Docstoc

PMA 1- Occupational safety

Document Sample
PMA 1- Occupational safety Powered By Docstoc
					PMA- OCCUPATIONAL SAFETY

1.

PENGENALAN.

Bagi mereka yang peka terhadap isu-isu keselamatan di tempat kerja akan tertanya-tanya mengapa dan bagaimana sesuatu kemalangan itu berlaku walhal keselamatan pekerjaan itu secara langsung dan tidak langsung melibatkan semua orang. Ini termasuklah majikan, pekerja, keluarga, orang ramai dan juga negara. Jika inilah hakikatnya, mengapakah kemalangan masih berlaku di tempat kerja.

Tidak terhingga bilangan kajian berkaitan dengan keselamatan di tempat kerja telah dilakukan di dalam dan luar negara. Begitu juga tidak terhingga bilangan statistik kemalangan diterbitkan dan sejumlah yang sama cadangan dikemukakan untuk mengurangkan, jika tidak menghapuskan kemalangan di tempat kerja.

Jika diteliti punca-punca kemalangan di tempat kerja, kita tidak dapat elak daripada membuat satu kesimpulan yang agak empirik terhadap punca satu permasalahan yang rumit. Oleh kerana kemalangan melibatkan manusia, maka manusialah yang bertanggungjawab terhadap kemalangan. Jika semua yang ada pada dan sekeliling manusia itu hazard, maka manusia memainkan peranan dalam mencipta, mempunyai, mengguna, menyelenggara, menyimpan, mengawal dan melupus hazarad tersebut. Pendek kata manusia terlibat di setiap peringkat menangani hazard. Soalannya sekarang ialah siapakah manusia itu ? Adakah mereka ini bertanggungjawab dan mempunyai kebertanggungjawapan menangani masalah keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

Page 1 of 35

PMA- OCCUPATIONAL SAFETY

2.

OBJEKTIF

Tujuan tugasan kali ini,adalah ingin mengenal pasti hazard yang berada di Lapangan Terbang Bintulu,Sarawak. sementara itu menyenaraikan 100 hazard berisiko rendah dan 100 hazard berisiko sederhana dan juga mengenal pasti 20 hazard berisiko tinggi , bersama dengan cara / kaedah untuk mengawal risiko di tempat kerja.

Sementara itu ,kita juga akan mengetahui apa yang di maksudkan dengan Hazard , Ketagori Hazard , Risiko dan Tahap Risiko. Ia dapat memudahkan tugas seseorang yang memgambil berat tentang soal keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

Page 2 of 35

PMA- OCCUPATIONAL SAFETY

3.

METHODOLOGI

Sebelum memulakan kajian ini, kita harus menumpukan kepada perkara asas dalam hal-hal keselamatan & kesihatan pekerja , selain itu pengetahuan tentang hazard dan risiko juga perlu di fahami terlebih dulu. Dengan pengetahuan tersebut kita dapat menilai faktor-faktor yang boleh menyumbang kemalangan.

Laman web menjadi rujukan utama saya bagi kertas kerja ini, selain itu saya juga membuat rujukan nota-nota dan maklumat manual bagi memahami konsep –konsep keselamatan & kesihatan.dan tidak ketinggalan juga pemerhatian saya di sekeliling kawasan Lapangan Terbang dan temuduga dengan pekerja-pekerja Malaysia Airports Bintulu.

Teori Domino Heinrich dan Teori Bird & Lofus digunakan bagi memahami sesuatu kemalangan itu berlaku.maka hasil utama yang saya dapat ialah majikan dan pekerja perlu bertanggungjawab dalam hal-hal isu keselamatan & kesihatan di tempat kerja.

Page 3 of 35

PMA- OCCUPATIONAL SAFETY

Source : Albert Heinrich

Page 4 of 35

PMA- OCCUPATIONAL SAFETY

4. DEFINISI HAZARD

4.1

Apa Itu Hazard ?

Erti perkataan hazard boleh mengelirukan.selalunya dalam kamus tidak memberi makna yang tepat atau dengan tema yang sama dengan risiko.comtohnya, satu kamus mendefinisikan hazard sebagai merbahaya ataupun risiko.

Ada banyak perbezaan untuk hazard, tetapi yang selalu digunakan dalam keselamatan dan kesihatan perkerja,hazard itu adalah,sesuatu punca untuk kejadian mencederakan, atau mengakibatkan kesihatan yang memudaratkan kepada bendabenda lain atau kepada orang dalam apa-apa jua jenis keadaan kerja.

4.2

KATEGORI HAZARD.

Kepentingan mengenal pasti sebanyak mungkin hazard tidak dapat dinafikan jika diketahui bahawa setiap kemalangan yang berlaku itu berpunca daripada lebih daripada satu penyebab. Pada masa yang sama hazard bukan sahaja bertindak secara sendirian tetapi boleh dan mungkin bertindak balas antara satu dengan lain untuk menghasilkan hazard dan risiko yang baru.

Satu cara untuk memastikan sebanyak mungkin hazard di tempat kerja dikenal pasti adalah dengan mengkategorikan hazard-hazard. Hazard boleh dikategorikan kepada :-

4.2.1

Hazard Elektrik.

Hazard elektrik mengakibatkan kejutan elektrik, kebakaran akibat lebihan beban dan menjadi panas dan percikan atau `arcing`.

Page 5 of 35

PMA- OCCUPATIONAL SAFETY

4.2.2

Hazard Mekanikal.

Hazard mekanikal adalah hazard yang berkaitan dengan kuasa mekanikal yang terdapat pada mesin. Antara contoh hazard ini termasuklah bahagian bergerak, memotong, menyepit, memutar dengan pantas, menghentak dan menghempap.

4.2.3

Hazard Sinaran.

Hazard ini terbahagi kepada dua :-

i)

Hazard sinaran mengion adalah hazard sinaran yang mampu mengakibatkan pengionan atom (misalnya, sinar gama, sinar X, zarah alfa, zarah beta dan zarah neutron).

ii)

Sinaran

tidak

mengion

tidak

mampu

mengakibatkan

pengionan atom. Antara contoh sinaran ini termasuk sinaran gelombang mikro, infra merah, gelombang radio dan radar.

4.2.4

Hazard Kimia.

Hazard kimia adalah hazard yang memberikan kesan kerana sifat fizik dan kimianya serta tindakbalas kimianya. Hazard kimia dinyatakan dalam bentuk mudahnya toksisiti, terbakar, karsinogenisiti meletup, atau

keradioaktifan,

korosif,

teratogenisitinya. Hazard kimia adalah hazard yang sukar ditangani

Page 6 of 35

PMA- OCCUPATIONAL SAFETY

termasuk oleh seseorang yang mempunyai pengetahuan dalam bidang kimia, biologi dan toksikologi.

Setiap satu jenis bahan kimia ini mempunyai sifat, tindakbalas dan ketoksikan yang berbeza-beza dimana tidak diketahui sepenuhnya. Terdapat bahan kimia yang berhazard secara sendiri (misalnya, racun arsenic dan sianida).

Terdapat juga keadaan di mana hazard sesuatu bahan kimia hanya diketahui selepas beberapa tahun penggunaannya. (Misalnya, asbestos pernah satu ketika dianggap sangat berguna sebagai penebat haba dalam perlindungan kebakaran tetapi sekarang diketahui mengakibatkan asbestosis).

4.2.5

Hazard Fizikal.

Hazard

fizikal

dikaitkan

dengan

hazard

tenaga.

Ini

termasuklah hazard objek jatuh, tergelincir, perlanggaran, tekanan, letupan, bunyi dan juga sinaran. Bahan kimia seperti minyak petrol yang mengakibatkan kebakaran dan letupan juga boleh dikategorikan sebagai hazard fizikal.

4.2.6

Biohazard atau Hazard Biologi.

Biohazard adalah hazard yang berpunca daripada hidupan. Misalnya, organisme patogenik seperti bacteria, virus, kulat dan yis berjangkit. Biohazard ini tidak terhad kepada kawasan hospital dan makmal. Misalnya, organisme patogenik seperti bacteria, virus, kulat dan yis berjangkit. Biohazard ini tidak terhad kepada kawasan hospital dan makmal perubatan sahaja. Ia boleh juga seperti di tapak

Page 7 of 35

PMA- OCCUPATIONAL SAFETY

pembinaan, kilang atau pejabat. Antara biohazard yang sangat diawasi di tempat kerja termasuklah virus HIV dan hepatitis di kalangan pekerja berisiko tinggi.

Tidak seperti biohazard yang selalu dikaitkan dengan organisma mikroskopik, hazard biologi boleh berupa serangga (seperti nyamuk pembawa penyakit dan lipas), ular, tikus dan sebagainya. Hazard biologi ini boleh membawa penyakit atau gigitannya boleh memudaratkan kesihatan.

4.2.7

Hazard Ergonomik.

Hazard ergonomik berkaitan dengan ketidaksesuaian manusia dengan sekitaran kerjanya. Hazard ergonomik selalunya dikaitkan dengan kesilapan atau kelemahan rekabentuk kejuruteraan dan proses kerja memenuhi keperluan fisiologi dan psikologi manusia. Misalnya, pekerjaan menaip yang lama dalam keadaan yang tidak ergonomik telah dibuktikan mampu mengakibatkan `Tunnel Carpel Syndrome` dan sakit belakang.

4.2.8

Hazard Psiko-Sosial.

Kesilapan pekerja melakukan pekerjaan dan perbuatan mereka yang berbahaya adalah penyumbang kepada kebanyakan kemalangan pekerjaan. Penyebab asas sebahagian daripada

kesilapan dan perbuatan ini berkaitan dengan hazard psiko-sosial, iaitu hazard yang berkaitan dengan psikologi pekerja dan

tindakbalas mereka terhadap tekanan sosial. Sikap suka mengambil

Page 8 of 35

PMA- OCCUPATIONAL SAFETY

risiko, suka melanggar peraturan atau menunjuk-nunjuk tindakan yang berbahaya adalah antara hazard psiko-sosial.

Pengaruh luaran (seperti kehendak majikan, keadaan tempat kerja yang tidak serasi, perhubungan rakan kerja, desakan rumah tangga atau keluarga) boleh memberikan tekanan seseorang pekerja. Bagi mereka yang mampu menanganinya berpotensi meberikan

tindakbalas yang berupa hazard psiko-sosial di tempat kerja.

Page 9 of 35

PMA- OCCUPATIONAL SAFETY

5.

DEFINISI RISIKO

5.1

Apa Itu Risiko ?

Risiko adalah peluang atau kemungkinan orang itu akan dicederakan atau mempunyai pengalaman dari segi kesihatan yang boleh memudaratkan kalau terdedah kepada bahaya..ia boleh juga diberi kepada situasi dengan harta benda atau kehilangan barang-barang kelengkapan.

Contohnya : Risiko yang menyebabkan kejadian kanser daripada merokok boleh dikatakan “ Perokok mempunyai lebih 12 kali peluang mati akibat kanser berbanding yang tidak merokok”. Satu cara lain,untuk membuat kajian risiko ialah “ sebilangan nombor „Y‟ yang menjadi perokok per 100,000 yang merokok boleh menjadi kanser paru-paru” (bergantung kepada umur dan berapa tahun orang itu merokok) risiko itu ada menunjukan sebagai kemungkinan atau mudah mendapat penyakit atau mudah mendapat cedera,di mana hazard merujuk kepada mudah mendapat padah( contoh : kanser paru-paru,emphysema dan penyakit jantung daripada merokok.

Faktor-faktor yang mempengaruhi tahap risiko termasuk : Sebanyak mana orang itu terdedah kepada benda-benda bahaya atau keadaan Bagaimana orang itu terdedah(contohnya : bernafas dalam wap,tersentuh dengan kulit. Bagaimana teruknya jika terkena keadaan yang terdedah.

5.2

TAHAP RISIKO

5.2.1

Risiko Rendah

Page 10 of 35

PMA- OCCUPATIONAL SAFETY

Tidak ada pengawalan tambahan diperlukan kecuali ia boleh di implikasikan dalam kos terendah ( dari segi masa , kewangan ,dan kesungguhan ) tindakan lebih untuk mengurangkan semua risiko ini adalah di buat secara keperluan yang rendah.

5.2.2

Risiko Sederhana Pertimbangan perlu ada jika mahu risiko boleh di bawa ke tahap yang rendah.di mana ia boleh di guna pakai, ke tahap yang boleh di ambil kira dan jika boleh ke tahap di terima pakai,langkah mengurangkan risiko perlu di buat dalam masa yang singkat.percaturan perlu di buat, supaya pengawalan sentiasa di jalankan seperti biasa,terutama sekali jika tahap riksiko yang melibatkan kawasan yang berkaitan dengan keadaan yang merbahaya.

5.2.3

Risiko Tinggi Kaedah – kaedah yang banyak perlu dibuat untuk mengurangkan risiko.langkah mengurangkan risiko boleh dibuat dengan segera dalam masa tertentu dan amat sesuai untuk mengambil kira memberhentikan atau

menghalang segala aktiviti ,atau memberi langkah pengawalan risiko yang mendalam,sehingga semuanya ini selesai di buat.

Page 11 of 35

PMA- OCCUPATIONAL SAFETY

6.

100 HAZARD YANG BERRISIKO RENDAH .

BIL

HAZARD Pejabat Di Terminal Dan Balai AFRS

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21

Pejabat yang tak cukup terang pencahayaan. Peredaran udara keluar kurang. Permukaan lantai pejabat basah. Lantai yang rosak. Karpet yang berhabuk. Susunan perabot tidak sesuai. Meletakan barang berat di atas kabinet yang tinggi. Kawasan bilik pejabat yang sempit. Fail yang banyak tidak tersusun dengan teratur. Bekerja menggunakan komputer terlalu lama. Duduk terlalu lama di kerusi. Keadaan waktu bekerja terlalu panjang. Penjanaan gas ozon daripada alat fotokopi dan pencetak laser. Bilik pejabat yang panas. Asap rokok. Bunyi bising pada mesin pencetak dan fotokopi Ink mesin cetak mengandungi bahan kimia. Habuk pada kertas. Menggunakan bahan pelarut(solvent) Perabut baru ( formaldebyde) Bakteria/virus( sisa makanan,binatang rayap(tikus,lipas dll).

Page 12 of 35

PMA- OCCUPATIONAL SAFETY

22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40 41 42 43 44 45 46

Beban kerja terlalu banyak. Soket elektrik di lantai. Bicu tajam pada sudut meja. Penggunaan gam Kabel elektrik pada laluan pejalan kaki. Meletak perabut pada ruang pejalan kaki Meletak barang besi di bawah meja. Meletak peralatan tajam di dalam pejabat. Membiarkan pin berselerak di lantai. Menggunakan kerusi yang tidak sesuai di dalam pejabat. Pengunaan pisau atau gunting untuk membuka sampaul surat. Penggunaan stapler. Penggunaan puncher. Penggunaan eliminate mesin. Sampah yang penuh pada bakul sampah yang tidak di buang. Stor pejabat yang bersepah. Dokumen yang lama berlambak di stor yang sempit dan berhabuk. Kurang pencahayaan di stor pejabat. Terlalu lama dalam stor. Stor pejabat yang terlalu panas. Cat pada dinding pejabat yang merekah. Kerusi yang tidak ergonomik. Susunan barang terlalu banyak pada rak. Berlari di pejabat. Ruang stor terlalu sempit.

Page 13 of 35

PMA- OCCUPATIONAL SAFETY

47 48 49 50 51 52 53 54

Menggunakan monitor komputer yang sudah kabur. Jarang pada komputer dengan pengguna terlalu dekat. Wayar komputer tidak disimpan dengan kemas. Makan / minum semasa berkerja di depan komputer. Kerusi yang tiada penyandar. Kerusi terlalu tinggi dan rendah. Komputer yang sudah outdated,pengguna boleh stress. Cara salah menggunakan mesin pencetak. Di Terminal

55 56 57 58 59 60 61 62 63 64 65 66 67 68 69 70

Budak bermain dengan troli. Troli dibiarkan berselerak. Roda troli sudah rosak. Lantai licin. Budak dibiarkan bermain di lif. Kurang pencahayaan. Bunyi bising di dalam terminal. Pekerja di kaunter duduk terlalu lama. Penyaman udara terlalu sejuk. Pekerja berdiri terlalu lama. Berjalan di conveyor. Masa berkerja terlalu lama tanpa rehat. Tempat kaunter berhabuk. Menggunakan kasut yang tak sesuai. Pintu masuk automatik. Pintu kecemasan dihalang dengan pasu bunga.

Page 14 of 35

PMA- OCCUPATIONAL SAFETY

71 72 73 74 75 76 77 78 79 80 81 82 83 83 84 85 86 87 88 89 90

Pintu rintangan api dikunci. Merokok di dalam terminal. Bilik merokok tiada pengedaran asap dengan baik. Kerusi yang tak sesuai untuk pengguna lapangan terbang. Tiada penanda awas pada lantai yang licin. Tukang cuci menggunakan bahan kimia untuk mencuci. Ruangan kantin yang sempit. Kerusi di kantin tidak ergonomik Lantai di kantin basah. Menggunakan selipar semasa berkerja di ruang dapur kantin. Tidak mencuci tangan semasa menghidang,memasak,dll. Pinggan /mangkuk tidak di cuci dengan sempurna. Makanan tidak ditutup. Ruangan dapur yang sempit. Menggunakan peralatan tajam seperti pisau. Tidak mengasingkan simpanan bahan mentah dengan bahan pencuci. Mengangkat kuali yang panas. Binatang yang merayap seperti tikus, lipas dll. Masa berkerja terlalu lama. Meletak barang di atas rak yang tinggi. Tidak menggunakan sarung tangan. Di Kawasan Airside

91 92 93

Tidak menggunakan safety vest. Tidak menggunakan ear plug Merokok di kawasan airside.

Page 15 of 35

PMA- OCCUPATIONAL SAFETY

94 95 96 97 98 99 100

Tiada penggunaan beacon. Fog eskalator tidak digunakan pada kenderaaan di kawasan airside. Membuang sampah di kawasan airside. Binatang seperti burung,kucing,dll. Berbahaya pada pesawat. Penyusunan barang dalam troli bagasi tidak teratur. Palang di pagar keselamatan. Tumpahan minyak hydraulik di apron.

Page 16 of 35

PMA- OCCUPATIONAL SAFETY

7.

100 HAZARD YANG BERISIKO SEDERHANA

BIL

HAZARD Kawasan Lapangan Terbang

1 2

Memandu melebihi 25km/j ( Syarat Ditetapkan 25km/j) Tidak mempunyai lampu beacon semasa di kawasan airside ( supaya kenderaan dapat dilihat pada jarak jauh)

3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

Millroll pada troli tercabut Bagasi yang terjatuh di tengah jalan. Tidak memakai ”Safety vest”. Tidak memakai ” ear muff ” bila berdekatan dengan kapal terbang. Duduk di Conveyor pemunggahan barang. Tidak mahir menggunakan ”Tow Truck”. Pekerja aerobridge yang tidak mahir . Merokok di kawasan airside. Mengisi minyak kapal terbang. Mengisi ruang penyimpanan bagasi di kapal terbang. Penyelengara Elektrik / Mesin

13 14 15 16 17 18 19

Menggunakan pemutar skru yang tidak ada penebat. Peralatan elektrik yang tidak memenuhi piawaian yang ditetapkan. Tidak memakai kasut keselamatan ketika dalam substation. Ground kabel yang tidak bertutup. Lantai yang basah di substation. Tiada tanda awas pada mesin elektrik. Mengedalikan mesin X –Ray.

Page 17 of 35

PMA- OCCUPATIONAL SAFETY

20 21 22 23

Bertugas terlalu lama berdekatan dengan mesin X-Ray. Budak kecil bermain di conveyor mesin X-Ray. Tidak mahir menggunakan mesin X-Ray. Tidak menggunakan ” Radiation Monitor Device ” semasa

mengendalikan mesin X-Ray. Dapur Di Pejabat 24 25 26 27 28 Microwave yang di lapik kertas. Lantai dapur yang berminyak. Lantai dapur yang basah Pisau yang tidak di simpan di laci. Suis pemanas air yang di biarkan terpasang walaupun tidak digunakan Pemanduan Jentera Berat (Jentera Bomba) 29 30 31 32 33 Pemandu jentera bomba terdedah pada gegeran yang berlebihan. Kurang tekanan angin pada jentera bomba Pemandu yang tidak ada kemahiran mengendalikan jentera bomba. Ruang pemandu yang tidak bersih berhabuk. Pemandu yang mengantuk. Asbestos 34 Menggunakan peralatan untuk membentuk,memotong dan melubangkan asbestos. 35 36 37 38 39 40 Membaik pulih bahagian binaan yang mengandungi asbestos. Mengumpul serpihan asbestos di tapak binaan. Memasang unit pengalir udara(AHU) yang mengandungi asbestos. Memungah produk asbestos yang tidak di bungkus Memasang bumbung asbestos. Memasang siling asbestos.

Page 18 of 35

PMA- OCCUPATIONAL SAFETY

41 42 43 44 45 46 47 48 49 50 51 52 53 54 55 56 57 58 59 60 61 62 63 64 65

Membaiki siling asbestos. Membuka siling asbestos. Membaiki siling asbestos. Menyimpan bahan binaan yang mudah terbakar. Menggunakan soket yang rosak. Lebihan beban elektrik kerana terlalu banyak soket dalam satu litar. Menggunakan Plug rosak. Tidak melebalkan kerosakan pada suis rosak. Menggunakan peralatan elektrik yang tidak menepati piawaian. Menggunakan peralatan pertukangan yang telah rosak. Menggunakan Test Pen yang rosak. Meletakan minyak petrol di tempat panas. Sampah mudah bakar yang tidak di lupuskan dengan betul. Tidak menggunakan topi keselamatan. Tidak menggunakan kasut keselamatan. Tidak Menggunakan sarung tangan. Peralatan pertukangan bersepah di tapak binaan. Tidak melebalkan bahan kimia yang disimpan. Tidak mengasingkan bahan bertoksik dengan bahan lain. Meletakan soket sambungan di tempat yang salah. Menyambungkan wayar ke soket tanpa plug. Paku dan besi bersepah di tapak binaan. Jurukimpal yang terdedah pada asap kimpalan Tidak menggunakan google semasa membuat kimpalan. Tidak menggunakan sarung tangan semasa membuat kimpalan.

Page 19 of 35

PMA- OCCUPATIONAL SAFETY

66 67 68 69 70 71 72 73

Tidak mahir menggunakan peralatan kimpalan. Tukang kayu yang terdedah pada habuk kayu. Pengawal keselamatan yang berada di kawasan binaan. Terdedah pada suhu panas terlalu lama. Menggunakan peralatan yang tidak memenuhi piawaian keselamatan. Keadaan bising di tapak binaan. Tidak menggunakan topeng mulut dan hidung semasa di tapak binaan. Tidak menggunakan google bagi mereka yang berkerja dengan drill,grander dan lain-lain.

74 75 76 77 78 79

Serpihan batu konkrit. Menggunakan peralatan tajam seperti gergaji,pahat dan lain-lain. Pekerja yang memasang bumbung bangunan yang tinggi. Kerja memasang siling bangunan. Bahan buangan yang tidak di lupuskan dengan betul. Memandu di kawasan yang sedang dalam binaan. Stor Di Balai Bomba

80 81 82 83 84 85

Lantai stor yang licin. Meletakan bahan kimia di rak yang tinggi. Tidak mengasingkan bahan kimia dengan bahan –bahan yang lain. Bahan-bahan kimia yang merbahaya diletak di ruang pejalan kaki. Menggunakan rak stor yang sudah reput untuk penyimpanan. Menggunakan tangga untuk mengambil barang berat di kedudukan tinggi.

86 87 88

Tong minyak pelincir yang bocor. Menggunakan tangga secara menegak. Menyandarkan tangga mudah alih pada permukaan yang tidak rata.

Page 20 of 35

PMA- OCCUPATIONAL SAFETY

89 90 91

Menyusun barang di rak dalam keadaan tidak tersusun Keadaan di stor yang bersepah dan tidak tersusun. Pengaliran udara yang kurang di stor. Keadaan Di Balai Bomba

92 93 94 95 96 97 98 99 100

Keadaan di bay yang basah. Minyak pelincir jentera tidak di buang dengan sempurna. Berada di hadapan balai bomba. Semasa mengangkat tangga diatas jentera bomba Menggunakan peralatan bomba seperti Hydrulic Forcing Tool. Semasa mengendalikan Mesin B.A air Compressor. Tabung B.A tak pernah di tukar angin lebih dari 6 bulan Semasa pemeriksaan enjin jentera bomba. Semasa mengisi minyak diesel jentera bomba.

Page 21 of 35

PMA- OCCUPATIONAL SAFETY

8.

20 HAZARD YANG BERISIKO TINGGI

Daripada 100 hazard yang berisiko rendah dan sederhana ,kita akan mengetahui 20 hazard yang boleh mengundang risiko yang tinggi iaitu membawa kepada kematian jika tidak dikawal atau dibendung Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini disenaraikan 20 hazard yang berisiko tinggi di kawasan Lapangan Terbang Bintulu dan kaedah untuk mengawal risiko.:

a)

Anggota Bomba (AFRS) Memadam Kebakaran Kapal Terbang.

Page 22 of 35

PMA- OCCUPATIONAL SAFETY

BIL

HAZARD

CADANGAN CARA / KAEDAH UNTUK MENGAWAL Penyediaan baju pelindung yang sesuai untuk anggota bomba

01

Api kapal terbang

02

Asap beracun

Menggunakan alat pernafasan Breathing Apparatus”

03

Kapal Terbang terbakar

Anggota bomba perlu seorang yang terlatih, dan dan tahu teknik pemadaman yang betul

Page 23 of 35

PMA- OCCUPATIONAL SAFETY

b)

Bahagian binaan dalam kapal terbang yang membebaskan gas bertoksik bila

terbakar Seperti : - Kerusi penumpang , Kerpet, curtain dan lain-lain.

Page 24 of 35

PMA- OCCUPATIONAL SAFETY

BIL 04 NYLON Gas Toksik

HAZARD

Cyanide (HNC) dan Ammonia (NH3) 05 SILK Gas Toksik Cyanide (HNC) dan Ammonia (NH3) 06 WOOL Gas Toksik Cyanide (HNC) dan Ammonia (NH3) Nitrogen dioxide(NO3) 07 ACRLICS Gas Toksik Cyanide (HNC) 08 POLYSTYRENE Gas Toksik Benzene 09 RUBBER Gas Toksik Sulfer Dioxide(SO2) 10 URETHANES Gas Toksik Cyanide (HNC) dan Ammonia (NH3) 11 MELAMINES Gas Toksik Cyanide (HNC) dan Ammonia (NH3)

Page 25 of 35

PMA- OCCUPATIONAL SAFETY

12

POLYVINYLCHLORIDE(PVC) Gas Toksik Nitrogen Dioxide,Hydrogen Cloride,Carbon Monoxide, dan Halogen Acid.

13

ACRO-NITRILE-BUTADIENE(ABS) Gas Toksik Cyanide (HNC)

14

FLUOROCARBON MATERIAL Gas Toksik Hydrofluoric Acid CADANGAN CARA / KAEDAH UNTUK MENGAWAL

Setiap anggota bomba perlu tahu bahan bertoksik yang berada di kapal terbang ,penggunaan PPE harus dipakai semasa menghadapi kebakaran kapal terbang.

Page 26 of 35

PMA- OCCUPATIONAL SAFETY

c)

Semasa Anggota Bomba AFRS Ingin Menghampiri Kebakaran Kapal

Terbang Jenis Pesawat Pejuang , Commercial (Boieng , Airbus),dan Helikopter.

Page 27 of 35

PMA- OCCUPATIONAL SAFETY

Page 28 of 35

PMA- OCCUPATIONAL SAFETY

ENJIN

Page 29 of 35

PMA- OCCUPATIONAL SAFETY

BIL 15 16 17 18 19 20 21 23 24 Ejection Seat Pensenjataan Bom Pyrotechnic Missiles Propellants Main Rotor Tail Rotor Air Frames

HAZARD

Sedutan enjin pesawat yang masih berfungsi. CADANGAN CARA / KAEDAH UNTUK MENGAWAL

Anggota Bomba harus mematuhi prosedur keselamatan semasa menghampiri pesawat pejuang ,commercial dan helikopter dengan menjauhi dari hazard tersebut. Menggunakan agen pemadam yang betul untuk kebakaran enjin contoh : Carbon oksida (CO2) dan bahan kimia kering (DP)

Page 30 of 35

PMA- OCCUPATIONAL SAFETY

d)

Semasa Menghampiri Kebakaran Roda Kapal Terbang

Page 31 of 35

PMA- OCCUPATIONAL SAFETY

Page 32 of 35

PMA- OCCUPATIONAL SAFETY

BIL 25 26 Nat roda.

HAZARD

Letupan Roda sekiranya salah menggunakan agen pemadaman. CADANGAN CARA / KAEDAH UNTUK MENGAWAL

Anggota Bomba harus mematuhi prosedur keselamatan semasa menghampiri roda pesawat dan mengunakan agen pemadam seperti Fine water Spray, buih(AFFF) dan bahan kimia kering (DP)

Page 33 of 35

PMA- OCCUPATIONAL SAFETY

9.

KESIMPULAN

Kesimpulan dari hasil pemerhatian saya di tempat kerja , hazard wujud dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.Atas alasan inilah maka risiko keselamatan dan kesihatan hendaklah diurus dan dikawal

Perbezaan antara insiden dengan bencana kemalangan terletak kepada kesediaan dan kecekapan pekerja sesebuah organisasi untuk menangani keselamatan dan hazard yang berlaku. Semua ini boleh disediakan dengan komunikasi dan prosedur tindakan kecemasan yang cekap yang menangani hazard di tempat kerja dan ini boleh disediakan dengan syarat majikan dan organisasi merancang pembangunan pelan tindakan untuk menangani hazard di tempat kerja dengan berhati-hati dan menyokongnya dengan dana dan sumber yang mencukupi.

Sehubungan dengan itu, pihak majikan perlu melaksanakan beberapa dasar, pelaksanaan dan pemantauan dari masa ke semasa agar hazard di tempat kerja di titik beratkan.

Page 34 of 35

PMA- OCCUPATIONAL SAFETY

10.

BAHAN RUJUKAN

1. http://www.ccohs.ca/oshanswers/hsprograms/risk_assessment.html Canadian Center For Occupational Healthy & Safety.

2. http://www.hse.gov.uk/risk/casestudies/index.htm

3. Nota Civil & Military Aircraft Firefighting Oleh MATC Penang.

4. Nota Aircraft Structure & Rescue Technique Oleh MATC Penang.

5. Manual Kursus Pegawai Keselamatan & Kesihatan Oleh NIOSH.

6. Nota Occupational Safety Oleh En.Agas Edmund Langgu.

Page 35 of 35


				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:7773
posted:5/7/2009
language:Malay
pages:35