; Peraturan Pakaian Seragam Murid
Documents
Resources
Learning Center
Upload
Plans & pricing Sign in
Sign Out
Your Federal Quarterly Tax Payments are due April 15th Get Help Now >>

Peraturan Pakaian Seragam Murid

VIEWS: 414 PAGES: 1

  • pg 1
									            PERATURAN PAKAIAN SERAGAM PERSEKOLAHAN
            SMK BUKIT RANGIN, KUANTAN.

1. MURID LELAKI
   1.1 Seluar
       Seluar panjang hijau gelap (hijau tua). Ukur lilit kaki seluar mestilah 40.7 sentimeter (16 inci).
   1.2 Baju
       Baju putih kain kapas berlengan pendek.
   1.3 Tali leher
       Tali leher berwarna biru muda yang disediakan oleh sekolah (dijual di koperasi sekolah).
   1.4 Kasut
       Kasut kanvas sekolah biasa berwarna putih seluruhnya.
   1.5 Stoking
       Stoking panjang kain kapas atau nilon berwarna putih seluruhnya.

2. MURID PEREMPUAN
   Etika sekolah menetapkan murid perempuan Islam memakai baju kurung lengkap dengan tudung.
   2.1 Baju kurung teluk belanga putih, berkain kapas dan tidak nipis / jarang.
   2.2 Memakai kain sarung biru muda yang disusun tepi.
   2.3 Tudung berwarna putih tanpa hiasan atau renda serta tidak memakai kerongsang.
   2.4 Semua murid perempuan dimestikan memakai baju alas (singlet).

3. TANDA NAMA DAN LENCANA
   3.1 Semua murid diwajibkan memakai tanda nama (name tag) dan lencana yang ditempah dan dijual di
       koperasi sekolah.
   3.2 Lencana di baju seragam murid lelaki hendaklah dijahit di bahagian poket iaitu di bawah tanda nama dan
       bagi murid perempuan pula lencana dijahit di bawah tanda nama di sebelah kiri tudung.
   3.3 Tanda nama sementara hendaklah digunakan sementara menunggu tanda nama sebenar siap.

4. PAKAIAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN
   4.1 Seluar trek berwarna biru tua yang dijual di koperasi sahaja.
   4.2 Baju T sekolah berwarna kuning yang dijual di koperasi sekolah sahaja yang boleh dipakai. Bagi murid
       lelaki, baju T berlengan pendek sahaja dibenarkan dan hendaklah dikemaskan ke dalam seluar (tuck in).
   4.3 Kasut kanvas putih. Kasut sukan berwarna putih sahaja yang dibenarkan.
   4.4 Murid perempuan Islam mestilah memakai tudung semasa bersukan. Boleh memakai tudung berwarna
       putih atau hitam (tanpa renda).
   4.5 Untuk latihan sukan, murid boleh menggunakan baju T rumah sukan masing-masing.

5. PAKAIAN KOKURIKULUM
   5.1 Murid boleh menggunakan pakaian (4) di atas untuk acara yang sesuai atau pakaian seragam sekolah yang
        lengkap.
   5.2 Bagi aktiviti Kelab, Persatuan, Pengawas Pusat Sumber: murid boleh juga menggunakan baju T yang dibuat
        oleh unit berkenaan. Walau bagaimanapun, baju T tersebut hendaklah mendapat kebenaran daripada
        Pengetua terlebih dahulu sebelum dicetak.
   5.3 Bagi Badan Beruniform, murid hendaklah menggunakan pakaian seragam yang Iengkap. Pada waktu
        persekolahan, ahli Badan Beruniform hendaklah memakai uniform mereka pada hari Rabu sahaja.
   5.4 Murid hendaklah berkasut dan tidak dibenarkan memakai selipar atau terompah. Kasut dengan kriteria yang
        telah ditetapkan dalam Peraturan Pakaian Seragam Sekolah Perkara 1, 2 dan 4 sahaja boleh digunakan.
   5.5. Pakaian bagi aktiviti kokurikulum di Iuar kawasan sekolah juga tertakluk kepada peraturan ini kecuali
        mendapat kebenaran Pengetua.

6. PERKARA-PERKARA LAIN
   6.1 Murid dilarang menggunakan alat solek dan barang kemas termasuk barang kemas bukan emas.
   6.2 Murid dan bekas murid yang berurusan dengan pihak sekolah pada bila-bila masa juga hendaklah
       berpakaian kemas; baju kemeja (tuck in), berseluar panjang (bukan jeans) dan berkasut. Penampilan rupa
       juga perlu kemas dan bersih.
   6.3 Murid dilarang keras membawa telefon bimbit dan permainan elektronik ke sekolah. Sekiranya ingkar,
       alatan tersebut akan dirampas dan hanya ibu bapa sahaja yang berhak menuntutnya pada hujung tahun.
   6.4 Sekiranya murid terlibat dalam kes buli, tindakan berikut akan diambil:
       • Ibu bapa akan dipanggil
       • Murid boleh digantung persekolahan sehingga 14 hari sebelum dibuang sekolah.
       • Sesi kaunseling
       • Tidak dibenarkan mewakili aktiviti di luar kawasan sekolah sehingga berlaku perubahan tingkah laku.
       • Nama murid akan diumumkan di perhimpunan dengan tujuan murid ini dapat dibantu oleh warga sekolah.

              (SILA RUJUK BUKU PERATURAN SEKOLAH UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT
                                YANG LEBIH TERPERINCI DAN JELAS)

								
To top