Docstoc

Pengurusan ICT Sekolah

Document Sample
Pengurusan ICT Sekolah Powered By Docstoc
					PERANCANGAN ICT SEKOLAH

  VISI, MISI dan MATLAMAT ICT sekolah
    yang jelas akan membantu sekolah
 Menumpukan usaha dan melihat cahaya
 di hujung terowong, dalam apa-apa juga
  urusan yang dirancang. Perancangan
     yang dinamik dan fleksibel akan
  membantu sekolah memaksimumkan
     faedah Teknologi Maklumat dan
 Komunikasi (ICT) yang disediakan atau
      diperoleh dari pelbagai sumber
                 Datuk Abdul Rafie bin Mahat
          Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
PERANCANGAN ICT SEKOLAH

Mengambil kira:-
 Kekangan dalam persekitaran
 Kepakaran
 Infrastruktur teknologi ICT

Matlamat:-
 Menghasilkan warga sekolah yang celik ICT
 Meningkatkan penggunaan ICT dalam kelas
    bagi P&P yang berkesan
 Meningkatkan pengurusan sekolah yang cekap
    dan berkesan melalui penggunaan ICT
PERANCANGAN ICT SEKOLAH



Menyediakan :

1
    Perancangan Jangka Panjang ICT
    Sekolah
2   Perancangan Jangka Pendek ICT
    Sekolah

    Rujuk Buku Panduan
    Pelaksanaan Program
    Pengkomputeran di Sekolah
CARTA ORGANISASI JK ICT SEKOLAH
                         PENGERUSI
                    (Pengetua/Guru Besar)

                        Naib Pengerusi

                             Setiausaha

                      Penolong Setiausaha


JK Perkembangan   JK Pengajaran &     JK Pengurusan &    JK Tugas-tugas
       Staf        Pembelajaran        Penyenggaraan          Khas


             JK Pengurusan               JK             JK Keceriaan
                 Stok &            Penyenggaraan
              Dokumentasi         dan Keselamatan
TUGAS JK ICT SEKOLAH
PENGERUSI - (Pengetua/Guru Besar)


1   Mengetuai JK untuk merancang pelaksanaan program ICT sekolah
2   Mengemukakan keperluan sekolah kepada JPN/KPM dan pihak berkenaan
    untuk mendapatkan peruntukan kewangan, guru dan pembangunan dan
    bekalan
3   Mempengerusikan semua mesyuarat JK pelaksanaan ICT sekolah
4   Merancang, melaksana dan memantau keseluruhan program ICT sekolah
5   Menggubal dan membangunkan dasar ICT sekolah agar program ICT
    dilaksanakan dan mencapai matlamatnya
6   Menerima laporan dan membuat perbincangan dengan penyelaras ICT
    untuk memastikan segala urusan berkaitan program ICT berjalan dengan
    lancar
7   Mengkaji dan memberi kelulusan untuk kegunaan komputer oleh semua
    pihak
    TUGAS JK ICT SEKOLAH
SETIAUSAHA

1    Mengurus mesyuarat JK ICT Sekolah
2    Mengurus latihan dan kursus dalaman
3    Mengurus kewangan JK ICT Sekolah
4    Memantau pembangunan web sekolah
5    Menyelaras pelaksanaan segala perancangan ICT Sekolah
6    Menjadi pegawai perhubungan ICT Sekolah
7    Menyediakan jadual :-
      Pengajaran dan pembelajaran
      Kelab
      Guru bertugas
8    Menyediakan dan mengumpul laporan aktiviti ICT sekolah
9    Mengendalikan hal-hal pentadbiran JK ICT Sekolah
    TUGAS JK ICT SEKOLAH

JK PENGAJARAN & PEMBELAJARAN


1    Menggerakkan pemikiran untuk meningkatkan keberkesanan P&P melalui
     penggunaan ICT
2    Mengatur penggunaan bahan sumber P&P oleh guru
3    Memantau penggunaan bahan sumber dan aplikasi ICT dalam P&P
4    Menambah koleksi bahan sumber P&P
5    Menilai kesesuaian bahan sumber P&P ICT
6    Mengurus penghasilan bahan sumber P&P yang mudah dengan
     menggunakan kemahiran ICT seperti pembentangan secara Powerpoint
7    Mengatur program membudayakan penggunaan ICT dalam P&P
8    Menyediakan kertas kerja dan laporan bagi aktiviti yang dijalankan
    TUGAS JK ICT SEKOLAH

JK PERKEMBANGAN STAF


1    Merancang dan melaksanakan program perkembangan staf
2    Mengikuti perkembangan terkini tentang ICT dan menyebarkan maklumat
     tersebut
3    Menguruskan pangkalan data sumber manusia dalam ICT
4    Memastikan setiap guru yang menghadiri kursus yang berkaitan dengan
     ICT akan mengurus dan mengendalikan kursus dalaman di sekolah
5    Menyediakan kertas kerja dan laporan aktiviti
    TUGAS JK ICT SEKOLAH


JK Pengurusan Stok dan Dokumentasi


1    Menguruskan stok, inventori dan harta modal
2    Menguruskan bahan dokumentasi seperti surat pekeliling, manual dan
     lesen perisian
3    Memproses bahan-bahan sokongan P&P dan bahan sumber seperti
     perisian kursus

4    Menyedia dan menyimpan rekod penggunan makmal komputer
5    Menyediakan kertas kerja dan laporan bagi aktiviti yang dijalankan
    TUGAS JK ICT SEKOLAH



JK Keceriaan


1    Menubuhkan pasukan kerja kebersihan dan keceriaan makmal
2    Menyediakan jadual tugas kebersihan makmal
3    Mengumpul dan mempamerkan bahan-bahan yang sesuai untuk
     meningkatkan keceriaan makmal komputer
4    Menyediakan kertas kerja dan laporan bagi aktiviti yang dijalankan
    TUGAS JK ICT SEKOLAH

JK Penyenggaraan dan Keselamatan


1    Menyediakan peraturan makmal, panduan penggunaan peralatan dan
     perisian serta mempamerkan di tempat yang strategik
2    Menydiakan prosedur kerja untuk memastikan semua pengguna makmal
     memahami dan mematuhi langkah-langkah keselamatan dan peraturan
     makmal

3    Menyediakan jadual pemeriksaan dan penyenggaraan perkakasan berkala
     dan memantau pelaksanaannya(servis penghawa dingin, mencuci pemacu,
     mengemaskini cakera keras dan mengimbas disk)

4    Menyediakan kertas kerja dan laporan bagi aktiviti yang dijalankan
    TUGAS JK ICT SEKOLAH

JK Tugas-Tugas Khas Program ICT


1    Merancang aktiviti-aktiviti pembudayaan ICT dalam bentuk program-
     program khas yang melibatkan seluruh warga sekolah dan komuniti seperti
     PIBG dan agensi luar

2    Mendapatkan penaja bagi meningkatkan infrastruktur dan pelaksanaan
     program ICT sekolah
3    Menguruskan aktiviti-aktiviti ICT yang diterima dari semasa ke semasa
4    Menyediakan kertas kerja dan laporan bagi aktiviti yang dijalankan

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Stats:
views:1027
posted:8/1/2010
language:Malay
pages:13
Description: Panduan Ringkas Pengurusan ICT Sekolah