Docstoc

Modul Bimbingan Kelompok step1

Document Sample
Modul Bimbingan Kelompok step1 Powered By Docstoc
					Modul Bimbingan Kelompok
Bidang : Kerjaya

Tajuk : Maklumat Kerjaya

Masa : 2 jam

Hasil Pembelajaran :

                Di akhir pembelajaran, pelajar – pelajar dapat :

                1. Dapat menyatakan pekerjaan yang terdapat dalam kod personaliti RIASEC
                   mengikut teori Holland

                2. Dapat membuat keputusan untuk diri sendiri ke mana hala tuju selepas SPM




Pengetahuan Sedia Ada :

                1. Pelajar telah mengetahui pekerjaan – pekerjaan yang terdapat dipasaran secara
                   umum

                2. Pelajar telah mengikuti sesi ceramah kaunseling kerjaya ke mana hala tuju
                   selepas SPM

Nilai Murni :          Berfikiran terbuka, rasional, yakin diri dan teliti




Objektif :

     1. Pelajar didedahkan dengan jenis – jenis personaliti dengan jenis kerjaya mengikut
        kategori berdasarkan teori Holland

     2. Pelajar dapat mengetahui jenis persekitaran pekerjaan mengikut 6 jenis personaliti iaitu
        (R) Realistik, (I) Investigatif, (A) Artistik, (S) Sosial, (E) Enterprising dan (C)
        Conventional.
    3. Pelajar dapat mengkategorikan jenis personaliti dengan jenis pekerjaan mengikut 6 kod
         Holland tersebut




Bahan    : Kertas Soalan Inventori Minat Kerjaya Sidek Noah

           Kertas Jawapan Inventori Minat Kerjaya Sidek Noah

           Interpretasi jawapan

           Lap top , LCD dan




Langkah – langkah :

        1. Set induksi – guru kaunseling bertanya kepada setiap pelajar apakah hobi mereka dan
           seterusnya bertanya pekerjaan apakah yang mereka minati
        2. Setelah bersoal jawab dengan pelajar, guru kaunseling meminta pelajar menyediakan
           sebatang pen atau pensil untuk menjawab soalan yang akan diedarkan.
        3. Setelah kertas jawapan diedarkan, guru kaunseling meminta pelajar menjawab soalan
           Inventori Minat Kerjaya Sidek Noah sebanyak 192 soalan
        4. Setelah pelajar selesai menjawab, guru kaunseling akan membacakan interpretasi
           terhadap respon jawapan mereka.
        5. Guru kaunseling mendedahkan maklumat kerjaya melalui beberapa laman web yang
           terdapat dalam internet
        6. Kemudian guru kaunseling menunjukkan jenis – jenis pekerjaan yang terdapat
           mengikut persekitaran pekerjaan menurut kerjaya Holland (R, I, A, S, E, C)
Penilaian : Pelajar dapat menjawab soalan – soalan latihan yang diberikan pada akhir sesi


Pengukuhan : Pelajar diminta untuk menghadiri sesi kaunseling kerjaya seandainya terdapat
kekaburan atau mendapatkan perkhidmatan persendirian




Pengajaran ini menggunakan Model ASSURE yang diperkenalkan oleh Heinich (1982). Model
ini diperkenalkan untuk menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang
memerlukan penggunaan media atau sumber.
Model Assure ini mengandungi 6 langkah iaitu :


A – Analysis Learner : Analisis Pelajar – mengetahui pengetahuan sedia ada pelajar
S - State Objective : Nyatakan Objektif – Objektif pembelajaran dirangka
S – Select, Media , Materials : Pilih media , kaedah dan bahan – pilih media dan bahan yang
   sesuai
U – Use Media and Materials : Gunakan media dan bahan – gunakan media dan bahan yang
   sesuai
R – Require Learner Participant : Dorong penglibatan pelajar – keperluan penilaian berdasarkan
    latihan dan tindakan
E – Evaluate Materials : Menilai keberkesanan – menilai keberkesanan media terhadap
    pengajaran

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:424
posted:9/3/2010
language:Malay
pages:3