Docstoc

pendidikan luar

Document Sample
pendidikan luar Powered By Docstoc
					1.0 PENGENALAN

       Brookes (1991), menyatakan yang takrif pendidikan luar sebagai sesuatu yang
berkait rapat dengan masa dan tempat. Bagi membantu untuk menjelaskan apakah
yang difahamkan dengan „pendidikan luar‟, beberapa definisi diturunkan di bawah.
Tetapi harus diawasi bahawa definisi tersebut boleh berubah dan bertukar mengikut
zaman dan wilayah.


Definisi Pendidikan Luar Yang Berkait           Definisi Pendidikan Luar Yang
Dengan Psiko-sosial                             Mementingkan               Peranan             Alam
                                                Persekitaran
Pendidikan luar merupakan …………                  Pendidikan luar ialah ......................
“aplikasi pengalaman di alam luar               “pendidikan DALAM, UNTUK, dan
untuk mendidik dan pembangunan                  MENGENAI alam luar” (Donaldson &
„insan‟.” (The Outdoor Institute)               Donaldson,1958, Outdoor Education :
                                                A definition , JOPER,29(17),63)
Pendidikan luar ………. “menarik                   Pendidikan luar merupakan ……………
perhatian kepada penggunaan deria –             “pendidikan „dalam‟, „mengenai‟ , dan
audio, visual, rasa, sentuhan, dan bau -        „untuk‟ alam sekitar.
untuk pemerhatian dan pemahaman”
(C.A.Lewis 1975, The Administration Of          (Phyllis Ford, 1986)
Outdoor Education Programs, Dubuque
IA, Kendall-Hunt)
Pendidikan luar …… “menyentuh                   Pendidikan luar ialan …….. sekumpulan
ketiga-tiga domain pembelajaran yang            Kecil manusia yang menyertai aktiviti
terdiri daripada „pengetahuan,                  aktiviti “adventure” yang terancang di
kemahiran, dan sikap‟ (Phyllis Ford,1981,       dalam suasana semula jadi dan
Principles dan Practices of                     menjadikan diri sendiri sebagai sumber
Outdoor/Environmantal Education, New            utama untuk menyelesaikan masalah.
York, Wiley)                                    (Neill 2003)
Pendidikan luar ialah ……… “satu                 Pendidikan luar ialah ………. “suatu


                                            1
perantaraan yang memberi peluang            perkara yang mempunyai perkaitan.
untuk pendidikan tak formal mengenai        Perkaitan tersebut mengenai bukan
perkembangan kendiri dan sosial untuk       sahaja sumber semula jadi , tetapi juga
individu dan masyarakat”(Outdoor            manusia dan masyarakat”.(Simon
Edinburgh)                                  Preist,1986, Redefining Outdoor
                                            Education, Journal of Environmental
                                            Education
Pendidikan Luar…. “satu istilah yang        Pendidikan Luar …..…. “kaedah
mempunyai maksud yang berlainan             pembelajaran melalui pengalaman
kepada manusia, tamadun dan                 dengan mengaplikasikan kesemua deria
organisasi. Tema yang sama meliputi         panca indera. Ia berlaku, terutamanya
penekaan ke atas pengalaman terus di        melalui pendedahan kepada persekitaraan
alam luar untuk mencapai matlamat           semula jadi. Dalam pendidikan luar
kendiri, matlamat sosial, pendidikan,       penekanan untuk subjek yang dipelajari
pemulihan serta persekitaraan”.             ke atas perkaitan antara manusia dan
(Neill 2003)                                sumber alam”. (Lund 2002)
Pendidikan Luar………. “suatu cara             Pendidikan Luar …..….. “satu fenomena
pengkayaan kurikulum, di mana proses        pengalaman pendidikan antarabangsa
pembelajaran berlaku di alam luar.          yang melibatkan manusia dalam aktiviti
Pendidikan luar merangkumi                  merbahaya bagi meningkatkan
pendidikan persekitaraan, pendidikan        kesejahteraan individu, masyarakat dan
konservasi, pendidikan cabaran,             persekitaraan”.
perkhemahan sekolah, terapi alam            (Neill 2002)
semula jadi dan beberapa aspek
rekreasi luar”. (Edward Leppain 2000)




                                        2
2.0 SEJARAH



      Tidak jelas bila pendidikan luar bermula -- tidak terdapat dokumentasi yang
menyatakan hal ini. Mungkin kewujudan manusia itu sendiri yang memberi gambaran
bahawa pendidikan luar sudah ada. Sejak awal lagi, manusia sudah berinteraksi
dengan alam semula jadi. Hanya kebelakangan ini, manusia mula memisahkan diri dari
alam semula jadi. Pendidikan wujud sejak manusia dilahirkan, oleh itu pendidikan luar
telah bermula sejak kewujudan manusia di dunia ini. Sejarah sosio-budaya
menyatakan, pendidikan luar memperlihatkan suatu gambaran interaksi dengan alam
sejak manusia berubah tempat tinggal dari alam luar ke bangunan dan rumah.
Tamadun barat mendokumentasikan permulaan pendidikan luar secara formal pada
awal tahun 60an dengan tertubuhnya pergerakan Outward Bound di Colorado (Neill
(2004) yang kemudiannya bercambah melalui Project Adventure (1971) dan National
Outdoor Leadership School pada tahun 1974. Secara keseluruhannya Outward Bound,
Project Adventure dan NOLS menjadi 3 badan utama dalam pendidikan luar di Amerika
hingga kini. Di Malaysia, pendidikan luar secara tidak formal bermula dengan aktivinya
dijalankan di maktab perguruan untuk pelatih guru yang mengikuti program pendidikan
jasmani. Aktiviti seperti berkayak, menjelajah, mendaki gunung dan perkhemahan
diperkenalkan kepada guru pelatih yang menuntut di Maktab Perguruan Ilmu Khas
sejak tahun 60an lagi. Dengan tertubuhnya program Pengajian Ijazah Pendidikan
(Pendidikan Jasmani) di Universiti Putra Malaysia pada tahun 1979, pendidikan luar
menjadi satu mata pelajaran formal secara rasmi. Kini hanya dua buah institusi
pengajian tinggi sahaja manawarkan kursus formal pendidikan luar dalam program
pengajiannya iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Universiti Putra Malaysia.
Aktiviti pendidikan luar sudah pun diterapkan ke dalam kurikulum pendidikan jasmani
sekolah tetapi ia hanya bercorakkan aktiviti luar ke arah rekreasi.




                                            3
3.0 OBJEKTIF
      1.    Mengeratkan hubungan silaturrahim antara individu, keluarga dan masyarakat.
      2.    Memupuk semangat kerja berpasukan.
      3.    Meningkatkan motivasi diri.
      4.    Mampu menaikkan nama pasukan apabila sesebuah persatuan sentiasa aktif
            berekreasi.
      5.    Meningkatkan kecerdasan minda dan badan. Hal ini dapat mengelakkan daripada
            penyakit.
      6.    Mengelakkan remaja daripada terjerumus dalam amalan negatif.




4.0 JENIS – JENIS REKREASI


      A.    Rekreasi Udara
            - payung terjun, sky diving, hand gliding dan flying fox.
      B.    Rekreasi Air
            - kayak, berenang, scuba diving, white rafting.
      C.    Rekreasi Darat
            - mendaki gunung, jungle trekking, rock climbing dan advanture race.




                                           4
      SOP
  (STANDARD
  OPERATION
  PROCEDURE)
KEYAKINAN DI AIR



       5
                      (SOP) AKTIVITI KEYAKINAN DI AIR


1. Latar Belakang Aktiviti
      1.1 Masa                  :    2 jam bagi setiap ahli
      1.2 Lokasi                :    Kem Raudah, Teluk Nipah, Pulau Pangkor
      1.3 Peserta               :    20 orang
      1.4 Personal              :    Ketua Jurulatih          - 1 orang
                                :    Jurulatih                -   2 orang
                                :    Pembantu Jurulatih -         2 orang
:                               :    Jurumudi Bot             -   1 orang


     1.5 Peralatan              :    Jaket Keselamatan        -   26 helai
                                     Bot Penyelamat           -   1 buah
                                     First Aid                -   1 set
                                     Rescue Ring              -   2 unit
2. Objektif
      2.1 Mengenalpasti    langkah   –   langkah       persediaan,    keselamatan,   dan
         mengaplikasikan kemahiran mengapungkan badan.
      2.2 Menguji ketahanan mental dan fizikal serta keyakinan diri.
      2.3 Menghayati dan menikmati keindahan alam semulajadi.
      2.4 Menguasai kemahiran berenang berdasarkan aktiviti yang diberikan.


3. Sebelum Aktiviti
      3.1 Jurulatih
                 3.1.1 Mengenal pasti tempat atau lokasi aktiviti berkenaan.
                 3.1.2 Mengenal pasti keadaan cuaca dan musim.
                 3.1.3 Berhubung dengan penduduk tempatan untuk mendapatkan
                       maklumat aktiviti.
                 3.1.4 Bertanggungjawab          dan      mempunyai          pengetahuan
                       menyeluruh tentang peserta, agihan kumpulan dan aktiviti
                       yang ingin dijalankan.

                                         6
      3.2 Peserta
                3.2.1 Berpakaian yang sesuai untuk berada di air . Gunakan baju
                      berlengan panjang dan berkasut sewaktu berenang.
                3.2.2 Peserta WAJIB memakai jaket keselamatan sepanjang
                      masa tidak kira pandai atau tidak tentang berenang.
                3.2.3 Peserta      hanya    dibenarkan   mengapungkan       badan
                      berkumpulan. Setiap pergerakan mesti mendapat kebenaran
                      jurulatih terlebih dahulu.
                3.2.4 Peserta mestilah berada dalam keadaan sihat fizikal dan
                      mental.


      3.3 Peralatan
                3.3.1 Alat kelengkapan seperti rescue ring, jaket keselamatan dan
                      sebagainya hendaklah dalam keadaan baik dan boleh
                      digunakan.
                3.3.2 Kadar bilangan peralatan dan peserta hendaklah mengikut
                      kadar yang ditetapkan.
                       (membuat pemeriksaan 5 hari sebelum digunakan)


      3.4 Taklimat
                3.4.1 Corak aktiviti
                3.4.2 Pakaian
                3.4.3 Makanan dan minuman
                3.4.4 Waktu solat
                3.4.5 Langkah-langkah keselamatan


4. Semasa Aktiviti
      4.1 Aktiviti yang dicadangkan
               4.1.1 Sejarah Jaket Keselamatan
               4.1.2 Bahagian-bahagian Jaket Keselamatan
               4.1.3 Cara membawa Jaket Keselamatan

                                       7
        4.1.4 Cara memakai Jaket Keselamatan


4.2 Panduan dan keterangan aktiviti
         4.2.1 Sejarah Jaket Keselamatan
        4.3.1 Pengenalan


4.3 Bahagian Jaket Keselamatan
        4.3.1 Memilih atau cara memilih Jaket Keselamatan yang sesuai
        4.3.2 Teknik memakai Jaket Keselamatan yang betul


4.4 Keselamatan Di Air
        4.4.1   Situasi semasa mementingkan keselamatan 100%
        4.4.2 Membuat            tindakan     yang     tepat    untuk     mengelakkan
                kemalangan
        4.4.3 Elakkan panik semasa kecemasan
        4.4.4 Bekerjasama dan tidak memntingkan diri


4.5 Keyakinan Di Air
        4.5.1 Cara pemakaian jaket keselamatan (BA)
        4.5.2 Buddy System (berdua-dua)
        4.5.3 Buat 4 kumpulan (5 peserta setiap kumpulan)
        4.5.4 Masuk ke dalam air dengan berpegangan tangan mengikut
                kumpulan.
        4.5.5 Peserta cuba mengapungkan diri sambil memegang tangan
                dengan pelbagai variasi sehingga mereka yakin melakukan
                sendiri.    Sebelum         itu   jurulatih    membuat     demonstrasi
                bagaimana cara apungan dilakukan. ( ansur maju dia air yang
                cetek hinggalah ke air yang dalam)
        4.5.6 Bila kumpulan sudah yakin peserta boleh melepaskan tangan
                rakan      dan    cuba      mengapungkan        diri   sendiri   dengan
                pengawasan jurulatih (dalam kawasan kawalan)

                                      8
     4.6 Cara Berenang
               4.6.1 Latihan fizikal dengan menggunakan tangan.
               4.6.2 Asas berenang.
               4.6.3 Latihan di air yang cetek untuk mendapatkan kontek renangan
                      dan apungan.
               4.6.4 Renangan ke hadapan dan kebelakang.
               4.6.5 Berhenti dan apungan.


     4.7 Aktiviti Semasa Berenang Di Air
               4.7.1 Berenang mengikut arah/panduan yang ditetapkan.
               4.7.2 Bergerak ke hadapan dengan satu baris lurus diketuai oleh
                      seorang jurulatih.
               4.7.3 Mempelajari isyarat/simbol berenang.
                          4.7.3.1 Isyarat berhenti
                          4.7.3.2 Isyarat penentu arah haluan
                          4.7.3.3 Isyarat panggil balik (call off)
               4.7.4 Isyarat panggil balik kerana kecemasan (emergency call).
                          4.7.4.1 Isyarat semua peserta dalam keadaan baik (OK).
               4.7.5 Mini ekspedisi ke check point yang ditentukan mengikut
                      kumpulan.
               4.7.6 Menyelamat (rescue).


5. Selepas Aktiviti
      5.1 Memastikan semua peserta selamat tiba di pengkalan
      5.2 Penyenggelaraan alatan
                 5.2.1 Pastikan bilangan alatan mencukupi.
                 5.2.2 Membersih dan menyimpan alatan yang digunakan dengan
                          sempurna.
                 5.2.3 Melapor alatan rosak atau hilang untuk tindakan selanjutnya.
      5.3 Sesi refleksi
                 5.3.1 Soal jawab kelemahan dan kekurangan.

                                           9
              5.3.2 Menerangkan rasional aktiviti yang dijalankan.
     5.4 Bacaan doa


6. Pengetahuan Dan Kemahiran
     6.1 Mengetahui teknik aktiviti berenang dan mengapungkan badan
     6.2 Mengetahui pernafasan di air
     6.3 Mengetahui cara bagaimana mengapungkan diri menggunakan BA
     6.4 Mengetahui bagaimana mengendalikan peralatan di air dengan teknik
        yang betul


7. Rumusan
     7.1 Membina dan meningkatkan keyakinan diri
     7.2 Peserta dapat mengaplikasikan pengetahuan dalam mata pelajaran.
     7.3 Peserta dapat menghargai dan mencintai alam sekitar
     7.4 Memahami cara berenang dan boleh mengapungkan diri




                                        10
 MANUAL
 AKTIVITI
KEYAKINAN
    DI
   AIR


   11
1.0 PENGENALAN


      Keyakinan di air adalah aktiviti wajib yang perlu dipelajari sebelum peserta
dibenarkan masuk ke tasik, laut atau yang lain-lain yang melibatkan aktiviti air seperti
kayak dan snorkeling. Semasa aktiviti ini dijalankan, para peserta perlu memakai
Buoyancy Aid (Alat apungan) yang mempunyai Cop Sirim, tahan 6 jam dalam air atau
lebih dikenali sebagai jaket keselamatan. Para peserta akan diajar cara yang betul
untuk memakai BA agar tahap keselamatan para peserta terjamin. Terdapat juga wisel
di dalam poket kecil BA bertujuan untuk penggunaan ketika terdapat sebarang
kecemasan. Adalah penting bagi setiap para peserta untuk mempunyai keyakinan
ketika berada di dalam air agar para peserta tidak panik dan tahu cara-cara untuk
mengapungkan      badan   dan   menyelamatkan      diri   ketika   berlakunya   sebarang
kecemasan.


2.0 ALATAN KEYAKINAN DI AIR


   Buoyancy Aid




   Rescue Ring




                                          12
     Bot Penyelamat




3.0     PROSEDUR


     Pastikan para peserta mengetahui cara pemakaian jaket keselamatan (BA)
     Hendaklah sentiasa mengamalkan cara Buddy System (berdua-dua)
     Para peserta masuk ke dalam air dengan memegang tangan mengikut kumpulan
      dan bentuk badan
     Peserta cuba mengapung diri


5.0 TEKNIK KEYAKINAN DI AIR
       4.1 Teknik Pemakaian BA
           4.1.1 Para peserta perlu belajar cara memakai BA dengan betul.
           4.1.2 Pastikan ikatan pada BA ketat dan tidak longgar




                                          13
 4.2 Teknik Apungan Di Darat
     4.2.1 Para peserta belajar cara apungan di darat
     4.2.2 Peserta baring dan cuba untuk tenangkan diri
     4.2.3 Cuba untuk mempelajari agar tidak panik ketika berada di dalam air




4.3 Keyakinan Di Air
    4.3.1 Sentiasa mendengar arahan dai jurulatih
    4.3.2 Beratur atau berada dalam kumpulan masing-masing
    4.3.3 Rendamkan kaki dan basahkan muka untuk merasa air




                                   14
4.4 Apungan Kawasan Cetek
    4.4.1 Dalam kumpulan peserta cuba apungkan diri.
    4.4.2 Ulang semula jika kaki mencecah tanah.
    4.4.3 sentiasa berpegangan tangan sesama rakan.




4.5 Gerakan Tangan
    4.5.1 Para peserta cuba untuk menggerakkan tangan
    4.5.2 Cuba untuk mengawal apungan
    4.5.3 Bergerak dengan manghayun tangan kiri kanan




                                  15
4.6 Apungan Kawasan Dalam
    4.6.1 Bergerak dalam kumpulan dan sentiasa berpegangan tangan
    4.6.2 Dalam bulatan cuba mengapungkan badan




4.7 Keyakinan Di Air
    4.7.1 Melakukan teknik apungan masing-masing (dipantau oleh jurulatih)
    4.7.2 Para peserta boleh bergerak setelah berjaya menguasai teknik
    apungan.




                                  16
REFLEKSI


      Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga
saya menyiapkan tugasan amali Pendidikan Luar yang merupakan salah satu daripada
aktiviti wajib yang perlu kami hadapi pada masa akan datang. Tugasan kerja kursus
pendek ini bermula dari 1.2.2010 dan perlu dihantar pada 11.2.2010.


      Tugasan ini dijalankan secara individu di mana pensyarah kami iaitu Encik Faisal
Bin Mohd Japeri telah pun mangagihkan tajuk tugasan sehari sebelum tugasan
dimulakan. Saya mendapat tajuk mengenai aktiviti keyakinan di air di mana saya perlu
mengetahui teknik – teknik yang ada di dalam aktiviti keyakinan di air. Saya juga perlu
mencari serba sedikit maklumat mengenai proses perjalanan aktiviti kerana kami perlu
menyediakan SOP dan Manual aktiviti berkenaan.


      Antara perkara baru yang saya perolehi melalui tugasan ini ialah saya dapat
mengenali dengan lebih mendalam alatan – alatan yang diperlukan dalam penyediaan
aktiviti. Saya juga serba sedikit mengetahui mengenai proses penyediaan SOP dan
Manual yang perlu dilaksanakan dalam menjalankan sesuatu program agar program
dapat berjalan dengan lancar.


      Tambahan lagi, hasil daripada pelaksanaan tugasan ini, terdapat banyak nilai –
nilai murni yang dapat diterapkan dalam diri kita. Antaranya ialah sikap tolong menolong
antara satu sama lain. Rakan – rakan saya banyak membantu dalam mencari sumber
maklumat dan membantu dalam menyiapkan tugasan ini. Selain itu, sentiasa menepati
masa dan berdisiplin juga adalah nilai yang terdapat dalam penghasilan tugasan ini.


      Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih atas jasa baik pensyarah
saya iaitu En Faisal Bin Mohd Japeri kerana banyak membantu dalam penghasilan
tugasan ini dan saya berharap agar hasil yang ada di dalam tugasan ini dapat
digunakan pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.



                                          17
BIBLIOGRAFI


     INTERNET



 1. Keyakinan Di Air (2010)
      http://www.blogspot.lembaiandanau.com.my

      Diakses pada 8.2.2010

 2. Keyakinan Di Air (2010)
      http://www.pusatkokurikulumperak.gov.com

       Diakses pada 8.2.2010

 3. Keyakinan Di Air (2010)

      http://www.scribd.com
      Diakses pada 8.2.2010




                                       18
      18

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:948
posted:10/6/2010
language:Malay
pages:18