HUBUNGAN DI ANTARA KECERDASAN EMOSI DENGAN KEPIMPINAN BAKAL GURU by fft92177

VIEWS: 0 PAGES: 30

									   HUBUNGAN DI ANTARA KECERDASAN EMOSI DENGAN
KEPIMPINAN BAKAL GURU DI KALANGAN PELAJAR PERDANA
              TAHUN EMPAT PTV UTM




          FARAH AMIRA BT HJ WAN MAT




        UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
   HUBUNGAN DI ANTARA KECERDASAN EMOSI DENGAN
KEPIMPINAN BAKAL GURU DI KALANGAN PELAJAR PERDANA
                  TAHUN EMPAT PTV UTM




                  FARAH AMIRA BT HJ WAN MAT




  Laporan Projek ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada
  Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
                          (Kemahiran Hidup)




                           Fakulti Pendidikan
                      Universiti Teknologi Malaysia




                               MAC, 2004
                                                                             iii




                               DEDIKASI




       Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang



                               Teristimewa

              Untuk mama dan papa yang sangat ku kasihi…
     Hj Wan Mat bin Seman dan Hjh Wan Latifah bt Wan Husain
            “Terima kasih atas doa, pengorbanan dan restumu”




Buat teman-temanku Ati, Ita, Azda, Jamilah dan Fadilah yang dekat di hati…
                  Buat ahli keluarga yang amat ku kasihi
                       Terima kasih atas segalanya
              Pengorbanan kalian tidak mungkin ku lupakan




     Untuk dua insan istimewa yang sentiasa memberikan semangat…
             Muhd Syafiq Abdul Aziz dan Sukhvinder Gill
                   Terima kasih yang tidak terhingga…
                    Aku berasa bertuah dipertemukan
                 Dengan insan berhati mulia seperti kalian
                                                                                iv




                           PENGHARGAAN




       Di sini penulis ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada En.
Kamalularifin b. Subari selaku penyelia tesis di atas segala bimbingan dan tunjuk
ajar serta dorongan yang diberikan sepanjang tempoh penyediaan tesis ini.


       Tidak lupa juga sekalung penghargaan ditujukan buat En. Roslee b.
Ahmad kerana sudi memeriksa keesahan soal selidik ini. Jasamu dikenang.


       Seterusnya jutaan terima kasih buat En Azlan b. Abd Latib dan Dr Tan
Soo Yin kerana sudi menjadi penilai untuk Projek Sarjana Muda saya. Hanya
Tuhan yang dapat membalas segala budi baik tuan.


       Ucapan ribuan terima kasih juga ditujukan kepada semua individu yang
terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam membantu
menjayakan Projek Sarjana Muda ini. Tanpa kalian siapalah saya. Harapan
penulis agar Projek Sarjana Muda ini dapat memenuhi kriteria yang ditetapkan
dan dapat menjadi sumber rujukan buat individu lain pada masa akan datang.
Sekian, terima kasih.
                                                                                  v




                               ABSTRAK




       Kecerdasan emosi dan kepimpinan perlu dikenalpasti demi untuk melihat
hubungkait di antara kecerdasan emosi dengan kepimpinan seseorang, lebih-lebih
lagi untuk seorang bakal guru. Oleh itu kajian ini dijalankan untuk mencari
hubungan di antara kecerdasan emosi dengan kepimpinan di kalangan bakal guru
Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV), UTM Skudai. Kajian ini melibatkan
sampel seramai 104 orang yang dipilih secara rawak. Instrumen kajian yang
digunakan adalah satu set soal selidik yang mengandungi maklumbalas bagi
persoalan kajian. Data dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan perisian
SPSS 11.0 untuk mendapat kekerapan, peratusan, min, ujian-t dan korelasi,
kemudiannya dipersembahkan dalam bentuk jadual. Hasil kajian menunjukkan
tahap kecerdasan emosi dan tahap kepimpinan bakal guru PTV adalah kurang
memberangsangkan. Analisis ujian-t pula menunjukkan tiada perbezaan
kecerdasan emosi yang signifikan di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan
kecuali bagi aspek kesedaran diri dan mengawal perasaan manakala analisis ujian-
t bagi kepimpinan pula menunjukkan tiada perbezaan kepimpinan yang signifikan
di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Keputusan korelasi pula mendapati
tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kecerdasan emosi dengan
kepimpinan.
                                                                                      vi




                                   ABSTRACT




       Emotional Intelligence and the Leadership Skills need to be identified to
see the relationship between emotional intelligence and leadership skills,
especially for those who are to become a teacher. Therefore, this research is
conducted to obtain a visible relationship between emotional intelligence and
leadership skills among the future Technical and Vocational Educational (PTV)
teacher in the UTM Skudai campus. A number of 104 respondents were chosen
randomly. The instrument is a set of questionnaires which respond to the research.
The data collected is analyzed with SPSS 11.0 software to obtain frequency,
percentage, min, t-test as well as correlation and finally presented in the form of
tables. The result shows that the emotional intelligence and leadership level of the
future PTV teacher is at mediocre level. The t-test analysis of emotional
intelligence shows that there is none significant differences between male and
female respondents in emotional intelligence except for self confidence and the
ability to handle feelings. Meanwhile the result of the t-test analysis of leadership
skills shows that there were none significant differences between male and female
respondents in leadership skills. The result of the correlation shows that there is
none significant relationship between emotional intelligence and leadership skills.
                                                vii




                           KANDUNGAN




BAB                          PERKARA   MUKA SURAT

  JUDUL                                          i
  PENGAKUAN                                     ii
  DEDIKASI                                      iii
  PENGHARGAAN                                   iv
  ABSTRAK                                       v
  ABSTRACT                                      vi
  KANDUNGAN                                    vii
  SENARAI DOKUMEN                               xi
  SENARAI LAMPIRAN                              xi
  SENARAI JADUAL                               xii
  SENARAI SINGKATAN / SIMBOL                   xvi




BAB I   PENDAHULUAN

  1.1   Pengenalan                               1
  1.2   Latar belakang masalah                   2
  1.3   Pernyataan masalah                       9
  1.4   Objektif kajian                         10
  1.5   Persoalan kajian                        11
  1.6   Kepentingan kajian                      11
  1.7   Skop kajian                             12
                                                                    viii




                               KANDUNGAN




BAB                              PERKARA                    MUKA SURAT

   1.8    Definisi operasional                                      13
          1.8.1   Kepintaran emosi (EQ)                             13
          1.8.2   Kepimpinan                                        15
          1.8.3   Bakal guru                                         16




BAB II    SOROTAN KAJIAN

   2.1    Pengenalan                                                17
   2.2    Kecerdasan emosi (EQ)                                     17
   2.3    Kepimpinan                                                20




BAB III   METODOLOGI KAJIAN

   3.1    Pengenalan                                                25
   3.2    Rekabentuk kajian                                         25
   3.3    Lokasi kajian                                             26
   3.4    Sampel kajian                                             26
   3.5    Instrumen kajian                                          26
   3.6    Kajian Rintis                                             29
             3.6.1   Keesahan borang soal selidik                   29
             3.6.2   Kebolehpercayaan borang soal selidik           30
   3.7    Prosedur kajian                                           30
   3.8    Analisis kajian                                           31
                                                                               ix




                                  KANDUNGAN



BAB                                  PERKARA                          MUKA SURAT




BAB IV         ANALISIS DATA

4.1         Pengenalan                                                        34
4.2         Latar belakang responden                                          34
            4.2.1   Profil jantina pelajar dan kursus                         35
            4.2.2   Profil bangsa & pengalaman menjalani latihan
                    mengajar                                                  36
            4.2.3   Jenis sekolah semasa menjalani latihan mengajar           36
4.3         Bahagian B                                                        37
            4.3.1   Persoalan kajian 1                                        37
            4.3.2   Persoalan kajian 2                                        41
            4.3.3   Persoalan kajian 3                                        45
            4.3.4   Persoalan kajian 4                                        54
            4.3.5   Persoalan kajian 5                                        58




BAB V          RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

      5.1      Pengenalan                                                     59
      5.2      Rumusan dapatan                                                59
      5.3      Perbincangan                                                   60
            5.3.1   Perbincangan latar belakang responden                     60
            5.3.2   Perbincangan persoalan kajian 1                           61
            5.3.3   Perbincangan persoalan kajian 2                           62
                                                            x




                              KANDUNGAN




BAB                              PERKARA           MUKA SURAT

         5.3.4   Perbincangan persoalan kajian 3           63
         5.3.5   Perbincangan persoalan kajian 4           64
         5.3.6   Perbincangan persoalan kajian 5           65
   5.4        Cadangan kajian lanjutan                     66
   5.5        Cadangan kajian lanjutan                     67
   5.6        Kesimpulan                                   68




SENARAI DOKUMEN RUJUKAN

Bibliografi                                                69




LAMPIRAN

Lampiran A                                                 75
                                                                        xi




                          SENARAI JADUAL




NO. JADUAL                      TAJUK                      MUKA SURAT


3.1   Sampel kajian                                                     26


3.2   Faktor kecerdasan emosi                                           27


3.3   Faktor kepimpinan                                                 28


3.4   Item-item yang telah diubahsuai                                   29


3.5   Kaedah analisis data                                              32


3.6   Perubahan markat dan skala                                        33


3.7   Markat skala tiga mata                                            33


3.8   Skala rowentree untuk tafsiran nilai pekali kolerasi r            33


4.1   Jadual rentas jantina dan kursus                                  35


4.2   Jadual rentas bangsa dan pengalaman menjalani                     36
      latihan mengajar
                                                                      xii




                        SENARAI JADUAL




  NO. JADUAL                   TAJUK                     MUKA SURAT



4.3   Jenis sekolah semasa menjalani latihan mengajar                 36


4.4   Analisis keseluruhan tahap kecerdasan emosi                     37


4.5   Analisis keseluruhan tahap kepimpinan                           41


4.6   Perbandingan nilai min kecerdasan emosi pelajar lelaki          45
      dan pelajar perempuan bagi aspek kesedaran diri


4.7   Perbandingan nilai min kecerdasan emosi pelajar lelaki          46
      dan pelajar perempuan bagi aspek mengawal perasaan


4.8   Perbandingan nilai min kecerdasan emosi pelajar lelaki          47
      dan pelajar perempuan bagi aspek motivasi diri


4.9   Perbandingan nilai min kecerdasan emosi pelajar lelaki          47
      dan pelajar perempuan bagi aspek mengawal diri
                                                                      xiii




                         SENARAI JADUAL




  NO. JADUAL                    TAJUK                    MUKA SURAT



4.10   Perbandingan nilai min kecerdasan emosi pelajar lelaki         48
       dan pelajar perempuan bagi aspek perhubungan antara manusia


4.11   Perbandingan nilai min kecerdasan emosi pelajar lelaki         49
       dan pelajar perempuan bagi aspek empati


4.12   Perbandingan nilai min kecerdasan emosi pelajar lelaki         49
       dan pelajar perempuan bagi aspek penerimaan kendiri


4.13   Perbandingan nilai min kecerdasan emosi pelajar lelaki         50
       dan pelajar perempuan bagi aspek komunikasi


4.14   Perbandingan nilai min kecerdasan emosi pelajar lelaki         51
       dan pelajar perempuan bagi aspek tindakbalas kendiri


4.15   Perbandingan nilai min kecerdasan emosi pelajar lelaki         51
       dan pelajar perempuan bagi aspek tegas


4.16   Perbandingan nilai min kecerdasan emosi pelajar lelaki         52
       dan pelajar perempuan bagi aspek celik akal
                                                                       xiv




                         SENARAI JADUAL




  NO. JADUAL                    TAJUK                     MUKA SURAT



4.17   Perbandingan nilai min kecerdasan emosi pelajar lelaki          53
       dan pelajar perempuan bagi aspek sikap keterbukaan


4.18   Perbandingan nilai min kepimpinan pelajar lelaki                54
       dan pelajar perempuan bagi aspek karisma


4.19   Perbandingan nilai min kepimpinan pelajar lelaki                55
       dan pelajar perempuan bagi aspek timbang rasa


4.20   Perbandingan nilai min kepimpinan pelajar lelaki                55
       dan pelajar perempuan bagi aspek merangsang intelek


4.21   Perbandingan nilai min kepimpinan pelajar lelaki                56
       dan pelajar perempuan bagi aspek inspirasi


4.22   Perbandingan nilai min kepimpinan pelajar lelaki                57
       dan pelajar perempuan bagi aspek ganjaran


4.23   Perbandingan nilai min kepimpinan pelajar lelaki                57
       dan pelajar perempuan bagi aspek mengurus


4.24   Hubungan antara kecerdasan emosi dengan kepimpinan              58
                                                                          xv




                    SENARAI SINGKATAN




SPSS -    Statistical package for the social sciences

STS   -   Sangat tidak setuju

TS    -   Tidak setuju

KS    -   Kurang setuju

S     -   Setuju

SS    -   Sangat setuju

PTV   -   Pendidikan teknik dan vokasional

EQ    -   Kecerdasan emosi

IQ    -   Intellectual quotient

SPA   -   Sarjana muda teknologi serta pendidikan kejuruteraan awam

SPE   -   Sarjana muda teknologi serta pendidikan kejuruteraan elektrik

SPJ   -   Sarjana muda teknologi serta pendidikan kejuruteraan jentera

SPH   -   Sarjana muda teknologi serta pendidikan kemahiran hidup

PKPG -    Program khas pensiswazahan guru

UTM -     Universiti teknologi malaysia

Bil   -   Bilangan

%     -   Peratus

f     -   Kekerapan
                                       xvi




                   SENARAI SINGKATAN




R     -   Rendah

S     -   Sederhana

T     -   Tinggi

Sig   -   Signifikan
                                                                              1




                                  BAB 1




                            PENDAHULUAN




1.1       Pengenalan

          Intellectual Quotient (1Q) adalah sangat popular di dalam dunia
pendidikan. Ia memberi penekanan kepada aspek kemahiran kognitif iaitu
membaca, menulis, mengira. Justeru, masyarakat sering menganggap bahawa
individu yang memiliki tahap kepintaran intelek (IQ) yang tinggi akan
berjaya dalam karier dan dipandang tinggi (Goleman, 1995). Tetapi,
hakikatnya tahap kognitif yang tinggi tidak semestinya menjamin individu
itu berjaya di dalam pekerjaan mahupun di dalam hidupnya (Hunter and
Hunter). Kajian yang dilakukan oleh Sternberg menguatkan lagi pernyataan
ini yang mana hasil kajian beliau menunjukkan, pengaruh IQ ke atas
kejayaan seseorang individu itu adalah sangat kecil iaitu hanya 4% daripada
varian.


          Jika diteroka hasil kajian ahli-ahli psikologi sekitar 1990-an
menunjukkan bahawa sebenarnya, aspek non-kognitif yang memainkan
pengaruh yang besar ke atas kejayaan individu samaada di tempat kerja
mahupun di dalam hidup (Wechsler, 1943). Pernyataan ini diperkuatkan lagi
dengan hasil kajian untuk melihat had bagi pengaruh IQ yang dibuat di ke
atas 450 kanak-kanak yang membesar di Sommerville, Massachusetts. Dua
pertiga daripada mereka adalah dari kalangan keluarga yang berpelajaran
manakala satu pertiga lagi memiliki IQ di bawah 90. Walaubagaimanapun,
                                                                             2

hasil kajian menunjukkan kecemerlangan subjek kajian di tempat kerja
dengan pengaruh IQ hanyalah kecil sebaliknya apa yang lebih kuat
mempengaruhinya adalah kebolehan mengawal kekecewaan, mengawal
emosi dan perhubungan dengan orang lain.


       Kajian berikutnya dibuat ke atas 80 orang berpangkat Ph. d di dalam
bidang Sains untuk melihat kunci kejayaan. 40 tahun selepas tamat pengajian
di Berkeley, ramai di kalangan mereka telah mengukir nama di bidang
masing-masing. Kemudian, mereka dijejaki untuk di temubual. Hasil kajian
tersebut menunjukkan kemahiran interpersonal dan kecerdasan emosi (EQ)
adalah empat kali lebih penting berbanding IQ dalam menentukan kejayaan
di bidang kerjaya (David Viscott, 1976). Di bidang pekerjaan, memang IQ
penting, namun realitinya, apa yang lebih penting ialah mempunyai
kebolehan membina ketahanan diri untuk menempuhi rintangan dan
kebolehan bergaul dengan subordinat mahupun rakan sekerja.


       Maka, dalam menilai kejayaan seseorang individu, di samping ianya
memerlukan kepintaran intelek (IQ) yang baik, kemantapan kecerdasan
emosi (EQ) juga merupakan suatu elemen yang sangat penting dan mesti
berada seiringan dengannya (Mahmood Nazar Mohamed, 2001). Seseorang
individu yang memiliki kesepaduan emosi dan rohani serta diharmonikan
dengan intelek maka akan membentuk mauduk yang pastinya akan dapat
menghasilkan generasi yang seimbang perkembangan sahsiahnya dan
mempunyai ketahanan untuk menghadapi cabaran dan rintangan hidup serta
dapat menjauhkan diri daripada perangkap “emotional hijacking”.




1.2    Latar belakang masalah

       Menurut Professor Dr. Leonard M. S Yong, pengasas “The Leonard
Personality Inventory,” kepintaran emosi EQ adalah merupakan kebolehan
                                                                             3

untuk merasa, memahami dan mengaplikasikan kuasa di sebalik emosi dalam
hidup kita seharian. EQ berpunca dari emosi, perasaan dan gerak hati. Malah,
ianya bukan sesuatu yang hanya boleh dirasional secara intelek. Untuk
mengaplikasikan EQ secara betul, kita seharusnya memahami dan
menghargai perasaan dan emosi diri sendiri dan orang lain. lanjutan kepada
pemahaman ini, EQ menekankan cara membalas yang betul kepada setiap
rangsangan persekitaran. Ini ditekankan supaya kita dapat menggunakan
pemahaman kita tentang emosi secara betul dalam hidup kita seharian.
Kepintaran emosi merupakan pendorong kepada individu untuk berusaha ke
arah mencapai matlamat hidup dan aspirasinya. Ia mengubah apa yang
difikirkan oleh kita kepada cara kita hidup.


       Kekuatan yang disumbangkan oleh kecerdasan emosi dapat
menyedarkan masyarakat bahawa sebelum ini mereka telah mengabaikan
satu sumber yang dianggap tidak memberi manfaat dan seterusnya telah
diabaikan. Emosi selama ini telah dianggap sebagai pengacau atau perosak
fikiran. Kecelaruan emosi membuahkan kesedaran betapa sikap negatif
terhadap emosi menyebabkan manusia terjebak dalam jaringan emosi negatif
yang berpanjangan.


       Menurut laporan yang disiarkan di dalam Berita Harian, 27 Ogos
2003, di Seremban, seorang buruh berusia 35 tahun dihadapkan ke
mahkamah majistret atas tuduhan mencucuh api pada badan seorang bayi
berusia lapan bulan. Menurut sumber yang yang sama, di mahkamah Sesyen
pula, seorang peniaga berusia 25 tahun didakwa cuba membunuh isterinya
dengan menyembelih leher isterinya. Menurut sumber yang sama, di
Islamabad, seorang wanita yang mengambil upah mencuci pakaian dan
memasak untuk keluarga jirannya hampir kehilangan tangan apabila
suaminya marah dengan keengganannya meninggalkan kerja itu yang
dianggap menjatuhkan maruah keluarga, lalu cuba menetak lengan wanita itu
dengan menggunakan pisau pemotong daging. Dalam satu kejadian lain di
                                                                               4

Karana, Islamabad, seorang tuan rumah bertindak kejam dengan
membogelkan pembantu rumah wanitanya dan dipertontonkan di pasar
kampung kerana wanita tersebut meminta cuti sehari kerana sakit. Daily
News, New York pula melaporkan seorang wanita yang mempunyai berat
badan berlebihan menetak ibu mertuanya sampai mati dengan menggunakan
pisau pemotong daging selepas ibu mertuanya enggan menghidangkan nasi
untuknya ketika makan malam dengan alasan makanan itu menggemukkan.
Menurut laporan yang disiarkan di dalam Berita Minggu, 1 Ogos 1999,
seorang bekas ahli kaji kimia yang berkecimpung sebagai broker di pasaran
saham. telah mengalami kerugian sebanyak A$150,000 menyebabkan beliau
hilang pertimbangan lalu membunuh isteri, anak dan kawan-kawannya di
firma saham sebelum membunuh diri sendiri. Daripada laporan ini, jelas
menunjukkan bahawa bagaimana individu yang memiliki tahap (IQ) yang
tinggi belum tentu mampu untuk menjadi seorang individu yang berjaya. Di
sini juga kita dapat melihat bagaimana seseorang itu tidak dapat
membendung emosinya telah melakukan tindakan yang kejam dan
merugikan dirinya dan juga orang lain.


          Menurut pakar psikiatri kanak-kanak dan remaja Hospital Universiti
Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof. Dr. Kasmini Kassim, “Naluri ganas
memang wujud dalam diri manusia. Walaubagaimanapun, Tuhan
mengurniakan kita akal untuk menekan naluri keganasan itu daripada
dihambur keluar.” (Ekslusif, 2-8 Ogos 1999). Kenyataan ini menguatkan lagi
pendapat yang mengatakan kejayaan individu bukan semata-mata bergantung
kepada kepintaran intelek (IQ) malahan juga kecerdasan emosi (EQ) yang
tinggi.


          Kecerdasan emosi (EQ) mempunyai nilai yang besar ke atas kerjaya
dan hidup seseorang. Martin Seligman adalah pengasas “learned optimis”. Ia
merujuk kepada anggapan manusia apabila berdepan dengan kegagalan atau
halangan. Sikap optimis lebih cenderung untuk menganggap sesuatu yang
                                                                             5

spesifik, bersifat sementara dan menyebabkan individu mempunyai
anggapan yang eksternal manakala orang yang bersikap pesimis cenderung
menganggap sesuatu yang berlaku itu bersifat global, kekal, lebih spesifik
dan menyebabkan individu mempunyai anggapan yang internal. Dalam
kajian mengenai “Met Life”, Seligman mendapati seorang jurujual baru
yang bersikap optimis berjaya menjual 37 % lebih insuran jika dibandingkan
dengan jurujual sedia ada yang bersikap pesimis. Hasil kajian juga
menunjukkan, apabila sebuah syarikat insurans mengambil sekumpulan
pekerja yang bersikap optimis, prestasi kerja mereka amat menggalakkan
walaupun mereka gagal dalam “normal screening.’ Ini jelas menunjukkan
betapa besar pengaruh sikap optimis ke atas tingkahlaku individu.


       Dalam satu kajian lain mengenai optimis, Seligman menguji 500
orang pelajar di dalam “freshman class” di University of Pennsylvania. Hasil
kajian beliau menunjukkan bahawa skor yang diperoleh daripada ujian
mengenai sikap optimis pelajar adalah kayu ukur sebenar bagi gred
pencapaian yang diperolehi semasa berada di tahun “freshman” jika
dibandingkan dengan Skor SAT ataupun gred “High School.”Kebolehan
menguruskan perasaan dan stress adalah salah satu aspek lain dalam EQ
yang telah dikesan mempunyai pengaruh yang kuat ke atas kejayaan
seseorang. Satu kajian yang dibuat ke atas pengurus syarikat menunjukkan
kebolehan untuk menguruskan stress mempengaruhi keuntungan, kadar
jualan bagi setiap kerja, kadar jualan bagi setiap pelanggan dan wang bagi
inventori.


       EQ adalah lebih bertumpu kepada mengetahui bila dan bagaimana
untuk meluahkan emosi dengan cara mengawalnya. Satu kajian yang dibuat
oleh Sigdal Barsade di Yale University mengenai gaya pengurusan pengurus
ke atas kumpulannya mendapati emosi pengurus mempengaruhi ahli
kumpulannya dan perasaan yang baik mewujudkan kerjasama yang erat
antara subordinat, wujud keadilan dan mempamerkan prestasi keseluruhan
                                                                           6

kumpulannya. Kajian tersebut juga mendapati kumpulan bekerja dalam
keadaan yang ceria mendatangkan lebih keuntungan kepada ahli
kumpulannya. Dapatan dalam bidang yang sama yang dibuat oleh Bachman
turut mendapati bahawa pemimpin yang paling efektif dalam ketenteraan US
adalah yang lebih mesra, lebih bertimbang rasa, boleh mengawal perasaan,
dramatik dan mempunyai perhubungan social yang baik.


       Empati juga merupakan aspek yang penting dalam EQ. Para
penyelidik juga telah mengenalpasti bahawa empati berupaya mempengaruhi
kejayaan individu di dalam pekerjaan. Dua dekad yang lalu, Rosenthal dalam
kajiannya di Harvard University mendapati bahawa individu yang
berkebolehan mengenali emosi orang lain adalah lebih berjaya di dalam
bidang pekerjaan mereka begitu juga di dalam perhubungan sosial mereka.
Dalam satu tinjauan yang dibuat ke atas gaya kerja jurujual produk
kecantikan mendapati jurujual yang mempunyai sikap empati dalam diri
lebih digemari oleh pelanggan. Ini kerana pelanggan-pelanggan melaporkan
bahawa mereka lebih menggemari jurujual yang benar-benar memahami
kehendak dan kebimbangan mengenai penjagaan kecantikan wajah dan
tubuh badan mereka.


       Likert (1969) di dalam kajiannya mengenai gaya kepimpinan
pegawai di Universiti Michigan telah mendapati bahawa tingkahlaku
kepimpinan yang diamalkan oleh pegawai-pegawai adalah berpusatkan
kepada pekerja dan timbang rasa. Pegawai-pegawai mempunyai sikap tolak-
ansur dengan pekerja demi meningkatkan produktiviti. Pegawai-pegawai
juga sentiasa memberikan pandangan yang jelas kepada pekerja-pekerjanya
berhubung dengan keperluan dalam menjalankan sesuatu tugas di dalam
organisasi. Herzberg (1966) di dalam kajiannya mendapati bahawa seseorang
individu itu akan mencapai kepuasan kerja yang maksimum sekiranya pihak
majikannya dapat memenuhi keperluan fisiologi seperti keperluan makan
minum, keselamatan dan jaminan kerja, keperluan kehormatan diri dan
                                                                             7

status. Dapatan kajian Herzberg ini disokong oleh hasil kajian yang dibuat
oleh Suaidah Ahmad (1983) dan kajian See Tean Seng (1987) mengenai
tingkahlaku kepimpinan ketua jururawat di hospital mendapati bahawa
ketua-ketua jururawat yang mengamalkan tingkahlaku bekerjasama bukan
sahaja dapat mewujudkan kepuasan kerja kepada para jururawat biasa malah
turut dapat mengurangkan tekanan kerja. Burk (1972) di dalam kajiannya
mendapati bahawa pekerja yang merasa ketua mereka tidak bertimbang rasa
akan mengalami tekanan kerja yang lebih dan beliau merumuskan bahawa
tingkahlaku timbang rasa pemimpin menyumbang secara signifikan dan
bersifat negatif kepada tekanan kerja. Hasil kajian Burk ini disokong pula
oleh kajian Suaidah Ahmad (1983) dan See Tean Seng (1987) yang
memperoleh dapatan yang serupa. Selain itu, ia turut disokong oleh kajian
Tanabe (1993) yang melaporkan bahawa penyelia yang mempunyai
kebolehan tinggi dan berorientasikan perhubungan dalam organisasinya akan
dapat mengurangkan tekanan kerja. Kajian yang dilakukan oleh Universiti
Michigan terhadap pengurusan hospital, kakitangan kerajaan dan organisasi
perniagaan mendapati bahawa kebanyakan kumpulan pekerja yang produktif
mempunyai para pemimpin yang bertumpukan kepada pekerja dan bukannya
bertumpukan kepada pengeluaran. Mereka juga mendapati bahawa
pemimpin yang paling efektif adalah mereka yang mempunyai hubungan
saling menyokong dengan para sub ordinat dan membuat keputusan secara
berkumpulan. Chong Huat (1983) menjalankan satu kajian untuk memahami
faktor-faktor yang memotivasi dan mempengaruhi gaya kepimpinan dalam
organisasi tempatan dan organisasi Jepun di Malaysia ke atas 40 orang
responden daripada beberapa organisasi tempatan dan organisasi Jepun yang
terletak di zon Industri Shah Alam. Hasil kajian menunjukkan orang Jepun
mementingkan tenaga, usaha dan keperluan-keperluan kumpulan,
mengutamakan daya kepimpinan dan dimotivasikan oleh perhubungan yang
mana kesannya dapat meningkatkan prestasi dan produktiviti. Manakala gaya
kepimpinan tempatan lebih cenderung ke arah mengamalkan gaya
kepimpinan yang dimotivasikan oleh tugas.
                                                                            8



       Salmah Saad (1984) dalam kajiannya tentang tingkahlaku
kepimpinan dan hubungannya dengan kepuasan kerja di kalangan pekerja
yang tugasnya berstruktur dan tidak berstruktur mendapati pekerja-pekerja
yang tugasnya berstruktur dan mengamalkan tingkahlaku timbang rasa
mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan kepuasan kerja
keseluruhan dan kepuasan dengan pekerjaan, gaji, penyeliaan dan kenaikan
pangkat. Hasil kajian oleh Salmah Saad pula disokong oleh kajian yang
dijalankan oleh Ramlah Yunos (1993) tentang corak kepimpinan di Perak-
Hanjong Simen. Beliau mendapati corak kepimpinan yang berkesan adalah
kepimpinan secara berorientasikan perhubungan yang sentiasa peka dan
mengambil berat kehendak dan kepuasan kerja para pekerja. Sebaliknya,
kepimpinan yang kurang berkesan ialah yang mempunyai ciri-ciri
mementingkan diri sendiri, tidak mengambil berat keperluan pekerja dan
sukar menerima pendapat orang bawahan dan rakan sekerja. Di sekolah, di
dapati terdapat banyak kes di mana kadang-kala guru tidak dapat mengawal
perasaan apabila berada dalam situasi tertekan terutama di kalangan guru
wanita. Walaubagaimanapun, anehnya mereka tetap mempamerkan
kepimpinan yang baik dan berupaya melahirkan pelajar-pelajar yang
cemerlang (Wan Ahmad Nasir, 1985). Berdasarkan maklumat inilah maka
penyelidik cuba untuk meninjau adakah kecerdasan emosi (EQ)
mempengaruhi kepimpinan bakal guru ataupun sebaliknya.
                                                                          9



1.3    Pernyataan masalah

       Konsep kecerdasan emosi mula dilahirkan oleh ahli psikologi dari
Universiti Yale dan New Hampshire, USA iaitu Peter Salovey dan John
Mayer. Dalam tahun 1990, mereka telah mencuba untuk mengkaji dengan
lebih mendalam berkaitan dengan masalah “Mengapa mereka yang pintar
tidak semestinya berada di dalam golongan mereka yang paling berjaya
dalam perniagaan mahupun peribadinya.”


       Konsep ini kemudiannya dipopularkan semula oleh Daniel Goleman
melalui bukunya yang berjudul, “Emotional Intelligence (EQ)” pada tahun
1995. Beliau mengatakan kejayaan individu itu 20% bergantung kepada
kepintaran intelek manakala 80% lagi bergantung kepada kemampuan
individu untuk mengawal emosinya. Hasil daripada pendapat tersebut,
penyelidik cuba untuk menjalankan satu kajian bagi melihat hubungan di
antara kecerdasan emosi dengan kepimpinan bakal guru. Tinjauan ini
dijalankan di kalangan pelajar perdana tahun empat (SPA, SPJ, SPE, SPH)
yang sedang mengikuti pengajian dalam bidang Pendidikan Teknik dan
Vokasional di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.
                                                                         10



1.4    Objektif kajian


       Objektif am kajian ini bertujuan untuk meninjau hubungan di antara
kecerdasan emosi dengan kepimpinan bakal guru. Objektif khusus kajian ini
pula adalah seperti berikut:


  i. Meninjau tahap kecerdasan emosi pelajar perdana tahun empat PTV,
      UTM, Skudai, Johor.


 ii. Meninjau tahap kepimpinan pelajar perdana tahun empat PTV, UTM,
      Skudai, Johor.


 iii. Mengkaji samaada wujud perbezaan kecerdasan emosi antara pelajar
      lelaki dan pelajar perempuan tahun empat PTV, UTM, Skudai, Johor
      bagi setiap aspek yang dikaji.


 iv. Melihat samaada wujud perbezaan kepimpinan antara pelajar lelaki
      dan pelajar perempuan tahun empat PTV, UTM, Skudai, Johor bagi
      setiap aspek yang dikaji.


 v. Meninjau samaada kecerdasan emosi mempunyai hubungan dengan
      kepimpinan pelajar perdana tahun empat PTV, UTM, Skudai, Johor.
                                                                          11

.
1.5    Persoalan kajian

  i. Apakah tahap kecerdasan emosi pelajar perdana tahun empat PTV,
      UTM, Skudai, Johor?


 ii. Apakah tahap kepimpinan pelajar perdana tahun empat PTV, UTM,
      Skudai, Johor?


 iii. Adakah wujud perbezaan EQ antara pelajar lelaki dan pelajar
      perempuan tahun empat PTV, UTM, Skudai, Johor?


 iv. Adakah wujud perbezaan kepimpinan antara pelajar lelaki dan pelajar
      perempuan tahun empat PTV, UTM, Skudai, Johor?


 v. Adakah kecerdasan emosi mempunyai hubungan dengan kepimpinan
      pelajar perdana tahun empat PTV, UTM, Skudai, Johor?




1.6    Kepentingan kajian

       Alam pendidikan di Malaysia terus berkembang dan telah mengalami
pelbagai reformasi selaras dengan perkembangan ilmu pengetahuan dan
ledakan maklumat. Perubahan yang berlaku dengan begitu pantas dan drastik
menuntut setiap individu memperkemaskan pengetahuan dan ketrampilan
masing-masing. Di alaf ini kita memerlukan masyarakat yang berjiwa kental
dan mempunyai daya saing yang tinggi untuk memimpin baik keluarga,
masyarakat dan juga negara. Jadi masyarakat mesti diberikan penekanan
bukan sahaja dari segi IQ tetapi juga EQ. Sikap ini perlu dipupuk sejak
mereka di bangku sekolah lagi bagi melahirkan insan seperti yang
diaspirasikan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Hasil kajian ini
diharapkan berguna kepada:

								
To top