SYARAT-SYARAT LESEN PDA

Document Sample
SYARAT-SYARAT LESEN PDA Powered By Docstoc
					                              PENDAHULUAN

     Garis panduan ini mengandungi kriteria-kriteria dan tatacara yang perlu
     dipenuhi semasa membuat permohonan lesen PDA dan cara-cara
     mengemukakan pelbagai permohonan disepanjang tempoh tersebut.



                             PERINGATAN

A.     AKTA DAN PERATURAN

SEBELUM menjalankan aktiviti pemasaran dan pengedaran barangan
petroleum, anda dinasihatkan supaya mematuhi AKTA KEMAJUAN
PETROLEUM 1974, PERATURAN-PERATURAN PETROLEUM 1974
dan AKTA PETROLEUM (LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN)
1984 dan PERATURAN-PERATURAN dibawahnya.



B.     DENDA

SEKSYEN 9 DI BAWAH PERATURAN-PERATURAN PETROLEUM
1974 (PINDAAN 1981)

“Seseorang yang memulakan atau meneruskan sesuatu urusan atau
perkhidmatan yang tersebut dalam peraturan 3 tanpa lesen atau tidak
mematuhi apa-apa syarat lesen tersebut adalah melakukan suatu kesalahan
dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM
50,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun atau
kedua-duanya dan mengenai sesuatu kesalahan yang berterusan ia boleh
dikenakan denda lanjutan seribu ringgit bagi tiap-tiap satu atau sebahagian
daripada daripada satu hari kesalahan yang berterusan selepas hari pertama
sabitan itu direkodkan”.
                                                                            1
C.   PERMOHONAN


SEKSYEN 3A (2) DI BAWAH PERATURAN-PERATURAN
PETROLEUM 1974 (PINDAAN 1991)

“ Permohonan bagi kebenaran untuk memulakan atau meneruskan apa-apa
urusan memasarkan atau mengedarkan petroleum atau keluaran
petroleum di bawah seksyen 6(3) Akta Kemajuan Petroleum, 1974
hendaklah dibuat kepada Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna”.



                  JENIS-JENIS KEBENARAN PDA


DI BAWAH SEKSYEN 6 (3) AKTA KEMAJUAN PETROLEUM
1974 :

Empat (4) ketogeri kebenaran PDA yang dikeluarkan iaitu:

1. Pengusahaan stesen minyak/skid tanks/floating barge;

2. Menjalankan perkhidmatan bunkering;

3. Menjalankan perkhidmatan pengangkutan bahan-bahan petroleum;

4. Memasar borong bahan-bahan petroleum iaitu :-

     i.    Petroleum
     ii.   Gas Petroleum Cecair (LPG)
     iii.  Gas Asli
     iv.   Regular & Premium Motor Gasoline
     v.    Automative Industrial & Marine Diesel Oil
     vi.   Fuel Oil
     vii.  Kerosene, Aviation Turpine Fuel, Dual Purpose Kerosene dan Jet
           Fuel
     viii. Bitumen dan Asphalt
                                                                        2
       ix.      Lubricating Oil
       x.       Naphtha Based Solvents
       xi.      Benzene
       xii.     Ethlene
       xiii.    Nethanol
       xiv.     Propylene
       xv.      Xylene
       xvi.     Methane
       xvii.    Toluene
       xviii.   Butane
       xix.     Acetylene
       xx.      Ammonia
       xxi.     Urea from Ammonia
       xxii.    NPK Fertilizer
       xxiii.   Ammonia Nitrate
       xxiv.    Ammonia Sulphate


                        PROSEDUR PERMOHONAN
Menggunakan borang-borang berikut:

  1.      Borang PDA 1 bagi permohonan           mengusahakan     stesen
          minyak/skid tank/floating barge;

  2.      Borang PDA 1 (A) bagi permohonan mengambilalih
          mengusahakan stesen minyak/skid tank/floating barge;

  3.      Borang PDA 2 bagi menjalankan perkhidmatan bunkering;

  4.      Borang    PDA 3 bagi permohonan menjalankan perkhidmatan
          pengangkutan bahan-bahan petroleum;

  5.      Borang PDA 4 bagi memasar borong LPG/bahan-bahan berasaskan
          petroleum;

  6.      Borang PDA 5 bagi menukar alamat/nama perniagaan/status
          perniagaan/rakan kongsi/ pembekal/menambah pemasaran bahan-
          bahan petroleum iaitu bagi pemegang lesen PDA yang sedia ada.


                                                                           3
SYARAT-SYARAT PERTIMBANGAN

1.   Mengisi borang PDA yang berkaitan.

2.   Ekuiti Asing

     Syarikat yang mempunyai pemilikan asing perlu mematuhi GARIS
     PANDUAN PENYERTAAN ASING DALAM PERDAGANGAN
     BORONG DAN RUNCIT dimana maksimum pegangan asing tidak
     melebihi 30% dan 70% dimiliki oleh rakyat tempatan yang mana
     sekurang-kurangnya 30% dipegang oleh Bumiputera.

3.   Keutamaan akan diberi kepada individu/syarikat milik 100%
     bumiputera bagi mengusahakan stesen minyak/skid tank/floating
     barge yang dimiliki dan dibina oleh syarikat minyak.

4.   Bagi memasar borong produk petrol, diesel, LPG dan minyak
     tanah keutamaan akan diberi kepada individu bumiputera/syarikat
     yang memiliki ekuiti Bumiputera tidak kurang daripada 51%.

5.   Bagi memasar borong lain-lain produk petroleum keutamaan akan
     diberi kepada individu bumiputera/syarikat yang memiliki ekuiti
     bumiputera tidak kurang daripada 30%.

6.   Bagi perkhidmatan bunkering keutamaan akan diberi kepada
     individu bumiputera/syarikat yang memiliki ekuiti Bumiputera tidak
     kurang daripada 30%.

7.   Bagi perkhidmatan pengangkutan bahan-bahan petroleum
     keutamaan akan diberi kepada individu bumiputera/syarikat yang
     memiliki ekuiti Bumiputera tidak kurang daripada 30%.




                                                                      4
8.   Modal

     a.   Stesen Minyak

          Tidak kurang daripada RM 150,000.00

     b.   Mini Stesen (tidak melebihi 2 „island‟)

          Tidak kurang daripada RM 40,000.00

     c.   Bunkering

          Permohonan akan dipertimbangkan bagi Syarikat Sendirian
          Berhad yang mempunyai modal berbayar tidak kurang daripada
          RM 300,000.00

     d.   Pengangkutan

          Permohonan akan dipertimbangkan bagi Syarikat Sendirian
          Berhad yang mempunyai modal berbayar tidak kurang daripada
          RM 100,000.00

     e.   Borong

          Permohonan akan dipertimbangkan bagi Syarikat Sendirian
          Berhad yang mempunyai modal berbayar tidak kurang daripada
          RM 100,000.00


PERHATIAN

     Permohonan untuk menjalankan perniagaan memasar borong bahan
     petroleum tidak dibenarkan menjual secara runcit selain daripada
     aktiviti perniagaan melibatkan gas petroleum cecair (LPG).




                                                                        5
                  PERMOHONAN MEMPERBAHARUI PDA
Peringatan :

Kelulusan pembaharuan kebenaran PDA bukan diberi secara automatik.

Syarat-syarat :
   1.    Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi borang
         memperbaharui PDA yang telah disediakan dengan lengkap (borang
         KPDN(DN)/5).

   2.    Pembaharuan kebenaran PDA hendaklah dibuat 3 bulan sebelum
         tarikh tamat tempoh kebenaran PDA.

   3.    Mengemukakan salinan dokumen seperti berikut :-
              i)   Borang 24 & 49/(Pendaftran Syarikat)/Borang B
                   (Pendaftran Perniagaan)(Sabah)/Form 1(Sarawak);
              ii)  nilai/jumlah jualan dalam tempoh 2 tahun yang lepas
                   (penyata akaun untung dan rugi);
              iii) penyata kewangan terkini.

   4.    Mengemukakan permit lori/lesen pembawa kelas „A‟ yang
         dikeluarkan oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan
         Semenanjung Malaysia/Sabah/Sarawak atas nama pemilik syarikat
         perniagaan bagi permohonan pembaharuan Kebenaran PDA
         Perkhidmatan Pengangkutan.

   5.    Mengemukakan surat sokongan dari syarikat minyak (pembekal).

   6.    Mengemukakan salinan sijil/surat keahlian Persatuan Pengusaha
         Stesen Minyak mengikut jenama masing-masing bagi permohonan
         pembaharuan lesen PDA stesen minyak.

   7.    Kelewatan memperbaharui lesen PDA mengikut tarikh yang
         ditetapkan menyebabkan lesen dengan sendirinya terbatal dan
         pemohon perlu mengemukakan permohonan baru sekiranya
         pemohon masih berminat meneruskan perniagaan.




                                                                        6
                  BAYARAN KEBENARAN PDA



Bayaran bagi semua kategori lesen PDA adalah RM25.00 untuk satu tahun.
Walaubagaimanapun pemohon boleh membuat bayaran bagi tempoh
maksimum 2 tahun. Permohonan pembaharuan lesen PDA hendaklah
dikemukakan 3 bulan sebelum tarikh tamat lesen dengan mengisi lengkap
borang Pembaharuan Kebenaran PDA (borang KPDN(DN)/5). Pembayaran
bagi pembaharuan kebenaran PDA hendaklah dilakukan selepas kelulusan
diperolehi.




                                                                     7
             SYARAT-SYARAT LESEN PDA


1.   Lesen ini tidak boleh dipindah milik tanpa kebenaran daripada
     KPDN & HEP.

2.   Lesen hendaklah dipamerkan dengan jelas di premis perniagaan yang
     telah diluluskan.

3.   Mendapat kelulusan KPDN & HEP sebelum membuat sebarang
     pindaan mana-mana bahagian atau melakukan sebarang perubahan di
     dalam struktur syarikat sama ada dari segi ekuiti, lembaga pengarah,
     alamat perniagaan, hak milik, pembekal dan sebagainya.

4.   Pemegang lesen perlu mengemukakan permohonan pembaharuan
     kebenaran PDA 3 bulan sebelum tarikh tempoh tamat.

5.   Mematuhi semua syarat lesen yang ditetapkan dari masa ke semasa
     oleh KPDN & HEP dan mematuhi mana-mana undang-undang di
     Malaysia dan      tidak menjalankan aktiviti-aktiviti yang
     bertentangan dengan mana-mana undang-undang itu.

6.   Mengemukakan      dengan    lengkap    dan  tepat          apa-apa
     maklumat/penjelasan yang diminta oleh KPDN & HEP.

7.   Kebenaran PDA akan dibatalkan apabila ada pelanggaran mana-
     mana syarat-syarat di atas atau peruntukan-peruntukan dibawah
     Akta Kemajuan Petroleum 1974 atau mana-mana perundangan
     kecil dibawahnya atau mana-mana undang-undang yang
     berkuatkuasa di Malaysia.

8.   Tidak akan mengambil apa-apa tindakan undang-undang atau
     menuntut ganti rugi dari mana-mana pihak sekiranya Kebenaran PDA
     tidak diperbaharui atau dilanjutkan atas sebab-sebab kecuaian dan
     kegagalan kami sendiri.




                                                                            8
                             PERTANYAAN

Semua pertanyaan berhubung dengan permohonan lesen PDA hendaklah di
alamatkan atau datang sendiri ke alamat berikut :-



Ketua Setiausaha,
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
Dan Hal Ehwal Pengguna,
Bahagian Perdagangan Dalam Negeri,
Tingkat 31, Menara Dayabumi,
Jalan Sultan Hishamuddin,
50623 Kuala Lumpur.


No. Tel     :     03-22742100/6940/7298
No. Fax     :     03-22745413/5314
Homepage :        http://www.kpdnhq.gov.my




                                                                      9