SUKATAN PEPERIKSAAN KHAS UNTUK MEMASUKI SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI by oem57078

VIEWS: 0 PAGES: 5

									                                                          Sukatan Peperiksaan Khas (KPSL) Memasuki
                                                     Skim Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S41


                       SUKATAN PEPERIKSAAN KHAS
                 UNTUK MEMASUKI SKIM PERKHIDMATAN
             PEGAWAI PERHUBUNGAN PERUSAHAAN GRED S41
                              (SECARA KPSL)
                     KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
          ______________________________________________________



1.   Tarikh Sukatan Peperiksaan
     Diluluskan oleh Lembaga Peperiksaan    7 Jun 2007
     Kementerian Sumber Manusia :


2.   Matlamat Sukatan :                    i.     Untuk     mengukur     kesesuaian
                                                  seseorang   pegawai    dari   segi
                                                  potensinya untuk menjawat jawatan
                                                  dalam Skim Perkhidmatan Pegawai
                                                  Perhubungan Perusahaan Gred S41.

                                            ii.   Untuk menguji kemahiran seseorang
                                                  pegawai     berdasarkan     kepada
                                                  pengalaman dan tugas-tugas harian.


3.   Tujuan Peperiksaan :                   Untuk memenuhi sebahagian daripada
                                            syarat-syarat kelayakan masuk ke Skim
                                            Perkhidmatan     Pegawai      Perhubungan
                                            Perusahaan Gred S41 secara lantikan.

4.   Pegawai Yang Layak :                   Penolong        Pegawai      Perhubungan
                                            Perusahaan Gred S38 / S32 / S27 yang
                                            telah disahkan dalam perkhidmatan.

5.   Sukatan Peperiksaan Khas
     (Termasuk Masa dan Soalan) :




                                      1
                                                                 Sukatan Peperiksaan Khas (KPSL) Memasuki
                                                            Skim Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S41


BAHAGIAN I – UNDANG-UNDANG BURUH

Soalan-soalan adalah berdasarkan kepada perkara-perkara berikut:


Pecahan I

1.     Akta Kerja 1955 dan Peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya

2.     Ordinan Buruh (Sabah Bab 67)

3.     Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76)

4.     Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan Peraturan-peraturan yang dibuat di
       bawahnya

5.     Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan Peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya

6.     Akta Pampasan Pekerja 1952 dan Peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya


Pecahan II

1.     Akta Standard-standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 dan
       Peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya

2.     Akta Majlis Penetapan Gaji 1947 dan Peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya

3.     Akta (Penggajian) Kanak-kanak dan Orang Muda 1966

4.     Akta Maklumat Pekerjaan 1953

5.     Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981



Soalan-soalan akan disediakan seperti berikut:



Pecahan I

Sebanyak LIMA (5) soalan disediakan dan calon-calon dikehendaki menjawab TIGA (3) soalan
daripadanya




                                                 2
                                                                 Sukatan Peperiksaan Khas (KPSL) Memasuki
                                                            Skim Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S41


Pecahan II

Sebanyak LIMA (5) soalan disediakan dan calon-calon dikehendaki menjawab DUA (2) soalan
daripadanya
            Soalan dari Pecahan I dan II : 10 jawab 5 (Esei)
            Masa                           : 2 ½ jam
            Markah                        : 100

Calon-calon adalah dibenarkan merujuk kepada undang-undang dan peraturan di atas semasa
peperiksaan.


BAHAGIAN II – PENGETAHUAN ISU-ISU SEMASA

Soalan-soalan adalah berdasarkan kepada perkara-perkara berikut:

1.     Ekonomi / Rancangan Malaysia Ke-9

2.     Dasar Pembangunan Negara

3.     Sosial

4.     Etika / Nilai-nilai Murni

5.     Politik Semasa

6.     K-Pekerja/K-Ekonomi

9.     Masalah Buruh Asing

10.    Wawasan 2020

11.    Globalisasi

12.    Pelan Integriti Nasional

13.    Sistem Upah Yang Dikaitkan Dengan Produktiviti (PLWS – Productivity Linked Wage
       System)

Calon-calon adalah dikehendaki menjawab LIMA (5) soalan.

                Soalan    :    8 Jawab 5 (Esei)
                Masa      :    2 ½ jam
                Markah    :    100

Calon-calon tidak dibenarkan merujuk kepada bahan bacaan, undang-undang dan
peraturan berkenaan semasa peperiksaan.


                                                  3
                                                                    Sukatan Peperiksaan Khas (KPSL) Memasuki
                                                               Skim Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S41


BAHAGIAN III – HAL EHWAL PERUNDANGAN

Soalan-soalan adalah berdasarkan kepada perkara-perkara berikut:

1.     Perlembagaan Persekutuan

2.     Akta Keterangan 1950 (Akta 56)

3.     Criminal Procedure Code Bab 1, 2, 5 ,6, 8, 14, 15, 18, 19, 24, 29, 30, 37, 38, 41, dan 44

4.     Penal Code (Kanun Keseksaan) Bab 1, 2, 8, 9, 10, 11, 12, 16, 17, 18, dan 22

5.     Akta Mahkamah Rendah 1948 (Akta 92)

6.     Delegation of Powers Act 1956 (Akta 358)

7.     Interpretation Act 1967

8.     Official Secrets Act (Akta Rahsia Rasmi) 1972

9.     Government Proceedings Act 1956 (Akta 359)

10.    Limitation Act 1953

11.    Akta Syarikat 1965


Calon-calon adalah dikehendaki menjawab SEPULUH (10) soalan.

              Soalan      : 15 jawab 10 (Esei)
              Masa        : 3 jam
              Markah       : 100

Calon-calon adalah dibenarkan merujuk kepada undang-undang dan peraturan di atas semasa
peperiksaan.




                                                4
                                                                 Sukatan Peperiksaan Khas (KPSL) Memasuki
                                                            Skim Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S41


6.    Pengecualian :                            Calon-calon    yang lulus mana-mana
                                                bahagian di dalam sukatan peperiksaan ini
                                                adalah dikecualikan daripada mengambil
                                                semula bahagian tersebut sekali lagi.

7.    Keputusan :                               Semua keputusan              akan dikeluarkan
                                                dalam   bentuk                LULUS       atau
                                                KANDAS sahaja.

8.    Pemeriksa :                               Bahagian I, II dan III akan ditetapkan oleh
                                                Panel Subjek Jabatan di Kementerian
                                                Sumber Manusia.

9.    Bahasa :                                  Bahasa Malaysia
      (Soalan dan Jawapan)

10.   Permohonan :                              Bahagian I, II dan III - Urusetia
                                                Peperiksaan, Kementerian Sumber
                                                Manusia.

11.   Pusat Peperiksaan :                       Bahagian I, II dan III akan ditetapkan
                                                oleh Panel Subjek Jabatan Kementerian
                                                Sumber Manusia.

12.   Kekerapan Peperiksaan :                   1 kali setahun


13.   Tarikh Akhir untuk :                      1 bulan sebelum tarikh peperiksaan
      Mengemukakan
      Permohonan


BAHAN-BAHAN RUJUKAN

Sebagaimana yang dinyatakan di dalam Sukatan Peperiksaan.


Urus Setia Peperiksaan
Kementerian Sumber Manusia




                                            5

								
To top