Docstoc

adab & amalan

Document Sample
adab & amalan Powered By Docstoc
					RENUNGAN 1 - ADAB MENGUAP

1. Menahan menguap sekadar termampu:

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a., daripada Nabis.w.a., bahwasanya
baginda bersabda yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah Ta'ala suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka
apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillaah', maka adalah hak atas
setiap Muslim yang mendengarnya mengucapkan 'Yarhamukallaah!'. Adapun menguap itu
adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya
sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan
mentertawakannya.

 2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap:

Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said Al-Khudri r.a., katanya :

Telah bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana
sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka).

Kebanyakan ulama menghukumkan sunnat meletakkan tangan di mulut ketika menguap, sama
ada di dalam sembahyang ataupun di luarnya.

3. Makruh mengangkat suara ketika menguap:

Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan At-Termizi daripada nabi s.a.w., katanya yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang
menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi haaa haaa, kerana
yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu.

Ibnu As-Sunni telah meriwayatkan pula daripada Abdullah bin Az-Zubair r.a., katanya:
Telah bersabda Rasullah s.aw. yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah azzawajalla membenci mengangkat suara ketika menguap dan bersin.

Ada diriwayatkan iaitu apabila seseorang itu dapat menahan menguap, lalu dia berkhayal dalam
ingatannya, bahawasanya Nabi alaihis-salam tidak pernah menguap sama sekali, niscaya akan
hilang perasaan hendak menguap itu dengan izin Allah.
 RENUNGAN 2 - FADHILAT AL-QURAN

1.Membaca 10 ayat dalam satu malam

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Barangsiapa membaca 10 ayat dalam satu malam ianya tidak akan dimasukkan di kalangan
orang-orang yang lalai"

Ianya cuma mengambil masa beberapa minit saja untuk membaca 10 ayat. Berbuat demikian
akan menyelamatkan seseorang itu daripada digolongkan di kalangan orang-orang lalai bagi
malam tersebut. Ini adalah ganjaran yang begitu besar sekali.

2.Membaca 100 ayat dalam satu malam

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Barangsiapa menjagai 5 kali sembahyangnya tidak akan dimasukkan di kalangan orang-orang
yang lalai, dan barangsiapa membaca 100 ayat dalam satu malam ia akan dimasukkan di
kalangan orang-orang yang taat"

Ada lagi hadith yang memberikan kelebihan membaca Al_Quran sebanyak 100, 200, 500 hingga
1000 ayat dalam satu malam. Baik bagi kita cuba amalkan hadith yang pertama dulu sebagai
amalan bagi malam hari kita sebagai permulaan. Kalau sebelum tidur kita membaca buku, surat
khabar, majalah dan sebagainya eloklah dilatih diri kita dengan membaca Al-Quran sebanyak
10 ayat sekurang-kurangnya.

3. Kelebihan surah Yasin

Ata Ibn-e Abi Ribah berkata bahawa Rasulullah s.a.w. diberitakan telah
bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang membaca surah Yasin di permulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu akan
dipenuhi"

Ada banyak lagi kelebihan surah Yasin yang disebutkan di dalam banyak hadith-hadith. Di
antaranya adalah seperti berikut:

a. Adalah dikatakan dalam sebuah hadith, "Segala sesuatu mempunyai hati,
dan hati bagi Al-Quran ialah surah Yasin. Barangsiapa membaca surah Yasin, Allah s.w.t. akan
menuliskan pahala baginya seumpama ia membaca seluruh Al-Quran sebanyak 10 kali."

b. Menurut satu riwayat Rasulullah s.a.w. bersabda, "Hatiku mengkehendaki supaya surah Yasin
berada di setiap hati ummatku."

c. Diriwayatkan daripada hadith yang lain, "Barangsiapa membaca surah Yasin, ia akan
diampunkan, sesiapa sahaja yang membacanya semasa kelaparan, akan dihilangkan
kelaparannya itu, barangsiapa membacanya dikala sesat jalan, akan menjumpai jalannya
semula, barangsiapa membacanya kerana kehilangan binatang, akan mendapatnya semula, dan
bila seseorang itu membacanya kerana bimbangkan kekurangan makanannya, makanan itu
akan mencukupi. Dan jika ia membaca kepada orang yang menghadapi penderitaan maut, akan
dimudahkan baginya. Dan jika seseorang itu membacanya ke atas perempuan yang sukar untuk
melahirkan anak, akan dimudahkan juga bayinya."



Untuk makluman selanjutnya, bahawa tiada nas dari Nabi Muhammad saw. Mengenai kelebihan
membaca surah Yassin pada malam jumaat. Ulama menyarankan membacanya pada malam
jumaat kerana menghormati kemulian yang terdapat pada malam jumaat.
RENUNGAN 3 - KELEBIHAN HARI JUMAAT

1. Kelebihan berdoa pada hari Jumaat

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. daripada Rasulullah s.a.w., bahawasanya beliau bersabda
yang bermaksud:

"Allah menciptakan nabi Adam pada hari Jumaat dan menempatkannya di dalam syurga pada
hari Jumaat, dan mengeluarkannya daripada syurga pada hari Jumaat, dan bertaubat ia pada
hari Jumaat. Dan hari Jumaat itu adalah hari yang sangat mustajab bagi hamba yang islam untuk
berdoa kepada Allah"

2. Kelebihan mengadakan perhubungan dan pernikahan pada hari Jumaat

Diriwayatkan daripada Muslim bin Abdullah, daripada Said bin Jubir, daripada Anas bin Malik r.a.,
dia berkata:


Rasulullah s.a.w. ditanya oleh sahabat tentang hari Jumaat. Maka jawab baginda nabi: "Hari
Jumaat adalah hari yang baik untuk mengadakan perhubungan dan pernikahan".

Tanya sahabat: "Mengapakah dikatakan dengan demikian itu ya Rasulullah?"

Jawab nabi: "Kerana bahawasannya nabi-nabi ramai yang bernikah pada hari itu"

Sebahagian ulama berkata ada 7 pernikahan yang dilakukan oleh para nabi dan auliya' pada hari
Jumaat seperti di bawah:

i. Pernikahan nabi Adam a.s. dengan Hawa
ii. Pernikahan nabi Yusof a.s dengan Zulaikha
iii. Pernikahan nabi Musa a.s. dengan Shafura (anak nabi Su'aib a.s.)
iv. Pernikahan nabi Sulaiman a.s dengan ratu Balqis
v. Pernikahan nabi Muhammad s.a.w. dengan Khadijah r.anha
vi. Pernikahan nabi Muhammad s.a.w. dengan Siti Aisyah r.anha
vii. Pernikahan Ali bin Abu Talib r.a. dengan Fatimah Az-Zahra r.anha
RENUNGAN 4 - FADHILAT ZIKIR

Muaz ibnu Jabal r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. Pernah bersabda yang bermaksud:

"Tiada seseorang yang mengerjakan sesuatu amalan yang lebih selamat baginya dari siksa
kubur daripada zikrullah"

Keterangan:

Kedasyatan siksa kubur tentunya telah diketahui oleh orang-orang yang pernah menbaca hadith-
hadith yang mengandungi keterangan-keterangan siksa kubur itu.

Setiap kali Usman r.a. menziarahi perkuburan maka beliau menangis terisak-isak sehingga
membasahi janggutnya yang mulia. Seorang bertanya kepada beliau:

"Tuan tidak pernah menangis tatkala tuan mendengar perkabaran-perkabaran tentang syurga
dan neraka seperti mana tuan menangis ketika menziarahi perkuburan ini"

Beliau menjawab:

"Kubur ini adalah merupakan persinggahan yang pertama dalam perjalanan menuju ke alam
akhirat. Barang siapa yang telah selamat di tempat persinggahan yang pertama ini maka
persinggahan-persinggahan yang berikut akan dipermudahkan baginya. Sebaliknya, barang
siapa yang gagal di tempat persinggahan yang pertama ini maka ia akan mengalami berbagai
kesulitan di persinggahan-persinggahan yang berikutnya".

Selanjutnya beliau berkata:

"Aku mendengar baginda Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

"Tidak pernah aku menyaksikan sesuatu pemandangan yang lebih menakutkan daripada
kejadian-kejadian yang berlaku di dalam kubur ".

Siti Aisyah r.anha memberitakan bahawa selepas tiap-tiap sembahyang adalah baginda
Rasulullah s.a.w. memohon perlindungan dari siksa kubur.

Zaid r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:

"Aku khuatir kamu tidak akan mengebumikan mayat-mayat lantaran gentar dan takut jika aku
berdoa kepada Alla s.w.t. supaya ia mempersaksikan kepada kamu akan keadaan dan azab
siksa kubur. Setiap makhluk pernah mendengar suara siksa kubur kecuali makhluk-makhluk
manausia dan jin"

Keterangan:

Diberitakan dalam sebuah hadith bahawa sekali baginda Rasulullah s.a.w. berada dalam satu
perjalanan, dengan tak semena-mena unta yang dikenderai baginda enggan kemuka seolah-
olahnya ada sesuatu yang sedang berlaku di situ.

Seorang bertanya: "Kenapa sedemikian ini Ya Rasulullah s.a.w.?"

Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ada seorang yang sedang disiksa didalam kuburnya.
Suara siksa kubur ini terdengar oleh unta ini, itulah yang menyebabkan ia takut dan enggan
kemuka.

Dalam sebuah hadith ada diberitakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. melalui dua kubur lalu
baginda bersabda:

"Ahli kedua-dua kubur ini sedang disiksa. Seorangnya disiksa kerana mengumpat dan seorang
lagi disiksa kerana ia tidak menjaga kebersihan ketika ia beristinja (buang isr kecil)".

Ibnu Hajar Makki rah.a. menulis bahawa menurut hadith yang sah kebanyakan siksa kubur
dikenakan ialah kerana tidak dijaganya kebersihan istinja itu.

Adalah dilaporkan oleh sebuah hadith bahawa persoalan yang mula-mula sekali akan disoal di
dalam kubur ialah mengenai istinja.

Semoga Allah s.w.t. memberikan kekuatan kepada kita semua untuk mengamalkannya.
Wasaalam.

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Tags: adab, ibadah, amalan
Stats:
views:138
posted:8/21/2010
language:Malay
pages:7
Description: Beberapa adab dan amalan bagi Muslim