Hudud: Kajian Kes diMalaysia

Document Sample
Hudud: Kajian Kes diMalaysia Powered By Docstoc
					   DIPLOMA PERUNDANGAN
 ISLAM DAN GUAMAN SYAR’I

 SP 5301 – SISTEM PERUNDANGAN ISLAM


              TAJUK:
PERLAKSANAAN HUDUD DI ERA
       GLOBALISASI:
  KAJIAN KES DI MALAYSIA
            ©
    MUHAMMAD ZAKI BIN WAHAB
                    Kandungan & Struktur
                          Pembentangan
1.   Mukadimah

2.   Pengertian dan Contoh Kesalahan Qisas, Takzir
     & Hudud

2.   Kritikan, Isu-isu Rang Undang-Undang Hudud &
     Pendapat Yang Membela

3.   Kesimpulan – Diantara Kebenaran Kritikan &
     Tanggungjawab Melaksanakan Hukum Hudud
                               Mukadimah:
   Malaysia – 13 Negeri & 3 Wilayah Persekutuan
   Islam adalah Ugama Rasmi – Article 3
    Perlembagaan Persekutuan
   KDYMM Yang Di Pertuan Agong Ketua Ugama
    Islam
   Ketua Ugama Islam – Sultan dan Raja negeri-
    negeri yang bersultan / raja
                               Mukadimah:
   Malaysia deperintah oleh Barisan Nasional (BN)
    semenjak 1957
   BN- gabungan UMNO, MCA dan MIC – mewakili
    kaum melayu, cina dan india
   Sistem keadilan adalah berlandaskan sistem
    keadilan inggeris = sistem sekular = 2 sistem
    keadilan= 1 sistem untuk orang Islam & 1 satu
    sistem untuk orang Islam dan bukan Islam
   Sistem keadilan Islam untuk orang Islam terhad
    untuk soal-soal perkahwinan, harta, undang-
    undang syarak seperti khalwat, tidak berpuasa
    dan sebagainya.
                              Mukadimah:
   Parti Islam SeMalaysia (PAS) berjaya
    memerintah negeri Kelantan
   Hudud iaitu Syariah Criminal Code (II) Bill
    1993 (Rang Undang-Undang Hudud) telah
    diperkenalkan dan telah diperkenankan
    kelulusannya oleh Ke-Bawah Duli Yang Maha
    Mulia Raja Kelantan pada 1993
   Rang Undang-Undang Hudud masih belum
    dapat dilaksanakan kerana Artikel 76A
    dibawah perlembagaan persekutuan Malaysia
    belum lagi diluluskan oleh parlimen Malaysia
    untuk membenarkan kuatkuasa.
       Pengertian & Contoh Kesalahan
               Qisas, Takzir & Hudud
   Kesalahan Qisas dan Diyat

   Qisas adalah kesalahan yang di kenakan
    hukuman balas yang sama dengan perbuatan
    / kesalahan pelaku kesalahan Qisas itu ke
    atas mangsanya seperti membunuh dibalas
    bunuh dan sebagainya.

   Tidak terbatas kepada hukuman jenayah
    pembunuhan dan mencederakan anggota
    badan sahaja tetapi meliputi diyat yakni
    ganti rugi.
     Pengertian & Contoh Kesalahan
Qisas, Takzir & Hudud - Sambungan
   Kesalahan Qisas dan Diyat

   Ketetapan kesalahan dan hukuman melalui
    Al Quran (Surah al Nisa 4:92) dan Hadis

   Wali atau keluarga mangsa bunuh boleh
    membuat pilihan keatas hukuman kepada
    pembunuh samada menuntut diyat atau
    bunuh balas.
     Pengertian & Contoh Kesalahan
Qisas, Takzir & Hudud - Sambungan
   Contoh kesalahan Qisas:

 orang yang membunuh manusia dengan
  sengaja
 orang yang menghilangkan salah satu anggota
  badan orang lain dengan sengaja
 orang yang melukakan atau mencederakan
  anggota badan orang lain dengan sengaja
     Pengertian & Contoh Kesalahan
Qisas, Takzir & Hudud - Sambungan
   Hukuman bagi kesalahan Qisas:

   membunuh dengan sengaja:
   Qisas atau kemaafan dari waris orang yang di
    bunuh
   Dosa
   Kifarah
   Terhalang daripada mewarisi dan menerima
    wasiat dari orang yang di bunuh.

   membunuh secara tidak sengaja:
   denda yang di kenali sebagai diyat = 100 ekor
    unta.
     Pengertian & Contoh Kesalahan
Qisas, Takzir & Hudud - Sambungan
   Kesalahan Takzir

   Kesalahan-kesalahan yang tidak termasuk di
    dalam kesalahan yang boleh di jatuhkan
    hukuman hudud atau qisas.

   Hukuman kepada pesalah dan kadar serta
    bentuk hukumannnya adalah berdasarkan
    kebijaksanaan kearifan hakim dengan tujuan
    hukuman itu akan menghalang pesalah daripada
    melakukan kesalahan itu dan bukan untuk
    menyiksa mereka.
     Pengertian & Contoh Kesalahan
Qisas, Takzir & Hudud - Sambungan
   Contoh kesalahan Takzir:

 Makan riba
 Pecah amanah
 Memberi / menerima rasuah
     Pengertian & Contoh Kesalahan
Qisas, Takzir & Hudud - Sambungan
   Hukuman bagi kesalahan Takzir:
   Sebatan
   Tahanan
   Buang daerah
   Nasihat
   Pemulauan
   Amaran tegas
   Perisytiharan umum
   Ganti rugi dan merampas harta
   Bunuh
     Pengertian & Contoh Kesalahan
Qisas, Takzir & Hudud - Sambungan
   Hudud dari segi istilah - kesalahan-kesalahan
    jenayah Hudud yang dikenakan hukuman
    hadd iaitu hukuman yang telah ditetapkan
    dan hukuman itu adalah hak Allah SWT.

   Ketetapan kesalahan dan hukuman melalui
    Al Quran dan Hadis
     Pengertian & Contoh Kesalahan
Qisas, Takzir & Hudud - Sambungan
   Kesalahan-kesalahan      Hudud     adalah
    perbuatan jahat yang boleh dihukum dengan
    keseksaan-keseksaan yang telah ditetapkan
    oleh Allah SWT, seperti yang dinyatakan
    dalam Surah al-Ma’idah ayat 38 yang
    bermaksud:

    “Dan orang lelaki yang mencuri dan orang
    perempuan       yang    mencuri,      maka
    hukumannya potonglah tangan mereka
    sebagai satu balasan dengan sebab apa yang
    mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu
    hukuman pencegah dari Allah. Dan ingatlah,
    Allah maha kuasa lagi maha bijaksana”
     Pengertian & Contoh Kesalahan
Qisas, Takzir & Hudud - Sambungan
   Dua ciri Hudud:

   hukuman Hudud bersifat keseksaan yang
    telah ditetapkan dan tidak boleh diubah oleh
    hakim atau pemerintah; dan
   perlaksanaan hukuman Hudud dibuat bagi
    menjamin hak-hak Allah.
      Pengertian & Contoh Kesalahan
 Qisas, Takzir & Hudud - Sambungan
      Jenis – jenis kesalahan yang boleh dikenakan
       hukuman Hudud:

i.     Mencuri
ii.    Zina
iii.   Menuduh Zina / Qazaf
iv.    Minum Arak
v.     Merompak
vi.    Murtad
vii.   Memberontak / Bughat
     Pengertian & Contoh Kesalahan
Qisas, Takzir & Hudud - Sambungan
   Hukuman bagi kesalahan Hudud Menurut Al
    Quran & Sunnah:

   Mencuri –
   Potong tangan – AlMaidah 38

   Zina –
   100 sebat – belum kahwin
   100 sebat & rejam – sudah kahwin
   AnNur 2
     Pengertian & Contoh Kesalahan
Qisas, Takzir & Hudud - Sambungan
   Menuduh Zina / Qazaf –
   80 kali sebat
   Tidak diterima persaksian

   Minum Arak
   40 sebat
   AlMaidah 90
     Pengertian & Contoh Kesalahan
Qisas, Takzir & Hudud - Sambungan
   Merompak
   Bunuh – guna keganasan & bunuh
   Dipalang – bunuh & rampas
   Potong tangan & kaki – merampas
   Buang negeri – ganggu ketenteraman awam
   AlMaidah 33

   Murtad
   Bunuh – tetapi suruh bertaubat dulu
     Pengertian & Contoh Kesalahan
Qisas, Takzir & Hudud - Sambungan
   Memberontak / Bughat
   Perangi sehingga kembali ke jalan Allah SWT
Kritikan, Isu-isu Rang Undang-Undang
     Hudud & Pendapat Yang Membela
1.    Isu Perlembagaan
2.    Kedudukan orang-orang bukan Islam
3.    Isu mengenai rogol & zina
4.    Pengecualian Circumstancial Evidence
5.    Isu mengenai Murtad
6.    Definisi Muhsan
7.    Hukuman untuk kesalahan mencuri
8.    Isu mengenai kesalahan minum arak
9.    Isu mengenai Qazaf
10.   Isu mengenai hukuman
Kritikan, Isu-isu Rang Undang-Undang
     Hudud & Pendapat Yang Membela
1. Isu Perlembagaan

   Bercanggah dengan Article 7(2) Perlembagaan
    Persekutuan dan Penal Code – kesalahan
    membunuh, mencuri, merompak ada di
    peruntukan di Penal Code – bahaya “double
    jeopardy” iaitu 1 kesalahan di hukum di 2
    mahkamah

   State List (Ninth Schedule, List 2 of the Federal
    Consitution) - kerajaan Negeri hanya dapat
    membuat undang-undang untuk orang Islam
    sahaja dan mahkamah syariah hanya dapat
    berkuatkuasa keatas orang Islam sahaja.
Kritikan, Isu-isu Rang Undang-Undang
     Hudud & Pendapat Yang Membela
   Akta   Mahkamah       Syariah (Bidangkuasa
    Jenayah)   1965     pindaan 1984    seperti
    mahkamah syariah hanya dibenarkan untuk
    menjatuhkan hukuman penjara keatas orang
    Islam sehingga tiga tahun atau denda
    sebanyak RM5,000 atau sebatan tidak
    melebihi enam kali sebatan.

   Dato Sri Dr. Mahathir (sekarang Tun Dr.
    Mahathir) - Rang Undang-Undang Hudud ini
    adalah ciptaan PAS
Kritikan, Isu-isu Rang Undang-Undang
     Hudud & Pendapat Yang Membela
   Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada masa
    itu, Dato Sri Anwar Ibrahim - beberapa tokoh
    ulama Islam telah dikatakan tidak bersetuju
    dengan Rang Undang-Undang Hudud dan berkata
    Rang Undang-Undang Hudud ini telah dibuat
    dalam keadaan yang tergesa-gesa.

   Dato Sri Dr. Mahathir yang mengatakan Rang
    Undang-Undang Hudud ini tidak adil kerana
    kesalahan orang Islam akan dikenakan hukuman
    yang berat seperti potong tangan bagi kesalahan
    mencuri berbanding dengan hukuman denda atau
    penjara sahaja bagi orang bukan Islam.
Kritikan, Isu-isu Rang Undang-Undang
     Hudud & Pendapat Yang Membela
Pendapat yang membela:

   Majlis Peguam Malaysia telah menubuhkan
    sebuah Jawantkuasa Syariah dan Undang-Undag
    Hudud. Jawatankuasa ini telah merumuskan
    bahawa mereka berpendapat bahawa Rang
    Undang-Undang Hudud ini adalah mengikut
    undang-undang Islam. Sesunguhnya adalah tidak
    benar dan tepat mengatakan bahawa Rang
    Undang-Undang Hudud ini adalah ciptaan PAS.
Kritikan, Isu-isu Rang Undang-Undang
     Hudud & Pendapat Yang Membela
   Kerajaan Persekutuan mencabul Perlembagaan
    Persekutuan Article 3(1) & 11(1) dengan tidak
    membenarkan perlaksanaan Rang Undang-Undang
    Hudud ini.

   Kritikan dilemparkan kerana kurang faham dan
    cenderong kepada sensasi politik
Kritikan, Isu-isu Rang Undang-Undang
     Hudud & Pendapat Yang Membela
2. Kedudukan orang-orang bukan Islam:

   Orang bukan Islam boleh pilih untuk diadili dibawah
    Rang Undang-Undang Hudud

   Dikatakan tidak sistematik kerana orang bukan
    Islam diberi peluang untuk memilih dan dapat lepas
    dari hukuman berat Hudud – contoh kes zina

   Bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan –
    Mahkamah Syariah hanya untuk orang Islam sahaja
Kritikan, Isu-isu Rang Undang-Undang
     Hudud & Pendapat Yang Membela
Pendapat yang membela:

   Adil – tiada paksaan boleh pilih

   Beban pembuktian tinggi – seperti tuduhan
    zina: 4 saksi lelaki Islam yang adil tidak
    melakukan dosa besar yang menyaksikan
    perbuatan zina itu
Kritikan, Isu-isu Rang Undang-Undang
     Hudud & Pendapat Yang Membela
3. Isu mengenai rogol & pembuktian zina:

   Wanita tidak diterima sebagai saksi

   Pengecualian circumstancial evidence dalam
    kes rogol

   Bukti zina melalui kehamilan dan kelahiran
    anak – wanita belum berkahwin seksyen 46(2)

   Mangsa rogol tidak dapat adakan saksi menurut
    Rang Undang-Undang Hudud – mungkin kena
    tindakan qazaf
Kritikan, Isu-isu Rang Undang-Undang
     Hudud & Pendapat Yang Membela
Pendapat yang membela:

   Seksyen 46(2) ada mengatakan walaupun
    kehamilan dan kelahiran anak oleh wanita
    belum berkahwin adalah bukti kesalahan zina
    tetapi tidak jika dapat dibuktikan sebaliknya –
    mungkin dapat digunakan oleh mangsa rogol

   Menurut hadis mangsa rogol tidak wajib
    dihukum
Kritikan, Isu-isu Rang Undang-Undang
     Hudud & Pendapat Yang Membela
   Hakim tidak wajib jatuh hukum hudud jika
    mendapati wanita mangsa rogol – Hj Said Hj
    Ibrahim bekas mufti Sabah

   Hakim boleh tidak mengikut     peruntukan
    hukuman berpandukan contoh:

   Saidina Omar menggantung hukuman potong
    tangan bagi pencuri kerana kemarau

   Nabi Yusuf – bebas dari tuduhan dengan 1
    saksi wanita dan circumstancial evidence
Kritikan, Isu-isu Rang Undang-Undang
     Hudud & Pendapat Yang Membela
4. Pengecualian Circumstancial Evidence:

   Seksyen 42(2) – saksi mesti melihat kejadian /
    kesalahan
   Circumstancial evidence seperti – DNA, keadaan
    mangsa tidak diterima

CF:
   Seksyen 46(2) kehamilan dan kelahiran anak bukti
    kesalahan zina – circumstancial evidence?
Kritikan, Isu-isu Rang Undang-Undang
     Hudud & Pendapat Yang Membela
Pendapat yang membela:

   Seksyen 39(2) pembuktian melalui pengakuan

   Imam Syafie, Abu Hanifah & Ibn Hanbal
    berpendapat jika wanita yang belum berkahwin itu
    dapat memberi penjelasan kehamilan sebab
    kesilapan atau paksaan – tidak wajib hukuman
    Hudud

   Contoh Nabi Yusuf – circumstancial evidence
    diterima
Kritikan, Isu-isu Rang Undang-Undang
     Hudud & Pendapat Yang Membela
5. Isu Murtad

   Definisi Murtad terlalu luas – tiada perbezaan
    antara Murtad dan penghinaan (blasphemy)

   Hukuman bunuh berasal daripada Hadis =
    murtad kesalahan Takzir
Kritikan, Isu-isu Rang Undang-Undang
     Hudud & Pendapat Yang Membela
Pendapat yang membela:

   Perbezaan definisi antara Murtad dan penghinaan
    (blasphemy) tidak timbul kerana jika penghinaan
    itu menyentuh akidah seperti Allah, Al Quran, para
    Nabi boleh dianggap Murtad kerana orang Islam
    yang sebenar tidak menghina ugama sendiri dengan
    sengaja

   Sebelum hukuman disuruh bertaubat dahulu

   Murtad mesti ditangani kerana boleh menjejaskan
    umat Islam
Kritikan, Isu-isu Rang Undang-Undang
     Hudud & Pendapat Yang Membela
6. Definisi Muhsan

Muhsan = berkahwin & pengalaman melakukan
 persetubuhan

Ghayr Muhsan = belum berkahwin / sudah tiada
 pengalaman melakukan persetubuhan
Kritikan, Isu-isu Rang Undang-Undang
     Hudud & Pendapat Yang Membela
   Adakah muhsan jika semasa berzina sudah
    bercerai?

   Rang Undang-Undang Hudud tiada menyentuh
    mengenai status perkahwinan bagi Muhsan
    jadi hukuman rejam sampai mati

   Muhammad Abduh – hukuman rejam sampai
    mati untuk orang berzina semasa berkahwin
Kritikan, Isu-isu Rang Undang-Undang
     Hudud & Pendapat Yang Membela
Pendapat yang membela:

   Tujuan syariah – menjaga ugama dan
    keturunan – zina melanggar tujuan syariah
    maka status perkahwinan tidak menjadi
    masalah bagi Muhsan
Kritikan, Isu-isu Rang Undang-Undang
     Hudud & Pendapat Yang Membela
7. Hukuman untuk kesalahan mencuri:

   Kesalahan mencuri kedua – potong sebahagian
    kaki kiri

   Ada pendapat minoriti tidak bersetuju –
    disahkan oleh Al Quran = Ibn Abbas & Ata
    (Surah Maryam 19:64)
Kritikan, Isu-isu Rang Undang-Undang
     Hudud & Pendapat Yang Membela
Pendapat yang membela:

   Kesalahan kedua membuktikan bahawa tiada
    keinsafan walaupun sudah di potong tangan
Kritikan, Isu-isu Rang Undang-Undang
     Hudud & Pendapat Yang Membela
8. Isu mengenai kesalahan minum arak:

   Minum arak dengan sengaja wajib hukuman
    Hudud    kerana    Allah   SWT     telah
    mengharamkannya

   Minum arak melanggar tujuan syariah –
    menjaga ugama dan akal

   Hadis menyokong hukuman sebat
Kritikan, Isu-isu Rang Undang-Undang
     Hudud & Pendapat Yang Membela
9. Isu mengenai Qazaf:

   Hak Allah SWT – Imam Syafie & Ibn Hanbal

   Hak manusia – Imam Abu Hanifah & Malik =
    bukan Hudud
Kritikan, Isu-isu Rang Undang-Undang
     Hudud & Pendapat Yang Membela
Pendapat yang membela:

   Mungkin hak manusia sebelum pengadilan
    tetapi hak Allah SWT selepas dibawa ke
    pengadilan kerana tiada pengampunan
    selepas itu
Kritikan, Isu-isu Rang Undang-Undang
     Hudud & Pendapat Yang Membela
10. Isu mengenai hukuman:
a.   Mencuri:
    Potong tangan – kesalahan berulangkali
     bukan kesalahan pertama – Abu Zahrah
    Tidak perlu potong tangan jika pesalah
     bertaubat

b.   Zina:
    Hukuman sebat adalah hukuman yang
     Standard – Al Quran
    Hukuman rejam tidak terdapat dalam Al
     Quran & hanya disokong oleh Hadis Ahad.
    Kesimpulan – Diantara Kebenaran Kritikan
            & Tanggungjawab Melaksanakan
                             Hukum Hudud
   Kritikan ada kebenaran dan asas kecuali ahli
    politik – Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim

   Rang Undang-Undang Hudud perlu peruntukan
    untuk membuka pintu ijtihad – saksi wanita,
    circumstancial evidence, hukuman
    Kesimpulan – Diantara Kebenaran Kritikan
            & Tanggungjawab Melaksanakan
                             Hukum Hudud
   Kaji semula supaya ambil kira masyarakat
    Malaysia dan relevansinya serta mencapai
    tujuan dan maksud syariah serta maslahahnya

   Perlaksanaan   undang      /    perjuangan
    menegakkan syariat Islam tidak pernah sunyi
    dari dugaan dan cabaran namun adalah
    tanggungjawab umat Islam

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags: Hudud, Islam
Stats:
views:637
posted:8/24/2010
language:Malay
pages:46
Description: This is a study into the attempt by the Kelantan State Government to introduce Hudud and Qisas Law through the passing of the Syariah Criminal Code (II) Bill 1993 (Rang Undang-Undang Hudud)in 1993. This commentary was using 1993 as its backdrop before the falling out of Dr Mahathir and Anwar Ibrahim. I submit to my fellow readers wise judgment and good conscience in reading this commentary. This commentary is purely sincere and honest in its analysis.