Docstoc

hubungan etnik Tugasan

Document Sample
hubungan etnik Tugasan Powered By Docstoc
					 Tugasan 1

Latar Belakang
   Ekonomi
 Malaysia Dari
    1850an
Sehingga 1957
1.0   Latar Belakang Ekonomi Malaysia Dari 1850an Sehingga 1957.

            Malaysia merupakan sebuah negara yang maju dalam bidang ekonomi.
      Bermula dari kedatangan British ke Tanah Melayu, hasil tempatan diperlukan
      untuk diperdagangkan. Ianya juga menjadi sumber pendapatan penduduk di
      Tanah Melayu pada ketika itu.

            Terlebih dahulu kita lihat mengapakah tahun 1850an hingga 1957 penting
      dalam perkembangan ekonomi di Malaysia. Pada waktu inilah kemasukkan
      orang Cina dan India ke Tanah Melayu lebih ketara, sebelum itu mereka bebas
      keluar dan masuk dan selepas 1874 kemasukkan mereka disokong oleh pihak
      British. Ini kerana tenaga mereka amat diperlukan untuk bekerja di lombong-
      lombong dan estet-estet. Terdapat beberapa kaedah atau sistem yang
      digunakan oleh British untuk kemasukan buruh Cina. Antaranya ialah Sistem
      Tiket Kredit. Bakal buruh asing ke Tanah Melayu dikumpulkan dari kampung-
      kampung oleh kheh-thau (ketua). Ketua dibayar sejumlah wang bagi setiap
      imigran China yang dibawa. Bakal imigran ini dikenali sebagai Sin Kheh. Sin
      Kheh tidak mampu biayai perbelanjaan mereka ke Tanah Melayu dan mereka
      akan diletakkan di bawah pengawasan agensi buruh yang menerima bayaran
      daripada bakal majikan imigran berkenaan. Sin Kheh perlu membuat perjanjian
      secara lisan atau bertulis bagi menjelaskan hutang mereka dengan cara bekerja
      dengan majikan tertentu dalam tempoh tertentu. Mereka akan dibekalkan
      dengan tiket yang menunjukkan pelabuhan yang mereka tujui serta keterangan
      sama ada mereka bebas atau tidak. Apabila sampai ke pelabuhan, mereka akan
      diambil oleh pemborong buruh yang bertindak sebagai orang tengah yang akan
      mendapatkan majikan mereka dengan bayaran tertentu. Sistem yang berikutnya
      ialah Sistem Pengambilan Kakitangan. Majikan yang memerlukan buruh akan
      menghantar pegawainya ke negara China untuk dapatkan buruh. Segala
      tambang dan perbelanjaan buruh akan dibiayai majikan. Pegawai berkenaan
      bertanggungjawab mengiringi buruh tersebut hingga sampai ke tempat majikan.
      Akhir sekali adalah Sistem Pengambilan Rumah Kongsi. Pengambilan buruh
      akan dilakukan oleh pegawai di China yang dilantik oleh sesebuah rumah kongsi.
Pegawai tersebut akan membiayai segala perbelanjaan buruh tersebut sehingga
sampai di rumah kongsi di Tanah Melayu. Apabila buruh diserah kepada tuan
punya rumah kongsi, pembawa buruh dibayar kadar tertentu seperti yang
dipersetujui.

       Kemasukan buruh India pula adalah dengan menggunakan kaedah
Sistem Buruh Bebas. Buruh India memasuki Tanah Melayu atas pembiayaan
masing-masing. Kedatangan mereka diatur oleh orang atau kumpulan tertentu
kerana kepentingan ekonomi. Apabila tiba di Tanah Melayu, mereka bebas pilih
tempat atau pekerjaan yang dikehendaki. Sistem yang berikutnya ialah Sistem
Kontrak di mana majikan akan membiayai tambang ke Tanah Melayu dan
sebagai balasan, buruh akan bekerja dengan majikan untuk jangka masa
tertentu (1 atau 3 tahun)dengan bayaran minimum antara 9 atau 13 sen sehari.
Akhir sekali adalah Sistem Kangani. Seorang kangani (ketua/mandur/tandil)
diberi kepercayaan oleh majikan dan dihantar pulang ke India untuk mencari
tenaga buruh. Kangani diberi wang pendahuluan untuk biayai perbelanjaan
buruh sehingga mereka tiba di Tanah Melayu. Kangani juga merupakan
pengurus agensi yang membawa masuk buruh India ke Tanah Melayu.

       Kita juga dapat lihat perkembangan hubungan kaum pada tahap yang
awal dan dengan itu dapat fahami jurang perbezaan yang ketara antara kaum-
kaum ini. Ekonomilah penyebab utama kaum-kaum ini telah dipisahkan dan
dipecahkan oleh pihak British untuk memenuhi kepentingan ekonomi kolonial
dan berterusan sehingga abad 20. Pada tahun 1840an permintaan pada buruh-
buruh luar terutama dari China dan India agak tinggi berbanding buruh-buruh
Melayu. Ini kerana persepsi masyarakat Eropah yang menganggap orang
Melayu itu malas berbeza dengan masyarakat lain. Permintaan pada tenaga
buruh ini tinggi kerana terdapatnya permintaan yang tinggi bagi sektor tanaman
komersil contohnya di Perak, Negeri Sembilan dan Johor. Seperti tanaman lada
hitam, gambir, tebu dan buruh-buruh ini dibawa masuk secara beransur-ansur.
      Pada tahun 1840an ini imigren kurang sedikit berbanding tahap kedua
iaitu 1874 di mana bijih timah atau getah mengambil alih dalam pengeluaran
ekonomi kolonial. Contohnya dari tahun 1881 - 1900 jumlah imigren Cina yang
datang ke Tanah Melayu semakin meningkat kira-kira 8900 sehingga 200000
ribu orang. Manakala kedatangan orang India pula semakin meningkat dari
18962 pada 1895 ke 38351 pada 1900. Kebanyakan mereka ditempatkan di
lombong bijih dan estet. Oleh kerana permintaan pada ekonomi kolonial yang
tinggi, golongan imigren yang datang masuk dalam acuan yang telah ditetapkan
oleh British. Iaitu dimana orang Cina ditempatkan di kawasan lombong, orang
India di kawasan estet atau ladang manakala orang Melayu dikatakan tidak
sesuai bekerja ditempat-tempat ini kerana mereka dianggap tidak berminat dan
malas. Sebenarnya sebelum kurun ke-19 lagi bijih timah telah mula diusahakan
oleh orang Melayu seperti di negeri Melaka, Pahang, Johor, Klang, Perak dan
Sungai Ujong sejak kurun ke-15 tetapi ianya hanya pekerjaan sambilan dan
dilakukan pada masa lapang sahaja. Oleh itu orang Melayu telah dikekalkan
dalam ekonomi sara dirinya kerana ekonomi komersil ini memerlukan kerja yang
kuat untuk berjaya.

      Pada awalnya pedagang Cina berhubung dengan pembesar Melayu
seperti di Perak dan Negeri Sembilan. Pembesar-pembesar Melayu mula
mengupah buruh cina untuk mengusahakan lombong bijih timah mereka seperti
yang dilakukan oleh Long Jaafar di Larut dan Raja Jumaat di Lukut. Kemasukan
buruh Cina dan India sangat digalakkan kerana bayaran bagi mereka adalah
murah. Selain itu mereka juga pandai atau mahir untuk jalankan kegiatan
melombong.

      Masyarakat Cina yang lain sangat taat dan setia pada pembesar Melayu
awalnya. Tapi apabila kapitan Cina telah mengambil alih tugas pembesar di
lombong dengan menjaga segala hal kebajikan, kesetiaan telah beralih arah.
Hubungan antara kapitan Cina dan masyarakat Cina lain jadi semakin kuat.
Dengan itu lama kelamaan tertubuhlah kongsi-kongsi gelap Cina yang besar
seperti Hai San dan Ghee Hin. Kapitan Cina yang dilantik ini bergantung pada
pembesar kerana lombong itu adalah milik pembesar, tetapi apabila British
datang telah mengubah segala yang ada di Tanah Melayu ini menjadi miliknya
secara automatik kesetiaan kapitan Cina berubah juga. Dengan kedatangan
British, Britiish telah buat beberapa jabatan untuk menguruskan segala urusan.
Temetrinya Perjanjian Pangkor pada 1874 telah banyak mengubah keadaan
masyarakat di Tanah Melayu. Jikalau dahulu pembesar mempunyai peranan
dalam mengutip cukai daripada masyarakat tapi dengan kedatangan British
peranan pembesar hancur dan bentuk pemungutan cukai pun berubah dimana
beberapa jabatan ditubuhkan dan ada pentadbirnya. Jabatan-jabatan inilah yang
mengutip cukai daripada masyarakat dan wang kutipan itu diletakkan
diperbendaharaan negara iaitu bawah Kerajaan British bukan sultan lagi. Kerana
sultan tidak ada kuasa dalam pentadbiran melainkan hanya hal agama dan adat.
Orang yang mengerjakan kawasan perlombongan itu jika dahulu dalam bentuk
hamba yang dimiliki oleh pembesar-pembesar tenaga mereka dikerah dan tidak
dibayar gaji. Tapi sekarang dengan perubahan yang dibuat oleh British mereka
dikenali sebagai pekerja yang dibayar gaji, duduk dibawah kongsi dan di satu-
satu kawasan. Kita dapat lihat banyak perubahan telah berlaku sejak 1840an -
1870an, peranan-peranan mereka yang bekerja telah berubah. Pekerja-pekerja
yang diambil tetap dari China tetapi tuan yang mempunyai lombong sekarang ini
bukan lagi milik pembesar tetapi telah menjadi milik saudagar dari Negeri-negeri
Selat. Ini kerana permintaan terhadap hasil timah sangat menggalakkan di luar
negeri. Oleh itu, pelbagai inisiatif diambil untuk meningkatkan hasil keluaran dan
menambah modal. Satu caranya adalah gunakan alat-alat yang mempunyai
teknologi tinggi.

       Akhirnya pembesar-pembesar ini telah mencagarkan kawasan lombong
mereka kerana tidak mampu untuk membeli alat yang berteknologi tinggi. Jikalau
dulu Cina banyak bergantung dengan pembesar Melayu kerana mata pencarian
mereka ada ditangan orang Melayu. Tapi apabila datangnya British Cina telah
mula bergantung pada British. Oleh sebab itu orang Cina dan India tidak lagi lihat
pembesar Melayu kerana memandang hubungan mereka dalam bentuk ekonomi
iaitu ekonomi kolonial. Dengan kedatangan British bentuk hubungan kaum
berubah ia mestilah mengikut konsep hubungan kolonial. Di mana semua kuasa
ada di bawah British dan segala apa yang perlu atau tidak adalah ikut kata
British. British mempunyai kuasa penuh dalam pentadbiran di Tanah Melayu,
dengan   itu   sekaligus   British   telah   tentukan   ekonomi,   pendidikan   dan
pertempatan masyarakat pada masa itu. Hubungan yang British bentuk ini
sebenarnya berkelompok-kelompok dan ia tidak mahu lihat masyarakat bersatu.
Kelompok-kelompok masyarakat ini kekal hingga sekarang dan sukar untuk di
ubah kerana telah sebati dalam hidup mereka. British mahukan masyarakat
pelbagai kaum ini hidup dalam dunia masing-masing. Di mana orang Cina
ditempatkan di lombong-lombong dengan sekutu mereka supaya mudah ditadbir
oleh British. Begitu juga dengan orang Melayu ditempatkan di kampung-
kampung dan masyarakat India di estet-estet.

      Dalam hubungan yang terbentuk ini juga puak Ghee Hin dan Hai San
telah berani menjadi penentu takhta. Mereka turut terlibat dalam perebutan
takhta di Perak dan peranan mereka dalam menyokong antara anak-anak raja
yang berebut itu. Selain itu juga, semasa menandatangani Perjanjian Pangkor
puak ini terlibat dan ini seakan-akan mereka diberi peranan penting di dalam
Tanah Melayu, sedangkan mereka adalah perompak. Akhirnya hubungan kaum
di Tanah Melayu tidak dapat disatukan dan perpaduan tidak dapat terbentuk.
Pembesar dan sultan telah hilang kuasa mereka untuk mentadbir di tanah
sendiri. Hubungan yang terbentuk adalah hubungan kolonial dan semuanya
mengikut pemerintah British.
  Tugasan 2

    Sistem
 Pendidikan Di
Malaysia Sejak
  Awal 1900
Hingga Penyata
    Razak
2.0   Sistem Pendidikan Di Malaysia Sejak Awal 1900 Hingga Penyata Razak.

            Sistem pendidikan di Malaysia bermula ketika sebelum kedatangan British
      ke Tanah Melayu lagi. Ketika ini, pada umumnya merupakan pendidikan yang
      tidak menekankan soal formal. Penekanan hanyalah kepada pengajaran kitab
      suci Al-Quran, tingkah laku dan akhlak yang baik, pengetahuan dan juga sifat
      kerohanian.


            Terdapat juga sebilangan pelajar yang mempelajari pendidikan agama di
      sekolah-sekolah pondok yang ditubuhkan oleh para ulama Islam yang terkenal
      pada zaman tersebut. Sekolah-sekolah jenis ini masih boleh dilihat sekarang di
      negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah.


            Pada amnya, pendidikan tradisi ini mempunyai kurikulum yang terlalu
      sempit kerana pelajaran adalah terhad kepada teks Al-Quran sahaja. Namun,
      kelebihan yang boleh diperolehi daripada aspek pengajaran sebegini ialah ia
      telah berjaya mewujudkan ramai tokoh agama yang bukan sahaja terkenal dalam
      bidang agama, tetapi juga mempunyai tahap etika yang amat tinggi.


            Kemudian, sistem pendidikan di Malaysia berubah apabila semasa
      penjajahan British. Terdapat 2 tempoh dalam sistem pendidikan. Tempoh yang
      pertama bermula pada 1784 sehingga 1941. Pada zaman ini, kerajaan British
      telah mula mengambil perhatian terhadap pendidikan di negeri-negeri Selat.
      Blundell (Gabenor negeri Selat) telah mencadangkan supaya ditubuhkan
      sekolah-sekolah Vernakular Melayu di negeri-negeri Selat dengan bantuan
      kerajaan British. Pada tahun 1856, Blundell dengan bantuan kewangan daripada
      DYMM Temenggung Johor telah menubuhkan dua buah sekolah Vernakular
      Melayu di Singapura. Selepas itu, pada tahun 1858 hingga 1863, kerajaan British
      telah menubuhkan beberapa buah sekolah Melayu di Pulau Pinang dan Melaka.
      Mata pelajaran-mata pelajaran yang biasa diaplikasikan di sekolah-sekolah
      Vernakular ialah Bacaan, Mengarang, Ejaan, Menulis, Ilmu Hisab, Latihan
      Jasmani dan Ilmu Alam. Gerakan bimbingan juga mula dikembangkan di Tanah
Melayu ketika ini. Pejabat Pelajaran Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri
Tanah Melayu Bersekutu mengeluarkan “A Guide To Careers In Malaya For
Parents, Teachers and Pupils”. Buku tersebut mengandungi analisis senarai
kerja yang terdapat di dalam perkhidmatan kerajaan.


        Pada awal kurun ke-20, mata pelajaran Perkebunan dan Anyaman telah
ditambah ke dalam kurikulum sekolah. Murid-murid akan memasuki Darjah I
hingga Darjah IV. Selepas itu, hanya sebilangan kecil pelajar sahaja yang
berpeluang melanjutkan pelajaran ke Special Malay Class, di mana mereka
dapat meneruskan persekolahan di sekolah Inggeris kelak.


        Pada waktu ini juga, sekolah vernakular Cina yang pertama telah didirikan
oleh Persatuan Mubaligh London di negeri Melaka pada tahun 1815, dan
kemudiannya di Singapura pada tahun 1819. Pada tahun 1900, dua orang
menteri dan pendidik dari negeri China, Kang You Wei dan Liang Qi Chau telah
mendirikan       sekolah   Vernakular     Cina    dan     menggabungkan       pengajaran
Confucious dengan pengajaran sains Barat. Kurikulum yang diperkenalkan
adalah berorientasikan kepada negara China. Sesetengah sekolah dijadikan
pusat    untuk     menyebarkan    sentimen       anti    British.   Pentadbiran   Inggeris
kemudiannya telah mengawal segala aktiviti sekolah dan kurikulumnya menjadi
bertambah baik.


        Perkembangan       sekolah      Vernakular      Tamil   pula   bermula    semasa
perkembangan ladang getah, kelapa sawit, kopi dan gula di Tanah Melayu.
Terdapat ramai buruh dari negara India telah diambil untuk bekerja di estet-estet.
Pendidikan dalam bahasa Tamil diberi di salah sebuah sekolah cawangan
Singapore Free School mulai tahun 1834. Kumpulan-kumpulan mubaligh Kristian
banyak memberi sumbangan kepada perkembangan pendidikan formal dalam
bahasa Tamil pada peringkat awalnya. Sehingga tahun 1938, terdapat 13 buah
sekolah Tamil kerajaan, 511 buah sekolah estet, 23 buah sekolah mubaligh dan
60 buah sekolah Tamil swasta di seluruh Semenanjung Tanah Melayu.
Sepertimana sekolah Vernakular Melayu, sekolah-sekolah Vernakular Tamil
terhad pada peringkat rendah sahaja dan seperti sekolah-sekolah Cina,
kurikulum sekolah-sekolah Tamil berorientasikan negara asal mereka, India.
Manakala buku-buku dan tenaga pengajar dibawa dari Sri Lanka dan India.


       Sekolah Inggeris pula didirikan daripada hasil usaha kaum mubaligh
Kristian. Pada tahun 1816, Penang Free School telah ditubuhkan dan
mempunyai beberapa matlamat seperti untuk semua bangsa, mendidik supaya
berdisiplin, berkelakuan baik dan rajin, ibu bapa yang berkemampuan
dikehendaki membayar yuran sekolah dengan kadar berpatutan, murid akan
belajar membaca dan menulis Bahasa Inggeris dan mempelajari Ilmu Kira-kira,
murid Melayu akan diajar Bahasa Melayu, rancangan yang sama diadakan juga
untuk bangsa lain, murid akan diajar tentang pekerjaan seperti pertukangan
menjahit dan lain-lain serta diajar supaya menghormati ibu bapa dan agama
Kristian.


       Pada tahun 1826, Melaka Free Schol ditubuhkan serta disusuli dengan
penubuhan Victoria Insitute pada tahun 1893, Sekolah King Edward VII di
Taiping pada tahun 1906. Pada awal kurun ke-20, semua Free School telah
diambil alih oleh kerajaan. Pada tahun 1905 pula, sebuah sekolah Melayu iaitu
Malay College Kuala Kangsar ditubuhkan khas untuk anak-anak Melayu
peringkat atasan.


       Tempoh kedua zaman pendidikan British bermula pada tahun 1946
sehingga sebelum merdeka iaitu 1957. Pihak Jepun telah menakluki Tanah
Melayu pada tahun 1941 sehingga tahun 1945. Pada zaman ini, kebanyakan
sekolah diajar dalam bahasa Jepun. Selepas kekalahan pihak Jepun ke atas
pihak Inggeris, kurikulum asal telah diaplikasikan semula. Walau bagaimanapun,
beberapa laporan cadangan terhadap kurikulum baru telah digubal. Laporan-
laporan yang dimaksudkan ialah Laporan Barnes 1951, Laporan Fenn-Wu 1951,
Ordinan Pelajaran, Dasar Pelajaran Kebangsaan dan Laporan Razak 1956.
      Laporan Barnes 1951 mencadangkan semua jenis sekolah rendah diganti
dengan satu sistem persekolahan sahaja iaitu sekolah kebangsaan. Cadangan
lain adalah Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama dan bahasa
Inggeris diajar sebagai bahasa kedua akan tetapi, cadangan laporan Barnes ini
ditentang oleh masyarakat bukan Melayu. Laporan Fenn-Wu 1951 pula
mencadangkan sekolah Cina diteruskan di Tanah Melayu tetapi sukatan
pelajaran hendaklah berdasarkan Tanah Melayu. Namu demikian, kedua-dua
laporan ini tidak dapat dilaksanakan kerana masalah kewangan dan ancaman
darurat kerana pengaruh komunis.


      Ekoran daripada Laporan Barnes dan Fenn-Wu, kerajaan British
menubuhkan Jawatankuasa Penasihat Pusat mengenai pendidikan. Tujuannya
adalah untuk mengkaji cadangan-cadangan kedua-dua laporan ini serta mencari
satu kompromi atau jalan tengah yang baik. Dengan itu, terhasil Ordinan
Pelajaran 1952 yang mempunyai cadangan seperti sistem pendidikan sekolah
kebangsaan dilaksanakan melalui pengenalan Bahasa Inggeris secara beransur-
ansur di sekolah-sekolah melayu, sekolah vokasional diperkembangkan, sekolah
jenis Inggeris dikekalkan dan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris juga mula
dikuatkuasakan di sekolah-sekolah Cina dan Tamil. Setelah lebih kurang 3 tahun
Ordinan Pelajaran berkuatkuasa, kerajaan British telah menubuhkan Penyata
Razak. Tujuan penubuhan penyata ini adalah untuk mengkaji Ordinan Pelajaran
1952 dan mencadangkan satu sistem pelajaran kebangsaan yang baru yang
dapat diterima oleh semua kaum di negara ini. Antara cadangan Penyata Razak
ialah dua sistem persekolahan diwujudkan iaitu sekolah umum di mana ia
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Satu lagi ialah
sekolah jenis umum di mana ia menggunakan bahasa Inggeris, Cina atau Tamil
sebagai bahasa pengantar. Cadangan lain adalah satu jenis sekolah diwujudkan
di peringkat menengah dengan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris sebagai
bahasa pengantar dan semua jenis sekolah menggunakan sukatan pelajran
yang sama. Namun demikian, penyata ini tetap mendapat tentangan daripada
guru-guru melayu kerana tidak ada ketegasan dalam perlaksanaan bahasa
kebangsaan dan persatuan guru-guru sekolah Cina menentang kerana bahasa
Cina diabaikan.


      Berdasarkan kenyataan yang telah diterangkan berkaitan sejarah
pendidikan di Tanah Melayu, dapat dibuat kesimpulan bahawa pendidikan pada
zaman dahulu amat mengambil berat aspek mengagungkan tanah air sendiri.
Contohnya pendidikan Cina yang berorientasikan negara asal mereka iaitu
China, manakala pendidikan India pula berasaskan negara India. Selain itu,
pendidikan zaman dahulu juga menitikberatkan aspek kecenderungan terhadap
agama, seperti kewujudan sekolah-sekolah pondok untuk mengajar Al-Quran
dan hal-hal berkaitan dunia akhirat. Selepas kemasukan kurikulum berasaskan
British, maka berlakulah rombakan terhadap sistem pendidikan asal yang
diamalkan sebelum ini. Walau bagaimanapun, masih lagi terdapat beberapa
kelemahan dalam sistem pendidikan yang dianjurkan oleh British. Maka,
wujudlah beberapa laporan yang bertujuan untuk memperbaiki sistem pendidikan
British ini seperti Laporan Fenn-Wu 1951, Ordinan Pelajaran, Dasar Pelajaran
Kebangsaan dan Laporan Razak 1956.
  Tugasan 3

  Sistem Dan
      Dasar
  Pentadbiran
British Di Tanah
Melayu Sehingga
      1957
   Tugasan 4

Tahap Tranformasi
 Hubungan Etnik
   Di Malaysia
    Sehingga
 Peristiwa 13 Mei
       1969
4.0   Tahap Tranformasi Hubungan Etnik Di Malaysia Sehingga Peristiwa 13 Mei
      1969.

              Malaysia telah mengalami pembangunan dan transformasi sosial dan
      ekonomi yang pesat semenjak kemerdekaannya pada tahun 1957. Namun,
      selain agenda pembangunan dan pemodenan terdapat beberapa isu lain yang
      harus ditangani sekiranya Malaysia ingin mengekalkan kadar pembangunannya
      itu. Antara isu yang dimaksudkan ialah isu integrasi nasional dan pembentukan
      bangsa. Isu ini amat penting, lebih-lebih lagi bagi sebuah negara yang
      masyarakatnya terdiri daripada pelbagai kelompok etnik, budaya, bahasa, dan
      agama. Berikut adalah beberapa tahap tranformasi hubungan etnik di Malaysia
      yang ada pada masa kini.


              Yang pertama ialah Tahap Dekad Pertama Kemerdekaan. Setelah
      sepuluh tahun merdeka, pembangunan negara yang dilaksanakan melalui
      falsafahsistem ekonomi bebas terus mengukuhkan kepentingan pelabur ekonomi
      asing, terutama dari Barat. Pembangunan infrastruktur jalan raya, saluran, dan
      parit serta kemudahan awam seperti sekolah dan klinik kesihatan dibangunkan
      tetapi tidak seimbang kerana lebih tertumpu di kawasan bandar di bahagian
      barat Semenanjung.


              Dalam dekad 60-an, hasil beberapa Kongres Ekonomi Bumiputera,
      masyarakat Melayu berpendapat kemerdekaan tidak memberi makna dan
      membawa kepada peningkatan taraf hidup. Orang Melayu mahu negara diwarnai
      oleh bahasa, budaya, dan agama mereka dan kehidupan yang tidak dipinggirkan
      oleh penguasaan ekonomi oleh kaum Cina dan India. Kumpulan etnik Cina dan
      India diberikan kerakyatan negara ini dengan mudah tetapi pembangunan
      negara terus menguntungkan mereka yang berada di bandar, terutama dalam
      bidang ekonomi. Masyarakat India dan, terutamanya, Cina bukan sahaja terus
      mengukuhkan kumpulan mereka dalam arena perdagangan dan peruncitan
      tetapi juga mendesak agar system persekolahan bahasa ibunda mereka
      dikekalkan.   Masyarakat   Cina   menolak    dasar   pendidikan   kebangsaan
berteraskan satu bahasa kebangsaan dan yang meminggirkan bahasa ibunda
kaum etnik lain. Persatuan sekolah dan guru sekolah Cina didapati telah
memperjuangkan ekstremis budaya ini di kalangan masyarakat Cina di negara
ini semenjak sebelum merdeka lagi.


         Di hujung dekad 60-an, ketegangan wujud dalam perhubungan etnik yang
membawa kepada konflik dalam tahun 1969 kerana masalah ketidaksamarataan,
kemunduran, kemiskinan, produktiviti rendah, dan ketiadaan kemudahan awam
telah bertindih-tindih antara satu sama lain mengikut garis etnik, agama, bandar-
desa, dan wilayah. Perbahasan tentang ideologi dan jati negara yang berbeza
antara kumpulan etnik, merenggangkan hubungan antara mereka dan
meruncingkan lagi jurang sosial yang wujud itu. Pembangunan negara yang
mengutamakan pertumbuhan ekonomi boleh menjamin kemakmuran tetapi
tanpa kesamarataan dan keadilan pertumbuhan ini tidak boleh menjamin
kestabilan dan keharmonian etnik dalam negara ini. Amalan demokrasi ala
Westminster mungkin unggul di United Kingdom tetapi dalam suasana
kewujudan jurang sosial dari segi pendidikan, pekerjaan, pendapatan, dan ekuiti
yang luas antara etnik, kebebasan bercakap dan berkumpul menjadi duri dalam
masyarakat hingga masalah yang bersifat sosial dan material bertukar menjadi
isu etnik. Akhirnya, penyelesaian dan penggemblengan dibuat berdasarkan
perkiraan perbezaan etnik.


         Tahap tranformasi yang berikutnya ialah Tahap Dasar Ekonomi Baru
(DEB). Selepas kejadian rusuhan etnik 1969, kerajaan menyedari wujudnya
jurang    sosioekonomi   antara   etnik   yang   luas   dan   kelonggaran   ikatan
kewarganegaraan di kalangan rakyat pelbagai budaya. Pihak kerajaan telah
melaksanakan dua dasar utama setelah politik negara kembali stabil, iaitu DEB
dan Rukunegara. DEB mempunyai beberapa penekanan bermula dengan
membasmi kemiskinan, menyusun semula struktur ekonomi agar pekerjaan tidak
bercirikan batas etnik, dan mewujudkan masyarakat industri dan perniagaan
bumiputera.
        Manakala kontrak sosial negara yang termaktub dalam perlembagaan
diolah kembali melalui Rukunegara agar dapat dijadikan prinsip dan pegangan
hidup rakyat Malaysia. Demi membina masyarakat yang bersatu padu, skim
Rukun    Tetangga    telah   dilancarkan   pada   tahun   1975   untuk   membina
perhubungan etnik di peringkat masyarakat melalui skim rondaan dankonsep
muhibah.


        Rakyat Malaysia didapati memiliki nafas sabar yang agak pendek apabila
dasar-dasar ini mula dilancarkan kerana mereka sering bertindak dengan
mengkritik dan menolak pelaksanaan dasar dan program ini. Masing-masing
etnik mahu mengaut keuntungan ke arah diri sendiri dan tidak mahu menunggu
kesan positif yang mungkin lahir dari dasar-dasar yang dilancarkan itu di hari
kemudian. Ada di kalangan masyarakat Cina yang berhijrah keluar ke negara
lain, ada yang pergi belajar ke luar negara dan tidak kembali ke negara sendiri,
dan ada yang membawa modal ke luar negara dan melabur di negara lain
sebagai tanda protes kepada perubahan dasar pemerintahan negara. Di bidang
budaya dan pendidikan, masyarakat Cina terutamanya, mengorak langkah untuk
memperkukuh bahasa, budaya, dan persekolahan ibunda mereka sendiri.
Perkembangan ini juga merupakan reaksi kepada beberapa perubahan yang
diambil oleh pihak kerajaan, seperti Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang
mengutamakan budaya Melayu, Islam, dan mengambil elemen budaya lain yang
selari dengan budaya tempatan; tindakan kerajaan menjadikan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar di sekolah dan universiti; dan pelaksanaan Akta
Koordinasi Industri 1974 yang meletakkan syarikat bermodal tertentu menerima
ekuiti bumiputera dalam perniagaan mereka. Masyarakat Melayu dapat menarik
nafas lega dengan perubahan-perubahan ini tetapi masyarakat Cina dan India
berasa tertekan.


        Perubahan-perubahan ini telah merisaukan masyarakat bukan Melayu,
terutama etnik Cina, dengan persepsi pesimis hingga menyebabkan prestasi
kurang cemerlang parti politik MCA dalam pilihan raya 1969 yang hampir
menghakis kedudukan politik mereka. Di sebalik salah faham yang wujud,
kestabilan politik yang dicapai hasil peluasan amalan perkongsian kuasa politik
antara parti politik berteraskan etnik dan agama telah Berjaya menarik pelaburan
asing yang telah membuka peluang pekerjaan. Hingga pada akhir pelaksanaan
DEB, negara telah mencatat kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi,
kemiskinan dikurangkan, masyarakat kelas menengah di kalangan masyarakat
Cina dan Melayu dikembangkan; dan negara didapati makmur dan harmoni.
Pembangunan yang telah berjaya membasmi kemiskinan dan membina kelas
menengah yang besar telah melahirkan budaya hidup komersial di kalangan
rakyat pelbagai budaya. Aspirasi dan pandangan hidup mereka dikongsi
bersama dan perkongsian ini telah membina hubungan saling pergantungan
antara satu sama lain dan mewujudkan hubungan silang budaya yang melintas
batas etnik. Malahan dasar-dasar kerajaan yang digubal selepas 13 Mei 1969,
yang condong ke arah nasionalisme Melayu, didapati tidak menjadi amalan
dalam pemerintahan negara. Ada antara dasar ini yang diubah, seperti Akta
Koordinasi Industri dan kedudukan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK)
dan ada pula yang masih dipegang sebagai dasar tetapi telah menunjukkan
kematangan dengan menerima budaya dan amalan agama kumpulan etnik lain
sebagai sebahagian daripada lanskap masyarakat ini. Kepelbagaian dan
ketidakseragaman hidup dari segi budaya, bahasa, dan agama di kalangan
rakyat di Malaysia sudah boleh diterima, diperaku, dan diraikan. Malahan sudah
wujud ruang sosial yang luas yang memperlihatkan perkongsian pendapat awam
sudah lebih terbina di kalangan rakyat pelbagai budaya jika dibandingkan
dengan perbezaan antara mereka. Jika ada perbezaan pendapat pun,
perbezaan berkenaan sudah boleh diterima dan disepakati tanpa mempengaruhi
perhubungan sosial yang sudah terbina harmoni antara mereka.


      Struktur perhubungan etnik di Malaysia di tahap ini lebih dipengaruhi oleh
kumpulan etnik yang batas mereka nipis dan perhubungan antara mereka
berdasarkan perkiraan bukan etnik. Hubungan etnik di tahap ini lebih bersifat
utilitarian dan mengikat mereka dalam jalinan silang budaya; merentas batas
etnik dan agama masing-masing. Namun demikian ada yang bermain dengan
corak tingkah laku pengelompokan etnik yang tidak sihat dengan memanipulasi
etnik demi mempertahankan kepentingan material dan kedudukan mereka,
seperti yang sering dilakukan semasa pilihan raya dan kemasukan ke institusi
pengajian awam.


      Kumpulan etnik ini juga didapati masih tercari-cari identiti bangsa dan
negara yang diinginkan hingga tugas pembentukan negara dan negara bangsa,
yang sudah diletakkan batu asasnya oleh perjuangan kemerdekaan, menjadi
kabur dan tidak terbina secara persetujuan antara rakyat, terutamanya isu
kontrak sosial dan kedudukan bahasa Melayu. Dari satu segi, perbahasan
tentang isu-isu ini merupakan perkara biasa kerana struktur umur dan pendidikan
rakyat berubah. Yang paling menakutkan, masih ada di kalangan etnik Melayu,
Cina, India, Kadazan-Dusun, Iban, Bidayuh, dan etnik lain yang bermain dengan
sentimen etnisiti dan agama. Kelompok etnik serpihan ini perlu dikenal pasti jika
tindakan melampau dan kecenderungan ke arah ketenteraan dan keganasan
pergerakan sosial ini mahu ditangani.


      Punca kepada terbentuknya isu perhubungan etnik, seperti manipulasi
etnik, perbahasan tentang identiti diri serta negara, dan amalan bermain dengan
sentimen etnisiti serta agama di atas perlu dikaji, kerana tidak mustahil teras
masalahnya bukan terletak pada dimensi perbezaan etnik, budaya, bahasa, dan
agama tetapi mungkin disebabkan kemunduran, pengangguran, kemiskinan,
peminggiran, dan ketidaksamarataan dalam kehidupan serta masyarakat. Oleh
sebab itu pintu masuk kepada konflik etnik di Malaysia pada tahap ini bukan lagi
ala 13 Mei 1969, iaitu jurang ekonomi yang memisahkan etnik Melayu dan Cina,
tetapi mungkin konflik di kalangan masyarakat miskin dan pinggiran, terutama di
bandar.
REFLEKSI

      Akhirnya saya dan rakan saya telah berjaya menyiapkan tugasan yang
menceritakan tentang masalah jurang ekonomi masyarakat Bumiputera Melayu dan
bukan Bumiputera yang dilihat telah membawa kpada tragedi 13 Mei 1969 dalam
konteks perhubungan etnik di Malaysia dalam kursus Hubungan Etnik. Dalam proses
penyiapan tugasan ini, saya telah berusaha dengan bersungguh-sungguh bagi
menyempurnakan tugasan yang diberikan.

      Banyak yang dapat saya pelajari semasa proses penyiapkan tugasan ini, oleh
sebab saya ditugaskan untuk menulis laporan latar belakang ekonomi Malaysia, sistem
pendidikan di Malaysia dan tahap tranformasi hubungan etnik di Malaysia, saya
berpeluang untuk lebih mengenali Malaysia melalui proses pencarian maklumat. Selain
itu, saya juga banyak berbincang berkenaan dengan tugasan ini supaya dapat lebih
memahami maklumat yang dicari. Oleh itu, pengetahuan saya terhadap negara tercinta
lebih mendalam berbanding dahulu, dan saya berharap saya dapat memanfaatkan ilmu
pengetahuan ini dalam profesion saya kelak.

      Selain itu, dalam penghasilan laporan tugasan ini, terdapat beberapa masalah
yang saya hadapi. Antaranya ialah dalam proses pencarian maklumat dan proses
menulis laporan. Maklumat yang saya perolehi begitu mendalam dan agak sukar untuk
difahami. Oleh yang demikian, saya dan rakan saling berbincang dan banyak
bertanyakan pada rakan-rakan yang lain agar saya dapat memahami kandungan isi
tersebut.

      Adalah amat penting bagi setiap insan di Malaysia untuk merapatkan jurang
hubungan etnik antara sesama kaum. Perdana Menteri kita telah melancarkan
Gagasan 1 Malaysia dan kita sepatutnya menyokong penuh gagasan tersebut supaya
dapat mengelakkan dari berlakunya kejadian yang sama berulang kembali iaitu
peristiwa 13 Mei 1969.

      Kesimpulannya, saya berasa bahawa tugasan ini banyak membantu saya dalam
profesion ini kerana selain memahami tanah air yang tercinta ini, saya mempelajari cara
mengekalkan hubungan etnik yang baik.
ngan etnik yang baik.

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:6231
posted:10/6/2010
language:Malay
pages:20