Documents
Resources
Learning Center
Upload
Plans & pricing Sign in
Sign Out

Perkara yang membatalkan Iman

VIEWS: 225 PAGES: 8

									PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN [3]
Oleh: Ust. Hasrizal Abdul Jamil (www.saifulislam.com)

Seseorang itu dianggap terkeluar daripada iman dan Islam apabila dia beri’tikad, berkata-kata
atau melakukan perbuatan yang membatalkan ikrar dan tasdiq dua kalimah syahadah dan
diwajibkan kepada kerajaan Islam melaksanakan hukum murtad (hudud) ke atasnya.

Berdasarkan Al-Quran dan sunnah Rasulullah, Al-Imam At-Tahawi menyenaraikan empat
perkara asas yang membatalkan iman, iaitu :


1. Mengingkari sifat Rubbubiyyah [4]

Setiap iktikad, perkataan dan tindak-tanduk yang mengengkari dan tidak mempercayai Allah
sebagai kuasa yang mencipta alam dan sekalian makhluk, mentadbir, memberi rezeki, boleh
menyebabkan seseorang menjadi kufur.

Dan jika kamu bertanya kepada mereka, siapakah yang menciptakan mereka, nescaya mereka
menjawab : Allah!. Maka bagaimanakah mereka dapat dipalingkan. (Az-Zukhruf : 87)


2. Mengingkari sifat Uluhiyyah [5]

Setiap iktikad, kepercayaan dan tindak-tanduk yang mengengkari dan tidak mempercayai Allah
sebagai ilah dengan penuh kasih, takut, dll serta tidak disekutukan ibadat selain kepadaNya dan
menerima segala hukum-Nya dengan yakin dan redha.

Hanya kepada Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami minta
pertolongan. (Al-Fatihah : 5)

Inilah dasar yang memisahkan antara mukmin dan kafir kerana ramai manusia mempercayai sifat
Rubbubiyyah Allah tetapi mengengkari sifat Uluhiyyah Allah.

Dan seandainya kamu bertanya kepada mereka siapakah yang menciptakan mereka, nescaya
mereka akan menjawab : Allah!, tetapi bagaimanakah mereka dapat dipalingkan (daripada
beriman kepada Allah)? (Az-Zukhruf : 87)


3. Mengingkari Asma’ Allah dan sifat-sifat-Nya

a. Kafir Nafi

Menafikan dan mengengkari mana-mana sifat Allah seperti ilmu-Nya, qudrat-Nya dll atau
mentakrifkan mana-mana sifat Allah dengan takrifan yang kurang sempurna seperti menyamakan
ilmu Allah dengan ilmu makhluk (terhad) dan mempertikaikan hak dan kekuasaan Allah seperti
tidak merujuk kepada perintah dan larangan Allah dalam menggubal undang-undang.


b. Kafir Isbat

Menetapkan mana-mana sifat kekurangan atau mustahil bagi Allah sedangkan Al-Quran dan
Hadith menafikannya seperti mengatakan Allah mempunyai anak dan isteri serta mengadakan
peraturan sendiri yang bercanggah dengan yang telah ditetapkan oleh Allah.
4. Mengingkari Rasulullah dan kerasulannya.

Setiap i’tikad, perkataan dan tindak-tanduk yang mengengkari dan mencela peribadi dan
kerasulan Rasulullah serta apa yang disampaikannya seperti tidak melaksanakan hukum Islam
dalam pemerintahan, mengkafirkan sahabat dll.



LANJUTAN PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN

Kita telah memahami bagaimana seseorang itu dianggap menganut Islam dalam erti kata yang
sebenarnya dan tertanam di dalam hatinya ciri-ciri iman. Ada orang dikurniakan oleh Allah SWT
dengan iman yang teguh sehingga dia meninggal dunia dengan mentasdiqkan La Ilaha Illallah
Muhammad Rasulullah dan ada pula orang yang berpaling tadah dengan sebab engkar dan
durhakanya.

Orang yang ditetapkan imannya pula, ada yang dianggap sentiasa di dalam kebaikan, ada pula
yang cuai dan ada pula yang menzalimi dirinya sendiri. Ada orang yang masuk syurga dengan
tiada hisab, ada pula orang yang dimasukkan ke neraka kerana dosa sehinggalah Allah
melepaskannya dari neraka dengan kurniaanNya.

Adapun orang yang dicabut imannya perlulah kita mengkaji kaedah-kaedah yang dikemukakan
oleh ulama’ berdasarkan al-Quran dan sunnah Rasulullah saw, di antaranya ialah apa yang
ditegaskan oleh al-Imam At Tahawi rahimahullah di dalam kitabnya.

“Dan kami menamakan ahli-ahli qiblat kami orang-orang Islam dan orang-orang beriman selagi
mereka mengakui apa yang dibawa oleh Nabi saw dan membenarkan apa-apa yang disabda dan
diberitahu…Kami tidak mengkafirkan seseorang pun di kalangan ahli al qiblat dengan sebab
melakukan dosa selagi dia tidak menghalalkannya, dan kami tidak berkata, ‘bahawa mereka
telah memberi mudharat bersama iman itu oleh dosa sesiapa yang melakukannya…Dan seorang
hamba itu tidak terkeluar daripada iman melainkan dengan mengengkari hukum terhadap apa
yang diceburinya.”

Penjelasan daripada kaedah itu ialah bahawa hukum syara’ telah menjelaskan bagi Iman dan
Islam itu ada pintu masuk dan pintu keluarnya. Sebagaimana yang dinyatakan dahulu,
sesungguhnya ikrar dan mentasdiqkan dua kalimah syahadah itu menjadi pintu masuk dan
kuncinya. Maka orang itu dianggap keluar daripada iman dan Islam apabila lahir daripadanya
perkataan, perbuatan atau iktikad yang membatalkan ikrar dan tasdiq dari dua kalimah syahadah
yang memberi makna mentauhidkan Allah swt pada Rubbubiyah, Asma’ dan SifatNya, dan
mentauhidkan Allah pada Uluhiyyah. Dan sebahagian yang kedua daripada syahadah itu berikrar
dan mentasdiqkan segala yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW di samping mengakui segala
sifat kenabian dan kerasulan.

Oleh itu, sesiapa yang bercakap atau melakukan perkara-perkara yang menunjukkan
keingkarannya terhadap ikrar syahadah itu, maka syahadahnya terbatal dan keluarlah dia
daripada Islam dan diwajipkan kepada kerajaan Islam melaksanakan hukum murtad ke atasnya,
bermula daripada disuruh bertaubat sehinggalah dijatuhkan hukuman bunuh kalau dia tidak
mahu bertaubat dan tempatnya kekal di dalam neraka kalau dia mati di dalam keadaan begitu.

Adapun seorang mukmin itu melakukan dosa maka tidaklah batal imannya sekalipun dia belum
bertaubat jika tidak ada padanya perkara-perkara yang membatalkan syahadahnya, jika Allah
mengkehendaki dia mengampuninya, dan dengan kehendakNya juga dia dimasukkan ke dalam
neraka, kemudian dimasukkannya pula ke syurga, kerana terlalu banyak hadith-hadith yang
sahih yang menyatakan bahawa Allah swt membebaskan dari neraka orang-orang yang ada
iman di hatinya walaupun sebesar zarrah dan firman Allah yang bermaksud :

“Sesungguhnya Allah tidak mengampunkan dosa syirik denganNya dan Dia mengampuni yang
lain daripada itu akan sesiapa yang dikehendaki.” (An-Nisa’ : 116)

Oleh itu, maka perkara yang menyebabkan terkeluarnya seseorang itu daripada agama Islam
atau terbatal imannya ialah :

    mengingkari sifat Rubbubiyyah atau mencelanya,
    mengingkari atau mencela Asma’ Allah dan sifat-sifatNya
    mengingkari atau mencela sifat Uluhiyyah
    mengingkari atau mencela Rasulullah saw atau kerasulannya

Keempat-empat perkara tersebut berlaku dengan i’tiqad, perkataan dan perbuatan, di mana
sesiapa yang melakukannya batallah imannya dan keluar daripada agama Islam dan
syahadahnya tidak sah. Wal’iyadzubillah.

Bagi menjelaskannya ialah :


1. Mengingkari sifat Rubbubiyyah atau mencelanya

Yang pertama di dalam tauhid itu ialah mentauhidkan Allah swr pada RubbubiyahNya beri’tiqad
bahawa Dialah Tuhan yang menciptakan alam, mentadbir, memilikinya, memberi rezeki, segala-
galanya di bawah pengetahuan, kehendak dan kebijaksanaanNya yang tidak terhingga. Maka
setiap i’tiqad, perkataan dan tindak-tanduk yang menunjukkan keingkarannya menjadi kafir dan
riddah, seperti orang yang menganggap ada yang Qiddam (sedia) selain daripada Allah swt
sehingga ia tidak berhajat kepada penciptanya, mengingkari bahawa makhluk itu ciptaan Allah
swt, menganggap Allah tidak mengambil tahu terhadap makhluk setelah dijadikanNya,
menganggap adanya rezekiyang bukan dari Allah swt, menjadi kufur orang yang menganggap
sifat itu dipunyai juga oleh ynag lain daripada Allah swt seperti yang dinyatakan oleh Fir’aun :

“Akulah Tuhan kamu yang maha tinggi.” (An Naaziat: 24)

Atau mengaku dirinya berkuasa memiliki, memberi rezeki dan mentadbir selain daripada Allah
swt atau bersekutu dengan Allah swt. Dan menjadi kafir juga orang-orang yang ikut atau
mempercayai sesiapa yang membuat pengakuan tersebut.


2. Mengingkari atau mencela Asma’ Allah dan sifat-sifatNya

Allah swt dan RasulNya saw telah mensabitkan bagiNya beberapa nama (Asma’) dan sifat, di
samping menafikan beberapa sifat. Maka sesiapa yang menafikan atau mengurangkan apa yang
disabitkan oleh Allah atau yang dinyatakan oleh Rasulullah , maka dia menjadi kafir. Begitu juga
orang-orang yang mensabitkan bagi Allah swt apa yang dinafikan oleh oleh RasulNya saw.

Adapun mengkafirkan sifat-sifat Allah dan Asma’Nya itu dengan dua cara, iaitu kafir Nafi dan kafir
Ithbat. Kafir Nafi itu ialah menidakkan atau menafikan mana-mana sifat Allah swt seperti
menafikan ilmuNya, qudratNya dan lain-lain sifat yang dinyatakan di dalam al-Quran dan Sunnah
Rasulullsh saw. Juga termasuk menafikan sifat dan mentakwilkan dengan takwil yang
mengurangkan atau menghadkan kesempurnaan Allah swt, seperti orang yang mengaku Allah itu
bersifat ‘ilmu tetapi ‘ilmu secara ijmal, dia tidak mengetahui secara tafsil dan detail atau
menyamakan sifat Allah swt dengan sifat makhluk.
Kafir Ithbat itu ialah menetapkan mana-mana sifat kekurangan atau sifat yang mustahil bagi Allah
swt sedangkan Allah swt dan RasulNya menafikan sifat itu, seperti menyatakan bahawa Allah itu
mempunyai anak, isteri atau sekutu-sekutu, Allah swt itu mengantuk, tidur, lalai, mati dan
sebagainya. Begitu juga orang-orang yang mengaku bersifat seperti Allah swt maka kafirlah
orang yang berkata begitu dan kafir juga orang yang mempercayainya.


3. Mengingkari atau mencela sifat Uluhiyyah

Iaitu perkataan atau perbuatan atau i’tiqad yang mengingkari bahawa Allah swt sahaja yang
disembah dengan sebenarnya, yang lain daripadaNya tidak berhak disembah dan diabdikan diri
kepadaNya dengan pengertian ibadat. Maka sesiapa yang berkata atau beramal atau beri’tiqad
dengan cara yang bercanggah dengan UluhiyyahNya, maka kafir dan murtadlah dia. Dan
kekafiran inilah yang paling banyak berlaku di kalangan manusia. Sesungguhnya kebanyakan
manusia sejak dahulu hingga sekarang mengakui tauhid Rubbubiyah dengan mempercayai
qudrat Allah swt, tadbirNya, rezekiNya, Dialah yang menghidupkan dn mematikan, iaitulah apa
yang dimaksudkan oleh firman Allah yang bermaksud :

“Dan sesungguhnya jika kamu bertanyakan mereka, ‘Siapakah yang menciptakan mereka?’.
Nescaya mereka menjawab, ‘Allah’”. (Az Zukhruf : 87)

Tetapi mereka mengingkari di dalam i’tikad, perkataan dan perbuatan terhadap Uluhiyyah Allah
seperti beribadat kepada yang lain daripada Allah swt, mengakui hukum dan undang-undang
yang lain daripada syari’at Allah dengan hati dan lidah.


4. Mengingkari atau mencela Rasulullah saw atau kerasulannya

Iaitu perkataan atau perbuatan atau i’tikad yang menafikan atau mencela kerasulan atau peribadi
orang yang menjadi rasul saw dan mengingkari apa-apa yang dikhabarkan oleh Rasulullah saw
seperti tentang kebangkitan selepas mati, tentang masyhar, hisab, mizan, sirat, syurga, neraka
dan lain-lain lagi daripada perkara-perkara ghaib. Begitu juga mengingkari al-Quran dengan apa
cara sekalipun kerana al-Quran itu disampaikan oleh Rasulullah saw bahawa ianya dari Allah swt.
Begitu juga mengingkari hukum yang sabit menurut nas al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw
yang diketahui oleh setiap orang Islam seperti wajibnya sembahyang, puasa, zakat, haji, halal
dan haram melainkan mengingkari perkara-perkara yang diketahui oleh orang-orang yang
berilmu sahaja, maka dimaafkan kerana jahilnya tetapi tiada maaf lagi setelah diberitahu.

Berkata al Imam Ibn Hajar al Haitami di dalam kitabnya :

“Di antara perkara-perkara kufur dan syirik itu ialah seseorang yang berazam untuk menjadi kafir
dan syirik sama ada dalam masa yang dekat atau jauh, atau mentaklidkan dengan lidahnya dan
hatinya untuk menjadi kafir walaupun dengan perkara yang mustahil pada akal, maka dia menjadi
kafir ketika itu juga. Atau secara ingkar dan bersenda-senda seperti beri’tikad dengan qadimnya
alam, atau menafikan apa yang diwajibkan bagi Allah swt dengan ijma’ dan diketahui oleh umum
umat Islam seperti menafikan ilmu Allah swt itu terbatas, ataupun mensabitkan apa yang nafi
bagi Allah swt seperti menetapkan warna bagiNya.”

Dan seterusnya Ibn Hajar menghuraikan : “termasuk di dalam makna itu apabila seseorang yang
menyatakan dia sebagai Islam tiba-tiba dia melakukan perkara-perkara yang menjadi ijma’
berlaku di kalangan orang kafir seperti mengunjungi gereja bersama-sama orang kafir dengan
cara dan pakaian yang sama, atau orang yang membuang kertas yang mengandungi ayat-ayat
Quran atau Ismullah ke dalam najis, atau meragui mana-mana nabi atau mana-mana Kitab
seperti Taurah, Injil atau Zabur atau Suhuf Ibrahim, atau mana-mana ayat al-Quran. Atau
menyesatkan umat yang tidak sesat, atau mengkafirkan sahabat, atau mengingkari Mekah,
Kaabah, Masjid al Haram, atau sifat-sifat haji, sembahyang dan puasa, atau menghalalkan yang
haram seperti mengharuskan sembahyang tanpa wudhu’ dalam perkara yang tidak uzur,
menghalalkan kezaliman ke atas orang Islam atau kafir zimmi tanpa dalil syar’ie yang
mengharuskan dia beri’tikad begitu, atau mengharamkan yang halal seperti mengharamkan jual
beli dan nikah, atau mengatakan sesuatu yang tidak patut terhadap Rasulullah saw seperti
warnanya hitam, mati sebelum berjanggut, tidak Quraisy, bukan Arab, bukan manusia, kerana
berkata begitu adalah membohongi keadaan yang sebenar.

Begitu juga mengharuskan ada nabi selepas daripadanya atau melahirkan keraguannya seperti
berkata : ‘Saya tidak tahu sama ada yang dibangkitkan di Mekah mati di Madinah atau orang
lain.’ Atau mengatakan bahawa jadi Nabi itu boleh diusahakan, atau menyatakan wali itu lebih
tinggi martabatnya daripada nabi dan malaikat, melaknatnya atau memakinya atau
mempersendakannya. Kemudiannya Ibn Hajar menyatakan bahawa menjadi kafir juga orang
yang meredhakan kafir seperti menasihatkan orang kafir supaya jangan masuk Islam.

Berkata al Imam Ibnu Taimiyyah rahimahullah ketika menafsirkan firman Allah swt yang
bermaksud :

“Sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka
orang-orang yang kafir.” (Al-Maidah : 44)

“...Tidak syak lagi bahawa sesiapa yang tidak beri’tikad wajiblah berhukum dengan apa yang
telah diturunkan oleh Allah swt adalah menjadi kafir. Sesungguhnya setiap umat Islam itu
mestilah memerintah dengan adil. Kadang-kadang keadilan menurut hukum mereka ialah yang
dipandang oleh pembesar-pembesar mereka. Bahkan banyak sekali di kalangan orang yang
mengaku Islam berhukum dengan adat yang bukannya diturunkan oleh Allah swt seperti orang
Badwi di zaman dahulu di mana mereka berpendapat itulah hukum yang sayugia dilaksanakan,
bukannya kitab Allah dan sunnah Rasulullah saw.”


--------------------------------------------------------------------------------

[3] rujuk artikel Perkara-perkara Membatalkan Syahadatain
[4] rujuk artikel Beriman Kepada Allah
[5] ibid



TAMBAHAN (UST. KAMIN – http://www.al-ahkam.net)


1. Syirik kepada Allah swt. Sebagaimana di dalam firman Allah swt :

          ِ                                   ُ              ََ ‫د‬            َ َ            َ                ‫إ‬
ً ِ َ ً ْ ‫ِن ا َ َ َ ْ ِ ُ أنْ ُ ْ َك ِ ِ و َ ْ ِ ُ َ ُون ذِ َ ِ َ ْ َ َ ء وَ َ ْ ُ ْ ِكْ ِ ِ َ َ ِ ا ْ َ َى إ‬
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan
sesuatu apajua) dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang
dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya) dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan
sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar." - [An-Nisaa': 48].

              ِ ََ َ                                 ِ               َ َ                          ‫ه‬      ‫إ‬                 ‫آ‬
ْ‫َ َ ْ َ َ َ ا ِ َ َ ُ ا ِن ا َ ُ َ ا ْ َ ِ ُ ا ْ ُ َ ْ َ َ و َ ل ا ْ َ ِ ُ َ َ ِ إ ْ َا ِ َ ا ْ ُ ُوا ا َ ر ور ُ ْ إ ُ َ ْ ُ ْ ِك‬
       َ              َ ُ      ‫َ و‬                        َ
‫ِ ِ َ َ ْ َ م ا ُ ََ ْ ِ ا ْ َ َ و َ ْ َا ُ ا ر و َ ِ ِ ِ َ ِ ْ أ ْ َ ر‬
"Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: Bahawasanya Allah ialah Al-
Masih Ibni Mariam. Padahal Al-Masih sendiri berkata: Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah,
Tuhanku dan Tuhan kamu, bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu
yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga dan tempat kembalinya ialah
Neraka dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim." [Al-Maaidah :
72].


2. Pengambilan seseorang atau sesuatu sebagai perantara dalam berdo'a atau beribadah
kepada Allah. Sebagaimana firman Allah swt :

  ‫ه‬                            ‫ُ إ‬          ِ
ْ ُ َ ِ ْ ُ َ ْ َ ُ ُ ْ َ َ ‫ُ ا ْ َ ِ ُ َا ِ َ ا َ ُوا ِ ْ ُو ِ ِ أوِْ َ ء َ َ ْ ُ ُ ُ ْ إ ِ ُ َ ُ َ إَ ا ِ ز ْ َ ِن ا‬
                                                        ِ ‫ه‬             َ َ ‫د‬                            ‫و‬                         َ
                                                                                                                            ‫أَ ِ ِ ا‬
‫ه آ ِب آ ر‬                           ‫َإ‬
ٌ َ ٌ ‫ِ ِ َ ْ َِ ُ ن ِن ا َ َ َ ْ ِي َ ْ ُ َ َ ذ‬
"Ingatlah! (Hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat dan bawaan yang
suci bersih (dari segala rupa syirik) dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah
untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata): Kami tidak menyembah atau
memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya,
sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang yang tidak
melakukan syirik) tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak
memberi hidayat petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan-
bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik)." - [Az-Zumar : 3]


3. Tidak mengkafirkan orang-orang musyrik atau meragukan kekafiran mereka atau
membenarkan agama mereka.


4. Mempercayai bahawa ada ajaran lain yang lebih benar dan sempurna dari ajaran Nabi
Muhammad saw atau adanya hukum-hukum yang lebih baik dari hukum-hukum Nabi
Muhammad saw:

Seperti halnya orang-orang yang lebih menyukai hukum-hukum thaaghuut daripada hukum-
hukum Nabi saw, atau menganggap hukum Islam sudah tidak sesuai lagi atau menganggap
hukum Islam adalah sebab dari kemunduran kaum muslimin pada zaman ini atau menganggap
agama Islam hanya sesuai untuk mengatur hubungan antara pribadi-pribadi dengan Allah swt.
Sebagaimana firman Allah swt :-

                      ُ         ‫َو‬           ‫هد و‬                    َ
ْ ِ ‫إ أ ْ َ ْ َ ا ْ َاة ِ َ ُ ًى و ُ ٌ َ ْ ُ ُ ِ َ ا ِ ن ا ِ َ أ َْ ُ ا ِ ِ َ َ ُوا َا ِ ن َا َْ ْ َ ر ِ َ ا ْ ُ ْ ِ ُ ا‬
                                                                            َ                 ‫َ ر‬        ‫ه‬       َ‫ر‬           َ ِ
               َ َ                      َ                              َ ِ      ‫َو‬                َ                  ‫َآ‬      ِ ‫آ‬
َ ِ َ‫ِ َ ب ا ِ و َ ُ ا ََ ْ ِ ُ َ َاء ََ َ ْ َ ُا ا س َا ْ َ ْن وَ َ ْ َ ُوا ِ َ ِ َ َ ً َِ ً و َ ْ َ ْ َ ْ ُ ْ ِ َ أ ْ َل ا ُ َُو‬
َ             ‫ه‬
‫ُ ُ ا ْ َ ِ ُون‬
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya
yang menerangi; dengan Kitab itu Nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan
hukum bagi orang-orang Yahudi dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendeta-pendetanya
(menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-
hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya
(dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah
kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu)
dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana
mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia) dan sesiapa yang tidak menghukum
dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah
orang-orang yang kafir. " - [Al-Maidah : 44]

      ‫ص‬      َ
ْ َ َ ٌ َ ِ ‫َا ْ ُ ُوح‬‫و‬        ِ      ‫و َ َ ْ َ ََ ْ ِ ْ ِ َ َن ا ْ َ ِ ْ ِ َا ْ َ ْ َ ِ ْ َ ْ ِ َا َْ ْ َ ِ َْ ْ ِ َا ُْذن ِ ُْذن َا‬
                                       ‫و َُ ُِو‬                             ‫و‬                 ‫و‬              ‫أ‬                    ‫َآ‬
َ         ‫ه‬              َ َ                        َ ‫آ َة‬                َ
‫َ َ ق ِ ِ َ ُ َ َ ر ٌ َ ُ و َ ْ َ ْ َ ْ ُ ْ ِ َ أ ْ َل ا ُ َُوَ ِ َ ُ ُ ا ِ ُ ن‬
"Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa
dan mata dibalas dengan mata dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan
telinga dan gigi dibalas dengan gigi dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa
yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya dan sesiapa
yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-
orang yang zalim." - [Al-Maidah : 45]

َ             ‫ه‬              َ َ                        َ         َ َ                       َ           َ
‫و ْ َ ْ ُ ْ أهْ ُ ا ِْ ْ ِ ِ ِ َ أ ْ َل ا ُ ِ ِ و َ ْ َ ْ َ ْ ُ ْ ِ َ أ ْ َل ا ُ َُوَ ِ َ ُ ُ ا ْ َ ِ ُ ن‬
"Dan hendaklah Ahli Kitab Injil menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah di
dalamnya dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah,
maka mereka itulah orang-orang yang fasik. "- [Al-Maidah : 45,47]


5. Membenci sesuatu dari apa-apa yang diajarkan Rasulullah saw, walaupun perkara itu
dikerjakan oleh orang tersebut. Sabda Nabi saw :

                        َ
   ِ َ ْ ََ ِ ُ ْ َ َ ِ ‫َ َ ْ ر‬
“Barangsiapa yang membenci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku”. (Muttafaq `Alaih)


6. Mengejek, Mencemuh, Memperli atau mencela sesuatu dari agama Islam. Sebagaimana
firman Allah swt :

        ِ               ‫آ‬       ‫ر‬            َ                   ‫آ‬
ْ ُ ِ َ ‫وَ ِ ْ ََ ْ َ ُ ْ َ َ ُ ُ إ َ ُ َ ُ ض و َ ْ َ ُ ُ ْ أ ِ ِ و َ ِ ِ ور ُ ِ ِ ُ ْ ُ ْ َ ْ َ ْ ِ ُ ن. َ َ ْ َ ِ ُوا َ ْ َ َ ْ ُ ْ َ ْ َ إ‬
                                                                         ََ       َ     َ             َ ُ     ‫ِ آ‬                           َ
                  ‫آ‬
َ ِ ِ ْ ُ ‫.إنْ َ ْ ُ َ ْ َ ِ َ ٍ ِ ْ ُ ْ ُ َ بْ َ ِ َ ً َِ ُ ْ َ ُ ا‬       ِ
"Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan
menjawab: "Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main". Katakanlah: Patutkah
nama Allah dan ayat-ayatNya serta RasulNya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?
Janganlah kamu berdalih (dengan alasan-alasan yang dusta), kerana sesungguhnya kamu telah
kufur sesudah kamu (melahirkan) iman. Jika Kami maafkan sepuak dari kamu (kerana mereka
bertaubat), maka Kami akan menyeksa puak yang lain, kerana mereka adalah orang-orang yang
terus bersalah." - [Al-Taubah : 65-66]


7. Melakukan perbuatan sihir, bagi yang melakukannya atau ridha terhadapnya. Firman
Allah swt :

        َ ُ َ               َ         َ               ‫آ‬               َ ُ        ‫َ َ آ‬
   ََ ‫َا َ ُ ا َ َ ُْ ا َ ِ ُ ََ ُ ْ ِ َُ ْ َ ن و َ َ َ َ َُ ْ َ ن وَ ِ ا َ ِ َ َ َ ُوا ُ َ ُ ن ا س ا ْ َ و َ أ ْ ِل‬              ‫و‬
          َ                    َ                                    ِ             َ ِ             َ َ ‫هر َ َ ر‬
َ ْ َ ِ ِ ‫ا ْ ََ َ ْ ِ ِ َ ِ َ َ ُوت و َ ُوت و َ ُ َ َ ن ِ ْ أ َ ٍ َ َ ُ َ إ َ َ ْ ُ ِ ْ َ ٌ ََ َ ْ ُ ْ َ َ َ َ ُ ن ِ ْ ُ َ َ ُ َ ُ ن‬
                                    َ             َ ‫ه‬            َ
ُ َ َ ُ ‫ا ْ َ ْء وزوْ ِ ِ و َ ُ ْ ِ َ ر َ ِ ِ ِ ْ أ َ ٍ إ ِِذْن ا ِ و َ َ َ ُ ن َ َ ُ ُ ْ وَ َ ْ َ ُ ُ ْ وَ َ ْ َِ ُ ا َ َ ِ ا ْ َ َا‬
                                                                          َ   ِ      ِ َ                      ‫َ ه‬         ََ ِ
َ              ‫آ‬             َ                       َ ٍ          ِ
‫ِ ا ْ ِ َة ِ ْ ََ ق وَ ِ ْ َ َ َ َوْا ِ ِ أ ْ ُ َ ُ ْ َ ْ َ ُ ا َ َْ ُ ن‬
"Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh
puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak
mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang
kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa
yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang
mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan
berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah
engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang yang
mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami
dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau
membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya
mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat
kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa
sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi
sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka
mengetahui"- [Al-Baqarah :102].


8. Mendukung dan membantu kaum kuffar dalam melawan, menindas dan memusuhi kaum
muslimin, dan dia adalah kufur akbar. Firman Allah swt :

                  ‫إ‬                                َ       ُ َ                َ َ ‫ر‬
‫َ َى أوِْ َ ء َ ْ ُ ُ ْ أوِْ َ ء َ ْ ٍ و َ ْ َ َ َ ُ ْ ِ ْ ُ ْ َِ ُ ِ ْ ُ ْ ِن ا َ َ َ ْ ِي‬     ‫َو‬                                  َ
                                                                                               ‫َ أ َ ا ِ َ َ ُ ا َ َ ِ ُوا ا ْ َ ُ د َا‬
          َ
َ ِ ِ ‫. ا ْ َ ْم ا‬
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani
itu sebagai teman rapat kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang
lain dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya
dia adalah dari golongan mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada
kaum yang berlaku zalim. " - [Al-Maaidah : 51)


9. Sesiapa yang menyangka bahwa orang-orang boleh keluar dari syari'at Islam, maka
orang itupun batal Islamnya dan menjadi orang kafir. Firman Allah swt :

  َ       ُ َ ِ             ِ ‫آ‬           ََ
ْ‫أَ ْ َ َ إَ ا ِ َ َ ْ ُ ُ ن أ ُ ْ َ ُ ا ِ َ أ ْ ِل إَ ْ َ و َ أ ْ ِل ِ ْ َ ِْ َ ُ ِ ُون أنْ َ َ َ َ ُ ا إَ ا ُ ت و َ ْ أ ِ ُوا أن‬
                                                              َ ُ َ           َِ ُ                   ََ                 ِ        َ
                      َُ              َ
‫َ ْ ُ ُوا ِ ِ و ُ ِ ُ ا ْ َ ن أنْ ُ ِ ُ ْ ََ ً َ ِ ًا‬
"Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa
bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada
(Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada
Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu dan Syaitan
pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh. " - [Al-Nisaa :60].


10. Barangsiapa yang acuh (lekeh) kepada agama Islam, tidak mempelajarinya dan tidak
mengamalkannya, maka orang itu adalah orang kafir. Firman Allah swt :

              ‫ِ ر‬               َ                    َ    َ
َ ِ ِ َ . ‫ََ ْ َ ِ ْ أ ْ َ ء َ َ ْ َ َ َ و َ ْ َ ْ َ ك ِ ْ َ ُ ذآْ ًا. َ ْ أ ْ َض َ ْ ُ َِ ُ َ ْ ِ ُ َ ْم ا ْ ِ َ َ ِ وزْ ًا‬
                                                                      ِ         َ           َ             ِ َ                           ‫آ‬
                                                                                                                               ُ َ َ َِ َ
                   َ          َ َ
 ً ْ ِ ِ َ َ ِ ْ ‫ِ ِ و َ ء َ ُ ْ َ ْم ا‬
"Demikianlah Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), sebahagian dari kisah-kisah umat
manusia yang telah lalu dan sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu, dari sisi Kami
(sebuah Kitab Al-Quran yang menjadi) peringatan. Sesiapa yang berpaling ingkar dari peringatan
Al-Quran itu, maka sesungguhnya dia pada hari kiamat menanggung beban (dosa) yang berat.
Mereka kekal di dalam (azab) dosa itu dan amatlah buruknya tanggungan itu bagi mereka pada
hari kiamat, (Iaitu) hari ditiup Sangkakala dan Kami akan himpunkan pada hari itu orang-orang
yang bersalah dalam keadaan kelabu" - [Al-Thaha : 99-101)

WA, wassalam.

								
To top