Your Federal Quarterly Tax Payments are due April 15th Get Help Now >>

MANUAL PENGISIAN BORANG LAPORAN AWAL WABAK PENYAKIT BAWAAN AIR by iop15920

VIEWS: 188 PAGES: 2

									                MANUAL PENGISIAN BORANG LAPORAN AWAL
           WABAK PENYAKIT BAWAAN AIR DAN MAKANAN DI MALAYSIA
                      (FWBD/UMU/BG/001 (Pindaan 2006))


 Peringatan:

 Laporan ini hendaklah dihantar melalui email atau faks kepada Unit Penyakit Bawaan Air dan
 Makanan (Cawangan Penyakit Berjangkit) atau ke Cawangan Survelan di Bahagian Kawalan
 Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia dalam masa tidak melebihi 24 jam dari tarikh/masa
 notifikasi (perkara 3).


Daerah Kesihatan:
(Masukan nama Daerah yang terlibat)

Negeri :
(Negeri yang terlibat)

Tarikh :
(Tarikh lapuran disediakan)

1. PENYAKIT :
(Masukan nama penyakit samada Kolera, Tifoid, Hepatitis A, Keracunan Makanan atau Disenteri)

2. TARIKH/MASA ONSET KES PERTAMA DILAPORKAN :
(Tarikh dan masa bermulanya kejadian wabak tersebut, bersamaan dengan onset bagi kes pertama
dilaporkan semasa notifikasi diterima)

3. TARIKH/MASA NOTIFIKASI :
(Tarikh dan masa notifikasi diterima oleh Pejabat Kesihatan Daerah)

4. TEMPAT BERLAKU:
(Sila nyatakan rumah/institusi/restoran/kedai beserta alamat lengkap premis tersebut)

5. BILANGAN ORANG TERLIBAT:
(Nyatakan bilangan orang yang terdedah, kes (yang ada gejala), dirawat, masuk wad serta mati.
Bagi bilangan kes, hendaklah dibahagikan mengikut jantina dan kumpulan umur)

6. GEJALA KLINIKAL:
(Sila nyatakan secara ringkas tanda-tanda dan gejala. Gejala boleh digunakan sebagai salah satu
cara untuk mengesyaki jenis organisma penyebab)

7. TINDAKAN DIAMBIL:

       a. Contoh makanan dihantar untuk analisa
       (Sila nyatakan bilangan contoh makanan yang diambil untuk dianalisa)


       b. Contoh air dihantar untuk analisa
       (Sila nyatakan bilangan contoh air yang diambil untuk dianalisa)

       c. Spesimen pesakit yang dihantar:
       (Sila nyatakan jenis spesimen yang diambil dan jenis analisa. Contohnya vomitus diambil
       untuk analisa kimia logam berat, darah untuk analisa kultur dan sensitiviti – C&S).

       Nota:

       Bagi pengambilan sampel dan spesimen yang diambil dan dihantar oleh pihak hospital dan
       pihak Kesihatan, jenis analisa boleh melebihi dari satu.

       d) Penutupan premis:
       (Sila nyatakan tarikh dan masa penutupan premis mengikut Akta yang berkhaitan (Akta CDC
       /Akta Makanan) bilangan dan juga nyatakan tempat tersebut)

       e) Lain-lain:
       (Sila nyatakan tindakan lain yang dijalankan seperti pendidikan kesihatan, disinfeksi)

8. HASIL SIASATAN (yang disyakki terlibat dalam wabak):

       a) Agen aetiologi:
       (Sila nyatakan bakteria/virus yang disyaki menyebabkan kejadian ini)

       b) Punca jangkitan:
       (Nyatakan jenis makanan/air yang disyaki terlibat seperti air batu, gulai ikan dab
       sebagainya)

       c) Faktor penyumbang kepada wabak:
       (Nyatakan faktor dan keadaan yang menyumbang kepada wabak seperti proses penyimpanan
       makanan yang tidak sempurna, penggunaan sumber makanan mentah tercemar dan
       sebagainya)


9. ULASAN PEGAWAI KESIHATAN DAERAH:
(Pegawai Kesihatan Daerah hendaklah menjelaskan secara ringkas kaitan epidemiologi wabak
tersebut, faktor-faktor yang mendorong kepada berlakunya wabak serta langkah-langkah segera
untuk mengenalpasti punca dan tindakan kawalan)

10. ULASAN PEGAWAI EPID NEGERI:
(Sila jelaskan secara ringkas kaitan epidemiologi wabak tersebut)

 11. PEGAWAI PELAPOR (DAERAH):
(Sila nyatakan nama, jawatan dan alamat pejabat yang lengkap beserta tarikh lapuran di hantar)

12. PEGAWAI PELAPOR(NEGERI):
(Sila nyatakan nama, jawatan dan alamat pejabat yang lengkap beserta tarikh lapuran di hantar)

								
To top