Falsafah Pendidikan Guru

Document Sample
Falsafah Pendidikan Guru Powered By Docstoc
					                                                               Falsafah Pendidikan Guru 1


3.0 Falsafah Pendidikan Guru

      3.1 Pengenalan

          Guru adalah profesion yang bertanggungjawab mendidik manusia. Tugas dan

      cabaran untuk menentukan halatuju sebenar negara ke peringkat yang lebih tinggi dan

      maju melalui pencapaian dalam sistem pendidikan dipikul oleh para guru (Zulhilmi Paidi

      dan Rohani Abdul Ghani, 2003). Peranan dan profesion keguruan dalam pembinaan

      negara jelas dapat dilihat melalui falsafah pendidikan guru itu sendiri (Ramlah Abd.

      Wahab, 2002).

          Bab ini menerangkan tentang sejarah pendidikan guru di Malaysia bermula sebelum

      tahun 1900 sehinggalah tahun 1980. Selain itu, falsafah, dasar dan perkembangan

      pendidikan guru turut dibincangkan dengan terperinci.

      3.2 Sejarah Pendidikan Guru di Malaysia

         3.2.1 Sebelum Tahun 1900

                Sejarah pendidikan guru di Malaysia bermula pada tahun 1872 apabila A.M.

         Skinner menggunakan guru-guru Quran sebagai guru di sekolah sekular. Sebuah

         maktab melayu di Teluk Belanga, Singapura melatih kumpulan pertama guru iaitu

         seramai 10 orang untuk mengajar di sekolah melayu Negeri Selat pada tahun 1878.

         Sebelum ditutup pada tahun 1895, maktab tersebut berjaya melatih 95 orang guru

         Melayu (http://www.pnm.my/yangpertama/Edu_Guru.htm).

         3.2.2 Sebelum Merdeka, Selepas Tahun 1900

                      Sebelum merdeka, pendidikan di negara kita dibahagikan kepada empat

         jenis sekolah iaitu; Sekolah Rendah Kebangsaan, Sekolah Bahasa Pengantar Cina,

         Sekolah Bahasa Pengantar Tamil dan Sekolah Bahasa Pengantar Inggeris. Guru-guru
                                                      Falsafah Pendidikan Guru 2


yang mengajar di sekolah-sekolah tersebut tahap pendidikan perguruan yang berbeza.

Pendidikan di kebanyakan negeri dipengaruhi oleh British (Shahril@Charil Marzuki,

Zainun Ishak, Lee Pau Wing dan Dr. Saedah Hj. Siraj, 1998).

     Pada tahun 1900, Maktab Melayu Melaka dibuka oleh R.J. Wilkinson dan

melatih kumpulan pertama guru lelaki seramai 24 orang untuk Negeri Selat dan

Negeri Melayu Bersekutu. Tiga belas tahun kemudian, Maktab Latihan Guru Matang,

Perak dibuka dengan kemasukan pertama seramai 27 orang yang dilatih oleh tiga

orang pengajar. Sehingga tahun 1922, maktab ini berjaya melatih 200 oarang guru

Melayu (http://www.pnm.my/yangpertama/Edu_Guru.htm).

     Pendidikan guru di Malaysia secara formal bermula dengan penubuhan Maktab

Perguruan Sultan Idris (MPSI) yang dibuka pada 29 November 1922 di Tanjung

Malim, Perak. Kumpulan awal adalah seramai 155 pelatih lelaki dari seluruh negeri

yang merupakan gabungan dari Maktab Melayu Melaka dan Maktab Matang, Perak (

Wan Ab. Kadir Wan Dollah, 1996)        . Pada Februari 1935, Maktab Perempuan

Melayu Melaka dibuka di Durian Daun, Melaka khusus untuk melatih guru-guru

perempuan.



     3.2.2.1 Sekolah Rendah kebangsaan

             Ketiadaan pendidikan sekolah menengah membuka peluang pada

     pelajar-pelajar lepasan darjah 5, 6 dan 7 (Darjah Khas) untuk mengikuti Latihan

     Perguruan. Mereka perlu mengajar secara sambilan dan mengambil kursus

     hujung minggu. Pada hujung tahun mereka perlu menduduki peperiksaan

     Darjah Pelatih selama tiga tahun. Mereka yang gagal pada tahun ketiga akan
                                                 Falsafah Pendidikan Guru 3


mengajar tetapi sebagai guru tanpa sijil. Bagi yang lulus, mereka akan

melanjutkan pelajaran di maktab perguruan selama dua tahun (sepenuh masa)

di Maktab Perguruan Sultan Idris atau Maktab Perguruan Perempuan Melayu.

       Selain itu, mereka boleh menjalani Latihan Normal atau Latihan di

bawah skim lain (TUOS). Bagi yang mengikuti latihan ini mereka perlu

mengajar secara sambilan dan mengikuti latihan yang dijalankan pada hujung

minggu di pusat-pusat yang berhampiran. Pada tahun 1957, TUOS telah diganti

dengan kursus dalam cuti yang dikendalikan oleh guru pelawat atau secara

latihan pos oleh guru berpengalaman yang dikelolakan oleh pensyarah maktab

perguruan. (Shahril@Charil Marzuki, Zainun Ishak, Lee Pau Wing dan Dr.

Saedah Hj. Siraj, 1998).

3.2.2.2 Sekolah Bahasa Pengantar Cina

     Sebelum Perang Dunia Ketiga, sekolah Cina adalah sekolah persendirian.

Guru-gurunya menjalani Kursus Latihan Perguruan. Bagi mengikuti latihan ini,

mereka perlu lulus sekurang-kurangnya tingkatan tiga. Kebanyakan          guru

didatangkan dari negara China.

     Terdapat dua jenis latihan dalam Kelas “Simplified Normal” (1930-1946)

iaitu; kursus empat tahun untuk calon lulusan darjah enam dan kursus satu tahun

untuk lulusan darjah tiga. Pada tahun 1947 hingga 1961, kursus bahasa

pengantar Cina diperkenalkan dalam Kursus Latihan Perguruan untuk

menampung kekurangan guru bahasa cina. Pada tahun 1948 hingga 1957, Kelas

“Normal Senior” dijalankan selama dua tahun secara sepenuh masa. Kursus

latihan khas yang dinamakan The Green Lane Training School dijalankan di
                                                 Falsafah Pendidikan Guru 4


Pulau Pinang pada tahun 1951. Sekolah itu kemudiaanya ditukar kepada Kolej

Latihan Harian pada tahun 1957 (Shahril@Charil Marzuki, Zainun Ishak, Lee

Pau Wing dan Dr. Saedah Hj. Siraj, 1998).

3.2.2.3 Sekolah Bahasa Pengantar Tamil

        Kursus Latihan Perguruan melatih guru untuk mengajar di sekolah

Tamil. Pada masa itu, ramai guru didatagkan dari India. Bagi membolehkan

mengajar bahasa Tamil/Telegu, mereka lulus peperiksaan persediaan selama

tiga tahun. Kelayakan asal untuk mengikuti latihan perguruan adalah lulus

darjah lima tetapi kemudiannya ditingkatkan pada darjah enam dan tujuh.

Mereka perlu mengajar secara sambilan dan menghadiri kursus pada hujung

minggu. Bagi yang gagal, mereka akan dikenali sebagai guru tanpa sijil

(Shahril@Charil Marzuki, Zainun Ishak, Lee Pau Wing dan Dr. Saedah Hj.

Siraj, 1998).

3.2.2.4 Sekolah Bahasa Pengantar Inggeris

        Sekolah pengantar bahasa Inggeris dikelolakan oleh mubaligh kristian.

Pada tahun 1907 hingga 1959 Kelas Normal dijalankan untuk melatih guru.

Terdapat dua jenis kursus iaitu; kursus A untuk guru sekolah rendah dan kursus

B untuk guru sekolah menengah. Kelayakan minimum adalah lulus Sijil

Cambridge dengan kepujian dalam Bahasa Inggeris dan dua atau tiga mata

pelajaran lain. Pada tahun 1918 hingga 1925, pihak British menghantar guru

tempatan belajar di Universiti Hong Kong. Mulai tahun 1928 hingga 1948,

kerajaan British menawarkan biasiswa untuk belajar di Kolej Raffles bagi

menyediakan tenaga pengajar bahasa Inggeris di sekolah Melayu, Cina dan
                                                      Falsafah Pendidikan Guru 5


     India (Shahril@Charil Marzuki, Zainun Ishak, Lee Pau Wing dan Dr. Saedah

     Hj. Siraj, 1998).

3.2.3 Selepas Merdeka (1957-1970)

      Latihan Perguruan untuk guru sekolah rendah terbahagi kepada dua iaitu; bagi

lulusan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) yang merupakan kelulusan minimum, mereka

akan menjalani latihan ini selama tiga tahun; dua tahun secara sepenuh masa dan satu

tahun lagi latihan hujung minggu sambil mengajar manakala bagi lulusan Sijil

Pelajaran dengan kepujian dalam bahasa Malaysia, mereka akan menjalani latihan

sepenuh masa selama dua tahun.

     Bagi guru sekolah menengah, kelulusan minima untuk mengikuti latihan

perguruan adalah Sijil Pelajaran Malaysia dengan sekurang-kurangnya lulus dalam

Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris dan mendapat kepujian dalam dua mata

pelajaran lain. Pada tahun 1964, semua maktab perguruan telah diselaraskan sebagai

pelan Integrasi Latihan Perguruan dengan setiap maktab adalah khusus bagi beberapa

mata pelajaran untuk kurikulum sekolah menengah.

   Mulai tahun 1965, kursus khas dua tahun bagi lulusan Sijil Tinggi Pelajaran

diadakan di Malayan Training College. Manakala pada tahun 1961, kursus khas juga

dijalankan untuk guru-guru terlatih selama satu tahun bagi mengatasi kekurangan

guru berijazah di sekolah menengah. Program kesinambungan sekolah menengah

secara sambilan selama tiga tahun bermula pada 1961 hingga 1965 untuk guru-guru

pelatih mengajar sepenuh masa dan menghadiri kursus hujung minggu. Terdapat juga

kursus sambilan selama dua tahun bagi guru pelatih dengan mengajar sambilan di
                                                      Falsafah Pendidikan Guru 6


pusat latihan daerah dan semasa cuti sekolah, mereka perlu menghadiri kursus di

maktab perguruan.

   Pada tahun 1964, kursus instruktur tiga tahun bagi sekolah menengah

perdagangan. Manakala bagi guru sekolah menengah teknik, mereka akan menjalani

kursus selama satu tahun. Bagi sekolah menengah atas, guru lepasan ijazah daripada

maktab teknik dihantar menjalani kursus satu tahun di Maktab Perguruan Teknik di

Sydney.

3.2.4 Zaman 1970-1980

      Pendidikan dijadikan sebagai alat perpaduan dan pembangunan di dalam

Sistem Pendidikan Kebangsaan. Rukunegara diperkenalkan berikutan krisis

perkauman pada tahun 1969 sebagai integrasi kebangsaan di Malaysia. Polisi

ekonomi baru (1970-1990) diperkenalkan untuk perpaduan kebangsaan. Poverty

diatasi dengan menyelaraskan pendapatan dan menambah peluang pekerjaan tanpa

mengira kaum. Selain itu, poverty dapat diatasi dengan menyeimbangkan ekonomi

dengan mengenalpasti kaum.

     Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) menitikberatkan integrasi kaum dan

memperkembangkan program pendidikan untuk keperluan tenaga. Selain itu, kualiti

pendidikan sains dan teknologi dan keupayaan pendidikan diperbaiki. Objektif

Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980) adalah memperkukuhkan sistem pendidikan

untuk memajukan integrasi kebangsaan dan perpaduan.
                                                           Falsafah Pendidikan Guru 7


3.3 Falsafah Pendidikan Guru

    Falsafah pendidikan guru diperkenalkan pada tahun 1982. Merujuk kepada

Shahril@Charil Marzuki, Zainun Ishak, Lee Pau Wing dan Dr. Saedah Hj. Siraj, 1998 :

       Seorang guru mempunyai ciri-ciri yang mulia, progresif dan saintifik, ingin

       meningkatkan aspirasi kebangsaan serta mengiktiraf peninggalan kebudayaan

       kebangsaan, memastikan perkembangan setiap individu dan mengekalkan

       perpaduan, demokratik, progresif dan masyarakat yang berdisiplin.(p.165)

    Dalam mencapai perpaduan kebangsaan, guru perlulah berfikiran terbuka, disiplin,

harmoni, sosial, berperikemanusiaan dan mampu menyesuaikan diri mengikut keadaan

masyarakat. Guru perlu peka, beretika dan berakhlak baik dalam memartabatkan

kebudayaan kebangsaan. Selain itu, guru perlu produktif, progresif, maju, inovatif dan

kreatif untuk perkembangan sains dan teknologi. Kurikulum pendidiakan guru

menyumbang kepada perkembangan ideologi dan aspirasi kebangsaan.

    Falsafah pendidikan guru digunakan sebagai rujukan dalam perancangan program

guru yang ingin dibentuk (Ee Ah Meng, 1996). Guru mestilah seorang yang berbudi

pekerti mulia. Guru seharusnya menjadi model yang terbaik kepada para pelajr selepas

ibu bapa mereka. Seorang guru harus menerima pelajar-pelajarnya tanpa mengira latar

belakang ekonomi serta keturunan. Layanan yang diberikan kepada para pelajar mestilah

adil dan saksama. Sikap pilih kasih adalah sesuatu yang tidak harus dilakukan oleh guru.

    Guru seharusnya sentiasa bersedia untuk mengadakan aktiviti pemulihan kepada

pelajar yang lemah dan aktiviti pengayaan kepada pelajar yang cemerlang. Contohnya, di

sekolah-sekolah luar bandar, guru akan mengadakan kelas bimbingan tanpa mengenakan

bayaran kepada para pelajar yang lemah dalam pelajaran. Manakala di sekolah-sekolah
                                                           Falsafah Pendidikan Guru 8


berasrama penuh pula, bengel-bengkel teknik menjawab soalan peperiksaan di adakan

semasa cuti sekolah supaya para pelajar yang bakal memduduki peperiksaan PMR dan

SPM di sekolah-sekolah tersebut dapat memantapkan lagi teknik menjawab soalan agar

mereka mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang mereka duduki.

    Guru juga perlulah berfikiran jauh dan menjadikan ilmu sebagai budaya hidup. Di

mana guru akan sentiasa mencari maklumat yang baru untuk memastikan pengajaran

mereka terkini. Maklumat-maklumat ini dapat diperoleh melalui pembacaan, seminar dan

juga bengkel. Pada masa kini, perkembangan pembelajaran elektronik dapat membantu

guru mendapatkan lebih pengetahuan tanpa perlu bertungkus lumus berulang alik ke

perpustakaan. Jurnal-jurnal yang terdapat dalam internet juga membantu para guru

supaya sentiasa seiring dengan perkembangan ilmu dan teknologi pada masa kini.

     Selain itu, guru seharusnya peka terhadap aspirasi negara yang menekankan unsur-

unsur perpaduan, keperihatinan, berbudi bahasa semangat bersaing dan berdikari dalam

aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, guru menggabungkan pelajar dari

keturunan, agama dan kaum yang berbeza di dalam satu kumpulan supaya mereka dapat

belajar bersama-sama dan saling memahami perbezaan antara satu sama lain. Program

khidmat masyarakat seperti program bersama orang-orang tua di rumah kebajikan

melatih para pelajar untuk menghormati orang yang lebih tua dan membantu mereka

dengan menyumbangkan tenaga dalam menolong mereka melaksanakan aktiviti harian

mereka.

    Warisan kebudayaan negara haruslah sentiasa dimartabatkan. Guru dapat membantu

dalam mencapai matlamat ini dengan mengadakan aktiviti lakonan, nyanyian, tarian dan

sebagainya. Aktiviti-aktiviti berbentuk kebudayaan ini sering dianjurkan oleh sekolah dan
                                                           Falsafah Pendidikan Guru 9


dikelolakan oleh para guru. Guru juga perlulah merangsang perkembangan pelajar

terutamanaya dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani untuk melahirkan insan yang

seimbang.

    Perpaduan kaum dapat dipelihara apabila guru memainkan peranan untuk

mewujudkan semangat muhibah dikalangan pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum

dan agama. Setiap aktiviti yang dijalankan mestilah melibatkan pelajar-pelajar yang

berlainan agama dan bangsa ini.

    Guru hendaklah mentadbir kelas secara demokrasi dimana pelajar berhak

mengemukakan pendapat mereka dan sesuatu keputusan yang dibuat adalah berdasarkan

suara ramai. Adakalanya pelajar diberi peluang untuk membuat keputusan tentang hal-hal

yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Guru yang mengamalkan

pentadbiran secara demokrasi selalunya lebih disenangi oleh para pelajar.

    Dalam pengajaran guru, kaedah inkuiri-penemuan seharusnya ditekankan. Hal ini

perlu untuk memupuk sifat gemar menyelidik dan mereka cipta. Sifat ini adalah selaras

dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan anggota masyarakat yang berpandangan luas.

Pada masa kini, banyak pertandingan mereka cipta dianjurkan untuk para pelajar, guru

yang berperanan sebagai pembimbing membantu pelajar dalam menghasilkan sesuatu

yang baru dan kreatif. Bantuan yang diberikan oleh guru adalah dalam bentuk idea,

nasihat serta motivasi.

     Unsur disiplin sangatlah ditekankan dalam pendidikan sekolah. Adalah menjadi

tanggungjawab guru untuk memastikan pelajar-pelajarnya mempunyai disiplin diri yang

kuat. Kegiatan dalam bilik darjah akan menjadi lebih lancar dengan adanya disiplin. Guru
                                                           Falsafah Pendidikan Guru 10


itu sendiri mestilah mempunyai disiplin diri yang kuat sebelum guru tersebut layak

menerapkan nilai ini dikalangan para pelajarnya.



3.4 Dasar dan Perkembangan Pendidikan Guru

   3.4.1 Dasar Pendidikan Guru

       Guru perlu memperkembangkan semangat cinta negara, memupuk semangat

   tinggi kepada para pelajar, mengetahui kebaikan hidup berdemokratik dan

   menunjukkan teladan yang baik kepada masyarakat. Di samping itu, guru perlu

   manghargai dasar negara yang menyediakan peluang pendidikan yang sama. Tujuan

   dasar ini juga adalah untuk melahirkan tenaga profesional yang berkaliber,

   berpengetahuan, berupaya menyampaikan pengetahuan dalam pedagogi yang

   sempurna. Selain itu, guru berkebolehan berinteraksi dengan baik dalam bahasa

   Melayu dan Inggeris serta dapat mengatasi keadaan di sekolah bandar mahu pun luar

   bandar.

       Tujuan khas dasar ini adalah untuk melahirkan guru terlatih yang berkaliber bagi

   keperluan negara bagi semua jenis sekolah dalam pelbagai tahap dan kursus. Selain

   itu, untuk melahirkan guru bermotivasi tinggi dalam menyatupadukan rakyat,

   mengajar murid tentang rukunegara, memperkembangkan potensi dan memajukan

   murid dari aspek estatika, moral, fizikal dan intelek. Sehubungan itu, peningkatan diri

   perlu dilakukan terhadap peribadi dan profesion (Robiah Sidin, 1998).

       Dasar pendidikan guru adalah selari dengan falsafah pendidikan guru dimana

   unsur-unsur holistik diterapkan untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari semua

   aspek. Walaupun, matlamat ini bukan mudah untuk dicapai namun dengan usaha dan
                                                     Falsafah Pendidikan Guru 11


komitmen yang berterusan sudah pasti matlamat akan tercapai. Untuk melahirkan

pelajar yang seimbang, guru itu sendiri perlu melengkapkan diri dengan segala ilmu

pendidikan dan memastikan diri sentiasa berada dalam keadaan yang rasional dan

berketerampilan .



3.4.2 Perkembangan Pendidikan Guru

   Ko-kurikulum dijadikan aktiviti wajib kursus perguruan pada tahun 1973

termasuklah badan beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan.

   Pada tahun 1985, kursus perguruan adalah selama tiga tahun dan setahun

kemudian ia dijalankan selama dua setengah tahun di semua maktab perguruan

kecuali bagi kursus vokasional di Maktab Perguruan Teknik. Maktab perguruan

mengendalikan tiga jenis kursus iaitu; kursus asas dan khas selama dua setengah

tahun yang bertaraf sijil perguruan untuk mengajar sekolah rendah, kursus lepasan

ijazah (KPLI) selama satu tahun dan kursus dalam perkhidmatan bagi guru-guru

sandaran selama tiga setengah tahun yang dijalankan semasa cuti sekolah. KPLI yang

dijalankan di maktab perguruan ditawarkan untuk membuka peluang kepada graduan

Ijazah Sarjana Muda dalam pelbagai bidang untuk menampung kekurangan guru.

Syarat kemasukan maktab perguruan adalah dengan kepujian bahasa Melayu dan

kepujian dalam empat mata pelajaran yang dipohon dalam Sijil Pelajaran Malaysia

(SPM). Kemudian, pemohon perlu lulus ujian matematik, Ujian Kelayakan Latihan

Perguruan (UKELP) yang membolehkan temuduga dijalankan.

   Pusat Perkembangan Kurikulum mengadakan kursus orientasi Kurikulum

Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
                                                       Falsafah Pendidikan Guru 12


(KBSM). Kurikulum program pendidikan guru bukan KPLI mendidik guru pelatih

mengajar sekolah rendah dalam semua mata pelajaran am dan menengah rendah

dalam mata pelajaran yang khusus. Kurikulum ini menekankan aspek pendekatan

integrasi bagi pengajaran dari segi teori dan praktis. Semua guru pelatih diwajibkan

melalui latihan mengajar pada tahun 1989. Mulai 1991/1993, latihan mengajar

dijalankan selama 19 minggu. Program berkembar          di antara beberapa maktab

perguruan dengan universiti tempatan dan luar negara diadakan pada tahun 1992.

   Kursus Sijil Perguruan Asas (KPA) dimansuh dan digantikan dengan Kursus

Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) selama tiga tahun di maktab-maktab

perguruan pada tahun 1996 untuk menyediakan guru sekolah rendah yang bertaraf

diploma. Guru lepasan KDPM dari kategori Perkhidmatan Pendidikan Bukan

Siswazah (PPPB) boleh menyambung pelajaran ke tahun dua dalam ijazah pertama.

Kursus dalam perkhidmatan digantikan dengan program khas pensiswazahan guru

(PKPG) khas bagi guru bukan siswazah yang sedang berkhidmat selama tiga tahun;

tahun pertama dijalankan di maktab perguruan dan dua tahun akhir dijalankan di

Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang bertaraf Ijazah Sarjana Muda.

   Dalam Rancangan Malaysia Keenam (RMK6), lima buah maktab perguruan

dibina. Banyak universiti di Malaysia yang menawarkan program pendidikan pada

peringkat sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah. Terdapat sepuluh buah universiti

tempatan yang menawarkan kursus perguruan peringkat Ijazah Sarjana Muda dan ada

sesetengah daripadanya yang menawarkan pendidikan pada peringkat sarjana dan

doktor falsafah seperti Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO)

yang menawarkan pendidikan perguruan bagi aliran teknikal. Banyak maktab-maktab
                                                        Falsafah Pendidikan Guru 13


perguruan didirikan menjadikan kesemuanya sekali sebanyak 27 buah dan Maktab

Perguruan Sultan Idris dinaiktaraf sebagai universiti pada 1 Mei 1997 serta dua buah

institut perguruan.

   Bermula tahun 1998, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan

kursus pendidikan khas dalam KDPM yang sebelum ini diadakan di Maktab

Perguruan Ilmu Khas melalui Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan selama satu

tahun. Selain itu, wujud juga program latihan guru yang lebih mantap pada peringkat

diploma, maktab perguruan, ijazah pertama dan ijazah lanjutan di universiti seperti di

Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Kebangsaan Malaysia

(UKM) telah memenuhi keperluan guru telatih dalam bidang pendidikan khas (Mohd.

Fuad Razali, Berita Harian, 1 Ogos 2001).

   KDPM dimansuh dan digantikan dengan Program Ijazah Sarjana Muda

Pendidikan (PISMP) pada tahun 2004, selari dengan dasar penempatan guru siswazah

di sekolah yang lebih menekankan keterampilan dan ko-kurikulum di samping

kecemerlangan akademik (Marzita Abdullah, Utusan Malaysia, 31 Mac 2005).

Program ini dijalankan selama lima setengah tahun; satu setengah tahun di maktab

perguruan dan mereka yang lulus akan menyambung pelajaran ke peringkat ijazah di

universiti selama empat tahun. Kelayakan bagi program ini ialah cemerlang akademik

dalam SPM. Kemudian perlu menjalani temuduga dan ujian sahsiah keguruan.

   M-Test diadakan untuk menguji sikap dan keupayaan analitikal bakal guru KPLI.

Program penghantaran pelajar untuk mengikuti Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai

Bahasa Kedua (TESL) ke luar negara disambung semula selepas kegawatan ekonomi

dalam proses memantapkan pendidikan guru dalam pengajaran bahasa Inggeris. Di
                                                       Falsafah Pendidikan Guru 14


   samping itu juga, program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) ke luar negara

   diwujudkan berdasarkan keputusan yang diperolehi dalam SPM (Wahid Hashim,

   Utusan Malaysia, 16 Mei 2005). Pendekatan juga dibuat untuk melatih daya

   kepimpinan dan profesionalisme guru di sekolah dalam teknologi maklumat dan

   komunikasi (ICT), kurikulum dan disiplin.

       KPM memperuntukkan RM660 juta dalam RMK9 untuk menyediakan

   kemudahan, latihan guru, prasarana dan pengubahsuaian maktab. Kementerian juga

   berhasrat menaiktarafkan maktab perguruan sebagai Institut Pendidikan Guru (IPG).

   IPG    akan bertanggungjawab melahirkan guru-guru terbaik untuk melaksanakan

   program-program pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa

   Inggeris (PPSMI) serta pengajaran bahasa Mandarin dan Tamil (Utusan Malaysia, 13

   Mei 2005).



3.5 Kesimpulan

    Bakal guru bukan sahaja perlu mempelajari falsafah pendidikan guru malah perlu

menghayati setiap maksud dan matlamat disebaliknya supaya dapat membentuk diri

sebagai seorang guru yang memenuhi kehendak pendidikan negara. Melihat kepada

sejarah pendidikan guru di Malaysia, bidang ini telah berkembang dengan pesat

terutamanya selepas kemerdekaan. Pada awalnya, matlamat pendidikan guru menjurus

kearah mewujudkan perpaduan kaum. Namun begitu, pada era globanisasi kini,

pendidikan guru bukan hanya menumpu kepada perpaduan kaum malah menekan

pengaplikasian ilmu sains dan teknologi.
                                                                 Falsafah Pendidikan Guru 15




                                           Bibliografi

Ee Ah Meng (1996). Pendidikan Di Malaysia 1: Falsafah Pendidikan, Guru dan Sekolah. Shah

          Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.



Shahril@Charil Marzuki, Zainul Ishak, Lee Pau Wing & Dr. Saedah Hj. Siraj (1998).

       Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.



Zulhilmi Paidi & Rohani Abd. Ghani (2003). Pendidikan Negara Bangsa. Pahang: PTS

       Publications & Distributor Sdn. Bhd.



Sejarah           Latihan         Guru.          15      Julai        2005,        daripada:

       http://www.pnm.my/yangpertama/Edu_Guru2.htm.



Maktab Perguruan Jadi Institusi Pendidikan Guru (2005). Utusan Malaysia.



Marzita Abdullah (2005). Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan – Kementerian Terima 85,

       000 Permohonan. Utusan Malaysia.



Mohd. Fuad Razali (2001). Peluang Pendidikan Khas Dipertingkat. Berita Harian.



Robiah Sidin (1998). Pemikiran Dalam Pendidikan. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
                                                             Falsafah Pendidikan Guru 16


Wahid Hashim (2005). Martabatkan Reputasi Guru – Sambutan Hari Guru Peringkat

     Kebangsaan Di Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan Hari Ini. Utusan Malaysia.