TUGASAN 2 by aziziwahab30

VIEWS: 2,057 PAGES: 6

									TUGASAN 2 : PENGAJARAN BERBANTUKAN BAHAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB
AZIZI BIN WAHAB [ M20091000317]
SARJANA PENDIDIKAN [KEPIMPINAN PEDAGOGI]
FAKULTI SAINS KOGNITIF & PEMBANGUNAN MANUSIA
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS



A.Menggunakan Model ASSURE dalam menentukan perancangan pengajaran Matematik
Tambahan Tingkatan 4




Model ASSURE adalah akronim bagi analisis ciri-ciri murid (analyze learners), sediakan objektif
pengajaran (state objectives), seleksi kaedah, media dan bahan sumber (select methods, media
& materials), urus penggunaan media dan bahan sumber (utilize media & materials), respon
dan penglibatan murid (require learner participation) dan evaluasi/ penilaian serta semakan
semula (evaluate & revise).

Model ASSURE dapat membantu guru memilih dan menentukan penggunaan pelbagai media
dan bahan sumber pendidikan pada tahap optima. Model berbentuk prosedural ini
menyediakan panduan kepada guru untuk merancang, melaksana dan menilai pengajaran
menggunakan media dan bahan sumber pendidikan. Matlamat utama Model ASSURE adalah
untuk membantu guru merancang pemilihan dan penilaian penggunaan media dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

Model ASSURE menyenaraikan enam langkah iaitu analisis ciri-ciri murid, sediakan objektif
pengajaran, seleksi kaedah, media dan bahan, urus penggunaan media dan bahan sumber,
respon dan penglibatan murid, dan evaluasi / penilaian serta semakan semula.
1. Analisis Murid

   Bilangan pelajar di dalam kelas terdiri daripada 39 orang pelajar, 19 orang pelajar lelaki
   (11 Melayu, 1 Cina dan 7 India ) dan 20 orang pelajar perempuan (12 Melayu, 2 Cina dan
   6 India ) . Seramai 2 orang pelajar yang memperolehi gred A dalam setiap peperiksaan
   yang diadakan. Manakala seramai 5 orang pelajar dalam kelompok gred B, 4 orang
   dalam kelompok gred C dan 8 orang dalam kelompok gred D , 11 orang dalam
   kelompok gred E dan 9 orang dalam kelompok gred F. Kebanyakkan pelajar didalam
   kelas ini datangnya daripada keluarga yang sederhana. Sebahagian besar pelajar
   didalam kelas ini tidak mempunyai kemahiran yang kukuh dalam mata pelajaran
   matematik. Hanya sejumlah kecil sahaja pelajar yang boleh mempunyai asas matematik
   yang kukuh. Gaya pembelajaran pelajar lebih tertumpu kepada pemusatan guru dan
   motivasi pelajar agaklah kurang rendah kerana mereka beranggapan subjek Matematik
   Tambahan merupakan subjek yang memeningkan dan susah. Bagi tajuk Mean, Mode ,
   Median of Ungrouped Data , yang akan diajar pelajar mesti memahami asas-asas
   statistik ‘mean, median dan mode’.

2. Sediakan Objektif / Hasil Pembelajaran
          2.1 Objektif Matapelajaran
              Diharap pelajar dapat memahami dan menggunakan konsep pengukuran
              pusat kecenderungan dalam menyelesaikan masalah
          2.2 Objektif Kemahiran

              Diakhir pengajaran dan pembelajaran pelajar diharapkan dapat

              a. Mengira nilai mean, median dan mode data tak terkumpul
              b. Menentukan mean, median dan mode data tak terkumpul
          2.3 Nilai Murni
              Nilai-nilai murni yang diterapkan didalam pengajaran dan pembelajaran tajuk
              mean, median dan mode data tak terkumpul seperti dibawah:
              a. Bersedia
              b. Memberi perhatian semasa penerangan disampaikan oleh guru
              c. Memberi tumpuan sepenuhnya semasa proses pengajaran dan
                    pembelajaran bermula
3. Memilih Kaedah, Media dan Bahan

   Bagi menjayakan pengajaran tajuk mean, median dan mode data tak terkumpul, alat
   bantuan mengajar yang digunakan terdiri daripada buku teks Matematik Tambahan
   Tingkatan 4, sukatan pelajaran Matematik Tambahan Tingkatan 4, komputer, paparan
   slide power point dan lembaran kerja. Bahan-bahan ini bersesuaian dengan tajuk yang
   diajar dan dapat membantu serta sesuai dengan objektif dan tajuk bagi menarik minat
   murid untuk belajar dan menguasai pelajaran dengan sepenuhnya .
         3.1 Mengandungi unsur-unsur menghiburkan
             Alat bantu mengajar persembahan power point yang digunakan mempunyai
             daya tarikan dan menghiburkan dengan adanya animasi dan pautan kepada
             bahan yang diolah dan dimanipulasi dari laman-laman web yang berkaitan
             dengan tajuk mean, median dan mode data tak terkumpul
         3.2 Menarik minat dan mencetuskan motivasi
             Alat bantu mengajar persembahan power point dan lembaran kerja yang
             dibina untuk pengajaran bersesuaian dengan tahap kebolehan pelajar. Ini
             bertujuan untuk menarik minat pelajar dan memberi motivasi. Bahan
             persembahan power point itu menggunakan bahasa yang mudah dan contoh
             yang jelas. Manakala dari segi lembaran kerja yang diedarkan kepada pelajar
             merangkumi kesemua objektif pengajaran yang telah disampaikan


4. Menggunakan Media dan Bahan

   Bahan bantu mengajar disusun dengan kemas supaya proses pengajaran dan
   pembelajaran dapat berjalan dengan lancer. Sebelum bahan paparan slide power point
   diguna untuk dipra tonton kepada pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran
   dilihat oleh guru supaya bahan dapat digunakan dengan sepenuhnya dan membantu
   guru untuk memudahkan proses Pnp. Semasa bahan sedang digunakan bagi mencapai
   objektif matapelajaran, dalam langkah kedua bagi memastikan pelajar memberi
   perhatian yang sepenuhnya kepada perisian pembelajaran yang dipaparkan melalui
   komputer yang dipancarkan ke layar melalui LCD kerana kandungannya merupakan isi
   pelajaran mengenai konsep mengira dan menentukan mean, median dan mode data tak
   terkumpul yang berbantukan komputer seperti ini menambah minat murid untuk
   meneroka isi pelajaran yang akan disampaikan. Rio Sumarji Sharifuddin (1997) dalam
   kajiannya ‘Pengajaran dan Pembelajaran Sains Berbantukan Komputer’ mendapati
   pembelajaran yang menggunakan kaedah perayauan (exploratory) dan penemuan lebih
   berjaya berbanding pelajar yang hanya didedahkan dengan kaedah tradisional.
   Sementara kajian ilmiah yang dijalankan oleh Kulik (1983, 1984, 1986) dan Robyler
   (1988) telah membuktikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran berbantukan
   komputer (PPBK) atau dengan erti kata lain penggunaan perisian pendidikan
   (courseware) telah meningkatkan mutu dan pencapaian pelajar.

5. Memerlukan Penyertaan Pelajar

   Menurut Wan Abdul Kadir (2005) bagi memastikan proses pembelajaran berlaku, murid
   perlu dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran seperti membuat latihan, perbincangan,
   latih tubi, kuiz, projek dan sebagainya. Media pengajaran yang baik membolehkan
   penyertaan respon pelajar dalam berinteraksi dengan bahan yang disediakan serta
   mendapatkan maklumbalas. Penglibatan pelajar boleh berlaku secara individu atau
   berkumpulan menggunakan berbagai teknik pengajaran.

   Kaedah perbincangan boleh digunakan untuk melibatkan murid dalam proses
   pengajaran seperti dalam set induksi seterusnya sehingga langkah ke dua dan ke empat.
   Dalam langkah ini pelajar berbincang dengan guru dan rakan sekelas mengenai konsep
   mengira dan menentukan mean, median dan mode data tak terkumpul bagi
   menentukan pusat kecenderungan .Melalui langkah pertama semasa induksi pelajar
   diajak berbincang dengan dorongan guru untuk menyatakan penggunaan konsep
   statistik melalui soalan-soalan yang diajukan kepada mereka. Melalui langkah ke dua
   pula selepas meneliti perisian pembelajaran murid berbincang dengan guru mengenai
   konsep mengira dan mengenalpasti nilai-nilai min, median dan mode data tak
   terkumpul. Melalui langkah empat, pelajar diminta untuk berbincang bersama rakan
   yang terdiri daripada dua orang pelajar berkaitan dengan mengira dan menentukan
   kecenderungan data tak terkumpul. Dalam sesi ini pelajar tidak dibenarkan mengkritik,
   atau mentertawakan hasil kerja pelajar lain. Ia adalah untuk menggalakkan penglibatan
   murid dalam proses perbincangan dan menyelesaikan masalah dari lembaran kerja
   yang diberikan seperti mana dalam langkah pengajaran ke empat.

6. Menilai dan Mengulangkaji

   Menurut Heinich (1982) penilaian perlu dibuat secara berterusan dan bersepadu serta
   menyeluruh disemua peringkat untuk memberi gambaran sejauh mana keberkesanan
   media yang dipilih terhadap prestasi pelajar serta bertepatan dengan objektif atau hasil
   pembelajaran yang dikehendaki. Jika murid-murid dapat memahaminya ini bererti
   objektif pengajaran telah tercapai. Kita dapat mengetahui pencapaian dan aras
   kefahaman murid melalui tindak balas dan perlakuan yang baik, iaitu hasil daaripada
   aktiviti termasuklah latihan bertulis atau soalan lisan

   Dalam rancangan pelajaran, pelajar dikehendaki menyelesaikan lembaran kerja
   berkenaan dengan min, median dan mode data tak terkumpul dalam masa yang
   ditetapkan bersama rakan dengan bimbingan guru. Dalam lembaran kerja terdapat
   soalan-soalan yang perlu diselesaikan oleh pelajar di mana ia mengandungi intipati
   pelajaran yang telah disampaikan mengenai tajuk ‘Understand and use the concept of
   measures of central tendecy to solve problems’. Melalui penelitian guru terhadap
   keupayaan pelajar meyelesaikan lembaran kerja, guru dapat menilai pencapaian murid
   dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai yang terkandung dalam objektif
   pengajaran. Dengan itu, guru juga dapat menilai keberkesanan kaedah, media dan
   bahan yang digunakan dalam pengajaran seterusnya merancang strategi pengajaran
   yang akan datang.
Rujukan

Heinich, R., Molenda M., Russel J.D dan Smaldino, S.E. 2002. Instructional Media and
      Technologies for Learning. Edisi 7. New Jersey: Prentice Hall.

Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM). (1997). The Malaysian Smart School: A Conceptual
      Blueprint, Kuala Lumpur. Ministry of Education.

Kulik, J., Bangert, R. & Williams, G. (1983). Effect of computer based teaching on secondry
      students. Journal of educational Psychology, 75 (1): 19-26.

Wan Abd Kadir Wan Ahmad, Ramlah Hamzah, Rosini Abu (2005). Prinsip teknologi
      Pengajaran. Kuala Lumpur. OUM

								
To top