Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu by eeeda8994

VIEWS: 6,716 PAGES: 28

									                                        HBML 4103: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
1.0 PENGENALAN


Sejarah perkembangan Bahasa Melayu perlu di lihat dari sudut etomologi kata ‘Melayu’.
Catatan Cina menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil
bumi kepada Maharaja Cina sekitar tahun 644-645 Masihi. Istilah Melayu dapat dilihat
dari dua segi iaitu pengertian yang sempit dan pengertian yang luas. Bagi pengertian
pertama istilah ini merujuk kepada bangsa-bangsa Austronesia yang terdapat di
semenanjung Tanah Melayu dan kawasan tradisional yang disebut sebagai gugusan
kepulauan Melayu. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh para pengkaji, Bahasa
Melayu didapati tergolong dalam filum bahasa-bahasa Austris yang mempunyai tiga
rumpun utama iaitu Austroasia, Tibet-China dan Austronesia.


Bahasa Melayu telah berkembang daripada status kuno kepada moden setelah melalui
beberapa proses penyerapan daripada bahasa-bahasa Sanskrit, Arab, Cina dan Inggeris.
Bahasa Melayu Kuno merupakan keluarga bahasa Nusantara dan berkembang dari abad
ke-7 hingga abad ke-13 sebagai bahasa pentadbiran dan bahasa lingua franca.
Penuturnya terdapat di semananjung tanah Melayu, kepulauan Riau dan Sumatera.
Bahasa Melayu Kuno melalui zaman kegemilangannya semasa berada di bawah kerajaan
Sriwijaya. Pada abad ke -13 Bahasa Melayu Kuno beralih kepada Bahasa Melayu Klasik
dengan dibuktikan penemuan batu-batu bersurat seperti batu bersurat Minye Tujuh, Aceh
(1390). Bahasa Melayu klasik merupakan kesan langsung pengaruh agama Islam yang
berkembang dengan pesat bertunjangkan tulisan Jawi yang menggunakan aksara Arab.
Bahasa Melayu Klasik dikatakan mengalami zaman kegemilangannya semasa berada di
bawah Kerajaan Melaka. Bahasa Melayu Klasik mempunyai kesignifikannya tersendiri.
Bahasa ini dikatakan sebagai titik bermulanya Bahasa Melayu Moden.


Bahasa Melayu merupakan bahasa yang mempunyai bentuk yang amat sederhana dan
mudah menerima unsur asing. Sifatnya mudah dilentur buat memenuhi keperluan semasa
menjadikan Bahasa Melayu terpenting dalam sejarah bahasa-bahasa kepulauan Melayu.
Disebabkan sifat dan bentuk Bahasa Melayu yang diyatakan, maka mudahlah juga
Bahasa Melayu menerima penyerapan unsur-unsur asing seperti Arab dan bahasa
Inggeris khususnya.

                                          1
                                         HBML 4103: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
1.1 Faktor Menyebabkan Wujud Unsur Asing Dalam Bahasa Melayu

a)     Apabila lahir tamadun/ilmu baru, Bahasa Melayu terpaksa meminjam unsur
       asing untuk memberikan kefahaman kepada fenomena atau benda baru
       itu. Contohnya ketika agama Hindu mula memasuki alam Melayu banyak
       perkara baru yang berkaitan agama baru itu perlu diperjelaskan, lalu lahirlah
       pinjaman daripada Bahasa Sanskrit seperti syurga, neraka, sembahyang,
       puasa dan sebagainya. Kemudian apabila ilmu sains dan teknologi melahirkan
       benda serta ciptaan baru, Bahasa Melayu perlu meminjam perkataan
       Bahasa Inggeris seperti komputer dan televisyen.

b)    Ada juga perkataan Bahasa Melayu yang tidak menepati maksud bahasa
       asing, terutama bagi perkataan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Contohnya
       perkataan radio lebih tepat jika dibandingkan dengan tetuang udara. Juga
       perkataan riba lebih tepat berbanding bunga.

c)    Selain itu, sikap orang Melayu yang suka meniru bahasa asing juga
       menyebabkan wujud perkataan pinjaman seperti boikot (pulau), daddy
       dan mummy.




2.0 PENGARUH BAHASA INGGERIS

Sebelum Inggeris bertapak di Tanah Melayu, Bahasa Melayu menjadi satu-satunya
bahasa perantaraan bagi penduduk Negara ini. Bahasa Melayu mencapai kedududkan
yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan dan bahasa
pengantar di pusat pendidikan Islam.

Pengaruh bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu merupakan pengaruh paling ketara dan
paling meluas masa kini, dan lazimnya perkataan Inggeris dipinjam ke dalam bahasa
Melayu apabila tiada perkataan tempatan untuk menggambarkan situasi baru yang
memanggil satu panggilan khusus merujuk kepadanya. Contohnya perkataan sebegini
adalah konotasi(connoctation), kompromi(compromise) dan siri (series).            Tetapi


                                           2
                                                    HBML 4103: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
kebingungan dan bantahan sering timbul apabila perkataan Inggeris yang diterima masuk
ke dalam Bahasa Melayu terlalu banyak sehinggakan ada yang bertindak sebagai
pengganti perkataan yang telah wujud.

Selain    daripada       itu,     terdapat     perkataan        yang      baru      dibawa           masuk        ke
dalam    bahasa      Melayu       dan      sering     digunakan       untuk      menyatakan            khususnya
konsep    moden         dan     istilah    sains    dan      teknologi     tetapi       ia     tidak     berumbi
dalam    masyarakat           Malaysia.      Kumpulan         itu   mengandungi               perkataan         yang
dipinjam dari bahasa Inggeris dan Belanda.Terutamanya perkataan Bahasa Inggeris
digunakan dalam istilah akademik dan sains yang diambil dari Eropah dan bilangannya
masih bertambah dengan pesatdalam bidang tersebut. Ini adalah kerana banyak istilah
bidang sains dan teknologi disebarkan oleh media massa bahasa Inggeris ke seluruh
dunia pada masa ini.            Contoh-contoh perkataan yang lahir dari pengaruh Inggeris
terhadap bidang Sains, Matematik dan Teknologi ialah:




Sains                                Matematik                                 Teknologi


   1. Atom                                 1. lejar                               1. logistik


   2. karbon                                2. logik                              2. enjin


   3. fosil                                 3.aljebra                             3.automatik




Melihatkan        itu,istilah        bahasa         Inggeris        agaknya          akan            menduduki
sebahagian      besar     dalam      kata     pinjaman        dalam      bahasa      Melayu            tetapi    ini
tidak    akan     berlaku       kerana       perkataan       tersebut     diterima           untuk      menunjuk
konsep baru, istilah sains dan bidang popular, oleh sebab itu agaknyaia mudah
dihapuskan        apabila        perkara       yang         lebih       baru      dan         maju        muncul
dan diambil masuk ke dalam bahasa tertentu pada masa hadapan.



                                                        3
                                             HBML 4103: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU




Dalam proses perkembangan Bahasa Melayu, banyak pengaruh daripada dunia Melayu
telah menyerap masuk khususnya Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris. Secara kasar kata
pinjaman Bahasa Inggeris dapat dikelaskan kepada dua golongan, iaitu kata-kata yang
telah meresap masuk sejak dahulu lagi. Kata-kata ini tidak dirancang pengambilannya.
Oleh itu, kata ini tidak menunjukkan ejaan yang seragam malah ada yang telah
disesuaikan dengan sebutan lidah Melayu misalnya preman, joli, buku, sekolah dan lain-
lain. Kumpulan kedua ialah kata-kata yang dirancang pengambilannya khususnya istilah.
Ejaan kata-kata ini lebih mirip kepada ejaan asal dalam Bahasa Inggeris misalnya asid,
aktiviti, diploma, kritik dan,lain-lain.


Kaedah penulisan kata pinjaman bahasa Inggeris ini mengikut pola yang telah ditentukan.
Pemilihannya tidak terbatas kepada umum sahaja tetapi juga meliputi istilah dalam
bidang khusus. Pola-pola tersebut ialah:

 a               tetap             a

 album                            album
 plastic                           plastik

 a               menjadi           e

 (bagi kata-kata yang telah lama terserap ke dalam BM)
 acre                              ekar
 agent                             ejen
 allowance                         elaun
 apple                             epal

 ai            menjadi       e

 campaign                   kempen
 mail                            mel



                                              4
                                                 HBML 4103: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
train                          tren
mosaic                       mosaik

kecuali bagi trailer tetap dieja trailer




au           tetap           au

audit           menjadi      audit
auditorium                    auditorium
autonomy                       autonomi

c (sebelum vokal a, u, o konsonan) dilafazkan sebagai (k) menjadi (k)

classic            menjadi              klasik
coat                                       kot
cocoa                                      koko
cube                                       kiub

c (sebelum e, i, dan y) yang dilafazkan sebagai (s) menjadi (s)

ceiling              menjadi          siling
cent                                   sen
circus                                 sirkus

cc       menjadi      k

account                   akaun
accordian                 akordian

ch yang dilafazkan (c)         menjadi         (c)




                                                     5
                                             HBML 4103: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
charge                                 caj
chart                                  carta
March                                  Mac

ch yang dilafazkan sebagai (k) menjadi (k)

architect     menjadi        arkitek
mechanic                      mekanik
scheme                       skema

cl          menjadi     kl

classic                 klasik
clinic                   klinik
clause                  klausa

kecuali class dan club menjadi kelas dan kelab

e           tetap        e

economy                  ekonomi
electric                 elektrik
emotion                  emosi

e (yang tidak dibunyikan) pada akhir kata digugurkan

arcade        menjadi        arked
brake                         brek
cake                             kek
case                          kes

e (yang tidak dibunyikan) pada akhir kata menjadi a




                                               6
                                          HBML 4103: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
caste             menjadi    kasta
note                             nota
scale                           skala

ea tetap ea

creative          menjadi    kreatif
gear                            gear
ideal                           ideal

ea yang dilafakan (i) menjadi i

beefsteak         menjadi   bifstik
cream                           krim
peas                            pis

kecuali sergeant menjadi sarjan

ee      menjadi      i

beer      menjadi   bir
jeep                 jip
puree                puri

ei tetap ei

atheist         menjadi     ateis
protein                         protein

kecuali receipt menjadi resit

eo tetap eo




                                           7
                                             HBML 4103: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
geometry        menjadi         geometri
neon                             neon
stereo                           stereo

eu tetap eu

neutral             menjadi     neutral
petroleum                        petroleum

kecuali amateur dan museum menjadi amatur dan muzium

ew menjadi u

pewter        menjadi           piuter
screw                            skru

kecuali stew tetap stew

f tetap f

fact           menjadi          fakta
focus                            fokus
formal                           formal

kecuali fiesta dan freeman menjadi pesta dan preman

g tetap g

gas       menjadi      gas
glass                   gelas
goal                     gol

kecuali bagi kata yang sudah lama terserap ke dalam BM seperti general,
margarine, giraffe menjadi jeneral, majerin, zirafah.

i tetap i

                                              8
                                             HBML 4103: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
individual    menjadi       individu
script                       skrip
unit                          unit

kecuali pencil menjadi pensel




i yang dilafazkan sebagai (ai) menjadi ai

file           menjadi        fail
pipe                            paip
slide                           slaid

ia tetap ia

dialect        menjadi                  dialek
piano                                    piano
radiator                                 radiator

ie tetap ie

diesel         menjadi                  diesel
oriental                                 oriental
orientation                              orientasi

kecuali bagi kata fiesta, plier dan science menjadi pesta, playar dan sains.

ie pada akhir kata menjadi i

calorie        menjadi                  kalori
coolie                                    kuli

io tetap io




                                                 9
                                           HBML 4103: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
 polio           menjadi               polio
 radio                                  radio
 studio                                 studio




iu tetap iu

aquarium       menjadi     akuarium
premium                     premium
stadium                     stadium

ng tetap ng

congress      menjadi      kongres
singlet                      singlet
dubbing                     dabing

 o tetap o

 note           menjadi     nota
 editor                      editor
 sector                      sektor

 oa menjadi o

 boat           menjadi      bot
 cocoa                        koko
 goal                        gol

 oo yang dilafazkan (u) menjadi u


                                               10
                                       HBML 4103: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
monsoon      menjadi    monsun
cartoon                      kartun
taboo                         tabu


kecuali book menjadi buku

ou yang dilafazkan (u) atau (e) menjadi u

coupon       menjadi    kupon
journal                      jurnal
soup                        sup

ou yang dilafazkan (au) menjadi au

counter      menjadi    kaunter
pound                       paun
accountant               akauntan

q menjadi k

quiz         menjadi        kuiz
squash                  skuasy
squadron                    skuadron

s tetap s

gas         menjadi    gas
stamp                   setem
salad                    salad

sc menjadi sk

scale       menjadi    skala
scope                   skop
script                  skrip

                                        11
                                           HBML 4103: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
sc dilafazkan (s) bagi science menjadi sains




sch menjadi sk

scheme        menjadi       skema
scolastic                     skolastik

kecuali school menjadi sekolah

th menjadi t

ethics         menjadi     etik
marathon                    maraton
theory                       teori

u menjadi a

bus            menjadi       bas
custom                        kastam
truck                             trak

u tetap u

cushion        menjadi      kusyen
republic                      republik
university                    universiti

u yang dilafazkan (iu) menjadi iu




                                            12
                                             HBML 4103: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
cube         menjadi      kiub
fuse                         fius
tube                         tiub

ue di akhir kata menjadi u

glue          menjadi        glu
issue                        isu

ue di akhir kata (selepas q atau g) digugurkan

antique       menjadi        antik
cheque                        cek
catalogue                     katalog

ui menjadi u

biscuit      menjadi      biskut
juice                        jus
recruit                      rekrut

v menjadi b (bagi kata-kata yang telah lama terserap ke dalam BM dan telah
mantap ejaannya)

governor        menjadi        gabenor
private                             prebet
violin                               biola

v tetap v

novel          menjadi        novel
vitamin                        vitamin
university                     universiti




                                              13
                                             HBML 4103: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
 x yang tidak terletak pada awal kata menjadi ks

 express       menjadi            ekspres
 maximum                             maksimum
 sex                                  seks

 tetapi x di awal perkataan tetap x seperti x-ray

y yang tidak terletak pada awal kata menjadi i
harmony       menjadi         harmoni
lorry                             lori

y yang dilafazkan sebagai (ai) menjadi ai

style       menjadi       stail
type                          taip
kecuali nylon menjadi nilon

z tetap z

zinc          menjadi          zink
zip                            zip

Konsonan ganda menjadi konsonan tunggal

aggresive      menjadi          agresif
battery                         bateri
lorry                          lori

Kata yang terdiri daripada suku kata ditambah a di hujungnya

 lens           menjadi           lensa
 lymph                            limpa
 pulpa                            palpa



                                              14
                                            HBML 4103: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
kecuali bag (beg), brake (brek), gas (gas), golf (golf) film (filem), plan (pelan)




KESIMPULAN


Bahasa Melayu telah mengalami evolusi sejak awal zaman hingga ke hari ini. Evolusi ini
berlaku kerana pertembungan budaya dengan bahasa-bahasa lain. Tidak ada bahasa di
dunia ini yang wujud secara homogen. Semua bahasa terpaksa melalui proses evolusi
yang mana komponennya adalah bahasa-bahasa lain. Evolusi ini berlaku dengan cara
saduran, penyerapan dan pengambilan sepenuhnya. Berkat proses evolusi ini, bahasa
Melayu mampu wujud sehingga ke hari ini dalam bentuk yang dinamis dan moden.
Bahasa Melayu tidak beku atau pupus kerana ia mampu membiak. Secara fitrah bahasa
Melayu itu dilengkapi dengan mekanisme pembiakan sehingga mampu mengharungi
peringkat-peringkat evolusi sehingga bermartabat di mata dunia sebagai satu daripada
bahasa-bahasa yang terbanyak penuturnya.
"Evolusi bahasa Melayu mencerminkan penerimaan kita dan dunia terhadap kewibawaan
bahasa Melayu - bahasa yang tidak mengalami evolusi mencerminkan bahasa yang beku
dan bakal pupus. Kewajipan kita melestarikan bahasa tercinta agar kita bertempat jangan
sampai tidak bertempat kerana pupus bahasa."




                                             15
                                        HBML 4103: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU




3.0 ZAMAN PRAMERDEKA

Semasa Jepun memerintah Tanah Melayu dari tahun 1942 hingga tahun 1945, semua
jenis sekolah dipaksa tutup kecuali sebilangan kecilnya digunakan untuk mengajar
Bahasa Jepun. Selepas kembalinya tentera British dengan pembentukan Malayan Union
pada tahun 1946, kerajaan British cuba memperkenalkan polisi baru dengan menerima
Laporan Cheeseman sebagai dasar pelaksanaannya. Bagaimanapun, rancangan itu tidak
dapat dilaksanakan kerana kerajaan pada ketika itu terlalu sibuk dengan kerja membaik
pulih sekolah yang banyak mengalami kerosakan dalam masa pemerintahan Jepun.

Pada tahun 1946, selepas pembentukan Persekutuan tanah Melayu, kerajaan British
menubuhkan Jawatan Kuasa Pusat Penasihat Pelajaran untuk mengkaji polisi pendidikan
di bawah pentadbiran baru. Jawatankuasa itu kemudian mengemukakan laporan Holgate,
bagaimanapun cadangan Jawatankuasa itu ditolak oleh majlis Perundangan Persekutuan
kerana bantahan terhadap penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar yang
tunggal bagi semua sekolah di Persekutuan.

Semasa pentadbiran British, sekolah-sekolah di Tanah Melayu dipecahkan kepada empat
aliran , iaitu Sekolah Inggeris, Sekolah Melayu, Sekolah Cina dan sekolah Tamil. Setiap
sekolah mempunyai bahasa penghantarnya sendiri dan kurikulum yang berbeza di antara
satu sama lain. Namun menjelang kemerdekaan, timbul kesedaran untuk mewujudkan
satu sistem persekolahan. Beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji
sistem persekolahan pada masa itu dan menghasilkan laporan-laporan berikut:



                                             16
                                         HBML 4103: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
     1. Laporan Barnes (1951) – menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan kaum
        Melayu;
     2. Laporan Fenn-Wu (1951) – menyemak pendidikan kaum Cina;
     3. Ordinan Pelajaran (1952) – mengesyorkan sekolah kebangsaan sebagai corak
        sistem persekolahan kebangsaan; dan
     4. Laporan Razak (1956) – meletakkan asas bagi perkembangan sistem pendidikan
        untuk memupuk perpaduan melalui Sistem Pelajaran Kebangsaan untuk semua,
        Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama serta kurikulum kebangsaan,
        sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama bagi semua sekolah.

3.1 Penyata Barnes, 1950


Pada Ogos 1950, satu jawatankuasa yang diketuai oleh L.J. Barnes ditubuhkan bagi
mengkaji masa depan sistem pendidikan di Tanah Melayu. Setelah menjalankan kajian,
satu penyata yang dikenali sebagai Penyata Barnes disediakan dan dikemukakan kepada
Kerajaan British pada tahun 1951. Laporan Barnes mencadangkan perombakan segala
sistem pendidikan dengan menubuhkan dua jenis sekolah sahaja iaitu sekolah Melayu
dan Inggeris. Penyata ini mengandungi syor-syor yang dikemukakan oleh jawatankuasa
ini. Antara syor-syor ini ialah:

a.   Sekolah vernakular digantikan dengan sekolah kebangsaan.

b. Sekolah kebangsaan dibuka kepada semua kaum dan diajar oleh guru dari pelbagai
     kaum dan keturunan.

c. Sekolah rendah – Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

     Sekolah menengah – Bahasa Inggeris menjadi bahasa pengantar.

d. Semua murid diberi pelajaran percuma di sekolah rendah selama 6 tahun.

e)   Meningkatkan kualiti guru, meningkatkan pencapaian pedagogi pelajar di maktab
     dan mencadangkan kurikulum latihan guru yang lebih bersesuaian.



                                          17
                                           HBML 4103: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
f)    Mencadangkan apa-apa sahaja untuk membaiki pentadbiran, sama ada dengan
      menubuhkan Penguasa Pendidikan Tempatan atau badan tempatan dengan fungsi
      yang sama.

Penyata ini dibantah oleh kaum Melayu, Cina dan India. Kaum Melayu membantah

kerana kedudukan Bahasa Melayu tidak diberi kedudukan yang wajar. Bagi Cina, sekolah
kebangsaan dianggap seolah-olah mengancam kebudayaan dan Bahasa Cina yang mereka
banggakan. Orang India menentang kerana permintaan mereka supaya kedudukan
sekolah Tamil dikaji telah ditolak oleh kerajaan.

3.2 Laporan Fenn-Wu (1951)

Laporan ini disediakan berikutan rasa tidak puas hati terhadap Laporan Barnes. Diketuai
oleh Dr. Fenn (Setiausaha Kerja Bersekutu - Negara China) dan Dr. Wu (Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu). Mengkaji semula Laporan Barnes serta melayan kehendak
masyarakat Cina yang menganggap laporan tersebut bertujuan menghapuskan bahasa dan
budaya orang Cina. Terdapat beberapa cadangan yang dibuat, kemudiannya menjadi asas
kepada Ordinan Pelajaran (1952).

Terdapat beberapa syor di dalam Laporan Fenn-Wu. Antaranya ialah:

     i.      Sekolah vernakular dibenarkan berfungsi dan menggunakan tiga bahasa, iaitu
             Melayu, Cina dan Tamil, dan bahasa kebangsaan juga diadakan.
     ii.     Sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan (Inggeris) dikekalkan.
     iii.    Sekolah-sekolah vokasional teruss dikembangkan untuk menampung
             keperluan tenaga pekerja mahir yang diperlukan untuk pembangunan negara.

Laporan Fenn-Wu ditolak oleh UMNO kerana tidak menguntungkan orang Melayu.
Laporan Fenn-Wu dikatakan memperkecilkan keupayaan Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar.




                                            18
                                               HBML 4103: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
3.3 Ordinan Pelajaran, 1952


Ordinan ini diluluskan pada September, 1951, hasil dari Laporan Barnes dan Laporan
Fenn-Wu. Penyata ini telah membawa perubahan besar kepada susunan sistem pelajaran
Negara ini. Matlamat Penyata Pelajaran 1952 ialah:
        Untuk membekalkan dan mengekalkan pengetahuan, kemahiran dan perwatakan
         yang baik untuk tiap-tiap individu.
        Untuk menggalakkan dan membolehkan sesuatu kaum menyesuaikan diri dalam
         masyarakat berbilang bangsa di negara ini.
        Untuk berusaha membentuk warganegara yang bersatu di seluruh Negara yang
         terdiri dari berbagai kaum.


Melalui penyata ini, kerajaan British mencadangkan :

a.       Penubuhan dua jenis sistem persekolahan, iaitu satu sekolah yang mengunakan
         bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan satu lagi sekolah yang mengunakan
         bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar

b.       Kemudahan pelajaran bahasa Cina dan bahasa Tamil jika terdapat permintaan dari
         ibubapa dengan bilangan murid 15 orang sebagai pelajar.

c.       Bahasa Inggeris akan menjadi pelajaran wajib bagi sekolah Melayu dan bahasa
         Melayu akan menjadi pelajaran wajib bagi sekolah Inggeris

Namun halangan dan masalah yang hadapi adalah :

a.       Kekurangan guru terlatih untuk sekolah kebangsaan

b.       Tentangan dari kaum Cina dan India terhadap bahasa pengantar kerana mereka
         mahukan bahasa ibunda mereka sendiri

c.       Kekurangan kewangan bagi pembiayan rancangan

Oleh itu, Jawatankuasa Khas sekali lagi mencadangkan :


                                                19
                                            HBML 4103: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
i        Pengunaan bahasa Melayu dan Inggeris dijalankan secara beransur-ansur

ii       Pengunaan tiga bahasa di sekolah Cina dan Tamil secara beransur

iii      Menghadkan bilangan murid masuk ke sekolah Inggeris

iv       Penubuhan sekolah menengah vokasional

Pada bulan September 1952, satu jawatankuasa Penasihat Pusat ditubuhkan bagi
mengkaji Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu. Jawatankuasa ini mengesyorkan
beberapa cadangan yang kemudian diluluskan menjadi Ordinan Pelajaran 1952. Antara
cadangannya ialah:

a.    Penubuhan 2 jenis sekolah yang menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu
      sebagai bahasa pengantar.

b. Pelajaran selama 6 tahun dengan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sebagai
      bahasa pengantar di sekolah rendah.

c. Sekolah kebangsaan yang dicadangkan oleh Barnes dilaksanakan.

d. Sekolah Cina dan Tamil tidak termasuk dalam konsep sistem sekolah kebangsaan.

 Ordinan Pelajaran 1952 tidak dapat dilaksanakan kerana berlakunya Darurat.



3.4 Penyata Razak, 1956


Jawatankuasa Razak ditubuhkan pada 30 September 1955 untuk mengkaji Ordinan
Pelajaran 1952. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Dato’ Abdul Razak bin Hussein.
Hasil kajian jawatankuasa ini terkandung dalam Laporan Razak yang dikemukakan pada
bulan April 1956. Berikut ialah kandungan Laporan Razak:

      1. Sekolah Rendah



                                             20
                                           HBML 4103: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
     a.    Keempat-empat sistem persekolahan dalam peringkat sekolah rendah akan terus
           diadakan, yang mana kurikulumnya akan dipinda dan disesuaikan dengan
           menyerapkan unsur-unsur kebangsaan di dalamnya.

     b.    Sekolah rendah dibahagikan kepada Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) atau
           Sekolah Umum yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
           dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) atau Sekolah Jenis Umum iaitu
           meliputi sekolah Inggeris, Cina dan Tamil yang menggunakan Bahasa Inggeris,
           Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar.

     c.    Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris merupakan matapelajaran wajib bagi
           semua sekolah.

     d.    Murid keturunan Cina dan Tamil di sekolah aliran Inggeris diberi peluang
           mempelajari bahasa ibundanya jika terdapat permintaan dari ibubapa mereka
           dengan syarat mempunyai 15 orang atau lebih murid ingin belajar.

     e.   Guru-guru mestilah mempunyai Sijil Sekolah Menengah Rendah dan mendapat
           latihan sepenuh masa setahun dan diikuti latihan separuh masa 2 tahun.

     f.    Untuk membentuk identiti yang sama bagi generasi berbilang bangsa yang akan
           datang, satu sukatan pelajaran yang sama harus digubal bagi semua sekolah
           rendah.   Isi kandungan buku-buku teks haruslah mengandungi unsur-unsur
           kehidupan di Persekutuan Tanah Melayu.

2.        Sekolah Menengah

     a.     Sekolah menengah dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu sekolah menengah
           rendah (3 tahun), sekolah menengah atas (2 tahun) dansekolah pra-Universiti (2
           tahun).

     b.    Untuk membentuk sistem pendidikan kebangsaan, adalah dicadangkan satu
           jenis sekolah menengah sahaja yang Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris




                                             21
                                           HBML 4103: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
           sebagai matapelajaran wajib. Murid-murid akan menduduki peperiksaan akhir
           yang sama.

     c.    Terbuka kepada semua kaum dan menggunakan sukatan yang sama.

     d.    Bagi memasuki sekolah menengah rendah, mesti lulus Peperiksaan Masuk
           Sekolah Menengah. Murid-murid sekolah menengah rendah boleh memasuki
           sekolah menengah atas jika mendapat Sijil Rendah Pelajaran dengan gred yang
           baik.

3.        Sistem peperiksaan

     a.    Sekolah menengah rendah

           Peperiksaan di peringkat Tingkatan 3 (peperiksaan bersama) dan mesti lulus
           Sijil Rendah Pelajaran (SRP/LCE) bagi memasuki sekolah menengah atas.

     b.    Sekolah menengah atas

           Peperiksaan bersama di Tingkatan 5 untuk memperolehi Sijil Persekutuan Tanah
           Melayu yang sama taraf dengan Cambridge Overseas Certificate.

     c) Pra-Universiti

           Peperiksaan di Pra-U tahun kedua untuk memperolehi Sijil Tinggi Pelajaran

          (STP/HSC) untuk memasuki universiti.

     Laporan Razak telah diluluskan pada April 1957 dan dikuatkuasakan sebagai Ordinan
     Pelajaran 1957. Laporan Razak ditentang oleh orang Melayu kerana tiada ketegasan
     dalam pelaksanaan bahasa kebangsaan. Orang Cina menentang kerana sesetengah
     cadangan dikatakan menitik beratkan Pendidikan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
     hingga mengabaikan pendidikan Bahasa Cina. Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina
     mendesak supaya semua peperiksaaan rasmi menggunakan bahasa pengantar seperti
     yang digunakan oleh sekolah masing-masing.         Pada keseluruhannya, walaupun


                                            22
                                         HBML 4103: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
   terdapat bantahan daripada sesetengah pihak, hampir semua cadangan dalam Laporan
   Razak berjaya dilaksanakan dalam tempoh yang dijangkakan.              Antara faktor
   kejayaaannya ialah:
             Laporan ini direstui dan disokong oleh kerajaan yang dipilih oleh rakyat.
             Keazaman kerajaan menjayakan sistem pendidikan kebangsaan yang
                dicadangkan dalam Laporan Razak.
             Mutu sekolah dapat dipertingkatkan dengan cara meningkatkan syarat
                kelayakan guru untuk mengajar di sekolah kebngsaan.




4.0 IMPLIKASI DAN KESAN DARIPADA LAPORAN-LAPORAN


i. Satu Kurikulum Menyepadukan Rakyat.
Satu Kurikulum satu negara berjaya menyatupadukan masyarakat berbilang kaum. Pada
zaman pemerintahan British, pihak kerajaan British sengaja mengasingkan kaum Melayu,
Cina dan India dalam kawasan berbeza dan sistem pendidikan yang berbeza. Orang Cina
dan India yang merupakan kaum pendatang ketika itu diajar berdasarkan sukatan
pelajaran negara China dan India sehingga tidak wujud semangat patriotik dan
munculnya sifat prejudis antara kaum. Pendek kata, pendidikan zaman British, terlalu
condong ke arah negeri asal.
Sekolah-sekolah yang wujud pada zaman British sesuai untuk sesuatu kaum sahaja , tiada
bahasa pengantar tunggal, kedudukan geografi yang berbeza menghadkan pergaulan,
serta kurikulum yang tidak sehala. Pendek kata, pihak British tidak menitikberatkan
objektif perpaduan dalam sistem pelajaran . Wujudnya sistem pendidikan pelbagai kaum
ini menghasilkan fenomena benih-benih perpecahan, malahan tidak wujud perkongsian
dan persamaan antara kaum di Tanah Melayu. Masing-masing bergerak dengan urusan
masing-masing. Namun, mengambil kira syor-syor daripada laporan-laporan yang
dihasilkan, ianya bejaya menyatupadukan masyarakat berbilang kaum ini melalui
kurikulum yang seragam yang dibina adalah untuk mendukung cita-cita negara
mewujudkan perpaduan berpandukan rukun negara sehingga ke hari ini.


                                          23
                                         HBML 4103: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
Hubungan Kurikulum dengan perpaduan negara adalah sangat rapat, selain memberi ilmu
pengetahuan, kurikulum membentuk keperibadian dan perwatakan murid yang baik yang
boleh membawa kepada sikap toleransi dan perpaduan. Murid dari semua kaum
mengikuti kurikulum seragam melalui sukatan pelajaran yang sama kandungannya,
kegiatan luar bilik darjah dan pengambilan peperiksaan awam yang sama. Oleh itu,
pelajar-pelajar lebih terbuka dalam memahami masyarakat berbilang kaum di Malaysia
ini.Murid-murid dari semua kaum diajar berdasarkan Kurikulum seragam yang
berfokuskan Tanah Melayu. Melalui kurikulum yang sama ini, Lepasan sekolah
Kebangsaan memiliki ciri seperti pengalaman sekolah yang sama, menerima jenis
pendidikan yang sama dan mempunyai orientasi dan pandangan dunia yang sama. Hal ini
mewujudkan semangat patriotik kepada Tanah Melayu dan sikap saling bertolak-ansur
dan memahami kepelbagaian kaum dan pemahaman bahawa perkongsian dalam negara
yang berbagai kaum adalah perlu bagi menjamin keamananan negara tercinta.


ii. Penggunaan Bahasa Melayu Menyatupadukan Rakyat
Objektif untuk perpaduan tercapai melalui Bahasa Melayu (BM) sebagai pengantar di
sekolah-sekolah. Laporan Razak dan diikuti Penyata Rahman Talib 1960 menegaskan
BM sebagai bahasa kebangsaan untuk menyatupadukan rakyat beraneka rupa dan
pemikiran. Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar secara langsung berkait
rapat dengan usaha pembinaan negara. Bahasa Melayu digunakan dalam konteks untuk
membantu perpaduan kebangsaan dan menjadi wahana yang berkesan untuk komunikasi
pelbagai kumpulan etnik dan masyarakat pelbagai dialek. Selain itu, Bahasa Melayu juga
dapat membantu pembentukan jati diri bangsa Malaysia yang menggunakan bahasa
komunikasi yang mudah difahami. Penggunaan BM tidak menimbulkan isu penghapusan
penggunaan Bahasa Cina dan Tamil untuk memelihara peerpaduan kaum. Hanya di
sekolah menengah Kebangsaan sahaja penggunaan BM dipraktikan dengan tujuan
memupuk perpaduan antara kaum.
Penggunaan BM mampu mewujudkan perhubungan dan persefahaman antara kaum
tanpa   menimbulkan    rasa   curiga   dari    mana-mana   pihak.   Langkah   ini   akan
mempercepatkan perpaduan dan keharmonian. Pada tahun 1970, selepas tragedi kaum
1969 penekanan BM sebagai pengantar dan Bahasa Kebangsaan di perkuatkan dan
dijalankan dengan cara yang paling berkesan. Kementerian Pelajaran Malaysia telah

                                              24
                                           HBML 4103: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
menegaskan penggunaan BM disemua peringkat bermula dengan aliran sastera kerana
banyak buku BM berbanding sains.
Dari hari ke sehari BM semakin meluas penggunaannya dan Majoriti rakyat Malaysia
boleh bertutur dalam BM. Kini BM menjadi bahasa pengantar utama disemua peringkat
sekolah. Menjelang       1983, semua kursus tahun pertama di universiti tempatan
mengunakan BM sebagai bahasa Pengantar. Dengan ini, soal satu bahasa pengantar,
satu sistem pelajaran dan satu sukatan pelajar telah tercapai.
Tanpa penggunaan dan pengenalan BM sebagai bahasa pengantar dan kebangsaan, sudah
pasti proses pewujudan masyarakat yang bersatu padu tidak mampu dibina kerana
tunjang dan asasnya yang tiada. Hal ini kerana sebelum Laporan Razak, masyarakat
pelbagai kaum dinegara ini cenderung melakukan tugas sendiri tanpa mempedulikan
kaum lain. Malahan komunikasi tidak wujud akibat masalah bahasa. Seolah-olah itik
bercakap dengan ayam. Tidak memahami antara satu sama lain dan mewujudkan sikap
prejudis. Jika saling tidak mampu berkomunikasi dengan baik bagaimananakah
perpaduan harus tercapai?. Dengan itu, BM berperanan sebagai alat menyatupadukan
rakyat dalam proses untuk mencapai perpaduan negara yang dicita-citakan.         Sesuai
dengan matlamat ini BM dijadikan satu matapelajaran wajib di semua peringkat dan
jenis sekolah dan kelulusan matapelajaran ini adalah dijadikan syarat utama untuk
mendapatkan kelulusan dalam peperiksaan awam seperti SRP/LCE, SPM/MCE dan
SPVM/MCVE.


iii. Sekolah Kebangsaan Menyatupadukan Rakyat
Kewujudan sekolah Kebangsaan mencapai objektif perpaduan kaum. Kewujudan sekolah
kebangsaan seperti yang disyorkan telah menggalakkan penyatuan pelbagai jenis kaum
dalam satu sekolah. Situasi ini membantu perpaduan kaum apabila pelajar mula
bersahabat dan beraktiviti bersama dibawah satu bumbung dan menggunakan semua
kemudahan sekolah yang sama tanpa ada diskriminasi. Bermula dari titik ini, pelajar
dapat memahami adat, budaya, pemikiran dan perkara-perkara sensitif yang tidak boleh
diungkit dalam sesebuah kaum. Malahan pelajar juga dapat memupuk semangat kekitaan
ataupun spirit de corps antara murid yang mempunyai latar keturunan yang pelbagai.
Tidak dinafikan bahawa kewujudan sekolah-sekolah jenis Kebangsaan tetap wujud, tetapi
sekolah-sekolah ini juga bersifat terbuka kerana pelajarnya bukan sekadar daripada satu-

                                             25
                                        HBML 4103: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
satu kaum sahaja malahan terdapat juga kaum lain walaupun secara minoriti bersekolah
disekolah terbabit. Malahan, sekolah-Kebebasan diberikan kepada para pelajar untuk
memilih tempat mereka yang mereka ingini serta mempelajari subjek yang seragam.




5.0 KESIMPULAN


Dasar pentadbiran penjajah Bristish adalah semata-mata untuk menjaga kepentingan
mereka di Tanah Melayu. Adalah wajar bagi pentadbir British mengamalkan polisi
pecah belah dalam kalangan orang Melayu supaya British boleh memerintah Tanah
Me;ayu selama-lamanya. Oleh itu penddidikan vernakular Melayu dibekalkan oleh
mereka adalah setakat dalam peringkat sekolah rendah sahaja. Tujuannya ialah mendidik
anaka-anak melayu sampai peringkat yang hanya mampu hidup di kampung sahaja.


Pemikiran dan tujuan sistem pendidikan pada awal kemerdekaan adalah berlandaskan
daripada ususl-usul yang terkandung dalam Laporan Razak.        Laporan-laporan yang
dihasilkan sebelum merdeka (Pra merdeka) juga adalah asas kepada dasar pendidikan
nasional yang berterusan hingga ke hari ini walaupun masih banyak kelemahan dalam
pelaksanaannya namun ianya cuba ditangani dengan pelbagai dasar lain yang
diperkenalkan selepasnya seperti Akta Pelajaran 1961 dan laporan Jawatankuasa Kabinet
1979. Kedua-dua dasar ini menitikberatkan pendidikan untuk perpaduan negara dan
penghasilan tenaga rakyat dengan meletakkan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa
pengantar utama dan kurikulum sekolah yang sama kandungannya.


Banyak kesan positif terhadap perpaduan yang wujud di negara ini hasil daripada Sistem
Pendidikan Kebangsaan yang diperkenalkan melalui laporan-laporan yang dikemukakan

                                         26
                                       HBML 4103: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
khususnya Laporan Razak.         Sistem Pendidikan Kebangsaan dapat membantu
mengurangkan sikap prejudis dalam kalangan rakyat Malaysia.




RUJUKAN


Francis Wong Hong Kee & Ee Tiang Hong. 1974. Pendidikan di Malaysia.
  Singapura: Heinemann ediucational Books.


Haris Md Jadi. 1990. Etnik, Politik dan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
  Bahasa dan Pustaka.


Ibrahim saad. Pendidikan dan Politik di Malaysia .Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
 dan Pustaka, 1986), ms. 44


Mohd Yunus Mohd Nor,”Seminar Kebangsaan Penilaian Pelaksanaan KBSR :
 Prinsip, Konsep dan Rasional KBSR. 21-25 Mei 1990 : 1-10.


Mok Soon Sang. 2003. Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan Skim Perkhidmatan
 Guru. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman SDN. BHD.


Musa bin Daia. 1976. Sejarah Perkembangan Pendidikan dan Persekolahan.
 Kelantan: Pustaka Aman Press.


Omar Mohd Hashim. 1991. Pengisian Misi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan

                                         27
                                        HBML 4103: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
 Bahasa dan Pustaka.


Raminah Hj Sabran & Rahim Syam.1988. Kajian Bahasa. Petaling Jaya: Fajar Bakti.


Sufean Hussin. 1993. Pendidikan di Malaysia: Sejarah, Sistem dan Falsafah.
 Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran.1980.
 Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.




                                          28

								
To top