modul numerasi tahun 2

Document Sample
modul numerasi tahun 2 Powered By Docstoc
					                                UNIT 2: TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 100
                                                                                                             UNIT 2.1(a)

   HASIL PEMBELAJARAN                             LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya:             1. Imbas kembali kemahiran menambah dua nombor tanpa
Menambah dua nombor            mengumpul semula melalui pelbagai kaedah yang telah
tanpa mengumpul semula         dipelajari.
bagi
a) nombor satu digit            Menggunakan dua kumpulan objek maujud atau
   dengan nombor satu            pembilang
   digit
                                                                                 4+4


 BAHAN BANTU MENGAJAR

Bagi sesi pengajaran &
pembelajaran:                   Melukis situasi tersebut
1. Objek maujud
2. Pembilang                                                                    5+1
3. Pensel warna/krayon
4. Garis nombor
5. Petak 100
   (Rujuk BBM ms. 1)


Bagi aktiviti pengukuhan:
1. Papan tulis individu         Menggunakan garis nombor
2. Pen marker
3. Kad nombor                                                                   5+3
   1 hingga 18
                                                           5


                                                                                       +3
                                         1        1        1       1        1


                                     0       1        2        3        4        5     6    7       8        9   10

                               Jarak di antara dua senggatan yang berurutan mewakili ‘1’



                                Menggunakan Petak 100


                                                                                 8+4


                                 I           2            3        4            5      6        7       8        9    I0
                                II           I2           I3       I4           I5    I6    I7          I8       I9   20




                            2. Edarkan Lembaran Kerja 2.1(a).


                                                                                                                           31
                            UNIT 2: TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 100


  PERBENDAHARAAN KATA                    AKTIVITI PENGUKUHAN

Nombor                  1. Bentukkan kumpulan (empat orang).
Tambah
Jumlah                  2. Edarkan papan tulis individu dan pen marker kepada
Kesemuanya                 setiap kumpulan.
Kumpulan
Satu digit              3. Lekatkan sekeping kad nombor pada papan tulis.
Dua digit
Mengumpul semula        4. Secara berkumpulan, murid perlu menuliskan fakta asas
Garis nombor               tambah yang jumlah bagi dua nombornya sama dengan
Petak 100                  nombor tadi pada papan tulis.
Fakta asas tambah
                        5. Setiap kumpulan hanya perlu menuliskan satu fakta asas
                           tambah sahaja.

                        6. Kumpulan yang terlebih dahulu menuliskan fakta asas
                           tambah yang betul dan mempamerkannya akan dikira
                           pemenang dan satu markah diberi kepada kumpulan
                           tersebut.

                        7. Sekiranya fakta asas tambah itu telah dituliskan oleh
                           kumpulan lain, kumpulan tersebut perlu mencari fakta
                           asas tambah yang lain bagi kad nombor tadi.

                           Contohnya bagi kad nombor ’10’:
                            kumpulan 1 yang menuliskan ‘9 + 1’ diberikan satu
                             markah,
                            kumpulan 3 yang menuliskan ‘8 + 2’ diberikan satu
                             markah,
                            kumpulan 6 yang menuliskan ‘1 + 9’ diberikan satu
                             markah,
                            dan seterusnya bagi kumpulan lain sehingga semua
                             fakta asas tambah bagi ‘10’ telah selesai dituliskan.

                        8. Semua ahli kumpulan perlu mengambil giliran untuk
                           bermain. Pada akhir permainan, markah dikira dan
                           kumpulan yang mendapat markah tertinggi diberi
                           ganjaran.




                                                                                 32
                                     UNIT 2: TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 100
                                                                                UNIT 2.1(b)

   HASIL PEMBELAJARAN                        LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya:                 1. Bentukkan kumpulan (tiga orang). Edarkan papan tulis
Menambah dua nombor                individu, pen marker dan pembilang yang mencukupi
tanpa mengumpul semula             kepada setiap kumpulan.
bagi
b) nombor dua digit             2. Minta murid mencari jumlah bagi ’15 dan 3’ dengan
   dengan nombor satu              menggunakan pembilang tersebut, dalam sepuluh-
   digit                           sepuluh dan satu-satu.

                                3. Lukiskan pembilang seperti berikut:

 BAHAN BANTU MENGAJAR

Bagi sesi pengajaran &
pembelajaran:
1. Papan tulis individu
                                    Minta murid       membilang   pembilang   mengikut   nilai
2. Pen marker
                                    tempatnya.
3. Pembilang
4. Gelang getah (jika perlu)
                                    Soal jawab:
5. Beg plastik lutsinar (jika
                                      Mulakan dengan sa.
   perlu)
                                      Ada berapa sa kesemuanya?
6. Jadual nilai tempat
                                      Sekarang lihat pada puluh.
                                      Ada berapa puluh kesemuanya?
                                      Sepuluh dan lapan jadi berapa?
Bagi aktiviti pengukuhan:
1. Garis nombor
                                4. Perkenalkan juga bentuk lazim dengan menuliskan
2. Petak 100
                                   nombor mengikut nilai tempatnya seperti berikut:
   (Rujuk BBM ms. 1)
3. Lembaran Aktiviti
                                                         Puluh         Sa
   Pengukuhan
   (Rujuk BBM ms. 23)                                      1             5
                                                  +                      3
                                                           1             8

                                    Soal jawab:
                                      Mulakan dengan sa.
                                      Lima dan tiga jadi berapa?
                                      Sekarang lihat pada puluh.
                                      Satu tambah sifar jadi berapa?
                                      Apa jawapannya?

                                5. Seterusnya minta murid menuliskan ayat matematik pada
                                   papan tulis individu serta menyebutnya.

                                6. Ulangi langkah 2 hingga 5 dengan memberikan contoh-
                                   contoh yang lain.

                                7. Edarkan Lembaran Kerja 2.1(b).




                                                                                              33
                              UNIT 2: TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 100


  PERBENDAHARAAN KATA                    AKTIVITI PENGUKUHAN

Nombor                  Aktiviti 1
Tambah
Jumlah                  Bimbing murid menambah dua nombor tanpa mengumpul
Kesemuanya              semula bagi nombor dua digit dengan nombor satu digit
Kumpulan                melalui penggunaan garis nombor dan Petak 100.
Satu digit
Dua digit
Mengumpul semula        Aktiviti 2
Jadual nilai tempat
Nilai tempat            1. Murid duduk secara berpasangan. Edarkan lembaran
Nilai digit                aktiviti pengukuhan kepada setiap pasangan.
Puluh
Sa                      2. Pasangan yang paling awal melengkapkan jawapan
Bentuk lazim               dengan betul dikira pemenang dan diberikan ganjaran.
Ayat matematik
Garis nombor
Petak 100




                                                                              34
                                     UNIT 2: TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 100
                                                                                UNIT 2.1(c)

   HASIL PEMBELAJARAN                        LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya:                 1. Bentukkan kumpulan (tiga orang). Edarkan papan tulis
Menambah dua nombor                individu, pen marker dan pembilang yang mencukupi
tanpa mengumpul semula             kepada setiap kumpulan.
bagi
c) nombor dua digit             2. Minta murid mencari jumlah bagi ’24 dan 32’ dengan
   dengan nombor dua               menggunakan pembilang tersebut, dalam sepuluh-
   digit                           sepuluh dan satu-satu.

                                3. Minta murid melukiskan pembilang seperti berikut:

 BAHAN BANTU MENGAJAR

Bagi sesi pengajaran &
pembelajaran:
1. Papan tulis individu
2. Pen marker
3. Pembilang
4. Gelang getah (jika perlu)
5. Beg plastik lutsinar (jika
   perlu)                           Minta murid       membilang   pembilang   mengikut   nilai
6. Jadual nilai tempat              tempatnya.

                                    Soal jawab:
Bagi aktiviti pengukuhan:             Mulakan dengan sa.
1. Kotak                              Ada berapa sa kesemuanya?
2. Kad soalan                         Sekarang lihat pada puluh.
3. Radio/muzik                        Ada berapa puluh kesemuanya?
                                      Lima puluh dan tujuh jadi berapa?

                                4. Seterusnya minta murid menuliskan operasi tambah
                                   tersebut dalam bentuk lazim seperti berikut:

                                                          Puluh      Sa
                                                           2          4
                                                  +        3          3
                                                           5          7
                                    Soal jawab:
                                      Mulakan dengan sa.
                                      Empat dan tiga jadi berapa?
                                      Sekarang lihat pada puluh.
                                      Dua dan tiga jadi berapa?
                                      Apa jawapannya?

                                5. Seterusnya minta murid menuliskan ayat matematik pada
                                   papan tulis individu serta menyebutnya.

                                6. Ulangi langkah 2 hingga 5 dengan memberikan contoh-
                                   contoh yang lain.

                                7. Edarkan lembaran kerja 2.1(c).

                                                                                              35
                            UNIT 2: TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 100


  PERBENDAHARAAN KATA                     AKTIVITI PENGUKUHAN

Nombor                  1. Adakan permainan ‘Kotak Beracun’.
Tambah
Jumlah                  2. Masukkan kad soalan seperti berikut ke dalam kotak.
Kesemuanya
Kumpulan                               22 + 13 =             44 + 25 =
Satu digit
Dua digit
Mengumpul semula                       36 + 31 =             58 + 40 =
Jadual nilai tempat
Nilai tempat
Nilai digit             3. Muzik dimainkan. Kotak tersebut diedarkan daripada
Puluh                      murid ke murid yang lain.
Sa
Bentuk lazim            4. Apabila muzik dihentikan, murid yang memegang ’kotak
Ayat matematik             beracun’ tersebut akan mengambil satu kad soalan
                           daripada dalam kotak.

                        5. Murid tersebut hendaklah membaca soalan dan
                           menuliskan jawapan yang betul dalam bentuk lazim
                           pada papan tulis.

                        6. Semak jawapan bersama-sama. Sekiranya jawapan
                           tersebut salah, soalan akan dibuka kepada murid yang
                           lain.

                        7. Soalan yang telah dijawab perlu dikeluarkan dari kotak
                           tersebut.

                        8. Permainan diteruskan hingga selesai.




                                                                                    36
                                      UNIT 2: TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 100
                                                                                     UNIT 2.2(a)

   HASIL PEMBELAJARAN                           LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya:                  Aktiviti ini dijalankan di luar bilik darjah.
Menambah dua nombor
dengan mengumpul semula          1. Bentukkan kumpulan (lima orang).
bagi
a) nombor dua digit              2. Susunkan lima botol mineral yang telah dilabelkan
   dengan nombor satu               dengan angka ‘5’ hingga ‘9’ seperti permainan boling.
   digit
                                 3. Minta murid pertama dalam kumpulan meleretkan bola
                                    ke arah botol mineral tersebut hingga berjaya
                                    menjatuhkan sekurang-kurangnya dua botol.
 BAHAN BANTU MENGAJAR

Bagi sesi pengajaran &
pembelajaran:
                                                                         8
1. Botol air mineral                                                             6
2. Bola kecil (bola tenis atau                                      5
   golf)
3. Pembilang
4. Gelang getah (jika perlu)
5. Beg plastik lutsinar (jika
   perlu)
6. Jadual nilai tempat


Bagi aktiviti pengukuhan:        4. Murid tersebut perlu menambahkan nombor                 yang
1. Garis nombor                     terdapat pada botol-botol yang jatuh tadi.
2. Petak 100
   (Rujuk BBM ms. 1)             5. Semua ahli kumpulan perlu mengambil giliran untuk
3. Jadual nilai tempat              bermain.

                                 6. Bawa murid kembali ke bilik darjah.

                                 7. Murid duduk secara berpasangan. Edarkan pembilang
                                    yang mencukupi kepada setiap pasangan.

                                 8. Minta murid mencari jumlah bagi ’18 dan 6’ dengan
                                    menggunakan pembilang tersebut. Minta mereka
                                    membilang sebanyak lapan belas pembilang dahulu
                                    dalam sepuluh-sepuluh (dimasukkan ke dalam beg plastik
                                    dan diikat) dan satu-satu, diikuti dengan enam
                                    pembilang, seperti berikut:




                                                                                                   37
UNIT 2: TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 100




Soal jawab:
  Berapa beg sepuluh-sepuluh yang kamu lihat?
  (Murid akan menjawab “Satu beg sepuluh-sepuluh”)

 Berapa pembilang satu-satu yang kamu lihat?
 (Murid akan menjawab “Lapan dan enam pembilang”)

 Lapan dan enam jadi berapa?
 (Murid akan menjawab “Lapan dan enam jadi empat
 belas”)

 Empat belas boleh dikumpulkan kepada sepuluh-
 sepuluh dan satu-satu. Tunjukkan caranya.
 (Minta murid memasukkan pembilang yang sepuluh itu
 ke dalam beg plastik dan mengikatnya dengan gelang
 getah)




                                                     38
    UNIT 2: TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 100

     Sepuluh pembilang satu-satu sekarang menjadi beg
     satu puluh.
     Kita letakkan ke dalam nilai tempat puluh.




   Menjadi berikut...




     Ada berapa puluh kesemuanya?
     Ada berapa sa kesemuanya?
     Dua puluh dan empat jadi berapa?

9. Ulangi langkah 8 dengan memberikan contoh-contoh
   yang lain. Lukiskan situasi tersebut pada papan tulis (jika
   perlu). Minta murid menerangkan sendiri apa yang
   mereka lakukan dalam kemahiran mengumpul semula.

   Soal jawab:
     Apa yang kamu perlu buat apabila kamu ada lebih
     daripada sepuluh sa?
     Terangkan.

10. Edarkan Lembaran Kerja 2.2(a).




                                                             39
                               UNIT 2: TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 100


  PERBENDAHARAAN KATA                                 AKTIVITI PENGUKUHAN

Nombor                  Bimbing murid menambah dua nombor dengan mengumpul
Tambah                  semula bagi nombor dua digit dengan nombor satu digit
Jumlah                  melalui:
Kesemuanya
Kumpulan                 Penggunaan garis nombor
Satu digit
Dua digit                                                  18
Mengumpul semula                                                                        +6
Jadual nilai tempat
Nilai tempat
Nilai digit
Puluh                      0     2    4       6        8    10       12 14   16   18    20       22 24
Sa
Bentuk lazim
Ayat matematik           Penggunaan Petak 100
Garis nombor
Petak 100                  I     2        3            4        5      6      7    8         9      I0

                          II     I2       I3          I4        I5     I6    I7    I8    I9         20

                          2I     22       23          24        25     26    27    28        29     30




                         Penggunaan bentuk lazim

                                                           Puluh             Sa
                                                                1            8
                                                  +                          6
                                                                1            14




                                                           Puluh             Sa
                                                                1            8
                                                  +                          6
                                                            1+1              4




                                                           Puluh             Sa
                                                                1            8
                                                  +                          6
                                                                2            4



                                                                                                         40
                                    UNIT 2: TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 100
                                                                             UNIT 2.2(b)

   HASIL PEMBELAJARAN                      LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya:                 1. Murid duduk secara berpasangan. Edarkan pembilang
Menambah dua nombor                yang mencukupi kepada setiap pasangan.
dengan mengumpul semula
bagi                            2. Minta murid mencari jumlah bagi ’18 dan 16’ dengan
b) nombor dua digit                menggunakan pembilang tersebut. Minta mereka
   dengan nombor dua               membilang sebanyak lapan belas pembilang dahulu
   digit                           dalam sepuluh-sepuluh (diikat) dan satu-satu, diikuti
                                   dengan enam belas pembilang juga dalam sepuluh-
                                   sepuluh (diikat) dan satu-satu, seperti berikut:

 BAHAN BANTU MENGAJAR

Bagi sesi pengajaran &
pembelajaran:
1. Pembilang
2. Gelang getah (jika perlu)
3. Beg plastik lutsinar (jika
   perlu)


Bagi aktiviti pengukuhan:
1. Garis nombor
2. Petak 100
   (Rujuk BBM ms. 1)
3. Jadual nilai tempat


                                   Soal jawab:
                                     Berapa ikatan sepuluh-sepuluh yang kamu lihat?
                                     (Murid akan menjawab “Dua ikatan sepuluh-sepuluh”)

                                     Berapa pembilang satu-satu yang kamu lihat?
                                     (Murid akan menjawab “Lapan dan enam pembilang”)

                                     Lapan dan enam jadi berapa?
                                     (Murid akan menjawab “Lapan dan enam jadi empat
                                     belas”)

                                     Empat belas boleh dikumpulkan kepada sepuluh-
                                     sepuluh dan satu-satu. Tunjukkan caranya.
                                     (Minta murid mengikat pembilang yang sepuluh itu
                                     dengan gelang getah)




                                                                                           41
    UNIT 2: TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 100




     Sepuluh pembilang satu-satu sekarang menjadi ikatan
     satu puluh.
     Kita letakkan ke dalam nilai tempat puluh.




   Menjadi berikut...




     Ada berapa puluh kesemuanya?
     Ada berapa sa kesemuanya?
     Tiga puluh dan empat jadi berapa?

3. Terangkan bahawa aktiviti mengumpulkan pembilang
   satu-satu kepada kumpulan sepuluh-sepuluh yang
   dijalankan tadi dipanggil ’mengumpul semula’. Lukiskan
   situasi tersebut pada papan tulis (jika perlu).


                                                        42
                            UNIT 2: TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 100

                        4. Ulangi langkah 2 dengan memberikan contoh-contoh
                           yang lain.

                        5. Edarkan Lembaran Kerja 2.2(b).


  PERBENDAHARAAN KATA                               AKTIVITI PENGUKUHAN

Tambah                  Bimbing murid menambah dua nombor dengan mengumpul
Jumlah                  semula bagi nombor dua digit dengan nombor dua digit
Kesemuanya              melalui:
Nombor satu digit
Nombor dua digit         Penggunaan garis nombor
Nilai tempat
Jadual nilai tempat                                                           3) Gerak lagi
Puluh                                                      18 + 16               enam
Sa                                                                               langkah ke
Mengumpul semula                                                                 kanan untuk
Bentuk lazim                                                                     menambah
Ayat matematik                                                                   enam
Garis nombor                       1) Gerak                2) Gerak lagi
Petak 100                             lapan belas             sepuluh
                                      langkah ke              langkah ke
                                      kanan                   kanan untuk
                                                              menambah
                                                              sepuluh




                                               18
                                                                     + 10        +6

                               2




                           0       2   4   6   8   10 12 14 16 18 20 22 24 26 28 30 32 34




                                                                                            43
    UNIT 2: TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 100

 Penggunaan Petak 100

                                                     3) Gerak satu
                                                        langkah ke
                             18 + 16                    bawah untuk
                                                        menambah
                                                        sepuluh


        1) Mula             2) Gerak enam
          gerakan              langkah ke
          daripada             kanan untuk
          nombor               menambah
          ’18 ’                enam



    I       2     3    4         5     6        7    8    9    I0

    II     I2     I3   I4        I5   I6        I7   I8   I9   20

    2I     22     23   24        25   26        27   28   29   30

    3I     32     33   34        35   36        37   38   39   40




 Penggunaan bentuk lazim

                           Puluh           Sa
                             1             9
                   +         1             7
                             2             16




                           Puluh           Sa
                             1             9
                   +         1             7
                            2+1            6




                           Puluh           Sa
                             1             9
                   +         1             7
                             3             6

                                                                    44
                                    UNIT 2: TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 100
                                                                             UNIT 2.3

   HASIL PEMBELAJARAN                      LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya:                 1. Bentukkan kumpulan (tiga orang). Edarkan pembilang
Menambah tiga nombor               yang mencukupi kepada setiap kumpulan.
satu digit
                                2. Minta murid membuat tiga kumpulan pembilang, masing-
                                   masing mengandungi enam, tujuh dan lapan pembilang.




 BAHAN BANTU MENGAJAR
                                   Soal jawab:
Bagi sesi pengajaran &               Enam dan tujuh, berapa jumlahnya?
pembelajaran:                        (Bimbing murid untuk membuat kumpulan lima-lima.
1. Pembilang                         Kemudian minta murid membilang lima-lima. Murid
2. Gelang getah (jika perlu)         akan menjawab “Tiga belas”)
3. Beg plastik lutsinar (jika
   perlu)
4. Set kad nombor
   1 hingga 9
   (disusun secara rawak)
5. Jadual nilai tempat

                                    Sekarang tambahkan tiga belas dan lapan.
Bagi aktiviti pengukuhan:           (Minta murid untuk terus membuat kumpulan lima-lima.
1. Garis nombor                     Kemudian minta murid membilang lima-lima)
2. Petak 100
   (Rujuk BBM ms. 1)
3. Set kad nombor
   1 hingga 9
   (disusun secara rawak)
4. Pembilang



                                    Berapa kesemuanya?
                                    (Murid akan menjawab “Dua puluh satu”)




                                                                                        45
    UNIT 2: TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 100

3. Kemudian tuliskan ayat matematik dan penambahan
   dalam bentuk lazim pada papan tulis seperti berikut:

                      6 + 7 = 13

                      13 + 8 = 21




                      Puluh         Sa
                                    6
                +                   7
                        1           3
                +                   8
                        2           1



4. Ulangi langkah 2 dan 3 dengan memberikan contoh-
   contoh yang lain.

5. Edarkan Lembaran Kerja 2.3.




                                                      46
                             UNIT 2: TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 100


  PERBENDAHARAAN KATA                    AKTIVITI PENGUKUHAN

Tambah                  Aktiviti 1
Jumlah
Kesemuanya              Bimbing murid menambah tiga nombor satu digit melalui
Nombor satu digit       penggunaan garis nombor dan Petak 100.
Nombor dua digit
Nilai tempat
Jadual nilai tempat     Aktiviti 2
Puluh
Sa                      1. Bentukkan kumpulan (tiga orang). Edarkan set kad
Mengumpul semula           nombor kepada setiap kumpulan. Set kad nombor perlu
Ayat matematik             diletakkan secara terlungkup di atas meja.
Bentuk lazim
Garis nombor            2. Terangkan bagaimana aktiviti ini dijalankan:
Petak 100                   Setiap murid dalam kumpulan perlu mengambil satu
                              kad secara rawak.
                            Mereka perlu mengambil pembilang dalam bilangan
                              yang sama dengan nombor pada kad masing-masing.
                            Mereka perlu menjumlahkan kesemua pembilang.
                            Kemudian mereka perlu menuliskan ayat matematik
                              dan penambahan dalam bentuk lazim dalam buku
                              latihan.
                            Kad nombor tersebut dimasukkan semula ke dalam
                              setnya.
                            Permainan diteruskan lagi.




                                                                             47
                                    UNIT 2: TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 100
                                                                                   UNIT 2.4

   HASIL PEMBELAJARAN                       LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya:                 1. Bentukkan kumpulan (tiga orang). Edarkan pembilang
Melengkapkan ayat                  yang mencukupi kepada setiap kumpulan.
matematik operasi tambah
yang melibatkan dua             2. Tuliskan ayat matematik berikut pada papan tulis:
nombor
                                                       11 +         = 15

                                   Soal jawab:
                                     Cikgu ada sebelas pembilang.
                                     (Tunjuk pada nombor „11‟ dalam ayat matematik tadi.
 BAHAN BANTU MENGAJAR                Kemudian lukiskan sebelas pembilang)

Bagi sesi pengajaran &
pembelajaran:
1. Pembilang dalam dua
   warna berbeza
2. Gelang getah (jika perlu)
3. Beg plastik lutsinar (jika        Tapi cikgu perlukan lima belas pembilang kesemuanya.
   perlu)                            (Tunjuk pada nombor „15‟ dalam ayat matematik tadi)
4. Jadual nilai tempat
                                     Berapa lagi pembilang yang cikgu perlu tambah untuk
                                     menjadikan lima belas?
Bagi aktiviti pengukuhan:            (Tunjuk pada petak kosong dalam ayat matematik tadi)
1. Garis nombor
2. Petak 100                         Gunakan    pembilang        kamu      untuk       mencari
   (Rujuk BBM ms. 1)                 jawapannya?

                                3. Gunakan pembilang dalam dua warna yang berbeza.
                                   Bimbing murid untuk melengkapkan susunan lima-lima
                                   pembilang tersebut untuk mencukupkan lima belas
                                   pembilang seperti berikut:




                                   Soal jawab:
                                     Berapa lagi pembilang yang cikgu perlu tambah untuk
                                     menjadikan lima belas?
                                     (Murid akan menjawab “Empat pembilang”. Tuliskan
                                     jawapannya dalam petak kosong tadi)




                                                                                              48
       UNIT 2: TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 100

4. Tuliskan jadual nilai tempat seperti berikut pada papan
   tulis:

                            Puluh   Sa

                             1      1

                 +

                             1      5


   Soal jawab:
     Lihat pada sa dahulu.
     Satu ditambah berapa jadi lima?
     (Murid akan menjawab “Empat”. Tuliskan jawapannya
     pada jadual tadi)

       Sekarang lihat pada puluh.
       Satu ditambah berapa untuk jadi satu?
       (Murid akan menjawab “Sifar”. Tuliskan jawapannya
       pada jadual tadi)

5. Ulangi langkah 2 hingga 4 dengan memberikan contoh-
   contoh berikut:

             + 23 = 39

    36 +            = 41

             + 19 = 47


6. Edarkan Lembaran Kerja 2.4.




                                                         49
                            UNIT 2: TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 100


  PERBENDAHARAAN KATA                                       AKTIVITI PENGUKUHAN

Tambah                  Bimbing murid menambah tiga nombor satu digit melalui:
Jumlah
Kesemuanya               Penggunaan garis nombor
Nombor satu digit
Nombor dua digit                                                18 +             = 34
Nilai tempat
Jadual nilai tempat
                                                        18
Puluh                                                                            + 10
Sa                                                                                          +2 +2 +2
Mengumpul semula
Bentuk lazim
                           0        2   4       6   8       10 12 14 16 18 20 22 24 26 28 30 32 34
Ayat matematik
Garis nombor
Petak 100
                          Bimbing murid menjalankan langkah-langkah berikut:
                          1. Bulatkan jawapan pada garis nombor.
                          2. Lukiskan anak panah bagi nombor ‘18’ (nombor yang
                             telah diberi).
                          3. Bilang jumlah langkah seterusnya hingga sampai ke
                             jawapan tadi.


                         Penggunaan Petak 100

                               I            2           3      4       5    6      7    8       9      I0

                               II       I2          I3         I4      I5   I6     I7   I8     I9      20

                            2I          22          23         24      25   26     27   28     29      30

                               3I       32          33         34      35   36     37   38     39      40



                          Atau...



                               I            2           3      4       5    6      7    8       9      I0

                               II       I2          I3         I4      I5   I6     I7   I8     I9      20

                            2I          22          23         24      25   26     27   28     29      30

                               3I       32          33         34      35   36     37   38     39      40



                          Bimbing murid menjalankan langkah-langkah berikut:
                          1. Bulatkan jawapan pada Petak 100.
                          2. Mulakan daripada nombor ‘18’ (nombor yang telah
                             diberi)
                          3. Bilang jumlah langkah seterusnya hingga sampai ke
                             jawapan tadi.


                                                                                                            50
                                    UNIT 2: TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 100
                                                                                UNIT 2.5

   HASIL PEMBELAJARAN                       LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya:                 1. Murid duduk secara berpasangan. Edarkan pembilang
Menyelesaikan masalah              yang mencukupi dan lembaran ‘Selesaikan Masalah Ini!’
yang melibatkan operasi            kepada setiap pasangan.
tambah dalam situasi harian
                                2. Tulis cerita atau penyataan masalah pada papan tulis.
                                   Contohnya:

                                     Di atas pokok mangga ada dua belas biji buah
                                     mangga yang sudah masak.
                                     Tujuh biji lagi masih hijau.
 BAHAN BANTU MENGAJAR                Berapa biji buah mangga yang ada kesemuanya?

Bagi sesi pengajaran &          3. Minta murid menuliskan penyataan masalah tadi di
pembelajaran:                      dalam petak pada lembaran tersebut.
1. Pembilang
2. Gelang getah (jika perlu)    4. Bimbing murid cara menggunakan lembaran aktiviti
3. Beg plastik lutsinar (jika      tersebut. Mereka boleh menggunakan bahan yang
   perlu)                          sesuai untuk mencari jawapan. Bincang dan bandingkan
4. Jadual nilai tempat             dapatan mereka.
5. Pensel warna/krayon
6. Lembaran                     5. Ulangi langkah 2 hingga 4 dengan memberikan contoh-
   ‘Selesaikan Masalah Ini’        contoh yang lain.
   (Rujuk BBM ms. 24)
                                6. Seterusnya tuliskan jadual bagi ‘Senarai Kelas Tahun Dua
                                   Sekolah Kebangsaan ... (tuliskan nama sekolah)’ pada
Bagi aktiviti pengukuhan:          papan tulis. Contohnya:
1. Pembilang
2. Gelang getah (jika perlu)                     Kelas           Jumlah Murid
3. Beg plastik lutsinar (jika
   perlu)                                      2 Amanah            36 orang
4. Jadual nilai tempat
5. Pensel warna/krayon                          2 Bestari          27 orang
6. Lembaran
   ‘Selesaikan Masalah Ini’                  2 Cemerlang           41 orang
   (Rujuk BBM ms. 24)
                                               2 Dedikasi          38 orang


                                7. Minta murid mereka sendiri cerita atau penyataan
                                   masalah bagi operasi tambah dan seterusnya mencari
                                   jawapannya.

                                8. Bimbing   murid  menggunakan    ayat-ayat        mudah
                                   berdasarkan pengalaman mereka sendiri.

                                9. Edarkan Lembaran Kerja 2.5.




                                                                                           51
                            UNIT 2: TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 100


  PERBENDAHARAAN KATA                    AKTIVITI PENGUKUHAN

Tambah                  1. Ubah suai langkah-langkah pengajaran di atas dengan
Jumlah                     memberikan suatu nombor sebagai sasaran (ditulis di
Kesemuanya                 dalam petak pada lembaran tersebut).
Nombor satu digit
Nombor dua digit        2. Minta murid mereka sendiri cerita atau penyataan
Nilai tempat               masalah bagi operasi tambah untuk mendapatkan
Jadual nilai tempat        nombor sasaran sebagai jawapan.
Puluh
Sa                      3. Bimbing   murid  menggunakan    ayat-ayat   mudah
Mengumpul semula           berdasarkan pengalaman mereka sendiri.
Bentuk lazim
Ayat matematik
Garis nombor
Petak 100




                                                                             52

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Stats:
views:2848
posted:10/18/2010
language:Indonesian
pages:22