Docstoc

Bangsa Melayu Mengikut Ulama Ahlu Sunnah Wal Jamaah

Document Sample
Bangsa Melayu Mengikut Ulama Ahlu Sunnah Wal Jamaah Powered By Docstoc
					   BANGSA MELAYU MENGIKUT
ULAMA’ AHLU SUNNAH WAL JAMAAH
DALIL BANGSA

Ertinya: "Wahai sekalian manusia, sesungguhnya kami
ciptakan kamu dari laki-laki dan perempuan dan kami
jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak
supaya kamu berkenal-kenalan diantara kamu.
Sesungguhnya orang yang paling mulia dikalangan
kamu adalah mereka yang paling bertaqwa disisi Allah
Taala (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).
Sesungguhnya Allah sangat mengetahui lagi amat
mendalam pengetahuanNya (akan keadaan dan
amalan kamu)”
                                      (Al Hujurat – 13)
ASAL USUL
BANGSA MELAYU

Adapun Bangsa Melayu berasal dari isteri ketiga Nabi
Ibrahim as yang bernama Siti Qanturah. Dari pernikahan
ini dikurniakan 6 anak - Zimran, Jokshan, Medan, Midian,
Ishbak dan Shuah. Dari keturunan inilah berkembang-
biak Bani Jawi - Bani (Kaum/Kelompok) JiWi (Ji = satu
; Wi = Widhi atau Tuhan). Jadi makna Bani Jawi (JiWi)
adalah kaum yang menyakini adanya satu Tuhan

                                      Ibnu Athir al-Jazari
                               Kitab al-Kamil fi at-Tarikh
ASAL USUL
BANGSA MELAYU

Kebanyakan mereka berhijrah dan menetap di sebelah
negeri di “atas angin” (al-Jawwu) iaitu negeri Asia Timur
dan membentuk beberapa kerajaan yang besar seperti
Kerajaan Melayu Champa dan Langkasuka. Apabila
berlaku peperangan demi perperangan, ramai yang
tinggal di kawasan tersebut berhijrah ke gugusan pulau-
pulau di nusantara dan membentuk pula beberapa
kerajaan dan negeri. Mengikut istilah Bahasa Sanskrit
bahawa penghijrahan dari tanah besar ke kepulauan
nusantara di sebut sebagai MELAYU
                                      Ibnu Athir al-Jazari
                               Kitab al-Kamil fi at-Tarikh
ASAL USUL
BANGSA MELAYU
• Kajian DNA oleh penyelidik UKM terhadap 86 lelaki Melayu telah
  membuktikan bahawa 27% variant Mediterranean terdapat dalam darah
  DNA Melayu. Dalam kamus sains, DNA Mediterranean adalah bermaksud
  bangsa Bani Israel

• Kajian DNA oleh penyelidik USM 2008 membuktikan bahawa
  Minangkabau (satu dari rumpun Melayu Pagar Ruyung) dan Kelantan
  (satu dari rumpun Melayu Fathani) adalah baka Melayu asli

• Kajian akeologi UKM selama 38 tahun (1972-2010) membuktikan bahawa
  rumpun Melayu adalah penduduk asal Malaysia sejak 40,000 tahun

• Sejarah keturunan Raja-raja Bugis yang ditulis oleh Habib Abdullah bin
  Abu Bakar al-Hadad mengesahkan bahawa nasab keturunan rumpun
  Melayu Bugis adalah hasil perkahwinan Nabi Sulaiman as dengan Ratu
  Balqis (Puteri Saba‟)
TONGGAK KEMULIAAN
BANGSA MELAYU




BANGSA     AGAMA        NEGARA
 bahasa      aqidah       siasah
 budaya    pendidikan   pentadbiran
 sejarah
(1) BAHASA
Bahasa Melayu adalah yang paling ringan (mudah)
bahasa penduduk wilayah-wilayah itu. Kerana itulah
kebanyakan orang Hijaz/Arab menggunakan bahasa
Melayu dalam pergaulan dengan bangsa-bangsa
tersebut, yang berlainan bahasa mereka dengan bahasa
Melayu.

                            Syeikh Ahmad al-Fathani
                             Kitab Tashil Nailil Amani
KUPASAN
• TS Khir Johari menghapuskan tulisan jawi pada tahun 1965.
  Akibatnya kita tidak boleh membaca/menulis jawi dan tak boleh
  mengaji kitab ulama Melayu/al-Quran. Kesilapan telah pun
  dibuat, kini Kerajaan terpaksa membetulkan kembali keadaan
  melalui modul J-QAF. Manakala, Sekolah Arab dan Pondok
  menjadikan tulisan jawi sebagai medium tulisan rasmi mereka.
  Lawatilah http://www.ejawi.net/v3/

• Golongan yang ingin menyama-tarafkan bahasa Melayu dengan
  lain-lain bahasa, contohnya papan-papan tanda nama jalan
  dalam 3 bahasa di Pulau Pinang. Bahasa Melayu kini berjaya
  menjadi pengantar rasmi dalam perkhidmatan awam, sekolah,
  mahkamah, istana, dewan rakyat, institusi pengajian tinggi dll.
  Matlamat menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ekonomi
  tertakluk kepada penguasaan bangsa ini dalam bidang ekonomi
(2) SEJARAH

Ketahui olehmu bahawa Ilmu Tarikh itu daripada sebesar-
besar segala kadarnya. Dan terlebih cemerlang dalam
segala kelam, tercengang itu qamarnya. Ia memberi faedah
akan yang mempunyainya akan cerdik dan tajam
penilikkannya. Adapun ahli tanah Melayu kita, maka tiadalah
mereka itu memperduli dengan sya‟an tawarikh. Hingga
jahilah mereka itu akan ahwal segala masa yang telah lalu
atas negeri mereka daripada beberapa masa yang hampir.
Bahkan tiada mengetahui mereka itu akan nama-nama
nenek moyang mereka itu

                                  Syeikh Ahmad al-Fathani
                                     Kitab Hadiqatul Azhar
KUPASAN
• Mata pelajaran sejarah tidak menjadi subjek teras di zaman era
  PM Dr Mahathir. Akibatnya, generasi muda tidak kenal jati diri
  dan hilang semangat patriotisme kepada negara. Parti
  pembangkang ingin membuat tafsiran semula sejarah negara ini
  bagi menutup kesilapan silam dan asal-usul mereka. PM
  Abdulah Badawi pada tahun 2009 membuat keputusan untuk
  menjadikan subjek ini wajib lulus dan subjek teras di sekolah
  rendah/menengah menjelang 2011

• Golongan yang mengumpul, menyusun dan mencantum nasab
  keturunan keluarga bagi memastikan anak-cucu kenal susur-
  galur dan menjalin hubungan silaturahim. Teromba nasab juga
  boleh digunakan sebagai rujukan sistem faraid, mengangkat
  pemimpin dan mengelakkan kecacatan baka keturunan. Kalau
  asal benih yang baik, dicampak ke laut menjadi pulau, dilontar
  ke darat menjadi gunung, dilambung ke langit menjadi bintang
(3) BUDAYA

Bangsa Melayu itu adalah bersifat ikhlas, lemah lembut
lunak, berperibadi baik. Sebahagian ciri-ciri khusus
mereka itu, ialah bahawa tidak terlihat di negeri mereka
dan lainnya peminta (pengemis) walau pun keadaan
mereka sendiri sangat miskin….Fitrah bangsa Melayu
sangat mematuhi kedua-dua orang tuanya. Sebahagian
besar mereka dengan mudah mengikut perintah-
perintah agama Islam

                              Syeikh Ahmad al-Fathani
                                 Kitab Hadiqatul Azhar
KUPASAN
• Golongan bukan Melayu mengksploitasi sifat “baik hati” ini
  dengan menuntut pelbagai perkara. Kerajaan berjaya
  menangani tuntutan ini kerana mengamalkan 4 prinsip
  khalifah Islam, iaitu   syura (kebertanggungjawaban
  bersama), keadilan (meletakkan sesuatu sesuai pada
  tempatnya), persamaan (kewajipan semua untuk
  melaksanakan)     dan    kebebasan      (selagi    tidak
  memudaratkan kepentingan lebih besar)

• Golongan elit profesional Melayu yang melihat jati diri
  orang Melayu sebagai suatu kelemahan dan lebih
  cenderung memakai nilai-nilai hidup liberal yang sekular.
  Contohnya Abdullah Munsyi (1796-1854) @ Abdullah
  Padre yang belajar kebebasan berfikir dari kumpulan
  mubaligh kristian dan menjadi penterjemah pertama kitab
  injil (Kajian Dr Abdullah Abd Rahman, USM)
 SOAL JAWAB
      &
REHAT 10 MINIT
(1) AQIDAH

Beratus-ratus tahun bangsa Melayu seMalaya ini
bermazhab (feqah) dengan al-Imam asy-Syafi`i ijma`an,
usuluddin atas perjalanan Abil Hasan al-Asy`ari dan
tasawwuf atas perjalanan al-Imam al-Ghazali. Sekarang
sudah timbul mazhab Khawarij yakni mazhab yang keluar
dari mazhab 4 mazhab Ahlus Sunnah wal Jama`ah.
Maksud mereka itu hendak mengelirukan faham awam
yang sebati dan hendak merobohkan pakatan bangsa
Melayu yang jati. Siapa yang datang kepada kamu dan
menyuruh kamu semua supaya taat kepada seorang lelaki
tertentu tujuannya untuk memecahkan persatuan kamu
dan menghancurkan kesatuan kamu maka bunuhlah akan
dia.
                                 Syeikh Abdullah Fahim
                           Sedutan Wasiat Buat Melayu
KUPASAN
• Golongan Mujasimmah yang memberi sifat-sifat makhluk
  kepada Allah swt. Contoh:- Allah bersila, Allah samseng, Allah
  mencarut, Allah tertakluk pada masa dll
• Golongan Tauhid 3 Serangkai yang menolak Tauhid Sifat 20
  atas hujah bidaah. Subjek Pendidikan Islam / Tasawur Islam di
  bawah KBSM (1989) turut berpegang kepada tauhid Uluhiyyah-
  Rubbubiyyah-Asma wa Sifat
• Golongan agamawan yang tidak memuliakan Rasullullah saw
  dan menisbahkan baginda sebagai manusia biasa. Contoh:-
  Nabi SAW orang kampung, Nabi SAW budak kelantan, maulid
  warisan kristian dll


       SILA RUJUK KAJIAN & BUKTI YANG
             TERDAPAT DALAM CD
KUPASAN
• Golongan yang tidak memuliakan nasab keturunan Rasullullah
  saw (ahlul bait). Contoh:- baka syed sebagai pemecah belah
  umat, golongan habib adalah syiah yang sesat, tawaf kubur dll
• Golongan yang menghukum sesat, jahiliyyah dan bidaah
  beberapa amalan yang telah pernah dipraktikkan para sahabat
  dan alim-ulama. Contoh:- tareqat, salawat, maulid, talqin, tahlil
  dll
• Golongan yang menolak taqlid 4 mazhab (fiqhul sunnah). Umat
  Islam dianjurkan untuk menggunakan akal fikiran untuk menafsir
  al-quran dan hadis secara terus atau mencari dalil yang lebih
  kuat untuk menentukan sesuatu hukum yang sesuai mengikut
  keperluan masa, tempat dan keadaan.



        SILA RUJUK KAJIAN & BUKTI YANG
              TERDAPAT DALAM CD
(2) PENDIDIKAN
Adalah ilmu bahasa sangat besar manfaatnya. Kerana bahawasa,
seseorang apabila ia mengetahui dengan beberapa lughat yang lain
daripada lughat dirinya niscaya mudahlah baginya mua‟amalah,
mushahabah dengan sekalian bangsa itu, dan tiada memudah-mudah
mereka itu dengan dia Bahasa Melayu adalah bahasa paling fasih
diucapkan sesudah bahasa yang digunakan oleh Nabi Muhammad SAW,
iaitu bahasa Arab (Syeikh Ahmad al-Fathani - Kitab Hadiqatul Azhar)

Tiadalah ilmu itu dikecualikan pada menuntut ilmu bahasa Inggeris saja,
tetapi lebih dari itu, termasuklah ilmu bahasa Arab. Pelajarilah akan dia
(Surat Syeikh Ahmad al-Fathani kepada anaknya Haji Wan Ismail)

Mereka (bangsa Melayu) memiliki kehormatan yang baik, menguasai
perbaikan pertukangan, menerima tentang modenisasi teknologi, mereka
memperoleh pendidikan dan ilmu pengetahuan serta kecemerlangan
kefahaman padanya (Syeikh Ahmad al-Fathani - Kitab Hadiqatul Azhar)
KUPASAN
• Lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) dan Sijil Tinggi Agama
  dengan sijil SPM diberi peluang sebagai guru Agama Islam dan
  J-QAF (Jawi + Quran + Arab + Fardu Ain). Lulusan United
  Examination Certificate (UEC) dengan sijil SPM diberi peluang
  sebagai guru Bahasa Mandarin

• Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam
  Bahasa Inggeris (PPSMI) & Memartabatkan/Memperkasakan
  Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris
  (MBMMBI) adalah pendekatan Kerajaan untuk merealisasikan
  dalil tersebut

• Dasar Ekonomi Baru (DEB) memperlihatkan penubuhan MARA,
  IKBN, KEMAS dan MLVK yang memberi peluang kepada
  pelajar yang tercicir dalam pengajian akademik meneruskan
  pembelajaran dalam bidang vokasional dan kemahiran industri
 SOAL JAWAB
      &
REHAT 10 MINIT
(1) SIASAH

Islam memandang kebangsaan sebagai alat dan bukan
sebagai tujuan. Kebangsaan hendaklah mengambil
tempat yang sederhana dan boleh sebagai satu
lambang yang boleh menarik dan menyatukan suatu
baginya tenaga untuk mencapai cita-cita mulia yang
besar dan abadi, sebagaimana Islam memandang
dunia bukan tujuan, tetapi hanya suatu alat atau
tunggangan untuk menyampaikan ke akhirat

                          Dr Burhanuddin al-Helmy
                   Pengasas Parti Islam Se-Malaysia
(1) SIASAH

Dan manakala kita lemah daripada mendirikan sesuatu
daripada hukum syarak seperti rejam zani muhsan
(hukum hudud), dan takut fitnah yang memudaratkan
Muslimin yang kita tiada kuasa atas menolaknya,
nescaya gugur daripada kita wajib mendirikan dia pada
ketika itu. Dan wajib atas sekalian Muslimin bersungguh
-sungguh mencarikan jalan dengan tadbir dan siasah;
belajar dan mempelajarkan akan anak-anak kita akan
segala wasilah bagi mendirikan hukum syarak daripada
ilmu siasat dan ilmu syara‟ hingga dapat mendirikan
seperti barang yang iaitu zahir
                                Syeikh Ahmad Fathani
                          Kitab al-Fatwa al-Fathaniyah
KUPASAN
•   Golongan yang berjuang melalui bangsa dianggap assabiyah
    dan dihukum takfir; contohnya - fatwa mati menentang golongan
    ini dianggap mati syahid, masuk syurga. Nabi SAW saw sendiri
    mengaku sebagai bangsa Quraisy. Malah alim-ulama seperti al-
    Mawardi, al-Farra‟ dll meletakkan bangsa Quraisy sebagai
    syarat utama pelantikan seorang pemimpin

•   Hukum hudud boleh ditangguhkan jika ia membawa mudharat
    yang lebih besar kepada masyarakat dan negara. Contoh:- hal-
    ehwal Islam di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri tetapi
    dengan jalan tadbir-siasah, Kerajaan Persekutuan masih dapat
    menyalurkan bantuan seperti gaji guru KAFA, kebajikan jemaah
    haji, kuat-kuasa halal-haram makanan, pembinaan masjid dll
(2) PENTADBIRAN

Wajib atas sekalian mukallaf memelihara dirinya dan
orang-orang yang di bawah perintahnya, pada kulliyat,
iaitu : beberapa perkara yang dibangsakan pada
sekalian hukum-hukum agama Allah yang terbit
daripadanya – iaitu agama, diri, harta-benda, nasab,
akal fikiran dan kehormatan. Bahawa untuk memelihara
kesemuanya itu dengan memelihara watan. Bahawa
tiap-tiap kebajikan adalah dengan pentadbiran yang
baik pula
                              Syeikh Ahmad al-Fathani
                              Kitab Jumanah at-Tauhid
(2) PENTADBIRAN

Sayogianyalah memperbaiki mu‟amalat sesama kaum
Muslimin pada segala pekerjaan agama dan dunia.
Hendaklah semua urusan itu berpedoman dengan
hukum syara‟, mengikut apa-apa yang telah digariskan
oleh Nabi Muhammad saw – “Pergaulilah semua
manusia dengan sebaik-baiknya akan tetapi harus
ingat, sangat-sangatlah utama menjauhi sesama
manusia apabila akibat pergaulan itu membawa fitnah
dan dicela oleh agama Islam”

                            Syeikh Ahmad al-Fathani
                            Kitab Jumanah at-Tauhid
(2) PENTADBIRAN

Dunia ini tempat bercucuk tanam bagi bekalan akhirat.
Dan tidak sempurna agama melainkan seiring dunia.
Kekuasaan politik dan agama adalah pasangan
berkembar. Agama itu tiang utama, sementara
kekuasaan itu adalah penjagaannya. Sesuatu yang
tiada tiang, maka ia akan runtuh dan sesuatu yang tiada
penjaga akan musnah dan hilang.


                                       Imam al-Ghazali
                                  Kitab Ihya „Ulumiddin
KUPASAN
•   Alim ulama‟ dan ahlus suffah hendaklah diletakkan pemerintah
    sesuai pada tempatnya. Beberapa contoh semasa:-
     13 Mei 1969 - PAS masuk BN kerana Dato‟ Asri bin Muda
        akur dengan jumhur guru-guru pondok Kelantan
     31 Ogos 1957 - Ditentukan oleh Syeikh Abdullah bin Fahim
        melalui ilmu firasat dan ilmu falak
     Tasauf sufiah adalah roh kepada perjuangan Islam - Dr
        Burhanuddin al-Helmy

•   Matlamat politik ialah menegakkan agama. Kaedah-kaedah
    berpolitik mestilah bersandarkan prinsip-prinsip syarak. Tidaklah
    boleh kerana hendak menang dalam politik, maka kita menjadi
    taksub dan hilang pegangan agama dalam keghairahan meraih
    sokongan.

•   Agama itu tiang agama, kuasa itu penjaganya. Agama yang
    dimaksudkan ialah Islam yang bersendikan mazhab Ahlu
    Sunnah Wal Jamaah dalam bidang tauhid, feqah dan tasauf.
    Bukan agama Islam dari lain-lain fahaman dan aliran
RUMUSAN
• Ketuanan Melayu
  Adapun kerana FAKEH bangsa melayu ini akan tujuh (7)
  tonggak perkara serta muafakat ia dengan tauhid-fekah-tasauf
  Ahlu Sunnah Wal Jamaah, maka wajarlah ia menjadi
  KHALIFAH di bumi Malaysia ini. Oleh itu, Kerajaan Pemerintah
  hendaklah mencari ikhtiar siasah dan pentadbiran untuk
  memastikan orang melayu semakin ramai yang menjadi fakeh

• Kesatuan al-Malayuwiyah
  Bangsa Melayu hendaklah bersatu untuk mempertahan,
  menerus dan menurunkan SAKA ini kepada anak-anak kita. Kita
  lentur anak-anak dengan tangan, lisan dan doa. Oleh itu,
  Kerajaan Pemerintah hendaklah mencari ikhtiar siasah dan
  pentadbiran untuk memastikan orang melayu sentiasa
  bermuafakat agar mudah dibangunkan bakat mereka
AMALAN BUAT PEJUANG

• Ratib al-Haddad mengambil nama sempena nama
  penyusunnya, Imam Abdullah bin Alawi al-Haddad,
  mujaddid terkenal yang menghasilkan amalan ini
  pada malam Lailatul Qadar 27 Ramadhan 1071
  Hijrah (bersamaan 26 Mei 1661)

• Amalan Ratib al-Haddad ini diijazahkan kepada tuan-
  puan sekalian selaku ketua keluarga dan pemimpin
  masyarakat agar sentiasa ditolong Allah swt untuk
  menjadikan anak-anak kita sebagai seorang Fakeh
  Khalifah yang dapat mempertahankan Saka warisan
  nenek-moyang kita
DOA BUAT PEJUANG
• Benarlah kata alim ulama bahawa “Cinta Kepada Bangsa,
  Agama dan Negara Itu Sebahagian Daripada Iman”.
  Kepada pejuang Bangsa, Agama dan Negara, bersama-
  samalah kita ambil barakah dari doa Syeikh Ahmad al-
  Fathani ini (walaupun ada sesetengah dari kita tidak
  bersyukur menjadi bangsa ini):-

  Ya Allah, menaruh mereka itu akan cemburu pada segala hati
  mereka itu, dan membesarkan hemah mereka itu, dan
  menghadapkan inayah dan menyungguh-nyungguh usaha
  mereka itu pada bahawa dijadikan segala negeri al-Malayuwiyah
  ini bendaharaan ilmu, dan perladungan kepandaian dan
  membukakan segala mata anak jenis mereka itu kepada
  memandang cemerlang kebijakan dan handalan supaya ada
  kelihatan kemegahan bangsa Melayu antara segala alam,
  tertinggi nama mereka itu antara Bani Adam, bertambah-tambah
  kelebihan ulama mereka itu atas segala ulama, dan bertambah
  nyata agama mereka itu atas segala agama
      BACAAN
   RATIB AL-HADAD
          &
     DOA BUAT
BANGSA-AGAMA-NEGARA

				
DOCUMENT INFO
Categories:
Tags:
Stats:
views:2617
posted:9/20/2010
language:Malay
pages:30