sEj

Document Sample
sEj Powered By Docstoc
					     <SEJARAH>

          BAB 1
KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN
    NASIONALISME DI ASIA
         TENGGARA
 Apakah yang dimaksudkan dengan
           imperialisme?

 Dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan
  wilayahnya

 Menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu
Senaraikan dua keistimewaan Asia Tenggara yang
mendorong imperialisme Barat menjalankan dasar
imperialismenya di rantau tersebut.

    Kedudukannya strategik antara China dengan
     India
    Dekat dengan kawasan pasaran di India dan
     China
    Tanah yang subur
    Kaya dengan bahan mentah
Sebutkan kesan-kesan perkenbangan dalam
sistem perhubungan dan pengangkutan terhadap
perluasan imperialisme Barat di Asia Tenggara.
 Penggunaan kapal wap da Pembukaan Terusan Suez
  - Muatan lebih banyak
  -   Mempercepatkan perjalanan Timur-barat
  -   Memendekkan jarak perjalanan
  -   Perjalanan lebih selamat
  -   Menjimatkan kos

 Penciptaan Telegraf
  - Arahan kepada pegawai di tanah jajahan dengan cepat
  - Ahli perniagaan dapat berhubung dengan wakil mereka di Timur
  - Urusan perdagangan lebih mudah
  - Perdagangan antarabangsa lebih pesat
Nyatakan nilai-nilai yang dipegang oleh kuasa Barat
hingga menyebabkan persaingan antara mereka untuk
menguasai negara-negara Asia Tenggara.

    Semakin luas tanah jajahan, semakin tinggi sanjungan
    Keluasan tanah jajahan melambangkan kekayaan dan kekuatan
    British dan Belanda berpegang kepada slogan “Beban Orang
       Putih”
      British dan Belanda mendakwa mereka lebih maju dan
       bertamadun
      Berasa bertanggungjawab memimpin orang Timur ke arah
       kesejahteraan
      Perancisberpegang kepada slogan “Tugas menyebarkan
       tamadun”
      Mereka bertanggungjawab mentamadunkan orang Timur
      Menyebarkan Kristian kepada penduduk tanah jajahan
Nyatakan ciri-ciri umum sistem birokrasi Barat yang
diperkenalkan di negara-negara Asia Tenggara.



    Penubuhan kerajaan pusat
    Perlantikan Gabenor Jeneral sebagai ketua
     pentadbir
    Pelaksanaan pentadbiran melalui biro (jabatan)
    Perlantikan pegawai Barat sebagai ketua biro
    Pengenalan undang-undang Barat
Nyatakan tugas-tugas Encomiendero di bawah
Sistem Encomiendero yang diperkenalkan oleh
Sepanyol di Filipina.


   Menjaga keamanan
   Mengutip cukai
   Menkristiankan penduduk barangay
Nyatakan perubahan-perubahan yang
diperkenalkan oleh Belanda dalam sistem
pemerintahan tradisional tempatan di Indonesia.
 Pentadbiran dipecahkan kepada pentadbiran pusat
    dan pentadbiran tempatan
   Pentadbiran pusat diketuai oleh Gabenor Jeneral
   Pentadbiran tempatan dikendalikan oleh pembesar
    dengan pengawasan Belanda
   Penubuhan Jabatan Pelajaran dan Jabatan
    Pertanian
   Penubuhan Dewan Tempatan sebagai penasihat
    pentadbiran Belanda
   Dewan Tempatan tiada kuasa perundingan
Berikan tiga kesan akibat daripada penguasaan
British terhadap Burma selepas Perang Inggeris-
Burma III.

    Berakhirnya Dinasti Konbaung
    Institusi raja tersingkir
    Jawatan pembesar tradisional di peringkat pusat terhapus
    Pesuruhjaya Tinggi British menjadi pemerintah di Burma
    Pentadbiran tradisional lenyap
    Sistem undang-undang Barat diperkenalkan
    Majlis Perundanagn diperkenalkan
    Beberapa jabatan ditubuhkan
  Huraikan sistem birokrasi yang diperkenalkan oleh
  Sepanyol di Filipina.

 Pusat        Memperkenalkan sistem pentadbiran berpusat
 G/Jeneral    Gabenor Jeneral menjadi pemerintahan tertinggi
 Datuk Bandar Melantik Ketua Datuk Bandar sebagai pentadbir
               wilayah
 G/Kecil      Gabenor Kecil menjadi pentadbir Bandar
 Tempatan     Pentadbiran peringkat btempatan di bawah
                      Sistem Encomienda
 Encomienda   Barangay-barangay digabungkan membentuk
                      Encomiendero
 Encomiendero Encomienda diperintah oleh Encomiendero
 Tugas        Tugas Encomiendero ialah menjaga keamanan,
               mengutip cukai dan mengkristiankan penduduk
               barangay
Huraikan sistem pemerintahan di IndoChina sebelum
dan selepas kedatangan Perancis ke negara tersebut.


 Sebelum Kedatangan Perancis

•   Mutlak       Ditadbir oleh kerajaan pusat berkuasa mutlak
•   Pembesar     Memberi kuasa penuh kepada pembesar
                tempatan
•   Mandarin     Setiap birokrasi diketuai oleh golongan Mandarin
•   China       Dipengaruhi sistem pentadbiran Tanah Besar
                China
•   Peperiksaan Dipilih melalui peperiksaan
 Selepas Kedatangan Perancis

• Gabenor       Pentadbiran diketuai oleh gabenor Jeneral
• Terus         Gabenor Jeneral bertanggungjawab kepada
                Kementerian Tanah Jajahan di Paris
• Leftenan      Gabenor Jeneral dibantu oleh Leftenan
                Gabenor yang menjadi pemerintah wilayah
                jajahan/naungan
• Residen        Gabenor Jeneral dibantu oleh Residen
  Jeneral               dan Residen Wilayah
• Indochinoise   Menubuhkan Union Indochinoise
• Undang-undang Rang undang-undang diluluskan oleh kerajaan
                pusat
• Tempatan      Pentadbiran kerajaan tempatan tidak diganggu
                oleh kerajaan pusat
• Bayar         Kerajaan tempatan perlu membayar cukai dan
                kerahan tenaga
Apakah perubahan-perubahan yang dilaksanakan
oleh Raja Mongkut dan raja Chulalongkorn untuk
mengekalkan kemerdekaan Thailand.
 Pembaharuan Raja Mongkut
•   Penasihat   Melantik penasihat Barat mengetuai pelbagai jabatan
•   Britain     Penasihat dari Britain menjadi penasihat kewangan dan
                pelabuhan
•   Amerika     Penasihat dari Amerika untuk jabatan kastam
•   Perancis    Penasihat Perancis dalam jabatan ketenteraan
• Pembaharuan Raja Chulalongkorn
•   Majlis     Memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah, Majlis
              Mesyuarat Tertinggi dan Kabinet Negeri
•   Juruaudit Melantik juruaudit dari Britain berkhidmat dalam
              perbendaharaan negara
•   Pentadbir Kedudukan pentadbir dalam birokrasi berdasarkan tahap
              pendidikan
•   Raja      Sistem raja berperlembagaan menggantikan sistem raja
              berkuasa mutlak
    Jelaskan kesan-kesan pengenalan sistem
    birokrasi Barat terhadap sistem pentadbiran di
    Asia Tenggara.
 Kuasa            Raja kehilangan kuasa dalam pemerintahan
    Penaung       Fungsi raja sebagai penaung agama di Burma
                   diambil alih oleh undang-undang
    Hapus         Terhapusnya institusi raja , contohnya Burma
    Pemerintah    Gabenor Jeneral /Pesuruhjaya Tinggi
                  menggantikan raja sebagai pemerintahan
                  tertinggi
    Nasihat       Raja menerima nasihat daripada penasihat
                   Barat dalam hal pentadbiran
    Pengaruh      Kemerosotan pengaruh pembesar tempatan
    Pusat         Penubuhan Kerajaan Pusat hasil penyatuan
                   wilayah-wilayah
    Bahagi        Pembahagian pentadbiran kepada pentadbiran
                  pusat dan tempatan
    Undang-undang Pengenalan sistem undang-undang Barat
Apakah yang dimaksudkan dengan nasionalisme?




    Perasaan cinta akan negara yang membawa kepada gerakan
     membebaskan tanah air dalam segi politik, ekonomi,dan
     kebudayaan asing.
Nyatakan dasar-dasar penjajahan Barat yang mendorong
kemunculan semangat nasionalisme di kalangan rakyat negara-
negara Asia Tenggara.


    Sistem birokrasi tidak membuka peluang kepada rakyat tempatan
    Rakyat tempatan kekal dalam ekonomi tradisional
    Dasar-dasar ekonomi penjajah menindas penduduk peribumi
    Penjajah mewujudkan jurang sosial
    Penjajah menganggap mereka bertaraf tinggi
    Mereka dengan golongan elit tempatan sahaja
    Dasar terbuka terhadap kemasukan imigran menimbulkan tidak puas
     hati
    Golongan imigran menguasai ekonomi tempatan
Nyatakan dasar-dasar pendidikan yang dilaksanakan oleh
penjajah hingga timbulnya perasaan tidak puas hati di kalangan
rakyat negara-negara Asia Tenggara.


     Sikap pilih kasih dalam menyediakan kemudahan pendidikan
     Mengutamakan sekolah yang berpenghantar bahasa penjajah
     Memberikan pendidikan pada tahap rendah
     Pendidikan terhad kepada golongan elit dan penduduk bandar
     Anak golongan bangsawan diberi pendidikan berasingan daripada anak
      orang kebanyakan
     Lepasan sekolah vernakular sukar mendapat pekerjaan
Sebutkan akhbar-akhbar di negara-negara ASIA
Tenggara yang memainkan peranan menanamkan
perasaan antipenjajah.

      Tribune Indigene
      Cloche Felee
      Al-Ikhwan
      Saudara
      Warta Malaya
      Majlis
Huraikan faktor-faktor yang mendorong
kemunculan nasionalisme di Asia Tenggara
   Birokrasi       Penduduk tempatan tiada peluang dalam sistem birokrasi
                           Barat
   Ekonomi        Dasar ekonomi penjajah bersifat menindas
   Sosial         Penjajah mewujudkan jurang sosial dalam masyarakat
   Imigran        Dasar kemasukan imigran menyebabkan ekonomi dikuasai
    oleh           mereka
   Agama          Agama menjadi alat penyatuan rakyat
   Islah          Lahirnya gerakan Islah oleh persatuan-persatuan agama
   Kristian        Penganut Kristian tempatan dinaggap golongan kelas kedua
   Karya          Karya-karya kesusasteraan membangkitkan kecintaan
    kepada                 negara
   Mesej          Karya-karya kesusasteraan menyampaikan mesej
    kesengsaraan           rakyat
   Kemudahan      Kemudahan disediakan untuk sekolah yang menggunakan
    bahasa                penjajah
   Rendah         Pendidikan diberikan di peringkat rendah sahaja
   Elit        Pendidikan diberikan kepada golongan elit sahaja
   Bandar      Pendidikan terhad di bandar sahaja
   Asing        Anak-anak bangsawan diasingkan daripada rakyat dalam
                pendidikan
   Sekular     Pendidikan sekular memberi ancaman kepada sekolah agama
   Pekerjaan    Lepasan sekolah vernakular sukar untuk mendapatkan
                pekerjaan
   Intelek      lahirnya golongan intelek terdedah kepada idea falsafah Barat
                dan Islam
   Tuntut      Menuntut memperbaiki taraf hidup dan membebaskan negara
   Media        Media seperti akhbar dan majalah menyemarakkan semangat
                nasionalisme
   Bertemu      Sistem perhubungan memudahkan hubungan di kalangan
                nasionalis
   Jepun       Kejayaan Jepun menewaskan China dan Rusia membuka mata
                nasionalis
   Ghandi       Perjuangan Mahatma Ghandi menjadi sumber inspirasi kepada
                nasionalis
Jelaskan perbezaan antara gerakan nasionalisme
tahap pertama dengan gerakan nasionalisme
tahap kedua.
   Sifat        Gerakan nasionalisme tahap pertama bersifat setempat
                 manakala gerakan nasionalisme tahap kedua bersifat nasional
   Organisasi     Gerakan nasionalisme tahap pertama tiada organisasi
    manakala               gerakan nasionalisme tahap kedua mempunyai
    organisasi tersusun
   Matlamat      Gerakan nasionalisme tahap pertama menunutut pembaharuan
                 kebudayaan, agama, dan hak peribumi manakala gerakan
                 nasionalisme tahap kedua menuntut kemerdekaan
   Pimpin        Gerakan tahap pertama dipimpin oleh golongan pertengahan
                 tetapi gerakan tahap kedua dipimpin oleh golongan
    berpendidikan          tinggi yang berpengetahuan
   Kaedah       Gerakan tahap pertama menggunakan kaedah memberi
    kesedaran            tetapi gerakan tahap kedua bersifat radikal
   Tuntut        Gerakan tahap pertama tidak menuntutr kemerdekaan segera
                 sebaliknya gerakan tahap kedua menuntut kemerdekaan dan
                 berkerajaan sendiri
Sebutkan ciri-ciri gerakan nasionalisme tahap
pertama di Asia Tenggara.

   Bersifat setempat
   Tidak berorganisasi
   Berkisar tentang isu kebudayaan, agama, dan hak peribumi
   Dipimpin oleh golongan orang prertengahan berpendidikan Barat
    dan di Asia Tenggara
   Lebih menekankan kesedaran politik
   Tidak menekankan tindakan politik
   Menuntut hak mereka dikembalikan
   Tidak menuntut kemerdekaan
Nyatakan ciri-ciri gerakan nasionalis pada tahap kedua di Asia
Tenggara.



    Gerakan bersifat radikal
    Berorganisasi
    Dipimpin oleh golongan berpendidikan dan berpengetahuan luas
    Matlamat gerakan ialah menuntut kemerdekaan
    Bermatlamat membentuk kerajaan sendiri yang berdaulat
Senaraikan tuntutan-tuntutan nasionalis Filipina
pimpinan Jose Rizal.


     Filipina dijadikan wilayah Sepanyol
     Bangsa Filipina diberikan hak yang sama seperti bangsa Sepanyol
     Bangsa Filipina diberikan kebebasan bersuara
     Supaya Sepanyol melakukan pembaharuan politik, ekonomi dan sosial
Apakah peranan Emilio Aguinaldo dalam gerakan
nasionalisme di Filipina.

     Membantu Andres Bonifacio memulkan penentangan secra radikal
     Bersama-sama Andres melancarkan revolusi bersenjata
     Menjadi Presiden Kerajaan Rvolusi Filipina pada 1897
     Menjatuhkan hukuman mati ke atas Andres Bonifacio
     Bekerjasama dengan Amerika Syarikat mengusir Sepanyol
     Mengisytiharkan kemerdekaan Filipina tetapi tidak disahkan oleh
      Amerika
     Meneruskan revolusi bersenjata menentang Amerika Syarikat
Galurkan perkembangan gerakan nasionalisme di
Indonesia.

   Pendidikan    Gerakan nasionalisme tahap pertama menumpukan
    isu           pendidikan
   Ubah          Berhasrat mengubah nasib rakyat melalui
    pendidikan
   Adjeng        Raden Adjeng Kartini berusaha memajukan
                  pendidikan kaum wanita
   Karya        Beliau menghasilkan karya “Habis Gelap Terbitlah
                 Terang” dan “Penulisan Seorang Puteri Jawa”
   Dedah         Mendedahkan kemunduran rakyat dan penindasan
                 Belanda
   Inspirasi    Perjuangannya memberikan inspirasi untuk
                 menubuhkan persatuan
   Muhammadiyah Muhammadiyah ditubuhkan
   Islam      Matlamat Muhamadiyah untuk menyebarkanb Islam
              sebenar serta menghadapi ancaman sekularisme dan
              agama Kristian
   Bina      Muhamadiyah membina sekolah, klinik dan masjid
   Radikal   Tahap Kedua memperlihatkan perjuangan parti politik
              radikal seperti Sarekat Islam, Parti Komunis
              Indonesia dan Parti Nasional Indonesia
   Merdeka   Perjuangannya adalah menuntut kemerdekaan
   Sokong    PNI mendapat sokongan rakyat
   Tangkap   Belanda menangkap pemimpin-pemimpin radikal
   Haram     Belanda mengharamkan parti-parti politik radikal
Buat satu rumusan tentang langkah-langkah yang diambi oleh
kuasa Barat dalam menangani gerakan nasionalis radikal di Asia
Tenggara
   Bunuh          Menjatuhkan hukuman bunuh ke atas pemimpin radikal
                   seperti Nguyen Thai Hoc di IndoChina
   Penjara        Ditangkap dan dipenjarakan seperti yng dilakukan
    oleh                  Sepanyol terhadap Emilio Aguinaldo
   Parti          Membenarkan penubuhan parti politik bersifat
                   sederhana seperti yang dilakukan oleh Amerika
                   Syarikat terhadap Filipina
   Haram          Harmkan parti politik berbentuk radikal
   Larang         Larang pemerintah tempatan libatkan diri dalam
                   gerakan nasionalisme
   Kerajaan        Beri peluang membentuk berkerajaan sendiri
   Perlembagaan   Memperkenelkan perlembagaan yang memberi peluang
                   ke arah berkerajaan sendiri
Huraikan perkembangan gerakan nasionalisme diIndoChina
   Vietnam      Gerakan nasionalisme tertumpu di Vietnam
   Pelopor      Dipelopori golongan bangsawan dan pegawai-pegawai
                 mandarin
   Pemulihan    Memperjuangkan pemulihan sistem perintahan beraja
   Pendidikan   Golongan menengah memperjuangkan pendidikan
    Barat
   Bol Chau      Beliau menubuhkan Vietnam Quqng Pui Hou (VNQPH)
   VNQPH         VNQPH melancarkan pemberontakan dan gerakan
                  dakyah
   Penjara       Phan Boi Chau dipenjarakan dan VNQPH diharamkan
   Radikal       Kegagalan parti politik sederhana melahirkan gerakan
                  radikal
   Parti        Gerakan radikal diperjuangkan oleh parti Vietnam
                 Quoc Dang Dang dan Parti Komunis Vietnam
   Tangkap      Perancis menangkap pemimpin VNQDD
   Bunuh        Menghukum bunuh Nguyen Thai Hoc
   Lari         Ho Chi Minh melarikan diri ke Hong Kong
   Sederhana    Sikap keras Perancis menyebabkan gerakan kembali
                 bercorak sederhana
Bandingkan gerakan nasionalisme yang berlaku di Thailand
dengan yang berlaku di Indonesia bersifat anti penjajah
 Penjajah    Nasionalisme di Indonesia
   Raja           Nasionalisme Thailand ialah penentangan terhadap raja
   Mundur         Nasionalisme tahap pertama di Indonesia muncul kerana
    tidak                   puas hati terhadap kemunduran rakyat
   Politik        Nasionalisme Thailand disebabkan penguasaan politik
                  oleh kerabat diraja dan sikap Raja Vajiravudh yang boros
   Pendidikan    Nasionalis Indonesia memberi tumpuan terhadap pendidikan
                  wanita dan penyebaran Islam yang sebenar
   Revolusi       Nasionalis Thai melancarkan revolusi menamatkan sistem
                  beraja mutlak
   Radikal       Nasionalisme tahap kedua di Indonesia dipelopori oleh parti
                  politik radikal
   Pemerintah    Di Thailand, gerakan dilaksanakan oleh pemerintah
   Merdeka       Rakyat Indonesia menuntut kemerdekaan daripada Belanda
   Ekonomi        Di Thailand, rakyat berusaha menghapuskan cengkaman
                  ekonomi oleh kapitalis Barat dan orang cina
   Kekerasan     Di Indonesia perjuangan dilakukan secara kekerasan
   Pembaharuan    Nasionalisme di Thailand dijalankan dengan melakukan
                  pembaharuan
Huraikan perkembangan gerakan nasionalisme di Burma semasa
penjajahan British.
   Pertama       Gerakan nasionalisme tahap pertama dipelopori oleh golongan
                  sami Buddha dan golongan elit berpendidikan Barat
   Belia          Golongan sami menubuhkan Persatuan Belia Buddha
   Tradisi        Bertujuan mengekalkan tradisi Buddha danj memajukan
                   pendidikan
   Kasut          Menggunakan isu kasut untuk membangkitkan semangat
                  nasionalisme
   Radikal       Persatuan Belia Buddha dipimpin oleh nasionalis radikal U Ba Pe
   Majlis         Pemimpin Persatuan Belia Buddha menubuhkan majlis
   Montagu        Gerakan nasionalisme tahap kedua muncul apabila Laporan
                           Montagu-Chelsford menyatakan Burma belum
    bersedia untuk                   memerintah sendiri
   Revolusi       Pelajar melancarkan revolusi menuntut universiti ditubuhkan
   Pemberontakan Golongan sami Buddha pimpinan Saya San mencetuskan
                 pemberontakan melalui Majlis Am Sangha Sametggi
   Thakin         Golongan Thakin menubuhkan Parti Dobama Asiayone untuk
                   menuntut kemerdekaan
   Ba Maw         Dr. Ba Maw memenangi pilihan raya 1937 dilantik menjadi
                            Perdana Menteri Pertama
    Mengapakah gerakan nasionalisme di Thailand berbeza
    daripada gerakan nasionalisme negara lain di Asia
    Tenggara.
   Sifat        Nasionalisme Thailand tidak bersifat antipenjajah
   Kerabat      Gerakan nasionalisme tahap pertamanya disebabkan
                 rakyat menentang penguasaan politik oleh kerabat
                 diraja
   Mutlak       Mereka mengadakan penentangan terhadap raja yang
                berkuasa mutlak
   Boros        Tidak puas hati terhadap sikap raja yang boros
   Revolusi    Revolusi dilancarkan untuk menggilingkan raja
    berkuasa             mutlak
   Ekonomi      Gerakan nasionalisme tahap kedua disebabkan oleh
                rasa tidak puas hati terhadap cengkaman ekonomi oleh
                kapitalis Barat dan orang Cina
   Sekat       Mengadakan pembaharuan dan undang-undang untuk
                menyekat penguasaan orang Cina dalam ekonomi
   Bubar       Membubarkan akhbar dan sekolah Cina

				
DOCUMENT INFO