Docstoc

UPSR PEMAHAMAN1

Document Sample
UPSR PEMAHAMAN1 Powered By Docstoc
					SULIT                                            2                            011

Soalan 1 hingga Soalan 22

Pilih jawapan yang betul

1    Raja Nizam Syah amat masyghul apabila mendengar perkhabaran itu lalu__________
     mengambil keputusan untuk berkelana.

     A    patik
     B    hamba
     C    baginda
     D    beta


2    “________________kamu menonton televisyen sahaja, ________________kamu
     membantu ibu di dapur”, kata ibu kepada Farhana.
     A    Dari…pada
     B    Daripada…lebih baik
     C    Dari…lebih baik
     D    Daripada…pada


3    Cikgu Zahidi mengambil anak kunci di pejabat____________hendak membuka pintu
     bilik Kemahiran Hidup.

     A    lalu
     B    kerana
     C    sambil
     D    sementara


4    “Jangan bermain di____________lombong itu.Airnya sangat dalam.” pesan ibu kepada
     Amir.
     A    tepi
     B    tengah
     C    penjuru
     D    pangkal




Hak milik Jabatan Pelajaran Selangor                   [ Lihat halaman sebelah
SULIT                                            3                            011




5    Angin yang bertiup__________telah menumbangkan sebatang pokok yang besar di tepi
     jalan itu .

     A    laju
     B    ligat
     C    deras
     D    kencang


Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.




6    Seekor ibu burung sedang______________sarangnya di atas dahan.

     A    menyirat
     B    mengait
     C    menjalin
     D    menenun


7    Kamarul membeli beberapa_______________pisang emas dari kedai Pak Jalil untuk
     dibuat jemput-jemput.

     A    buah
     B    ikat
     C    sisir
     D    gugus


Hak milik Jabatan Pelajaran Selangor                   [ Lihat halaman sebelah
SULIT                                            4                              011




8    Ayah Hafiz telah berusia 70 tahun. _______________dia masih gigih mengusahakan
     ladang buah naganya.

     A     Namun demikian
     B    Di samping itu
     C    Sekalipun
     D    Walhal


9    Ayah Fazli menggunakan_________untuk mengukur sudut bebendul pintu dengan
     tepat.
     A      sesiku
     B    kekisi
     C    kekuda
     D    tetupai


10   Setiap hari Amirul dan rakan-rakannya______________ke perpustakaan untuk
     mengulang kaji pelajaran.

     A     mundar-mandir
     B    berpindah-randah
     C    berulang-alik
     D    kunjung -mengunjung


11   Faris sering dipuji oleh Cikgu Rashid kerana_____________yang kemas dan cantik.

     A    penulis
     B    menulis
     C    bertulis
     D    tulisan




Hak milik Jabatan Pelajaran Selangor                    [ Lihat halaman sebelah
SULIT                                             5                             011

Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah.




12   Izwan____________basikal yang putus rantainya semasa pulang dari rumah Syamir..

     A    menarik
     B    mengayuh
     C    menonton
     D    menuntun


13   __________________ yang berminat menyertai pertandingan reka cipta itu perlu
     mendapatkan borang penyertaan daripada Cikgu Azli.

     A    Sesiapa-sesiapa
     B    Sesiapa-siapa
     C    Sesiapa
     D    Siapa


14   Murid-murid Tahun Enam Bestari___________ akan mendapat majalah Dewan Pelajar
     percuma mingu hadapan.

     A    mungkin
     B    hendak
     C    masih
     D    telah


Hak milik Jabatan Pelajaran Selangor                     [ Lihat halaman sebelah
SULIT                                            6                             011

15   Anuar hanya______________sahaja apabila dia dipuji oleh rakan-rakannya.

     A    senyum kucing
     B    senyum sinis
     C    senyum sumbing
     D    senyum kambing


16   Naim tidak dapat menelan ubat selesema itu kerana rasanya__________________.

     A    manis macam madu.
     B    pahit macam hempedu.
     C    masin macam garam
     D    masam macam cuka.


17   Persembahan lakonan kanak-kanak prasekolah itu_______________hati para penonton.

     A    mencuit
     B    membuka
     C    menutup
     D    mengikat


18   Setiap pagi, nenek akan membuka_______________ di dapur untuk menghirup udara
     segar.

     A    daun meja
     B    daun kipas
     C    daun tingkap
     D    daun pokok




Hak milik Jabatan Pelajaran Selangor                    [ Lihat halaman sebelah
SULIT                                                7                                011




19    Budak-budak yang sedang leka bermain itu lari lintang-pukang apabila mendengar
     suara Pak Murad yang_______________.

     A    garau
     B    serak
     C    merdu
     D    nyaring


20   Ibu menyuruh Haikal membeli_____________ untuk adiknya yang berusia tiga bulan
     itu.
     A    lampin pakai buang
     B    lampin pakai buangan
     C    lampin dipakai buang
     D    lampin pakaian dibuang


21   Beberapa orang murid telah dipanah petir semasa bermain dalam hujan lebat di padang
     sekolah.
     Perkataan seerti bagi dipanah ialah…
     A    dipancar
     B    disambar
     C    diletup
     D    diserang


22   Haji Fahmi berfikir-fikir sama ada dia perlu turun ke laut ataupun tidak kerana laut
     bergelora ketika itu.

     Perkataan berlawan bagi bergelora ialah…

     A    baik
     B    aman
     C    tenang
     D    nyaman




Hak milik Jabatan Pelajaran Selangor                         [ Lihat halaman sebelah
SULIT                                                  8                                011




Soalan 23 hingga Soalan 24

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

23   Suhu bumi akan terus meningkat disebabkan oleh pembakaran dan penerokaan hutan
     yang semakin berleluasa.

     A      Kekurangan suhu bumi di hutan yang terus meningkat disebabkan oleh kebakaran yang
            semakin berleluasa.

     B      Penerokaan hutan yang semakin meningkat serta pembakaran yang berlaku akan
            menyebabkan suhu bumi terus meningkat.

     C      Pembakaran dan penerokaan hutan yang semakin terbatas menyebabkan suhu
            bumi akan terus meningkat.

     D      Pembakaran hutan yang semakin meningkat serta kekurangan suhu bumi
            menyebabkan hutan berkurangan.



24   Ibu melarang saya dan adik bermain di padang kerana cuaca panas.

     A      “ Kamu dan adik bermain di padang,” kata ibu kepada saya dan adik.
     B      “ Kamu dan adik, cuaca panas di padang,” kata ibu kepada adik dan saya

     C      “ Cuaca panas jangan bermain,” kata ibu kepada saya dan adik di padang

     D      “ Kamu dan adik jangan bermain di padang kerana cuaca panas,” kata ibu kepada
            saya dan adik.



Soalan 25

Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah

25   Bilakah agaknya kerja-kerja menurap jalan raya itu akan siap?

     A      Pelbagai masalah telah kami hadapi dalam usaha menyiapkan kerja-kerja tersebut.
     B      Kami telah memulakan kerja-kerja menurap jalan raya itu sejak pagi semalam.
     C      Jika semuanya berjalan dengan lancar, paling lewat pun petang ini.
     D      Ya, memang kami akan menurap jalan raya itu sehingga siap.




Hak milik Jabatan Pelajaran Selangor                           [ Lihat halaman sebelah
SULIT                                                   9                             011




Soalan 26
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.


26    Pada cuti penggal yang lalu , saya pergi melancong ke Pulau Kapas.

     A      Adakah kamu pergi melancong ke Pulau Kapas?
     B      Bilakah kamu pergi melancong ke Pulau Kapas?

     C      Mengapakah kamu pergi ke Pulau Kapas?

     D      Di manakah kamu pergi melancong?



Soalan 27 hingga Soalan 28



Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

27   I      Kertas litmus itu bertukar warna setelah dicelup ke dalam larut itu.
     II     Walaupun hari sudah larut malam, ayah masih belum pulang lagi.
     III Ibu memasukkan gula ke dalam air panas supaya cepat larut.
     IV Pak Hamid sudah uzur kerana usianya telah larut.

     A      I dan II
     B      II dan III
     C      I dan IV
     D      III dan IV




Hak milik Jabatan Pelajaran Selangor                            [ Lihat halaman sebelah
SULIT                                                10                                011

28   I    Bekas luka pada kaki Iskandar masih jelas kelihatan.
     II   Encik Saufi bekas guru Pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan Taman Permai.
     III Munirah menyuruh Faiq menyimpan biskut itu di dalam bekas kaca yang bertutup.
     IV Datuk membawa dua bekas kayu api semasa pulang dari hutan.

     A    I, II dan III
     B    I, III dan IV
     C    I, II dan IV
     D    II,III dan IV




Soalan 29 hingga Soalan 30

Pilih ayat yang betul.

29   I    Oleh kerana hari hujan lebat, Cikgu Kamarul membatalkan latihan sukan itu.
     II   Jantung adalah organ yang berfungsi mengepam darah ke seluruh badan.
     III Adik Aiman mengunyah nasi hingga lumat sebelum menelannya.
     IV Sesetengah murid tahun enam suka membawa bekalan ke sekolah.

     A    I dan II
     B    I dan III
     C    II dan IV
     D    III dan IV



30   I   Azri menerima sepucuk surat daripada sahabat lamanya.
     II Cik Zunainah sering membawa anak buahnya makan di Gemilang Restoran.
     III Ketupat ialah makanan istimewa orang Melayu yang sering dihidangkan pada
         hari raya.
     IV Ibu memasukkan beberapa biji kaca guli ke dalam pasu yang baru dibelinya itu.

     A    I dan II
     B    I dan III
     C    II dan III
     D    II dan IV

Hak milik Jabatan Pelajaran Selangor                        [ Lihat halaman sebelah
SULIT                                                  11                              011




Soalan 31 hingga Soalan 35

Baca petikan di bawah kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Zaidi : Sudahkah kamu menyiapkan karangan yang diberi oleh Cikgu Zaki semalam, Aidil?

Aidil: Belum lagi, Zaidi. Saya masih tidak dapat mencari isi karangan tentang faedah-
       faedah membaca surat khabar tu.

Zaidi : Pergilah ke perpustakaan sekolah. Di sana, banyak buku contoh karangan yang dapat
       kamu jadikan bahan rujukan. Semalam saya dan Jamal pergi ke perpustakaan. Kami

        mendapat banyak maklumat berkaitan tajuk karangan yang diberi oleh Cikgu Zaki

        itu.

Aidil: Wah, kalau begitu bolehlah saya meminjam buku karangan kamu! Jadi, tidak

        perlulah saya bersusah payah untuk pergi ke perpustakaan.

Zaidi : Bukan saya tidak mahu meminjamkan buku saya kepada kamu, Aidil, tetapi saya

      berpendapat adalah lebih baik jika kamu sendiri yang mencari maklumat tentang tajuk

      karangan itu. Sekurang-kurangnya kamu dapat melatih diri kamu untuk berjinak-jinak

      dengan perpustakaan. Mungkin juga, maklumat yang kamu peroleh nanti lebih

      banyak dan lebih baik berbanding maklumat yang saya peroleh.

Aidil: Betul juga kata-kata kamu itu, Zaidi. Selama ini saya hanya bergantung kepada rakan-

      rakan untuk mendapatkan sebarang maklumat yang diperlukan. Oleh sebab itulah

      keputusan peperiksaan saya kurang memuaskan. Terima kasih kerana menyedarkan

      saya. Saya berjanji selepas ini saya akan belajar untuk berdikari.

Zaidi : Baguslah kalau kamu telah sedar, Aidil. Sekiranya kamu ada masalah tentang

       pelajaran saya sedia membantu kamu.

Aidil : Terima kasih , Zaidi. Kamu memang baik hati.




Hak milik Jabatan Pelajaran Selangor                         [ Lihat halaman sebelah
SULIT                                                12                                011

31   Apakah tajuk karangan yang dibekalkan oleh Cikgu Zaki?

     A    Faedah Pergi ke Perpustakaan
     B    Faedah Membaca Surat Khabar
     C    Faedah Meminjam Buku

     D    Faedah Berdikari


32   Mengapakah Aidil tidak mahu meminjamkan buku karangannya kepada Zaidi?

     A    Aidil tidak suka Zaidi meniru
     B    Zaidi tidak ada masa untuk pergi ke perpustakaan
     C    melatih supaya Zaidi berusaha sendiri
     D    karangan Aidil tidak begitu baik


33   Pada pendapat kamu, selain perpustakaan di mana kamu boleh mendapatkan maklumat
     dengan cepat?
     A    laman sesawang
     B    rakan sekelas
     C    buku
     D    kamus


34   Pilih pernyataan yang benar tentang petikan di atas

     A    Cikgu Zaki guru Bahasa Melayu
     B    Selama ini Zaidi bergantung harap kepada rakan-rakan
     C    Keputusan peperiksaan Aidil sangat memuaskan
     D    Jamal ialah rakan baik Cikgu Zaki


35   Berikut ialah kebaikan pergi ke perpustakaan kecuali

     A    berbual-bual tentang tajuk karangan di perpustakaan
     B    membuat rujukan untuk memperoleh maklumat
     C    boleh melatih diri berdikari
     D    prestasi pelajaran akan meningkat


Hak milik Jabatan Pelajaran Selangor                         [ Lihat halaman sebelah
SULIT                                               13                               011

Soalan 36 hingga Soalan 40

Baca petikan di bawah kemudian jawab soalan-soalan berikutnya
      Nicol Ann David cukup bersinonim dengan sukan skuasy. Gadis kelahiran Pulau
Pinang ini dilahirkan pada 26 Ogos 1983. Nicol ialah anak kepada bekas penjaga gol
kebangsaan, Desmond David.
       Nicol mencatat sejarah tersendiri dalam sukan skuasy pada Disember 2003. Dia
berjaya menempatkan dirinya dalam kelompok 10 pemain skuasy terbaik dunia. Pada awal
tahun 2005, Nicol disenaraikan antara tiga pemain terbaik dunia.
       Nicol berusaha keras untuk memastikan kedudukannya tidak tergugat. Tambahan
pula, kejohanan skuasy turut disertai pemain-pemain handalan dunia. Nicol masih
meneruskan latihannya di kelab terkemuka di Armsterdam. Dia dilatih oleh bekas pemain
wanita nombor dua Liz Irving.
       Dalam usia yang muda, Nicol telah meraih kejayaan demi kejayaan. Oleh itu, tidak
menghairankan dia dinobatkan sebagai pemain nombor satu dunia. Namun, Nicol tidak cepat
bersikap tinggi diri. Dia lebih selesa memikirkan rentak dan prestasi permainannya. Dia
belum berasa puas hati dengan kejayaan yang telah dikecapinya. Nicol menetapkan tempoh
sepuluh tahun lagi untuk terus aktif dalam sukan skuasy.
       Nicol membuat perncangan yang teliti bagi mengekalkan prestasinya. Antaranya,
menjalani latihan yang bersistematik. Nicol turut mengehadkan jumlah penyertaannya dalam
kejohanan antarabangsa.
       Nicol mempunyai hobi seperti remaja-remaja yang lain juga. Dia gemar melukis
untuk koleksi keluarga, menonton televisyen dan membeli-belah.




36   Apakah sejarah manis yang telah diraih oleh Nicol ?

     A    Tersenarai antara tiga pemain terbaik negara
     B    Dibimbing oleh kelab professional di Belanda
     C    Telah melibatkan diri 10 tahun dalam sukan skuasy
     D    Pemain wanita Asia pertama yang muncul sebagai 10 pemain terbaik dunia




Hak milik Jabatan Pelajaran Selangor                       [ Lihat halaman sebelah
SULIT                                                14                              011



37    Nicol mendapat tunjuk ajar daripada...
      A    Ibu bapanya
      B    Penjaga gol
      C    Liz Lirving
      D    Desmond David


 38    Nicol telah melakukan beberapa langkah bagi mengekalkan kedudukannya kecuali..
       A    membuat perancangan yang rapi
       B    berlatih di bawah kendalian Liz Irving
       C    giat menjalani latihan di Armsterdam

       D    menarik diri daripada sebarang kejohanan antarabangsa




39    Yang manakah bukan sikap Nicol?
      A    gigih berusaha
      B    merendah diri
      C    bersemangat waja

      D    mudah mengalah




40    Maksud kata menempatkan dalam petikan ialah..
      A    meletakkan
      B    mengekalkan
      C    melayakkan
      D    meneguhkan




                                KERTAS SOALAN TAMAT



Hak milik Jabatan Pelajaran Selangor                       [ Lihat halaman sebelah

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:359
posted:8/25/2010
language:Malay
pages:13