Docstoc

domain pendidikan sivik

Document Sample
domain pendidikan sivik Powered By Docstoc
					    1.0
  LAPORAN
  DOMAIN
SOSIOEKONOMI


     1
1.0   LAPORAN DOMAIN SOSIOEKONOMI


      Sepertimana yang telah kita ketahui, Pendidikan Sivik Kewarganegaraan
merupakan salah satu matapelajaran yang begitu penting dalam melahirkan “generasi
yang bertanggungjawab dan berguna kepada masyarakat. Di samping itu, perpaduan
dan juga semangat patriotisme juga akan dapat diterapkan dalam diri setiap pelajar
menerusi   pengajaran    dan    pembelajaran      matapelajaran   ini.    Maka,   sekolah
sememangnya memainkan peranan yang amat penting dalam merealisasikan matlamat
utama mata pelajaran Pendidikan Sivik Kewarganegaraan. Justeru itu, terdapat empat
domain utama yang diterapkan dalam Pendidikan Sivik Kewarganegaraan iaitu sivil,
politik, sosioekonomi, politik dan budaya. Kesemua domain ini amat penting dalam
memastikan    konsep    dan    matlamat   serta    objektif   utama      Pendidikan   Sivik
Kewarganegaraan akan tercapai. Domain yang telah kami pilih sebagai tajuk laporan
kami merupakan domain sosioekonomi.


      Sosioekonomi merupakan salah satu domain yang memainkan peranan yang
penting dalam membina perpaduan dan semangat patriotisme dikalangan pelajar.
Untuk pengetahuan semua, sosioekonomi merupakan suatu kajian hubungan di antara
aktiviti ekonomi dan juga kehidupan sosial. Domain ini juga lebih bertumpu pada bidang
ekonomi dan bidang psikologi. Ini bermakna, sosioekonomi lebih bertumpu pada
keadaan ekonomi yang mencorakkan kehidupan sosial seseorang individu. Tanpa
wujudnya ekonomi yang mantap, kehidupan sosial masyarakat akan terus mundur. Ini
selaras dengan ekonomi sesebuah sekolah yang perlu kukuh dalam memastikan
segala prasarana sekolah akan dapat dipenuhi bagi melahirkan pelajar yang inovatif.
Begitu juga dengan pelajar dimana taraf ekonomi keluarga mereka perlulah lebih kukuh
supaya tidak disingkirkan daripada kehidupan disekolah. Oleh itu, menerusi domain
sosioekonomi ini, kami akan menghuraikan segala aspek termasuklah dari segi
pelaksanaan dan juga amalan domain tersebut serta keadaan sosioekonomi
disesebuah sekolah.



                                          2
       Sewaktu menjalani Pembelajaran Pengalaman Berasaskan Sekolah, kami telah
melihat dengan sendirinya peranan yang dimainkan oleh domain sosioekonomi. Kami
telah melihat pengaruh domain sosioekonomi menerusi pencapaian akademik pelajar.
Menerusi pemerhatian kami, kami mendapati bahawa tahap pencapaian murid adalah
berbeza. Sebagai contoh, markah yang diperolehi oleh murid A dalam mata pelajaran
Bahasa Inggeris adalah 90% manakala murid B hanya memperoleh 50%. Bagi
memastikan punca berlakunya kejadian ini, kami telah berbincang dengan seorang guru
Bahasa Inggeris dan hasil perbincangannya kami mendapati bahawa perbezaan faktor
sosioekonomi telah mengakibatkan masalah ini berlaku. Ini kerana, ibu dan ayah
kepada murid A merupakan seorang guru. Tambahan lagi, murid A dihantar ke pusat
tusyen dan bahasa Inggeris menjadi bahasa komunikasi mereka sekeluarga.
Berbanding dengan murid B dimana ibu dan ayahnya merupakan pekerja rendah awam
dengan pendapatan yang tidak begitu banyak dan tiada sebarang tusyen. Bahasa
komunikasi mereka sekeluarga pula merupakan bahasa ibunda. Perbezaan ini
sememangnya memberi kesan dalam pencapaian akademik kedua-dua orang murid
biarpun guru telah mengambil pelbagai langkah untuk mengatasi. Maka dapat
dikatakan, unsur-unsur persekitaran rumah dan latar belakang keluarga sememangnya
memainkan peranan yang penting dalam membentuk seorang kanak-kanak. Menerusi
daripada satu artikel yang telah saya baca, saya telah memahami bahawa semakin
tinggi taraf sosioekonomi ibu bapa, maka semakin tinggi pencapaian akademik pelajar.
Ini berikutan, ibu dan ayah yang berkemampuan sudah tentu akan menyediakan
pelabagai kemudahan kepada anak mereka dalam memastikan pencapaian akademik
anak mereka berada dalam tahap yang memberangsangkan berbanding dengan ibu
dan ayah yang kurang berkemampuan yang tidak dapat menyediakan kemudahan
pembelajaran kepada anak dengan sempurna.


       Selain itu, kedudukan ataupun lebih dikenali sebagai kawasan tempat tinggal
juga   memainkan peranan     yang   penting   dalam domain sosioekonomi. Untuk
pengetahuan semua, murid-murid yang belajar disekolah yang telah kami menjalani
Pengalaman Berasaskan Sekolah merupakan mereka yang tinggal dikawasan

                                         3
kampung, estet dan juga taman. Struktur tempat tinggal mereka juga memainkan
pernanan dalam pengaruh sosioekonomi pelajar. Ini kerana,secara dasarnya taman
merupakan kawasan yang lebih maju berbanding dengan kawasan kampung dan juga
estet. Ini berikutan dengan kemudahan awam yang begitu banyak yang sedia ada
dikawasan taman berbanding dengan kampung dan estet. Maka, pelajar daripada
kawasan taman sudah tentu kelihatan lebih berkeyakinan dan segak berbanding
dengan pelajar dari kampung dan juga estet. Tambahan lagi, sekolah yang berada
dikawasan pekan dan bandar sudah tentu lebih berdekatan dengan kawasan taman
berbanding dengan kawasan estet dan juga kampung. Ini juga memberi kesan kepada
minat pelajar dari kawasan kampung dan estet untuk pergi ke sekolah menimba ilmu
kerana begitu jauh perjalanan untuk menuju ke sekolah. Apatah lagi terdapat murid dari
kawasan estet yang terpaksa berjalan kaki ke sekolah berikutan tiada pengangkutan
untuk mereka. Ini tidak sama bagi pelajar dari kawasan taman dimana biarpun
berdekatan, ibu dan ayah masih akan menghantar anak ke sekolah dengan kereta
mahupun motorsikal ataupun menerusi perkhidmatan bas sekolah. Perbezaan ini sudah
tentu disebabkan oleh sosioekonomi pelajar yang berada dikawasan taman dan juga
estet memiliki jurang perbezaan yang tinggi. Ini menunjukan bahawa mereka yang
memiliki taraf sosioekonomi yang tinggi yang akan hidup senang.


      Menerusi pemerhatian kami di sekolah ini, kami turut mendapati bahawa kadar
pendapatan   keluarga   pelajar   juga   mempengaruhi    taraf    sosioekonomi.   Untuk
pengetahuan semua, wang merupakan salah satu aspek yang penting dalam
kehidupan kita. Ini kerana tanpa wang yang mencukupi, sudah tentu kita tidak akan
mengecapi kehidupan yang selesa. Berdasarkan pada sekolah tersebut, kami
mendapati rata-rata pendapatan keluarga pelajar adalah kurang daripada RM 1000.
Namun, masih juga terdapat keluarga yang memiliki pendapatan yang kurang daripada
RM 500 dan juga terdapat keluarga pelajar yang memiliki pendapatan lebih RM 2000.
Ini menunjukan bahawa terdapat tiga kumpulan pendapatan dan ini turut menunjukan
terdapatnya tiga taraf sosioekonomi yang berbeza. Bagi keluarga yang mendapat
pendapatan melebihi RM 2000, taraf sosioekonomi mereka adalah tinggi dimana

                                          4
mereka mampu membelanjakan sebanyak yang mungkin untuk anak mereka. Sebagai
contoh, pelajar yang berlatarbelakang taraf sosioekonomi tinggi ini sentiasa berpakaian
kemas dengan kasut yang sentiasa bersih tanpa koyak. Bagi golongan yang
berpendapatan rendah, taraf sosioekonomi mereka rendah dimana mereka hanya
berbelanja kepada perkara yang difikirkan perlu. Dibanding dengan golongan
pendapatan tinggi, pelajar hanya akan memiliki dua pasang pakaian sekolah dari awal
hinggalah ke akhir tahun dengan kasutnya yang mungkin haus tapaknya dan juga
koyak. Maka keadaan sebegini akan mewujudkan rasa rendah diri dalam diri pelajar
yang berasal daripada keluarga yang berpendapatan rendah. Tambahan lagi, golongan
berpendapatan tinggi akan lebih cenderung menghantar anak mereka ke pusat tusyen
untuk menimba lebih banyak ilmu berbanding dengan keluarga yang berpendapatan
rendah yang tidak berkemampuan dalam membiaya kos pendidikan tambahan anak
mereka. Selain itu, berdasar pada pemerhatian kami, pelajar daripada keluarga yang
kurang pendapatan kebiasaanya akan hanya membawa RM 1.00 sebagai wang belanja
berbanding dengan pelajar yang berlatar belakang keluarga yang berpendapatan tinggi
akan membawa lebih daripada RM 2.00 sebagai wang belanja sehari. Keadaan ini
boleh menimbulkan jenayah seperti mencuri dimana pelajar yang membawa duit
belanja yang sedikit akan mula mencuri. Ini merupakan suatu kesalahan biarpun
keadaan ini adalah disebabkan oleh taraf sosioekonomi yang berbeza.


      Pemerhatian kami tidak hanya bertumpu kepada murid-murid tetapi kami turut
melakukan pemerhatian terhadap pentadbiran sekolah yang telah kami jalankan
program pengalaman berasaskan sekolah. Untuk pengetahuan semua, kadar ataupun
keadaan ekonomi pada tahun ini sememangnya berada dalam keadaan yang tidak
stabil dan ini mengakibatkan kebanyakkan peruntukan kesekolah tergendala. Namun,
keadaan ini tidak sepatutnya menjadi penghalang kepada pihak guru dan juga
pentadbir sekolah    dalam   menjayakan       sebarang   aktiviti   dengan   mengunakan
perbelanjaan yang terkawal. Pihak sekolah perlu mengatasi masalah kewangan ini
dengan mencari sumber kewangan yang dapat menampung perbelanjaan sekolah
tanpa mengharapkan peruntukan daripada pihak kementerian selaras menstabilkan

                                          5
keadaan sosioekonomi sekolah. Sebagai contoh, sumber pendapatan yang diperoleh
oleh pihak sekolah menerusi penjualan buku tulis dan juga buku kerja menjadi salah
satu punca pendapatan sekolah yang boleh pihak sekolah mengunakannya dalam
menjalankan aktiviti yang bermanfaat kepada pelajar. Selain itu, kutipan wang PIBG
juga serba sedikit membantu pelaksanaan sebilangan program untuk pelajar.
Tambahan lagi, terdapat juga beberapa sekolah yang inisiatif dimana mereka
mengadakan pertandingan yang dibuka kepada masyarakat luar dalam mengutip
keuntungan yang boleh dijadikan dana bagi sekolah.


      Jika dilihat pada sekolah yang telah kami jalani pengalaman berasaskan
sekolah, kami mendapati sekolah ini sememangnya memainkan peranan yang penting
dalam menjalankan program yang bermanfaat kepada para pelajar. Bagi menjayakan
segala program ini, rata-rata guru yang berkhidmat di sekolah tersebut sanggup untuk
mengeluarkan wang sendiri bagi membeli buku dan juga keperluan murid supaya murid
dapat belajar dengan penuh semangat. Lebih-lebih lagi, guru-guru sekolah ini juga
sanggup untuk mengadakan kelas tambahan kepada muridnya biarpun pihak
kementerian telah memutuskan untuk menghentikan peruntukan kepada kelas
tambahan. Ini membuktikan bahawa tahap sosioekonomi disekolah yang telah kami
jalani pengalaman berasaskan sekolah tetap berada dalam keadaan yang cemerlang
biarpun faktor kegawatan ekonomi yang melanda. Keadaan sosioekonomi sekolah ini
juga turut dimantapkan lagi dengan mengadakan Hari Kantin. Pihak PIBG dengan
kerjasama Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan sekolah telah menganjurkan Hari
Kantin. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk menambah dana PIBG. Pelbagai
aktiviti menarik berlangsung pada hari tersebut. Terdapat ramai kalangan guru yang
turut terlibat sama dalam menjayakan program ini. Mereka bersama-sama membantu
dalam mengadakan jualan bersama murid. Ada yang memasak nasi briani, nasi ayam
dan pelbagai makan ringan dijual pada Hari Kantin tersebut. Kami mendapati bahawa
jualan yang dilakukan pada hari kantin disekolah tersebut bukan sahaja hanya
bertumpu kepada makanan malah guru-gurunya yang inisiatif telah berhubung dengan
pihak pembekal alat-alat perhiasan dan juga keperluan-keperluan lain untuk dijual pada

                                          6
hari kantin. Ini dapat menarik ramai ibu-bapa murid yang berkemampuan untuk
membeli peralatan dan makanan dimana ini dapat menguntungkan pihak sekolah.
Segala keuntungan yang diperoleh oleh pihak sekolah ini dimasukan kedalam suatu
tabung amanah yang dipegang khas oleh Guru Besar. Segala aktiviti yang dijalankan
oleh pihak sekolah telah membuktikan secara jelasnya dimana taraf ekonomi sekolah
ini berada dalam keadaan yang kukuh.


      Setelah kami melakukan tinjaun dan pemerhatian, kami mendapati bahawa
segala wang yang diperolehi oleh pihak sekolah digunakan secara dua peringkat iaitu
untuk murid sekolah dan juga menaik taraf bangunan dan juga peralatan sekolah. Pada
peringkat pertama, wang banyak diperuntukkan kepada murid sekolah. Ketika kami
menjalankan program pengalaman berasaskan sekolah, terdapat satu kes kebakaran
dimana rumah salah seorang murid sekolah tersebut telah terbakar dan menyebabkan
keluarganya mengalami kerugian yang besar. Di sini, pihak sekolah telah mengambil
beberapa inisiatif lain untuk membantu murid tersebut. Gengan menerima arahan dari
Guru Besar, Badan kebajikan sekolah telah mengeluarkan satu tabung derma iaitu
tabung derma untuk mangsa kebakaran tersebut. Seorang guru selaku wakil melalui
badan kebajikan tersebut mula mungutip serta mengumpulkan derma atau sumbangan
ikhlas yang diberi oleh murid, staf sokongan serta guru-guru yang lain. Walaupun hasil
kumpulan adalah tidak sebanyak kerugian yang dialami, badan kebajikan sekolah tetap
mendermakan semua wang hasil kutipan tersebut beserta dengan wang yang ada
dalam tabungan mereka kepada keluarga mangsa sebagai tanda simpati. Di sini, dapat
kami lihat bahawa semangat yang ditunjukkan dalam membantu murid tersebut
merupakan salah satu unsur yang terdapat dalam Pendidikan Sivik Kewarganegaraan.
Semangat tolong menolong antara satu sama lain dan sanggup bekorban untuk
membantu murid tersebut adalah satu pengorbanan yang tinggidan harus diikuti oleh
setiap lapisan masyarakat di dunia ini.


      Selain itu, melalui pengalaman berasaskan sekolah yang kami jalankan di
sekolah tersebut, pihak sekolah juga telah memilih murid-murid yang dikenal pasti

                                          7
kurang berkemampuan untuk menerima biasiswa tajaan Kementerian Pelajaran
Malaysia. Biasiswa ini diberikan kepada murid-murid yang kurang berkemampuan
dengan harapan dapat mengurangkan beban mereka dalam membiayai yuran
persekolahan, buku, alat tulis, kelas tambahan dan aktiviti bermanfaat yang lain.
Antara biasiswa yang diberikan adalah biasiswa tempatan. Biasiswa ini diberikan khas
kepada golongan murid yang kurang berkemampuan tetapi berpotensi untuk menjadi
seorang pelajar yang cemerlang. Biasiswa sebanyak RM150.00         setahun diberikan
kepada seorang murid dari darjah 1 hingga darjah 6 agar dapat digunakan dalam
membantu mereka belajar. Selain itu, terdapat juga biasiswa lain yang turut diberikan
kepada murid di sekolah tersebut. Skim biasiswa tersebut adalah biasiswa skim
bantuan pakaian seragam. Tujuan utama skim biasiswa ini adalah untuk memberi
bantuan pakaian seragam kepada pelajar Tahun 1 dan Tingkatan 1 yang kurang
mampu dan dapat mengurangkan beban kewangan ibubapa apabila anak-anak mereka
memasuki sekolah. Bentuk bantuan yang diberikan melalui skim biasiswa ini adalah
dengan pemberian pakaian sekolah yang merangkumi pakaian seragam untuk lelaki
dan perempuan. Selain itu, turut diberikan adalah 1 beg sekolah beserta dengan 1
pasang kasut putih. Dengan adanya skim biasiswa yang diberikan oleh kerajaan ini
sedikit sebanyak dapat membantu ibu bapa yang kurang mampu untuk membeli
peralatan sekolah anak mereka serta dapat menarik minat murid untuk belajar dengan
lebih tekun lagi agar dapat menjadi pelajar yang cemerlang pada masa akan datang.

      Tambahan lagi, sekolah ini juga turut menyediakan Rancangan Makanan
Tambahan (RMT) yang melibatkan kebanyakan murid di sekolah ini. Program
Rancangan Makanan Tambahan dilaksanakan bertujuan membantu seseorang murid
sekolah rendah daripada kalangan keluarga yang miskin. Ianya bermaksud untuk
memberi makanan tambahan secara imbuhan sebanyak 25% - 30% daripada
keperluan hariannya. Rancangan ini merupakan satu usaha yang bersepadu dan
selaras dengan usaha-usaha lain yang berkaitan dengan kesihatan dan pemakanan
murid tersebut. Murid yang berstatus “Warganegara Malaysia“ dan daripada keluarga
berpendapatan di bawah paras RM 400.00 atau pendapatan perkapita RM 80.00
adalah layak untuk menyertai program ini. RMT diberikan dengan tujuan supaya murid-
                                          8
murid akan mendapat sarapan pagi yang berkhasiat sebelum memulakan sesi
pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan rancangan ini, guru yang terlibat dalam
RMT akan menentukan murid yang layak untuk menerima rancangan makanan
tambahan tersebut. Selain itu, guru juga perlu memastikan murid yang kurang
berkemampuan mendapat makanan yang sempurna, sihat dan seimbang. Ini bertujuan
supaya murid yang kurang kurang berkemampuan dapat belajar dengan sempurna
semasa sesi persekolahan. Selain itu, murid-murid yang bermasalah pelajaran (PKBP)
juga mendapat makanan tambahan yang sempurna dan seimbang. Oleh yang
demikian, pihak kantin sekolah akan membantu sekolah dalam penyediaan makanan
seperti yang telah ditetapkan menunya setiap pagi waktu persekolahan. Rancangan ini
akan membolehkan semua pelajar akan mendapat sarapan yang secukupnya. Melalui
pengalaman berasaskan sekolah yang kami jalankan, guru RMT menggunakan kaedah
yang menarik untuk memastikan setiap murid yang menerima RMT pergi mengambil
sarapan mereka. Guru tersebut menggunakan sistem token di mana setiap murid perlu
mengambil token terlebih dahulu di bilik guru sebelum pergi mengambil makanan di
kantin. Dengan ini, guru dapa memeastikan mana-mana pelajar yang tidak mengambil
makanan tersebut pada setiap hari persekolahan. Bagi murid-murid yang tidak
mengambil makanan tersebut, guru menyatakan yang akan ada tindakan yang diambil
sama ada secara lisan atau dendaan. Dengan ini, murid-murid akan berasa takut dan
akan sentiasa mematuhi arahan dengan mengambil makanan tersebut agar tida
pembaziran akan berlaku. Tambahan lagi, semua murid dibawah rancangan makanan
tambahan juga akan menerima kotak susu yang dibekalkan oleh pihak kementerian
untuk murid-murid. Program bantuan susu ke sekolah-sekolah ini adalah bertujuan
untuk membekalkan susu yang mengandungi zat yang hampir lengkap sesuai untuk
makanan tambahan yang boleh memperbaiki prestasi fizikal dan mental murid-murid
sekolah. Selain itu, ia juga dapat mempertingkatkan tahap pemakanan dan kesihatan
murid-murid sekolah serta membimbing dan membentuk pengetahuan, sikap dan
amalan terbaik berkaitan dengan kesihatan, makanan dan pemakanan.




                                         9
      Selain itu, wang daripada dana tersebut juga digunakan untuk membeli hadiah
kepada murid yang cemerlang. Wang tersebut juga digunakan dengan mengadakan
sesi ceramah dan juga bimbingan dan kauseling serta tips peperiksaan kepada murid.
Maka, ini menunjukan bahawa sekolah ini sememangnya mengamalkan hubungan
sosioekonomi yang baik. Berdasarkan pada peringkat kedua, kami turut melakukan
pemerhatian dimana pihak pentadbiran sekolah sentiasa mengambil berat segala
keperluan murid seperti kemudahan-kemudahan yang berada di dalam sekolah. Untuk
itu, pihak sekolah sentiasa memperuntukan wang bagi membeli peralatan-peralatan
seperti LCD dan komputer untuk kegunaan murid. Lebih-lebih lagi, rangkaian internet
disekolah ini berada dalam keadaan yang amat memuaskan. Kemudahan-kemudahan
seperti tandas dan pondok membaca turut diperbaiki supaya ia selamat dan juga
bermanfaat untuk digunakan oleh pelajar. Tambahan lagi, pihak sekolah turut
membelajakan wang untuk membeli buku-buku rujukan dan juga latihan serta novel
untuk ditempatkan di pusat sumber sekolah. Meja dan kerusi murid juga turut diperbaiki
supaya dapat digunakan semula oleh murid. Selain itu, setiap kelas juga turut
dibekalkan langsir dan penyapu yang dibeli dengan wang daripada dana sekolah.
Maka, segala usaha sekolah mengukuhkan dan meningkatkan lagi hubungan
sosioekonomi sekolah.

      “Koperasi sekolah adalah koperasi yang didirikan di lingkungan sekolah yang
anggota-anggotanya terdiri daripada murid sekolah. Koperasi sekolah dapat didirikan
pada berbagai tingkatan sesuai dengan tunjang pendidikan, misalnya koperasi sekolah
dasar, koperasi sekolah menengah pertama, dan seterusnya. Koperasi didirikan
berdasarkan surat keputusan bersama antara Departmen Transmigrasi dan Koperasi
dengan Departemen Pendidikan dan Kebudayaan pada tanggal 16 Julai 1972 Nombor
275/SKPTS/Mentranskop dan Nombor 0102/U/1983. Kemudian diterangkan lebih lanjut
dalam surat Keputusan Menteri Tenaga Kerja , Transmigrasi, dan Koperasi Nombor
633/SKPTS/Men/1974. Menurut surat keputusan tersebut, yang dimaksud dengan
koperasi sekolah adalah koperasi yang didirikan di sekolah-sekolah SD, SMP, SMA,
Madrasah, dan Pesantren. Tujuan koperasi sekolah ditubuhkan adalah untuk
memajukan kesejahteraan anggota pada khususnya dan masyarakat pada um umnya,
                                         10
serta ikut membangun secara perekonomian nasional dalam rangka mewujudkan
masyarakat yang adil dan makmur. Sedangkan pembentukan koperasi sekolah di
kalangan murid dilaksanakan dalam rangka bertunjangkan pendidikan murid dan latihan
berkoperasi. Dengan demikian, tujuan pembentukannya tidak terlepas dari tujuan
pendidikan dan program pemerintah dalam menanamkan kesedaran berkoperasi sejak
dulu”.

         Petikan di atas adalah petikan dari laman web Wikipedia mengenai latar
belakang dan tujuan diadakan koperasi di sekolah. Dari petikan tersebut, adalah
penting bagi setiap sekolah untuk mewujudkan koperasi di sekolah agar dapat
membantu dalam mengurangkan perbelanjaan dan meningkatkan status sosioekonomi.
Sebagaimana yang kita tahu, melalui hasil jualan dari koperasi, sedikit sebanyak ianya
dapat membantu dalam mengurangkan perbelanjaan sekolah. Di sekolah kami
menjalankan pengalaman berasaskan sekolah, sekolah ini juga turut terlibat dalam
mewujudkan koperasi dan sentiasa memastikan koperasi sekolah berjalan setiap hari
persekolahan. Guru yang terlibat sentiasa memastikan barang-barang jualan sentiasa
mencukupi dan masih elok untuk digunakan. Hasilnya, melalui penjualan dari koperasi
sekolah, wang yang terkumpul akan digunakan semula untuk kegunaan murid-murid
pada masa akan datang. Dengan ini, pihak sekolah aka n sentiasa mempunyai bantuan
kewangan seandainya terdapat masalah dari sumber kewangan apabila hendak
menjalankan pelbagai program sekolah. Selain itu, pihak sekolah juga menegaskan
agar setiap murid membeli barang persekolahan dan makanan ringan yang dijual di
koperasi. Ini adalah kerana barang yang dijual di koperasi lebih murah berbanding yang
dijual di luar sekolah. dengan jualan yang murah ini, ianya dapat mengurangkan kos
perbelanjaan ibu bapa untuk anak-anak mereka dalam pembelian barang-barang
persekolahan. Selain turut membantu meringankan beban ibu bapa, ianya juga
membantu meningkatkan tahap sosioekonomi di sekolah. Oleh yang demikan, adalah
penting mengapa setiap sekolah perlu mewujudkan koperasi mereka sendiri.


         Baiklah, setelah meneliti beberapa laporan mengenai sosioekonomi melalui
pengalaman berasaskan sekolah yang telah dijalankan, kami akan membincangkan
                                          11
pula mengenai kekuatan dan kelemahan pelaksanaan dan amalan yang dilakukan
pihak sekolah dalam mempertingkatkan lagi tahap sosioekonomi mereka. Yang
pertama adalah mengenai kekuatan atau kelebihan yyang dapat kita perolehi melalui
pelaksanaan aktiviti tersebut. Di sini, melalui pelbagai aktiviti seperti hari kantin dapat
membentuk hubungan yang baik antara guru dengan guru, murid dengan murid dan
murid dengan guru. Melalui hubungan ini, sebagai contohnya, hubungan antara guru
dengan guru besar sekolah dapat dipupuk dan hasilnya mereka dapat bersama-sama
bekerjasama dalam membantu menjalankan aktiviti sekolah dan membantu dalam
mendidik murid-murid supaya menjadi pelajar yang cemerlang pada masa hadapan.
Hubungan antara guru dengan murid juga yang semakin akrab akan membantu murid
dalam proses pembelajaran dan sedikit sebanyak dapat mewujudkan semangat untuk
terus belajar dengan adanya guru yang sentiasa membantu dan berada di samping
mereka.


       Selain itu, kekuatan lain adalah melalui skim pemberian biasiswa. Pihak kerajaan
melalui Kementerian Pelajaran Malaysia amat prihatin dengan masalah rakyat dengan
menyediakan pelbagai bantuan untuk merapatkan jurang perbezaan pendidikan di
antara sekolah bandar dan di luar bandar. Pelbagai bantuan telah dan sedang
disediakan oleh pihak kerajaan sepanjang tahun ini. Antara jenis bantuan yang telah
berjaya dilaksanakan ialah Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin dengan
peruntukan RM 343 juta, Skim Bantuan Tuisyen dengan peruntukan RM246.9 juta,
Rancangan Makanan Tambahan RM276 juta, Program Susu Sekolah dengan
peruntukan RM26.7 juta, Bantuan Makanan Asrama dengan peruntukan RM 1.4 bilion,
Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid dengan peruntukan RM 9.1 juta, Bantuan
Buku Teks dengan peruntukan RM 300 juta, Pemansuhan Yuran Khas Sekolah dengan
peruntukan RM 36.7 juta dan Pemansuhan Yuran Peperiksaan dengan peruntukan RM
255 juta. Sebagai tambahan lagi, kerajaan melalui kementerian telah memperuntukkan
sebanyak RM 50 juta untuk Bantuan Makanan Khas Prasekolah. Muktahir bantuan
Elaun Pakaian Seragam Unit Beruniform kepada murid sekolah rendah dan menengah
daripada keluarga berpendapatan rendah bagi membolehkan mereka mengikuti

                                            12
program kokurikulum dengan lebih sempurna. Melalui semua bantuan kewangan yang
telah diberikan kepada pihak sekolah, ianya dapat membantu murid-murid yang
berpendapatan rendah untuk menikmati gaya hidup murid di kawasan bandar. Selain
itu, dengan adanya pemberian biasiswa ini, sedikit sebanyak dapat mengurangkan
tahap ekonomi dalam keluarga. Dengan wang yang ada, ibu bapa dapat mengurangkan
perbelanjaan anak mereka ke sekolah dan dapat meningkatkan semangat murid-murid
untuk belajar dengan lebih tekun dan rajin.


      Kekuatan lain yang menarik minat kami melalui pengalaman berasaskan sekolah
ini adalah inisiatif guru dan badan kebajikan sekolah dalam mencari sumber kewangan.
Terdapat pelbagai kaedah yang mereka gunakan untuk mencari sumber kewangan
dalam membantu pihak sekolah meringankan kegunaan wang perbelanjaan. Antaranya
ialah melalui pelaksanaan hari kantin. Bahkan bukan itu saja, badan kebajikan sekolah
juga turut mengutip derma dan sumbangan ikhlas dari pelbagai pihak agar segala
keperluan penggunaan wang dalam pelaksanaan aktiviti sekolah dapat dikurangkan.
Dengan ini, status sosioekonomi di sekolah dapat ditingkatkan. Badan kebajikan
sekolah juga banyak membantu dalam mencari sumber kawangan lain. Antaranya ialah
Pelancaran Tabung Hari Pahlawan, koperasi sekolah, jualan langsung dan lain-lain lagi.
Melalui akiviti ini, pihak sekolah dapat meringankan beban mereka sendiri dan mampu
untuk meneruskan segala aktiviti mereka yang memerlukan perbelanjaan yang besar.


      Sekarang,    kami   akan    membincangkan    mengenai    beberapa    kelemahan
pelaksanaan domain sosioekonomi tersebut. Yang pertama adalah melalui skim
pemberian biasiswa. Di sini, kami ada menemuduga seorang guru yang menguruskan
dalam penentuan dan kelayakan skim biasiswa ini. Melalui temuduga tersebut, masalah
yang sering dihadapi oleh seorang guru adalah dari segi kesalahan mengisi borang
kelayakan. Walaupun sering kali diingatkan, masih tetap ada kesalahan dalam
pemberian maklumat yang diberikan. Dengan ini, apabila terdapat kesalaha n pada
borang biasiswa, segelintir murid yang benar-benar layak untuk menerima skim
biasiswa tersebut tidak dapat merasai biasiswa tersebut. Disebabkan itu, mereka

                                              13
tercicir dari menerima bantuan dan proses untuk memberikan mereka peluang kedua
mengisi borang memakan masa yang lama. Mungkin murid tersebut terpaksa
menunggu sehingga pada tahun yang berikutnya barulah mereka dapat mengisi borang
biasiswa tersebut. Oleh yang demikian, adalah satu kerugian di mana murid tersebut
tidak dapat menerima bantuan kerajaan dan sekaligus menyebabkan ibu bapa mereka
tidak dapat mengurangkan perbelanjaan kewangan mereka. Dengan ini, beban ibu
bapa akan sentiasa bertambah dan tidak dapat meningkat tahap ekonomi mereka. Jadi,
adalah penting bagi setiap murid yang memerlukan bantuan mengisi borang biasiswa
dengan betul. Ibu bapa juga hendaklah peka terhadap anak mereka dan jika terdapat
sebarang kemuyskilan dalam pengisian maklumat, mereka boleh bertanyakan terlebih
dahulu kepada guru yang terlibat agar tiada kesilapan yang akan dilakukan.
      Kelemahan yang berikutnya hasil daripada pemerhatian kami ketika pengalaman
berasaskan sekolah dalam pelaksanaan domain sosioekonomi ini adalah dari segi
pemilihan murid yang layak menerima Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Dalam
pemilihan tersebut, terdapat segelintir murid yang tidak berpuas hati lebih-lebih lagi
apabila melihat rakan-rakan mereka mendapat makanan tambahan secara percuma.
Ada antara mereka yang pergi membuat aduan kepada guru besar mengenai perkara
tersebut. Mujurlah mereka semua dapat memahami apa yang telah disampaikan oleh
guru besar mengenai bantuan Rancangan Makanan Tambahan ini. Dengan itu,
masalah tidak puas hati telah berjaya diselesaikan namun masih ada lagi masalah
menerusi program ini. Masalah tersebut adalah wujudnya dasar pilih kasih oleh guru
apabila memilih murid-murid yang layak menerima RMT ini. Didapati, ada murid yang
tidak memerlukan RMT juga menerima bantuan makanan tersebut. Ini mungkin adalah
disebabkan murid tersebut ada mempunyai perkaitan dengan guru tersebut. Melelui hal
inilah yang menyebabkan masalah tidak puas hati di kalangan murid-murid lain. Selain
itu, bantuan yang diberikan telah salah digunakan dan menyebabkan kerugian yang
besar. Oleh yang demikian, adalah perlu bagi seorang guru agar sentiasa jujur dalam
melaksanakan tanggungjawab yang diberikan. Ini bertujuan untuk mengelakkan dari
berlakunya masalah yang lebih besar seperti pergaduhan dan sekaligus tidak



                                          14
menghasilkan kerugian bahkan dapat membantu dalam menngkatkan tahap ekonomi di
sekolah.


      Perkara yang berikutnya mengenai kelemahan aktiviti yang dijalankan adalah
penglibatan murid yang tidak menyeluruh. Sebagai contoh, pada hari kantin yang baru
dijalankan, didapati tidak semua murid hadir dalam menjayakan program tersebut. Ada
di antara mereka yang ponteng sekolah dengan tidak menghadiri aktiviti tersebut.
Kesannya, murid tidak membantu pihak sekolah dalam menjayakan program tersebut
dan tidak membantu meningkatkan sumber kewangan sekolah. Oleh itu, adalah penting
untuk memastikan setiap murid datang menghadiri pelbagai program yang dianjurkan
pihak sekolah. Sebagai guru, mereka seharusnya perlu menarik minat setiap murid
untuk datang bersama-sama membantu menjayakan program yang dianjurkan. Ini
bertujuan memastikan murid tersebut tidak ketinggalan berbanding murid yang lain dan
dapat mengelakkan dari berlakunya pembaziran. Ini adalah kerana apabila murid tidak
hadir dalam sebarang program yang melibatkan perbelanjaan yang besar, ianya
merupakan satu kerugian kepada pihak sekolah kerana pihak sekolah telah
membelanjakan sejumlah wang kepada murid tersebut. Oleh yang demikian, adalah
penting bagi memastikan setiap murid hadir dalam menjayakan setiap program yang
dijalankan agar dapat mengelakkan dari berlakunya sebarang kerugian dan dapat
membantu meningkatkan domain sosioekonomi di dalam sekolah mereka.


      Seterusnya, bagi meningkatkan domain sosioekonomi di sekolah, adalah penting
bagi setiap pihak yang terlibat memainkan peranan mereka dalam membantu pihak
sekolah menjayakan sebarang aktiviti yang dijalankan agar dapat meningkatkan
sosioekonomi di sekolah. Antara beberapa cadangan yang boleh dilaksanakan
bersama-sama bagi menjayakan domain ini adalah dengan mengadakan semula
mesyuarat bagi mengubahsuai segala yang telah dijalankan. Guru besar hendaklah
berbincang bersama-sama guru yang lain dan cuba mencari pelbagai idea untuk
memastikan sekolah terus mempunyai dana. Mereka perlulah berbincang dan mencari
sebarang inisiatif lain seperti mengadakan pelbagai aktiviti yang boleh mendatangkan

                                         15
keuntungan dan cuba mencari sumbangan dari pelbagai pihak agar setiap aktiviti yang
dijalankan dapat dijayakan hanya dengan menggunakan modal atau perbelanjaan yang
sedikit.


       Selain itu, cadangan lain adalah dengan menyemak semula atau membuat
tapisan bagi setiap murid yang mendapat biasiswa. Adalah penting penyemakan ini
disemak semula kerana mungkin ada murid-murid yang sebenarnya tidak memerlukan
bantuan biasiswa tetapi mendapat biasiswa. Jika perkara ini berlaku, bantuan yang
diberikan adalah sangat tidak adil dan membazir. Bukan sahaja disalah gunakan,
bahkan murid-murid yang sebenarnya memerlukan bantuan biasiswa tidak dapat
menggunakan wang bantuan tersebut. Oleh itu, guru yang terlibat perlu membuat
penyemakan semula agar perkara seperti ini tidak berlaku. Wang yang diberi boleh
membantu murid-murid berpendapatan rendah agar dapat membeli peralatan
persekolahan mereka dan sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban kedua ibu
bapa mereka. Jika murid-murid yang kedua ibu bapa mereka mampu untuk menyara
pendapatan persekolahan anak-anak mereka menerima bantuan biasiswa, wang yang
diberi akan digunakan untuk membeli peralatan lain atau mungkin hanya untuk
perbelanjaan mereka sendiri. Dengan ini, akan berlakunya pembaziran seterusnya
membantutkan peningkatan sosioekonomi. Oleh yang demikian, adalah penting bagi
guru yang terlibat untuk membuat semakan semula dan seterusnya memilih murid-
murid yang benar-benar layak sahaja untuk memohon bantuan biasiswa tersebut
supaya tiadanya pembaziran.


       Cadangan lain bagi meningkatkan domain sosioekonomi di sekolah adalah
dengan mempelbagaikan lagi aktiviti dalam takwim pihak sekolah. Pihak sekolah boleh
merangka pelbagai aktiviti seperti jualan langsung atau menganjurkan pelbagai jenis
pertandingan yang boleh mendatangkan keuntungan. Bahan-bahan yang rosak atau
tidak boleh digunakan lagi seperti meja dan kerusi kayu tidak seharusnya dibakar begitu
sahaja. Ianya boleh dijual kepada kedai-kedai yang memerlukan kayu. Pihak sekolah
juga boleh mecari sedikit keuntungan dengan mengumpul dan menjual barangan kitar

                                          16
semula. Kertas-kertas yang sudah tidak digunakan atau botol-botol plastik boleh
dikumpulkan dan dijual. Wang yang diterima serba sedikit boleh membantu untuk masa
hadapan. Tambahan lagi, pihak sekolah juga boleh menganjurkan pertandingan seperti
pertandingan sukan atau akademik. Dengan melibatkan penyertaan luar, baki wang
hasil dari yuran penyertaan boleh digunakan untuk apabila pihak sekolah merangka
sebarang aktiviti yang memerlukan dana. Selain itu, pihak sekolah juga perlulah
mencari sedikit sumbangan dari pelbagai pihak luar agar dapat mengurangkan beban
perbelanjaan ketika menjalankan sebarang program. Melancarkan Tabung Hari
Pahlawan juga boleh dijalankan dengan mengutip sumbangan derma ikhlas dari murid-
murid yang sudi membantu. Wang yang diberikan bukannya digunakan untuk membeli
barangan lain tetapi digunakan juga untuk membantu murid-murid mengikuti sebarang
aktiviti yang dijalankan.


       Seterusnya, bagi meningkatkan lagi domain sosioekonomi di sekolah, pihak
sekolah perlulah merancang agar menganjurkan satu aktiviti yang boleh merapatkan
lagi hubungan sesama murid tidak kira dari perbezaan taraf ekonomi, umur, bangsa
dan agama. Dengan adanya aktiviti ini, hubungan sesama murid akan lebih erat dan
mungkin ianya dapat mengelakkan dari berlakunya kejadian ponteng apabila ada aktiviti
yang patut mereka sertai. Apabila mereka mempunyai ramai rakan, mereka akan lebih
seronok untuk melakukan aktiviti bersama-sama dengan rakan mereka berbanding
apabila mereka tiada rakan untuk bersama-sama mengikiti aktiviti yang dijalankan.


       Kesimpulannya,       sosioekonomi   merupakan   domain   yang   penting   dalam
Pendidikan Sivik Kewarganegaraan. Ianya melibatkan hubungkait antara ekonomi
dengan sosial. Maka, pihak sekolah melalui domain sosioekonomi perlu memainkan
peranan dalam merapatkan hubungan antara murid dengan murid dan juga murid
dengan guru serta guru dengan guru tanpa mengira latar belakang ekonomi masing-
masing. Proses ini perlu dibentuk sejak dibangku sekolah lagi, bak kata pepatah,
melentur buluh biarlah dari rebungnya . Dengan ini, murid-murid akan lebih bersosial



                                            17
dan pihak sekolah pula dapat menjana pendapatan untuk kegunaan murid-murid sendiri
apabila ada aktiviti yang dijalankan pada kemudian hari.




                                           18
    2.0
PERSEMBAHAN
POWER POINT
  LAPORAN
  DOMAIN
SOSIOEKONOMI
     19
REFLEKSI

       Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga
saya menyiapkan tugasan kerja kursus Pendidikan Sivik Kewarganegaraan yang
merupakan salah satu daripada subjek minor kami. Tugasan kerja kursus ini bermula
dari 1.3.2010 dan perlu dihantar pada 16 .4.2010.


       Tugasan ini dijalankan secara berpasangan atau berkumpulan di mana
pensyarah kami iaitu Encik Mansor Bin Ahmad telah pun mangagihkan tugasan sehari
sebelum tugasan dimulakan. Saya cuba bertanyakan kepada rakan mengenai tugasan
kerana saya tidak dapat memahami dengan jelas kehendak soalan. Saya juga terus
mencari serba sedikit maklumat mengenai proses perjalanan tugasan kerana terdapat
banyak fakta yang belum pernah saya pelajari sebelum ini.


       Antara perkara baru yang saya perolehi melalui tugasan ini ialah saya dapat
memahami dengan lebih mendalam mengenai apakah yang sebenarnya konsep
“Domain Sosioekonomi”. Selain itu, saya juga dapat mengetahui mengenai pelbagai
cara-cara yang perlu dilakukan oleh setiap pihak yang terlibat dalam menjayakan projek
tersebut.


       Tambahan lagi, hasil daripada pelaksanaan tugasan ini, terdapat banyak nilai –
nilai murni yang dapat diterapkan dalam diri kita. Antaranya ialah sikap tolong menolong
antara satu sama lain. Rakan – rakan saya banyak membantu dalam mencari sumber
maklumat dan membantu dalam menyiapkan tugasan ini. Selain itu, sentiasa menepati
masa dan berdisiplin juga adalah nilai yang terdapat dalam penghasilan tugasan ini.


       Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih atas jasa baik pensyarah
saya iaitu En Mansor Bin Ahmad kerana banyak membantu dalam penghasilan tugasan
ini dan saya berharap agar hasil yang ada di dalam tugasan ini dapat digunakan pada
masa akan datang. Sekian, terima kasih.
                                                                        AFIQ SYAZWAN
                                           20
REFLEKSI



      Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas bantuan daripada semua
pihak terutamanya, pensyarah matapelajaran Pendidikan Sivik Kewarganegaraan iaitu
En Mansor bin Ahmad. Beliau telah banyak membantu saya dalam menyiapkan kerja
kursus saya ini. Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih
kepada para pensyarah dan rakan sekumpulan serta rakan sekelas saya yang turut
sudi membantu dan menunjuk ajar untuk menyiapkan kerja kursus ini.

      Tugasan ini telah banyak membantu saya saya mengenali secara lebih
mendalam mengenai kepentingan Pendidikan Sivik Kewarganegaraan dimana subjek
ini menjadi tunjang ataupun satu landasan yang ditetapkan oleh kerajaan untuk
memupuk semangat perpaduan dan semangat kenegaraan dalam diri setiap individu
sejak di bangku sekolah rendah lagi. Setiap tajuk dan sukatan yang ditetapkan banyak
memberi sumbangan dalam membentuk negara yang berbilang kaum hidup dibawah
satu bumbung dengan aman dan damai. Saya juga telah menkaji dan mendalami
domain sosioeknomi dan menerusi domain tersebut saya sedar bahawa masih terdapat
banyak ruang yang perlu diperbaiki seperti kegiatan ekonomi setipak kaum yang jauh
berbeza dan juga taraf kehidupan masyarakat kawasan perkampungan yang masih lagi
tidak begitu maju jika dibandingkan dengan kawasan bandar. Maka saya memahami
peranan guru dalam memainkan tanggungjawab yang penting dalam mendidik
matapelajaran ini kepada anakm murid.

      Akhir sekali, saya berterima kasih kerana telah memberi saya peluang untuk
menyiapkan tugasan Kerja Kursus ini kerana saya dapat memahami secara mendalam
mengenai kepentingan perlunya Pendidikan Sivik Kewarganegaraan dan juga
kandungan ataupun sukatan pelajaran yang berlandaskan kepada keharmonian dan
perpaduan.



                                                                 PRABHU RAGAWAN
                                         21
BIBLIOGRAFI

Buku Rujukan

     Helliwell, J.F. (1996). Economic growth and social ca pital in Asia (National
      Bureau of Economic Research Working Paper W5470). Cambridge,
      Mass.

Laman Web

     http://www.wikipedia.com.my/koperasi

      (diakses pada 8 APRIL 2010)

     http://www.sabah.edu.net.com.my

      (diakses pada 8 APRIL 2010)

     http://www.scribd.com/sosioekonomi

      (diakses pada 8 APRIL 2010)

     http://cikgublogspot.com.my
      (diakses pada 8 APRIL 2010)




                                         22

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:2240
posted:10/6/2010
language:Malay
pages:22