Docstoc

Nobat

Document Sample
Nobat Powered By Docstoc
					Nobat
           Ahli Kumpulan

• Mohamad Zulhilmi Bin Mohamad Nazer
          • Liew Siaw Wei
         • Farah Che Hamri
• Muhammad Muizz Bin Mohamad Nizam
      • Mohd Ashari Bin Jahani
     Sejarah Kedatangan Nobat
• Terdapat banyak pendapat tentang sejarah
  kedatangan nobat ke Malaysia
• Sejarahnya tidak dapat dikenal pasti dengan
  tepat sehingga kini.
• Nobat mula diketahui sejak 4 kurun dahulu
• Negeri Melaka, di bawah pemerintahan Sultan
  Muhammad Shah, 1658 telah mula bermain
  Nobat.
• Pertabalan Raja Muzaffar, Raja Perak Pertama
• Nobat dimainkan semasa pertabalan
  Permaisuri Bentan yang dibawa oleh Sheikh
  Ismail dari Pasai
• Nobat diperkenalkan oleh Permaisuri Bentan
  kepada raja yang membuka Temasik iaituSri Tri
  Buana.
• Semua cerita dongeng ditolak kerana tiada
  bukti yang kukuh.
• Sehingga kini, ramai yang berpendapat Nobat
  dibawa oleh pedagang atau penyebar agama
  Islam kerana :
  a) pedagang Arab meninggalkan pengaruh
  kebudayaan mereka
  b) Puak Arab ada yang berketurunan raja,
  membawa alat disebut Naubat
  c) not-not lagu Nobat ditulis dalam tulisan
  Jawi
• Kelantan tidak mewarisi Nobat tetapi
  dipanggil Pasukan Gong Gendang Besar Diraja
• Negara melayu lain yang memainkan Nobat
  ialah Brunei dan Pattani.
          Sejarah Nama Nobat
• Pendapat Pertama:
  -Berasal dari Parsi- ‘Naubat’ ( 9 jenis alat )
• Pendapat Kedua
  -Berasal dari bahasa Sanskrit- ‘ Nao-Bat’
  -‘Nao-O-Nava ( sembilan )
  -‘Bat-O-Bah ( pengabungan )
• Dalam bahasa Hindi, Nau ( 9 ), Bat ( ragam )
  membawa makna Ragam Sembilan Bunyian.
                Balai Nobat
• Terletak di bandar Kedah, bandar Alor Setar.
• Dibina oleh Sultan ke 19.
• Bangunan untuk meletak alat-alat nobat
  semasa tidak digunakan.
• Bangunan yang dibina bersama ialah Istana
  Kota Setar, Balai Besar, Masjid Negeri.
• Diubahsuai oleh Sultan Ke 25 iaitu Sultan
  Ahmad Tajuddin dan Sultan ke 26, Sultam
  Abdul Hamid
         ALAT-ALAT MUZIK NOBAT
• SERUNAI
  Alat ini bebentuk seperti 'flute'. Menurut seorang pemain
  Nobat, batang serunai ini diperbuat daripada batang pokok cili
  padi dengan tujuan untuk memerdukan lagi bunyinya.
  Bahagiannya diperbuat daripada salutan perak dan sisinya
  daripada suasa. Lidah serunai ini diperbuat daripada daun
  ‘thai’. Ukur panjang serunai ini adalah 43 cm. Mempunyai
  tujuh lubang dipermukaan atas batang serunai dan satu
  lubang kecil dibawahnya. Lubang ini akan menentukan not
  lagu apabila dimainkan.
• GENDANG IBU DAN GENDANG ANAK
  Ukur panjang gendang ini adalah 20' bersamaan dengan 50 cm. Manakala
  lebar mukanya 7' jejari. Ia diperbuat daripada kayu yang baik dan tahan
  lasak untuk mengeluarkan bunyi yang baik. Ia menggunakan kulit harimau
  di sebelah kanan dan kulit kambing di sebelah kiri.

   Permukaan kulit kiri dimainkan dengan tangan manakala sebelah kanan
   pula dimainkan dengan paluan kayu Kemuning.

   Kedua-dua jenis gendang ini mempunyai tali yang memudahkannya untuk
   digalas ke tempat-tempat permainan. Di sekeliling gendang tersebut dililit
   dengan rotan kertas sepanjang 1 kaki. Alat ini dibalut dengan kain
   berwarna kuning.
• NAFIRI
  Alat ini berbentuk yang panjangnya 33 cm. Nafiri diperbuat daripada perak
  tulen. Ia mempunyai Temeluk yang terdapat pada dua bahagian berbentuk
  seperti buah 'kandis'. Bahagian serombong Nafiri ini agak leper dan
  berbunga-bunga
                                   GONG
    Alat ini diperbuat daripada tembaga merah daripada tanah Jawa. Batang
pemukul gong ini diperbuat daripada kayu keras yang kuat dan disalut dengan
 kain kuning. Gong ini digantung pada satu tempat khas dinamakan ‘cagak’.
  Luas pemukaan gong ini adalah kira-kira 18' dengan bahagian tengahnya
                             membonjol keluar
• MAHAGURU/SEMAMBU
  Mahaguru atau Semambu ini adalah alat Nobat yang paling penting sekali.
  Ia mesti ada bersama dengan kumpulan Nobat semasa dimainkan.
  Mahaguru merupakan ‘cokmar’ DiRaja yang dipebuat daipada rotan
  Semambu. Ia bersaiz 5' X 11'. Lilitan pemukaan semambu adalah ½ inci
  berwarna merah. Semambu dibalut dengan kain berwarna kuning. Kain
  yang lama tidak akan dibuang sebaliknya akan dibalut dengan balutan kain
  baru di atas balutan yang telah sedia ada
                    LAGU-LAGU NOBAT
•   Semua lagu Nobat Kedah adalah berbentuk instrumental tanpa adanya senikata
    lagu. Pemainnya hanya akan bermain dengan berpandukan kepada nota lagu yang
    dikenali sebagai DAI. DAI ini ditulis di dalam tulisan Jawi dan biasanya setiap rentak
    irama lagu-lagu Nobat ini telah menjadi hafalan setiap pemain Nobat kerana sudah
    sering memainkannya.

    Sayangnya, nota asal lagu lagu Nobat Kedah ini berkemungkinan besar telah hilang
    berikutan usia Nobat Kedah yang telah menjangkau hampir lapan ratus tahun. Ada
    juga yang berpendapat bahawa sesetengah pemain Nobat tidak mahu
    menurunkan semua lagu yang diketahui kepada keturunannya. Oleh itu nota lagu
    ini tidak dimanuskripkan.

    Terdapat 19 buah lagu yang masih ada hingga sekarang ini. Nota-nota lagu ini telah
    ditulis dalam tulisan tangan oleh Encik Abdul Rahman iaitu seorang Kalur Besar
    yang disalin daipada buku kalur sebelumnya. Buku asal yang bertarikh 15 Julai
    1344 tidak dapat dikesan lagi. Lagu-lagu yang masih ada adalah seperti;
•   Lagu Raja Burung.
•   Lagu Seratan.
•   Lagu Belayar.
•   Lagu Bayat.
•   Lagu Bayok.
•   Lagu Sepindin.
•   Lagu Malawala.
•   Lagu Sadaruna.
•   Lagu Mambang Berkayuh.
•   Lagu Mambang Cina.
•   Lagu Bujang Hilir.
•   Lagu Tempoyak.
•   Lagu Gendang Anak.
•   Lagu Lumat.
•   Lagu Dewa Saja.
•   Lagu Arak-arak.
•   Lagu Belimau.
•   Lagu Palu.
•   Lagu Perang.
• Walau bagaimanapun, pada masa ini pemain-pemain Nobat hanya perlu
  mahir bermain beberapa jenis lagu sahaja. Lagu yang disenaraikan adalah
  sebanyak sembilan buah sahaja iaitu;
• Lagu Raja Burung.
• Lagu Belayar.
• Lagu Sepindin.
• Lagu Lumat.
• Lagu Gendang Anak.
• Lagu Sadaruna.
• Lagu Malawala.
• Lagu Gendang Perang.
• Lagu Palu.
Nobat Negeri Perak
 Nobat Negeri Perak mengandungi
     alat-alat muzik berikut:
• Gendang Nobat
   – Gendang Nobat juga dikenali sebagai Gendang Nyenyalu.
• Nafiri
   – Nafiri digunakan dalam memulakan sesuatu lagu.
• Gendang Nenghara
   – Gendang Nenghara ialah gendang yang membawa lagu.
• Serunai
   – Serunai ialah alat yang mengiringi lagu-lagu yang dimainkan.
• Gendang Penengkah
   – Gendang Penengkah ialah gendang yang memasuki irama ke dalam
      lagu.
Serunai         Nafiri   Gendang Nenggara




Gendang Penengkah        Gendang Ibu
• Pemain-pemain alat nobat adalah ahli
  daripada keluarga-keluarga tertentu sahaja
  iaitu Orang-orang Kalur.
• Pada zaman dahulu, kawasan bilik nobat
  dipagarkan dengan bulu ayam dan sesiapa
  yang mencerobohi kawasan ini akan dihukum
  dan didenda.
• Ketua nobat diberi gelaran (Yang Dihormati)
  'Toh Setia Guna' dan pembantunya 'Toh Setia
  Indera'.
• Mengikut adat istiadat Negeri Perak Darul
  Ridzuan tiada Sultan yang boleh dianggap
  berdaulat sehingga ianya ditabal dengan bunyian
  nobat.
• Menurut adat lembaga Negeri Perak Darul
  Ridzuan pula menyatakan bahawa rangka yang
  digunakan di dalam membuat gendang-gendang
  adalah berasal daripada Teras Kayu Jerun dan
  kulitnya adalah daripada kulit tumur.
• Walau bagaimanapun ini telah bertukar dan
  pembaruan rangka ini sekarang diperbuat
  daripada kayu pokok nangka dan kulitnya adalah
  kulit kambing.
    Lagu-lagu Nobat negeri Perak yang
          biasa dimainkan ialah:
•    Raja Berangkat (Gendang Berangkat)
•    Puteri Mandi Mayang
•    Lenggang Che Kobat
•    Rama-rama Terbang Tinggi
•    Kembang Kemali
•    Aleh-aleh Panjang
•    Aleh-aleh Pendek
•    Jong Beraleh
•    Dang Gendang
•    Arak-arak
•    Anak Raja Basuh Kaki
•    Gendang Perang
•    Nobat Tabal
•    Nobat Raja
•    Nobat Khamis
•    Nobat Subuh.
  Nobat Diraja Perak dibunyikan untuk
   upacara atau tradisi yang berikut:
• Sesuatu yang berkaitan dengan peribadi Duli Yang Maha
  Mulia Paduka Seri Sultan Perak
• Masa Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan
  Perak dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri.
   – Masa Tabal Pusaka
   – Bersiram Tabal
• Hari Meletak Kerja (Memulakan Kerja).
   – Hari meletak kerja menyambut perayaan ulangtahun
     Keputeraaan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak.
   – Hari meletak kerja kerana perkahwinan atau berkhatan Putera
     dan Puteri Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan.
   – Perarakan mengambil Air Bersiram Tabal dan Berlimau Besar
     (tertaklum kepada titah).
• Istiadat di Balairong Sri Menyambut Ulangtahun
  Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan
  Perak.
• Istiadat Menjunjung Duli.
• Keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
  Sultan Perak melawat keluar negeri (tertakluk kepada
  titah).
• Mengiringi Jenazah Duli Yang Maha Mulia Paduka
  Seri Sultan dan Raja Permaisuri ke makam Diraja.
• Perkahwinan dan Berkhatan Putera dan Puteri Duli
  Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak.
• Istiadat Kebesaran negeri iaitu pada masa lawatan
  Raja-Raja negeri lain ke Negeri Perak.
• Hendak memulakan Puasa pada bulan Ramadhan
  tiga petang berturut-turut iaitu pada 28, 29 dan 30
  dalam bulan Syaaban tiap-tiap tahun.
• Pada petang 24 Ramadhan menyambut malam 25
  Ramadhan dan petang 26 Ramadhan hingga sampai
  petang malam Hari Raya Aidil Fitri.
• Pada masa Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan
  bersiram pada hari Raya Aidil Fitri dan pagi Aidil
  Adha.
• Tiga petang berturut-turut hendak menyambut Hari Raya
  Aidil Adha, iaitu pada petang 7, 8 dan 9 Zulhijjah.
• Menyambut keberangkatan tiba Duli Yang Maha Mulia
  Paduka Seri Sultan Perak ke masjid kerana bersembahyang
  Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha dan berangkat
  meninggal masjid.
• Dalam Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-
  Pertuan Agong tiga lagu Nobat dimainkan, iaitu, lagu
   – "Raja Berangkat" semasa Seri Paduka Baginda berdua berangkat
     masuk ke Balairong Seri;
   – lagu “Palu" semasa alat-alat Pertabalan dibawa masuk ke
     Balairong Seri;
   – lagu "Raja Bertabal" selepas Seri Paduka Baginda Yang di-
     Pertuan Agong mengangkat Sumpah Diraja dan
   – lagu "Raja Berangkat" sekali lagi apabila Seri Paduka Baginda
     berdua berangkat pulang dari Balairong Seri.
Nobat Negeri Kedah
 Nobat Negeri Kedah mengandungi
     alat-alat muzik berikut:
• Nahara iaitu dua buah gendang kecil.
• Gendang Ibu dan Gendang Anak berukuran
  sederhana.
• Nafiri iaitu Trumpet perak berukuran 83.8
  sentimeter panjang.
• Sebuah Gong yang tergantung.
• Tongkat Cokmar Diraja iaitu Tongkat rotan
  panjang berbalut baldu.
• Ketua Kumpulan Nobat bergelar Mahaguru.
• Mahaguru akan sentiasa bersama kumpulan
  muzik dengan memegang Tongkat Cokmar Diraja
  yang diperbuat daripada semambu (rotan
  Melaka) dan dibalut dengan kain kuning.
• Mahaguru iaitu Ketua Pemain juga dikenali atau
  bergelar Kalur Besar.
• Nobat hanya boleh dimainkan dengan titah
  Sultan, dan dalam istiadat Diraja seperti
  pertabalan, perkahwinan Diraja atau
  kemangkatan Diraja.
• Alat-alat Nobat hanya boleh dimain oleh pemain
  Diraja yang dipilih dari keluarga yang tertentu.
• Telah dirawayatkan bahawa munculnya Nobat
  Kedah ini semasa hayat Nabi Allah Ibrahim
  Khalilullah yang mempunyai kebesaran dan
  kemuliaannya.
• Kemudian diperturunkan ke zaman Iskandar
  Dzulkarnain.
• Seterusnya diturunkan kepada semua Raja-Raja di
  Tanah Arab, sehinggalah ke negeri Kedah semasa
  pemerintahan Sultan Ataillah Mohamad Shah I.
• Dalam riwayat yang lain pula menceritakan bahawa masa
  pemerintahan Almarhum Sultan Ataillah Mohammad Shah,
  Raja Kedah yang Pertama, seorang saudara adindanya iaitu
  Tunku Mohammad Jiwa telah melawat ke negeri India.
• Semasa lawatan itu, baginda telah menyaksikan suatu
  persembahan bunyi-bunyian yang menarik sekali.
• Setelah diselidiki, baginda mendapat tahu persembahan itu
  ialah Nobat.
• Sekembalinya ke Kedah dipersembahkan perkara tersebut
  kepada Sultan Ataillah Mohammad Shah iaitu bunyi-
  bunyian yang menjadi kebesaran dan kemuliaan Maharaja
  Hindustan itu.
• Baginda Sultan kemudiannya berkenan mewujudkan satu
  kumpulan Nobat bagi menandakan kebesaran dan
  kemuliaan Sultan dan sekalian kerabatnya.
            Nobat biasanya dimainkan:
•   Setiap kali sebelum masuk sembahyang.
•   Setiap hari Jumaat.
•   Istiadat Pertabalan Raja (Sultan).
•   Istiadat perkahwinan Sultan, Raja Muda dan Kerabat Diraja.
•   Nobat berjalan nobat berjalan naik ke lepau Sultan, Raja Muda dan
    Kerabat Diraja yang sudah berumahtangga.
•   Istiadat berjalan naik oleh serunai nobat iaitu satu sahaja ke lepau
    Menteri Tunggal dan Menteri Empat.
•   Kemangkatan Sultan, Raja Muda, Kerabat Diraja dan lain-lain.
•   Istiadat Menyambut Pembesar-pembesar luar negeri yang melawat
    Kedah.
•   Memberitahu mengenai petang menyambut Hari Raya Puasa dan
    Hari Raya Haji.
•   Menghormati dukacita gerhana matahari dan gerhana bulan.
    Lagu-lagu Nobat negeri Kedah yang
           biasa dimainkan ialah:
•   Lagu Raja Burung
•   Lagu Belayar
•   Lagu Gendering Perang
•   Lagu Mambang Berkayuh
•   Lagu Seratan
•   Lagu Hayat/Lagu Dewa Raja
•   Lagu Arak-Arak
  Lagu Nobat tidak dimainkan tanpa tujuan. Biasanya
   Nobat dimainkan dengan tujuan seperti berikut;
• Palu pembuka – Subuh dan Maghib.
• Belimau – Istiadat bersiram semasa perkahwinan DiRaja.
• Tempoyak – Sebagai lagu penutup pada hari Jumaat dan masuk
  waktu solat Jumaat.
• Perang- Istiadat Pertabalan DiRaja, kemangkatan Sultan, hari
  menentukan tarikh puasa bagi umat Islam, hari raya Aidilfitri dan
  Aidil Adha.
• Belayar- Sultan mengadap masuk atau keluar dari Balai Mengadap
  atau sesuatu majlis.
• Raja burung – Apabila naik hari lapar ; Hari Raya Aidiladha ke tiga.
• Raja segala lagu nobat – Khas untuk sultan.
• Ragam – Bila-bila masa sahaja.
NOBAT SELANGOR
• Nobat yang digunakan dalam istiadat
  Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-
  Pertuan Agong XI
• Nobat Negeri Selangor berasal dari Nobat
  Diraja Perak dan dipersembahkan untuk
  Upacara Majlis Istiadat tertentu iaitu
  Pertabalan Diraja, Perkahwinan Diraja, Majlis-
  majlis Rasmi Diraja dan Kemangkatan Diraja.
                Alat Muzik
• Gendang Nobat (biasa dikenali sebagai Gendang
  Nyenyalu)
• Nafiri (digunakan dalam memulakan sesuatu lagu)
• Gendang Nengkara (gendang yang membawa lagu)
• Serunai (alat yang mengiringi lagu-lagu yang
  dimainkan)
• Gendang Penengkah (gendang yang memasuki irama
  ke dalam lagu)
• Gendang Nobat adalah alat yang paling dihormati.
• Ianya menduduki tempat yang tertinggi dan
  digunakan untuk kegunaan Diraja sahaja.
• Walau bagaimanapun Seri Paduka Baginda Yang di-
  Pertuan Agong boleh menitah Nobat ini digunakan
  untuk mengiringi sesuatu istiadat atau menghormati
  jenazah. Keperingkatan kehormatan yang diberi
  adalah bergantung kepada bilangan alat-alat yang
  digunakan.
              Pemain Nobat
• Pemain-pemain alat nobat adalah terdiri
  daripada ahli keluarga tertentu sahaja iaitu
  Orang-orang Kalur.
                        Lagu Nobat
•   Raja Berangkat (Gendang Berangkat)
•   Puteri Mandi Mayang
•   Rama-rama Terbang Tinggi
•   Kumbang Si Kumali (Kumbang Kembali)
•   Arak-arak Atandis (Enteals)
•   Arak-arak Untandi
•   Aleh-aleh Panjang
•   Aleh-aleh Pendek
•   Dong Gendang
•   Lenggang Che Kobat
•   Jong Beraleh
•   Anak Raja Membasuh Kaki
•   Gendang Perang
•   Raja Bertabal (Nobat Tabal)
•   Nobat Khamis
•   Nobat Subuh
                Waktu Bermain
• Nobat Subuh, Nobat Khamis dan Nobat Raja hanya boleh
  dimainkan disebelah pagi dan petang
• Lagu Puteri Mandi Mayang dimainkan semasa menyambut
  ketibaan bulan Ramadhan tiga petang berturut-turut, iaitu
  petang 28, 29 dan 30 dalam bulan Syaaban tiap-tiap tahun.
• Dalam istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-
  Pertuan Agong ke XI yang lalu Nobat Negeri Selangor yang
  digunakan dalam istiadat tersebut telah memainkan tiga lagu
  Nobat.
• Lagu "Raja Berangkat" dimainkan semasa Seri Paduka
  Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda
  Raja Permaisuri Agong berangkat masuk ke Balairong Seri.
• Lagu "Menjunjung Duli" dimainkan semasa Alat-alat
  Pertabalan dibawa masuk ke Balairong Seri.
• Lagu "Raja Bertabal" dimainkan selepas Seri Paduka
  Baginda mengangkat Sumpah Diraja.
• Lagu "Raja Berangkat" dimainkan sekali lagi apabila
  Seri Paduka berdua berangkat pulang dari Balairong
  Seri.
NOBAT TERENGGANU
• Kebanyakan Negeri-Negeri Beraja di Malaysia
  menggunakan Nobat sebagai sebahagian daripada
  alat kebesaran Diraja.
• Menurut cerita, Nobat Negeri Terengganu Darul Iman ini
  berasal dari Riau dan mula digunakan semasa
  pemerintahan Sultan Ahmad.
• Orang yang pertama sekali menggunakan Nobat ialah
  Puteri Pulau Bentan iaitu isteri kepada Demang Lebar
  Daun atau Telani Bentan yang juga digelar dengan nama
  Tun Telanai.
                Alat Muzik
• Sebuah Gendang Saku yang dikenali sebagai
  Negara
• Dua buah Gendang Nobat,
• Sebatang Nafiri,
• Sepasang Kopak-Kopak
• Sebatang Serunai.
• Nafiri ini diperbuat daripada perak manakala
  serunainya pula diperbuat daripada gading yang
  di bahagian hujung diperbuat daripada perak.
            Pemain Nobat
• Negara dan Gendang Nobat dimainkan oleh
  empat orang daripada keturunan Raja pada
  hari istiadat.
                          Lagu Nobat
•   13 buah lagu :

     –   Lagu Iskandar Shah
     –   Lagu Ibrahim Khalil
     –   Lagu Seri Istana (Semang)
     –   Lagu Anak Kuda Ragam/Raja Beradu
     –   Lagu Seri Istana
     –   Lagu Petang Khamis
     –   Lagu Palu-Palu Melayu
     –   Lagu Lapan
     –   Lagu Petang Jumaat
     –   Lagu Palu-Palu Nigiri
     –   Lagu Petang Khamis Perak
     –   Lagu Arak-Arak
     –   Lagu Perang
• Lagu yang sentiasa dimainkan :

  – LAGU ISKANDAR SHAH
  – LAGU IBRAHIM KHALIL
  – LAGU SERI ISTANA
             Waktu bermain
• Dimainkan pada tiap-tiap hari, pagi dan petang
  semasa berlangsung istiadat perkahwinan Diraja dan
  juga pada waktu-waktu tertentu.
• Juga dimainkan pada tiap-tiap petang sebelum
  berbuka puasa pada bulan Ramadan dan petang Aidil
  Fitri dan Aidil Adha.
• Turut dimainkan pada tiap-tiap petang Khamis
  malam Jumaat di Istana.
• Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Mahmud
  Al-Muktafi Billah Shah telah menerima kembali
  Nafiri asal istana Sutlan Terengganu yang telah
  dikembalikan oleh keluarga Tengku Hamid bin
  Tengku Mandur yang berasal dari Singapura pada
  17 Mac 1990.
• Sehingga kini Nobat Diraja Negeri Terengganu ini
  belum pernah dimainkan dalam Istiadat
  Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
  Agong.
Pemain nobat
•   Penghulu : Penghulu merupakan orang yang bertanggungjawab menguruskan
    segala perkara yang berkitan dengan kumpulan Nobat DiRaja Negeri Kedah.
    Antara tugas penghulu adalah;
•   Mencari pengganti jika berlaku kekosongan. Contohnya akibat kematian. Pemain
    mesti dipilih secara satu keturunan sahaja.
•   Penghulu kemudian bertanggungjawab untuk melatih pemain baru dan
    memastikannya benar-benar mahir untuk menganggotai kumpulan Nobat.
•   Mengatur Jadual Peraturan yang perlu diikuti oleh setiap kumpulan Nobat.
•   Menjadi orang perantaraan antara pemain Nobat dengan Pihak Atasan. Contohnya
    dengan Pejabat Duli Yang Maha Mulia Sultan.
•   Mesti mengetahui cara memainkan semua peralatan muzik Nobat.
•   Memastikan keelokan alat muzik Nobat serta pakaian rasmi pemain Nobat, serta
    menukarkannya apabila perlu.
•   Bertanggungjawab menyelia dan mengetuai kumpulan Nobat tesebut secara
    keseluruhan.
• Kalau Besar : Kalau Besar merupakan
  pembantu kepada penghulu. Ia juga akan
  mengetuai kumpulan Nobat.

• Orang Nobat : Orang Nobat adalah pemain-
  pemain dalam kumpulan Nobat.
Pantang larang
• Sesiapa yang melanggar pantang larang Nobat dipecayai
  akan menerima bala atau bencana. Antara pantang larang
  yang masih kuat dipegang hingga kini adalah seperti:
• Alatan muzik Nobat tidak boleh dipersendakan oleh sesiapa
  dan kedudukannya mestilah tetap dan tidak boleh diubah
  sesuka hati.
• Semasa alat muzik Nobat dibawa turun ke Balai Besar,
  sesiapa pun tidak dibenarkan melintas dihadapannya.
• Mahaguru merupakan alat penunjuk dan mesti dihormati.
  Jika ada yang kurang tertib, mereka akan menerima
  balasannya.
• Alat-alat Nobat ini tidak boleh dimainkan di pesta-pesta
  atau temasya lain.
• Orang-orang Nobat tidak dibenarkan mengajar
  semua lagu yang diketahui kepada keturunannya.
• Sesiapa pun tidak dibenarkan menyentuh alat
  muzik Nobat ini.
• Semasa Nobat hendak dimainkan, pemian Nobat
  ini mestilah mengikut jalannya ke tempat letak
  alat-alat itu sebelum dibenarkan duduk.
• Sesiapa pun tidak dibenarkan melihat permukaan
  bawah gendang Nahara keana ia dipecayai
  diperbuat daripada kulit perut perempuan
  mengandung.
• Kedudukan alat Nobat ini mestilah tetap dan tidak boleh
  diubah. Nahara mestilah menghadap ke arah matahari
  terbit.
• Semasa hendak menyalin kulit Nahara, pemain Nobat
  mestilah menggunakan kain selendang berwarna kuning.
• Apabila alat-alat hendak diturunkan ke tempat lain seperti
  Balai Besar hendaklah mengikut peraturan iaitu didahului
  oleh Semambu atau Mahaguru, Serunai, Gendang ibu,
  Gendang anak, Gong, dan Nafiri.
• Semua pemain Nobat mestilah megikut keturunan dan
  muzik Nobat selalu diperturunkan kepada anak lelaki
  sahaja.
• Apabila ayah atau pemain hendak berhenti dari
  bemain Nobat, dia mestilah melatih anaknya
  dirumah terlebih dahulu dengan menggunakan
  alat Nobat rekaan. Setelah anaknya mahir, dia
  boleh menggantikan tempat ayahnya dengan
  syarat ayahnya mesti menyediakan Nasi Kunyit
  dan dikemenyankan. Kemudian si anak pelu
  memakan sekepal Nasi Kunyit sebelum mula
  bemain.
• Semasa bermain Nobat, para pemain mestilah
  memakai pakaian rasmi berwarna hitam.
    ADAB BERMAIN NOBAT
• Setiap petang Nobat dipalu sehingga sampai
  waktu Maghrib. Aturannya adalah pada waktu
  hendak memalunya. Iaitu seperti berikut;
  – Pada saf pertama - Penghulu meniup Nafiri.
  – Pada saf kedua – Dua orang pemukul Nengkara.
  – Pada saf ketiga – Pemukul Gendang Nobat.
  – Pada saf keempat – Peniup Serunai dan Bangsi.
  – Pada saf kelima - Pemukul Kopak dan Cerucup.
• Lama Nobat dipalu ialah selama 32 tiupan N afirinya.
  Setelah itu dipalu pula Gendang Perang sebagai penutup.
• Pada malam Jumaat waktu Isyak, Nobat dipalu tanpa
  ditentukan lagu. Tetapi lagu Subuh tidak boleh dimainkan
  pada waktu lain kecuali pada waktu Subuh sahaja.
• Lagu 'Ibahim Khalil' dipalu semasa Menjunjung Duli dan
  lagu 'Iskandar Syah' atau 'Arak-arak' dipalu sewaktu raja
  berangkat.
• Lagu 'Palu-palu' ketika raja Bersiram Tabal dan dan lagu
  'Seri Istana' pula semasa raja memakai pakaian kerajaan.
• Peraturan memalu Nobat semasa raja bersiram iaitu lagu 'Perang'
  dimainkan waktu peralatan bersiram mula diangkat dan berhenti apabila
  semua peralatan selesai disusun.
• Ketika raja diangkat ke tempat Persiraman, Nobat dibunyikan dengan lagu
  'Arak-arak' kemudian lagu 'Palu-palu' semasa raja sampai. Selesai
  bersiram, lagu 'Arak-arak' dimaiankan sekali lagi dan kemudian disambung
  pula dengan 'Seri Istana' apabila baginda tiba di istana.
• Semasa raja berangkat ke Balairung Seri untuk Istiadat Menjunjung Duli,
  baginda diiringi dengan lagu 'Arak-arak' semasa Istiadat Menjunjung Duli,
  lagu kerajaan iaitu 'Ibrahim Khalil' dimainkan. Dan lagu 'Arak-
  arak' dimainkan lagi ketika baginda ingin berangkat pulang ke istana. Tiba
  di istana paluan Nobat akan dihentikan.
• Adab memalu Nobat yang betul adalah ahli-ahli Nobat
  dikehendaki memalunya dengan berdiri bersaf-saf.
  Peraturan ini biasanya hanya diikuti ketika memainkan
  dua lagu iaitu 'Ibrahim Khalil' dan 'Iskandar Syah'
  sahaja.
• Semasa memainkan lagu 'Seri Istana' atau memalu
  sewaktu raja Bersiram Tabal, keadaan memukulnya
  sambil duduk bersaf-saf. Ketika memainkan lagu lain
  pula, ia terpulang kepada pemain-pemainnya.
• Adab dan tertib memainkan Nobat ini dikatakan
  berasal dari Riau-Lingga
Kerja Lapangan

  Istana Perak
En. Aziz Bin Abd Rahman
               Alat-alat muzik
• Memperkenalkan alat-alat muzik
• Nafiri terdapat saiz yang berbeza
  ( Nafiri lama berat dan besar, hadiri kini ringan )
• Nobat memainkan rentak, bukan lagu.
• Rentak tidak boleh dicipta dan digubah.
• Nobat dahulu diperbuat kulit harimau, kini adalah
  kulit lembu
• Nobat Perak dimainkan atas titah Yang Maha
  Mulia Sultan Perak
• Alat-alat tidak boleh dibawa ke sana ke mari
• Alat-alat dibalut dengan kain kuning
• Dalam Istana Perak, hanya Nobat sahaja
  dimainkan sebagai muzik diraja.
Serunai         Nafiri   Gendang Nenggara




Gendang Penengkah        Gendang Ibu
         Pemain Nobat Perak
• Semua terdiri daripada lelaki
• Hanya pewaris lelaki sahaja boleh
  mempelajari Nobat
• Pemain Nobat Perak perlulah keturunan Kalur
• Pemain tidak perlu membaca segala mahtera
  sebelum bermain Nobat
• Pemain bermain mengikut kemahiran mereka
  melalui pendidikan informal, tanpa skor
  muzik.
                 Orang Kalur
• Dikenali juga sebagai ‘ orang muntah lembu ‘
• Berasal daripada seorang lelaki bernama Bat/
  Batala.
• Bat muncul daripada muntahan buih seekor
  lembu putih tunggangan Nila Pahlawan serta
  putera-putera Raja Suran di Bukit Siguntang,
  Palembang.
• Lembu putih dikatakan suci dan bagi orang India.
• Lembu ( Nandi ) pengikut setia Dewa Siva,
  melambangkan kekuatan kelelakian, kebenaran
  dan keadilan.
• Pembaca ciri, juru tabal semasa pertabalan
  Sultan Perak ( Tok Sei Nara Diraja )
• Diwariskan daripada Kerajaan Hindu Srivijaya
           Hari Nobat dimainkan
•   Hari Keputeraan
•   3 hari sebelum puasa
•   7 hari sebelum Hari Raya
•   3 hari sebelum Hari Raya Haji
•   Segala titah dari YMM Sultan Perak
           Nobat Negeri Lain
• Istana Selangor meminjam alat daripada
  Istana Perak
• Bapa- IstanaSelangor
  Anak- IstanaPerak
• Nobat Kedah dibunyikan setiap waktu
  sembahyang.
• Nobat Kedah ada alat tambahan
                 Lagu nobat negeri Perak
•   Raja Berangkat (Gendang Berangkat)
•   Puteri Mandi Mayang
•   Lenggang Che Kobat
•   Rama-rama Terbang Tinggi
•   Kembang Kemali
•   Aleh-aleh Panjang
•   Aleh-aleh Pendek
•   Jong Beraleh
•   Dang Gendang
•   Arak-arak
•   Anak Raja Basuh Kaki
•   Gendang Perang
•   Nobat Tabal
•   Nobat Raja
•   Nobat Khamis
•   Nobat Subuh.
• Berasaskan rentak.
• Tajuk lagu nobat hanyalah cuma nama, tetapi
  berlainan rentak.
• “Gendang Berangkat” :
      • Hanya untuk Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan.
• “Nobat Tabal” :
      • Khas semasa majlis pertabalan.
• Panjang sesuatu lagu nobat berdasarkan kepada Ketua
  Orang Kalur (Ketua Nobat).
• Di setiap permulaan lagu nobat, Nafiri akan dibunyikan
  dahulu kemudian akan diikuti dengan alat nobat yang
  lain.
• Lagu nobat tidak boleh dicipta atau pun digubah.
• Pemain nobat hanya lelaki sahaja.
• Alat-alat muzik nobat tidak boleh dibawa keluar
  dari istana dan di simpan di istana.
• Alat-alat muzik nobat tidak boleh ditambah atau
  pun di kurangkan :
  –   Nafiri
  –   Gendang Nobat
  –   Serunai
  –   Gendang Nenghara
  –   Gendang Penengkah
            Contoh lagu nobat
•   “Gendang Berangkat” &
•   “Puteri Mandi Mayang”
•   “Kembang Kemali”
•   “Aleh-aleh Pendek”

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Tags: nobat
Stats:
views:6040
posted:10/4/2010
language:Malay
pages:84