kesihatan

Document Sample
kesihatan Powered By Docstoc
					                                     Seuntai Kata


Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan rahmatNya, dapat

saya menyiapkan tugasan ini. Keupayaan yang terbatas selaku manusia biasa serta

cabaran dan dugaan yang dihadapi telah dilalui, meskipun memerlukan ketabahan dan

kesabaran dalam menyelesaikan sesuatu perkara.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada tutor saya iaitu

En. Kamaludin B Mokri di atas segala sumbangan ilmu, kepakaran dan tenaga beliau

dalam memberi tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat sehingga saya berjaya

menyempurnakan tugasan ini. Hanya Allah jua yang dapat membalas jasa baik tuan.

Terima kasih yang tak terhingga juga saya ucapkan kepada semua tutor dan rakan – rakan

di Fakulti Pendidikan dan Bahasa OUM yang telah menyumbang ilmu yang tidak

ternilaiharganya sepanjang semester ini.

Penghargaan ini juga buat keluarga tercinta kerana memahami serta membantu saya di

dalam meneruskan cabaran untuk membawa pulang segulung ijazah. Sesungguhnya

segala kesabaran dan penat jerih lelah pastinya ada hikmah disebaliknya.

Terima Kasih.




Azian bin Zainul Bidin                                             720324045199




                                           1
                              ISI KANDUNGAN



SEUNTAI KATA                                        1


ISI KANDUNGAN                                       2
SOALAN TUGASAN                                      3
1. PENDAHULUAN                                      4
2. PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL                  5
2.1Definisi
2.2 Kepentingan dalam PNP
2.3 Proses REACT
2.4 Contoh Lembaran Kerja
3.0 KEMAHIRAN BERFIKIR                              12
3.1Kemahiran Berfikir Kritis Dan Kepentingannya     17
3.1.1 Tiga proses Kemahiran Kritis
3.1.2 Lembaran Kerja
3.2 Kemahiran Berfikir Kreatif Dan Kepentingannya   22
3.2.1 Tiga Proses Kemahiran Kreatif
3.2.2 Lembaran Kerja
4.0 PENUTUP                                         30
5.0 BIBLIOGRAFI                                     13
6.0 LAMPIRAN LEMBARAN KERJA                         32




                                      2
SOALAN TUGASAN
Pedagogi adalah sains dan seni mengenai cara mengajar di sekolah dan
merupakan mata pelajaran yang wajib bagi mereka yang ingin menjadi guru
di sekolah . Ia melibatkan kajian mengenai proses pengajaran dan
pembelajaran, pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah dan juga interaksi
antara guru dan pelajar. Di peringkat sekolah rendah, pengajaran Pendidikan
Kesihatan perlu dilaksanakan berdasarkan strategi yang mempunyai hala
tuju ke arah pencapaian matlamat Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR).
Adalah satu yang membanggakan sekiranya pelajar menghayati segala
pengajaran dan menunjukkan tingkah laku yang berteraskan nilai murni dan
kemahiran berfikir dalam kehidupan harian mereka. Ini menjadi petunjuk
kepada keberkesanan pendidikan kesihatan di sekolah. Selaku Ketua Panitia
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, anda diminta oleh Guru Besar untuk
menyediakan satu panduan pengajaran Pendidikan Kesihatan yang boleh
digunakan oleh guruguru di sekolah anda.


Panduan tersebut hendaklah mengandungi perkara-perkara yang berikut:
(a) Pendahuluan                                         (3 markah)
(b) Pembelajaran Secara Kontekstual                     (10 markah)
(c) Kemahiran Berfikir                                  (20 markah)
(i) Kemahiran Berfikir Kritis
(ii) Kemahiran Berfikir Kreatif
(d) Penutup                                             (2 markah)




                                      3
1.0 Pendahuluan

Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi
kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi
pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan,
memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan
perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi
memeransangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu
menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat
menghasilkan pembelajaran yang bermakna.

Perlunya guru menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran, aktiviti-aktiviti yang
dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan
isi pelajaran dan konsep-konsep yang diterjemahkan secara jelas. Aktiviti harus boleh
mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan.

Dalam merancang persediaan mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai
urutan yang baik. Ia perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif pengajaran.
Lazimnya aktiviti yang dipilih itu adalah gerak kerja yang mampu memberi sepenuh
pengaruh terhadap perhatian, berupaya meningkatkan kesan terhadap intelek, ingatan,
emosi, minat dan kecenderungan serta mampu membantu guru untuk menjelaskan
pengajarannya. Dalam merancang aktiviti mengajar yang berkesan dan bermakna kepada
para pelajar, guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang
akan digunakan. Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin kelicinan serta
keberkesanan penyampaian sesuatu subjek.




                                           4
2.0 Pembelajaran Secara Konstektual

2.1 Definisi Pembelajaran Kontekstual

       Pendekatan kontekstual adalah teknik pembelajaran yang merupakan satu proses
yang melibatkan pelbagai bentuk penemuan yang bersifat kompleks yang menjangkau
kaedah-kaedah jenis latih tubi dan rangsangan dan tindak balas. Konsep pengajaran ini
lebih menumpukan kepada pembelajaran yang bercirikan penemuan dan pencarian. Ia
akan mendorong pelajar mencari hubungan dan cara penyelesaian berdasarkan
persekitarannya. Pendekatan pembelajaran dan pengajaran yang digunakan adalah
dengan mengandaikan bahawa minda pelajar akan mencari maksud dalam konteks
dengan cara semulajadi. Pencarian oleh minda akan dikaitkan dengan persekitaran yang
dilalui oleh seseorang itu. Persekitaran yang dimaksudkan ialah persekitaran pelajar dan
persoalan yang timbul di persekitarannya. Hasilnya ialah akan berlakulah cara pencarian
hubungan yang diterima akal dan kelihatan bermakna pada diri serta kehidupan pelajar
itu sendiri. Contoh, ialah murid digalakkan untuk memberikan pendapat berkenaan reka
bentuk hiasan dalaman dan lanskap dari konteks budaya (seperti pengaruh lanskap Bali,
Jepun atau Inggeris). Konteks fizikal - murid menyatakan tentang keluasan dan keadaan
tapak (tanah tanih)/lokasi; jenis tumbuhan/perabut,unsur binaan/hiasan; berdasarkan
contoh yang diberikan oleh guru atau yang pernah dilihat atau dialami oleh murid.
       Dalam Konteks sosial pula murid boleh menyatakan peranan rekabentuk lanskap
dan hiasan dalaman dalam kehidupan iaitu jika lanskap;sebagai tempat riadah, tempat
berkumpul dan berinteraksi antara keluarga dan masyarakat.Konteks psaikologi - murid
dapat menyatakan peranan rekabentuk lanskap atau hiasan dalaman yang dapat memberi
keselesaan dan ketenangan jiwa.
Apakah yang dimaksudkan dengan kontekstual dan apalah pula keistimewaan kaedah
kontekstual? Kontekstual jika diambil daripada ayat asalnya dalam Bahasa Inggeris (asal
bahasa Latin con = with + textum = woven) bermaksud mengikut konteks atau dalam
konteks. Konteks pula membawa maksud keadaan, situasi dan kejadian. Secara umum,
kontekstual membawa pengertian:




                                           5
    1. Yang berkenaan, releven, ada hubungan atau kaitan langsung, mengikut konteks.
    2. Yang membawa maksud, makna dan kepentingan (meaningful).

        Oleh itu, kaedah kontekstual iaitu kaedah yang dibentuk berasaskan maksud
kontekstual itu sendiri, seharusnya mampu membawa pelajar ke matlamat pembelajaran
isi dan konsep yang berkenaan atau releven bagi mereka, dan juga memberi makna dalam
kehidupan seharian mereka. Kebanyakan pelajar di sekolah tidak mampu membuat kaitan
antara apa yang mereka pelajari dengan bagaimana pengetahuan itu dapat dimanfaatkan.
Ini berlaku oleh sebab cara mereka memproses maklumat dan perasaan motivasi untuk
pelajar tidak tersentuh melalui kaedah pengajaran yang lazim digunakan (iaitu kaedah
syarahan yang abstrak), namun mereka amat perlu memahami konsep itu untuk
memudahkan mereka mengaitkannya dengan suasana dan juga dalam menempuh
kehidupan masyarakat di mana tempat mereka menjalani kehidupan dan bekerja. Secara
lazimnya, pelajar dijangkakan mampu membuat kaitan ini dengan sendiri apabila berada
di luar bilik darjah.

        Pendekatan kontekstual menyedari hakikat bahawa pembelajaran ialah satu proses
pelbagai bentuk yang kompleks yang menjangkau melepasi kaedah-kaedah jenis latih
tubi dan rangsangan dan tindak balas. Menurut teori pembelajaran kontekstual,
pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar memproses maklumat atau ilmu pengetahuan
baru dengan cara tertentu sehingga ia membawa maksud atau makna kepada mereka
dalam kerangka rujukan mereka sendiri (dunia dalaman bagi memori, pengalaman dan
tindak balas mereka sendiri). pendekatan pembelajaran dan pengajaran seperti ini
mengandaikan minda akan mencari maksud dalam konteks dengan cara semula jadi, iaitu
berkait dengan persekitaran semasa seseorang itu. Ini berlaku dengan cara pencarian
hubungan yang diterima akal dan kelihatan bermakna. terbentuk daripada pemahaman
ini, teori pembelajaran kontekstual tertumpu pada aspek pelbagai bagi mana-mana
persekitaran pembelajaran, sama ada dalam bilik darjah, dalam makmal, dalam makmal
komputer, tampat atau lokasi kerja, atau di ladang tanaman. Ia menggalakkan pendidik
memilih dan/atau membina persekitaran pembelajaran yang menggabungkan seberapa
banyak bentuk pengalaman yang boleh termasuk aspek sosial, fizikal, psikologikal, ke
arah mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan.

                                          6
       Pengajaran-pembelajaran kontekstual merupakan satu konsepsi pengajaran dan
pembelajaran yang membantu guru mengaitkan bahan subjek yang dipelajari dengan
situasi dunia sebenar dan memotivasikan pelajar untuk membuat perkaitan antara
pengetahuan dengan aplikasinya dalam kehidupan harian mereka sebagai ahli keluarga,
warga masyarakat dan pekerja.

2.2 Kepentingan Pembelajaran Kontekstual


Mengapa perlu pengajaran-pembelajaran kontekstual Penting

       Merujuk jadual yang diberikan di bawah, kita dapat melihat perbandingan antara
cara pengajaran yang tidak menggalakkan pembelajaran secara berkesan tradisional dan
kaedah kontekstual. Cara tradisional tidak menggalakkan pembelajaran sains yang
mampu membina minda pelajar ke arah pemikiran saintifik seperti mana yang dirasakan
amat perlu dikuasai setiap pelajar bagi membolehkan mereka menghayati sains sebagai
budaya kehidupan seharian.

Jadual: Perbandingan antara pengajaran tradisional dan kaedah pengajaran pembelajaran
kontekstual


Pengajaran                                 Pengajaran
Tradisional                                Kontekstual
Bergantung pada                            Bergantung pada memori
Penghafazan                                spatial (ruang)
Lazimnya tertumpu pada                     Lazimnya
satu subjek tertentu                       mengintegrasikan pelbagai subjek
Nilai maklumat                             Nilai maklumat
ditentukan oleh guru                       diasaskan pada keperluan perseorangan
Melengkapkan pelajar dengan cara sogokan Mengaitkan maklumat dengan pengetahuan
maklumat apabila diperlukan              dan pengalaman sedia ada
Penilaian     pembelajaran    semata-mata
                                          Penilaian yang tulen melalui ketetapan
berasaskan tujuan akademik secara formal
                                          praktikal atau penyelesaian masalah realistic
seperti peperiksaan dan ujian




                                          7
           Terdapat beberapa aspek kelebihan kaedah kontekstual seperti yang dipaparkan
dalam jadual di atas yang harus dapat diambil kesempatan oleh guru apabila merancang
dan memikirkan cara yang efektif menyampaikan konsep yang ingin diajarnya. Kaedah
kontekstual lebih tertumpu pada usaha guru sebagai pembimbing (fasilitator) yang
membimbing pelajar ke arah membentuk daya fikrah yang mantap pada diri pelajar
melalui aktiviti-aktiviti pengajaran-pembelajaran yang lebih berfokuskan penglibatan
mereka dan pembentukan sahsiah mereka sebagai seorang yang menghayati dan
menunjukkan apresiasi terhadap sains atas sebab kesignifikanan sains itu dalam
kehidupan mereka dan bukan disebabkan satu objek yang dipelajari dan perlu lulus dalam
peperiksaan semata-mata.

           Kaedah kontekstual yang telah dipekenalkan oleh Center for Research and
Development (CORDF), Amerika Syarikat, berupaya membuka minda bagi pengajaran
sains melalui penggunaan konsep sains dalam kehidupan seharian, sama ada dalam
keadaan biasa atau dalam suasana kerja. Kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa
pembelajaran di kalangan pelajar lebih berkesan serta dapat membantu pelajar melihat
corak dan berupaya membanyakkan aplikasi sebenar terutama dalam alam pekerjaan.
Dalam konteks ini, kajian tersebut menunjukkan terdapat pertalian nyata konsep dan alam
pekerjaan. Dapat dirumuskan bahawa pengajaran dan pembelajaran menuju ke arah
aplikasi dalam alam pekerjaan akan dapat memotivasikan pelajar dengan cara yang lebih
efektif.

2.3 Proses REACT
           Takrif kaedah pembelajaran kontekstual diberikan seperti berikut:``Proses
pembelajaran yang merangkumkan contoh yang diterbitkan daripada pengalaman harian
dalam kehidupan peribadi masyarakat serta profesion dan menyajikan aplikasi hands-on
yang konkrit (nyata) tentang bahan yang akan dipelajari.''
Secara ringkasnya, kaedah kontekstual dilaksanakan dengan mengambil kira kelima-lima
aspek yang terkandung di dalamnya. Singkatan yang terbentuk daripada bahasa Inggeris
iaitu REACT akan memudahkan kita mengingat ke lima-lima aspek yang menjadi asas
pelaksanaan kaedah kontekstual:



                                             8
                                             Menghubungkaitkan         pengalaman     harian
R – RELATE
                                             dengan konsep yang dipelajari

                                             Mengalami kejadian atau fenomena sains
E – EXPERIENCE
                                             itu secara langsung atau terus

                                             Mengaplikasikan konsep yang dipelajari
A – APPLY                                    dalam kehidupan seharian dan                dalam
                                             konteks kerjaya/profesion

                                             Penguasaan ilmu        melalui    aktiviti    dan
C – COOPERATIVE
                                             pengalaman bekerja bersama

                                             memindahkan ilmu yang dipelajari dalam
                                             situasi     lain   yang      berkaitan        dan
T – TRANSFER
                                             berkenaanKBSB      -    Kritis,   kreatif     dan
                                             Reflektif


       Prinsip REACT ini amat penting untuk difahami guru dalam melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual. Menurut Noor Azizah (2002), elemen
menghubungkait iaitu „Relating‟ bermakna mempelajari sesuatu dalam konteks
pengalaman hidup. Kurikulum yang cuba menempatkan pembelajaran dalam konteks
pengalaman hidup mesti menumpukan perhatian pelajar kepada taakulan, peristiwa dan
keadaan harian. Kemudiannya taakulan, peristiwa dan keadaan harian itu dikaitkan
dengan maklumat baru untuk menyelesaikan sesuatu masalah (Noor Azizah, 2002).
Pelajar juga perlu digalakkan dan dibimbing untuk mengaitkan pengetahuan sedia ada
dengan apa yang dipelajari atau yang akan dipelajari.
       Selain itu elemen mengalami atau „Experiencing‟ pula merujuk kepada
pembelajaran secara aktif iaitu pelajar sendiri yang mengalami atau membentuk
pengalaman mereka. Prinsip ini penting untuk membolehkan pelajar meneroka dan
menemukan pengetahuan dengan sendiri dan dapat membuat perkaitan melalui
pengalaman yang dialami. Walaupun pelajar-pelajar boleh dimotivasikan dengan strategi
pengajaran dan pembelajaran seperti video, aktiviti berasaskan teks dan lain-lain, tapi



                                            9
bentuk ini masih merupakan bentuk pembelajaran yang pasif secara bandingan (Noor
Azizah, 2002).
       Unsur ketiga dalam prinsip REACT ialah aplikasi atau „Applying‟. Aplikasi selalu
berdasarkan kepada aktiviti pekerjaan dalam pembelajaran secara kontekstual (Noor
Azizah, 2002). Guru harus memastikan setiap pelajar dapat melihat adanya perkaitan
antara apa yang dipelajari dalam kelas dengan dunia luar. Menurutnya lagi, sekolah boleh
melakukan aktiviti seperti dalam teks, video, makmal, amali, lawatan kilang, 'mentoring'
dan latihan kerja.
       Manakala elemen seterusnya ialah „Cooperating‟ iaitu bekerjasama. Pengalaman
bekerjasama bukan sahaja membantu kebanyakan pelajar mempelajari bahan pengajian,
malah ia juga konsisten dengan fokus dunia tentang pengajaran kontekstual (Tan, 2003).
Melaluinya, selain daripada pelajar mendapat pengetahuan, mereka juga dapat belajar
untuk „cope‟ dengan pelbagai situasi seperti pembahagian tugas, kawalan emosi semasa
perbincangan, semasa membentang dan seumpamanya. Kemahiran interpersonal yang
merupakan salah satu daripada kecerdasan pelbagai juga dapat digilap. Sekaligus, potensi
pelajar dapat diperkembang dengan lebih menyeluruh merangkumi pelbagai aspek.
       Seterusnya yang terakhir sekali, elemen „Transfering‟ iaitu memindahkan. Secara
lazimnya, kebanyakan pelajar menghadapi situasi pembelajaran yang baru tanpa sebarang
kaitan dengan pengetahuan yang sedia ada. Jadi, pemindahan pembelajaran yang lepas
adalah penting dan bagi menggalakkan pemindahan ini, tindak balas dari pelajar adalah
mustahak (Noor Azizah, 2002). Menurut Ng (1999) dalam Tan (2003), pendekatan ini
menyerupai aspek menghubung kait iaitu ia berasaskan perkara-perkara yang lazim dan
diketahui. Secara tradisinya, kebanyakan pelajar menghadapi situasi pembelajaran yang
baru tanpa sebarang kaitan dengan pengetahuan sedia adanya. Guru boleh membantu
meningkatkan semangat dan keyakinan pelajar dengan menyediakan titian yang dapat
menghubungkan pengalaman pembelajaran baru dengan apa yang telah diketahui oleh
pelajar iaitu melalui proses pemindahan.
       Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), elemen „Transfering‟
melibatkan pelajar belajar dalam konteks pengetahuan sedia ada. Mereka akan
memindahkan pengetahuan tersebut samada menggunakan ataupun membina daripada
apa yang diketahui. Contohnya pelajar menggunakan Teorem Pythogoras untuk membuat

                                           10
sudut tegak gelanggang permainan. Aktiviti seperti pertandingan rekacipta umpamanya
dapat memupuk elemen ini kepada pelajar apabila pelajar menggunakan konsep atau
pengetahuan mereka untuk mencipta ciptaan baru mahupun memperelok benda yang
sudah ada.Rumusannya pendekatan pengajaran-pembelajaran kontekstual menekankan
pada strategi berikut:

1. Menekankan penyelesaian masalah

2. Menyedari perlunya pengajaran dan pembelajaran itu berlaku dalam konteks yang
pelbagai seperti di rumah, dalam persekitaran tempatan (masyarakat) dan di tempat kerja;

3. Mendidik pelajar mengawal dan menghalakan pembelajaran mereka sendiri supaya
mereka menjadi pelajar sua-kawal (self-regulated);

4. Menggalakkan pelajar belajar antara satu sama lain dan secara bersama; dan

5. Menggunakan kaedah penilaian yang tulen.

2.4 Contoh Lembaran Kerja




                                          11
3.0 KEMAHIRAN BERFIKIR
       Edward de Bono dalam buku beliau yang berjudul „I am Right You Are Wrong‟
(1990) mendefinisikan Berfikir sebagai satu proses yang kompleks yang berlaku dalam
minda seseorang apabila orang itu menerokai pengalamannya secara terperinci untuk
mencapai sesuatu tujuan. Tujuan yang dimaksudkan itu mungkin untuk pemahaman,
memberi makna sesuatu, menilai sesuatu, membuat keputusan atau menyelesaikan
masalah. Kemahiran berfikir dalam konteks kajian ini ialah usaha guru dalam
mewujudkan kemahiran meningkatkan operasi minda pelajar-pelajar untuk mencapai
hasil yang maksimum daripada pemikiran itu. Berdasarkan model yang dikemukakan
oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) dan Bahagian Pendidikan Guru (BPG),
Kemahiran Berfikir mengandungi komponen-komponen berikut:
(a) Pemikiran kritis
(b) Pemikiran kreatif
(c) Menyelesaikan masalah
(d) Membuat keputusan
(e) Kemahiran belajar
Kemahiran Berfikir yang dikenal pasti untuk diberi penekanan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran, menurut Kementerian Pendidikan Malaysia adalah seperti berikut:
(a) membanding dan membeza;
(b) membuat ramalan;
(c) menerangkan sebab;
(d) mengkategori;
(e) mencetuskan idea;
(f) menentukan sumber yang dipercayai
(g) menghasilkan metafora;
(h) menghasilkan analogi;
(i) mengusul periksa andaian;
(j) menentukan bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan;
(k) membuat inferens;
(l) membuat keputusan;
(m) menyelesaikan masalah.

                                         12
Definisi Pemikiran Dan Berfikir
       Pemikiran (thinking) telah mula dikaji sejak zaman Plato dan Aristotle.
Sebagaimana Aristotle mengatakan bahawa manusia mempunyai banyak persamaan
dengan haiwan. Ciri yang membezakan manusia daripada haiwan lain ialah rasionaliti,
iaitu keupayaan berfikir. Pada abad ke sembilan belas, pemikiran difinisikan sebagai satu
rangkaian idea yang berasosiasi. Difinisi ini dapat menerangkan beberapa jenis
pemikiran, tapi tidak semua. Dewey, 1921, mengemukakan tesis bahawa aktiviti berfikir
ialah daya usaha reorganisasi pengalaman dan tingkah laku yang dilaksanakan secara
sengaja.
       Definisi pemikiran yang paling berpengaruh hingga hari ini ialah oleh Dewey,
1933, dimana beliau melihat pemikiran sebagai perilaku menyelesaikan masalah. Konsep
Dewey tentang pemikiran menekankan kemungkinan manusia mula berfikir sebagai daya
usaha untuk menyesuaikan diri kepada persekitaan yang sukar. Menurut Mayer pula,
pemikiran melibatkan pengelolaan operasi-operasi mental tertentu yang berlaku dalam
minda atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan untuk menyelesai masalah. Fraenkel
pula berkata, pemikiran adalah pembentukan ide-ide, pembentukan semula pengalaman
dan penyusunan maklumat-maklumat dalam bentuk tertentu.
       Menurut Chaffee pula, pemikiran merupakan proses luar biasa yang digunakan
dalam membuat keputusan dan menyelesai maalah. Pemikiran manusia telah berkembang
sebagai alat untuk mengawal dan menguasai persekitaran yang sukar. Konsep beliau itu
menyebabkan pakar-pakar psikologi memberi tekanan yang berlebihan kepada pemikiran
adaptif dan praktikal. Eksperimen-eksperimen yang mereka buat sentiasa melibatkan para
subjek yang berfikir dengan berhempas pulas. Dalam pengajaran ketiga-tiga kategori
dibawah ini harus kita lihat secara menyeluruh.
       1. Kemahiran berfikir secara kreatif.
       2. Kemahiran berfikir secara kritis.
       3. Kemahiran befikir secara analisis.




                                              13
Kepentingan Kemahiran Berfikir
       Kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran dapat memperaktikkan
Kemahiran Berfikir dan Strategi Berfikir (KBSB). Kemahiran ini memerlukan strategi
penerapan mengikut mata pelajaran yang telah ditentukan dalam kurikulum. Pelbagai
pengubahsuaian dan pembaharuan harus dilakukan dalam proses pembelajaran dan
pengajaran agar dapat melahirkan pembelajaran berfikir. Salah satu strategi yang
membantu untuk mengmbangkan minda pelajar ialah para guru menerapkan KBSB
dalam pengajaran dan pembelajaran.
Kepentingan kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah
seperti berikut:
1.Melatih untuk berfikir secara kritis dan kreatif bagi memastikan sebarang keputusan
dan penyelesaian masalah dapat dilakukan dengan afektif.
2.Kesilapan-kesilapan berfikir yang sempit tidak sistematik dan bercelaru dapat diatasi
dengan mudah.
3.Mempraktikkan kemahiran berfikir dan pengalaman serta pengetahuan yang sedia ada
samada di sekolah atau di tempat lain.
4.Meningkatkan aspek kognitif dan efektif, dan seterusnya perkembangan intelek mereka.
5.Ciptaan yang kreatif, efektif dan inovatif boleh dihasilkan disamping idea yang bernas.
6.Selain daripada itu, kemahiran ini dapat juga membantu pelajar dalam membentuk
keyakinan diri, berani melontarkan pendapat dan hujah serta membantu pelajar untuk
memberi pandangan yang lebih kritis dan kreatif.




                                           14
Model Kemahiran Berfikir
Model kemahiran berfikir terdapat dua prinsip iaitu:
1-Disusun berdasarkan keperluan prasyarat.
2.Disusun berdasarkan urutan dari mudah ke kompleks.




                                Kemahiran Berfikir



      Kemahiran Kritis                                              Kemahiran Kreatif




                                           Kemahiran Berfikir
                                                                   Menjanakan idea
     Mencirikan                                                   Menghubungkaitkan
     Membandingkan & membezakan                                   Membuat inferans
     Mengumpul & Mengkelaskan                                     Meramalkan
     Membuat Urutan                                               Membuat hipotesis
     Menyusun mengikut keutamaan                                  Mensintesiskan
     Menganalisis                                                 Mengitlak
     Mengesan kecondongan                                         Membuat ganbaran mental
     Menilai                                                      Menganalogikal
     Membuat kesimpulan                                           Mereka cipta




                                    Kemahiran Berfikir


                               Mengkongsepsikan
                               Menyelesaikan masalah
                               Membuat keputusan




                   Rajah 2 : Model Kemahiran Berfikir




                                     15
Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif

       Kemahiran berfikir kritis dan kreatif dianggap sebagai operasi mental aras tinggi.
Maier(1937) menunjukkan perbezaan di antara pemikiran aras tinggi dan pemikiran aras
rendah. Beliau     menganggap pemikiran aras rendah sebagai perlakuan yang telah
dipelajari atau pemikiran reproduktif. Contohnya, menghafal sifir melalui proses
latihtubi.Newman(1990) pula menganggap pemikiran aras rendah sebagai pemikiran
yangmenyenarai informasi yang dihafal, menyelitkan angka ke dalam rumus yang telah
dihafal terlebih dahulu.
       Pemikiran aras tinggi melibatkan penaakulan, iaitu menghasilkan sesuatu yang
baru. Contoh, seorang pelajar yang telah menghafal boleh mengaplikasi rumus bagi
keluasan segiempat tepat; sekiranya dikemukakan dengan masalah untuk mendapatkan
keluasan bagi segiempat selari, Pelajar itu perlu membuat beberapa operasi mental untuk
mengubah segiempat selari kepada segiempat tepat yang sama luasnya serta „menemui‟
rumus baru. Pemikiran aras tinggi membolehkan pelajar menginterpretasi, menganalisis
serta memanipulasi maklumat. Pemikiran aras tinggi juga adalah relatif iaitu berdasarkan
kepada pengalaman pelajar dan ciri-ciri tugasan yang diberi.

                      KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN
                      KREATIF



        KRITIS:                                         KREATIF:

          Membanding dan membeza                        Menjana dan
          Membuat kategori                              menghasilkan idea
          Meneliti bahagian-bahagian                    Mencipta metafora
          kecil dan keseluruhan                           Mencipta analogi
          Menerangkan sebab                             Mencipta definisi
          Menyusun mengikut urutan
          Mengusul periksa andaian
          Membuat inferens
          Membuat ramalan




                            Membuat Keputusan dan Menyelesaikan
                            Masalah     16
3.1 Kemahiran Berfikir Kritis Dan Kepentingannya

Pemikir kritikal ialah orang yang berfikir secara reaktif. Dia pandai mengemukakan
kritikan-krikan tajam dan membuat penilaian yang perseptif. Budaya intelektual kita
secara tradisional mengagungkan kepintaran kritikal, bukan kepintaran kreatif.
 The first key to wisdom is constant questioning
 .. By doubting we are led to enquiry, and by questioning we discern the truth
 Peter Abelard (1079-1142)
       Istilah pemikiran kritis (critical thinking) kadangkala disalah tafsir sebagai satu
aktiviti semata-mata „mengkritik‟ iaitu, mencaci, mencari kelemahan, menyalahkan dan
sebagainya. Definisi ini adalah tidak tepat sama sekali. Perkataan “critical” dalam bahasa
Inggeris   berasal   daripada    perkataan    kritikos   yang    bererti   menyoal     untuk
mempertingkatkan pemahaman. Pemikiran kritikal ini merupakan satu proses pemikiran
yang logik, waras, dan reflektif yang memberi fokus kepada sesuatu tindakan yang perlu
diambil sama ada menerima atau melakukan sesuatu. Pemikiran kritikal ini, melibatkan
perlakuan (disposition) dan kebolehan (abilities) individu.
       Dewey (1933) menyifatkan pemikiran kritis sebagai pemikiran reflektif‟, iaitu
memikir dengan mendalam dan memberi pertimbangan yang serius tentang sesuatu.
Menurut Taksonomi Bloom (1956), pemikiran kritis melibatkan tiga jenis aktiviti mental,
iaitu analisis, sintesis dan penilaian. Pada peringkat yang telah ditetapkan ataupun kriteria
yang ditentukan oleh individu berkenaan. Kebolehan menilai ialah asas kepada pemikiran
kritis; iaitu menilai idea, bukti cadangan, tindakan dan penyelesaian. Pelajar yang berfikir
dengan kritis membuat penilaian sama ada hendak menerima sesuatu alasan itu sebagai
munasabah; menggunakan kriteria atau nilai tara yang dipersetujui untuk menilai alasan
berkenaan, menggunakan pelbagai strategi penaakulan dalam perlaksanaan kriteria atau
standard tersebut; dan mencari maklumat yang boleh dipercayai sebagai bukti yang
menyokong keputusan yang dibuat.
Dalam proses pemikiran kritikal ini, pelajar perlu memahirkan diri mereka dalam
beberapa aspek, diantara kemahiran yang diperlukan ialah:




                                             17
      mahir dalam menyatakan sesuatu kenyataan dengan jelas.
      berkemahiran untuk mencari jawapan kepada sesuatu persoalan.
      sentiasa mencari maklumat dengan menggunakan bahan-bahan rujukan.
      mengambil kira semua perkara dalam sesuatu situasi.
      menumpukan kepada beberapa isi-isi penting.
      mencari pilihan-pilihan atau alternatif lain jika ada.
      fikiran terbuka (open minded).
      sensitif kepada pemikiran dan tindak-tanduk orang lain.

Kemahiran berfikir kritis ialah kebolehan untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea
dalam pemikiran Kritis, proses mentaksir sesuatu idea adalah berdasarkan bukti..
Senarai Kemahiran Berfikir Secara Kritis:
1.membanding dan membeza
2.membuat kategori
3.meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan. menerangkan sebab.
4.membuat sekuen / urutan.
5.menentukan sumber yang dipercayai
6. membuat ramalan,mengusul periksa andaian
7. membuat inferens
Kepentingan Kemahiran Berfikiran Kritis.

Antara kepentingan KBK digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk
membolehkan pelajar:

1.mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah dengan bijak

2.mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik
sama ada di dalam atau di luar sekolah

3.menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif

4.mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru, kabur dan sempit

5.meningkatkan aspek kognitif dan afektif, dan seterusnya perkembangan intelek mereka

6.bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat, membina keyakinan diri
untuk memberi hujah, membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti, serta berani
memberi pandangan dan kritik.

                                           18
3.1.1 Tiga Proses Dalam Kemahiran Berfikiran Kritis.

i-Proses mencirikaan
Proses ini adalah proses mengenal pasti ciri, kualiti, sifat serta unsur objek atau konsep.
Kemahiran ini adalah penting untuk memberi definisi kepada konsep atau objek dan
konsep atau objek yang mempunyai persamaan dikenali.
                      Contoh Mencirikan.
                      Tuliskan ciri-ciri yang terdapat pada objek di bawah ini.




                                Rajah 3 : Seekor harimau
               -   Alat berfikir iaitu Rajah Pancaran digunakan untuk proses perincian
                   dilakukan kepada haiwan di atas.
               -   Bulatan dilukis
               -   Tajuk untuk konsep atau item dilukis ditengah-tengah bulatan.
               -   Garisan yang memancar keluar dari bulatan di lukis disekeliling
                   bulatan.
               -   Pada setiap hujung garisan yang memancar itu dilukis ciri yang wujud
                   kepada konsep dan objek.
               -   Kemudian proses ini diulangi untuk ciri yang lain.




                                            19
                                      Berbulu




           Bermisai                                              Berekor
           a
                                      Haiwan




                Berkaki empat                       Badan berbelang

Rajah 4 : Ciri-ciri seekor harimau
                 a                                  a
ii-Proses Perbandingan
Proses ini adalah untuk mencari persamaan dan perbezaan ciri, kualiti, sifat serta unsur
objek atau konsep. Kemhiran ini adalah penting untuk :
                      o Apabila terdapat banyak ciri atau kebarangkalian.
                      o Untuk membuat perbandingan.


                   Contoh Membanding.
                   Perbezaan antara beberapa helaian daun dilukis dengan menggunakan
                   gambar rajah Venn di bawah.




                                          20
                        -   Kasar                                -   Licin

                        -   Keras                                -   Lembut

                        -   Lebar                                -   Panjang

                        -   Hijau                                -   Hijau

                        -   Leper                                -   Leper


                  Rajah 4 : Venn (a)
                       Jika terdapat persamaan gambarajah Venn di bawah dilukis :



                            Kasar                      Licin

                            Keras         Leper        Lembut
                                          Hijau
                            lebar                      panjang




                            Rajah 5 : Venn (b)

iii-Proses Meneliti Bahagian-Bahagian Kecil dan Keseluruhan
Kemahiran ini dapatmembantu kita melihat dengan jelas bahagian-bahagian kecil dalam
suatu benda atau organisme atau sistem serta fungsinya dan kaitan bahagian-bahagian
kecil itu dengan keseluruhahan. Setiap bahagian kecil memberi sumbangan kepada
keseluruhan dan bagaimana setiap bahagian itu berfungsi, maka ia akan membantu kita
memahami dengan lebih jelas akan dunia di sekeliling kita.




                                          21
3.2 Kemahiran Berfikir Kreatif Dan Kepentingannya

       Menurut Dr. Edward de Bono, pemikiran kreatif termasuk di dalam pemikiran
paralel. Pemikiran lateral termasuk di dalam pemikiran kreatif. Pemikiran paralel bukan
setakat pemikiran kreatif sahaja. Idea-idea yang difikirkan secara paralel tidak semestinya
idea-idea kreatif. Ada banyak kaedah kaedah berfikir untuk menerbitkan idea-idea baru.
Pemikiran lateral ialah kaedah yang dicipta oleh Dr. Edward de Bono untuk menerbit
idea-idea kreatif dengan menggunakan teknik-teknik formal. Jadi, pemikiran lateral
adalah termasuk di dalam pemikiran kreatif.


       Imagination is more important than knowledge. For knowledge is limited,
       whereas imagination embrances the entire world. (Albert Einstein)


       Pemikiran kreatif adalah kebolehah individu-individu mengeluarkan idea-idea
untuk mencapai sesuatu, pemikiran yang menghasilkan produk-produk yang kreatif.
Penduduk di Malaysia ini adalah kreatif, cuma yang berbeza ialah sejauh manakah
individu itu berjaya memperkembangkan potensi kreativitinya. Sesetengah individu
berjaya menunjukkan kreativitinya manakala individu lain menyimpannya sebagai bakat
terpendam. Seperti mana disarankan oleh Hilgard (1960);


       The capacity to create useful or beautiful products and to find ways of resolving
       perplexity is not limited to the highly gifted person, but is the birthright of every
       person of average talent (h:62)


       Juga kreativitinya tidak hanya bertumpu kepada kemahiran menghasilkan sajak
(seperti Omar Khayam, Usman Awang, Tagore atau John Keats), lukisan (seperti
Leonardo Da Vinci atau Latif Mohiden) dan muzik (seperti Mozart, Ravi Shanker atau P.
Ramlee. Ini merupakan konsepsi-konsepsi lazim tentang orang yang kreatif. Sepanjang
hayat, kita dididik supaya berfikir secara logikal, sistematik dan objektif. Kita kurang
digalakkan menggunakan intuisi dan imaginasi dan ini sedikit sebanyak menghalang kita




                                            22
menjadi kreatif. Seperti mana diusik oleh Socrates, “Sesuatu yang digunakan menjadi
kuat dan berkembang manakala sesuatu yang tidak digunakan akan layu dan mati”.
       Pemikiran kreatif dikaitkan dengan pemikiran yang asli dan kewujudan idea-iea
baru. Lazimnya, pemikiran kreatif melibatkan penghasilan sesuatu seperti lukisan, sajak,
teori asintifik, jenis perniagaan baru, iklan baru, iklan yang inovatif, jenaka yang luar
biasa dan sebagainya. Pemikiran kreatif juga melibatkan keberanian mencabar strategi
yang lazimnya digunakan, iaitu berkebolehan melihat sesuatu situasi daripada sudut yang
berlainan.
Hasil itu mungkin merupakan sesuatu keputusan, sesuatu kesimpulan, pembentukan
hipotesis atau sesuatu seperti lukisan, sajak atau kaedah melakukan sesuatu (lihat rajah di
bawah). Dengan lain perkataan kreativiti mestilah merupakan suatu hasil. Kreativiti
wujud hasil daripada pelaburan masa, penyediaan atau ketekunan. Ini adalah
bertentangan     dengan   setengah-setengah      pendapat   yang   mengatakan      kreativiti
memerlukan ketekunan kerja dan pemikiran bertumpu.
       Kreativiti memerlukan konsentrasi dan keazaman yang kuat, desikasi dan disiplin
kendiri Ini berlainan dengan pandangan sesetengah orang yang mengatakan kreativiti
wujud daripada inspirasi tanpa usaha atau dengan spontan tanpa pemikiran yang lama dan
usaha kepada sesuatu yang dianggap oleh orang lain sebagai tidak berhasil atau
berfaedah. Selain usaha dan masa, individu kreatif berani mengambil risiko mencapai
matlamat mereka dan menolak alternatif-alternatif yang ternyata kerana mereka ingin
mencari yang lain dan luar biasa. Mereka tidak puas jika sesuatu itu hanya „lebih kurang‟,
tetapi sentiasa ingin mencari sesuatu yang lebih sempurna, lebih efisien, dapat
menjimatkan sedikit masa atau dapat berjalan dengan lebih baik.
Aspek-aspek tentang kreativiti:
            perlu daya uasaha dan perancangan
            sentiasa berusaha dan mengambil risiko supaya mencapai kearah yang lebih
             baik.
            membuat penilaian secara luaran.
            membentuk semula idea-idea - mengguna model, analogi, dll.
            boleh ditingkakan sekiranya seseorang itu berhenti memikirkan secara inensif
             tentang sesuatu supaya pemikiranyang tidak terganggu boleh berlaku.

                                            23
Bagi menjanakan idea-idea baru, pemikiran kreatif adalah amat sesuai. Pelajar yang
berfikiran kreatif, biasanya boleh meramalkan,menghubungkaitkan, membuat gambaran
mental,     menganalogikan, membuat       hipotesis,membuat    inferens,   mengitlak dan
merekacipta. Beberapa aspek tentang pemikiran kreatif perlu diambilkira iaitu idea atau
produk yang dicipta, proses mencipta, orang yang mencipta dan suasana yang kondusif
untuk pemikiran kreatif. Pemikiran kreatif membolehkan pelajar-pelajar membuat
perubahan dalam idea-idea yang lama. Nilai pemikiran kreatif terletak kepada sifatnya
yang mendorong seseorang kepada kepelbagaian dan seterusnya kepada keputusan yang
lebih berkualiti.

         Menjana idea yang asli, luar biasa dan mencabar
         Melihat perhubungan /corak /pola
         Mengaitkan
         Membuat analogi
         Mensentisis
         Merumus
         Membuat kesimpulan
         Memcipta metafora
         Membuat hipotesis,generalisasi,memberi pandangan.

Kepentingan Kemahiran Berfikir Kreatif.

          Dari   aspek   pendidikan   kemahiran    belajar    akan   mempengaruhi    cara
          pembelajarannya sama ada kepantasan serta keberkesanan pembelajarannya.
          Kajian-kajian tentang berfikir menunjukkan bahawa pelajar yang dilatih untuk
          berfikir mempunyai perkembangan positif terhadap pembelajarannya.

          Kemahiran berfikir berupaya meningkatkan penguasaan pengetahuan dan
          seterusnya meningkatkan motivasi dalam diri pelajar. Peningkatan motivasi untuk
          belajar dengan cara tidak langsung membantu kemahiran berfikir. Salah satu cara
          meningkatkan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar di sekolah ialah dengan
          mengadakan projek sains yang berunsurkan kreativiti. Penekanan terhadap daya

                                             24
        pemikiran kritis dan kreatif dalam kurikulum merupakan tindakan dan
        perkembangan yang baik. Jesteru itu, semua pihak harus mengembeling tenaga
        untuk menjana pemikiran yang kritis dan kreatif ini terhadap individu pelajar
        sejak kecil lagi.

        3.2.1 Tiga Proses Dalam Kemahiran Berfikir Kreatif.

        i-Proses Mengkonsepsi-Pengitlakan yang menuju kepada pembinaan pengertian,
        konsep dan model ciri khusus yang mempunyai ciri yang sama serta berkaitan
        antara satu sama lain. Strategi ini digunakan untuk :
        Memberi penjelasan yang lebih terang dan nyata.
                        - Penyelasaian masalah
                        - Membuat keputusan
                Kaedah strategi berfikir :
                        o Maklumat dan contoh yang mempunyai kaitan dikenal pasti.
                        o Ciri sepunya yang terdapat dalam maklumat dan contoh
                            dikenal pasti.
                        o Ciri-ciri diklasifikasikan.
                        o Konsep awal dihasilkan melalui perkaitan kelas.
                        o Maklumat daan contoh lain dikenal pasti.
                        o Konsep sebenar dihasilkan.
Kaedah Mengkonsepsi kemahiran Berfikir Kreatif           Kaedah Mengkonsepsi kemahiran
dan kritis                                               Berfikir Kreatif dan kritis
       Maklumat dan contoh yang mempunyai               - menjana idea
        kaitan dikenalpasti                              - perbandingan
       Ciri sepunya yang terdapat dalam maklumat        - pencirian
        dan contoh                                       - hubungkait
       Ciri-ciri diklasifikasikan                       - hubungkait
                                                         - klasifikasi
       Konsep awal dihasil melalui perkaitan kelas      - hubungkait
                                                         - mensintaksis


                                             25
      Maklumat dan contoh lain dikenal pasti        - menjan idea
                                                     - hubungkait
                                                     - mensintaksis
      Konsep sebenar dihasilkan                     - mensistaksis
                                                     - mengitlak


ii-Poses Penyelesaian Masalah
       Menyelesaikan masalah adalah satu proses mental untuk mengatasi halangan yang
sedang dihadapi berdasarkan tujuan tertentu. Menyelesaikan sesuatu masalah boleh
menjadi cabaran kepada seseorang. Kejayaan dalam menyelesaikan masalah akan
menimbulkan keseronokan. Kita akan bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah
sekiranya kita terdesak untuk menangani keadaan yang tidak menyenangkan.
Penyelesaian terbaik ialah penyelesaian yang telah mengambil kira kesemua kesan
akibatnya. Apabila terdapat banyak kesan negatif, maka pilihan itu hendak
dipertimbangkan semula ataupun ditolak.
Apabila anda berada dalam situasi berikut, adakah anda berfikir untuk membuat
keputusan atau menyelesaikan masalah?
Situasi 1: Berpindah ke rumah baru. Anggota keluarga sibuk mengatur pelbagai perabot.
Didapati sebuah almari pakaian tidak boleh dibawa masuk ke bilik tidur utama kerana
saiznya terlalu besar.
Situasi 2: Terperangkap di dalam lif.
Sebenarnya, kemahiran berfikir membuat keputusan berkait rapat dengan menyelesaikan
masalah.


Objektif menyelesaikan masalah:
i-Membuat penyelesaian yang terbaik
ii-Mempertimbangkan banyak pilihan untuk membolehkan kita bertindak dengan bijak
setelah memikirkan banyak pilihan dan kesan akibatnya.




                                          26
Langkah-langkah dalam menyelesaikan masalah:




Alat fikir yang sesuai digunakan untuk menyelesaikan masalah:
      Peta minda
      Pengurusan Grafik Menyelesaikan Masalah




                                         27
Pengaplikasian Dalam Pengajaran
   1. Permulaan: Perkenalkan tajuk bagi mata pelajaran yang diajar dan kemahiran
       berfikir yang dipilih dan rangsangkan perbincangan (pengurusan lisan) bagi
       menyelesaikan masalah menggunakan bahan rangsangan yang berkaitan dengan
       situasi yang memerlukan penyelesaian.
   2. Perkembangan: Perkenalkan proses penyelesaian masalah dan Pengurusan Grafik
       (PG) yang hendak digunakan. Kemukakan isu dan isikan PG.
   3. Penutup:    Merumuskan      pilihan   terbaik   yang   telah   dibincangkan   bagi
       menyelesaikan masalah berkaitan.
3.Proses Membuat Keputusan
iii-Proses Membuat Keputusan
       Membuat keputusan ialah satu proses mental di mana seseorang itu bertindak
untuk memilih satu pilihan yang terbaik daripada beberapa pilihan yang ada berdasarkan
tujuan dan kriteria tertentu. Andaikan anda sebagai ketua jabatan yang berhasrat hendak
membuat keputusan sama ada hendak memecat pekerja anda ataupun tidak. Sekiranya
anda hendak membuat keputusan yang bijak, berhikmah, dan sukar dipertikaikan, apakah
yang anda mesti lakukan?
Tentulah anda hendak mengelak daripada membuat keputusan yang merugikan. Justeru,
anda tidaklah boleh berfikir secara terburu-buru. Anda kenalah menggunakan sumber
maklumat yang berasas serta mempertimbangkan pelbagai pilihan untuk mencari pilihan
yang terbaik. Maka anda perlulah rasional, sabar, berfikir panjang, dan mendalam supaya
keputusan yang anda buat itu tekal, kekal, dan muktamad tanpa sebarang keraguan dan
kerugian.
Robin Forgarty & James Bellanca (1990) Teach Them Thinking mengkategorikan
kemahiran berfikir membuat keputusan sebagai pemikiran kritis dan mendefinisikannya
sebagai "making a choice based on reasoned judgement". Mereka memberikan kata
sinonim "decision making" dengan "judging, choosing, selecting".




                                            28
Mereka juga memberikan menu untuk menggunakan kemahiran ini berdasarkan akronim
J. U. D. G. E.
J untuk Jot down occasion for decision
U untuk Use brainstorming for alternatives
D untuk Decide on best possibilities
G untuk Gauge positive and negative outcomes
E untuk Express selection; DECIDE.
Alat fikir yang boleh digunakan untuk membantu anda membuat keputusan secara
tersusun/ sistematis ialah
1. Peta Minda
2. Pengurusan Grafik Membuat Keputusan
Pengaplikasian Dalam Pengajaran
   1. Permulaan: Perkenalkan tajuk bagi mata pelajaran yang diajar dan kemahiran
       berfikir yang dipilih dan rangsangkan perbincangan (pengurusan lisan) bagi
       memperkenalkan kemahiran membuat keputusan dengan menggunakan bahan
       rangsangan yang berkaitan dengan situasi.
   2. Perkembangan: Perkenalkan proses membuat keputusan dan Pengurusan Grafik
       (PG) yang hendak digunakan. Kemukakan isu dan isikan PG.
   3. Penutup: Merumuskan pilihan terbaik.




                                             29
4.0 Penutup.
Secara amnya, pengajaran kontekstual mampu menyajikan satu altenatif bagi guru dalam
usahanya untuk menghasilkan pembelajaran yang memberangsangkan di kalangan
pelajar. Keadaan ini boleh menjadi lebih mudah kerana setiap yang dipelajari oleh pelajar
melalui kaedah kontekstual akan menjadi lebih bermakna dalam kehidupan mereka
sekiranya dapat dimanfaatkan sebagai panduan mereka meneburi bidang kerjaya yang
paling berkesan dan yang sesuai berdasarkan minat dan kecenderungan mereka.
Pelaksanaan kontekstual perlulah aktiviti kumpulan koperatif bagi menggalakkan
pembelajaran berlaku secara maksimum. Penglibatan setiap ahli kumpulan secara aktif
melalui perkongsian pintar sumber, menyokong antara satu sama lain dan mengecapi
kejayaan bersama adalah sngat penting bagi mencapai matlamat.
       Manakala kemahiran berfikir merupakan proses penggunaan minda sama ada
untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan
keputusan atau penyelesaian masalah. Seseorang yang berfikir secara kritis akan sentiasa
menilai satu idea dengan sistematik sebelum membuat keputusan. Seseorang yang
berfikir secara kreatif pula mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan menggunakan
pelbagai pendekatan untuk menyelesaikan masalah serta mengemukakan idea inovatif
dan asli. Selain daripada itu, ia juga berupaya mengubah suai idea yang sedia ada jika
dirasakan perlu.
Kesimpulannya penggunaan kedua dua strategi ini dalam pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Kesihatan ini amat penting kerana ia dapat melahirkan pelajar yang mampu
membuat keputusan sendiri yang tepat, bersesuaian dengan keadaan semasa dan
masyarakat setempat.




                                           30
Rujukan

1.Arbak Othman (1985) "Mengajar Tatabahasa", Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala
Lumpur.

2.Ee, Ah Meng (1987) "Pedagogi Untuk Bakal Guru", Fajar Bakti, Petaling Jaya.

3.Kamarudin Husin (1988) "Pedagogi Bahasa", Longman (M), Kuala Lumpur.

4.Kaye, Barrington (1970) "Participation In Learning", George Allen & Unwin, London.

5.Kemp, Jennold E (1987) "Corak Rancangan Pengajaran - Suatu Rancangan Untuk
menggubal Unit Dan Kursus" Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur.

6.Raminah Sabran & Rahim Syam (1985) "Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia", Fajar
Bakti, Petaling Jaya.

7.Tang, Chee Yee (1988) "Panduan Latihan Mengajar", Fajar Bakti, Petaling Jaya.

8.Thompson, Brenda (1974) "Learning To Teach", Sidgwick & Jackson, London.

9.Wragg, E.C. (1974) "Teaching Teaching", Douglas David & Charles Ltd., West
Vancouver.

10.www.emoe.gov.my

11.www.ppk.my




                                         31
Contoh Lembaran Kerja Kemahiran Berfikir Kritis:
Nama: ______________________________                   Kelas: __________
Berikan nombor pada gambar di bawah mengikut urutan cara memberus gigi
yang betul




                                      32

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:933
posted:8/26/2010
language:Malay
pages:32