AKAUNTAN W41

W
Document Sample
scope of work template
							   PANDUAN PEPERIKSAAN
MEMASUKI PERKHIDMATAN
  AKAUNTAN GRED W41




     LEMBAGA PEPERIKSAAN
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
           MALAYSIA
                    KANDUNGAN



                                      Halaman


Pendahuluan                            1

Panduan Umum                           2

Sukatan Peperiksaan Khas               3

Seksyen A
       Daya Menyelesaikan Masalah

Sekyen B
       Pengetahuan Am Mengenai
       Malaysia dan Alam Sekeliling

Seksyen C
       Pengertian dan Kefahaman
       Terhadap Esei-esei

Seksyen D
       Esei Bahasa Melayu
.
Seksyen E
       Esei Bahasa Inggeris

Panduan Menjawab Soalan               13

Penutup                               15
                  PENDAHULUAN



Peperiksaan Khas ini bertujuan mengukur daya pemikiran serta
kebolehan calon mengaplikasi maklumat yang diperolehi
melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman. Calon-calon
yang menduduki peperiksaan adalah dari jurusan akaun sahaja.
Maka soalan-soalan yang dikemukakan meliputi bidang akaun,
perdagangan dan ekonomi.

Matlamat Peperiksaan Khas ini adalah untuk mengukur
kematangan pemikiran calon agar sesuai dengan kualiti serta
potensi seorang Akauntan.

Peperiksaan Khas ini melibatkan lima kertas berasingan. Setiap
kertas adalah penting kerana mengukur calon dalam satu atau
dua aspek sahaja. Calon-calon perlu menunjukkan prestasi
yang baik bagi kesemua kertas. Jika prestasi yang sangat baik
dipamerkan pada satu atau dua kertas sahaja maka prestasi
keseluruhan calon kurang memuaskan. Namun, jika calon
mendapat markah yang menggalakan bagi setiap kertas, maka
prestasi keseluruhan dianggap baik. Oleh itu, calon-calon
dinasihatkan supaya tidak menfokus kepada kertas tertentu
sahaja.

Kelulusan Peperiksaan Khas ini merupakan satu daripada
syarat lantikan ke skim tersebut. Calon-calon yang memenuhi
syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam Malaysia akan ditemu duga.




                             1
                     PANDUAN UMUM

1.   Pada hari Peperiksaan Khas calon hendaklah membawa:


     (i)     Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan Khas
     (ii)    Kad Pengenalan
     (iii)   Pensil 2B, pen dan pemadam lembut
     (iv)    Peralatan lain yang difikir perlu


2. Calon perlu berada di Pusat Peperiksaan lima belas (15)   minit
sebelum Peperiksaan Khas dimulakan.


3.   Calon perlu mematuhi arahan Ketua Pengawas.


4.   Calon tidak dibenarkan berkomunikasi dengan calon-calon
     lain . Sila angkat tangan jika ada masalah atau pertanyaan.


5. Calon hanya boleh meninggalkan Pusat Peperiksaan tiga puluh
(30) minit selepas Peperiksaaan Khas dimulakan.


6.   Jawapan hendaklah dibuat dalam


     (i)     kertas OMR—bagi Seksyen A, B dan C
     (ii)    kertas tulis SPA—bagi Seksyen D dan E


7.   No. Kad pengenalan pada kertas jawapan hendaklah sama
     seperti dalam Surat Penggilan Menduduki Peperiksaan Khas.

8.   Rujukan kepada mana-mana bahan adalah TIDAK dibenarkan.

9.   Calon mesti berpakaian kemas, sopan dan tidak menjolok mata.


                                   2
               SUKATAN PEPERIKSAAN KHAS

Ujian ini mempunyai satu (1) bahagian dan dibahagikan kepada lima (5)
seksyen iaitu:


     Seksyen A - Daya Menyelesaikan Masalah
     Seksyen B - Pengetahuan Am mengenai Malaysia dan
                   Alam Sekeliling
     Seksyen C - Pengertian Dan Kefahaman Terhadap Esei-
                   esei
     Seksyen D - Esei Bahasa Melayu
     Seksyen E - Esei Bahasa Inggeris


SEKSYEN A - DAYA MENYELESAIKAN MASALAH


       Masa                  :      45 minit
       Bilangan Soalan       :      40


Dalam seksyen ini calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah
yang dikemukakan menggunakan


       (i)      Kemahiran logik
       (ii)     Kemahiran menginterpretasi data
       (iii)    Konsep-konsep matematik


       (i)      Kemahiran logik
                Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan
                segala pengetahuan yang ada, kemahiran berfikir
                serta kemahiran mengaplikasi maklumat-maklumat
                tersebut untuk memilih jawapan yang tepat dalam
                menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan

                                      3
                               CONTOH SOALAN

1. Apakah simbol yang betul pada tempat x x berikut?

          $$@@@$$$@xx$$$@

     A.          @@                        C.   $@
     B.          $$                        D.   @$


     Jawapan: D




2.
                       155, x, 133, 122, y, z

     Nilai x, y dan z ialah


     A. 144, 111, 100                      C.   144, 112, 110
     B. 144, 111, 99                       D.   144, 110, 99


     Jawapan: A



          (ii)        Kemahiran Menginterpretasi Data
                      Calon diberi beberapa soalan menyelesaikan masalah
                      yang menggunakan perangkaan. Perangkaan yang diberi
                      perlu dianalisa untuk menyelesaikan masalah-masalah
                      yang dikemukakan. Penggunaan graf, jadual dan
                      sebagainya digalakkan agar mudah untuk calon memberi
                      jawapan.




                                          4
                     CONTOH SOALAN

1.   Jadual di bawah menunjukkan peratusan mengikut berat
     beras yang dijual di sebuah kedai runcit.

              Beras Super Tempatan          15%
              Beras Super Siam              35%
              Beras Super Special            x
              Beras Super 5A                30%

     Diberi berat beras Super Special yang dijual di kedai runcit
     itu ialah 16 kg. Berapakah jumlah berat, dalam kg,
     keempat-empat jenis beras yang dijual di kedai runcit itu?


     A.      60                        C.    85
     B.      80                        D.    120


     Jawapan: B


     (iii)   Konsep-konsep Matematik
             Konsep matematik yang perlu digunakan merang
             kumi algebra dan geometri. Asas-asas matematik
             tersebut tidak melebihi Sukatan Pelajaran Menengah
             Atas (SPM). Oleh yang demikian soalan-soalan ini
             dianggap sesuai untuk kesemua calon.


             Calon-calon siswazah jurusan matematik tidak men
             dapat kelebihan di seksyen ini kerana soalan-soalan
             yang dikemukakan merupakan soalan logik. Proses
             penyelesaian masalah tersebut mengaplikasikan
             konsep-konsep matematik di peringkat Sukatan
             Pelajaran Menengah Atas (SPM).


                                 5
                         CONTOH SOALAN
1. Bunga Berhad mempunyai liabiliti berjumlah RM 25,000 pada awal
   tahun kewangan 2008 dan ekuiti pemilik berjumlah RM 50,000 pada
   akhir tahun kewangan 2008. Pada akhir tahun kewangan 2008, jum-
   lah keseluruhan liability telah meningkat sebanyak 2 kali ganda. Bera-
   pakah nilai keseluruhan asset pada tahun kewangan 2008?


       A.     RM 75,000                    C.      RM 125,000
       B.     RM 100,00                    D.      RM 150,000


  Jawapan: B

  Teknik Menjawab


2. sebuah mesin dapat mencetak 20 keping kad ucapan dalam masa 15
   saat. Berapa kepingkah kad ucapan yang dapat dicetak oleh mesin
   itu dari 10.15 pagi hingga 11.10 pagi pada hari yang sama


       A.     3,400                        C.      4,000
       B.     3,600                        D.      4,400


  Jawapan: D

  Teknik Menjawab



 SEKSYEN B -          PENGETAHUAN AM MENGENAI
                      MALAYSIA DAN ALAM SEKELILING
                      Masa                 :       45 minit
                      Bilangan Soalan      :       60




                                   6
Dalam seksyen ini calon dikehendaki mengetahui secara umum
perkara-perkara berkaitan dengan pemerintahan di Malaysia dan juga
perkara-perkara yang berkaitan dengan politik, ekonomi, sosial, sains,
teknologi, sastera, kebudayaan, kesenian, muzik, sukan serta lain-lain
perkembangan di seluruh dunia pada amnya dan Malaysia khasnya.
Skop ini terlalu umum dan tidak ada buku-buku teks yang khusus
untuk dibaca. Skop soalan-soalan yang disediakan begitu meluas.
Soalan-soalan ditarafkan pada peringkat pengetahuan am yang perlu
diketahui oleh rakyat Malaysia yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda
dalam aneka lapangan akademik. Calon-calon yang peka dengan
perkembangan dunia melalui media masa akan mendapati soalan-
soalan yang dikemukakan mudah. Tujuan seksyen ini adalah untuk
mengukur daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di
dunia sekelilingnya pada amnya dan Malaysia khasnya.


                      CONTOH SOALAN

 1. Sesebuah negara itu dianggap mengalami kemelesetan ekonomi
    jika pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah
    negatif berturut-turut selama

     A.     dua suku tahun               C.      dua tahun

     B.     tiga suku tahun              D.      tiga tahun

     Jawapan: A


 2. Jabatan Akauntan Negara adalah sebuah Jabatan di bawah

     A.     Perbendaharaan Malaysia
     B.     Kementerian Kewangan Malaysia
     C.     Jabatan Perdana Menteri
     D.     Bank Negara Malaysia

     Jawapan: B


                                 7
 3. Tahap persaingan di dalam sistem ekonomi pasaran di mana
    hanya wujud beberapa entiti perniagaan yang menawarkan
    produk ataupun perkhidmatan tertentu di dalam pasaran
    dinamakan


     A.     monopoli
     B.     persaingan monopolistik
     C.     oligopoli
     D.     persaingan sempurna

     Jawapan: C

4.   Imbangan Pembayaran yang dilaporkan di dalam laporan
     ekonomi adalah berdasarkan kepada


     A.     Jumlah Import dan Jumlah Eksport
     B.     Aliran Wang Keluar dan Aliran Wang Masuk
     C.     Perkhidmatan Diberi dan Perkhidmatan Diterima
     D.     Matawang Keluar dan Matawang Masuk

     Jawapan: B

5.   Dalam jentera pentadbiran kerajaan negeri, seseorang Raja
     boleh bertindak mengikut budi bicara baginda dalam tugas-tugas
     berikut kecuali


     A.     Melantik ahli-ahli exco kerajaan negeri.
     B.     Tidak mempersetujui permintaan membubarkan Dewan
            Undangan Negeri.
     C.     Melaksanakan tugas sebagai ketua agama islam.
     D.     Membuat peraturan mengenai balai-balai diraja atau
            istana.

     Jawapan: A

                                 8
SEKSYEN C -         KEFAHAMAN BAHASA             INGGERIS         DAN
                    BAHASA MELAYU

                    Masa                 :      45 minit
                    Bilangan Soalan      :      40 soalan


 Dalam seksyen ini calon dikemukakan 4 petikan esei yang
 mengandungi antara 300 hingga 400 perkataan setiap satu; 2 dalam
 Bahasa Melayu dan 2 dalam Bahasa Inggeris. Setiap esei
 mengemukakan 5 soalan yang menguji kefahaman dan pengertian
 calon terhadap esei berkenaan. Bagi esei-esei dalam Bahasa Melayu
 soalan-soalan adalah dalam Bahasa Melayu. Bagi esei-esei Bahasa
 Inggeris soalan-soalan adalah dalam Bahasa Inggeris.

 Soalan-soalan berasaskan kepada esei yang dikemukakan dan
 bukan pengetahuan atau pengalaman calon. Soalan-soalan tertumpu
 kepada perkara-perkara berikut:

     (i)     Perkara penting yang dinyatakan atau tujuan utama
             esei;
     (ii)    Penerangan atau kenyataan yang nyata dan jelas
             dari esei;
     (iii)   Kenyataan ataupun pemikiran yang disindir atau
             ditempelak dari esei;
     (iv)    Aliran pemikiran dan asas-asas perbahasan penulis;
     (v)     Perasaan penulis sama ada menyokong atau
             menolak, memberi pendapat yang bebas suka/duka
             dan sebagainya




                                9
                       CONTOH SOALAN
Lengkapkan tempat yang kosong dengan pilihan jawapan yang tepat.

1.    “Projek itu terbahagi kepada tiga peringkat yang berkaitan.
      Bermula dari peringkat pertama, kemudian ke peringkat-
      peringkat yang seterusnya. Kalau kamu bermula dari peringkat
      kedua, kamu akan mendapati tugas itu ____________ ,” kata
      Encik Asri kepada arkitek baru itu.

      A.     seperti anai-anai makan kayu
      B.     seperti aur ditarik songsang
      C.     seperti gagak pulang ke benua
      D.     seperti helang menyongsong angin

      Jawapan: B

2.    Sejak kematian Halim, isteri dan anak-anaknya telah _________.
      Oleh itu mereka terpaksa mengharapkan bantuan daripada
      orang kampungnya.


      A.     patah arang
      B.     patah kaki
      C.     patah kandar
      D.     mengadu nasib

      Jawapan: C

      Pilih ayat yang menggunakan perkataan yang bergaris dengan
      betul.

11.   A.     Orang itu tidak pak cik saya.
      B.     Saad, sila ambilkan baju di ampaian.
      C.     Mereka bukan berasal dari kampung ini.
      D.     Jemput ambil tahu tentang hal yang remeh temeh itu.

      Jawapan: C
                                   10
Passage

Each question in the text below refers to a numbered blank. For each
question, choose the best answer from the options A, B, C and D to fit
the numbered blank.

          Imaging dipping our toes in cool and refreshing waterfalls or
listening to the birds in the wild. This is what travelling _____________
(1). It is great fun.

        People choose to travel _________ (2) various reasons. They
are able to experience __________ (3) cultures and appreciate the
beauty of nature. Travelling helps __________ (4) to make new friends.
They get to __________ (5) about other’s people cultures, festivals, tra-
ditions and languages.

1   A.   offer                       2   A.   of
    B.   offers                          B.   on
    C.   offered                         C.   by
    D.   offering                        D.   for
    Jawapan: B                           Jawapan: D

3   A.   both                        4   A.   they
    B.   other                           B.   them
    C.   either                          C.   another
    D.   another                         D.   theirs
    Jawapan: B                           Jawapan: B

5   A.   learn
    B.   wonder
    C.   remember
    D.   experience
    Jawapan: A




                                   11
SEKSYEN D - ESEI BAHASA MELAYU


      Masa                :      1 jam
      Bilangan Soalan     :      3 jawab 1
      Panjang Esei        :      300 hingga 500 perkataan


Dalam seksyen ini calon dikemukakan isu-isu yang menjemput
pandangan tentang sesuatu masalah. Contohnya: “Cara-cara mengatasi
pencemaran alam di Kuala Lumpur.”

Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun
dengan jelas, teratur dan munasabah. Objektif utama adalah untuk
mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan
bahasa Melayu.



SEKSYEN E - ESEI BAHASA INGGERIS


      Masa                :      1 jam
      Bilangan Soalan     :      3 jawab 1
      Panjang Esei        :      200 hingga 300 perkataan


Dalam seksyen ini calon dikemukakan isu-isu yang menjemput
pandangan tentang sesuatu masalah. Contohnya: “Electronic
Government in Malaysia.”
Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun
dengan jelas, teratur dan munasabah. Objektif utama adalah untuk
mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan
bahasa Inggeris.




                               12
         PANDUAN MENJAWAB SOALAN



Nasihat-nasihat berikut diharap dapat membantu calon-calon
dalam Peperiksaan Khas ini.


Soalan Objektif
(Soalan-soalan di dalam Seksyen A, B dan C)


(a)   Calon perlu peka bahawa kesemua calon yang menduduki
      Peperiksaan Khas ini adalah dari pelbagai bidang
      akademik. Soalan-soalan yang dikemukakan juga meliputi
      kesemua bidang akademik. Oleh yang demikian terdapat
      beberapa soalan yang berkemungkinan sukar untuk
      individu tertentu menjawab kerana berada di luar bidang
      pengkhususan.           Soalan-soalan          tersebut,
      walau bagaimanapun, mungkin sesuai untuk calon lain
      yang berpengetahuan dalam bidang tersebut. Oleh itu, jika
      terdapat soalan yang tidak boleh dijawab dinasihatkan agar
      calon tidak membuang masa dan terus menjawab soalan-
      soalan yang berikutnya. Apabila masa mengizinkan kembali
      kepada soalan tersebut.


(b)   Soalan objektif adalah soalan aneka pilihan di mana 5
      opsyen jawapan dikemukakan dan calon perlu memilih 1.
      Jawapan yang dikehendaki bukan sahaja yang betul tetapi
      yang paling tepat. Apabila membaca dan mengkaji kelima-
      lima opsyen yang dikemukakan kerana yang diperlukan
      adalah jawapan yang paling tepat. Dengan meninggalkan
      jawapan-jawapan yang difikirkan salah, opsyen jawapan
      akan berkurangan dan ini dapat membantu dalam proses
      pemilihan jawapan yang tepat.


                              13
(c) Untuk merekod jawapan, calon dibekalkan borang khas
    yang akan diproses menggunakan komputer. Ditegaskan
    agar calon menggunakan pensil 2B sahaja. Jika alatulis-
    alatulis lain digunakan, jawapan calon tidak diambilkira
    kerana komputer tidak dapat memprosesnya. Jika calon
    perlu membuat perkiraan, jawapan contoh dan sebagainya,
    gunakan kertas lain atau buku soalan. borang yang
    dibekalkan adalah khusus untuk merekod jawapan.


Soalan Esei
(Soalan-soalan dalam Seksyen D dan E)



(a)   Soalan-soalan esei terdapat di dalam dua seksyen iaitu
      Seksyen D (esei Bahasa Melayu) dan Seksyen E (esei
      Bahasa Inggeris). Bagi setiap seksyen calon perlu memilih
      sebuah tajuk dari tiga yang dikemukakan.


(b)   Masa 1 jam bagi menjawab setiap esei adalah panjang
      kerana kebiasaannya calon diberi selama 30 atau 45 minit
      sahaja. Tujuan calon diberi masa panjang adalah untuk
      menggalakkan penulisan esei yang bernas, teratur, teknik
      persembahan serta susunan perkataan yang terbaik.
      Tulisan perlu kemas dan calon digalakkan menyusun
      perenggan menggunakan tajuk-tajuk kecil (jika perlu) dan
      mengemukakan hujah-hujah dengan teratur dan mengikut
      logik. Oleh yang demikian calon dinasihatkan untuk
      menggunakan sekurang-kurangnya 10 minit untuk
      merancang, membuat nota, rangka dan sebagainya
      sebelum esei ditulis.



                              14
                     PENUTUP


Calon sekali lagi dinasihatkan supaya cuba mendapatkan
markah yang terbaik. Jika lulus, calon mungkin berpeluang
untuk dipanggil temuduga. Ini bermakna peluang untuk
dipertimbangkan ke jawatan Akauntan adalah lebih baik.



                “Selamat Maju Jaya”



Bahagian Peperiksaan
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Malaysia




                          15

						
Related docs
Other docs by NiceTime
Finding Balance and Relaxation In Arizona
Views: 1  |  Downloads: 0
Health_And_Beauty_-_Celebrities_And_Perfumes
Views: 5  |  Downloads: 0
Making a Great Teacher Website
Views: 20  |  Downloads: 0
Security07 Communityof Character Bulletin
Views: 3  |  Downloads: 0
consentdecrees
Views: 3  |  Downloads: 0
iprcr 0909
Views: 14  |  Downloads: 0
THU TUC MIEN THUE XNK
Views: 23  |  Downloads: 0
legal-notice- ROD
Views: 2  |  Downloads: 0
titles
Views: 24  |  Downloads: 0