Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan Persekutuan

Document Sample
Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan Persekutuan Powered By Docstoc
					                                                                                                   1




        Isu berkaitan dengan makna atau maksud sebenar frasa “Islam adalah agama

bagi Persekutuan” sebagaimana yang disebut dalam Perkara 3(1) Perlembagaan

Persekutuan telah banyak ditimbulkan.1 Sebagai contohnya, Mahmood Zuhdi Abd.

Majid telah memberi komen bahawa dengan merujuk kepada niat sebenar kewujudan

peruntukan tersebut, adalah jelas bahawasanya ia tidak bertujuan untuk membentuk

Tanah Melayu sebagai sebuah negara Islam. Seterusnya ahli akademik tersebut

mengatakan bahawa kandungan Laporan Suruhanjaya Reid itu sendiri dengan jelasnya

menyokong kenyataan tersebut.2 Mengikutnya lagi, peruntukan tersebut bermaksud

bahawa Islam disokong sebagai agama rasmi bagi Persekutuan sebagaimana yang

disebut di dalam perlembagaan negara-negara Islam yang lain sewaktu Perlembagaan

Tanah Melayu ditulis seperti di negara Afghanistan, Iran, Iraq, dan lain-lain. Malah,

sebagaimana agama Kristian telah diterima sebagai agama rasmi bagi negara-negara

seperti Ireland, Norway, Denmark, dan lain-lain atau sebagaimana agama Budha telah

diterima sebagai agama rasmi di Thailand. Dalam perkataan lain, apa yang dimaksudkan

oleh Suruhanjaya Reid adalah tentang penerimaan Islam sebagai agama rasmi di Tanah

Melayu dalam bentuk sebuah negara yang sekular.3

        Apa yang menarik tentang pandangan beliau di atas adalah bahawa beliau

seolah-olahnya bersetuju bahawasanya dalam sesebuah negara sekular, sesuatu agama



1
  Lihat Perkara 3(1) Perlembagan Persekutuan.
2
  Sebenarnya yang menyebut tentang perkara ini ialah Kertas Putih. Suruhanjaya Reid tidak menyatakan
apa-apa tentang perkara ini.
3
  Lihat Mahmood Zuhdi Abd. Majid, Pengantar undang-undang Islam, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti
Malaya, 1997, m/s. 100.
                                                                                               2


boleh diterima sebagai agama rasmi negara terbabit. 4 Sedangkan mengikut konsep

sekular itu sendiri, soal agama tidak boleh dicampuradukkan langsung dalam soal

pemerintahan sesebuah negara. Ini bermakna bahawasanya, sebuah negara yang

benar-benar sekular sebenarnya tidak boleh langsung menerima mana-mana agama

dalam pemerintahan negara. Oleh hal yang demikian, bolehlah kita simpulkan

bahawasanya negara-negara yang dikatakan sekular seperti Ireland, Norway, Denmark,

dan sebagainya bukanlah benar-benar sebuah negara sekular dalam erti kata yang

sebenarnya kerana negara-negara terbabit telah menerima agama Kristian sebagai

agama rasmi bagi negara mereka. Hal ini juga menjurus kepada kesimpulan

bahawasanya negara Malaysia juga sebenarnya bukanlah negara sekular dalam erti kata

yang sebenarnya kerana soal keagamaan telah diterima dalam Perlembagaan Malaysia

walaupun mungkin juga bukan sebuah negara Islam dalam konteks yang sebenar

kerana undang-undang Islam belum diamalkan secara menyeluruh. Sekurang-

kurangnya penulis berpendapat bahawasanya tanggapan bahawa Malaysia sebuah

negara sekular juga perlu ditangkis memandangkan sudah pun ada campurtangan

agama dalam perkara 3(1) perlembagaan negara.

        Di dalam komen tentang Perkara 3 perlembagaan negara, Sheridan dan Grove

telah mengatakan sebagaimana berikut:

        “It does not seem that the clause “Islam is the religion of the Federation”

        has any legal effect. These words possibly impose an obligation on the



4
 Ini adalah juga pandangan Karpal Singh yang menyatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara
sekular yang mempunyai agama rasmi.
                                                                                                         3


          participants in any federal ceremony to regulate any religious parts of the

          ceremony according to Muslim rites.”5

          Andrew Harding pula mengatakan bahawa secara logiknya kenapa Islam disebut

sebagai agama Persekutuan dalam sistem perlembagaan yang mana Islam diletakkan

dalam senarai bidang kuasa negeri hanya boleh diterima pakai jika kenyataan tersebut

bertujuan semata-mata merujuk kepada Islam sebagai agama bagi upacara-upacara

rasmi negara sahaja. Perkara 3 ini seterusnya dijelaskan bahawa walaupun Islam

diterima sebagai agama Persekutuan, tetapi Malaysia bukanlah sebuah negara Islam.

Mengikut beliau lagi, walaupun mungkin ada usaha untuk mengubah akan hal ini, dan

menerima Perkara 3 secara lebih literal, tetapi Perkara 3 dalam kedudukannya yang

sekarang ini bukanlah bermaksud untuk memberi kesan pembentukan sebuah negara

Islam.6

          Perkara ini sebenarnya telah diuji di dalam kes Che Omar Che Soh lwn. Public

Prosecutor7, yang mana dalam kes ini satu hujahan telah dikemukakan bahawasanya

peruntukan tentang hukuman mati mandatori ke atas pesalah-pesalah pengedaran

dadah adalah bercanggah dengan Islam dan sepatutnya dianggap sebagai satu undang-

undang yang tidak sah kerana tidak selari dengan peruntukan Perkara 3 perlembagaan

negara yang menyatakan bahawa Islam adalah agama Persekutuan. Mahkamah Agung,

setelah meneliti kepada sejarah Islam di Malysia, telah menolak hujahan tersebut,

seterusnya memutuskan bahawa Perkara 3 bukanlah penghalang kepada kuasa
5
  L.A. Sheridan dan Hary E. Grove, The constitution of Malaysia, Malayan Law Journal, Singapore, 1987,
m/s. 31.
6
  Harding, Andrew, Islamic law in Malaysia, Dalam Eugene Cotran dan Chibli Mallat (edit.), Yearbook of
Islamic and middle eastern law, Kluwer Law International, London, 1995, Jilid. 2, m/s. 62-63.
7
  [1988] 2 MLJ 55.
                                                                                       4


legislatif. Dalam menerangkan perkara ini, mahkamah telah membuat garis pemisah

antara undang-undang persendirian, yang mana undang-undang Islam terpakai, dengan

undang-undang awam, yang mana undang-undang Islam tidak terpakai. Mahkamah juga

menambah bahawasanya undang-undang Islam dari segi sejarahnya hanya menghadkan

kepada undang-undang persendirian di Malaysia. Salleh Abas L.P. telah memutuskan

bahawa Perkara 3 tidak pernah bertujuan untuk meluaskan penggunaan sharī`ah

sehingga ke peringkat undang-undang awam. Beliau menambah:

           "If it had been otherwise, there would have been another provision in the

           constitution which would have the effect that any law contrary to the

           injunctions of Islam would be void."8

           Salleh Abas walau bagaimanapun berkata bahawa Perkara 3 Perlembagaan

Persekutuan boleh membawa kesan bagi membolehkan kerajaan negeri dan

persekutuan untuk mengekalkan dan menubuhkan institusi-institusi Islam dan juga

memberi arahan-arahan atas nama agama Islam yang mungkin juga melibatkan bantuan

kewangan. Tambahan daripada itu, Perkara 3 dan layanan yang istimewa tentang agama

Islam boleh dikaitkan dengan Perkara 153, yang memberi hak istimewa kepada melayu.

Peruntukan-peruntukan tersebut telah membolehkan kerajaan menaja aktiviti-aktiviti

yang berkaitan dengan Islam dan juga menyokong usaha-usaha pembangunan sosial-




8
    Ibid., per Salleh Abas L.P. m/s. 56.
                                                                                                         5


ekonomi bagi manfaat orang melayu selagi mana ianya tidaklah mendiskriminasikan

agama-agama lain.9

        L.A. Sheridan juga membantah hujahan bahawasanya jika Perkara 3 mengiktiraf

Islam sebagai agama Persekutuan, mana-mana undang-undang, yang digubal

bercanggah dengan sharī`ah, adalah terbatal. Beliau mencadangkan:

        "If it had been otherwise, there would have been another provision in
        the constitution which would have the effect that any law contrary to the
        injunction of Islam will be void. Far from making such a provision, Article
        162 on the other hand purposely preserves the continuity of secular law
        prior to the constitution, unless such law is contrary to the latter.10

        Walau bagaimanapun, terdapat kecenderungan di kalangan hakim-hakim

Mahkamah Tinggi (mahkamah sivil) cuba menafsirkan kes-kes berasaskan undang-

undang Islam dan merujuk kepada sarjana-sarjana Islam. Hal ini boleh dilihat di dalam

kes Re Dato’ Bentara Luar decd. Haji Yahya bin Haji Yusof & Satu Lagi lwn. Hassan bin

Othman & Satu Lagi11 berkaitan dengan waqf (waqf kepada anak-anak sendiri) sama

ada perkara tersebut adalah sah atau tidak. Mahkamah Persekutuan (disampaikan oleh

Salleh Abas F.C.J.) telah memutuskan bahawa undang-undang yang terpakai untuk

menentukan kesahihan waqf dalam kes ini ialah undang-undang Islam sebagaimana

yang ditafsirkan oleh ulama’-ulama’ Islam yang mempelajari usul fiqh, tanpa terikat

kepada peraturan menentang keabadian (rule against perpetuity), iaitu satu konsep

yang sangat asing dalam sistem jurispruden Islam.



9
  Mohd. Salleh Abas, Traditional elements of the Malaysian constitution, Dalam Trindade, F.A. dan Lee,
H.P. (edit.), The constitution of Malaysia: further perspectives and developments, Oxford University Press,
Oxford, 1986, m/s. 8.
10
   L.A. Sheridan, The religion of the federation, [1988] 2 MJL xiii.
11
   (1982) 2 MLJ 264.
                                                                                                  6


        Tafsiran atau penghakiman yang sama juga diikuti di dalam kes Tengku Haji

Jaafar Ibni Almarhum Tengku Muda Ali & Satu Lagi lwn. Government of Pahang12

berkaitan dengan isu hibah sebuah tanah, yang telah diberikan oleh Sultan Pahang

kepada anak perempuannya. Salleh Abas dalam memberikan penghakimannya berkata

bahawa pemberian tersebut adalah tidak sah dengan merujuk kepada undang-undang

Islam di dalam Minhāj al-Tālibīn, karangan al-Nawāwī. Walau bagaimanapun,

kecenderungan-kecenderungan tersebut hanyalah terpakai kepada undang-undang

persendirian dan sementara itu undang-undang awam masih kekal sebagaimana yang

difahami dan dibentuk oleh penggubal perlembagaan.

        Namun demikian, terdapat juga beberapa pandangan positif daripada beberapa

ahli akademik dan pakar undang-undang dalam memberi penafsiran kepada Perkara 3

Pelembagaan Persekutuan. Menurut Haji Hasan Bahrom, Perkara 3 boleh menjadi asas

yang baik dalam proses merealisasikan undang-undang Islam di negara ini jika ianya

dilihat secara positif dan ditafsirkan mengikut perspektif Islam.13

        Ahmad Ibrahim juga tidak bersetuju dengan istilah agama dalam Perkara 3 yang

dilihat mengikut perspektif barat kerana hal yang sedemikian akan menyebabkan ianya

ditafsirkan sebagai agama ritual sahaja yang tidak meliputi aspek kehidupan manusiawi

yang lain seperti sosial, politik dan undang-undang, dan akhirnya menjurus kepada

keterikatan oleh penafsiran yang diberi apabila wujudnya perjanjian untuk memasukkan

istilah tersebut ke dalam Perlembagaan. Menurut beliau, istilah agama sepatutnya


12
   (1987) 2 MLJ 74.
13
  Haji Hasan Bahrom, Perlembagaan: isu perlaksanaan undang-undang Islam, Dalam Jurnal Syariah, 1999,
7 (1), m/s.80.
                                                                                                   7


dilihat mengikut perspektif Islam, kerana hal ini pastinya akan merangkumi segala aspek

sebagaimana yang dikehendaki oleh al-dīn. Beliau menjelaskan bahawa adalah sangat

mendukacitakan apabila Mahkamah Agung telah bersedia untuk menerima hujahan

bahawasanya istilah Islam yang disebut di dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan

sepatutnya difahami untuk mencakupi perkara-perkara yang berkaitan dengan fungsi-

fungsi perayaan dan adat resam agama semata-mata. Penafsiran sebeginilah yang

dikehendaki oleh penggubal Perlembagaan dan secara tidak langsung adalah hasil

daripada kesan pentadbiran British semasa era penjajahan dan kesan penubuhan

institusi-institusi sekular. Beliau seterusnya bertanya adakah kita masih terikat dengan

kedudukan koloni sedangkan kita sudah pun merdeka?14

        Ini jugalah reaksi Hashim Yeop Sani apabila beliau berkata bahawa

        “Article 3 of the Federal Constitution is very clear and it cannot be

        misinterpreted anymore that the religion of the Federation is Islam. Thus,

        any interpretation which arise conflict between document created by men

        and orders from Allah, that interpretation cannot be used”.15

        Haji Hasan Bahrom berpendapat bahawa Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan

tidaklah bercanggah dengan aspirasi sistem perundangan perlembagaan Islam. Ini

adalah kerana Al-Qur'ān itu sendiri diturunkan secara umum yang memerlukan kepada

hujahan dan tafsiran.16 Walau bagaimanapun, Mahmood Zuhdi Abd. Majid berkata

bahawa segala tafsiran-tafsiran positif tadi, untuk waktu ini, tidak pernah diambil kira
14
   Ahmad Ibrahim, Kedudukan Islam dalam Perlembagaan Malaysia, Dalam Jurnal hukum, 1996, 10 (2),
m/s. 143-144.
15
   Hashim Yeop Sani, Islam dalam perlembagaan, Institut Dakwah dan Latihan Islam, Kuala Lumpur, tiada
tarikh, m/s. 17.
16
   Haji Hasan Bahrom, Perlembagaan: isu perlaksanaan undang-undang Islam, m/s.82.
                                                                                                    8


oleh mahkamah dan ianya pasti akan memakan masa yang lama bagi mahkamah untuk

menerimanya pada masa hadapan.17

        Namun begitu, Mahkamah Tinggi Seremban telah menerima tafsiran yang positif

ini di dalam kes Meor Atiqulrahman bin Ishak & Lain-lain lwn. Fatimah Bte Sihi & Lain-

lain.18 Dalam penghakimannya Mohd Noor Abdullah J. telah memutuskan bahawa

Perkara 3 sepatutnya diberi tafsiran yang selayaknya19 bahawasanya ia sepatutnya

melangkaui batasan ritual dan upacara-upacara keagamaan asalkan selagi mana ia tidak

menafikan keamanan dan keharmonian dalam amalan agama-agama lain.20 Adalah agak

menarik untuk dinyatakan bahawasanya Yang Arif Hakim telah memutuskan bahawa

Islam adalah agama utama, yang mengatasi ke atas agama-agama lain di negara ini. Ini

adalah implikasi kepada kehendak bahawasanya Islam adalah agama Persekutuan. Kata

beliau lagi, Islam tidak akan disebut sebagai agama Persekutuan jika kedudukannya

adalah sama seperti agama-agama lain di negara ini.

        Menurut Abdul Aziz Bari, ini adalah pertama kali seorang hakim telah

menyuarakan atau memberi penekanan tentang ketinggian Islam dalam struktur

perlembagaan yang mana pandangan sebegini hanya ada dikemukakan sebelum ini oleh

para ahli akademik sahaja.21 Beliau seterusnya menyimpulkan bahawa apa yang baiknya

tentang keputusan di dalam kes Meor Atiqulrahman ialah kes ini telah meletakkan

semula agama pada tempat yang sepatutnya. Sampai kepada satu peringkat Meor


17
   Mahmood Zuhdi Abd. Majid, Pengantar undang-undang Islam, m/s. 103.
18
   [2000] 5 MLJ 375.
19
   Ibid., p. 386A.
20
   Ibid., p. 382C-D.
21
   Lihat Abdul Aziz Bari, Islam in the Federal Constitution: a commentary on the decision of Meor
Atiqulrahman 2000 2 MLJ cxxxiii.
                                                                                                        9


Atiqaulrahman telah menunjukkan kreativiti yang munasabah dan keberanian

intelektual dalam penafsiran perlembagaan.22

        Walau bagaimanapun, keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes Meor

Atiqulrahman tidak bertahan lama kerana keputusan tersebut telah dipangkas oleh

Mahkamah Persekutuan yang akhirnya membuat penghakiman memihak kepada

perayu.23

        Mengikut Hairuddin Megat Latif, kedudukan Islam dalam konsep federalisme

tidaklah mustahak sangat. Hal ini adalah berdasarkan fakta bahawa kuasa berkaitan

dengan Islam disenaraikan di bawah Kuasa Negeri daripada Jadual Kesembilan

Perlembagaan Persekutuan, manakala perkara-perkara penting yang lain seperti

pertahanan, keselamatan dalam negeri, undang-undang jenayah dan pentadbiran

keadilan, kewangan, dan lain-lain disenaraikan di bawah kuasa Persekutuan.24

        Berdasarkan peruntukan tersebut, kuasa untuk menggubal mana-mana undang-

undang berkaitan orang-orang Islam dalam perkara-perkara yang disenaraikan dalam

Senarai Negeri adalah di bawah bidang kuasa negeri. Jadi, setiap negeri mempunyai

kuasa, dan oleh hal yang demikian, adalah menjadi fakta bahawasanya enakmen

undang-undang negeri adalah berlainan di antara satu negeri dengan satu negeri yang

lain. Tambahan pula, fatwá berkaitan beberapa isu juga adalah berlainan di antara satu

negeri dengan satu negeri yang lain. Enakmen undang-undang Islam ini bukan sahaja




22
   Ibid., m/s. cxlij.
23
   Lihat Meor Atiqul Rahman Ishak & Lain-lain lwn. Fatimah Sihi & Lain-lain [2006] 4 CLJ 1.
24
   Lihat Senarai I – Senarai Persekutuan (Senarai Legislatif) di bawah Jadual Kesembilan Perlembagaan
Persekutuan.
                                                                                                  10


mengelirukan masyarakat tetapi juga menjejaskan kewibawaan fatwá itu sendiri dan

imej orang Islam itu sendiri secara amnya.

        Kesan daripada ketiadaan keseragaman undang-undang ini dapat dilihat sebagai

contohnya daripada peristiwa perbezaan tarikh menyambut Hari Raya Aidilfitri di Perak

dan negeri-negeri lain. Peristiwa ini terjadi pada 1982, apabila kerajaan negeri Perak

telah menyambutnya sehari lebih awal daripada hari yang diishtiharkan oleh Yang di-

Pertuan Agong. Perbezaan juga dapat dilihat daripada pemakaian madhhab yang

berbeza sebagai contohnya, negeri Perlis tidak menyatakan bahawa ia mengikut

madhhab yang mana, sedangkan negeri-negeri lain menyatakan bahawa mereka

mengikuti madhhab Shāfi`ī.25

        Walaupun Islam adalah agama Persekutuan, tidak terdapat ketua agama bagi

agama Islam untuk keseluruhan Persekutuan. Yang di-Pertuan Agong ( YdPA) masih

dikira sebagai Ketua Agama Islam di negeri baginda, dan di bawah perlembagaan juga,

sebagai ketua agama Islam bagi Wilayah Persekutuan, Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan

Sarawak memandangkan negeri-negeri terbabit tiada Raja-raja Melayu mereka sendiri.

Wakil Raja dalam negeri-negeri terbabit, dikenali sebagai Yang di-pertuan Negeri, juga

sebagai simbol kedaulatan Islam. Sembilan negeri-negeri lain di Malaysia mempunyai

Raja atau Sultan mereka sendiri, sebagai Ketua agama Islam di negeri tersebut. Majlis

Raja-raja walaubagaimanapun bersetuju bahawa dari aspek perayaan dan upacara-




25
  Hairuddin Megat Latif, Status dan kedudukan undang-undang Islam di Malaysia sehingga kini, [1992] 2
CLJ iii-iv.
                                                                                                11


upacara yang melibatkan keseluruhan Persekutuan, Yang diPertuan Agong (YdPA) diberi

kuasa untuk mewakili setiap Raja-raja sebagai ketua agama di negeri-negeri terbabit.26

        Perlembagaan-perlembagaan             negeri       telah      menetapkan          bahawa

Sultan boleh bertindak mengikut budibicara masing-masing dalam menjalankan

tugasnya sebagai ketua agama Islam, tetapi YdPA hanya boleh bertindak mengikut

nasihat dalam menjalankan tugas-tugasnya sebagai ketua agama Islam di Melaka, Pulau

Pinang, Wilayah Persekutuan, Sabah, dan Sarawak.27

        Walaupun dikatakan bahawa kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk

menggubal undang-undang bagi orang-orang Islam dan boleh menguatkuasakannya ke

atas orang Islam, tetapi hal tersebut hanya berkaitan dengan undang-undang peribadi

dan undang-undang keluarga Islam sahaja. Undang-undang tersebut, jika ianya

berkaitan dengan undang-undang jenayah, masih bergantung kepada Akta Mahkamah

Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 196528. Ini bermakna bahawa walaupun kerajaan negeri

boleh menggubal undang-undang berkenaan dengan undang-undang jenayah Islam,

bidangkuasa kerajaan negeri adalah terbatas. Sebagai contohnya, orang Islam yang

melakukan jenayah zinā, tidak boleh dihukum dengan hukuman yang ditetapkan di

dalam Al- Qur'ān.29

        Berdasarkan peruntukan di dalam akta tersebut, hukuman-hukuman yang boleh

dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah bagi perkara-perkara berkaitan dengan jenayah

syariah (termasuk zinā) adalah sebagaimana berikut:
26
   Lihat Perkara 3(2), Perlembagaan Persekutuan.
27
   Mohammad Hashim Kamali, Islamic law in Malaysia: issues and developments. Kuala Lumpur: Ilmiah
Publishers, 2000, m/s. 29-30.
28
   Pindaan 1988 (Akta 355).
29
   Lihat al-Qur'ān, Surah Al-Nūr 24:2.
                                                                                                  12


     i)        penjara tidak melebihi tiga (3) tahun, atau

     ii)       denda tidak melebihi RM5,000, atau

     iii)      sebat tidak melebihi enam (6) sebatan, atau

     iv)       mana-mana kombinasi daripada hukuman-hukuman di atas.30

            Walau bagaimanapun, Mohammed Imam telah mengemukakan satu pendapat

yang berlainan tentang kesahihan Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah)

1965. Beliau menulis, perbincangan secara berterusan akan membawa kepada andaian

bahawasanya Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 adalah bercanggah

dengan perlembagaan. Pandangan ini adalah berdasarkan pendapat bahawasanya akta

1965 tersebut melampaui kuasa (ultra vires) Parlimen apabila ianya telah menentukan

had setakat mana mahkamah syariah mempunyai bidangkuasa dalam menjatuhkan

hukuman. Mengikut perkara (1) Senarai Negeri, Negeri-negeri mempunyai kuasa

tentang ‘pewujudan dan penghukuman kesalahan’, sedangkan kuasa Parlimen hanya

setakat memberikan bidangkuasa kepada mahkamah Syariah dalam perkara pewujudan

kesalahan sahaja. Dalam hal ini, jika dilihat pada bahagian perkara (1) dalam Senarai

Negeri, perkataan ‘penghukuman’ tidak digunakan bersama perkataan ‘kesalahan’,

sedangkan dalam hal kuasa Negeri, kedua-dua perkataan digunakan.31 Apabila kedua-


30
   Lihat Seksyen 2, Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965.
31
   Perkara (1) Senarai Negeri berbunyi sebagaimana berikut: “Kecuali mengenai Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang
menganut agama Islam, termasuk hukum Syarak yang berhubungan dengan pewarisan, berwasiat dan
tidak berwasiat, pertunangan, perkhawinan, perceraian, mas kahwin,nafkah, pengangkatan, kesahtarafan,
penjagaan, alang, pecah milik dan amanah bukan khairat; Wakaf dan takrif serta pengawalseliaan amanah
khairat dan agama, pelantikan pemegang amanah dan pemerbadanan orang berkenaan dengan derma
kekal agama dan khairat, institusi, amanah, khairat dan institusi khairat Islam yang beroperasi
keseluruhannya di dalam Negeri; adat Melayu; Zakat, Fitrah dan Baitulmal atau hasil agama Islam yang
seumpamanya; masjid atau mana-mana tempat sembahyang awam untuk orang Islam, pewujudan dan
penghukuman kesalahan yang dilakukan oleh orang yang menganut agama Islam terhadap perintah
                                                                                                13


dua ini dibandingkan, ketiadaan perkataan ‘penghukuman’ adalah cukup penting dan ini

membawa kepada kesimpulan bahawa kuasa Parlimen tidak patut melangkaui sehingga

dapat membataskan bidangkuasa Mahkamah Syariah dalam perkara berkaitan dengan

had hukuman; kerana kuasa Parlimen hanya terikat kepada pewujudan ‘kesalahan’

sahaja. Aspek hukuman adalah perkara yang secara eksklusif dalam bidangkuasa Negeri

dan tiada cara ianya dikawal, dihadkan oleh undang-undang Persekutuan.

        Beliau seterusnya membuat kesimpulan bahawa, adalah munasabah untuk

mengambil pendapat bahawa Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965

adalah bercanggah dengan perlembagaan dari aspek membataskan bidangkuasa

Mahkamah Syariah terhadapa hukuman.32 Penulis bersetuju dengan pendapat

Mohammed Imam di atas memandangkan pendapat di atas adalah lebih selari dengan

semangat demokrasi di Negara kita. Sekiranya pendapat di atas diambil kira, kerajaan

negeri Kelantan dan Terengganu sewaktu ketika dulu mungkin akan dapat

melaksanakan undang-undang Jenayah Islam (Qisas dan Hudud) kerana undang-undang

tersebut pernah diluluskan di peringkat Dewan Undangan Negeri masing-masing.

        Kerajaan negeri juga tidak boleh melaksanakan atau menguatkuasakan undang-

undang Islam selain daripada yang tersenarai dalam Senarai Negeri kerana hal ini




agama itu, kecuali berkenaan dengan perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan; keanggotaan,
susunan dan tatacara mahkamah Syariah, yang hendaklah mempunyai bidang kuasa hanya ke atas orang
yang menganut agama Islam dan hanya berkenaan dengan mana-mana perkara yang termasuk dalam
perenggan ini, tetapi tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan kesalahan kecuali setakat yang
diberikan oleh undang-undang persekutuan; mengawal pengembangan doktrin dan kepercayaan di
kalangan orang yang menganut agama Islam; penentuan perkara mengenai hukum dan doktrin Syarak
dan adat Melayu.”
32
   Mohammed Imam, Islamic criminal Law in Malaysia: federal-state jurisdictional conflict, 1994, 1,
Current Law Journal, m/s. xxx-xxxi.
                                                                                               14


bercanggah dengan Perkara 74(2) Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi

sebagaimana berikut:

        “Tanpa menjejaskan apa-apa kuasa untuk membuat undang-undang yang
        diberikan kepadanya oleh mana-mana Perkara lain, Badan Perundangan
        sesuatu Negeri boleh membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara
        yang disebut satu persatu dalam Senarai Negeri (iaitu Senarai Kedua yang
        dinyatakan dalam Jadual Kesembilan) atau Senarai Bersama.”

        Jika hal ini terjadi, undang-undang tersebut akan dianggap sebagai tidak sah oleh

mahkamah kerana mana-mana undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan

Persekutuan adalah tidak sah. Perkara ini dinyatakan di dalam Perkara 4(1)

Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi sebagaimana berikut:

        “Perlembagaan ini ialah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa

        undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang tidak selaras

        dengan Perlembagaan ini adalah tidak sah setakat ketidakselarasan itu.”

        Berdasarkan penjelasan di atas, kita dapati bahawa undang-undang Islam hanya

diterimapakai dan digunakan di dalam ruang yang sangat terbatas, dan dalam

keterbatasan ruangan tersebut itupun masih lagi terdapat campurtangan. 33 Hairuddin

Megat Latif menyimpulkan bahawa, situasi ini berlaku bukanlah sesuatu yang ganjil

kerana objektif utama dalam menjadikan Islam sebagai agama bagi persekutuan adalah

untuk upacara-upacara rasmi sahaja seperti bagi membenarkan ibadah sembahyang




33
  Hamid Jusoh, Pemakaian undang-undang Islam kini dan masa depannya di Malaysia, Al-Ahkam. 1: 58-
83, pada m/s. 70.
                                                                                                     15


dilakukan dalam keadaan yang baik, urusan pertabalan Yang di-Pertuan Agong, dan lain-

lain sebagainya.34

           Walau bagaimanapun, penulis melihat bahawasanya status Islam adalah lebih

tinggi berbanding dengan agama-agama lain yang bebas diamalkan di negara kita dan

ketinggian Islam ini semakin hari semakin diiktiraf oleh kerajaan negara kita.

           Hal ini terjadi kerana kerajaan dari semasa ke semasa telah banyak menubuhkan

institusi-institusi Islam dan hal ini dibenarkan oleh Perkara 12(2) Perlembagaan

Persekutuan. Jika dilihat peruntukan tersebut, ia memberi kuasa "bagi Persekutuan atau

sesuatu       Negeri menubuhkan atau menyenggarakan atau membantu dalam

menubuhkan atau menyenggarakan institusi-institusi Islam atau mengadakan atau

membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa

perbelanjaan sebagaimana yang perlu bagi maksud itu."35

           Hamid Jusoh mengatakan bahawa tidak terdapat banyak perbezaan antara

zaman penjajahan dan selepas merdeka keucali pada struktur pentadbiran negara

sahaja. Semasa zaman penjajahan, pentadbiran adalah bergantung kepada kerajaan

British, manakala selepas kemerdekaan, kekuasaan telah diberikan kepada orang-orang

Islam untuk mentadbir negara mereka sendiri. Walau bagaimanapun, struktur kerajaan

itu sendiri masih merupakan kesinambungan penjajah. Undang-undang Islam telah

dipisahkan daripada undang-undang awam. Oleh hal yang demikian, status undang-




34
     Hairuddin Megat Latif, Status dan kedudukan undang-undang Islam di Malaysia sehingga kini, m/s. iv-
v.
35
     Lihat Perlembagaan Persekutuan, Perkara 12(2).
                                                                                                          16


undang Islam di Malaysia merupakan kesinambungan kedudukannya semasa

penjajahan British.36

        Seterusnya beliau telah menyimpulkan bahawa kedudukan Islam mengikut

Perlembagaan        Persekutuan       hanyalah untuk          membolehkan orang-orang               Islam

melaksanakan sebahagian kecil daripada tanggungjawab mereka daripada undang-

undang Islam. Walhal aspek-aspek perundangan yang lain masih lagi diletakkan pada

tangan-tangan bukan agama yang berdasarkan undang-undang England dan undang-

undang ekuiti.37




36
   Hamid Jusoh, The position of Islamic law in the Malaysian constitution with special reference to the
conversion case in family law, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1991, m/s. 40-41.
37
   Ibid., m/s. muka belakang.

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:1669
posted:10/24/2010
language:Malay
pages:16