Docstoc

1 0 KONSEP ALAM BELAJAR Alam belajar murid terdiri daripada dua komponen Alam Fizikal Fizikal boleh diibaratkan sebagai ‗guru yang kedua‘ bagi seseorang pelajar dalam bil

Document Sample
1 0 KONSEP ALAM BELAJAR Alam belajar murid terdiri daripada dua komponen Alam Fizikal Fizikal boleh diibaratkan sebagai ‗guru yang kedua‘ bagi seseorang pelajar dalam bil Powered By Docstoc
					1.0     KONSEP ALAM BELAJAR
Alam belajar murid terdiri daripada dua komponen.
.




Alam Fizikal:-
        Fizikal boleh diibaratkan sebagai ‗guru yang kedua‘ bagi seseorang pelajar
dalam bilik darjah. Alam fizikal banyak mencerminkan gaya pengajaran seorang guru di
bilik darjah. Sususan kerusi dan meja , pokok-pokok dalam pasu, gambar-gambar
pemandangan, papan kenyataan , hasil kerja pelajar akan mengwujudkan satu keadaan
yang kondisif untuk seseorang pelajar.Penyusunan meja kerusi pelajar sebagai gaya
auditorium, gaya bersemuka ,gaya off-set ,gaya seminar dan gaya cluster akan
membantu pelajar untuk meningkatkan pelajaran mereka.




Psikososial:-
        Faktor psikososial seperti nada suara yang sesuai, suasana yang kondusif,
tingkah laku yang diterima dan saling berbudi bahasa akan membantu seorang pelajar
dalam     aspek   keselamatan    dan   keselesaan    mereka    dalam    persekitaran
sekolah.Seorang guru yang prihatin terhadap kebajikan pelajar dan mudah didampingi,
beramah tamah, cekap, berkeyakinan diri dan mengambil berat tentang keselamatan
dan keselesaan pelajar akan memenuhi keperluan-keperluan psikososial murid-murid
yang diajar.



                                          1
KOMUNITI PEMBELAJARAN
Pembelajaran      murid   amat    dipengaruhi    oleh   persekitarannya.   Teori    Ekologi
Bronfenbrenner      menjelaskan     pengaruh     sosiobudaya     persekitaran      terhadap
perkembangan dan pembelajaran individu.


1. Mikrosistem.
      Persekitaran yang terdekat dimana kanak-kanak mempunyai interaksi secara
      langsung dan menghabiskan paling banyak masa. Contoh ibubapa, adik
      beradik,rakan-rakan,jiran dan guru.


2. Mesosistem.
      Perhubungan antara mikrosistem.Apa yang berlaku dalam satu mesosistem
      boleh mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang lain. Misalnya keadaan
      rumah boleh mempengaruhi tingkah laku individu di sekolah. Contoh rumah-
      sekolah, rumah jiran, sekolah-jiran.


3. Ekosistem.
      Pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan murid secara langsung
      tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan
      kepada kanak-kanak dan dewasa yang terlibat dengan kanak-kanak tersebut.
      Contoh sekolah-pasar raya, kaedah pengurusan, kemudahan dan peraturan-
      peraturan yang dikuatkuasakan oleh tempat membeli belah secara tidak
      langsung mempengaruhi perkembangan sosial kanak-kanak tersebut.


4. Makrosistem.
      Perkembangan individu dipengaruhi oleh norma-norma ,nilai-nilai dan amalan
      masyarakat . Misalnya dalam sesetengah masyarakat peranan jantina dititik
      beratkan (santrock 200H).Di sesetengah Negara, kaum lelaki diberi peranan
      yang lebih dominan dimana mereka diberi peluang pelajaran dan pekerjaan-
      pekerjaan yang penting.



                                             2
5. Kronosistem.
      Perubahan keadaan dalam sesuatu tempat masa .Misalnya kanak-kanak hari ini
      lebih berfokus kepada permainan komputer jika dibandingkan dengan kanak-
      kanak dua atau tiga puluh tahun dahulu yang lebih gemar bermain di
      persekitaran rumah. Interaksi elemen-elemen dalam 5 sistem ekologikal Teori
      Ekologi Bronfenbrenner boleh mempengaruhi perkembangan dan pembelajaran
      murid.


Implikasi Sistem Teori Ekologi Bronfenbrenner kepada guru.


      Persekitaran banyak mempengaruhi tingkah laku dan perkembangan intelek dan
rohani seorang pelajar. Persekitaran yang membina dan positif akan membantu pelajar
mencapai kecemerlangan dalam akedemik manakala persekitaran yang tidak sesuai
atau negatif akan membantutkan segala usaha yang diambil oleh pelajar tersebut.
Persekitan yang diwarisi oleh seorang pelajar akan membentuk tingkah laku yang akan
mencorakkan perkembangan akedemik dan sahsiah. Oleh yang demikian persekitaran
boleh mempengaruhi perkembangan dan pembelajaran murid secara mutlak.




                                         3
2.0   PERANAN DAN KEPENTINGAN MAIN DALAM PEMBELAJARAN MURID-
      MURID


Pernahkah kita berfikir bahawa kanak-kanak memerlukan main dalam perkembangan
kognitif, psikomotor dan afektif.Terdapat 2 kategori main iaitu permainan sosial dan
permainan kognitif. Dengan merujuk kepada nota kuliah dan carian internet, cuba
senaraikan 3 jenis permainan tradisional untuk setiap kategori.


Permainan Sosial
      1. Permainan congkak
      2. Permainan batu seremban
      3. Permainan main guli


Permainan Kognitif
      1. Permainan galah panjang
      2. Permainan lari ikat kaki
      3. Permainan tingting




                                           4
3.0   KONSEP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


      KONSEP PENGAJARAN
      Pengajaran merupakan aktiviti yang berkaitan dengan penyebaran ilmu
pengetahuan yang meliputi aktiviti 1perancangan, 2pengelolaan, 3penyampaian,
4bimbingan dan 5penilaian. Secara ringkas, pengajaran merupakan proses untuk
menyampai dan menyumbang idea-idea serta memudahcara pembinaan ilmu,
menentukan standard dan menggalakkan kreativiti, membantu seseorang pelajar untuk
belajar dan mencabar pelajar kearah pencapaian potensi optimum.


      Apakah respon anda terhadap gambar di bawah yang dikaitkan dengan konsep
pengajaran dan pembelajaran?


Gambar 1 adalah berkaitan pengajaran seorang ibu kepada anaknya di rumah.
Proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dimana banyak tumpuan adalah
kepeda proses pengajaran dan tunjuk ajar oleh ibu.




                                          5
Gambar 2 adalah bimbingan seorang guru kepada anak muridnya dimana guru
mengambil berat tentang pelajaran anak muridnya.




Gambar 3 adalah berkaitan pembimbing rakan sebaya dimana rakan sekelas akan
membantunya dalam proses pembelajaran.




                                         6
KONSEP PEMBELAJARAN
      Konsep pembelajaran adalah perubahan tingkah laku. Ramai ahli psikologi
menyatakan pembelajaran adalah proses, melalui latihan atau pengalaman organisma,
dan menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal.


TEORI PEMBELAJARAN GAGNE
      Gagne(1968) mengatakan pembelajaran bergerak daripada tahap yang paling
mudah kepada yang kompleks. Beliau telah mengenalpasti lapan jenis pembelajaran
dan setiap pembelajaran hanya akan dicapai sekiranya pelajar telah menguasai
pembelajaran di peringkat yang lebih awal.


Hieraki Pembelajaran           Ciri-ciri Pembelajaran yang berlaku & Contoh
1.Pembelajaran Isyarat         Seseorang individu mempelajari gerak balas terhadap
                               sesuatu       isyarat.   Contohnya,      apabila      seseorang
                               menguap, kita dapat isyarat dia mengantuk.
2.Pembelajaran Gerak Balas     Proses peneguhan penting untuk memperkuatkan
                               pertalian antara rangsangan dengan gerak balas.
                               Peneguhan mesti diberi secara konsisten dan tekal
                               supaya gerak balas yang positif dapat dikekalkan.
                               Contohnya, Ali menunjukkan kerja sekolah yang dia
                               dapat 80%. Ibunya memberi pujian,‖bagus,Ali pandai‖.
                               Ali akan mengulangi tingkah laku itu lagi untuk
                               mendapatkan pujian daripada ibunya.
3. Rangkaian Motor             Pembelajaran        rangkaian    motor    digunakan      dalam
                               pembelajaran kemahiran seperti permainan, muzik,
                               elektronik,       mekanikal     dan   lain-lain.   Rangkaian
                               merupakan satu siri tingkah laku yang berkaitan untuk
                               melengkapi tugasan yang dijalankan.
4. Pertalian Bahasa            Untuk     menyatakan          sesuatu      prinsip,      pelajar
                               memerlukan kemahiran bahasa untuk mengaitkan
                               fakta, data dan konsep. Pertalian bahasa merupakan

                                             7
                         satu rangkaian berbahasa.Ia memerlukan kemahiran
                         berbahasa yang telah dipelajari dahulu.
5. Diskriminasi          Belajar membezakan benda-benda yang dipelajari
                         mengikut ciri-ciri tertentu,untuk memudahkan proses
                         mengkategori dan menyimpannya dalam ingatan.Pada
                         masa      yang     sama,     pelajar    dapat     membezakan
                         rangsangan        atau     maklumat     penting      berbanding
                         maklumat tidak penting dan memberi gerak balas
                         berlainan        untuk     rangsangan        yang      berlainan.
                         Pembelajaran        diskriminasi adalah        sangat      penting
                         dalam proses pembelajaran.Pelajar dapat menapis
                         maklumat penting daripada maklumat tidak penting dan
                         ini memudahkan proses pengkodan maklumat untuk
                         disimpan dalam ingatan jangka panjang.
6. Konsep                Pembentukan         konsep     bermula       dengan       pertalian
                         berbahasa dan diskriminasi,iaitu mengenali ciri-ciri
                         sesuatu      konsep        secara   tepat.      Pelajar      dapat
                         membentuk konsep yang baik setelah membuat
                         persepsi dan pengamatan terhadap objek, orang dan
                         peristiwa.Pelajar perlu didedahkan dengan banyak
                         contoh-contoh yang jelas supaya dia dapat membentuk
                         konsep yang betul dan tepat.
7. Hukum                 Pembelajaran ini melibatkan gabungan dua atau lebih
                         konsep yang berkaitan dalam sesuatu urutan atau
                         rangkaian. Pembelajaran ini melibatkan penggunaan
                         rumus,prinsip dan generalisasi.
8.Penyelesaian Masalah   Pembelajaran ini melibatkan penggunaan prinsip,
                         rumus,      generalisasi,     konsep     dan    hokum        untuk
                         menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi baru.
                         Terdapat      beberapa       langkah   dalam        penyelesaian
                         masalah,iaitu            mengenal      masalah,           mencari

                                      8
                                 maklumat,membuat      hipotesis,membuat   pilihan
                                 ,membuat rumusan.


KLASIFIKASI HASIL PEMBELAJARAN GAGNE
Gagne juga telah mengklasifikasi hasil pembelajaran kepada lima jenis
pembelajaran.


Kategori               Huraian
Maklumat lisan         Mendapatkan semula maklumat yang
                       disimpan:


                       Keadaan dalaman yang menyokong
                       termasuk:
                       -ilmu sedia ada;
                       -strategi untuk memperoses maklumat
                       baru;


Kemahiran Intelek      Operasi mental yang membolehkan murid-murid memberi
                       respon kepada pelbagai konsapsi mereka berhubung dengan
                       persekitaran di mana mereka berada.
                       Keadaan dalaman yang menyokong.


Strategi Kognitif      Perancangan


                       Kawalan diri


                       Pemantuan pemikiran dan pembelajaran oleh murid-murid
                       termasuk:
                       -khusus kepada tugas
                       -umum
                       -eksekutif

                                          9
Sikap             Satu keadaan dalaman atau semulajadi yang mempengaruhi
                  pilihan tindakan seseorang;


Kemahiran motor   Kebolehan untuk melakukan pergerakan fizikal mengikut
                  urutan;


                  Melibatkan tiga tahap:


                  (i) Belajar urutan yang
                     berkenaan;
                  (ii) Amalkan pergerekan
                     tersebut;
                  (iii) Murnikan pergerakan
                     berasaskan maklum balas
                     daripada persekitaran;




                                     10
4.0    TEORI-TEORI PEMBELAJARAN


Tokoh                Ujikaji                Hasil Dapatan         Komen
                     Kotak Skinner.         Jika seorang          Faktor ganjaran
                                            kanak-kanak diberi    iaitu peneguhan
                     Seekor tikus yang      pujian selepas        positif dan
                     sedang melompat-       melakukan susuatu     dendahan iaitu
                     lompat disekeliling    yang diingini ,maka   peneguhan
Burrhus F. Skinner   kotak tiba-tiba        kanak-kanak itu       negatif akan
(1904 – 1990)        menekan butang         akan mengulangi       berperanan
                     yang akan              lagi tingkah laku     membentuk
                     mengeluarkan           tersebut untuk        perkembangan
                     Seketul                mendapatkan           kanak-kanak.
                     makanan.Tanpa          pujian atau pun       Peneguhan
                     membuang masa          peneguhan.            positif perlu
                     tikus itu akan                               dipergiatkan dari
                     mengulangi                                   masa kesemasa
                     menekan butang                               dan peneguhan
                     tersebut untuk                               negatif perlu
                     mendapatkan                                  dihentikan.
                     makanan.
                     Kajian patung          Kebanyakan            Pemerhatian dan
                     Bobo yang              kelakuan manusia      pengekalan
                     berfokuskan            dipelajari melalui    merujuk kepada
                     kepada pola            pemerhatian           perolehan atau
                     tingkahlaku            terhadap              pembelajaran
                     berhubung kait         permodelan.Melalui    sesuatu
Albert Bandura       dengan                 proses memerhati      tingkahlaku,
(1925 – sekarang)    tingkahlaku            orang                 manakala
                     agresif .              lain,seseorang        penghasilan semula
                                            individu              dan

                                           11
                                      membentuk satu      motivasi
                                      idea bagaimana      menentukan
                                      kelakuan            mutu atau kualiti
                                      dilaksanakan dan    mencontohi
                                      apakah kesannya.    tingkahlaku yang
                                                          dikenalpasti.
                 Melatih anjing       Pavlov              Pembelajaran
                 untuk                berpendapat         yang berlaku
                 mengeluarkan air     pembelajaran        melalui perkaitan
                 liur apabila         boleh berlaku       ini dinamakan
                 kedengaran bunyi     akibat kaitan       pelaziman dan
                 loceng.(konsep       anatar rangsangan   pembelajaran
Ivan Petrovich
                 rangsangan dan       dengan gerak        yang berlaku
Pavlov
                 gerakbalas           balas.              akibat dua
(1849 - 1936)
                                                          rangsangan
                                                          inimdikenali
                                                          sebagai
                                                          pelaziman klasik.
                 Hirarki keperluan    Keperluan manusia   Secara
                 Maslow.Keperluan     boleh disusun       semulajadi
                 Fisiologi,           mengikut satu       murid-murid kita
                 keselamatan,         hirarki bermula     hendaklah
Abraham Maslow   kasih sayang,        dengan keperluan    mempunyai
( 1908- 1970)    harga diri dan       fisiologi,diikuti   kawalan kendiri
                 penyempurnaan        dengan              ke atas apa yang
                 kendiri              keselamatan,kasih   hendak mereka
                                      sayang,harga diri   pelajari,
                                      dan berakhir        bertindak ke ats
                                      dengan              persekitaran dan
                                      penyempurnaan       membuat pilihan
                                      kendiri.            atau keputusan,

                                     12
                                                            setiap individu
                                                            berusaha
                                                            bersungguh –
                                                            sungguh untuk
                                                            menimba
                                                            pengalaman
                                                            seharian dan guru
                                                            menjadi fasilitator.
Jean Piaget     Kanak-kanak aktif    Dua proses penting     Empat tahap
(1896- 1980)    membentuk            dalam membina          perkembangan
                kefahaman            kefahaman tentang      berkait rapat
                terhadap             dunia persekitaran     dengan umur.
                persekitaran         ialah organisasi       Setiap tahap
                melalui empat        dan                    perlu diberi
                tahap                adaptasi.Adaptasi      penekanan
                perkembangan         dibahagikan            khusus mengikut
                kognitif.            kepada        asimilasi tahap
                                     dan akomodasi.         perkembangan
                                                            kognitif kanakkanak
                                                            tersebut.
Lev Vygotsky    Kebolehan intelek    Murid-murid            Guru harus
( 1896- 1934)   adalah spesifik      biasanya membina       memberi peluang
                kepada budaya di     pengetahuan            kepada pelajar
                mana kita            secara individu        untuk
                dipelihara dan       serta sosial.          berinteraksi
                dibesarkan.          Penyediaan             mencari
                Kebanyakan           persekitaran yang      inteprestasi
                daripada apa yang    kondusif akan          maing-masing.
                kita berfikir dan    membantu pelajar       Setiap murid
                cara berfikir        menilai dan            adalah berbeza
                dipengaruhi oleh     memanipulasi           dan guru harus

                                    13
    budaya.    persekitara   memainkan
               tersebut.     peranan sebagai
                             fasilitator dalam
                             proses
                             pembinaan
                             pembelajaran
                             murid-murid.


.




              14
5.0   MODEL, PENDEKATAN, STRATEGI DAN KAEDAH
      PENGAJARAN


PENGENALAN
      Pengajaran         merupakan   satu   proses   yang   merangkumi   aktiviti-aktiviti
perancangan, pelaksanaan, penilaian dan maklum balas. Terdapat beberapa model
pengajaran yang telah diperkenalkan oleh pakar-pakar pendidik sebagai panduan untuk
menghasilkan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan




JENIS-JENIS MODEL PENGAJARAN.


1. Model Pemprosesan Maklumat
      • Konsep
      • Pengajaran konsep
             - Inkuiri
             - Ekspositori
      • Implikasi Model Pemprosesan Maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran.


2. Model Behavioral
      • Pengajaran Langsung (Direct Instruction) untuk penguasaan kemahiran
      • Pembelajaran Masteri
      • Implikasi Model Behavioral dalam pengajaran dan pembelajaran.


3. Model Sosial
      • Pembelajaran Koperatif
      • Main Peranan & Simulasi
      • Implikasi Model Sosial dalam pengajaran dan pembelajaran


                                            15
4. Model Personal
      • Synectics (aplikasi kreativiti seperti membuat analogi dan metafora)
              - Kesedaran Peribadi
              - pemupukan konsep kendiri dan harga diri yang tinggi
      • Implikasi Model Personal dalam pengajaran dan pembelajaran.


Jenis Model      Contoh           Huraian              Implikasi terhadap
Pengajaran                                             Pengajaran dan
                                                       Pembelajaran dalam
                                                       bilik darjah
1. Model         Inkuiri          Model ini,murid      Murid akan mengambil bahagian
pemprosesan                       melibatkan diri      yang aktif dalam pembelajaran,
Maklumat                          dalam menguji        Menganalisis data, menyemak
                                  konsep dan           hipotesis dan membuat refleksi
                                  hipotesis.           terhadap pembentukan ilmu
                                                       yang timbul.
                 Ekspositori      Model ini murid      Murid tidak digalakkan
                                  akan akan            memikirkan atau
                                  menerima isi         menyoal tentang apa
                                  pelajaran dari       yang dipelajari.Mereka
                                  guru.                hanya mempelajari apa
                                                       yang patut dipelajari
                                                       sahaja.
2. Model         Pengajaran       Model ini            Kaedah ini agak sesuai
Behavioral       Langsung         berarahkan guru      untuk mengajar bacaan
                                  dimana guru akan     dan metematik tetapi
                                  menyampaikan isi     kurang sesuai bagi
                                  pengajaran secara    matapelajaran yang mirip kepada
                                  langsung kepada      penerokaan dan
                                  murid-murid serta    penemuan.
                                  menstruktur masa
                                  pengajaran

                                            16
                                supaya
                                menyusun langkah
                                pengajaran dan
                                pembelajaran.
                 Pembelajaran   Model ini            Dalam kaedah ini isi
                 Masteri        digunakan untuk      pelajaran disusun
                                menyesuaikan         daripada mudah
                                pengajaran           kepada kompleks
                                dimana               sebelum disampaikan
                                faktor perbezaan     kepada murid-murid
                                individu diambil     agar murid dapat
                                kira.                mengikuti pengajaran
                                                     guru mengikut kadar
                                                     kecekapan masingmasing
3.Model Sosial   Pembelajaran   Model pembelajar     Kaedah ini akan
                 Koperatif      ini berfokuskan      meningkatkan
                                kepada               kemahiran sosial dan
                                perkembangan         perpaduan anatar ahli
                                konsep dan           kumpulan dan
                                kemahiaran           pembelajaran ini juga
                                melalui kerja        mempunyai impak ke
                                berkumpulan.         atas pencapaian
                                                     akademik dan harga
                                                     diri murid-murid.
                 Main Peranan   Main peranan         Main peranan amat
                 & Simulasi     membantu             berguna dalam P&P
                                muridmurid           sains sosial di mana
                                memahami             murid-murid kita dapat
                                tingkahlaku sosial   memahami
                                ,peranan mereka      keprihatinan,nilai dan
                                dalam interaksi      perspektif orang lain.

                                         17
                                     sosial dan           Simulasi membantu
                                     caracara             murid-murid untuk
                                     menyelesaikan        melihat perwakilan
                                     masalah dengan       objek yang sebenar.
                                     berkesan. (Watak
                                     lakonan) Simulasi
                                     menggabungkan
                                     maklumat
                                     mengenai satusatu
                                     kemahiran
                                     melalui
                                     demonstrasi,prakti
                                     s dan latihan
                                     khusus.
4.Model           Synectics          Model ini mengajar Murid-murid akan
Personal                             kemahiran            mengikuti satu siri
                                     menyelesaikan        bengkel sehingga
                                     masalah,aktiviti     mereka berupaya untuk
                                     penulisan dan        mengaplikasi prosedurprosedur
                                     bidang-bidang        tertentu
                                     yang lain.           secara individu dan
                                                          kumpulan koperatif.


DEFINISI, JENIS & PRINSIP-PRINSIP SETIAP PENDEKATAN


       Pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu. Ia merujuk kepada cara
bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan berdasarkan objektifnya. Terdapat
beberapa pendekatan yang boleh anda guna di dalam bilik darjah iaitu pendekatan
induktif, deduktif, integratif, eklektik dan tematik.




                                                18
Jenis        Prinsip Pembelajaran         Contoh aktiviti
Pendekatan
Induktif     Mengajar dari spesifik ke    Pengajaran mata pelajaran Bahasa
             umum                         Melayu penulisan.Tajuk yang
                                          khusus perlu diberi penerangan yang jelas
                                          dengan membentuk soalan-soalan yang
                                          berkaitan secara lisan dan
                                          mengembangkan tajuk dengan fakta-fakta
                                          yang relevan.
Deduktif     Mengajar dari umum ke        Pengajaran mata pelajaran Sains.
             spesifik                     Membuat ujikaji berkaitan tajuk yang
                                          diajar supaya pelajar dapat meneroka
                                          hubungan antara elemen-elemen yang
                                          khusus.
Integratif   Mengintegrasi isi            Tugasan kumpulan yang diberikan oleh
             kandungan & kemahiran        guru.Pelajar akan menggunakan
             ke dalam satu pelajaran      kemahiran asas komunikasi untuk
                                          berfikir, mensistesis dan memberi
                                          pendapat untuk menyiapkan tugasan yang
                                          diberikan oleh guru. Pendekatan ini lebih
                                          berpusatkan kepada pelajar.
Eklektif     Kombinasi deduktif,          Lembaran kerja yang diberikan oleh guru
             induktif atau Integrative    kepada pelajar untuk sesuatu mata
                                          pelajaran akan lebih menitik
                                          beratkan perbezaan individu dari segi
                                          minat, kebolehan, pengalaman,
                                          pengetahuan sedia ada. Pelajar dapat
                                          menyiapkan kerja yang diterima kerana ia
                                          menepati aras kebolehannya.
Tematik      Mengajar pelajaran           Guru mengajar tajuk yang sama bagi satu
             mengikut satu tema           minggu untuk semua mata pelajaran.Tema


                                         19
              sahaja                       yang sama akan diperjelaskan mengikut
                                           mata pelajaran yang diajar. Contohnya
                                           pengajaran haiwan peliharaan akan
                                           diperjelaskan dalam Bahasa Melayu,
                                           Bahasa Inggeris, Metematik dan Sains.
                                           Tema yang sama akan diajar oleh semua
                                           guru.




DEFINISI, JENIS & PRINSIP-PRINSIP SETIAP STRATEGI


     Strategi pengajaran dan pembelajaran boleh didefinisikan kebijaksanaan
memilih, menyusun dan mengurus sesuatu rancangan supaya boleh menghasilkan
pencapaian yang optimum.


     Strategi-strategi yang boleh digunakan dalam bilik darjah adalah seperti berikut:
           • Strategi Pemusatan guru
           • Strategi Pemusatan murid
           • Strategi Berasaskan bahan
           • Strategi Berasaskan tugasan/aktiviti




                                         20
6.0     PERBEZAAN INDIVIDU DAN PEMBELAJARAN


PENGENALAN


        Perbezaan individu adalah variasi yang boleh diperhatikan di kalangan ahli-ahli
dalam satu kumpulan individu dalam aspek temperamen, tahap tenaga, pola
persahabatan dan hubungan ibu bapa dengan anak-anak (Borich & Tombari, 1997).


        Slavin (2005) pula menumpukan perhatian kepada perbezaan individu dalam
konteks pengajaran dan pembelajaran. Beliau menjelaskan kepelbagaian murid dari
segi tahap prestasi, kadar belajar, gaya kognitif atau gaya pembelajaran, etnik, budaya,
kelas sosial, bahasa di rumah, jantina, bakar serta minat.


Perbezaan Individu
        1. Budaya dan Etnik
        2. Jantina
        3. Kecerdasan
        4. Gaya Pembelajaran
        5. Sosio ekonomi


TEORI KECERDASAN PELBAGAI GARDNER


        Howard Gardner telah memperkenalkan 9 jenis kecerdasan. Di bawah adalah
jadual yang menunjukkan jenis-jenis kecerdasan yang ada pada setiap orang.


Kecerdasan           Pekerjaan                  Sifat-sifat Utama
Logik                Saintis, pakar statistik   -Berminat dengan nombor.
Matematik            ahli nuklear, ahli kaji    -Suka pada penaakulan dan penyelesaian
                     bintang                    masalah.
                                                -Gemar menyukat, mengukur dan mengurus
                                                data.

                                                21
Ruang            Pelaut, juruterbang,        -Gemar berkaitan ruang.
(Spatial)        pelukis                     -Mahir dari segi visualisasi dan manipulasi
                                             objek secara mental.
                                             -Mempunyai ingatan visual yang kuat.
                                             -Mahir dari segi kordinasi mata-tangan.
                                             -Cenderung kepada seni.
Linguistik/Bah   Pengarang,penyair,          -Berminat dengan perkataan,sama ada lisan
asa              wartawan,     pemidato, atau bertulis.
                 ahli                        -Mahir membaca, menulis, bercerita dan
                 politik                     menghafal perkataan.
                                             -Gemar membaca dan mencatat nota.
Muzikal          Penggubal          lagu, -Gemar          dengan          ritma,     muzik      dan
                 penyanyi,                   pendengaran.
                 pemain alat-alat muzik      -Peka terhadap bunyi, ritma dan pic.
                                             -Boleh menyanyi, bermain alat muzik, dan
                                             menggubah lagu.
                                             -Menggunakan lagu atau ritma untuk belajar.
Kinestetik       Penari, ahli sukan, ahli    -Gemar dengan kemahiran pergerakan motor
badan            Gimnastik                   halus.
                                             -Cenderung          kepada      sukan,tarian      atau
                                             lakonan.
                                             -Belajar melalui aktiviti fizikal.
Interpersonal    Juru jual, kaunselor, -Gemar berinteraksi dengan orang lain.
                 guru                        -Bersifat       ekstrovert            dan       pandai
                                             berkomunikasi.
                                             -Boleh bekerjasama dalam kelompok.
                                             -Gemar melibatkan diri dalam perbincangan
                                             atau perbahasan.
Intrapersonal    Ahli      ulama,       ahli -Berkaitan dengan kapasiti introspektif dan
                 falsafah,                   refleksi kendiri.
                 ahli psikologi dan ahli     -Bersifat    introvert   dan          gemar     bekerja

                                             22
                 teologi.                  perseorangan.
                                           -Mempunyai kesedaran kendiri yang tinggi.
                                           -Bersifat memahami emosi, matlamat dan
                                           motivasi sendiri.
Naturalist       Ahli       ulama,    ahli -Berkaitan dengan kapasiti introspektif dan
                 falsafah,                 refleksi kendiri.
                 ahli psikologi dan ahli   -Bersifat   introvert      dan   gemar     bekerja
                 teologi.                  perseorangan.
                                           -Mempunyai kesedaran kendiri yang tinggi.
                                           -Bersifat memahami emosi, matlamat dan
                                           motivasi sendiri
Existentialist   Individu yang berminat -Berkobolehan          untuk    menimbulkan      dan
                 tentang hayat, evolusi    membuat       refleksi     mengenai      persoalan
                 manusia dan kematian      berbentuk      falsafah,     berkaitan     dengan
                                           kehidupandan kematian.


GAYA PEMBELAJARAN DUNN & DUNN (2000)


       Perbezaan Individu yang kedua dan relevan dengan profesion kita adalah
perbezaan gaya pembelajaran. Gaya pembelajaran sesorang merujuk kepada stail
pembelajarannya. Pada umumnya terdapat tiga jenis gaya pembelajaran iaitu Visual,
Audio dan Kinestetik. Akan tetapi, Dunn & Dunn (2000) memperkenalkan lima
rangsangan yang boleh mempengaruhi gaya pembelajaran seseorang. Jadual berikut
menunjukkan faktor-faktor yang memainkan peranan dalam mempengaruhi gaya
pembelajaran murid.


Faktor                  Faktor              Huraian
Rangsangan              Cahaya              Ada pelajar yang suka belajar suasana
Persekitaran                                terang dan sederhana terang.
                                            Tidak ramai pelajar yang suka belajar
                                            dalam cahaya yang malap dan terlalu

                                           23
                                      terang.
                   Bunyi              Ada pelajar yang suka belajar dengan
                                      bunyi muzik dan ada pelajar yang suka
                                      belajar dalam keadaan yang senyap dan
                                      sunyi.
                   Suhu               Suasana       sejuk   dan      nyaman    dapat
                                      mempertingkatkan                 keberkesanan
                                      pembelajaran
                   Reka       bentuk Susunan kerusi meja dalam bilik darjah
                   tempat belajar     yang      selesa   dapat      mempertingkatkan
                                      keberkesanan pembelajaran.
Rangsangan Emosi   Motivasi           Motivasi intrinsik dan ekstrinsik. Motivasi
                                      intrinsic suka belajar dengan insiatif sendiri
                                      dan motivasi ekstrinsik suka mengikut yang
                                      berstruktur daripada guru.
                   Keazaman         & Pelajar yang mempunyai keazaman yang
                   Tanggungjawab      kuat akan mengambil insiatif sendiri dan
                                      dapat belajar dalam tempoh masa yang
                                      panjang.
                   Struktur           Pelajar    yang    struktur    suka   membuat
                                      peraturan sendiri dan mengikut apa yang
                                      distruktur.
Sosial             Perseorangan       Suka belajar secara sendiri dan tidak
                                      berharap orang lain berdamping dan
                                      mengganggunya semasa belajar.
                   Berpasangan        Belajar bersama rakan karib dan boleh
                                      memperolehi banyak kemajuan melalui
                                      interaksi dua hala.
                   Berkumpulan        Gaya pembelajar merangkumi ciri
                                      perbincangan dan kerjasama.
                   Orang dewasa       Belajar bersama orang yang disanjung

                                     24
                               contohnya seperti ibubapa.Orang
                               dewasa dapat menyelesaikan masalah
                               pembelajaran yang dihadapi.
Fisiologi   Masa Belajar       Memilih waktu tertentu untuk belajar. Ada
                               pelajar yang lebih suka belajar pada waktu
                               pagi ataupun pada waktu malam.
            Mobiliti           Terdapat belajar yang suka berdiri atau
                               berjalan sana sini semasa belajar.
                               Ada pelajar yang suka menukar tempat
                               duduk kerap kali semasa belajar.
            Pemakanan          Terdapat pelajar yang suka makan, atau
                               minum semasa belajar.
            Persepsi           Terdapat pelajar yang membuat andaian
                               semasa belajar.
Psikologi   Otak Kiri & Otak Mempunyai        kemahiran       berfikir   dalam
            Kanan              bidang logik, analitis, bahasa, fakta,
                               matematik dan ingatan.(kiri)
                               Mempunyai      kemahiran       berfikir   dalam
                               bidang kreatif, sintesis, warna, rekabentuk,
                               perasaan,         irama,       muzik       dan
                               imaginasi.(Kanan)
            Refleksi           Pelajar yang suka belajar dengan cara
                               berfikir.
            Gerak hati         Belajar bergantung kepada angin atau
                               moodnya.
            Global/Analitik    Suka belajar sesuatu dengan teliti. Suka
                               menganalisis fakta dan isi pelajaran secara
                               terperinci dan secara menyeluruh.




                              25
7.0      MOTIVASI UNTUK PEMBELAJARAN


PENGENALAN


         Motivasi bermakna sesuatu kuasa yang mendorongkan seseorang melakukan
sesuatu untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, motivasi dianggap sebagai satu unsur yang penting yang membolehkan
murid-murid melibatkan diri secara aktif, disamping menjadikan proses pembelajaran itu
berlangsung dalam keadaan bermakna, berfaedah dan menggembirakan (Kamarudin
Hj Husin, 1993)
         Santrock (2008) mengatakan ―motivation is the reason why people behave the
way they do. Motivated behavior is energized, directed, and sustained‖. Motivasi adalah
kuasa yang menggerakkan manusia mencapai sesuatu matlamat. Terdapat dua jenis
motivasi yang umum.


      1. Motivasi Ekstrinsik:


         Motivasi ini adalah penggerak yang mendorong pelajar untuk melakukan sesuatu
         kerana inginkan ganjaran nyata yang disediakan. Motivasi ini hanyaberfokuskan
         kepada ganjaran yang diberi.


Contoh: Ganjaran yang jelas dan nyata seperti member markah, gred, agregat,
keistimewaan , penghargaan, pujian persaingan dan sebagainya.


      2. Motivasi Intrinsik:
         Motivasi ini menggerakkan pelajar untuk melakukan sesuatu kerana percaya ia
         tindakan yang betul dan baik.Motivasi ini wujud dari dalaman pelajar. Motivasi ini
         melibatkan pelajar sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran. Ia
         melibatkan perasaan ingin tahu mengenai sesuatu perkara dan melibatkan
         penggunaan praktikal perkara yang dipelajari.



                                             26
Contoh: Mereka yang gemar mengumpul barang-barang antic sanggup belanjakan
ribuan ringgit kerana motivasi ini akan menggerakkan mereka melakukan perkara ini.


Nilai pencapaian             : Pentingnya melakukan sesuatu tugasan dengan baik.
                             Kejayaan sesuatu tugasan memenuhi keperluan peribadi.
Nilai Intrinsik/Minat        : Keseronokan yang didapati dari melakukan sesuatu
                             tugasan.
Nilai Utiliti                : Sumbangan sesuatu tugasan kepada pencapaian sesuatu
                             matlamat.


TEORI-TEORI BERKAITAN MOTIVASI


Teori motivasi boleh dilihat dari perspektif Teori Pembelajaran Tingkahlaku/
Behaviorisme, Teori Pembelajaran Kognitif, Teori Humanisme dan Teori Pembelajaran
Sosial-kognitif.


Jadual Menjelaskan Tentang Beberapa Perspektif Tentang Motivasi


Konsep          Idea Utama        Huraian
Perspektif      Behaviorisme      Sumber motivasi Ekstrinsik.
tentang                           Lebih mementingkan pengukuhan, ganjaran, imsentif
Motivasi                          dan dendaan.
                                  Ahli teoris Skinner.
                Humanistik        Sumber motivasiintrinsik.
                                  Lebih mementingkan keperluan harga diri, kepuasan
                                  kendiri dan penentuan kendiri.
                                  Ahli teoris Maslow, Rogers.
                Kognitif          Sumber motivasi intrinsik.
                                  Mementingkan kepercayaan, atribut kejayaan dan
                                  kegagalan, jangkaan.
                                  Ahli teoris Weiner, Vroom.
                Sosial-           Sumber motivasi intrinsik.
                Kognitif          Mementingkan penglibatan dalam komuniti
                                  pembelajaran, identiti melalui
                                  penglibatan dalam aktiviti kumpulan.
                                   Ahli teoris Lave,Wenger.

                                            27
8.0     PEMBENTUKAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF


Contoh susunan bilik darjah sekolah rendah yang selesa




Pembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusif boleh dikekalkan sekiranya
tiga perkara ini dipatuhi.
       1. Strategi Umum
       2. Prosedur dan peraturan
       3. Kerjasama murid


1.Strategi umum        - Strategi Autoritatif dan Mengurus kumpulan


Strategi Autoritatif


       -Guru memantau tingkah laku murid-murid di samping menggalakkan mereka
       untuk berdikari dari segi pemikiran dan perlakuan.


                                             28
Mengurus kumpulan


      1. Menyedari apa yang berlaku dalam bilik darjah.
      2. Mampu menangani situasi dalam bilik darjah yang bertindan tindih.
      3. Mengekalkan kesinambungan isi pelajaran yang disampaikan.
      4. Libatkan murid-murid dalam aktiviti pembelajaran.


2. Prosedur peraturan


      1. Rutin pentadbiran
      2. Pergerakan murid keluar masuk kelas
      3. Pengurusan bilik darjah
      4. Rutin pengajaran dan pembelajaran
      5. Interaksi antara guru dan murid


3.Kerjasama murid


      1. Membina hubungan positif dengan murid.
      2. Berkongsi dan memikul tanggungjawab bersama
      3. Memberi ganjaran bagi tingkahlaku yang susuai.




                                           29
TUGASAN KERJA KURSUS PENDEK

        9.0      PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF

        Bilik darjah dapat didefinasikan sebagai suatu tempat berlakunya segala
pengajaran dan pembelajaran secara formal. Guru memainkan peranan yang penting
bagi mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan hubungan
sosial yang sihat. Oleh itu, guru perlu memainkan peranan penting dalam pengurusan
bilik darjah dan usaha membina komuniti bilik darjah yang berkesan. Terdapat
beberapa pendekatan yang boleh digunakan oleh seseorang guru bagi mewujudkan
persekitaran pembelajaran yang kondusif dalam sesebuah bilik darjah. Antaranya ialah:

   1.         Pendekatan Intimidation


              Mengawal tingkah laku melalui kaedah yang menimbulkan perasaan takut
              dalam    diri   pelajar   seperti        ancaman,   sindiran,   kata-kata   yang
              mempersendakan dan memperkecilkan diri pelajar serta paksaan.


   2.         Pendekatan Autoritarian


              Guru menetapkan peraturan-peraturan dan penguatkuasaan dilakukan tanpa
              sifat tolak ansur.Tingkah laku pelajar dikawal dengan memberi arahan dan
              penyeliaan dijalankan secara berterusan.


   3.         Pendekatan Cookbook Management


              Guru menyenaraikan perkara-perkara yang boleh dilakukan dan perkara-
              perkara yang tidak boleh dilakukan dan perkara-perkara yang tidak boleh
              dilakukan oleh pelajar. Senarai ini disediakan berasaskan aspek-aspek yang
              diperoleh daripada pelbagai sumber.




                                                  30
4.   Pendekatan Sosioemosi


     Suasana bilik darjah yang positif diwujudkan melalui pembentukan hubungan
     antara perorangan (interpersonal) yang baik. Guru bersikap empati dalam
     memahami tingkahlaku pelajar serta mewujudkan komunikasi yang berkesan.


5.   Pendekatan Permisif (Kebebasan)


     Kebebasan sepenuhnya diberikan kepada pelajar dengan tujuan untuk
     memperkembangkan potensi masing-masing. Guru memainkan peranan
     sebagai konsultan dan menggalakkan pelajar untuk bertanggungjawab atas
     pembelajaran masing-masing.


6.   Pendekatan Pengubahan Tingkahlaku


     Kata pujian dan ganjaran untuk menggalakkan tingkah laku yang diingini
     serta mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini. Dendaan juga
     digunakan sebagai pengukuhan negatif terhadap tingkah laku yang tidak
     diingini. Guru memainkan peranan untuk memodelkan tingkah laku yang
     diingini.


7.   Pendekatan Pengajaran


     Proses pengajaran yang berasaskan keperluan dan minat pelajar dapat
     memotivasikan mereka untuk memberi tumpuan kepada pelajaran lantas
     mengurangkan    masalah   salah    laku.   Guru   bertanggungjawab   untuk
     mewujudkan suasana pembelajaran yang positif melalui pemilihan isi
     kandungan serta penggunaan strategi pengajaran yang sesuai.




                                   31
   8.      Pendekatan Proses Kumpulan


           Kumpulan pelajar di dalam bilik darjah dianggap sebagai satu sistem sosial.
           Guru memainkan peranan untuk mewujudkan dan mengekalkan satu sistem
           sosial yang efektif dan produktif. Pelajar-pelajar kurang melakukan salah laku
           kerana guru sentiasa peka dengan suasana dan aktiviti di dalam bilik darjah.

        Selain itu, guru – guru juga perlu mengikuti 16 ciri – ciri bilik darjah yang
kondusif. Dengan mengikuti kesemua ciri tersebut, suasana pembelajaran yang ceria
dan selesa akan terhasil. Berikut adalah ciri – ciri bilik darjah yang kondusif :

              1) Perancangan        yang   teliti   agar   murid   terus   berminat   untuk
                  melaksanakan aktiviti P&P, sebaik – baiknya menepati kecerdasan
                  pelbagai murid.
              2) Menyesuaikan rancangan mengajar berdasarkan perkembangan dan
                  minat murid.
              3) Bersiap sedia menghadapi kerenah dan tingkah laku murid serta
                  mengatasi tingkah laku yang mengganggu perjalanan P&P sebelum
                  murid mempengaruhi rakan – rakannya yang lain.
              4) Menyediakan aktiviti yang mendorong penglibatan murid seperti
                  perbincangan, perbahasan dan permainan, kemungkinan kelas berda
                  dalam keadaan yang agak bising, tetapi murid memperoleh banyak
                  ilmu dan kemahiran.
              5) Susunan kelas yang memudahakan interaksi guru—murid.
              6) Bina suasana bilik darjah yang mewujudkan perasaan dihargai dan
                  kepunyaan serta mampu memotivasikan murid.
              7) Menetapkan peraturan bagi mengurangkan salah laku murid.
              8) Merancang aktiviti yang menekankan tugasan tingkah laku (on-task
                  behavior).
              9) Memantau perlakuan dan aktiviti murid secara berterusan.
              10) Menambah baik bimbingan terhadap murid.



                                              32
11) Susunan meja guru dan murid memudahkanguru berinteraksi dengan
   murid. Jarak murid dengan guru menentukan kadar tumpuan murid
   terhadap pengajaran guru.
12) Guru mudah dan mesra dalam berinteraksi dengan murid, nilai
   penyayang dan prihatin guru dapat menarik minat murid untuk berada
   di dalam bilik darjah.
13) Wujudkan    perasaan    kemasyarakatan      dalam   kalangan    murid.
   Contohnya, melalui pembelajaran koperatif.
14) Memberikan penghargaan dan ganjaran atas usaha serta sikap positif
   murid.
15) Memaklumkan aktiviti dan tugasan yang akan diberikan kepada murid
   lebih awal supaya murid bersiap sedia.
16) Memberikan pilihan kepada murid untuk menentukan masa yang
   diperlukan   bagi   menyudahkan   tugasan     dan    bagaimana   untuk
   melaksanakan tugasan mereka.




                             33
10.0   PELAN BILIK DARJAH KELAS 5 CEMPAKA

                          PELAN KELAS 5 CEMPAKA




                                 34
PETUNJUK




           Papan kenyataan


              Meja tepi


             Loker buku



             Meja tengah


              Meja guru


             Papan putih




               Pintu




                             35
11.0   HURAIAN MENGENAI PERSEKITARAN KELAS



       Persekitaran pembelajaran yang kondusif adalah merupakan perkara utama
yang perlu diberi perhatian agar pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan
sebaik – baiknya. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat di Sekolah Kebangsaan Seri
Utama (SKSU),melalui kelas 5 Cempaka, terdapat pelbagai bahan dan sumber
pembelajaran yang dipamerkan di setiap bilik darjah. Bahan ini dipamerkan agar
suasana di dalam kelas sentiasa ceria dan dapat menarik minat pelajar untuk belajar.

       Salah satu bahan yang dipamerkan di bilik darjah tersebut ialah gambar rajah
yang dilekatkan di dinding. Penggunaan gambar rajah ini menarik minat pelajar
sekaligus membuatkan mereka selalu memerhatikan gambarajah yang dilekatkan.
Ianya satu idea yang menarik dipamerkan oleh guru kelas iaitu Encik Ridzahudin agar
dapat menjadikan kelas sebuah tempat yang selesa untuk belajar. Selain itu, dengan
adanya gambar rajah tersebut, pelajar akan membuat pemerhatian dan pembacaan
berulang kali, secara tidak langsung membuatkan minda pelajar mudah mengingati apa
yang dibaca. Setelah dapat dihafal, mereka menjadi minat untuk mengetahui lebih
lanjut tentang sesuatu perkara itu.

       Selain itu, bahan dan sumber pembelajaran yang mudah digunakan oleh murid
ialah bahan yang yang mudah kendaliannya seperti penggunaan kertas mahjong untuk
tujuan pembentangan dan buku tulis biasa. Bahan seperti LCD juga mudah digunakan
oleh murid kerana dengan hanya menekan beberapa butang, LCD ini akan dapat
dihidupkan dan digunakan oleh para pelajar. Cuma untuk tujuan pembentangan oleh
murid, penggunaan LCD ini agak terhad digunakan. Namun, dengan adanya
kemudahan seperti LCD, para guru dapat menyampaikan proses pengajaran dengan
lebih efektif dan dapat menarik minat para pelajar untuk belajar. Penggunaan alat yang
berteknologi tinggi ini mampu membuatkan pelajar lebih tertarik untuk belajar.dan
sebaiknya, guru perlu lebih kerap menggunakan LCD kerana ianya dapat mewujudkan
suasana yang kondusif.




                                          36
       Kemudahan lain seperti papan putih juga digunakan dalam proses penyampaian
pelajaran dan papan kenyataan digunakan sebagai sudut ilmu di mana pelbagai info –
info terkini ditampal untuk para pelajar membaca maklumat yang diberi. Kemudahan
lain seperti kipas, lampu, meja dan kerusi juga diberikan agar para pelajar dapat belajar
dalam keadaan yang selesa sekaligus mewujudkan persekitaran yang kondusif di dalm
bilik darjah.

       Bahan dan sumber pengajaran pembelajaran yang mudah untuk digunakan oleh
murid adalah maklumat-maklumat yang terdapat pada papan kenyataan serta gambar
rajah yang ditampal pada dinding kelas. Kemudahan ini membantu dalam menarik
minat murid untuk belajar kerana dengan menggunakan gambar rajah, murid akan
mudah untuk memahaminya kerana ia jelas dan bersistematik. Maklumat yang ditampal
juga sering kali menarik minat para pelajar untuk membaca kerana ianya adalah sangat
berguna dalam membantu mereka dan ianya penuh dengan ilmu – ilmu yang baru.
Dengan menggunakan sumber ini juga, murid dapat memahami dengan senang dan
masalah kekeliruan antara murid dapat diperbetulkan oleh guru. Penggunaan gambar
rajah dapat memberi pelajar kemudahan untuk memahaminya. Ini kerana ia mudah
untuk murid nampak apa isi yang cuba diterangkan oleh guru kepada mereka. Bagi
guru pula, ia dapat memberi mereka kemudahan untuk menerangkan kepada murid isi
pengajaran yang ingin disampaikan. Dengan ini, sesi P&P akan berjalan dengan lancar
jika guru bijak dalam memastikan kelas berada dalam suasana yang kondusif.

       Pelbagai kaedah dan proses pengajaran diberikan oleh Encik Ridzahudin agar
para murid sentiasa melibatkan diri secara aktif dalam sesi pembelajaran. Di SKSU,
kami tertarik pada satu aktiviti yang sering diguna pakai dalam proses pembelajaran
murid. Proses itu adalah ―HAFAL SIFIR‖. Proses ini meminta para pelajar terlebih
dahulu diberi masa untuk menghafal sifir di rumah dan pada setiap waktu kelas, pelajar
di minta untuk membaca sifir yang mereka hafal. Di dalam kelas 5 Cempaka, Encik
Ridzahudin memastikan agar setiap pelajar terlibat dalam membaca sifir. Beliau juga
mengadakan sedikit sesi soal jawab agar para pelajar sentiasa memberi komitmen
yang tinggi dalam sesi pembelajaran. Ianya satu lagi kaedah yang digunakan oleh



                                           37
Encik Ridzahudin dalam memastikan kelas berada dalam keadaan yang kondusif di
mana setiap pelajar mewujudkan suasana yang dapat menarik minat untuk belajar.

      Dalam pembahagian tempat duduk pula, Encik Ridzahudin telah menyediakan
tempat duduk pelajar mengikut tahap murid sendiri. Kumpulan di dalam kelas
dibahagikan mengikut beberapa perkara. Yang pertama adalah mengikut jantina. Di
dalam kelas yang saya kaji, pelajar perempuan melebihi pelajar lelaki. Oleh yang
demikian, susunan dibuat mengikut kumpulan jantina iaitu setiap baris diselang selikan
antara lelaki dan permpuan. Selain itu, murid-murid juga dibahagikan kepada beberapa
kumpulan yang di dalam setiap kumpulan tersebut mengandungi murid-murid yang
mempunyai kebolehan yang berbeza-beza. Tujuan mengadakan kumpulan jenis ini
ialah untuk membolehkan murid-murid cerdas membantu murid-murid yang lambat
untuk menjalankan aktiviti seperti perbincangan, projek, ujikaji dan sebagainya. Dengan
ini, semangat bekerjasama dapat diwujudkan.

      Encik Ridzahudin juga sentiasa memastikan agar kelas beliau sentiasa bersih
dan teratur. Beliau telah menyediakan jadual tugasan harian dan sentiasa memastikan
agar setiap hari kelas sentiasa bersih. Bagi sesiapa yang bertugas pada hari tersebut,
mereka perlu melaksanakan tanggungjawab agar kelas sentiasa bersih dan selesa
untuk sesi P&P. Dengan ini, persekitaran yang kondusif akan terjadi di dalam kelas.
Para pelajar perlu menyusun meja, mengemas buku di loker yang disediakan, menyapu
sampah dan mengelap tingkap. Encik Ridzahudin juga bijak dalam menyediakn
persekitaran yang kondusif di dalam kelas. Bagi memastikan kelas bersih, mereka yang
tidak menjalankan tugas pada hari tersebut akan dikenakan denda. Encik Ridzahudin
telah menyediakan hukuman tersendiri kepada anak murid beliau agar mereka takut
dan sentiasa berdisiplin dalam menjalankan tanggungjawab masing – masing.

      Kesimpulannya, persekitaran yang kondusif di dalam bilik darjah penting dalam
memastikan sesi pembelajaran dan pengajaran dapat berjalan dengan lancar. Ianya
juga penting kerana kelas yang ceria dapat meningkatkan semangat untuk para murid
belajar dan bersedia dalam menerima segala ajaran yang ingin disampaikan. Oleh yang
demikian, adalah penting bagi setiap guru dalam memastikan agra kelas mereka
sentiasa berada dalam keadaan yang kondusif kerana kelas yang kondusif mampu

                                          38
menghasilkan pelajar yang cemerlang sekaligus dapat menaikkan nama Malaysia di
mata dunia.




                                      39
REFLEKSI

       Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana saya berjaya menyiapkan tugasan kerja kursus
Murid Dan Alam Belajar pada masa yang telah ditetapkan. Saya, Afiq Syazwan
mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pensyarah dan terutama sekali kepada
pensyarah kursus ini kerana telah membantu dalam memberi maklumat sepanjang
menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada para rakan yang secara tidak langsung
turut membantu dalam menyiapkan tugasan yang telah diberi.

       Saya telah merancang dengan teratur dalam menyiapkan tugasan ini. Pada
permulaan saya mendapat tugasan ini, saya dan rakan-rakan telah bersama-sama
mengumpul maklumat di perpustakaan. Disebabkan saya dan rakan-rakan mendapat
tugasan sehari sebelum       Pengalaman Berasaskan Sekolah semester 2, saya tidak
dapat mengumpul maklumat yang banyak daripada perpustakaan. Namun, saya tetap
meminjam buku berkaitan dengan tugasan untuk dibawa pulang.

       Selepas berjaya menyiapkan tugasan ini, secara tidak langsung dapat
membantu saya dalam mengulang kaji subjek ini. Saya juga mendapat gambaran yang
makin jelas mengenai Murid Dan Alam Belajar. Adalah penting bagi setiap guru dalam
memastikan persekitaran yang kondusif di dalam bilik darjah kerana ianya memainkan
peranan yang penting dalam meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran. Oleh
yang   demikian,   melalui    tugasan   yang    diberikan,   saya   sedar   yang   adalah
tanggungjawab semua bakal guru untuk memahami situasi di dalam kelas

       Akhir sekali, saya berbangga kerana dilahirkan sebagai rakyat Malaysia yang
mempunyai dasar pendidikan yang bagus dan sentiasa diperbaharui ke arah
penambahbaikan dan sejajar dengan pembangunan yang sedang diharungi. Sekian,
terima kasih.




                                                       Disediakan oleh Afiq Syazwan




                                           40
REFLEKSI


Pada Semester ini mata pelajaran Pendidikan mengkhususkan tajuk Murid dan Alam

Belajar. Semasa kami menjalani program Pengalaman Berasakan Sekolah, kami

dikehendaki memerhatikan suasana kelas yang kondusif. Kami terlebih dahulu perlu

memahami apakah ciri-ciri sebuah kelas yang kondusif.


Pengetahuan Baru

Sebagai seorang guru pelatih, tidak terlepas pada masa kelak untuk menjadi seorang

guru kelas. Dan susunan meja murid dan alat bantuan mengajar perlulah kondusif. Ini

adalah untuk memastikan Pembelajaran dan Pengajaran di dalam kelas mencapai

tahap optimum serta mencapai objektif.

Ilmu yang kami timba sangatah berguna kerana untuk memastikan          suasana kelas

kondusif dan membina minat murid untuk belajar. Kelas yang kondusif boleh

meningkatkan tahap akademik secara tidak langsung.


Permasalahan

Sepanjang proses menyiapkan tugasan ini ada beberapa masalah yang timbul diantara

masalah tersebut ialah mencari sumber rujukan yang menepati kehendak tugasan.

Masalah telah kam atasi dengan mengunakan aplikasi Google Books dimana kami

Berjaya menemui buku-buku yang diarkibkan oleh laman web tersebut sebagai rujukan.

Semua ilmu yang telah saya timba akan digunakan kelak semasa karier sebagai

pendidik.   Dan semua permasalahan yang timbul akan menjadi pengajaran dan

kelebihan semasa membuat tugasan kelak.


                                                     Disediakan oleh Ciffi Faizal.


                                         41
BIBLIOGRAFI

Noriati A. Rashid. Boon Pong Ying. Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. 2009.

      Murid Dan Alam Belajar : Selangor. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Choong Lean Keow. (2009). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia: Untuk Program
      Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian 4 Tahun : Kuala Lumpur. Kumpulan
      Budiman.

Halimatus Sa‘adiah Binti Mohamed Raimi (2008). Pembinaan Dan Penilaian
      Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri Lukisan Terbantu Komputer (Autocad) :
      Langkah Demi Langkah Bagi Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan KBSM
      Tingkatan Empat. Tesis (tidak diterbitkan). Skudai: UTM.

Mohd. Daud Hamzah. 1990. Pembelajaran dan Implikasi Pendidikan : Kuala Lumpur.
     Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mok Soon Sang. 2004. Pengantar Pendidikan Teras untuk kursus persediaan Sarjana
      Muda Pendidikan Sekolah Rendah : Subang Jaya. Kumpulan Budiman.




                                         42

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:9453
posted:10/6/2010
language:Malay
pages:42