaysia dengan langganan jalur lebar kepada
kumpulan sasaran adalah mengikut nisbah berikut:
1) 65% diagihkan kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan
dengan keutamaan diberi kepada pelajar sekolah menengah
Kerajaan/bantuan Kerajaan dan pelajar universiti yang masih tiada
langganan jalur lebar,
2) 35% diagihkan kepada golongan berpendapatan rendah yang tinggal di
kawasan kurang liputan serta kawasan yang telah tersedia perkhidmatan
dengan sasaran pengagihan meliputi kampung-kampung tradisi, kampung-
kampung baru dan pusat penempatan masyarakat setempat.
Berapakah jumlah pendapatan isi rumah yang dimaksudkan sebagai
’kurang berkemampuan’?
Pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah dirujuk sebagai penanda aras
golongan kurang berkemampuan.
Bagaimanakah pemilihan mereka yang berkelayakan dibuat?
Mereka ini akan dikenalpasti dengan kerjasama Kementerian-kementerian
dan agensi-agensi Kerajaan yang terlibat.
2
Melalui kerjasama dengan pihak-pihak yang terlibat, pengesahan kelayakan
bagi setiap pelajar yang telah disenarai pendek untuk penerimaan komputer
riba 1Malaysia akan dilaksanakan berdasarkan pendapatan isi rumah,
ketiadaan langganan jalur lebar di rumah. Seperti yang disebut, pendapatan
isi rumah RM3,000 ke bawah dirujuk sebagai penanda aras golongan kurang
berkemampuan. Had pemberian bagi kedua-dua kumpulan sasar ini adalah 1
unit komputer riba bagi satu isi rumah sahaja.
Bagaimanakah pengagihan Komputer Riba 1Malaysia dibuat?
Pengagihan komputer riba 1Malaysia akan dibuat secara berperingkat di
seluruh negara bermula dari bulan Jun sehingga akhir tahun 2010 secara
terus kepada kumpulan sasaran. Pengagihan komputer akan dibuat kepada
mereka yang telah dikenalpasti melalui proses tersebut yang menepati
syarat kelayakan yang dinyatakan.
Selain daripada inisiatif Komputer Riba 1Malaysia oleh SKMM,
adakah terdapat inisiatif lain daripada pihak industri?
Terdapat pelbagai insentif lain yang ditawarkan oleh pembekal perkhidmatan
yang berkaitan di bawah pelaksanaan HSBB di bawah NBI. Orang ramai
boleh berhubung dengan pembekal perkhidmatan jalur lebar untuk
mengetahui sekiranya terdapat insentif tersebut dan sekiranya mereka
berkelayakan untuk menerima.
Maklumat Tambahan- Pelan Jalur Lebar Kebangsaan (NBI)
Sasaran Inisiatif Jalur Lebar Negara adalah untuk mencapai 50 peratus
penembusan jalur lebar isi rumah menjelang akhir tahun 2010. Inisiatif Jalur
Lebar Kebangsaan bermatlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah
masyarakat berpengetahuan ke arah menuju ekonomi berpendapatan tinggi
menjelang 2020.
3
Malaysia memerlukan jalur lebar supaya dapat menyumbang impak ketara
kepada KDNK negara: Mencapai 50 peratus penembusan jalur lebar isi
rumah pada 2010 boleh menyumbang 1 peratus kepada KDNK negara dan
mencipta 135,000 pekerjaan baru pada 2010.
Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) akan dilaksanakan di kawasan-
kawasan tertentu untuk tujuan perniagaan dan ekonomi sementara
pendekatan lain adalah Jalur Lebar untuk Masyarakat Umum (BBGP).
NBI membahagikan negara kepada tiga zon. Zon satu melibatkan kawasan
ekonomi berimpak tinggi seperti kawasan tengah Lembah Klang dan Wilayah
Pembangunan Iskandar di Johor. Zon Dua membabitkan kawasan bandar
dan separa bandar yang lain manakala Zon Tiga melibatkan kawasan luar
bandar.
Telekom Malaysia akan menawarkan jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB)
dengan akses 10 Mbps di zon ini. Penduduk di Zon satu juga akan mendapat
akses kepada penyelesaian jalur lebar kompetitif yang lain. Empat kawasan
awal yang akan diliputi perkhidmatan TM HSBB ialah Shah Alam, Subang
Jaya, Taman Tun Dr Ismail dan Bangsar.
Pelan NBI membabitkan inisiatif swasta untuk menawarkan jalur lebar ke
kawasan Zon Dua. Penawarkan jalur lebar di Zon Tiga akan membabitkan
usaha SKMM menggunakan dana Peruntukan Perkhidmatan Sejagat (USP).
Peruntukan jalur lebar di kawasan berkenaan termasuk Telefoni Asas
(menerusi rangkaian tetap dan mudah alih), Perpustakaan Jalur Lebar
Komuniti (CBL) dan Pusat Jalur Lebar Komuniti (CBC).
Liputan selular di kawasan berkenaan akan diperluas dengan membina lebih
banyak menara komunikasi yang dibiayai oleh USP bagi membolehkan
4
operator selular meluaskan liputan masing-masing kepada 97 peratus
penduduk menjelang 2011.
Komputer riba 1Malaysia merupakan satu projek penting di bawah Inisiatif
Jalur Lebar Negara (NBI) bagi mencapai sasaran penembusan jalur lebar
pada kadar 50 peratus menjelang akhir 2010.
5
Get documents about "