BAHAGIAN A (i) by yud98542

VIEWS: 33 PAGES: 6

									02/2                                                                          SULIT

SULIT
02/2
Bahasa
Melayu
Kertas 2
Mei
2000
2 jam




                         SEKOLAH-SEKOLAH
                   KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

                     PEPERIKSAAN SEMESTER PERTAMA
                      PENILAIAN MENENGAH RENDAH



                                    BAHASA MELAYU
                                            Kertas 2
                                            Dua jam




                     JANGAN BUKA SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

    1. Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian.
    2. Bahagian A terdiri daripada Bahagian A (i) dan Bahagian A (ii). Anda
           dikehendaki menjawab kedua-dua bahagian tersebut.
    3. Bahagian B tidak mempunyai pilihan.
    4. Bahagian C mempunyai lima pilihan dan anda dikehendaki menjawab satu
           soalan sahaja.
    5. Bahagian D           tidak mempunyai pilihan.




                     Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak



02/2                                                                    Lihat Sebelah
                                                                               SULIT
SULIT                                     1                                       02/2


                                 BAHAGIAN A (i)
                            [Masa dicadangkan : 40 minit]
                                    [20 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang fungsi-fungsi
sukan. Panjang karangan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda
digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

       Memang tidak dapat disangkal bahawa sukan memainkan peranan penting dalam
membentuk kesihatan tubuh yang paling berkesan. Namun demikian, fungsinya kini
sudah jauh ke hadapan. Sukan kini telah menjadi satu aset bagi sesebuah negara dalam
mempelopori kemasyhuran. Hal ini terbukti apabila banyak negara yang masyhur kerana
kejayaan dalam sukan. Ternyata sukan dapat membantu untuk mengharumkan nama
negara di persada dunia. Malaysia juga kini telah lebih dikenali kerana pencapaian yang
cemerlang dalam sukan badminton, skuasy, hobi, dan sebagainya.

       Dari segi ekonomi, sukan juga menguntungkan industri pengiklanan. Syarikat-
syarikat berlumba-lumba untuk membuat liputan secara langsung sesuatu acara sukan
dan tidak ketinggalan juga syarikat pengiklanan yang tidak putus-putus mahu menjadi
penaja utama. Semuanya ini bertujuan untuk kebaikan semua pihak baik media dan
syarikat pengiklanan yang mahu membuat promosi barangan atau perkhidmatan mereka.

        Bagi negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum seperti Malaysia, sukan
dapat digunakan sebagai alat integrasi atau menyatupadukan masyarakat. Ketinggalan
sukan yang melibatkan pelbagai kaum dan etnik menyediakan peluang untuk mereka
sentiasa bekerjasama, salingf memahami dan menyemai konsep memerlukan antara satu
sama lain. Dengan itu, dapat memupuk semangat kesukanan yang kuat sesama mereka
sekali gus mengeratkan perpaduan dan mengikis aspek negatif ke arah keharmonian
negara.

       Jalinan politik antara negara juga dapat dikukuhkan dengan pelbagai temasya
sukan yang dianjurkan seperti Piala Dunia, Sukan Olimpik, Sukan Komanwel, Sukan Sea
dan tidak kurang juga temasya sukan di peringkat kebangsaan seperti Sukma yang telah
pun berakhir beberapa hari yang lalu. Begitu juga dengan perlawanan bola sepak antara
pasukan MyTeam menentang pasukan Kebangsaan. Jalinan dua hala dapat dibentuk
dengan semangat sukan jitu. Soal menang atau kalah bukanlah perkara yang menjadi
tumpuan.

                                       (Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Perubahan
                                       Fungsi Sukan” oleh Shahril Anuar Abdul Ghalim
                                                  Dalam Utusan Malaysia, 7 Jun 2006)




02/2                                                                  Lihat Sebelah
                                                                             SULIT
SULIT                                     2                                     02/2



                          BAHAGIAN A (ii) : Pemahaman
                                 [10 markah]


Berdasarkan petikan Bahagian A, jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.


   (i)     Apakah maksud rangkai kata liputan secara langsung?
                                                                          [2 markah]

   (ii)    Berdasarkan petikan, bagaimanakah sukan menyatupadukan masyarakat?
                                                                      [4 markah]

   (iii)   Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan supaya Malaysia mampu
           mencipta kejayaan cemerlang dalam bidang sukan?
                                                                           [4 markah]




02/2                                                                Lihat Sebelah
                                                                           SULIT
SULIT                                   3                                     02/2



                                 BAHAGIAN B
                           [Masa dicadangkan : 25 minit]
                                   [20 markah]


Lihat carta di bawah. Huraikan pendapat anda tentang faktor-faktor kecemerlangan
pelajar dalam bidang akademik dan kokurikulum. Panjang huraian anda hendaklah lebih
daripada 120 patah perkataan.




                                     Galakan
                                   daripada ibu
                                  bapa, keluarga
                                    dan guru

                                                                 Tidak
           Bersikap                                           tenggelam
          positif dan                                           dengan
         rajin berlatih                                       sanjungan



                                     Pelajar
                                    Cemerlang




            Tidak                                              Cekap
         mementingkan                                         mengurus
           ganjaran                                            masa



                                    Menaikkan
                                   nama negara




02/2                                                              Lihat Sebelah
                                                                         SULIT
SULIT                                      4                                       02/2



                                     Bahagian C
                         [ Masa yang dicadangkan : 45 minit ]
                                    [ 40 markah ]

Tulis sebuah karangan tentang satu daripada perkara di bawah. Panjang karangan
anda hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.


(a)    Sebagai ketua pengarang Majalah Sekolah, anda telah diminta mewawancara
       olahragawan sekolah.
       Tulis wawancara itu selengkapnya.


(b)    Tahun 2007 merupakan Tahun Melawat Malaysia.
       Bincangkan langkah-langkah untuk menarik minat pelancong dari dalam dan
       luar negara melancong ke negara kita.


(c)    Sewaktu anda dalam perjalanan pulang ke kampung bersama-sama keluarga,
       kenderaan yang anda naiki dirempuh oleh sebuah bas lalu terbabas.
       Perihalkan peristiwa yang berlaku seterusnya.


(d)    Sekolah anda akan merayakan Hari Guru pada 16 Mei tahun ini. Sebagai
       Ketua Pelajar, anda diminta menyampaikan ucapan mewakili para pelajar di
       sekolah anda.
       Tulis teks ucapan anda selengkapnya.


(e)    Tindakan ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke kelas tuisyen dikatakan telah
       menyebabkan anak-anak tidak ada masa melibatkan diri dalam aktiviti lain.
       Jelaskan pendapat anda tentang pernyataan tersebut.




02/2                                                                 Lihat Sebelah
                                                                            SULIT
SULIT                                      5                                     02/2


                                     Bahagian D
                         [ Masa yang dicadangkan : 10 minit ]
                                    [ 10 markah ]

Jawapan mestilah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji sama ada di
Tingkatan1, Tingkatan 2 atau Tingkatan 3.

(i)     Meniti Kaca, karya R. Sabarudin R. Abdullah
(ii)    Anak Din Biola, karya Maaruf Mahmud
(iii)   Aku Anak Timur, karya Siti Aminah Hj. Yusuf
(iv)    Limpahan Darah di Sungai Semur, karya Zakaria Salleh
(v)     Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini
(vi)    Tragedi Empat Disember, karya Dzul Karnain Ithnain
(vii)   Timulak Kapal Perang, karya Azmah Nordin
(viii) Kapten Hassan Wira Bangsa, karya Harun Johari
(ix)    Panas Salju, karya Talib Samad
(x)     Merdeka! Merdeka!, karya A. Rahman Hanafiah
(xi)    Ekspedisi, karya Mohd Ghazali Tocheh
(xii)   Kanang Cerita Seorang Pahlawan, karya Maznan Nordin


                                   PENGAJARAN
                -   Kita hendaklah bekerjasama melakukan sesuatu tugas.
                -   Kita mestilah saling menghormati antara satu sama lain.
                -   Kita mestilah mempunyai semangat cinta akan negara.

Berdasarkan novel yang telah anda kaji, berikan satu contoh peristiwa yang menjelaskan
setiap pengajaran yang dinyatakan di atas.




                             KERTAS SOALAN TAMAT




02/2                                                                   Lihat Sebelah
                                                                              SULIT

								
To top