Docstoc

modul numerasi tahun 2 (PDF)

Document Sample
modul numerasi tahun 2 (PDF) Powered By Docstoc
					                                          UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100
                                                                                  UNIT 1.1

  HASIL PEMBELAJARAN                      LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya:               1. Lekatkan Petak 100 bersaiz besar pada papan tulis. Sebut
1. Menyebut nombor               dan tunjukkan nombor „21‟ hingga „100‟ mengikut urutan.
   hingga 100                    Minta murid menyebutnya bersama-sama.
2. Mengenal pasti angka
   hingga 100                 2. Kemudian sebut suatu nombor secara rawak. Minta murid
                                 membilang daripada nombor tersebut mengikut urutan
                                 tanpa merujuk kepada Petak 100.

                                 Soal jawab:
                                   Pejamkan mata kamu.
 BAHAN BANTU MENGAJAR              Sebutkan nombor ... (sebutkan suatu nombor)
                                   hingga nombor ... (sebutkan suatu nombor yang lebih
Bagi sesi pengajaran &             besar)
pembelajaran:
1. Petak 100 bersaiz besar    3. Ulangi langkah 2 dengan siri nombor yang lain.
2. Petak 100
   (Rujuk BBM ms. 1)          4. Seterusnya tunjuk pada suatu nombor pada Petak 100
3. Pen marker                    secara rawak. Minta murid menyebut nombor tersebut.

                              5. Ulangi langkah 4 dengan nombor-nombor yang lain.
Bagi aktiviti pengukuhan:
1. Petak 100                  6. Kemudian edarkan Petak 100 dan pen marker kepada
   (Rujuk BBM ms. 1)             setiap murid.
2. Kubus dan rod Cuisenaire
                              7. Sebut suatu nombor secara rawak. Minta murid
                                 membulatkan nombor tersebut pada Petak 100 masing-
                                 masing dan menunjukkan jawapannya.

                              8. Ulangi langkah 7 dengan nombor-nombor yang lain.

                              9. Edarkan Lembaran Kerja 1.1.




  PERBENDAHARAAN KATA                           AKTIVITI PENGUKUHAN

Nombor                        1. Murid duduk secara berpasangan. Edarkan Petak 100,
Angka                            kubus dan rod Cuisenaire yang mencukupi kepada setiap
Bilang                           pasangan.
Mengikut urutan
                              2. Sebutkan suatu nombor secara rawak. Murid pertama
                                 diminta menunjukkan nombor tersebut pada Petak 100.
                                 Murid kedua pula diminta menunjukkan bilangan rod
                                 Cuisenaire yang betul.

                              3. Minta murid bertukar peranan sebelum menyebutkan
                                 nombor yang lain.




                                                                                             1
                                            UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100
                                                                                      UNIT 1.2

   HASIL PEMBELAJARAN                        LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya:                 1. Tuliskan senikata lagu berikut pada papan tulis.
Membilang hingga 100 objek
dengan membuat kumpulan              Langkah ke kiri
sepuluh-sepuluh, lima-lima,          Langkah ke kanan
dua-dua dan satu-satu                Ke hadapan dan ke belakang
                                     Pusing ke kiri
                                     Pusing ke kanan
                                     Buat kumpulan … (sepuluh/lima/dua/satu)

                                2. Lagu tersebut dinyanyikan oleh guru. Murid perlu
 BAHAN BANTU MENGAJAR              mendengar secara teliti nombor yang disebutkan dan
                                   secara pantas membentuk kumpulan yang mempunyai
Bagi sesi pengajaran &             bilangan ahli yang betul. Bilang bersama-sama untuk
pembelajaran:                      menyemak bilangan ahli kumpulan.
Pembilang
                                3. Seterusnya bentukkan kumpulan (empat orang). Edarkan
                                   seratus pembilang kepada setiap kumpulan. Maklumkan
Bagi aktiviti pengukuhan:          murid bahawa mereka perlu membentuk kumpulan
1. Jalur 10 bersaiz besar          dengan menggunakan pembilang pula.
2. Jalur 10
   (Rujuk BBM ms. 2)            4. Nyanyikan lagu di atas. Minta murid membentuk
3. Jalur 5                         kumpulan sepuluh-sepuluh melalui lagu tersebut dengan
   (Rujuk BBM ms. 3)               menggunakan kesemua pembilang.
4. Jalur 2
   (Rujuk BBM ms. 4)               Soal jawab:
5. Jalur 1                           Adakah kamu menggunakan kesemua ...
   (Rujuk BBM ms. 5)                 (sebutkan jenis pembilang yang digunakan)?
6. Petak 100 bersaiz besar           Bilang dalam bilangan sepuluh-sepuluh.
7. Petak 100                         (Bimbing murid membilang dalam bilangan sepuluh-
8. Pelekat                           sepuluh sambil menunjukkan setiap kumpulan
                                     pembilang itu dengan jari)
(Guntingkan bulatan yang             Sepuluh, dua puluh, tiga puluh, ..., seratus.
disediakan pada setiap jalur)
                                5. Ulangi langkah 5 bagi kumpulan lima-lima, dua-dua dan
                                   satu-satu.

                                6. Edarkan Lembaran Kerja 1.2.




                                                                                                 2
                                          UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100


  PERBENDAHARAAN KATA                            AKTIVITI PENGUKUHAN

Nombor                     1. Sebelum aktiviti ini dijalankan, sediakan Jalur 10, Jalur 5,
Angka                         Jalur 2 dan Jalur 1. Bulatan pada jalur tersebut perlu
Bilang                        digunting mengikut bentuknya.
Mengikut urutan
Kumpulan sepuluh-sepuluh   2. Murid duduk secara berpasangan. Edarkan Petak 100
Kumpulan lima-lima            dan pelekat kepada setiap pasangan.
Kumpulan dua-dua
Kumpulan satu-satu         3. Lekatkan Petak 100 bersaiz besar pada papan tulis.

                              Soal jawab:
                                Berapa bilangan petak pada baris pertama Petak 100
                                ini?
                                Berapa bilangan petak pada Jalur 10 ini?
                                Mari kita gunakan Petak 100 dan Jalur 10 ini untuk
                                membilang sepuluh-sepuluh.

                           4. Letakkan Jalur 10 bersaiz besar di atas baris pertama
                              Petak 100 bersaiz besar pada papan tulis. Hanya nombor
                              „10‟ yang akan kelihatan di dalam bulatan pada Jalur 10
                              tadi seperti berikut:

                                                                                      I0
                               II    I2     I3     I4   I5   I6    I7    I8    I9    20
                               2I    22     23     24   25   26    27    28    29    30
                               3I    32     33     34   35   36    37    38    39    40
                               4I    42     43     44   45   46    47    48    49    50
                               5I    52     53     54   55   56    57    58    59    60
                               6I    62     63     64   65   66    67    68    69    70
                               7I    72     73     74   75   76    77    78    79    80
                               8I    82     83     84   85   86    87    88    89    90
                               9I    92     93     94   95   96    97    98    99    I00

                           5. Minta murid melekatkan Jalur 10 masing-masing di atas
                              baris pertama Petak 100 mereka.




                                                                                             3
            UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100

6. Ulangi langkah 4 dan 5 sehingga baris terakhir. Petak 100
   dan Jalur 10 tersebut akan kelihatan seperti berikut:

                                                        I0
                                                        20
                                                        30
                                                        40
                                                        50
                                                        60
                                                        70
                                                        80
                                                        90
                                                        I00

7. Kemudian minta murid membilang hingga „100‟ dalam
   bilangan sepuluh-sepuluh dengan merujuk kepada
   nombor dalam bulatan itu tadi.

   Soal jawab:
     Apa yang kamu nampak pada Petak 100 ini?
     (Kesemua nombornya berakhir dengan „0‟.
     Kesemua nombornya berada dalam satu baris yang
     sama)
     Apa yang berbeza? (Nilai tempat puluh)
     Apa yang sama? (Nilai tempat sa)

8. Ulangi aktiviti ini bagi kumpulan lima-lima, dua-dua dan
   satu-satu dengan menggunakan Jalur 5, Jalur 2 dan Jalur
   1.


Nota: Murid juga boleh diminta membuat lompatan pada
      Petak 100 sebanyak sepuluh kali, lima kali, dua kali
      atau satu kali bagi kemahiran ini.




                                                               4
                                        UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100
                                                                             UNIT 1.3

  HASIL PEMBELAJARAN                    LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya:             1. Edarkan papan tulis individu dan pen marker kepada
1. Menulis angka hingga        setiap murid.
   100
2. Membaca nombor           2. Lekatkan satu kad nombor pada papan tulis. Minta
   dalam perkataan hingga      murid menyebut nombor yang tertera dan menulis
   'seratus'                   angka tersebut pada papan tulis masing-masing.
3. Menulis nombor dalam
   perkataan hingga         3. Lekatkan kad perkataan nombor tersebut di bawah kad
   'seratus'                   nombor tadi. Minta murid mengeja dan membaca
                               perkataan beramai-ramai, dan kemudian menuliskannya
 BAHAN BANTU MENGAJAR          pada papan tulis masing-masing.

Bagi sesi pengajaran &      4. Ulangi langkah 2 dan 3 dengan nombor-nombor lain.
pembelajaran:
1. Papan tulis individu     5. Seterusnya sebutkan suatu nombor dan minta murid
2. Pen marker                  menulis angka dan perkataan bagi nombor tersebut
3. Kad nombor                  pada papan tulis masing-masing.
   21 hingga 100
4. Kad perkataan „dua       6. Ulangi langkah 5 dengan nombor-nombor lain.
   puluh satu‟ hingga
   „seratus‟                7. Bentukkan dua kumpulan, A dan B. Ahli kumpulan A
5. Tali                        menggantungkan kad perkataan di leher. Ahli kumpulan
6. Radio/muzik                 B menggantungkan kad nombor di leher.

                            8. Mainkan muzik dan murid-murid bergerak untuk mencari
Bagi aktiviti pengukuhan:      pasangan nombor dan perkataannya secepat mungkin
1. Dadu                        sebelum muzik berhenti.
2. Butang
3. Papan permainan „Apa     9. Murid yang telah berjumpa dengan pasangannya akan
   Nombornya?’                 duduk bersama.
   (Rujuk BBM ms. 6)
4. Peraturan permainan      10. Teruskan aktiviti sehingga kesemua murid berjumpa
   „Apa Nombornya?’             dengan pasangannya. Semak jawapan bersama-sama.
   (Rujuk BBM ms. 7)
                            11. Edarkan Lembaran Kerja 1.3.


  PERBENDAHARAAN KATA                         AKTIVITI PENGUKUHAN

Angka                       1. Cetak papan permainan „Apa Nombornya?‟ dan
Nombor                         peraturan permainan pada kad manila. Laminate kedua-
Nombor dalam perkataan         duanya.

                            2. Bentukkan kumpulan (empat orang). Bacakan peraturan
                               permainan kepada murid dan tunjukkan bagaimana
                               permainan ini dijalankan.

                            3. Setiap kumpulan boleh bermain        seberapa    banyak
                               pusingan di dalam satu sesi.




                                                                                         5
                                          UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100
                                                                               UNIT 1.4

   HASIL PEMBELAJARAN                     LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya:               1. Bentukkan kumpulan (tiga orang). Edarkan sepuluh kubus
Mengenal pasti nilai tempat      dan sepuluh rod Cuisenaire kepada setiap kumpulan.
dan nilai digit bagi nombor
hingga 'seratus'              2. Lekatkan satu kad nombor, contohnya „24‟, pada papan
                                 tulis. Minta murid membilang kubus dan rod Cuisenaire
                                 mengikut bilangan tersebut. Murid akan mendapat
                                 empat kubus dan dua rod Cuisenaire.

                              3. Lukiskan kubus dan rod Cuisenaire dan perkenalkan nilai
                                 tempat bagi puluh dan sa dalam jadual nilai tempat
 BAHAN BANTU MENGAJAR            seperti berikut:

Bagi sesi pengajaran &
                                    Kad nombor                  24
pembelajaran:
1. Kubus Cuisenaire
2. Rod Cuisenaire
3. Jadual nilai tempat


Bagi aktiviti pengukuhan:
1. Papan tulis individu
2. Pen marker
3. Kad bergambar
   (Rujuk BBM ms. 8 - 18)




                                                  Puluh                 Sa

                                                    2                   4

                              4. Terangkan bahawa nilai digit ‟2‟ mewakili dua puluh dan
                                 nilai digit ‟4‟ mewakili empat sa.

                              5. Ulangi langkah 2 hingga 4 dengan nombor-nombor lain.

                              6. Seterusnya tuliskan suatu nombor pada papan tulis.
                                 Gariskan digit sa dan minta murid mewakilkannya
                                 dengan menggunakan kubus Cuisenaire.

                              7. Ulangi langkah 6 dengan nombor-nombor lain.

                              8. Seterusnya tuliskan suatu nombor pada papan tulis.
                                 Gariskan digit puluh dan minta murid mewakilkannya
                                 dengan menggunakan rod Cuisenaire.

                              9. Ulangi langkah 8 dengan nombor-nombor lain.

                              10. Edarkan Lembaran Kerja 1.4.


                                                                                           6
                                    UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100


  PERBENDAHARAAN KATA                     AKTIVITI PENGUKUHAN

Nombor                  1. Edarkan papan tulis individu dan pen marker kepada
Digit                      setiap murid. Minta murid melukiskan jadual nilai tempat
Satu digit                 pada papan tulis masing-masing seperti berikut:
Dua digit
Nilai tempat
Nilai digit
Puluh                                      Puluh            Sa
Sa




                        2. Pamerkan kad bergambar. Minta setiap murid
                           membilang jumlah objek di dalam gambar tersebut dan
                           menuliskan digit puluh dan sa dalam jadual nilai tempat
                           masing-masing. Contohnya:




                                           Puluh            Sa


                                             3              4




                        3. Ulangi langkah 2 dengan kad bergambar yang lain.




                                                                                      7
                                           UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100
                                                                              UNIT 1.5(a)

   HASIL PEMBELAJARAN                      LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya:                1. Bentukkan kumpulan (sepuluh orang).
Menyusun nombor hingga
100                            2. Rentangkan di dalam kelas seutas tali bersama sepuluh
a) membilang satu-satu            penyepit baju bagi setiap kumpulan.
    secara tertib menaik dan
    tertib menurun             3. Edarkan satu set kad nombor yang berbeza kepada
                                  setiap kumpulan. Setiap murid diminta memilih salah satu
                                  kad tersebut.

                               4. Aktiviti bermula apabila wisel ditiup. Murid perlu
 BAHAN BANTU MENGAJAR             menggantungkan kadnya menggunakan penyepit baju
                                  sepanjang tali yang direntang tadi mengikut tertib
Bagi sesi pengajaran &            menaik.
pembelajaran:
1. Wisel                       5. Semak jawapan bersama-sama. Kumpulan yang paling
2. Tali                           awal menyusun nombor mengikut tertib menaik yang
3. Penyepit baju                  betul dikira pemenang.
4. Set kad nombor dalam
   lingkungan 100              6. Minta kumpulan bertukar-tukar set nombor mereka.
   (nombor yang berurutan,        Ulangi aktiviti di atas bagi kemahiran membilang satu-
   sepuluh kad dalam              satu secara tertib menurun.
   setiap set)
                               7. Edarkan Lembaran Kerja 1.5(a).

Bagi aktiviti pengukuhan:
Wisel




                                                                                             8
                                    UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100


  PERBENDAHARAAN KATA                     AKTIVITI PENGUKUHAN

Nombor                  1. Adakan permainan „Dengar dan Bilang‟.
Susun
Satu-satu               2. Tunjukkan bagaimana permainan ini dijalankan iaitu:
Tertib menaik               Suatu nombor akan dituliskan pada papan tulis.
Tertib menurun              Aktiviti bermula apabila guru meniup wisel.
Selepas                     Apabila wisel ditiup satu kali, murid perlu membilang
Sebelum                       secara tertib menaik daripada nombor tersebut.
Di antara                   Apabila wisel ditiup dua kali, murid perlu membilang
                              secara tertib menurun pula daripada nombor terakhir
                              tadi.

                           Contohnya:
                            (Tuliskan nombor „30‟ pada papan tulis. Tiup wisel satu
                            kali dan murid mula membilang secara tertib menaik)
                            30, 31, 32, 33, 34, 35, 36, 37

                             (Tiup wisel dua kali dan murid mula membilang secara
                             tertib menurun)
                             36, 35, 34, 33, 32

                             (Tiup wisel satu kali dan murid mula membilang secara
                             tertib menaik)
                             33, 34, 35, 36, 37, 38, 39, 40

                             (Tiup wisel dua kali dan murid mula membilang secara
                             tertib menurun)
                             39, 38, 37, 36, 35, 34, 33, 32, 31, 30

                        3. Murid boleh diminta membilang bersama-sama atau
                           bergilir-gilir daripada murid pertama sehingga murid
                           terakhir di dalam kelas.

                        4. Ulangi aktiviti di atas bagi nombor permulaan yang
                           berbeza.




                                                                                      9
                                           UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100
                                                                               UNIT 1.5(b)

  HASIL PEMBELAJARAN                       LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya:                1. Bentukkan kumpulan (sepuluh orang).
Menyusun nombor hingga
100                            2. Letakkan satu set kad nombor genap yang berbeza
b) membilang dua-dua              secara berselerak bagi setiap kumpulan.
    secara tertib menaik dan
    tertib menurun             3. Aktiviti bermula apabila wisel ditiup. Murid perlu memilih
                                  salah satu kad yang berselerak dan kemudian berbaris
                                  dan memegang kad masing-masing mengikut tertib
                                  menaik.

 BAHAN BANTU MENGAJAR          4. Semak jawapan bersama-sama. Kumpulan yang paling
                                  awal menyusun nombor mengikut tertib menaik yang
Bagi sesi pengajaran &            betul dikira pemenang.
pembelajaran:
1. Wisel                       5. Minta kumpulan bertukar-tukar set nombor mereka.
2. Set kad nombor dalam           Ulangi aktiviti di atas bagi kemahiran membilang satu-
   lingkungan 100                 satu secara tertib menurun.
   (nombor genap yang
   berurutan, sepuluh kad      6. Kumpulkan semula set kad nombor tadi.
   dalam setiap set)
3. Set kad nombor dalam        7. Ulangi langkah 2 hingga 6 dengan menggunakan set kad
   lingkungan 100                 nombor ganjil pula.
   (nombor ganjil yang
   berurutan, sepuluh kad      8. Edarkan Lembaran Kerja 1.5(b).
   dalam setiap set)


Bagi aktiviti pengukuhan:
1. Kad nombor dalam
   lingkungan 100
   (nombor yang berurutan
   dalam gandaan dua)
2. Petak 100 bersaiz besar




                                                                                             10
                                          UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100


  PERBENDAHARAAN KATA                            AKTIVITI PENGUKUHAN

Nombor                  Aktiviti 1
Susun
Dua-dua                 1. Edarkan set kad nombor secara rawak kepada setiap
Tertib menaik              kumpulan. Murid perlu memilih salah satu kad tersebut.
Tertib menurun
Selepas                      Soal jawab:
Sebelum                       Mari kita buat garis nombor dua-dua.
Di antara                     Nombor ... (sebutkan nombornya), lekatkan kad kamu
                              di sini.
                              (Murid yang memegang kad nombor tersebut diminta
                              melekatkan kad pada papan tulis)
                              Siapa yang memegang kad nombor sebelumnya?
                              Di mana kamu sepatutnya melekatkan kad itu?
                              (Murid tersebut diminta melekatkan kad di sebelah kiri
                              kad nombor yang pertama tadi)
                              Sekarang, lengkapkan garis nombor ini.
                              (Setiap murid perlu melekatkan kad masing-masing
                              mengikut urutan nombor yang betul)

                        2. Kemudian minta murid membilang nombor pada kad-
                           kad tersebut secara tertib menaik.

                        3. Edarkan set kad nombor yang berbeza kepada murid.
                           Ulangi aktiviti di atas bagi kemahiran membilang dua-dua
                           secara tertib menurun.

                        4. Permainan ini boleh juga dijadikan pertandingan di
                           antara kumpulan (sepuluh orang). Kumpulan yang paling
                           awal melengkapkan garis nombor dengan betul dikira
                           pemenang.


                        Aktiviti 2

                        1. Lekatkan dua Petak 100 bersaiz besar pada papan tulis.

                        2. Minta murid membilang dua-dua secara tertib menaik
                           bermula dengan „2‟. Bulatkan nombor yang berkenaan
                           pada Petak 100 yang pertama. Ini akan menghasilkan
                           pola yang berikut:

                               I     2      3      4     5    6    7   8    9    I0

                              II     I2     I3     I4   I5   I6   I7   I8   I9   20




                                                                                      11
               UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100

3. Kemudian minta murid membilang dua-dua secara tertib
   menaik bermula dengan „1‟. Bulatkan nombor yang
   berkenaan pada Petak 100 yang kedua. Ini akan
   menghasilkan pola yang berikut:

     I    2      3    4     5     6    7       8    9    I0

    II    I2     I3   I4   I5    I6    I7      I8   I9   20



4. Bimbing murid melihat pola yang terhasil.

   Soal jawab:
     Apa pola yang kamu nampak apabila kamu
     membilang dua-dua bermula dengan nombor ‘2’?
     (Nilai tempat bagi sa berakhir dengan nombor genap)
     Adakah nombor ‘54’ termasuk dalam urutan nombor
     ini?
     (Ya)
     Mengapa?
     (Nilai digit sa bagi „54‟ ialah nombor genap)
     Sebutkan nombor lain yang termasuk dalam urutan
     nombor ini.
     (Murid menyebut beberapa nombor genap yang lain)

     Apa pola yang kamu nampak apabila kamu
     membilang dua-dua bermula dengan nombor ‘1’?
     (Nilai tempat bagi sa berakhir dengan nombor ganjil)
     Adakah nombor ‘68’ termasuk dalam urutan nombor
     ini?
     (Tidak)
     Mengapa?
     (Nilai digit sa bagi „68‟ bukan nombor ganjil)
     Sebutkan nombor lain yang termasuk dalam urutan
     nombor ini.
     (Murid menyebut beberapa nombor ganjil yang lain)

5. Bincangkan dengan lebih lanjut.


Nota: Jalur 2 dalam Unit 1.2 juga boleh digunakan dalam
      aktiviti ini.




                                                              12
                                           UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100
                                                                               UNIT 1.7
                                                                              UNIT 1.5(c)

  HASIL PEMBELAJARAN                       LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya:                1. Bentukkan kumpulan (tiga orang).
Menyusun nombor hingga
100                            2. Sediakan beberapa stesen dalam bilik darjah. Di setiap
c) membilang lima-lima            stesen, letakkan satu set kad nombor secara terlungkup
    secara tertib menaik dan      dan berselerak.
    tertib menurun
                               3. Kumpulan 1 akan bermula di stesen A, kumpulan 2 akan
                                  bermula di stesen B, dan seterusnya.

                               4. Aktiviti bermula apabila wisel ditiup. Di setiap stesen,
 BAHAN BANTU MENGAJAR             murid perlu menyusun kad secara tertib menaik.

Bagi sesi pengajaran &         5. Lima markah akan diberikan kepada kumpulan yang
pembelajaran:                     paling awal menyusun nombor mengikut urutan menaik
Set kad nombor dalam              yang betul.
lingkungan 100
(nombor yang berurutan         6. Kemudian     mereka     perlu menelungkupkan  dan
dalam gandaan lima,               menyelerakkan kad nombor tersebut sebelum bergerak
sepuluh kad dalam setiap          ke stesen yang berikutnya.
set)
                               7. Teruskan aktiviti hingga setiap kumpulan telah menyusun
                                  nombor di semua stesen. Markah dijumlahkan dan
Bagi aktiviti pengukuhan:         kumpulan yang mendapat markah tertinggi dikira
1. Garis nombor bersaiz           pemenang.
   besar
2. Petak 100 bersaiz besar     8. Letakkan set kad nombor yang berbeza di setiap stesen.
                                  Ulangi aktiviti di atas bagi kemahiran membilang lima-
                                  lima secara tertib menurun.

                               9. Edarkan Lembaran Kerja 1.5(c).




                                                                                            13
                                             UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100


  PERBENDAHARAAN KATA                               AKTIVITI PENGUKUHAN

Nombor                  Aktiviti 1
Susun
Lima-lima               1. Lekatkan garis nombor kosong bersaiz besar pada papan
Tertib menaik              tulis dengan hanya menandakan nombor „30‟ dan „75‟
Tertib menurun             sahaja. Contohnya:
Selepas
Sebelum
Di antara
                                   30                 X                   Y        75


                             Soal jawab:
                              Di mana letaknya nombor ‘60’?
                              (Tuliskan pada garis nombor)
                              Mengapa kamu meletakkannya di situ?
                              Apa nombor yang betul bagi X?
                              Apa nombor yang betul bagi Y?
                              Bagaimana kamu tahu?

                        2. Teruskan   dengan      nombor-nombor  lain.  Setelah
                           kesemuanya ditulis pada garis nombor tersebut, minta
                           murid membilang lima-lima secara tertib menaik
                           daripada „0‟ hingga „100‟.

                        3. Ulangi aktiviti di atas bagi kemahiran membilang lima-
                           lima secara tertib menurun. Mulakan dengan nombor
                           yang berbeza pada garis nombor.


                        Aktiviti 2

                        1. Lekatkan dua Petak 100 bersaiz besar pada papan tulis.

                        2. Minta murid membilang lima-lima secara tertib menaik
                           bermula dengan „5‟. Bulatkan nombor yang berkenaan
                           pada Petak 100 yang pertama. Ini akan menghasilkan
                           pola yang berikut:

                               I        2      3      4     5    6    7       8    9    I0

                              II        I2     I3     I4   I5   I6   I7       I8   I9   20

                              2I        22     23     24   25   26   27       28   29   30




                                                                                             14
               UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100

3. Kemudian minta murid membilang lima-lima secara tertib
   menaik bermula dengan „4‟. Bulatkan nombor yang
   berkenaan pada Petak 100 yang kedua. Ini akan
   menghasilkan pola yang berikut:

     I    2       3   4     5     6     7      8    9    I0

    II    I2     I3   I4   I5    I6    I7      I8   I9   20

    2I   22      23   24    25   26    27      28   29   30



4. Bimbing murid melihat pola yang terhasil.

   Soal jawab:
     Apa pola yang kamu nampak apabila kamu
     membilang lima-lima bermula dengan nombor ‘5’?
     (Nilai tempat bagi sa berakhir dengan „5‟ atau „0‟)
     Adakah nombor ‘77’ termasuk dalam urutan nombor
     ini?
     (Tidak)
     Mengapa?
     (Nilai digit sa bagi „77‟ bukan „5‟ atau „0‟)
     Sebutkan nombor lain yang termasuk dalam urutan
     nombor ini.

     Apa pola yang kamu nampak apabila kamu
     membilang lima-lima bermula dengan nombor ‘4’?
     (Nilai tempat bagi sa berakhir dengan „4‟ atau „9‟)
     Adakah nombor ‘84’ termasuk dalam urutan nombor
     ini?
     (Ya)
     Mengapa?
     (Nilai digit sa bagi „84‟ adalah „4‟)
     Sebutkan nombor lain yang termasuk dalam urutan
     nombor ini.

5. Bincangkan dengan lebih lanjut.


Nota: Jalur 5 dalam Unit 1.2 juga boleh digunakan dalam
      aktiviti ini.




                                                              15
                                           UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100
                                                                              UNIT 1.5(d)

   HASIL PEMBELAJARAN                      LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya:             Aktiviti ini dijalankan di luar bilik darjah.
Menyusun nombor hingga
100                         1. Bentukkan kumpulan (empat orang).
d) membilang sepuluh-
    sepuluh secara tertib   2. Aturkan kumpulan seperti ‟Susun Atur Kumpulan‟. Minta
    menaik dan tertib          murid berada dalam barisan menghadap ke arah gelung
    menurun                    rotan. Kemudian letakkan kad yang pertama di luar
                               gelung yang pertama.

                            3. Seterusnya letakkan satu set kad nombor di dalam setiap
 BAHAN BANTU MENGAJAR          bakul seperti berikut:
                                Set kad dalam bakul A - 18, 28, 38, 48, 58, 68, 78, 88, 98
Bagi sesi pengajaran &          Set kad dalam bakul B - 13, 23, 33, 43, 53, 63, 73, 83, 93
pembelajaran:                   Set kad dalam bakul C - 11, 21, 31, 41, 51, 61, 71, 81, 91
1. Gelung rotan
2. Set kad nombor dalam     4. Maklumkan kepada murid bahawa bakul tersebut
   lingkungan 100              mengandungi kad nombor dalam gandaan sepuluh.
   (nombor yang berurutan
   dalam gandaan sepuluh,   5. Aktiviti bermula apabila wisel ditiup. Murid pertama
   sepuluh kad dalam           dalam setiap kumpulan akan melompat dari gelung ke
   setiap set)                 gelung yang berikutnya.
3. Bakul
                            6. Murid perlu mengambil satu kad nombor yang ada di
                               dalam bakul dan meletakkan kad tersebut di luar gelung
Bagi aktiviti pengukuhan:      rotan yang betul mengikut tertib menaik, seperti ‟Urutan
Petak 100 bersaiz besar        Nombor‟.

                            7. Murid kemudiannya berlari semula ke kumpulannya dan
                               menepuk tangan murid berikutnya.

                            8. Permainan diteruskan sehingga selesai. Kumpulan yang
                               paling awal menamatkan permainan dengan urutan
                               nombor yang betul dikira pemenang.

                            9. Letakkan set kad nombor yang berbeza bagi setiap
                               kumpulan. Ulangi aktiviti di atas bagi kemahiran
                               membilang sepuluh-sepuluh secara tertib menurun.

                            10. Edarkan Lembaran Kerja 1.5(d).




                                                                                            16
                                       UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100

  PERBENDAHARAAN KATA                         AKTIVITI PENGUKUHAN

Nombor                  1. Lekatkan dua Petak 100 bersaiz besar pada papan tulis.
Susun
Sepuluh-sepuluh         2. Minta murid membilang sepuluh-sepuluh secara tertib
Tertib menaik              menaik bermula dengan „10‟. Bulatkan nombor yang
Tertib menurun             berkenaan pada Petak 100 yang pertama. Ini akan
Selepas                    menghasilkan pola yang berikut:
Sebelum
Di antara                    I    2      3      4     5    6    7      8    9    I0

                            II    I2     I3     I4   I5   I6   I7      I8   I9   20

                            2I    22     23     24   25   26   27      28   29   30



                        3. Kemudian minta murid membilang sepuluh-sepuluh
                           secara tertib menaik bermula dengan „9‟. Bulatkan
                           nombor yang berkenaan pada Petak 100 yang kedua. Ini
                           akan menghasilkan pola yang berikut:

                             I    2       3      4    5    6    7      8    9    I0

                            II    I2     I3     I4   I5   I6   I7      I8   I9   20

                            2I   22      23     24   25   26    27     28   29   30



                        4. Bimbing murid melihat pola yang terhasil.

                           Soal jawab:
                             Apa pola yang kamu nampak apabila kamu
                             membilang sepuluh-sepuluh bermula dengan nombor
                             ‘10’?
                             (Nilai tempat bagi puluh sahaja yang berubah. Nilai
                             tempat bagi sa tidak berubah dan berakhir dengan „0‟)
                             Adakah nombor ‘90’ termasuk dalam urutan nombor
                             ini?
                             (Ya)
                             Mengapa?
                             (Nilai digit sa bagi „90‟ ialah „0‟)
                             Sebutkan nombor lain yang termasuk dalam urutan
                             nombor ini.

                             Apa pola yang kamu nampak apabila kamu
                             membilang sepuluh-sepuluh bermula dengan nombor
                             ‘9’?
                             (Nilai tempat bagi puluh sahaja yang berubah. Nilai
                             tempat bagi sa tidak berubah dan berakhir dengan „9‟)




                                                                                      17
            UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100

     Adakah nombor ‘76’ termasuk dalam urutan nombor
     ini?
     (Tidak)
     Mengapa?
     (Nilai digit sa bagi „76‟ bukan „9‟)
     Sebutkan nombor lain yang termasuk dalam urutan
     nombor ini.

     Apa pola yang akan kamu dapat apabila kamu
     membilang sepuluh-sepuluh bermula dengan nombor
     ‘4’ pula?
     Mengapa?

5. Bincangkan dengan lebih lanjut.


Nota: Jalur 10 dalam Unit 1.2 juga boleh digunakan dalam
      aktiviti ini.




                                                       18
                                        UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100

SUSUN ATUR KUMPULAN

Ahli kumpulan 1                                                           Bakul A




                  8         Kad nombor yang pertama


Ahli kumpulan 2                                                           Bakul B




                  3
                              Gelung rotan

Ahli kumpulan 3                                                           Bakul C




                  1
                                                Bakul berisi kad nombor




URUTAN NOMBOR




                  8    18     28   38     48   58   68   78    88    98
                       88                      88
                       81                      88
                        1                      88
                                                8


                  3    13     23   33     43   53   63   73    83    93
                                               88
                                               88
                                               88
                                                8


                  1    11     21   31     41 51     61  71     81   91
                       88                    88
                       81                    88
                        1                    88
                      Kad nombor yang telah disusun mengikut urutan
                                              8

                                                                                19
                                       UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100
                                                                         UNIT 1.6

   HASIL PEMBELAJARAN                  LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya:             1. Murid duduk secara berpasangan.
Membandingkan dua
nombor dan menyatakan       2. Tunjukkan dua bakul, berlabel A dan B, masing-masing
yang mana lebih atau           mengandungi dua puluh dua dan dua puluh empat
kurang                         pembilang.

                            3. Minta seorang murid membilang sepuluh-sepuluh dan
                               satu-satu bagi pembilang dalam bakul A, dan seorang
                               murid lagi bagi pembilang dalam bakul B. Kedua-dua
                               murid tersebut menyebut bilangan pembilang kepada
 BAHAN BANTU MENGAJAR          kelas.

Bagi sesi pengajaran &         Soal jawab:
pembelajaran:                    Yang mana lebih/kurang, dua puluh dua atau dua
1. Bakul                         puluh empat?
2. Pembilang satu-satu           Bagaimana kamu tahu?
3. Pembilang dalam ikatan        Berapa yang lebih/kurang?
   sepuluh-sepuluh               (Untuk mengetahui yang mana lebih atau kurang,
                                 mereka perlu membuat padanan satu-satu. Pembilang
                                 dalam bakul A dipadankan dengan pembilang dalam
Bagi aktiviti pengukuhan:        bakul B secara berpasangan. Akan terdapat pembilang
1. Kad nombor dalam              yang tiada „pasangan‟)
   lingkungan 100
2. Sehelai kain                       Pembilang        dipadankan      Pembilang
                                     dalam bakul A       satu-satu    dalam bakul B
                                                          dengan




                                     Melalui padanan satu-satu,
                                     objek yang tiada pasangan
                                       menunjukkan bahawa
                                     nombor tersebut lebih besar
                                              nilainya.




                                                                                    20
            UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100

4. Bimbing murid untuk menyatakan:
     ... lebih daripada ...
     ... kurang daripada ...

5. Edarkan pembilang yang mencukupi kepada setiap
   pasangan. Ulangi langkah 3 dan 4 dengan pasangan
   nombor-nombor berikut:
    24 dan 51
    22 dan 30
    22 dan 27

6. Bimbing murid untuk mengikuti langkah-langkah berikut
   apabila membandingkan dua nombor:
    Bandingkan nilai digit puluh dahulu.
    Jika nilai digit puluhnya sama, bandingkan nilai digit sa
      pula.


                      Lima puluh lebih besar daripada dua
                                     puluh.
      24 dan 51
                      Tidak perlu bandingkan nilai digit sa.
                         Maka „51‟ lebih daripada „24‟.

                       Dua puluh lebih kecil daripada tiga
                                     puluh.
      22 dan 30
                      Tidak perlu bandingkan nilai digit sa.
                        Maka „22‟ kurang daripada „30‟.

                     Dua puluh sama nilainya dengan dua
                                      puluh.
      22 dan 27
                     Tetapi tujuh sa lebih daripada dua sa.
                         Maka „27‟ lebih daripada „22‟.


7. Edarkan Lembaran Kerja 1.6.




                                                               21
                                     UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100

  PERBENDAHARAAN KATA                       AKTIVITI PENGUKUHAN

Padan                   Aktiviti 1
Banding
Lebih daripada          1. Edarkan satu kad nombor kepada setiap murid. Murid
Kurang daripada            mesti memegang kad tersebut di dadanya supaya ianya
Nilai tempat               dapat dilihat oleh semua.
Nilai digit
Puluh                   2. Terangkan bagaimana permainan ini dijalankan:
Sa                          Guru akan menyebutkan “Nombor yang lebih/kurang
                              daripada ... berdiri sekarang!”.
                            Murid     yang     memegang       kad nombor   yang
                              lebih/kurang daripada nombor yang disebutkan tadi
                              perlu berdiri dan mempamerkan nombor tersebut.
                            Semak jawapan bersama-sama.


                        Aktiviti 2

                        1. Bentukkan kumpulan (sepuluh orang). Dua kumpulan
                           akan bermain pada masa yang sama. Edarkan satu set
                           kad nombor kepada setiap kumpulan. Aturkan kumpulan
                           seperti lampiran „Susun Atur Kumpulan‟.

                        2. Pilih seorang murid daripada setiap kumpulan untuk
                           memegang kain sebagai penghadang antara dua
                           kumpulan.

                        3. Setiap kumpulan diminta memilih seorang ahli kumpulan
                           sebagai pemain. Pemain tersebut mesti memilih sekeping
                           kad nombor dan memegang kad tersebut di dadanya
                           supaya ianya dapat dilihat oleh pihak lawan apabila kain
                           dijatuhkan.

                        4. Guru    akan    menyebutkan         “Pilih   nombor   yang
                           lebih/kurang. Bersedia. 1, 2, 3!”

                        5. Pada kiraan „3‟, murid yang memegang kain akan
                           menjatuhkan kain.

                        6. Pemain mesti membandingkan kedua-dua nombor
                           tersebut. Pemain yang terdahulu menyebut nombor yang
                           lebih/kurang dikira pemenang dan satu markah diberi
                           kepada kumpulan tersebut.

                        7. Ahli kumpulan yang lain akan mengambil giliran sebagai
                           pemain. Pemegang kain akan memegang semula kain
                           tersebut dan pemain akan mengambil kad nombor yang
                           lain.

                        8. Teruskan permainan hingga selesai. Semua ahli kumpulan
                           perlu mengambil giliran untuk bermain. Pada akhir
                           permainan, markah dikira dan kumpulan yang menang
                           diberi ganjaran.


                                                                                    22
                                  UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100

SUSUN ATUR KUMPULAN


                            Pemegang kain




   Ahli kumpulan A                                  Ahli kumpulan B

                                        Kain




                       Pemain            Pemain
                     kumpulan A        kumpulan B




                            Pemegang kain




                                                                      23
                                              UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100
                                                                                 UNIT 1.7

  HASIL PEMBELAJARAN                          LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya:              1. Lukiskan garis nombor bersaiz besar seperti berikut pada
Menyusun nombor mengikut        papan tulis:
urutan dengan
a) membandingkan
    nombor tersebut, dan
b) meletakkan nombor                30                       35                       40
    tersebut pada garis
    nombor
                             2. Bulatkan nombor „35‟ pada garis nombor tersebut.

 BAHAN BANTU MENGAJAR           Soal jawab:
                                  Yang mana lebih, tiga puluh enam atau tiga puluh
Bagi sesi pengajaran &            lima?
pembelajaran:                     (Murid akan menjawab “Tiga puluh enam lebih
(Tiada)                           daripada tiga puluh lima”)
                                  Di mana letaknya nombor ‘36’?
                                  Di sebelah kanan atau kiri nombor ‘35’?
Bagi aktiviti pengukuhan:         (Murid akan menjawab “Di sebelah kanan nombor 35”)
Set kad nombor dalam              ‘36’ lebih daripada ‘35’. Maka ia berada di sebelah
lingkungan 100                    kanan.
(sepuluh kad dalam setiap
set, disusun secara rawak)          Apa nombor lain yang lebih daripada ‘35’?
                                    Bagaimana kamu tahu?

                                    Apa nombor lain yang kurang daripada ‘35’?
                                    Bagaimana kamu tahu?

                                    Nombor yang kurang berada di sebelah kiri.
                                    Nombor yang lebih berada di sebelah kanan.

                             3. Seterusnya lukiskan garis nombor bersaiz besar seperti
                                berikut pada papan tulis:



                                0        10   20   30   40   50   60   70   80   90    100


                             4. Ulang sesi soal jawab yang serupa bagi nombor-nombor
                                lain. Minta murid membandingkan beberapa nombor
                                dan meletakkan nombor-nombor tersebut pada garis
                                nombor tadi. Bimbing murid untuk melihat bahawa:

                                 Semakin besar nilai suatu nombor itu, semakin ke
                                  kanan kedudukannya pada garis nombor.

                                 Semakin kecil nilai suatu nombor itu, semakin ke kiri
                                  kedudukannya pada garis nombor.

                             5. Edarkan Lembaran Kerja 1.7.




                                                                                             24
                                      UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100

  PERBENDAHARAAN KATA                         AKTIVITI PENGUKUHAN

Padan                   Aktiviti ini dijalankan di luar bilik darjah.
Banding
Lebih daripada          1. Bentukkan kumpulan (empat orang).
Kurang daripada
Nilai tempat            2. Lukiskan garis nombor berskala tanpa nombor bagi setiap
Nilai digit                kumpulan pada jarak yang sesuai.
Puluh
Sa                      3. Letakkan set kad nombor yang berbeza seperti berikut di
Susun                      dalam setiap bakul:
Garis nombor                Set kad dalam bakul A - 8, 15, 23, 30, 46, 57, 62, 71, 80,
Kecil                         99
Besar                       Set kad dalam bakul B - 7, 19, 25, 33, 40, 56, 68, 74, 81,
Paling kecil                  90
Paling besar                Set kad dalam bakul C - 1, 13, 27, 38, 49, 50, 65, 77, 81,
Tertib menaik                 95
Tertib menurun
                        4. Aturkan kumpulan seperti ‟Susun Atur Kumpulan‟. Minta
                           murid berada dalam barisan menghadap ke arah garis
                           nombor.

                        5. Aktiviti bermula apabila wisel ditiup. Secara berkumpulan
                           murid akan sama-sama berlari ke arah bakul dan memilih
                           satu kad nombor.

                        6. Murid kemudiannya berlari ke arah garis nombor. Murid
                           perlu membandingkan nombor-nombor tersebut dan
                           meletakkan kad nombor masing-masing pada garis
                           nombor yang telah dilukiskan tadi mengikut urutan yang
                           betul.

                        7. Kumpulan yang paling awal menamatkan permainan
                           dengan urutan nombor yang betul dikira pemenang.

                        8. Semak jawapan bersama-sama.

                        9. Ulangi langkah 3 hingga 8 dengan set kad nombor yang
                           berbeza bagi setiap kumpulan.




                                                                                      25
                              UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100

SUSUN ATUR KUMPULAN


  Ahli kumpulan 1
                             Bakul A




  Ahli kumpulan 2
                             Bakul B




                                          Garis nombor
  Ahli kumpulan 3
                             Bakul C




                      Bakul berisi kad nombor




                                                            26
                                         UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100
                                                                             UNIT 1.8

   HASIL PEMBELAJARAN                    LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya:              Sebelum sesi ini dijalankan, sediakan atau minta murid
1. Menyebut nombor           membawa sampul bagi surat atau bil yang telah diterima
   ordinal daripada          oleh ibu bapa.
   „kesebelas‟ hingga
   „kedua puluh‟             1. Minta sepuluh murid berbaris di hadapan kelas.
2. Menggunakan nombor
   ordinal dalam konteks        Soal jawab:
   yang berbeza                  Siapa yang berdiri di hadapan sekali?
                                 (Murid pertama akan menyebutkan namanya)
                                 ... (sebutkan nama murid pertama tadi) adalah yang
                                 pertama dalam barisan.

                                  Siapa orang yang kedua?
                                   (Murid kedua akan menyebutkan namanya)
                                  ... (sebutkan nama murid pertama tadi) adalah yang
 BAHAN BANTU MENGAJAR             pertama,
                                  ... (sebutkan nama murid kedua tadi) adalah yang
Bagi sesi pengajaran &            kedua.
pembelajaran:
Sampul bagi surat atau bil        Siapa orang yang ketiga?
yang telah diterima                (Murid ketiga akan menyebutkan namanya)
                                  ... (sebutkan nama murid pertama tadi) adalah yang
                                  pertama,
Bagi aktiviti pengukuhan:         ... (sebutkan nama murid kedua tadi) adalah yang
Lembaran Aktiviti                 kedua,
Pengukuhan                        ... (sebutkan nama murid ketiga tadi) adalah yang
(Rujuk BBM ms. 19 - 22)           ketiga.

                                  Siapa orang yang kesebelas?
                                   (Murid kesebelas akan menyebutkan namanya)

                                  ... (sebutkan nama murid kedua belas) pula yang ke
                                  berapa dalam barisan?

                             2. Teruskan hingga murid yang kedua puluh.

                             3. Kemudian minta murid menyebut nombor ordinal dan
                                nama rakan mereka daripada yang pertama hingga
                                yang kedua puluh bersama-sama seperti berikut:

                                  Pertama, ... (sebutkan nama murid yang pertama)
                                  Kedua, ... (sebutkan nama murid yang kedua)

                             4. Teruskan hingga murid yang kedua puluh.

                             5. Maklumkan     bahawa      nombor-nombor          ordinal
                                menunjukkan kedudukan murid dalam barisan.

                             6. Seterusnya bentukkan kumpulan (empat orang).




                                                                                        27
           UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100

7. Minta murid berkongsi sampul bagi surat atau bil yang
   telah mereka bawa. Bawa perhatian mereka kepada
   nombor rumah yang tertera pada sampul surat tersebut.

   Soal jawab:
     Apa yang tertulis pada sampul itu?
     (Murid akan menjawab ”Alamat rumah saya”)
     Bacakan alamat rumah kamu.

     Lihat pada nombor rumah kamu itu.
     Apa yang kamu tahu tentang nombor itu?
     (Terima apa sahaja jawapan yang munasabah dan
     bincangkan)

     Rumah Danial (contoh) bernombor ’35’ (contoh).
     Adakah nombor itu menunjukkan Danial ada tiga puluh
     lima buah rumah?
     Jika tidak, nombor ’35’ itu menunjukkan apa?
     (Terima apa sahaja jawapan yang munasabah dan
     bincangkan)
     Nombor tersebut menunjukkan kedudukan rumah kamu
     supaya      posmen    mudah     untuk   mencari dan
     menghantarkan surat ini.

8. Edarkan Lembaran Kerja 1.8.




                                                       28
                                      UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100


  PERBENDAHARAAN KATA                         AKTIVITI PENGUKUHAN

Nombor ordinal          Aktiviti 1
Susun
Kedudukan               1. Murid duduk secara berpasangan. Edarkan lembaran
Pertama                    aktiviti pengukuhan kepada setiap pasangan.
Kedua
Ketiga                  2. Murid perlu mendengar arahan guru dan kemudian
Keempat                    menyebutkan jawapan yang betul. Contohnya:
Kelima
Keenam                         Sebutkan nama buah yang ke...
Ketujuh                        (sebutkan suatu nombor ordinal)
Kelapan                        Tempat keberapa buah ... (sebutkan nama buah)?
Kesembilan
Kesepuluh
Kesebelas               Aktiviti 2
Kedua belas
Ketiga belas            Aktiviti ini dijalankan di luar bilik darjah.
Keempat belas
Kelima belas            1. Bentukkan kumpulan (dua puluh orang).
Keenam belas
Ketujuh belas           2. Minta murid beratur lurus dalam barisan masing-masing
Kelapan belas              dan kemudian duduk.
Kesembilan belas
Kedua puluh             3. Seterusnya minta murid membilang nombor ordinal
Terakhir                   mereka bermula daripada murid yang pertama (yang
Selepas                    duduk paling hadapan) supaya dapat mengenal pasti
Sebelum                    kedudukan mereka dalam barisan tersebut.

                        4. Murid perlu mendengar arahan guru dan kemudian
                           berdiri serta melakukan seperti yang diarahkan.
                           Contohnya:

                                Murid yang kesembilan, berkokok seperti ayam.
                                Murid yang kesebelas, mengaum seperti harimau.
                                Murid yang keempat belas, mengiau seperti kucing.


                        Aktiviti 3

                        1. Pamerkan kalendar bagi tahun semasa. Minta murid
                           memperihalkan tentang kalendar tersebut mengikut
                           pemerhatian dan pengetahuan mereka.

                        2. Bincangkan tentang kedudukan nama bulan dalam
                           tahun ini dan perayaan atau sambutan yang disambut
                           dalam bulan-bulan tersebut.

                             Soal jawab:
                               Bulan ... (sebutkan nama bulan) adalah bulan yang
                               keberapa?
                               Dalam bulan keberapa kamu menyambut ... (sebutkan
                               nama perayaan atau sambutan tahunan)?


                                                                                    29

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Tags:
Stats:
views:940
posted:10/18/2010
language:Malay
pages:29