Docstoc

akhlak - DOC

Document Sample
akhlak - DOC Powered By Docstoc
					1.0 Pendahuluan


     Kemerosotan akhlak adalah masalah yang perlu ditangani oleh semua ahli
masyarakat seperti pelajar, guru, ibubapa dan pihak kerajaan. Perkara ini timbul
kesan daripada faktor-faktor yang berkaitan dengan masyarakat. Oleh itu untuk
mencari penyelesaian terhadap masalah ini memerlukan langkah-langkah atau
tindakan-tindakan yang proaktif oleh pihak-pihak yang berkenaan dalam melahirkan
model insan yang berkualiti dan menghindarkan faktor-faktor penggalak kepada
kemerosotan akhlak di kalangan masyarakat negara ini.


1.1 Definisi akhlak


     Menurut Ahmad Rafizi Salleh (1998)
        “perkataan akhlak kalau dilihat dari segi bahasanya adalah diambil
        daripada bahasa arab iaitu akhlak yang merupakan kata jama’ (kata
        banyak) atau kata plural dari perkataan khuluq yang membawa
        maksud adab perlakuan yang diamalkan oleh manusia.”(h:3)

Mohd Sulaiman (1992) dalam Ahmad Rafizi Salleh (1998)
        “perkataan akhlak dari segi istilah boleh diertikan sebagai suatu hal
        keadaan yang tetap dalam jiwa manusia yang dapat mengeluarkan
        perbuatan samada baik atau buruk tanpa perlu kepada pemikiran
        dan pengamatan.” (h:3)

Muhammad A’klah 1986 dalam Ahmad Rafizi Salleh (1998)
        “takrif akhlak yang sebenar boleh dikatakan sebagai suatu keadaan
        di dalam jiwa yang bersifat tetap di mana lahir daripadanya
        perbuatan atau perlakuan dengan mudah tanpa perlu kepada daya
        pemikiran samada perlakuan itu baik ataupun jahat.” (h:100)

Al-Usman (1963) dalam Ahmad Rafizi Salleh (1998)
        “Iman al-Ghazali mendefinisikan akhlak sebagai suatu keadaan
        yang tetap dalam jiwa manusia di mana dapat melahirkan
        perlakuan dengan senang dan mudah tanpa berhajat kepada
        pemikiran dan pengamatan terlebih dahulu.” (h:112)




                                          1
Ahmad Mohd Salleh (2003)
        “Akhlak dari segi istilah membawa maksud segala laku perbuatan
        yang telah menjadi adat kebiasaan, apabila dilakukan tidak perlu
        lagi berfikir panjang. Tingkah laku yang diamalkan sekian lama
        dan diterima oleh semua masyarakat sebagai sebahagian dari cara
        hidup atau dinamakan akhlak.” (h:181)



1.2 Akhlak dan perilaku


      Menurut Muhammad A’klah (1986) dalam Ahmad Rafizi Salleh (1998) dua
syarat perilaku seseorang itu terjemahan akhlak:


1.2.1 Terdapat unsur pengulangan di mana suatu perlakuan itu dilakukan secara
berterusan sehinggalah menjadi suatu kebiasaan yang kekal. Ini adalah kerana yang
menunjukkan akhlak seseorang itu bukanlah daripada perbuatan tertentunya akan
tetapi daripada keseluruhan kehidupannya.


1.2.2 Bahawa perbuatan seseorang adalah lahir secara bersahaja atau secara spontan
yang tidak dipengauhi oleh faktor-faktor luaran yang menyebabkan perbuatan
tersebut dibuat-buat dan bukannya lahir daripada tabiatnya sendiri.(h:103)


1.3 Kepentingan akhlak dalam Islam


     Kepentingan akhlak dalam Islam menurut Muhammad A’klah (1986) dalam
Ahamd Rafizi Salleh (1998):


1.3.1 Ia merupakan salah satu daripada tujuan pengutusan Nabi Muhammad iaitu
menyempurnakan pembinaan akhlak yang mulia di kalangan manusia. Ini adalah
kerana akhlak manusia perlu selari dengan fitrahnya. Jika tidak kehidupan manusia
menjadi kucar kacir dan seterusnya menjejaskan tugas dan peranan manusia sebagai
khalifah di atas muka bumi ini.




                                          2
1.3.2 Menjelaskan bahawa akhlak yang mulia adalah himpunan agama Islam itu
sendiri. Ini menunjukkan akhlak yang baik merupakan rukun agama Islam di mana
Islam tidak boleh ditegakkan tanpa akhlak.


1.3.3 Di dalam kitab suci al-Quran dan hadith nabi banyak menyebut mengenai
persoalan akhlak serta diceritakan kepada mereka yang memiliki akhlak yang baik
dan buruk.


1.3.4 Sesungguhnya akhlak mempunyai kesan yang begitu mendalam di dalam
pembinaan dan pembentukan sesebuah masyarakat yang diistilahkan sebagai
masyarakat madani.(h:104)


1.4 Sumber-sumber akhlak Islam


      Sumber rujukan tentang akhlak Islam adalah dua sumber rujukan utama dalama
syariat Islam iaitu:


1.4.1 Al-quran
      Menurut Abu Urwah (1988) tentang kedudukan al-Quran sebagai sumber
pegangan hidup
         “kewajipan menjadikan al-Quran sebagai pegangan hidup adalah
         keselamatan manusia sendiri. Dengannya manusia terhindar
         daripada azab Allah dan kekosongan hidup yang menyebabkan
         mereka mengikut sesuatu yang mereka tidak ketahui. Di mana
         kesemuanya itu (selain daripada hidayah Allah) tidak
         menambahkan melainkan kesesatan dan kehancuran.” (h:57)

      Menurut Ahmad Mohd Salleh (2003) tentang al-Quran sebagai sumber akhlak
         “Al-Quran ialah kitab suci yang diturunkan kepada Nabi
         Muhammad s.a.w yang dipindahkan kepada kita secara attawatur.
         Dalamnya terkandung perkara-perkara untuk kebahagian kepada
         mukmin dari segi akidah, akhlak dan perundangan.” (h:201)




                                         3
1.4.1.1 Matlamat al-Quran dalam pendidikan akhlak


     Menurut Ahmad Mohd Salleh (2003) al-Quran mempunyai tiga fungsi utama
dalam pendidikan akhlak :


1.4.1.1.1 Mendidik akal supaya berfikir dan mengumpul pengiktibaran. Firman Allah
dalam surah Shad ayat 29 yang bermaksud “Inilah adalah sebuah kitab yang Kami
turunkan kepadamu penuh dengan berkat supaya mereka memerhatikan ayat-
ayatnya dan supaya mendapat pelajaran bagi orang yang mempunyai fikiran.”


1.4.1.1.2 Pendidikan akhlak supaya manusia beristiqamah dengannya, tenang serta
mengambil petunjuk dengan syariatNya. Firman Allah dalam surah Hud ayat 112
“Kerana itu tetapkanlah kamu di atas jalan yang benar sebagaimana diperintahkan
kepadamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat
apa yang kamu kerjakan.”


1.4.1.1.3 Mendidik hati dan perasaan, kecenderungan hati dan perasaan halus.
Firman Allah surah al-Hadid ayat 16
        “Belumkah datang waktunya bagi orang yang beriman supaya
        tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang
        telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang
        yang      sebelumnya   telah   diturunkan   al-kitabnya.   Kemudian
        berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka
        menjadi keras dan kebanyakan daripada mereka adalah orang
        fasik.”


     Menurut Abu Urwah (1988) tentang kedudukan sunnah sebagai sumber
pendidikan akhlak
        “sunnah tidak dapat dipisahkan dengan al-Quran bagi membimbing
        para mukmin di atas jalan yang benar kerana sunnah adalah
        penjelas atau pentafsir yang amali terhadap perintah-perintah dan
        pengajaran-pengajaran yang terkandung di dalam al-Quran. Tidak
        mungkin seseorang itu dapat mematuhi perintah Allah tanpa ia
        melihat bagaimana cara sebenar untuk melaksanakannya.


                                          4
         Sedangkan cara sebenar untuk mematuhinya hanya terdapat dalam
         diri Rasulullah s.a.w kerana baginda diutuskan oleh Allah untuk
         tujuan tersebut.” (h:64)

      Menurut Ahmad Mohd Salleh (2003)
         “Nabi Muhammad s.a.w mencerminkan, melaksanakan dan
         merupakan akhlak al-Quran dalam segala tindak-tanduknya, maka
         Allah s.w.t tempat khusus di kalangan kaum muslimin dan
         merupakan teladan yang harus diikuti. Oleh itu, segala yang lahir
         daripada Nabi Muhammad s.a.w sama ada perkataan, perbuatan
         atau pengakuan adalah hadis yang wajib diikuti.” (h:205)



1.5 Ciri-ciri akhlak Islam


      Akhlak Islam secara umumnya mempunyai empat ciri yang utama menurut
pandangan para ilmuwan Islam:


1.5.1 Tetap dan tidak berubah
      Menurut Ahmad Rafizi Salleh (1998) “akhlak di dalam Islam tidak akan
berubah mengikut peredaran zaman ataupun perubahan keadaan ekonomi bahkan
ianya tetap dan tidak akan berubah seperti sifat jujur, amanah dan lain-lain lagi
meskipun masyarakat bertambah maju.” (h:105)


1.5.2 Lahir daripada aqidah yang mantap
      Menurut Muhammad A’klah (1986) dalam Ahmad Rafizi Salleh (1998)
         “Akhlak dan aqidah adalah dua perkara yang berkait rapat di antara
         satu sama lain. Aqidah merupakan jalan bagi membentuk akhlak
         yang baik. Akhlak terbina di atas asas takwa iaitu takut dan
         menghalang diri daripada setiap perkara yang diharamkan Allah.
         Ini akan membawa kepada keimanan kepada Allah. Keimanan
         inilah yang akan melahirkan akhlak yang terpuji bagi seseorang
         Islam itu. Jadi antara akhlak dan aqidah mempunyai ikatan yang
         begitu mantap dan tidak boleh sama sekali dipisahkan.” (h:105)




                                          5
1.5.3 Menyeluruh
     Muhammad A’klah (1986) dalam Ahmad Rafizi Salleh (1998)
        “Perkara yang utama dalam Islam ialah akhlak manusia dengan
        penciptanya yang merupakan asas menyeluruhnya sistem akhlak
        dalam Islam. Seterusnya akhlak manusia sesame manusia di mana
        setiap tindakan manusia tidak boleh keluar daripada lingkungan
        akhlak samada sesuatu perkara itu berkaitan dengan diri sendiri
        ataupun dengan orang lain yang lebih besar ruang lingkupnya.”
        (h:106)

1.5.4 Merupakan suatu kelaziman
     Menurut al-Ghazali (1991) dalam Ahmad Rafizi Salleh (1998)
        “Apa yang dimaksudkan di sini akhlak merupakan sebahagian
        daripada manusia yang tidak boleh dipisahkan sama sekali. Jikalau
        akhlak dipisahkan daripada seseorang, ini akan member kesan yang
        buruk kepadanya. Ini adalah kerana akhlak yang dinajurkan Islam
        berdasarkan fitrah yang telah ditetapkan oleh pencipta manusia.
        Sesuatu yang diperintahkan oleh pencipta manusia merupakan
        suatu kelaziman bagi manusia kerana Allah s.w.t tidak menyuruh
        kepada manusia kecuali sesuatu yang perlu dan wajib bagi
        mereka.” (h:106)

1.5.5 Pertengahan
     Muhammad A’klah (1986) dalam Ahmad Rafizi Salleh (1998)
        “Ianya membawa maksud bahawa akhlak adalah suatu yang
        bersifat sederhana tidak terlalu sempit dan tidak terlalu bebas.
        Akhlak yang lahir daripada seseorang bukanlah ianya malaikat dan
        bukannya haiwan akan tetapi beliau adalah manusia yang
        sebenarnya. Sebagai contoh sifat pemurah yang dinajurkan oleh
        Islam di mana ianya merupakan pertengahan antara sifat bakhil
        yang t:sempit dengan sifat boros yang begitu terbuka sangat.”
        (h:107)




                                        6
2.0 Faktor-faktor utama keruntuhan akhlak
     Terdapat beberapa faktor-faktor utama yang mempengaruhi akhlak atau
tingkah laku seseorang di dalam kehidupannya. Antaranya seperti berikut :
2.1 Keturunan
     Menurut Atiyah Saqar (2005) dalam memberi ulasan tentang faktor keturunan,
        “Yang dimaksudkan faktor keturunan adalah berpindahnya
        pengaruh dari orang tua kepada anak dan kemiripan antara
        keduanya. Kemiripan ini bahkan bukan saja pada manusia tetapi
        juga pada binatang bahkan tanaman sebab ini merupakan sunnah
        dari sunnatullah di jagat raya yang dipercaya oleh akal dan telah
        dibahas oleh setiap generasi.” (h:350)

2.2 Lingkungan atau persekitaran
     Menurut Atiyah Saqar (2005) dalam penjelasannya,
        “lingkungan adalah semua yang melingkungi manusia dan
        berpengaruh secara materi dan maknawi pada badan, akal, jiwa
        mahupun akhlaknyaan. Tidak dimungkiri bahwa setiap makhluk
        hidup terpengaruh dengan cuaca di mana ia hidup dan fenomena
        yang melingkunginya.” (h:360)


2.3 Perkembangan teknologi
     Menurut Azizi Yahya (2009)
        “banyak bahan informasi mudah diperoleh setiap ahli keluarga
        sama ada melalui media elektronik seperti radio, televisyen,
        internet atau media cetak seperti majalah dan surat khabar.
        Akibatnya, ahli keluarga lebih mudah terpengaruh dengan bahan-
        bahan hiburan dan seumpamnya sehingga boleh merosakkan
        akhlak.” (h:151)


2.4 Rakan sebaya
     Ahmad Mohd Salleh (2008),
        “Rakan sebaya merupakan elemen yang perlu dilihat oleh para ibu
        bapa. Ini kerana anak-anak mereka meluangkan masa lebih lama
        berbanding dengan masa yang diluangkan dengan ibu bapa.
        Tambahan pula mereka mengalami perkembangan sosial dan
        psikologi yang sama.” (h:206)




                                         7
2.5 Kemasukan unsur-unsur luar
Unsur-unsur luar yang dimaksudkan ialah budaya Barat yang tidak sihat dari segi
tingkah laku yang kurang sopan, corak pakaian yang mendedahkan aurat dan irama
muzik yang melalaikan dan mengandungi unsur-unsur syirik. Menurut Azizi Yahya
(2009) “keadaan ini adalah akibat pengaruh luar yang begitu besar terhadap
pembentukan moral anggota keluarga dan juga masyarakat. Oleh itu ibu bapa perlu
bijak memainkan peranan supaya anak-anak mereka dapat mengikut peraturan yang
telah ditetapkan.” (h:151)


2.6 Pendidikan agama
     Menurut Azizi Yahya (2009) “disebabkan kurang pendidikan agama
seseorang itu mudah dipengaruhi oleh keadaan sekeliling seperti pengaruh budaya
Barat. Mereka yang kurang pengetahuan agama akan mudah memberontak kerana
mahu kelihatan berbeza daripada orang lain.” (h:154)


3.0 Langkah-langkah membentuk model insan yang berkualiti
     Pihak yang bertanggungjawab dan pihak yang terlibat secara langsung atau
tidak langsung perlu membina satu kerjasama yang kukuh untuk dalam usaha
merealisasikan cita-cita melahirkan modal insan yang berkualiti dalam sesebuah
masyarakat. Antaranya ibubapa serta keluarga, pihak pemerintah, masyarakat, media
massa dan guru.


3.1 Ibubapa serta keluarga
     Ibubapa adalah pihak yang utama dalam mendidik anak-anak. Mereka perlu
melengkapkan anak-anak dengan ilmu keperluan dunia dan ilmu keperluan akhirat di
samping keperluan fizikal dan mental. Nasihat dan teguran amat berguna dalam
pembentukan tingkah laku serta keyakinan diri mereka.


3.2 Kerajaan atau perintah
     Kerajaan yang diberikan amanah untuk melaksanakan pemerintahan negara
perlu merancang dan melaksanakan program-program pembentukan sahsiah dan jati
diri di kalangan para remaja. Objektifnya        hendaklah bermatlamat kepada
pembentukan generasi yang beriman dan bertaqwa kepada Allah. Penguasaan



                                        8
undang-undang yang berlandaskan al-Quran dan hadith boleh dijadikan satu pilihan
kepada pemerintah untuk mengelakkan keruntuhan akhlak para remaja dari merebak
dan berleluasa.


3.3 Masyarakat
      Masyarakat juga tidak kurang pentingnya dalam menghindar keruntuhan
akhlak di kalangan remaja. Rasa sensitif mereka terhadap tingkah laku yang kurang
bermoral dan melaporkan kepada pihak yang bertanggungjawab adalah gambaran
kepada sikap kesatuan dan kemuafakatan di kalangan mereka.


3.4 Media massa
      Penapisan media cetak dan media elektronik dalam penyampaian sebarang
berita dan maklumat yang negatif kepada masyarakat atau golongan remaja
khususnya adalah satu langkah pencegahan yang boleh diambil. Sebaliknya nilai-
nilai yan baik atau positif dan berunsur teladan perlu dipaparkan bagi tatapan
masyarakat.


3.5 Guru dan sekolah
      Guru pada pandangan masyarakat adalah ibubapa kedua kepada kanak-kanak
yang hadir ke sekolah. Peranan mereka tidak hanya terhad kepada memberi ilmu
pengetahuan sahaja malah mendidik murid-murid supaya berakhlak, bersahsiah dan
berketrampilan. Sekolah pula yang ditadbir dengan peraturan-peraturan menerapkan
displin di kalangan murid-muridnya.


4.0 Tanggungjawab pelajar
      Tanggungjawab para pelajar secara umum boleh diperjelaskan kepada tiga
kompenan utama iaitu tanggungjawab terhadap ibubapa, diri dan tuhan.


4.1 Ibubapa
`     Hubungan ibubapa dan anak atau pelajar merupakan satu jalinan perhubungan
yang tidak boleh dipisahkan dan perlu dipelihara dengan sebaik-baik mungkin
keharmoniannya dan keutuhannya. Perkara-perkara yang tergolong dalam bahagian
ini ialah:



                                        9
4.1.1 Para pelajar perlu menghormati dan mengasihani kedua-dua ibubapa mereke.
4.1.2 Para pelajar perlu menjaga adab dan kesopanan ketika bersama ibubapa atau
ketika bertutur dengan mereka.
4.1. 3 Para pelajar perlu berbuat baik dengan meraka dan mendoakan kesejahteraan
mereka.
4..1.4 Para pelajar dikehendaki mendoakan kesejahteraan ibubapa ketika mereka
masih hidup atau telah meninggalkan dunia.


4.2 Diri
      Tanggungjawab pelajar terhadap dirinya merupakan akhlak fardiyyah bagi
seseorang individu. Perkara-perkara yang termasuk dalam perkara ini ialah :
4.2.1 Bertanggungjawab terhadap penjagaan tubuh badan.
4.2.2 Menjaga akal fikiran supaya berfikir terhadap keagungan dan ciptaan Allah
S.W.T sepertimana firman Allah dalam surah Saba’ ayat 45 yang bermaksud:
           Katakanlah (wahai Muhmmad) Aku hanya mengajar dan
           menasihati kamu dengan satu perkara sahaja iaitu hendaklah kamu
           bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran kerana Allah
           semata-mata sama ada dengan cara berdua atau seorang diri,
           kemudian hendaklah kamu berfikir sematang-matangnya (untuk
           mengetahui salah betul ajaranku.


4.2.3 Rasa tanggungjawab terhadap pembersihan jiwa seperti yang dinukilkan oleh
Allah dalam surah al-Shams ayat 9 hingga 10 yang bermaksud:
           Sesungguhnya berjayalah orang yang menyucikan dirinya (dengan
           iman dan amal kebajikan) dan sesungguhnya rugilah orang
           mengotorinya.




                                          10
4.3 Tuhan
     Tanggungjawab pelajar terhadap tuhan adalah akhlak diniyyah. Para pelajar
harus memahaminya sebagai kewajipan hamba terhadap penciptanya yang wajib
ditunaikan pada masa yang ditetapkan apabila menepati syarat-syarat kefardhuannya.
Dalilnya firman Allah dalam surah al-Fatihah ayat 2 hingga 6:
        Segala puji tertentu bagi Allah yang memelihara dan mentadbir
        sekalian alam, yang maiha pemurah lagi maha mengasihani, yang
        menguasai pemerintahan hari pembalasan (hari akhirat). Engkau
        sahaja (ya Allah) yang kami sembah dan kepada kepada engkaulah
        sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang
        lurus.

Rumusan


     Kemelut remaja kini semakin menjadi-jadi walaupun pelbagai langkah telah
dan sedang diambil untuk membanteras kegiatan tidak sihat di kalangan remaja.
Penglibatan remaja dalam kegiatan negatif member petunjuk bahawa nilai-nilai
agama semakin dilupakan. Justeru, pelbagai langkah perlu dilakukan secara agresif
untuk meningkatkan martabat umat Islam dalam segala bidang.




                                        11
     11

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:1591
posted:10/1/2010
language:Malay
pages:11