Surat Kiriman Rasmi dan Tidak Rasmi by ghazali76

VIEWS: 3,896 PAGES: 7

									    Baru-baru ini abang kamu telah ditimpa kemalangan dan terpaksa dirawat di
    sebuah hospital untuk beberapa hari.

    Semasa abang kamu di sana, kamu mendapati rawatan dan perkhidmatan yang
    diberikan oleh para doktor dan jururawat di situ amat memuaskan.

    Abang kamu juga berasa selesa kerana mereka pandai memujuk dan melayan
    kerenah para pesakit.

    Tuliskan sepucuk surat kepada pengarah hospital itu untuk melahirkan rasa
    tanda penghargaan kamu terhadap perkhidmatan yang sungguh
    memuaskan beserta conton-contoh yang relevan.

    Sarankan juga cara-cara untuk mengekalkan perkhidmatan yang bermutu tinggi
    itu.
                                    Bukti-bukti
                                                                       Abang
                                     layanan
    Masa abang                                                        Kamu
                                     yang baik
     di masukkan                                                       Jururawat
     ke hospital                                                       Doktor
    Masa kamu                                                         Para pesakit
                                     Bagaimana?
     melawat?
                    Bila?                                  Siapa?



                                     SAMMBoB
    Hospital       Mana?                                  Apa?      Abang
     Besar                                                          - dirawat di hospital
     Singapura                                                       Kamu
                                     Mengapa?                       -melawat abang

                                                                     Jururawat
                                   Abang ditimpa                   -memberi layanan yang baik
                                    kemalangan
                                   Kamu ingin membuat               Doktor
                                    penghargaan kepada              -memberi layanan yang baik
                                    Jururawat dan Doktor
                                   Para pesakit dilayan             Para pesakit
                                    dengan baik                     - menunjukkan pelbagai
                                                                    kerenah




                                                                                        1
Manaf Bin Samad
Blok 50 Jalan Dunia
#11-39
Singapura 777050

11 Ogos 2010

Pengarah
Hospital Besar Singapura
Outram Road
Singapura 169608

Tuan


Penghargaan Terhadap Perkhidmatan Para Doktor Dan Jururawat Yang Sungguh
Memuaskan


       Merujuk kepada perkara di atas, saya selaku salah seorang ahli keluarga kepada
pesakit yang dirawat di Hospital Besar Singapura, ingin melahirkan rasa tanda
penghargaan terhadap perkhidmatan pihak tuan yang sungguh memuaskan. Untuk
pengetahuan tuan, abang saya telah ditimpa kemalangan dan dirawat di Hospital Besar
Singapura, wad nombor 53, selama 5 hari, iaitu dari 1 Ogos sehingga 5 Ogos kerana
mengalami keretakan tulang kaki kirinya. Sepanjang lima hari sewaktu abang saya
berada di sana, dia dapati para doktor dan jururawat telah berjaya menjalankan tugas
mereka dengan cekap dan tabah untuk menangani pelbagai kerenah para pesakit.

(IBU 1)
ISI
       Perkara pertama yang telah menarik perhatian saya adalah para doktor dan
jururawat sentiasa memberi perangsang kepada para pesakit termasuk abang saya.

BUKTI
Sebagaimana yang kita maklum, para pesakit yang berada di hospital pasti berasa
sugul dan muram kerana memikirkan keadaan mereka. Namun demikian, pihak doktor
sentiasa memberi kata-kata perangsang sewaktu merawat para pesakit dan memberi
tip-tip agar para pesakit dapat pulih dengan segara. Selain itu, jururawat yang merawat
pesakit juga sentiasa memberi senyuman setiap kali memberi ubat kepada para pesakit.
Mereka juga akan mengajak para pesakit berbual-bual dan berjenaka sewaktu memberi
rawatan.

ULASAN/PENDAPAT
Dengan ini, kemesraan yang ditunjukkan para doktor dan jururawat akan membuat para
pesakit lebih tenteram dan tenang.




                                                                                     2
(IBU 2)
ISI
       Selanjutnya, jururawat akan sentiasa bergegas dengan segera setiap kali
pesakit memerlukan mereka.

BUKTI
Sebagai contoh, jururawat yang bertugas tidak akan berlengah sebaik sahaja para
pesakit menekan butang untuk mendapatkan perkhidmatan jururawat berdering di
kaunter jururawat. Mereka akan tiba di hadapan pesakit dengan senyuman dan cuba
menunaikan setiap permintaan para pesakit dengan tanpa sebarang rungutan.

ULASAN/PENDAPAT
Pada hemat saya, sikap jururawat yang sentiasa positif dan cekap ini akan membuat
para pesakit berasa diri mereka sentiasa dijaga dengan baik.


(IBU 3)
ISI
      Seperkara lagi, para doktor dan jururawat sentiasa bersikap tenang dan sabar
sewaktu menjalankan tugas.

BUKTI
Tidak dapat dinafikan bahawa ada di kalangan para pesakit yang bersikap kasar dan
kurang sopan. Namun demikian, para jururawat dan doktor akan tetap melayan dengan
sabar dan tenang. Mereka akan sentiasa cuba memujuk dan memuji para pesakit
sungguhpun diri mereka dicemuh dan diherdik.

ULASAN/PENDAPAT
Jelaslah bahawa kesabaran yang ditunjukkan para doktor dan jururawat
mengkagumkan. Mereka tidak bertindak kasar terhadap para pesakit sebegitu malah
menggunakan kata-kata yang dapat meredakan kemarahan sebilangan para pesakit.




( Jambatan )
         Maka di sini tidak dapat saya menafikan bahawa perkhidmatan yang diberi
oleh para doktor dan jururawat amat memuaskan. Justeru, ingin saya ambil
kesempatan untuk memberi membeberapa saranan agar perkhidmatan yang bermutu
tinggi tersebut dapat terus diraih oleh para pesakit khususnya.




                                                                                3
(Saranan-IBU 1)
ISI
        Pertama sekali, bolehlah kiranya pihak hospital menjalankan kursus-kursus
tertentu agar para doktor dan jururawat dapat mempertingkatkan mutu perkhidmatan
mereka.

BUKTI
Sebagai contoh, pihak hospital boleh menjemput atau mengundang pakar psikologi
untuk menjalankan kursus khusus buat para doktor dan jururawat agar mereka dapat
memberi layanan yang lebih baik kepada para pesakit yang sering membuat kerenah.

ULASAN/PENDAPAT
Dengan berbuat demikian, maka para doktor dan jururawat akan lebih bersedia
berhadapan dengan para pesakit yang sering dikatakan memberi masalah kepada para
doktor dan jururawat.


(Saranan-IBU 2)

ISI
       Seterusnya untuk meningkatkan kelakonan para doktor dan jururawat, pihak
hospital boleh memberi ganjaran kepada mereka yang sentiasa didapati memberi
perkhidmatan yang terbaik kepada para pesakit.

BUKTI
Sebagai contoh, pihak hospital boleh kiranya memberi ganjaran berbentuk wang
kepada para doktor dan jururawat yang menunjukkan kelakonan yang cemerlang pada
setiap akhir tahun. Mereka juga akan diberi sijil kepada tanda penghargaan daripada
pihak hospital.

ULASAN/PENDAPAT

Dengan ini, para doktor dan jururawat akan lebih bersemangat untuk memberikan
perkhidmatan yang terbaik kepada setiap pesakit.



KESIMPULAN

Akhir kata, saya berharap saranan-saranan yang dikemukakan dapat dipertimbangkan
agar mutu perkhidmatan yang diberikan kepada pesakit terus meningkat. Atas
keprihatinan dan kerjasama tuan, saya dahului dengan ribuan terima kasih.


Sekian. Terima kasih.



Yang benar ( b harus kecil)




                                                                                 4
                              Surat Kiriman Tidak Rasmi

Kamu mempunyai seorang teman yang menghadapi masalah berkomunikasi dengan ibu
bapanya.

Dia berasa terasing kerana seolah-olah tidak dipedulikan oleh mereka.

Akibatnya, dia tidak dapat memberi tumpuan di dalam kelas dan ini menjejas
pelajarannya.

Tulis sepucuk surat kepada teman kamu itu untuk memberi kata-kata perangsang.

Sarankan juga kepadanya cara-cara untuk mengeratkan lagi hubungannya dengan ibu
bapanya.




                                    Beri saranan
                                     mengatasi
   Sewaktu                          masalah-                          Teman kamu
    guru                             masalah
                                                                       Diri Kamu
    mengajar
                                                                       Ibu bapa
                                    Bagaimana?                         teman
                      Bila?                             Siapa?



                                     SAMMBoB
                                                                       Teman ada
   Rumah            Mana?                              Apa?            masalah
   Di dalam                                                            berkomunikasi
    kelas                                                               dengan ibu
                                     Mengapa?                           bapa
                                                                       Tidak dapat
                                                                        fokus di dalam
                                    Kamu memberi kata-                 kelas.
                                     kata perangsang.
                                    Kamu memberi
                                     saranan
                                    Pelajaran teman
                                     semakin merosot




                                                                                     5
Manaf Bin Samad
Blok 50 Jalan Delima
#11-23
Singapura 771122


11 Ogos 2010


Menemui sahabatku
Dengan selamatnya


Saudara


PENGENALAN
              Apa khabar saudara di sana? Saya di sini baik- baik belaka. Saya
berharap saudara begitu hendaknya. Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kerana saudara sudi berkongsi masalah saudara bersama saya. Saya
bersimpati dengan saudara kerana masalah berkomunikasi dengan ibu bapa saudara
telah menyebabkan saudara kurang memberi tumpuan di dalam kelas sehingga
menjejas pelajaran.

MASALAH 1: MASALAH KOMUNIKASI
               Sebenarnya saudara, di dunia ini tiada ibu bapa yang membenci sorang
anak yang baik seperti saudara. Sebagaimana yang kita semua maklum , ibu bapa pada
pada dewasa ini terpaksa keluar bekerja mencari nafkah buat anak-anak. Kadang-kala,
mereka terpaksa pulang lewat. Oleh itu sebaik sahaja mereka pulang, mereka akan
berasa terlalu letih dan tidak banyak berbual-bual bersama anak-anak mereka. Justeru,
saya berharap saudara tidak bersikap prasangka terhadap sikap ibu bapa saudara.

MASALAH 2: MASALAH SEKOLAH
              Seperkara lagi, saya dapati saudara sering mengelamun dan termenung
sewaktu guru sedang mengajar. Akibatnya, saudara dimarahi guru kerana tidak dapat
menjawab soalan yang ditanya guru. Saya sememangnya bersimpati dengan masalah
yang saudara hadapi tetapi saya berharap saudara tidak telalu emosi sehingga menjejas
pelajaran saudara. Sesungguhnya, saudara perlu ketahui bahawa pelajaran itu penting
kerana masa depan kita bergantung dengan pencapaian akademik kita sendiri.

SARANAN 1
              Justera, saya ingin membantu saudara meleraikan kekalutan (masalah )
yang saudara hadapi kini. Pada hemat (pendapat) saya, saudara perlu memanfaatkan
hujung minggu iaitu hari Sabtu dan Ahad untuk berinteraksi bersama mereka. Antara
perkara yang boleh saudara lakukan ialah menyediakan sarapan dan mengajak mereka
makan bersama. Sewaktu menjamu selera, bolehlah kira saudara berkongsi bersama
ibu bapa saudara mengenai aktiviti sewaktu di sekolah. Selain itu, saudara bolehlah
kiranya menonton rancangan televisyen bersama-sama mereka jika mereka terlalu letih
untuk besiar-siar di luar. Saudara boleh mengajak mereka berbincang mengenai
rancangan televisyen tersebut dengan bertanya tentang pendapat mereka. Sekiranya
saudara dapat melakukan seperti mana yang saya sarankan maka saya yakin bahawa


                                                                                   6
saudara tidak akan berasa terpinggir atau diketepikan. Pada masa yang sama pelajaran
saudara juga akan meningkat kerana emosi saudara tidak berasa tertekan lagi.


PENUTUP
Saudara, saya mengakhiri surat ini. Saya berharap saya akan mempertimbangkan
saranan-saranan yang telah saya jelaskan. Semoga saya dapat dengan segera
menangani masalah ini kerana saya yakin saudara pasti mampu meleraikan segala
masalah yang ada.


Sekian sahaja coretan saya untuk kali ini. Diharapkan kita berjumpa jika umur panjang.



Yang ikhlas (i kecil)




                                                                                         7

								
To top