Docstoc

UPSR

Document Sample
UPSR Powered By Docstoc
					SULIT                                             2                              011/1


Soalan 1 hingga Soalan 22

Pilih jawapan yang betul

1      “ ______________pandainya kamu berbahasa Melayu”, kata Asyah kepada Jane.
       A    Wah
       B       Eh
       C       Cis
       D       Aduh


2      “ Bilakah__________ akan mengadakan jamuan perpisahan untuk Cikgu Abdul Rani”
       tanya Zul kepada Rofi.

       A       kita
       B       kami
       C       patik
       D       hamba


3      Radzi _____________ apabila diumumkan sebagai olahragawan sukan tahunan
       sekolahnya baru-baru ini.

       A       benar gembira
       B       sungguh gembira
       C       paling gembira sekali
       D       teramat gembira sekali


4       Banyak tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang mati_____________pada musim kemarau
       yang melanda kawasan itu.
       A    oleh
       B       demi
       C       bagi
       D       pada




Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor                           [ Lihat halaman sebelah
SULIT                                               3                               011/1


Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.




5      Pak Jali ______________lembu peliharaannya pada sebatang tiang di belakang
       rumahnya.

       A       melilit
       B       menambat
       C       menyimpul
       D       menarik


6      Semua objek di angkasa bergerak mengikut orbit dan paksi
       masing- masing.____________menjadikan sistem suria amat menakjubkan.

       A       Walhal
       B       Namun begitu
       C       Lantaran itu
       D       Walau bagaimanapun


7      Perarakan Citrawarna ialah acara gilang-gemilang___________menonjolkan warisan
       budaya Malaysia yang unik.

       A       kerana
       B       sebab
       C       untuk
       D       sambil



Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor                             [ Lihat halaman sebelah
SULIT                                               4                             011/1


Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.




8      Datuk mengopek buah durian itu lalu memberikan______________daripadanya
       kepada Amri dan Amli.

       A       sepangsa
       B       sebiji
       C       seulas
       D       sepotong


9      Baginda sultan dan permaisuri sedang menikmati ______________ diraja setelah
       selesai mencemar duli untuk merasmikan majlis tersebut.

       A       hidangan
       B       makanan
       C       santapan
       D       sajian


10     Murid- murid_____________menyertai lawatan ke Pulau Langkawi sek iranya
       mendapat kebenaran daripada ibu bapa masing- masing.

       A       dapat
       B       boleh
       C       akan
       D       telah



Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor                             [ Lihat halaman sebelah
SULIT                                              5                             011/1


11     Pokok periuk kera yang tumbuh di kawasan tanah tinggi yang kurang_________ perlu
       mendapatkan makanan dengan memerangkap serangga.

       A       landai
       B       kering
       C       subur
       D       rata


12     Bau semerbak memenuhi ruang dapur apabila ibu menumis_____________ untuk
       memasak kari ayam.

       A       sayur-mayur
       B       rempah-ratus
       C       lauk-pauk
       D       paku-pakis


13     Semua murid dinasihatkan supaya______________pembacaan agar dapat menulis
       karangan dengan baik.

       A       memperkuat
       B       memperhalus
       C       mempertajam
       D       memperluas


14     Cikgu Amzar memberitahu bahawa kulit buah limau itu_____________ rasanya jika
       dimakan begitu sahaja.

       A       kelat
       B       lidas
       C       pedar
       D       masin




Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor                            [ Lihat halaman sebelah
SULIT                                              6                              011/1


15     Murid itu telah dikenakan tindakan_____________kerana mencuri duit rakan
       sekelasnya.

       A       tatanegara
       B       tatabahasa
       C       tatatertib
       D       tatasusila


Soalan 16 berdasarkan gambar di bawah




16     Pegawai Pelajaran Daerah sedang____________ pingat emas kepada pemenang acara
       lompat tinggi itu.

       A       mengalungkan
       B       memasukkan
       C       menyematkan
       D       menggantungkan


17     “ Bercakap__________ dengan sopan di hadapan orang tua”, pesan Nenek Limah
       kepada cucu-cucunya.

       A       tah
       B       lah
       C       pun
       D       lagi



Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor                             [ Lihat halaman sebelah
SULIT                                                    7                           011/1




18     Mak Kantan melihat nasi______________di dapur semasa dia pulang dari pada berjaja
       kuih.

       A       bertaburan
       B       berhamburan
       C       bertempiaran
       D       berlumuran


19     Ahmad cuba_________di celah-celah orang ramai yang berpusu-pusu masuk ke dalam
       stadium perlawanan bola sepak.

       A       menyusul
       B       menyusur
       C       menyusup
       D       menyusun


20      Azlan bersyukur kerana permohonannya untuk________________pelajaran ke luar
       negara telah berjaya.

       A       lanjutan
       B       dilanjutkan
       C       berlanjutan
       D       melanjutkan


21     Walaupun baru berusia dua tahun, Irfan amat petah bercakap.
        Perkataan seerti bagi petah ialah…
       A       kuat
       B       laju
       C       fasih
       D       cekap




Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor                                 [ Lihat halaman sebelah
SULIT                                                     8                               011/1


22     Kak Ayu telah memendekkan kain sekolahnya yang labuh itu.
       Perkataan berlawan bagi memendekkan dan labuh ialah..

       A       memanjangkan…singkat
       B       membesarkan…panjang
       C       melebarkan…longgar
       D       merendahkan…tinggi


Soalan 23 hingga Soalan 24

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

23     Hairol terlelap semasa menonton televisyen kerana terlalu letih bermain bola sepak
       pada petang tadi.

       A       Oleh sebab terlalu letih bermain bola sepak pada petang tadi, Hairol terlelap
               semasa menonton televisyen.
       B       Semasa menonton televisyen, Hairol berasa penat kerana bermain bola sepak
               hingga terlelap.
       C       Akibat bermain bola sepak pada petang tadi, Hairol terlelap kerana terlalu letih
               menonton televisyen.
       D       Hairol penat menonton televisyen sehingga terlelap kerana telah bermain bola
               sepak pada petang tadi.


24     Kerajaan melancarkan Gagasan 1Malaysia untuk memupuk semangat perpaduan dalam
       masyarakat.
       A    Semangat perpaduan dilancarkan oleh kerajaan untuk memupuk gagasan
            1Malaysia.
       B    Pemupukan semangat perpaduan dalam masyarakat oleh kerajaan melalui
            pelancaran Gagasan 1Malaysia.
       C    Kerajaan telah melancarkan Gagasan 1Malaysia dan semangat perpaduan dalam
            masyarakat.
       D    Kerajaan melancarkan semangat perpaduan untuk Gagasan 1Malaysia dalam
            masyarakat.




Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor                                    [ Lihat halaman sebelah
SULIT                                                    9                             011/1


Soalan 25

Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah

25     Apakah yang merungsingkan fikiran kamu?

       A       Fikiran saya rungsing kerana kekurangan duit belanja.
       B       Ya, fikiran saya rungsing kerana kekurangan duit belanja.
       C       Memang benar fikiran saya rungsing kerana kekurangan belanja.
       D       Fikiran dia rungsing kerana kekurangan duit belanja.


Soalan 26

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

26     Bilakah negeri Melaka ditawan oleh Portugis?

        A Peristiwa penaklukkan Portugis ke atas Melaka berlaku pada tahun 1511.

        B Melaka ditakluk oleh Portugis atas beberapa sebab yang berlaku di istana.

        C Penduduk Melaka mempertahankan Melaka daripada ditawan oleh Portugis.

        D Portugis amat berminat dengan kedudukan negeri Melaka.



Soalan 27 hingga Soalan 28

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.



27      A Kotak itu ialah dibalut oleh kakak.

        B Baju Melayu itu adalah bukan untuk abang.

        C Siti Hamizah ialah jururawat di sebuah klinik swasta.

        D Kamus ini adalah tebal tetapi harganya berpatutan.




Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor                                   [ Lihat halaman sebelah
SULIT                                                   10                                  011/1




28      I      Hujan turun dengan lebat pada petang semalam.

        II     Pokok rambutan di belakang rumah Irfan lebat buahnya.

        III Rambut bayi comel yang baru lahir itu sungguh lebat.

        IV Pemuda itu sangat lebat dalam mendeklamasikan sajak sebentar tadi.

        A      I , II dan III sahaja

        B      I, II dan IV sahaja

        C      I, III dan IV sahaja

        D      II, III dan IV sahaja



Soalan 29 hingga Soalan 30

Pilih ayat yang betul.



29      I      Program Sekolah Selamat telah dilancarkan ke seluruh negara baru-baru ini.

        II      Buku latihan Bahasa Melayu itu diserahkan kepada Cikgu Nazarina.

        III Kita mesti belajar dengan bersungguh-sungguh demi untuk mencapai
            kejayaan.

        IV Nurfarhana memayung sambil berjalan di tengah hujan.



        A      I dan II sahaja

        B      II dan III sahaja

        C      I dan IV sahaja

        D      III dan IV sahaja




Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor                                   [ Lihat halaman sebelah
SULIT                                                 11                            011/1




30      I      Bangunan itu kukuh amat kerana menggunakan bahan binaan yang ber mutu.

        II     Puan Sapiah bersorak kegembiraan bila anaknya diumumkan sebagai
               pemenang pertandingan bercerita.

        III Dalam mesyuarat itu, mereka bersetuju melantik Encik Ilham sebagai
            pengerusi gotong-royong itu.

        IV Cikgu Syed Hasnul mengajarkan cara-cara menjawab soalan Sains kepada
           murid- muridnya.



        A      I , II dan III sahaja

        B      I, II dan IV sahaja

        C      I, III dan IV sahaja

        D      II, III dan IV sahaja




Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor                              [ Lihat halaman sebelah
SULIT                                                            12                                      011/1


Baca petikan di bawah kemudian jawab soalan-soalan berikutnya


Kelab Pencinta Alam,

Sekolah Kebangsaan Teluk Rhu,

45500 Sabak Bernam,

Selangor.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan Teluk Rhu,

45500 Sabak Bernam,
Selangor.                                                                                    13 MAC 2010.



Tuan,

Memohon Peruntukan Projek Sungai Kita, Nadi Kita
Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Pencipta Alam sekolah ini telah mencapai kata putus
dalam mesyuarat baru-baru ini untuk mengadakan projek “Sungai Kita, Nadi Kita”.
2.     Projek ini bertujuan untuk memupuk kecintaan murid- murid dan masyarakat setempat
terhadap kebersihan sungai. Sebenarnya, sungai yang terpilih dalam projek ini ialah Sungai
Bernam dan Sungai Bertam yang telah mengalami pencemaran. Setelah dibincangkan, kami
memilih Sungai Bernam kerana sungai ini merupakan sungai yang paling hampir dengan
sekolah kita manakala Sungai Bertam pula agak jauh di pedalaman.

3.      Bagi melancarkan projek ini, pihak kelab ingin memohon bantuan kewangan dan
peralatan daripada pihak sekolah . Bersama-sama ini , saya lampirkan anggaran perbelanjaan
dan senarai peralatan yang diperlukan.

4.    Kami berharap dengan adanya projek seperti ini akan membuka mata murid-murid
dan masyarakat setempat tentang pentingnya menjaga kebersihan dan memelihara sungai.
5.     Saya amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan
ini demi kebaikan bersama.
Sekian, terima kasih.



Yang menjalankan tugas,

.........shafiq.................................

(SHAFIQ BIN IQBAL)

Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor                                              [ Lihat halaman sebelah
SULIT                                                   13                          011/1


31     Setiausaha Kelab Pencinta Alam.

       A       surat rayuan
       B       surat permohonan
       C       surat jemputan
       D       surat pemberitahuan


32     Kelab Pencipta Alam memilih sungai Bernam kerana

       A       mengalami pencemaran yang teruk
       B       kedudukan yang hampir dengan sekolah
       C       sungai itu belum pernah dijadikan anak angkat
       D       agak jauh di kawasan pedalaman


33     Apakah harapan Kelab Pencinta Alam?

       A       masyarakat setempat setuju memberi kerjasama
       B       Guru Besar meluluskan permohonan itu
       C       murid- murid tidak mencemarkan sungai lagi
       D       Guru Besar memahami hasrat Kelab Pencinta Alam


34     Aktiviti yang mungkin dijalankan dalam projek itu ialah

       A       mandi sungai
       B       menjaga sungai
       C       melihat keindahan sungai
       D       mendengar ceramah cara-cara menjaga kebersihan sungai


35     Maksud rangkai kata mencapai kata putus dalam petikan ialah

       A       berunding
       B       berbincang
       C       bersatu
       D       bersepakat


Soalan 36 hingga Soalan 40


Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor                               [ Lihat halaman sebelah
SULIT                                              14                               011/1


Baca puisi di bawah kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.

           Lahirku di atas sebatang pokok,
           Bukan di rumah bukan di pondok,
           Badanku hijau sungguh elok,
           Tua nanti akan dijolok.

           Andainya aku gugur ke tanah,
           Badan tak pecah atau punah,
           Datanglah orang tanpa berlengah,
           Aku dipungut naik ke rumah.

           Tiba waktunya aku dikupas,
           Parang menakik tanpa belas,
           Kulit dan sabut tidak terlepas,
           Tempurung dibersihkan sepuas-puas.

           Badan yang lemah terus dibelah,
           Air di dalam lalu disimbah,
           Isiku putih nampak menyerlah,
           Aku dikukur kedua-dua belah.

           Letakkan bekas di bawah kukuran,
           Gaulkan air menjadi sebatian,
           Perah adunan keluarlah santan,
           Buang hampasnya jangan disimpan.

           Kuah dijerang di atas tungku,
           Santan dicurah masuk ke situ,
           Untukmu manusia inilah jasaku,
           Melazatkan kari sepanjang waktu.




36     Di manakah tempat asal buah yang dimaksudkan dalam puisi?
       A       Di sebuah rumah

       B       Di sebuah pondok
       C       Di atas sebatang pokok
       D       Di atas tanah




37     Apakah yang menyebabkan buah yang dimaksudkan dalam puisi tidak akan pecah
       apabila gugur ke tanah?


Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor                               [ Lihat halaman sebelah
SULIT                                                  15                          011/1


       A       sabut dan kulit

       B       isi tebal
       C       tempurung
       D       warnanya yang hijau


38     Apakah tujuan kita memerah adunan air dan isi buah yang telah dikukur?

       A       Untuk melazatkan makanan

       B       Untuk mengasingkan isi dan hampas
       C       Untuk mengeluarkan santan
       D       Untuk mendapatkan hampas


39     Berdasarkan petikan,apakah alat yang digunakan oleh manusia untuk mengasingkan isi
       buah daripada tempurungnya?

       A       Parut

       B       Parang
       C       Kukuran
       D       Mesin Parut


40     Tajuk yang paling sesuai bagi puisi di atas ialah…

       A       Cara Memperoleh Santan
       B       Aku Sebutir Kelapa
       C       Kegunaan Buah Kelapa
       D       Cara Melazatkan Makanan Anda




                                       KERTAS SOALAN TAMAT




Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor                              [ Lihat halaman sebelah
SULIT                                  16                    011/1




Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor        [ Lihat halaman sebelah

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:766
posted:8/25/2010
language:Malay
pages:15