Docstoc

Blog Panduan Membina Blog Oleh Mohd Hairol B Said 012

Document Sample
Blog Panduan Membina Blog Oleh Mohd Hairol B Said 012 Powered By Docstoc
					Panduan Membina Blog
Oleh Mohd Hairol B. Said

012-3754757
b_ajak@hotmail.com
           Panduan Membina Blog

Daftar di Blogspot
Untuk menggunakan Blogspot, anda haruslah mempunyai satu akaun Google
terlebih dahulu (contohnya Gmail atau Orkut). Jika anda mempunyai akaun
Google, anda boleh terus sign in pada laman web Blogspot.

Jika tidak, anda perlu terlebih dahulu, mendaftar di Blogspot. Pergi ke laman
web Blogspot dan klik pada butang “Create Your Blog Now“. Kemudian, ikuti 3
langkah mudah berikut:

   1. Buat satu akaun Google. Isikan borang yang diberi dengan maklumat-
      maklumat yang berkenaan. Setelah siap, tekan butang “Continue”.




      (klik imej untuk besarkan)
   2. Namakan blog anda. Berikan nama bagi blog anda. Jangan risau kerana
      nama ini boleh diubah di kemudian hari jika anda mahu. Apa yang
      penting adalah tentukan alamat URL bagi blog tersebut. Alamat inilah
      yang akan ditaip pada Internet Explorer untuk pergi ke blog anda.
      Alamat URL ini akan kekal, dan tak boleh diubah lagi selepas ini.
      (klik imej untuk besarkan)
   3. Pilih template. Pilih mana-mana template, iaitu rupa bagi blog anda.
      Template ini juga boleh diubah pada bila-bila masa.




      (klik imej untuk besarkan)

Setelah ketiga-tiga langkah tersebut berjaya, mesej seperti di bawah ini akan
dipaparkan, menandakan blog anda telah berjaya dibina:
Mulakan Menulis!
Kini blog anda telah sedia dibina. Anda boleh mula menulis entri baru di
bahagian “Posting > Create”.




Sekarang, tulislah apa sahaja yang anda mahu. Setelah selesai, klik pada
“Publish post” dan entri tersebut akan dipaparkan pada blog anda.




Berikut adalah contoh blog yang dihasilkan. Mudahkan?
(klik imej untuk besarkan)

Ubahsuai Rupa Blog Anda
Dalam Blogspot, bahagian sidebar biasanya digunakan untuk meletakkan profil
anda, arkib, link ke blog atau laman web lain, dan sebagainya. Untuk
mengubahsuai bahagian sidebar ini, pergi kepada “Layout > Page Elements”




Klik pada “Add a Page Element” untuk menambahkan elemen baru pada
sidebar anda. Klik “Edit” pada mana-mana elemen untuk mengubahsuai
bahagian tersebut. Setelah siap, klik pada butang “Save” dan ia akan
dipaparkan pada blog anda.
Contoh sidebar yang dihasilkan:




Bagaimana mengubah template dan design blog
anda
Menukar template atau tema untuk blog merupakan step kedua, harap entry
agak berguna untuk newbie yang ingin berblog. Mudah sahaja untuk menukar
template untuk blogger. Hanya ikut langkah-langkah yang disediakan okey..

Langkah 1
anda perlulah download terlebih dahulu template-template yang anda suka.
Macam biasa dan sememangnya di buat, pegi google kemudian search
blogger template,blogger template pro,3 column template atau apa-apa yang
anda berhasrat dihati.

Template yang anda cari mestilah dalam format .xml.

Langkah 2

Setelah anda dah dapat template yang anda suka, sekarang tiba masa untuk
menukar template asal kepada template yang yang telah anda download
tadi.

Gunakan kaedah bergambar untuk penerangan.

1. Klik pada design untuk sebagai langkah pertama untuk ubah design blog
anda




2. Pada bahagian ini klik pada edit HTML
3. Dengan template yang anda telah download sebelum ini Choose File untuk
upload file template yang dikehendaki.

Sebagai contoh theme.xml (pastikan filename .xml)
4. Klik pada butang upload.
5. Selesai!! Itu sahaja.

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Tags:
Stats:
views:34
posted:8/19/2010
language:Malay
pages:10