Docstoc

bola sepak

Document Sample
bola sepak Powered By Docstoc
					1.0    PENGENALAN BOLA SEPAK

       Bola sepak (association football atau soccer) ialah sukan sepasukan yang
paling banyak dimainkan dan ditonton di dunia. Badan pentadbiran dunia bola sepak
ialah FIFA, atau Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (B. Inggeris: International
Federation of Association Football, B. Perancis: Fédération Internationale de Football
Association)

       Populariti bola sepak telah meningkat terutamanya pada abad ke-20. Kini, bola
sepak menjadi satu industri yang lumayan melalui pendapatan hak siaran televisyen
dan penjualan tiket di stadium-stadium. Permainan ini dimainkan pada peringkat
professional level di seluruh dunia. Berjuta-juta peminat biasanya pergi ke stadium bola
sepak untuk mengikut pasukan pilihan mereka, manakala berbilion-bilion pula melihat
perlawanan bola sepak di televisyen. Sebilangan besar pemain juga bermain bola
sepak pada peringkat amatur.

       Mengikut kajian yang dilakukan oleh Fédération Internationale de Football
Association (FIFA), badan pentadbir bola sepak, yang diterbitkan dalam musim bunga
2001, lebih daripada 240 juta orang biasanya bermain bola sepak dalam lebih daripada
200 negara di seluruh pelusuk dunia. Peraturannya yang mudah dan memerlukan
peralatan yang minimum tidak syak lagi menolong penyebaran dan tumbesaran dalam
popularitinya.

       Banyak pihak dalam dunia bola sepak membangkitkan keinginan yang sangat
memainkan peranan yang penting dalam kehidupan individu samada peminat, komuniti
tempatan, malah negara; oleh itu ia merupakan sukan yang sangat popular di dunia.
Oleh kerana itu ia selalunya digelar sebagai Pilihan Kenangan Dunia Lalu.




                                           1
2.0   SEJARAH BOLA SEPAK


      2.1    SEJARAH BOLA SEPAK ANTARABANGSA

      Keperluan untuk satu badan untuk memantau permainan sedunia ini menjadi
jelas pada permulaan abad ke-20 dengan populariti antarabangsa yang semakin
meningkat. Persatuan bolasepak Inggeris telah mempengerusikan banyak diskusi
tentang membina satu badan antarabangsa, tetapi telah dilihat sebagai tidak membuat
sebarang kemajuan. Ia jatuh jepada tujuh negara-negara Eropah untuk mengikat
bersama-sama membentuk persatuan ini. FIFA telah ditubuhkan di Paris pada Mei 21,
1904 – nama Perancis dan nama singkatan kekal hingga ke hari ini, walaupun kepada
di luar negara-negara berbahasa Perancis. Presiden pertamanya adalah Robert Guérin.

      FIFA mempengerusikan pertandingan pertamanya pada tahun 1906, walau
bagaimanapun ia berdepan dengan sedikit persetujuan atau kejayaan. Ini, bersama-
sama dengan faktor ekonomi, mengakibatkan penggantian Guérin yang pantas dengan
Daniel Burley Woolfall dari England yang ketika itu telah menjadi salah satu persatuan
ahli. Pertandingan berikut yang diadakan, iaitu pertandingan bola sepak Olimpik 1908 di
London lebih berjaya, walalupun disertai oleh pemain-pemain bola sepak profesional,
bertentangan dengan prinsip-prinsip pengasas FIFA.

      Keahlian FIFA berkembang ke luar Eropah, dengan permohonan Afrika Selatan
pada tahun 1909, Argentina pada tahun 1912, dan Amerika Syarikat pada tahun 1913.
Bagaimanapun, FIFA jatuh bangun semasa Perang Dunia I, dengan banyak pemainnya
dihantar untuk berperang dan dengan kemungkinan membuat perjalanan untuk
permainan antarbangsa terlalu terhad. Selepas perang dan menyusul kematian
Woolfall, pertubuhan itu diambil alih oleh Carl Hirschmann, seorang anak Belanda.
Pertubuhan ini terselamat daripada kepupusan, tetapi pada kos tindakan keluar
Negara-negara Tuan Rumah yang menyebut ketakrelaan mereka untuk menyertai
pertandingan-pertandingan bersama-sama musuh-musuh Perang Dunia mereka.




                                          2
      2.2    SEJARAH BOLA SEPAK DI MALAYSIA

      Bola sepak adalah satu permainan yang tertua di dunia dan merupakan
permainan yang paling popular hingga ke hari ini. Di Malaysia, permainan ini telah
diperkenalkan oleh tentera     Inggeris   pada   tahun   1825.   Permainan   ini mula
diketengahkan pada tahun 1905, apabila tertubuhnya Liga Bola Sepak Amatur
Selangor. Pertandingan bola sepak yang pertama telah diadakan pada tahun 1921
untuk merebut Piala HMS Malaya (kini Piala Malaysia).

      Permainan ini terus berkembang dengan tertubuhnya Persatuan Bola Sepak
Malaya (kini Persatuan Bola Sepak Malaysia) pada tahun 1926, yang bergabung
dengan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada tahun 1956. Malaysia
terus menganjurkan beberapa       siri pertandingan termasuk pertandingan       yang
melibatkan negara luar, seperti Pesta Bola Merdeka, Piala FA, Piala FAM, Piala
Sumbangsih dan Liga Perdana.

      Melalui pertandingan ini, lahirlah beberapa orang pemain yang terkenal di
peringkat antarabangsa, seperti Allahyarham Mokhtar Dahari dan mendiang R.
Arumugam.




                                          3
3.0   KELENGKAPAN PERMAINAN BOLA SEPAK


        1) Padang
          Ukuran padang yang digunakan yang digunakan ialah 90 meter hingga
          120 meter panjang dan 45 meter hingga 90 meter lebar.




        2) Bola
          Bola berbentuk sfera. Berukur lilit 0.68 meter hingga 0.71 meter dan
          beratnya adalah 396 gram hingga 453 gram.




                                      4
3) Bendera
   2 bendera digunakan oleh pengadil yang menjaga garisan tepi padang
   dan 4 bendera yang diletakkan di setiap bucu padang digunakan sebagai
   menandakan bahawa bola sudah terkeluar dari kawasan permainan.


4) Tiang gol
   Digunakan sebagai tempat untuk menjaringkan gol. Terdapat 2 tiang gol
   di dalam padang.


5) Jaring gol
   Jaring gol digunakan adalah untuk menghalang bola dari keluar apabila
   bola sudah memasuki tiang gol.


6) Kasut but
   Kasut yang sesuai untuk digunakan ialah kasut yang berpaku dan
   bertumit plastik. Ini adalah penting untuk larian dan juga perlindungan
   kepada pemain.




7) Sarung tangan
   Alatan khas yang digunakan untuk penjaga gol menangkap dan menepis
   bola. Juga berfungsi melindungi tangan dan mengurangkan tekanan.




                               5
4.0   UNDANG- UNDANG DAN PERATURAN ASAS


        1) Bilangan pemain
                 Setiap pasukan diwakili oleh 11 orang pemain termasuk penjaga
                  gol semasa sepak mula dilakukan.


        2) Pengadil
                 Sesuatu perlawanan akan diadili oleh seorang pengadil dan
                  dibantu oleh 2 orang penjaga garisan.


        3) Masa permainan
                 Masa penuh : 90 minit
                 Separuh masa : 45 minit
                 Rehat antara separuh masa : 15 minit
                 Masa tambahan : 30 minit


        4) Memulakan permainan
                 Pemilihan    tempat     dan    tendangan      ditentukan    dengan
                  melambungkan duit syiling. Pasukan yang menang lambungan
                  berhak membuat pemilihan tempat atau tendangan permulaan.
                 Tendangan permulaan dilakukan pada awal permainan, selepas
                  jaringan gol dan semasa memulakan separuh masa kedua.
                 Tendangan dimulakan di pusat padang dengan menendang bola
                  yang tidak bergerak ke kawasan lawan.


        5) Bola di luar permainan
                 Apabila keseluruhan bola melintasi garisan gol atau garisan tepi.
                 Apabila pengadil memberhentikan permainan.




                                          6
6) Jaringan gol
         Jaringan gol dikira sekiranya keseluruhan bola telah melintasi
          garisan gol di antara dua tiang gold an di bawah palang gol.


7) Offsaid
         Pemain berada dalam kedudukan offsaid jika :
              Berada lebih hampir dengan garisan gol pasukan lawan
                  daripada bola dan pemain lawan yang kedua terakhir, dan
                  mengganggu permainan, atau mengganggu pasukan lawan.
              Cuba mendapatkan keuntungan dengan berada dalam
                  keadaan tersebut.


8) Tendangan percuma
         Tendangan percuma “terus”
             o Jaringan gol melalui tendangan ini dikira sah.
         Tendangan percuma “tidak terus”
             o Jaringan gol melalui tendangan ini dikira sah jika bola telah
                  disentuh oleh pemain lain sebelum bola dijaringkan.


9) Tendangan penalti
         Tendangan penalti diberikan kepada pasukan yang menyerang
          apabila pasukan bertahan melakukan kesalahan dalam kawasan
          penaltinya sendiri.


10) Lontaran ke dalam
         Lontaran ke dalam dilakukan apabila keseluruhan bola melintasi
          garis tepi sama ada di tanah atau di udara. Lontaran dilakukan oleh
          pasukan lawan kepada pemain terakhir yang menyentuh bola.




                                  7
11) Tendangan gol / tendangan penjuru
         Tendangan dilakukan apabila bola melintasi garisan gol sama ada
          di tanah atau di udara, kecuali diantara dua tiang gold an di bawah
          palang gol.
         Jika bola disentuh kali terakhir oleh pasukan yang menyerang,
          tendangan gol diberikan kepada pasukan yang bertahan.
         Jika bola disentuh kali terakhir oleh pasukan yang bertahan,
          tendangan penjuru diberikan kepada pasukan yang menyerang.


12) Tindakan merbahaya yang perlu dielak
         Menyepak atau menendang pemain.
         Menarik pemain lawan.
         Membentes menggunakan kaki.
         Menolak pemain lawan.
         Membongkok ketika pemain lawan melompat untuk menanduk.
         Melompat dan menendang ke arah pemain lawan.
         Menyiku pemain lawan.
         Merempuh pemain lawan dari belakang.
         Mengangkat kaki terlalu tinggi.
         Menerjah pemain lawan.


13) Kad kuning dan kad merah
         Kad kuning akan diberikan jika pemain :
              Melakukan tindakan merbahaya
              Memegang atau menyentuh bola dengan sengaja kecuali
                penjaga gol.
              Menendang bola selepas tiupan wisel kerana kesalahan
                yang sengaja dilakukan.
         Kad merah akan diberikan jika pemain :
              Mendapat kad kuning kedua.
              Melakukan tindakan merbahaya.
                                 8
5.0   KEMAHIRAN ASAS DALAM PERMAINAN BOLA SEPAK


      Kemahiran yang perlu dikuasai dalam permainan bola sepak termasuklah :


         1) Menendang
                Tendangan leret
                Tendangan lambung
                Tendangan voli


         2) Menyerkap
                Menyerkap bola leret
                Menyerkap bola tinggi


         3) Menggelecek


         4) Melakukan hantaran
                Hantaran ke hadapan
                Hantaran ke sisi
                Hantaran silang


         5) Menanduk
                Menanduk ke hadapan
                Menanduk ke sisi


         6) Menjaga gol
                Menangkap bola leret
                Menangkap bola tinggi
                Menumbuk bola
                Tendangan bola




                                         9
6.0   KEMAHIRAN-KEMAHIRAN PERMAINAN BOLA SEPAK


      6.1   MENENDANG


            Tendangan yang baik dapat dihasilkan dengan menggunakan teknik yang
            betul. Seseorang pemain juga dapat menendang dengan baik sekiranya
            mempunyai kekuatan otot dan kuasa yang baik di bahagian kaki.
            Menendang     bertujuan   untuk   melakukan    hantaran   kepada   rakan
            sepasukan,   melakukan    tendangan   sudut    atau   tendangan    bebas,
            mengeluarkan bola dari kawasan gol, menjaringkan gol dan melakukan
            sepakan penalti.
                  Pada asasnya, terdapat tiga jenis tendangan iaitu tendangan leret,
            tendangan lambung dan tendangan voli.


            (1) Tendangan Leret
            Tendangan leret dilakukan apabila membuat hantaran dekat dan
            menjaringkan gol.


            Teknik melakukan tendangan leret
                Kedudukan bersedia. Letakkan kaki sokongan di sisi bola. Badan
                  hampir lurus. Mata memandang bola.
                Ayunkan kaki menendang ke belakang. Badan dibongkokkan
                  sedikit ke hadapan. Kaki sokongan dibongkokkan sikit.
                Tendang di bahagian tengah bola.
                Ikut lajak selepas melakukan tendangan.




                                        10
(2) Tendangan Lambung
Tendangan lambung dilakukan ketika membuat hantaran jauh, tendangan
bebas, tendangan sudut, mengeluarkan bola dari kawasan gol dan
semasa menjaringkan gol


Teknik melakukan tendangan lambung
    Kedudukan bersedia. Letakkan kaki sokongan di belakang bola.
      Badan hampir lurus. Mata memandang bola.
    Ayunkan kaki menendang ke belakang. Lutut kaki sokongan
      dibengkokkan sedikit.
    Tendang di bahagian bawah bola. Badan condong ke belakang.
    Ikut lajak selepas melakukan tendangan.




                              11
      (3) Tendangan voli
         Tendangan voli dilakukan untuk mengeluarkan bola dari kawasan gol
         dan untuk menjaringkan gol. Tendangan voli dilakukan menggunakan
         bahagian kekura kaki semasa bola di udara.


         Teknik melakukan tendangan voli
                Kedudukan bersedia. Berdiri menghadap bola.
                Ayunkan kaki menendang ke belakang. Lutut kaki sokongan
                  dibengkokkan sedikit. Mata memandang bola.
                Tendang di bahagian bawah bola menggunakan kekura
                  kaki. Badan condong ke belakang.
                Ikut lajak selepas melekukan tendangan.




6.2   MENYERKAP


      Kebolehan menyerkap bola yang datang memudahkan seseorang pemain
      itu melakukan tindakan yang seterusnya dalam bola sepak. Pelbagai
      bahagian anggota badan , kecuali tangan boleh digunakan untuk
      menyerkap bola. Penggunaan bahagian anggota badan bergantung
      kepada keadaan bola yang datang, sama ada meleret atau tinggi.




                                 12
(1) Menyerkap bola leret
   Menyerkap bola leret boleh dilakukan dengan menggunakan bahagian
   dalam kaki, bahagian luar kaki, kekura kaki dan tapak kaki.


   Teknik menyerkap bola leret
       Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang.
         Mata memandang bola.
       Apabila bola hampir, gerakkan kaki yang hendak menyerkap ke
         hadapan.
       Sebaik sahaja bola menyentuh kaki, bawa kaki ke belakang.
       Kaki menyentuh bahagian tengah bola. Kaki menyerkap dan
         badan condong ke arah bola datang.




(2) Menyerkap bola tinggi
   Menyerkap bola tinggi boleh dilakukan dengan menggunakan
   bahagian dalam kaki, paha dan dada.


   Teknik menyerkap bola tinggi menggunakan bahagian dalam kaki
       Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang.
         Mata memandang bola.



                             13
      Apabila bola hampir ke kaki, sesuaikan kedudukan supaya
        badan sentiasa menghadap bola.
      Sebaik sahaja bola hampir mencecah tanah, ayunkan kaki
        menyerkap ke sisi.
      Serkap bola sebaik sahaja bola mencecah tanah. Badan
        condong ke arah bola datang.




Teknik menyerkap bola tinggi menggunakan bahagian paha

   Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Mata
     memandang bola.
   Apabila bola hampir, gerakkan paha menyerkap ke hadapan dan
     ke atas dengan lutut bengkok. Badan dicondongkan ke belakang.
   Sebaik sahaja bola menyentuh paha, bawa paha ke bawah. Paha
     menyentuh bahagian bawah bola.




                             14
Teknik menyerkap bola tinggi menggunakan dada

   Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Mata
     memandang bola.
   Apabila bola hampir ke dada, bawa dada ke hadapan dan ke atas
     sambil tangan dibuka di sisi badan. Berdiri di atas bebola kaki.
   Sebaik sahaja bola menyentuh dada, lentikkan badan ke belakang
     kemudian bawa badan ke hadapan.




                            15
6.3   MENGGELECEK


      Kemahiran ini melibatkan kebolehan berlari sambil mengawal bola ke kiri,
      ke kanan, ke hadapan atau berpusing ke belakang. Kebolehan melakukan
      kemahiran ini dengan baik sangat penting untuk mengatasi pemain lawan.
      Menggelecek boleh dilakukan dengan sebelah kaki. Biasanya, bahagian
      dalam dan bahagian luar kaki digunakn untuk menggelecek.


      Teknik menggelecek menggunakan sebelah kaki
          Kedudukan bersedia. Berdiri di belakang bola. Mata memandang
            bola.
          Dengan menggunakan bahagian dalam kaki kanan, gerakkan bola
            ke kiri. Badan condong ke kiri dan tangan dibuka di sisi dengan
            lutut kiri dibengkokkan sedikit.
          Tolak bola ke kanan menggunakan bahagian luar kaki yang sama
            dan badan condong ke kanan.




                                    16
6.4   MELAKUKAN HANTARAN


      Kemahiran melakukan hantaran adalah penting untuk memastikan bola
      sampai kepada rakan sepasukan dengan tepat. Hantaran biasanya
      dilakukan dengan menggunakan kemahiran menendang. Tendangan leret
      digunakan untuk membuat hantaran dekat, manakala tendangan lambung
      digunakan untuk membuat hantaran jauh.


            Seseorang pemain boleh menggunakan hantaran             dekat dan
      hantaran jauh semasa melakukan hantaran ke pelbagai arah, seperti ke
      hadapan, ke sisi dan menyilang, bergantung kepada situasi ketika
      bermain.


      (1) Hantaran ke hadapan
         Hantaran ini dilakukan dengan menendang bola menggunakan
         bahagian dalam kaki atau kekura kaki.


         Teknik melakukan hantaran ke hadapan
             Kedudukan      bersedia.   Berdiri   di   belakang   bola.   Mata
                 memandang bola.
             Ayunkan kaki menendang ke belakang.
             Tendang di bahagian belakang bola.
             Ikut lajak selepas melakukan tendangan.




                                   17
(2) Hantaran ke sisi
   Hantaran ke sisi dilakukan dengan menendang bola menggunakan
   bahagian luar kekura sama ada kaki kiri atau kaki kanan, bergantung
   kepada kaki yang sedang digunakan untuk mengawal bola.


   Teknik melakukan hantaran sisi
       Kedudukan      bersedia.   Berdiri   di   belakang   bola.   Mata
         memandang bola.
       Ayunkan kaki menendang ke belakang. Badan condong ke
         hadapan.
       Tendang di bahagian sisi bola.
       Ikut lajak selepas melakukan tendangan.




(3) Hantaran silang
   Hantaran ini dilakukan dengan menendang bola menggunakan
   bahagian dalam kekura kaki. Jika bola hendak dihantar menyilang dari
   kiri ke kanan, kaki kiri digunakan untuk menendang bola. Sebaliknya,
   jika bola hendak dihantar menyilang dari kanan ke kiri, kaki kanan
   digunakan untuk menendang bola.


   Teknik melakukan hantaran silang
       Kedudukan      bersedia.   Berdiri   di   belakang   bola.   Mata
         memandang bola.
                           18
              Ayunkan kaki menendang ke sisi. Badan condong ke arah bola
                hendak dihantar.
              Tendang di bahagian sisi bola.
              Ikut lajak selepas melakukan tendangan.




6.5   MENANDUK


      Kemahiran menanduk boleh digunakan untuk menjaringkan gol dan
      melakukan      hantaran.    Menanduk      dilakukan   dengan   menggunakan
      bahagian dahi. Jenis tandukan yang biasa dilakukan semasa bermain
      ialah tandukan ke hadapan, tandukan ke belakang dan tandukan ke sisi.


      Teknik menanduk ke hadapan
            Kedudukan bersedia. Berdiri dengan kaki dibuka seluas bahu
             menghala ke arah bola datang. Mata memandang bola.
            Apabila bola hampir, lentikkan badan ke belakang dengan lutut
             dibengkokkan sedikit. Kedua-dua tangan dibuka di sisi.
            Bawa     badan      dan   kepala   ke   hadapan   dan   tanduk   bola
             menggunakan bahagian dahi. Dahi menyentuh bahagian bawah
             bola.
            Ikut lajak selepas melakukan tandukan.


                                       19
     Teknik menanduk ke sisi

           Kedudukan bersedia. Berdiri dengan kaki dibuka seluas bahu
            menghala ke arah bola datang. Mata memandang bola.
           Apabila bola hamper tiba, kilaskan badan ke arah bertentangan
            dengan sasaran tandukan. Kedua-dua tangan dibuka di sisi.
           Kilaskan badan ke arah sasaran tandukan dan tanduk bola
            menggunakan dahi.
           Ikut lajak selepas melakukan tandukan




Teknik menanduk ke belakang

           Kedudukan bersedia. Berdiri dengan kaki dibuka seluas bahu
            menghala ke arah bola datang. Mata memandang bola.



                                 20
            Apabila bola hampir, lentikkan badan ke belakang sambil
             mendongakkan kepala ke atas, dan tanduk bola menggunakan
             bahagian dahi. Dahi menyentuh bahagian bawah bola.




6.6   MENJAGA GOL


      Penjaga gol boleh menggunakan keseluruhan anggota badannya untuk
      menghalang cubaan jaringan yang dibuat oleh pasukan lawan. Penjaga
      gol yang baik mestilah menguasai kemahiran menangkap, menumbuk dan
      menendang. Selain menguasai kemahiran tendangan leret dan tendangan
      lambung, penjaga gol juga perlu menguasai kemahiran tendangan bola di
      udara dan tendangan lantun. Kedua-dua jenis tendangan ini dilakukan
      dengan menggunakan bahagian kekura kaki.


      Teknik menangkap bola leret
            Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang.
             Sebelah kaki di hadapan dan sebelah lagi di belakang. Mata
             memandang bola.
            Apabila bola hampir ke kaki, rendahkan badan dengan lutut kanan
             di atas tanah di belakng tumit kiri.


                                     21
     Tangkap bola di hadapan badan dan bawa ke dada.




Teknik menangkap bola tinggi
     Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Mata
      memandang bola.
     Apabila bola hampir, sebelah kaki melangkah ke hadapan sambil
      melombat. Luruskan tangan ke atas di hadapan kepala dengan ibu
      jari kedua-dua belah tangan hampir rapat.
     Tangkap bola setinggi yang boleh dicapai. Bawa bola ke dada.




Teknik menumbuk bola
     Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Mata
      memandang bola.


                            22
   Apabila bola hampir, lompat dengan kedua-dua belah kaki sambil
    menumbuk bola.
   Tangan menyentuh bahagian bawah bola.




Teknik tendangan bola di udara

       Kedudukan    bersedia.   Berdiri   dengan   memegang   bola
        menggunakan kedua-dua belah tangan.
       Kaki sokongan melangkah ke hadapan dan kaki menendang
        diayunkan ke belakang. Badan condong ke hadapan.
       Jatuhkan bola di hadapan badan dan tendang bola sebelum
        bola mencecah tanah.
       Ikut lajak selepas menendang.
       Mata memandang bola.




                          23
Teknik tendangan lantun

     Kedudukan bersedia. Berdiri memegang bola menggunakan
      kedua-dua belah tangan. Mata memandang bola.
     Kaki sokongan melangkah ke hadapan dan kaki menendang
      diayunkan ke belakang. Badan condong ke hadapan.
     Jatuhkan bola di hadapan badan dan tending bola sebaik sahaja
      bola melantun dari tanah.
     Ikut lajak selepas menendang.




                            24
7.0   LATIHAN ANSUR MAJU DAN KAEDAH PENGAJARAN TGFU


      7.1   MENENDANG

                   a) Pemain      perlu    membuat       latihan   menendang   tanpa
                        menggunakan bola.




                   Sekarang pemain menggunakan dua biji bola sepak. Pemain
                   dikehendaki menendang bola pertama dengan kuat manakala
                   bola kedua ditendang perlahan agar bola itu bergerak separuh
                   dari bola pertama.




                                  bola pertama                           o




                        bola kedua                   o

                            Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk pemain
                             merasakan tendangan kuat dan mengawal tendangan
                             untuk jarak tertentu.


                   b) Pemain menendang bola di atas garisan lurus secara statik
                        dan mesti bola itu bersentuh atau berhenti di gelung yang
                        disediakan.




                                      25
          Tujuan latihan ini adalah untuk memastikan
           persediaan dan tendangan pemain adalah lurus
           bagi satu tendangan atau hantaran yang tepat.



c) Pemain menendang bola ke arah dinding dari jarak 20
  meter dimana pemain bebas menendang tetapi hendaklah
  dengan cara yang betul. Pemain boleh mensasarkan
  tendangan ke arah yang dikehendakinya. Bagi permulaan
  pemain hendaklah berdiri statik dan kemudian bolehlah
  bergerak satu langkah, 2,3 langkah seterusnya.




                        20 meter




d) Dua pemain berdiri bersemuka pada jarak 20 meter.
  Pemain menendang bola ke arah satu sama lain
  (ketepatan diutamakan). Bila tendangan memuaskan, jarak
  ditambahkan kepada 25m, 30m, 40m dan seterusnya.
  Pemain boleh bergerak satu langkah, 2, 3 dan seterusnya
  bila melakukan tendangan.

                      20 meter




                26
e) Dua pemain berdiri bersemuka pada jarak 20 meter. Dua
     Skitel atau kon diletakkan di tengah-tengahnya sebagai
     laluan tendangan.Pemain perlu cuba menendang bola
     melalui laluan tendangan iaitu antara dua skitel. Ulang
     aktiviti ini sehingga bola itu sampai kepada pemain lain.




                          laluan tendangan




f)   Lima pemain membentuk satu segi empat dan seorang
     pemain berdiri di tengah-tengah bulatan. Pemain tengah
     menendang bola kepada setiap pemain dalam kumpulan
     dan sebaliknya. Pemain tengah hendaklah ditukar dengan
     pemain lain apabila semua ahli kumpulannya telah
     menendang bola.




                B                                      C




                                   A




                 E                                     D




                     27
TGFU Bagi Kemahiran Menendang


Nama permainan     : Menjatuhkan Skitel

Bilangan pemain    : 5 orang

Masa               : 5 minit

Kawasan            : Padang bola sepak

Prosedur permainan:

Lima pemain akan berdiri di satu lorong yang disediakan. Pemain perlu menendang
bola dan mesti menjatuhkan skitel yang terdapat di laluan mereka. Pemain akan diberi
tiga kali percubaan. Pemain yang gagal menjatuhkan skitel, akan membuat gaya
menendang tanpa menggunakan bola sebanyak sepuluh kali. Pemain yang
menjatuhkan skitel dalam tiga kali percubaan dianggap sebagai pemenang.




                               A



                               B



                               C



                               D



                               E




                                          28
7.2   MENYERKAP


                  a) X akan menendang bola kepada Y untuk menyerkap.
                        Kemudian Y akan menendang bola kepada X pula
                        untuk menyerkap.aktiviti ini diulang beberapa kali.

                        X                                  Y




                  (b)       C        meleretkan   bola   kepada   D   untuk
                  menyerkapnya di hadapan, kanan dan kiri. D akan
                  menenendang pula kepada C untuk menyerkap.
                  Kemudian D pula akan menendang bola kepada C ke
                  hadapan,kanan dan kiri untuk menyerkapnya.




                                      D




                                      C

                  c). X menendang bola jauh kepada Y dan kemudian
                  akan menyerkapnya di Y1. Y pula akan menendang


                                29
        jauh untuk diserkap oleh X di X1. Ulang aktiviti ini
        beberapa kali.




    Y                                Y1




    X                               X1




d). X akan menendang bola dan Y akan menyerkap bola
tersebut. Y pula menendang kepada V untuk menyerkapnya.
V menendang          pula kepada X. Ulang aktiviti ini dan
kemudian tukar arah.




                              X




                V                           Y




                30
TGFU Bagi Kemahiran Menyerkap Bola



Nama permainan      : Tendangan berganti-ganti dan menyerkap

Bilangan pemain     : 4 orang

Masa permainan      : 5 minit

Kawasan             : padang bola

Prosedur permainan :

Jarak antara pemain ialah 20 ela. A tendang ke B dan terus lari ke sebelah garisan B. B
menahan bola itu dan memendang ke C. C menahan dan menendang ke D. D
menahan dan membuat tendangan ke A dan seterusnya. Keempat-empat pemain
berganti-ganti secara berterusan untuk membuat tendangan dan menahan bola.




                       A                                B




                       D                                C




                                          31
7.3   MENGGELECEK

                    a) Kemahiran mengelecek rapat

                       Pemain mengelecek rapat di atas satu garisan
                        lurus




                       Pemain mengelecek rapat di antara pemain dalam
                        satu pasukan.



                         A                                A1




                         B                                B1




                         C                                C1




                       Pemain menggelecek rapat dalam satu kawasan
                        berbentuk        segi   empat.   Apabila   diisyaratkan,
                        pemain meninggalkan bola dan mara ke hadapan
                        untuk        menggelecek bola lain yang ditinggalkan
                        oleh rakan sebaya.




                                32
                            X2


              X3                     X1




              X4                      X6




                            X5




b) Kemahiran mengelecek longgar

         Secara individu pemain berjalan secara biasa
          sambil menggelecek bola dengan kayu hoki,
          diikuti dengan berlari perlahan-lahan.



                    jalan



                    lari


         Mengelecek melalui halangan sebaris




                    A




               33
   Pemain menggelecek rapat dalam satu kawasan
    berbentuk bulatan. Apabila diisyaratkan, pemain
    meninggalkan bola dan mara ke hadapan untuk
    menggelecek bola lain yang ditinggalkan
    oleh rakan sebaya.




                                 X1
                 X2




                  X3                   X6




          X4

                          X5




         34
       7.4    MELAKUKAN HANTARAN



Pertama sekali lakukan gaya membuat hantaran tanpa menggunakan bola. Pastikan
pemain menendang dengan betul dan pastikan badan dan lutut dalam keadaan yang
betul semasa menendang. Ulang aktiviti ini sehingga pemain dapat melakukan aktitivi
ini dengan baik.




Sekarang pemain menghantar bola ke arah dinding. Pemain akan menghantar dari
pelbagai arah. Pastikan hantaran dilakukan dengan mekanik yang betul. Ulang aktiviti
ini beberapa kali.




Pemain menghantar bola dengan satu langkah.Dua langkah, tiga langkah dan
berjogging. Perlakuan dilakukan setelah pemain dapat menguasai aktiviti mengikut
urutan.




                                         35
Selepas ini pemain akan menghantar bola kepada pasangan secara berhadapan. A akan
menghantar kepada B dan sebaliknya. Pastikan mekanik hantaran dilakukan dengan betul.
Ulang aktiviti ini beberapa kali.

                                        A                                 B




 Sekarang A akan menghantar bola ke B, C ,D. selepas itu, B, C, D pula akan
menghantar balik ke A seorang demi seorang.



                                    A                                  B


                                                                      C



                                                                      D



Dalam ansur maju ini pemain A berada di tengah-tengah bulatan dikelilingi oleh pemain
B, C, D, E. A akan menghantar kepada sesiapa dan pemain yang dapat bola harus
menghantar kepada A balik.


                                                             B
                                            D

                                                     A




                                            E               C



                                                36
TGFU Bagi Kemahiran Menolak
Nama permainan     : Hantaran tepi dan megelecek

Bilangan pemain    : 3 orang

Kawasan            : saiz dua kotak grid

Masa permainan     : 5 minit

Prosedur permainan:

Garisan panjang digunakan untuk menghantar dan garisan pendek digunakan untuk
mengelecek bola. A menghantar bola kepada B dan berlari ke arah B. B menahan bola
dan membawa bola secara mengelecek tepi ke tempat X dan membuat hantaran
kepada C. C pula melakukan gerakan seperti B dan aktiviti diteruskan.




       A                                                          B




       C




                                                            X



                                           37
8.0       FORMASI PERMAINAN

      Peraturan perlawanan tidak menspesifikkan kedudukan pemain-pemain selain
penjaga gol. Bagaimanapun, semasa perubahan kemajuan perlawanan sukan ini,
sebilangan pemain yang spesifik telah berubah. Mereka termasuklah:

         pertahanan - pemain yang pakar dalam mencegah jaringan gol musuh.
         pemain tengah - pemain yang melakukan serangan dan memberikan lorongan
          bola kepada penyerang, tetapi juga menolong pertahanan dengan mengganggu
          serangan pasukan lawan pada peringkat awal.
         penyerang - pemain-pemain yang berperanan untuk menjaringkan gol.

      Kedudukan-kedudukan ini selanjutnya dibezakan oleh bahagian mana pemain
banyak menghabiskan masa. Sebagai contoh, terdapat pertahanan tengah dan pemain
tengah kiri.

      Para pemain mungkin menghabiskan kebanyakan masa dalam perlawanan dalam
bahagian spesifik di padang. Bagaimanapun, mereka tidak dikekang oleh peraturan
sukan dan boleh berubah kedudukan pada bila-bila masa. Ini juga boleh digunapakai
oleh penjaga gol, yang biasanya menghabiskan kebanyakan masa perlawanan
berhampiran dengan gol tetapi boleh melibatkan diri dalam permain berpasukan. Ini
biasanya hanya berlaku pada tendangan percuma atau tendangan sudut di akhir
perlawanan itu.

      Susun    atur   para   pemain    di   padang     dipanggil   sebagai   formasi.   Untuk
menggambarkan satu formasi tiga nombor digunakan. Nombor pertama menentukan
berapa banyak pemain pertahanan digunakan, yang kedua adalah bilangan pemain
tengah yang akan digunakan dan yang ketiga adalah bilangan penyerang. Formasi
yang popular dalam bola sepak moden termasuklah

          4-4-2,       4-3-3,         3-5-2,         3-4-3,        4-5-1,      5-3-2




                                               38
Jurulatih biasanya berperanan mengatur formasi dan taktik sesebuah pasukan.


                                          CF    = Center forward

                                          SS    = Striker

                                          LW    = Left wing

                                          RW    = Right wing

                                          AM    = Attacking midfielder

                                          LM    = Left midfielder

                                          CM    = Centre midfielder

                                          RM    = Right midfielder

                                          DM    = Defensive midfielder

                                          LWB = Left wing back

                                          RWB = Right wing back

                                          LB    = Left back

                                          CB    = Right back

                                          SW    = Sweeper

                                          GK    = Goal keeper




                                  39
9.0   KESELAMATAN SEMASA BERMAIN

      Aspek keselamatan perlu diberi perhatian semasa bermain bagi mengelakkan
kemalangan dan kecederaan.kecederaan seperti lebam, terseliuh, patah, retak, luka
atau terkoyak mudah berlaku terutamanya pada otot di bahagian paha. Berikut adalah
beberapa aspek keselamatan yang perlu diberi perhatian ketika bermain :



                 Pakai    seluar   dan   jersi   yang   selesa   untuk   memudahkan
                    pergerakan.
                 Pakai but bola, pelapik tulang tibia (Shin Guard) dan stoking.
                 Lakukan aktiviti memanaskan badan dan menyejukkan badan
                    sebelum dan selepas bermain.
                 Pastikan peralatan yang digunakan dalam keadaan baik.
                 Pastikan tempat bermain tidak merbahaya.
                 Lakukan kemahiran asas dengan teknik yang betul dan patuhi
                    undang-undang permainan.




                                          40
REFLEKSI

      Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga
saya menyiapkan tugasan kerja kursus Bola Sepak yang merupakan salah satu
daripada subjek major kami. Tugasan kerja kursus ini bermula dari 1.4.2010 dan perlu
dihantar pada 15.4.2010.


      Tugasan ini dijalankan secara individu di mana pensyarah kami iaitu Encik Alyes
Bin Ariff telah pun mangagihkan tugasan sehari sebelum tugasan dimulakan. Saya
cuba bertanyakan kepada rakan mengenai tugasan kerana saya tidak dapat memahami
dengan jelas kehendak soalan. Saya juga terus mencari serba sedikit maklumat
mengenai proses perjalanan tugasan kerana terdapat banyak fakta yang belum pernah
saya pelajari sebelum ini.


      Antara perkara baru yang saya perolehi melalui tugasan ini ialah saya dapat
memahami dengan lebih mendalam mengenai pelbagai teknik kemahiran dan ansur
maju yang boleh kita gunakan dalam mempelajarai pelbagai teknik yang ada. Selain itu,
pelbagai maklumat lain seperti sejarah bola sepak dapt saya ketahui melalui
penghasilan tugasan ini.


      Tambahan lagi, hasil daripada pelaksanaan tugasan ini, terdapat banyak nilai –
nilai murni yang dapat diterapkan dalam diri kita. Antaranya ialah sikap tolong menolong
antara satu sama lain. Rakan – rakan saya banyak membantu dalam mencari sumber
maklumat dan membantu dalam menyiapkan tugasan ini. Selain itu, sentiasa menepati
masa dan berdisiplin juga adalah nilai yang terdapat dalam penghasilan tugasan ini.


      Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih atas jasa baik pensyarah
saya iaitu En Alyes kerana banyak membantu dalam penghasilan tugasan ini dan saya
berharap agar hasil yang ada di dalam tugasan ini dapat digunakan pada masa akan
datang. Sekian, terima kasih.




                                          41
SUMBER RUJUKAN

  a) Buku Rujukan


         1. Shamsuddin bin Mohd Sharif, .Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
            Kesihatan. Kajang : Selangor, Fajar Bakti Sdn. Bhd, 1992.


         2. Vasudevan T.A. Permainan Bola Sepak, Shah Alam : Selangor, Fajar
            Bakti Sdn. Bhd, 1985.


         3. Ahmad Wafi, Siri Teras Sukan Padang. Kuala Lumpur: Goodmark
            Interprise, 1996


         4. Teng Boon Teng, Gerko Panduan Pengajaran Bola Sepak, Cheras : Kuala
            Lumpur, Siri Pendidikan Longman, 1995.



  b) Laman Web


     http://www.wikipedia.com.my/bolasepak
      (diakses pada 8 APRIL 2010)




                                        42
.my/bolasepak
      (diakses pada 8 APRIL 2010)




                                        42

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:6462
posted:10/6/2010
language:Malay
pages:42