Docstoc

50 Strategi Pemasaran

Document Sample
50 Strategi Pemasaran Powered By Docstoc
					1   50 Strategi Pemasaran



                            50 Strategi Pemasaran
2    50 Strategi Pemasaran


    Strategi “Nilai Tersembunyi”

    Strategi ini akan memberitahu prospek anda bahawa nilai sebenar bonus
    produk anda adalah masih misteri. Dengan itu, mereka memahami bahawa
    hanya dengan memiliki produk anda sahaja barulah mereka mengetahui
    nilai sebenar bonus tersebut. Anda boleh menyatakan bahawa, nilai bonus
    tersebut akan didedahkan sebaik sahaja mereka mendapatkan produk
    anda.

    Contoh ayat : “Anda akan mendapat bonus ekstra yang bernilai RMXXXX
    jika anda mendapatkan produk ini sekarang!”


    Strategi “Produk Habis Terjual”

    Strategi ini akan memberitahu prospek anda bahawa anda sangat yakin
    bahawa produk anda akan dijual habis dan tidak akan bertahan lama
    dipasaran. Ramai orang akan terpengaruh dengan keyakinan anda, malah
    anda boleh menambahkan keyakinan dengan menyatakan anggaran
    jangka masa bila produk anda akan habis dijual.

    Contoh ayat ; “Produk ini pasti akan habis terjual dalam masa seminggu
    sahaja…”


    Strategi “Serangan Bom”

    Dengan strategi ini, anda perlu memberitahu prospek anda bahawa anda
    tidak akan menyewakan, berkongsi atau menjual nama / emel mereka
    kepada orang lain. Anda perlu nyatakan bahawa anda faham situasi
    mereka dimana mereka sering dibom dengan emel – emel promosi dan
    iklan. Ianya akan menunjukkan bahawa anda sebenarnya mahu membantu
    mereka mengurangkan emel spam yang tidak berfaedah.

    Contoh ayat : “Kadang kala ianya sangat menyusahkan apabila setiap hari
    anda diserang oleh bom promosi dan iklan yang menjengkelkan..”
3    50 Strategi Pemasaran


    Strategi “Tiada Pemasangan”

    Anda hanya perlu nyatakan bahawa produk anda tidak memerlukan
    pemasangan apa – apa perisian untuk menggunakannya. Ini disebabkan
    ramai yang tidak suka atau kurang mahir untuk memasang perisian di
    komputer mereka kerana kadang kala memasang perisian merupakan kerja
    yang rumit.

    Contoh ayat : “Anda tidak perlu memasang apa – apa perisian untuk
    menggunakan produk ini..”


    Strategi “Ubahsuai”

    Strategi ini membenarkan prospek anda mengubahsuai produk anda
    mengikut keperluan mereka. Anda juga boleh menyatakan produk anda
    sangat mudah untuk disesuaikan dengan keadaan semasa atau keperluan
    mereka.

    Contoh ayat : “Produk ini boleh disesuaikan dengan apa jua keperluan
    anda dengan mudah..”


    Strategi “Penetapan”

    Strategi ini akan memberitahu prospek anda bahawa mereka hanya akan
    membuat pelaburan sekali sahaja tanpa perlu membayar yuran bulanan
    atau tahunan. Maknanya, anda membuat penetapan bayaran hanyalah
    sekali sahaja. Jika mereka berminat, pastinya mereka akan mendapatkan
    servis anda kerana ramai yang tidak suka membayar yuran secara
    berulang – ulang setiap bulan.

    Contoh ayat: “Dapatkan servis kami sekarang dan buat pelaburan sekali
    sahaja seumur hidup tanpa perlu membayar yuran bulanan..”
4    50 Strategi Pemasaran


    Strategi “Mereka Melakukannya”

    Berikan prospek   anda contoh yang spesifik tentang beberapa orang yang
    telah mendapat    faedah melalui produk anda. Anda boleh jadikan mereka
    sebagai sebuah     kisah kejayaan para pelanggan anda atau letakkannya
    sebagai faedah     produk di surat jualan anda. Letakkan juga sebagai
    testimonial.

    Contoh ayat: “Ali telah menjana RM1000 seminggu manakala John pula
    baru sahaja memperoleh RM500 setelah dua hari mempraktikkan apa yang
    ditunjukkan dalam ebook saya..”


    Strategi “Rakan JV Peribadi”

    Beritahu prospek anda bahawa jika mereka membeli produk anda, mereka
    berpeluang mempromosikannya juga. Berikan pelanggan anda komisen
    yang tinggi berbanding affiliate anda yang lain. Sebagai galakan, beritahu
    mereka juga jumlah rakan – rakan JV anda dan jangan lupa nyatakan
    betapa besarnya reputasi rakan JV anda.

    Contoh ayat: “Sebagai bonus tambahan, anda berpeluang untuk menjadi
    rakan JV istimewa saya dan menikmati komisen istimewa juga..”


    Strategi “Bayangkan”

    Dengan menggunakan strategi ini, anda memberitahu prospek anda agar
    membayangkan faedah – faedah yang bakal mereka miliki jika
    mendapatkan produk anda. Ramai yang tidak terus membeli ketika
    pertama kali melihat iklan anda, jadi dengan kaedah ini ianya akan
    membantu mereka membeli dari anda di lain hari walaupun tanpa melihat
    iklan anda.

    Contoh ayat: “Bayangkanlah, setiap hari anda akan menerima ratusan
    surat yang mengandungi wang pos didalamnya walaupun anda hanya
    duduk dirumah tanpa berpeluh..”
5    50 Strategi Pemasaran




    Strategi “Lakukan Sendiri”

    Beritahu prospek anda, mengapa mereka tidak melakukannya sendiri untuk
    mendapatkan faedah yang diingini sekiranya mereka mampu
    melakukannya. Anda hanya perlu yakinkan mereka, bahawa mereka tidak
    dapat melakukannya sendiri tanpa bantuan dari produk anda.

    Contoh ayat: “Kenapa anda masih mahu membazirkan wang mengupah
    orang lain, sedangkan dengan bantuan produk kami anda boleh
    melakukannya sendiri..”


    Strategi “Tidak Mustahil”

    Strategi ini akan memberitahu prospek anda bahawa inilah masa yang
    sesuai untuk memenuhi keinginan mereka kerana produk anda
    menyediakan segala yang dianggap mustahil sebelum ini. Jadi, kaitkan
    produk anda dengan perkembangan terkini contohnya; teknologi baru,
    bahan terbaru, informasi terbaru dan sebagainya.

    Contoh ayat: “Menjana wang melalui Facebook kini tidak mustahil lagi,
    kerana ebook yang kami terbitkan ini sarat dengan informasi terbaru yang
    belum pernah didedahkan..”


    Strategi “Ketinggalan”

    Strategi ini memberitahu prospek anda bahawa mereka akan ketinggalan
    dari segi peluang untuk mencapai matlamat bersama dengan produk anda.
    Anda mungkin boleh mengingatkan mereka bahawa ianya ada dinyatakan
    di media seperti TV, radio mahupun majalah.

    Contoh ayat: “Ramai yang sudah bergelar jutawan semenjak menyertai
    program kami, adakah anda mahu ketinggalan?..”
6    50 Strategi Pemasaran


    Strategi “Sangat Penting”

    Kaedah ini akan memberitahu prospek anda bahawa sangat penting untuk
    mereka membaca keseluruhan surat jualan anda, kerana jika tidak mereka
    akan terlepas sesuatu yang sangat penting. Ini disebabkan ramai yang
    meninggalkan surat jualan anda tanpa membaca sepenuhnya.

    Contoh ayat: “Ini mungkin laman web yang sangat penting untuk anda
    baca, kerana anda berkemungkinan tidak menemuinya lagi..”


    Strategi “Tindakan Pertama”

    Nyatakan kepada prospek anda langkah pertama yang mereka perlu
    lakukan sebelum mereka mahu mencapai matlamat. Ianya mungkin
    membeli produk anda atau sekadar mendaftar sebagai subscriber dan
    sebagainya. Anda juga boleh nyatakan, jika mereka gagal mengikutinya
    ianya akan menyebabkan mereka kerugian dari segi masa, wang, tenaga
    dan sebagainya.

    Contoh ayat: “Perkara pertama yang anda perlu lakukan sebelum
    menikmati pemberian percuma ini ialah..”


    Strategi “Sedia Maklum”

    Strategi ini akan memberitahu prospek anda tentang fakta yang
    menyokong produk anda. Anda seharusnya menggunakan fakta yang
    diketahui ramai dan umum. Ianya boleh menjadi lebih ‘berkuasa’ kerana
    fakta tersebut sudahpun diterima oleh prospek anda sebelum ini dan
    mereka mempercayainya.

    Contoh ayat: “Semua sudah sedia maklum bahawa makanan yang
    mengandungi lemak yang tinggi sangat memudaratkan, sebab itulah
    produk kami merupakan produk bebas lemak..”
7    50 Strategi Pemasaran


    Strategi “Fungsi Yang Sama”

    Melalui strategi ini, anda memaklumkan bahawa produk anda sama fungsi
    dan piawaian seperti produk lain dipasaran namun harganya lebih murah.
    Anda boleh memberitahu mereka bahawa anda faham ramai yang kurang
    mampu mendapatkan produk sedemikian namun sekarang mereka boleh
    mendapatkan produk yang sama fungsinya pada harga terendah
    (semestinya produk anda).

    Contoh ayat: “Kini anda boleh mendapatkan mesin urut yang sama
    kualitinya dan sama fungsinya seperti mesin urut berjenama tetapi pada
    harga yang jauh lebih rendah..”


    Strategi “Senaraikan”

    Anda menggesa prospek anda untuk melakukan sedikit tindakan fizikal,
    berbanding dengan hanya membaca sahaja. Ia sebenarnya, secara tidak
    langsung menanamkan minat terhadap produk anda.

    Contoh ayat: “Ambil masa 1 minit berharga anda, dan senaraikan matlamat
    anda untuk bulan ini..”


    Strategi “Kadang Kala”

    Strategi ini memberitahu prospek anda bahawa ada masanya keadaan
    berubah dan bagaimana produk anda boleh membantu mereka sesuai
    dengan keadaan semasa. Orang ramai akan berminat dengan produk anda
    seandainya produk anda boleh memudahkan keadaan, lebih murah, lebih
    pantas dan sebagainya.

    Contoh ayat: “Kadang kala, kita perlu menyesuaikan diet harian kita
    dengan keadaan setempat dan sebab itulah produk kami dicipta agar anda
    boleh menggunakannya dimana – mana serta bila – bila masa sahaja..”
8    50 Strategi Pemasaran


    Strategi “Tiada Aduan”

    Melalui strategi ini, anda memberitahu prospek anda bahawa dengan
    menggunakan produk anda mereka tidak lagi menjadi mangsa aduan
    orang ramai. Ramai orang sangat mengambil serius tentang aduan
    mengenai mereka.

    Contoh ayat: “Kini anda tidak perlu risau kerana tiada lagi aduan mengenai
    bau badan yang kurang enak dengan menggunakan produk kami..”


    Strategi “Setiap Hari”

    Nyatakan kepada prospek anda tentang informasi yang setiap hari mereka
    lihat atau baca bagi menyokong produk anda. Ianya kemungkinan satu
    topik hangat yang sedang dibincangkan diperingkat dunia ataupun
    dikalangan niche anda. Anda berikan mereka fakta dan buktikan ianya
    benar, serta beritahu mereka bahawa mereka akan ketinggalan sekiranya
    tidak memiliki produk anda.

    Contoh ayat: “Setiap hari anda mendengar bahawa pentingnya penjagaan
    alam sekitar agar hidup lebih selesa dan jika anda mendapatkan produk
    kami, anda telahpun menyumbang ke arah alam sekitar yang lebih
    bersih..”


    Strategi “Mereka Tidak tahu”

    Kaedah ini memberitahu prospek anda bahawa mereka akan mempunyai
    kelebihan berbanding pakar jika mereka mendapatkan produk anda.

    Ayat contoh: “Ramai pakar yang tidak tahu mengenai teknik ini dan jika
    anda mendapatkan ebook ini, anda akan memiliki banyak kelebihan
    berbanding mereka..”
9    50 Strategi Pemasaran


    Strategi “Perubahan”

    Gunakan strategi ini dan nyatakan kepada prospek anda bahawa apa yang
    mereka lakukan sekarang akan berubah. Orang ramai akan berminat
    dengan produk anda jika ianya lebih baik daripada apa yang mereka ada
    sekarang untuk mencapai matlamat.

    Contoh ayat: “Amaran:Bidang perniagaan internet kini sudah berubah dan
    anda bakal ketinggalan kecuali anda mendapatkan produk kami..”


    Strategi “Permulaan”

    Dalam strategi ini, anda akan memberitahu prospek anda bahawa mereka
    adalah yang pertama berpeluang memiliki produk anda. Mereka akan
    menyukai sesuatu yang kelihatan rahsia dan faedah – faedah yang
    diperolehi dimana mereka menjadi orang terawal memilikinya.

    Contoh ayat: “Sebagai permulaan dan yang terawal, saya nasihatkan anda
    agar tidak menghebahkan teknik ini kerana ianya rahsia pemilik ebook ini..”


    Strategi “Belum Lagi”

    Beritahu prospek anda bahawa ada sesuatu yang penting atau menari
    untuk disampaikan dibahagian akhir surat jualan anda. Anda boleh berikan
    pembayangnya di awal surat jualan untuk memujuk mereka meneruskan
    pembacaan surat jualan anda. Jika mereka membaca sehingga habis surat
    jualan anda, ada kemungkinan mereka kan membeli.

    Contoh ayat: “Saya belum lagi bersedia membongkarkan teknik rahsia ini,
    tetapi anda akan mengetahuinya nanti di akhir surat jualan ini..jadi
    teruskan bacaan anda dan saya pasti anda akan teruja..”
10    50 Strategi Pemasaran


     Strategi “Pergi dan Rugi”

     Kaedah ini akan memberitahu prospek anda bahawa mereka harus
     bertindak sekarang, bukannya esok atau lusa. Mungkin ramai yang
     menganggap itu hanyalah gimik pemasaran, tapi anda tegaskan bahawa
     ianya serius dan bukan satu gimik.

     Contoh ayat: “Bertindak sekarang, kerana jika anda meninggalkan laman
     ini maka anda tidak akan berpeluang menikmati tawaran ini lagi di lain
     hari..”


     Strategi “Kejayaan Sebenar”

     Beritahu prospek anda bahawa mereka memerlukan sesuatu pemangkin
     atau faktor (tool) untuk mencapai keinginan mereka. Semestinya, anda
     memperkenalkan produk anda sebagai pemangkin tersebut. Anda juga
     boleh menyatakan bahawa ramai orang memiliki attitud yang betul tetapi
     tidak semuanya memiliki ‘tool’ yang betul untuk berjaya.

     Contoh ayat: “Kejayaan sebenar seorang affiliater juga sangat bergantung
     kepada tool promosi yang digunakan, maka produk kami adalah tool
     terbaik untuk menjadi affiliater yang berjaya..”


     Strategi “Kuota”

     Anda nyatakan kepada prospek anda bahawa mereka perlu bertindak
     segera dengan membuat tempahan atau belian secara terus kerana kuota
     adalah terhad. Beritahu mereka, bahawa anda telah menghebahkannya
     kepada ramai orang diluar sana dan kemungkinan kuota akan dipenuhi
     dengan cepat. Dengan ini, prospek anda akan merasa bahawa mereka
     bukanlah orang terawal yang menerima informasi tersebut.

     Contoh ayat: “Kuota yang saya tetapkan amatlah terhad, dan sebelum ini
     saya telah hebahkan kepada semua orang diluar sana sebelum anda
     menerima emel pemberitahuan ini..”
11    50 Strategi Pemasaran


     Strategi “Tiada Rekod”

     Sesuai untuk anda yang menganjurkan seminar percuma, nyatakan kepada
     prospek anda bahawa anda tidak akan merekodkan seminar anda samada
     dalam bentuk audio atau video. Jika mereka tidak menghadirinya, mereka
     tidak akan tahu isi kandungan seminar anda. Boleh juga jika anda
     menyatakan bahawa rekod video atau audio anda menjadi produk
     berbayar nanti. Pastinya, mereka yang tidak mahu mengeluarkan kos akan
     menghadiri seminar anda.

     Contoh ayat: “Anda tidak akan melihat atau mendengar lagi seminar ini
     kerana seminar percuma ini tidak akan direkodkan dalam bentuk video
     mahupun audio..”


     Strategi “Yuran Keahlian”

     Nyatakan bahawa anda selalunya mengenakan yuran untuk produk atau
     laman keahlian anda. Namun, untuk prospek anda nyatakan bahawa yuran
     telahpun anda mansuhkan dan ianya kini percuma. Ini akan membuatkan
     prospek anda berasa sangat gembira dengan kemudahan yang anda
     sediakan. Jika mereka gembira, mudahlah untuk anda mempromosikan
     produk.

     Contoh ayat: “Kami memansuhkan sepenuhnya yuran keahlian untuk anda
     dan menambahkan lagi bonus yang bernilai RM..”


     Strategi “Ingin Berbicara”

     Dengan mengajak prospek anda berbicara, ianya nampak lebih peribadi
     walaupun hanya melalui emel. Ramai orang lebih senang membaca emel
     yang bersifat peribadi berbanding emel secara rambang. Selain itu, dengan
     teknologi yang semakin canggih anda mungkin boleh mengajak mereka
     chat melalui YM atau Skype.

     Contoh ayat: “Saya ingin berbicara dengan anda sebentar, semoga
     perbincangan kita ini mampu menyelesaikan masalah anda..”
12    50 Strategi Pemasaran


     Strategi “Jual dan Untung”

     Beritahu prospek anda bahawa mereka akan menikmati komisen yang
     istimewa jika mereka mencapai target anda. Ia akan membantu
     memberikan motivasi buat mereka untuk mempromosikan produk anda
     secara besar – besaran.

     Contoh ayat: “Dapatkan jualan seminimum 50 jualan, dan anda akan
     diberikan bonus hebat bernilai RM1000..”


     Strategi “Laman Keahlian Isitimewa”

     Sesuai bagi yang mempromosikan affiliate, umumkan kepada prospek anda
     bahawa anda akan memberikan sesuatu yang istimewa jika mereka
     membeli melalui link affiliate anda. Jika anda memiliki laman keahlian,
     berikan sesuatu yang sukar untuk dilepaskan atau boleh memberi
     penjimatan kepada mereka.

     Contoh ayat: “Anda berpeluang mendapat keahlian secara percuma selama
     6 bulan sekiranya anda membeli melalui link affiliate saya..”


     Strategi “Sudahkah Anda Memiliki”

     Kaedah ini memberitahu pelanggan atau prospek anda bahawa mereka
     memerlukan sedikit motivasi dan panduan untuk menggunakan produk
     anda. Anda boleh tawarkan khidmat perunding secara percuma atau
     bayaran minimum agar mereka boleh memanfaatkan produk anda
     sepenuhnya. Dengan ini, ia menggalakkan mereka untuk mendapatkan lagi
     produk anda dimasa hadapan.

     Contoh ayat: “Sudahkah anda memiliki produk kami namun belum
     menggunakannya, jangan risau kerana saya akan tunjukkan bagaimana
     produk ini akan membantu anda sepenuhnya..”
13    50 Strategi Pemasaran


     Strategi “Baru dan Murah”

     Beritahu prospek anda bahawa produk anda merupakan produk yang
     terbaru dipasaran namun harganya sangat murah. Beritahu bahawa, ramai
     juga menjualnya diluar sana namun harganya berlipat kali ganda dan
     nyatakan juga bahawa anda membantu menjimatkan pelaburan mereka.

     Contoh ayat: “Inilah produk terbaru di pasaran dan saya tawarkannya pada
     harga terendah berbanding di tempat lain..”



     Strategi “Adakah Anda Bersedia?”

     Strategi ini memberitahu prospek anda bahawa anda akan melancarkan
     produk terbaru anda. Notis pra pelancaran akan menyemarakkan lagi
     minat mereka terhadap produk anda. Namun, jangan berikan kesemua info
     mengenai produk anda, sebaliknya biarkan mereka membayangkannya
     sendiri.

     Contoh ayat: “Adakah anda bersedia pada Ahad ini dimana satu lagi
     revolusi perniagaan internet akan muncul..”




     Strategi “Terima Kasih”

     Dengan kaedah ini, anda mengucapkan terima kasih kepada semua
     pelanggan dan prospek anda. Secara tidak langsung, ia membayangkan
     bahawa perniagaan anda disokong oleh ribuan prospek dan pelanggan di
     luar sana. Ini boleh menambahkan reputasi dan juga kredibiliti anda
     sebagai penjual.

     Contoh ayat: “Saya amat terharu dan mengucapkan terima kasih kepada
     semua pelanggan termasuklah para subscribers yang menyokong
     pelancaran produk ini..”
14    50 Strategi Pemasaran


     Strategi “Ceritakan Kepada Saya”

     Dengan kaedah ini, anda meminta agar pelanggan anda memberikan
     testimonial kejayaan mereka sepanjang menggunakan produk atau
     mendapatkan khidmat nasihat anda. Anda boleh benarkan mereka
     meletakkan link mereka diakhir testimonial dan tujuannya agar mereka
     mendapat publisiti juga. Hebahkan testimonial mereka di laman web, blog
     atau kumpulkannya di dalam sebuat repot atau ebook.

     Contoh ayat: “Bolehkah anda kongsikan kisah kejayaan anda semenjak
     menggunakan produk kami..”


     Strategi “Bahagian ke – 2”

     Strategi ini akan memberitahu prospek anda untuk membaca bahagian ke-
     2 mesej anda walaupun mereka belum lagi membaca bahagian pertama
     mesej anda untuk mengetahui keseluruhan mesej yang anda ingin
     sampaikan. Ini membantu mereka yang tidak membaca mesej anda untuk
     berasa teruja kerana ianya seolah – olah satu misteri bagi mereka. Anda
     boleh letakkan salinan mesej pertama anda diakhir mesej ke – 2 anda
     sebagai rujukan.

     Contoh ayat: “Inilah mesej bahagian ke -2, sambungan dari mesej pertama
     dimana segala penyelesaian terhadap masalah kewangan anda akan
     ditunjukkan satu persatu..”


     Strategi “Statistik”

     Strategi ini akan menerangkan prospek anda tentang statistik yang terkini
     mengenai produk anda. Anda nyatakan bahawa ianya sangat penting tak
     mahu mereka terlepas peluang untuk memperbaiki kehidupan mereka.
     Dengan ini, anda kelihatan ikhlas mahu membantu mereka.

     Contoh ayat: “Statistik saya yang terkini menunjukkan hanya 30% pelawat
     sahaja membaca info ini sehingga habis dan saya tidak mahu anda
     mengabaikan info ini demi kebaikan anda..”
15    50 Strategi Pemasaran


     Strategi “Menyimpan Rahsia”

     Dengan teknik ini, anda memberitahu prospek anda bahawa anda telah
     menyimpan rahsia tentang produk anda seorang diri sahaja untuk sekian
     lama. Beritahu mereka bahawa ianya adalah produk yang sangat
     mengujakan, dan anda bersedia untuk melancarkannya serta anda tidak
     boleh menyimpan rahsia tersebut seorang diri lagi. Jadi, mereka akan ingin
     tahu apakah yang menyebabkan produk anda begitu bernilai sehingga
     anda sanggup merahsiakannya sekian lama.

     Contoh ayat: “Sudah sekian lama saya menyimpan rahsia ini seorang diri,
     namun akhirnya saya sedia berkongsi dengan anda melalui produk..”


     Strategi “Pernahkah Anda Dengar”

     Strategi ini memberitahu prospek anda bahawa jika mereka tidak membaca
     mesej anda sekarang, mereka tidak akan menemuinya lagi dimasa
     hadapan. Semestinya orang ramai sangat menggemari informasi terbaru
     dan produk yang boleh mengubah hidup mereka.

     Contoh ayat: “Pernahkah anda mendengar tentang kelebihan produk ini,
     atau anda tidak akan menemukannya lagi jika anda meninggalkan web ini
     sekarang..”


     Strategi “Salah Cetak”

     Dalam strategi ini, anda beritahu prospek anda bahawa kenyataan tentang
     produk anda mungkin nampak sukar dipercayai namun ianya benar dan
     terbukti. Mungkin sesetengah orang menganggap ianya terlalu mustahil
     dan ada kesilapan dalam penulisan surat jualan. Nyatakan dengan tegas
     bahawa ianya bukan kesilapan dari segi penulisan tetapi ianya benar.

     Contoh ayat: “Ini bukan salah cetak, tetapi apa yang anda baca adalah
     benar belaka..”
16    50 Strategi Pemasaran


     Strategi “Lebih Panjang”

     Sesuai untuk anda yang memiliki laman keahlian, umumkan kepada
     prospek anda bahawa mereka akan menikmati tawaran yang lebih
     menjimatkan sekiranya memilih untuk menjadi ahli jangka panjang.
     Contohnya yuran bulanan anda ialah RM20 tetapi yuran tahunan pula
     hanya RM100, jadi mereka dapat berjimat RM20. Ataupun, jika mereka
     ‘upgrade’ keahlian kepada 1 tahun di lain masa , mereka akan membayar
     RM110. Kaedah ini akan menimbulkan rasa ingin bertindak cepat
     dikalangan pospek anda.

     Contoh ayat: “Daftar keahlian setahun sekarang dan nikmati penjimatan
     RM20 berbanding menjadi ahli biasa yang membayar yuran bulanan..”


     Strategi “Pelancaran Rasmi”

     Strategi ini akan mengumumkan bilakah anda akan melancarkan produk
     anda, dan ini akan membantu prospek anda bersedia untuk membeli. Ini
     akan memberikan ruang kepada prospek anda untuk mula mengumpul
     wang dan dana yang berkaitan. Jika anda menyediakan program affiliate,
     ini memudahkan para affiliater anda melakukan pra promosi. Ingatkan
     mereka, bahawa akan menghantar emel ketika pelancaran nanti.

     Contoh ayat: “3 hari lagi untuk pelancaran rasmi produk..”


     Strategi “Saya Teruja”

     Anda maklumkan kepada prospek anda bahawa anda teruja dengan jualan
     produk terhad anda yang sangat laris namun masih tinggal beberapa unit
     lagi untuk dihabiskan. Bagi mereka yang takut terlepas peluang,
     semestinya mereka akan membuat keputusan dengan segera.

     Contoh ayat: “Saya agak teruja dengan jualan produk yang sangat laris,
     namun kini hanya tinggal 3 unit sahaja tinggal sebelum saya tutup
     jualannya..”
17    50 Strategi Pemasaran


     Strategi “Hubungi Saya”

     Beritahu prospek anda untuk menghubungi anda kerana mesej yang anda
     ingin sampaikan amat penting. Jadi, mereka akan menganggap jemputan
     anda amat penting dan bermanfaat.

     Contoh ayat: “Sila hubungi saya untuk maklumat penting ini..”


     Strategi “Jika Anda Seperti Saya”

     Strategi ini ialah anda memberitahu propsek anda bahawa anda juga sama
     seperti mereka dalam usaha memperbaiki kehidupan. Jadi, nyatakan
     betapa produk anda boleh membantu mereka dengan mudah tanpa perlu
     bekerja keras.

     Contoh ayat: “Jika anda seperti saya, malas dan letih untuk ke gim bagi
     menguruskan badan, inilah produk terbaik yang akan membantu anda..”


     Strategi “O.T.O”

     Beritahu prospek anda di laman pertama web anda, bahawa anda
     menyediakan tawaran terhad / O.T.O (one time offer) dilaman yang kedua.

     Contoh ayat: “Anda boleh semak di laman kedua tentang tawaran terhad
     yang kami sediakan..”


     Strategi “Tidak Mempercayai”

     Nyatakan kepada prospek anda bahawa anda juga pada mulanya tidak
     mempercayai bahawa produk anda memberikan hasil positif, sama seperti
     mereka yang kali pertama melihatnya. Ini akan menghapuskan
     ketidakpercayaan mereka terhadap produk anda kerana anda sudahpun
     menyatakannnya sebelum ini dan mereka mahu membuktikan yang anda
     tidak benar.
18    50 Strategi Pemasaran


     Contoh ayat: “Saya juga tidak mempercayainya dahulu, sama seperti anda
     yang pertama kali melihatnya sehinggalah akaun bank saya mula dipenuhi
     wang setiap hari..”


     Strategi “Pendekkan Waktu”

     Katakan kepada prospek anda ianya mungkin mengambil masa berbulan –
     bulan untuk mencapai matlamat mereka jika mereka melakukannya
     bersendirian. Ramai orang suka menjimatkan masa dan gemar memilih
     idea yang memudahkan.

     Contoh ayat: “Jika anda melakukannya seorang diri anda mungkin
     mengambil masa sehingga 6 bulan, namun produk saya mampu
     menjadikannya 6 hari sahaja..”

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:791
posted:9/16/2010
language:Indonesian
pages:18