Pendekatan Bertema dalam proses pengajaran dan pembelajaran by jennis1981

VIEWS: 5,155 PAGES: 15

									  FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA



                 HBEF 1403 :
         SENI DALAM PENDIDIKAN




  AMBILAN SEMESTER NOVEMBER 2009



Nama                  : Cheng Ai Shin

No. Kad Pengenalan        : 810415-13-5084

Nombor Telefon            : 013-8372998

Alamat E-mail             :

pikachi5084@hotmail.com


Nama Pensyarah            : Encik Pati Aleng
Isi Kandungan                             Muka Surat
Soalan 1
1.0 Pengenalan

2.0 Jenis – jenis Tema

       2.1 Tema Persekitaran

                2.1.1   Kekuatan

                2.1.2   Kelebihan

                2.1.3   Cabaran

       2. 2 Tema Masyarakat

              2.2.1      Kekuatan

              2.2. 2     Kelebihan

                2.2.3    Cabaran

       2. 3 Tema Komunikasi

              2.3.1     Kekuatan

              2.3.2     Kelebihan

                2.3.3   Cabaran


       3.0 Kesimpulan


Soalan 2
Slide Persembahan digital Ms PowerPoint


Bibliografi

Lampiran
1.0    Pendahuluan


       Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan memerlukan suatu bentuk
pendekatan yang menyeluruh. Pengelolaan alat, bahan dan proses pengajaran yang
holistic memberi peluang kepada guru untuk menghubungkan satu mata pelajaran dengan
yang lain. Salah satu pendekatan yang dapat memberi peluang kepada pelajar untuk
meneroka, mengalami dan mencari peluang mengespresi sesuatu tema adalah Pendekatan
Bertema. Pendekatan bertema merangkumi koleksi bahan, aktiviti dan teknik yang
disusun sekitar konsep atau tema. Oleh itu, sebagai seorang guru yang profesional, kita
hendaklah menggalakkan murid untuk mengenal dan menggunakan kelebihan mereka
secara maksimum untuk mereka meningkatkan prestasi pencapaian akademik, kebolehan
psikomotor   dan kelebihan mereka di dalam pelbagai bidang. Perancangan aktiviti
pembelajaran yang pelbagai akan dapat memenuhi keperluan murid yang mempunyai
gaya belajar, mencuba idea, pendekatan dan teknik yang baru serta persekitaran yang
memberi inspirasi dan bermotivasi.


       Pengaplikasian pengajaran menggunakan kaedah Pendekatan Bertema juga
memainkan peranan yang penting ke arah perkembangan kanak-kanak melalui
peningkatan dalam persepsi, estetika dan kreativiti mereka. Ianya bermatlamat untuk
melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian,
individu yang berjiwa kreatif, kritis, imaginatif, berinovatif dan inventif. Hasil
pembelajaran pula berupaya membantu murid menghargai keindahan alam persekitaran,
menghargai keindahan seni dan warisan bangsa, adat resam, serta dapat menyumbang ke
arah pembangunan diri, keluarga dan masyarakat.


2.0    Konsep Pendekatan Bertema


       Pendekatan Bertema boleh diaplikasikan kepada pelbagai pemilihan tema dan
ianya mempunyai kelebihan, kekuatan dan cabaran masing-masing.           Terdapat tiga
pendekatan bertema iaitu tema persekitaran, tema masyarakat dan tema komunikasi.
Setiap daripada tema ini membawa penerangan yang berbeza serta mempunyai kekuatan,
kelemahan dan cabaran masing-masing.


2.1   Tema Persekitaran
             Tema Persekitaran Alam Semulajadi membawa peranan dan kefahaman
      tentang persekitaran alam semula jadi yang meliputi segala aspek yang berada
      dipersekitarannya, tempat dan habitat semua hidupan. Selain daripada itu, ianya
      juga bertindak berinteraksi antara satu sama lain dalam ekosistem yang seimbang.


2.1.1 Kekuatan
             Pendekatan tema persekitaran mendedahkan pelajar kepada keadaan
      semulajadi di mana ianya meliputi segala aspek yang berada di sekitar
      persekitarannya juga. Oleh itu, salah satu kekuatan tema ini ialah ia mewujudkan
      suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan dan lebih kondusif.
      Di samping itu juga, ianya mudah digabungjalinkan dengan matapelajaran yang
      lain kerana ianya adalah condong kepada kejadian yang berlaku di persekitaran
      pelajar. Selain itu, kekuatan yang lain berkenaan dengan tema ini adalah pelajar
      dapat meluahkan perasaan, pengetahuan melalui pelbagai aktiviti berlandaskan
      pengetahuan dan pengalamaan sedia ada mereka.


2.1.2 Kelebihan
             Kelebihan bagi tema persekitaran dalam pengajaran dan pembelajaran
      dapat digunakan untuk mempertingkatkan daya kretiviti dan kefamahan di
      kalangan murid. Tema ini dapat mengajar dalam pelbagai mata pelajaran seperti
      Sains, Bahasa, Seni Visual, Muzik. Berikut adalah satu contoh Sains yang
      menginterasikan aktiviti-aktiviti Muzik,Seni Visual dan Pendidikan Jasmani:
                                       Tajuk: Binatang
                                 Tema persekitaran: Hutan
             Murid diperkenalkan tentang binatang-binatang yang terdapat dalam hutan.
      Guru boleh menggunakan gambar, video, internet dan sebagainya. Selepas itu,
      murid melakukan pergerakan berkaitan dengan binatang sambil mengeluarkan
      bunyi binatang tersebut. Melalui aktiviti ini dapat mewujudkan suasana yang
      menyeronokan dan kondusif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
              Di samping itu, murid boleh melakonkan pengerakan berlainan yang
      dilakukan oleh binatang yang berbeza seperti melompat, memanjat, menyusur
      berjalan perlahan, merangkak dan sebagainya berdasarkan daya imaginasi
      masing-masing. Dengan ini, guru dapat menyemai daya imaginasi murid-murid
      melalui penerokaan.
              Selain itu, guru dapat membangunkan pembelajaran menyeluruh yang
      menghubungkait pengetahuan dan kemahiran dengan membimbing murid
      memerhatikan persekitaran dan menghubungkait pengetahuan Sains yang
      dipelajari.


2.1.3 Cabaran
              Cabaran bagi pendekatan bertema persekitaran adalah ianya tidak
      tertumpu kepada guru semata-mata, malahan pelajar juga perlu memainkan
      peranan masing-masing agar pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan
      dengan berkesan. Pelajar-pelajar hendaklah terlibat aktif di dalam sesi pengajaran
      dan pembelajaran sama ada di dalam dan luar bilik darjah. Ini termasuklah peka
      dengan keperluan dan alatan pembelajaran agar sentiasa mencukupi dan dapat
      menyelesaikan setiap aktiviti pembelajaran dalam masa yang ditetapkan serta
      dapat menghayati pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari agar ianya
      menjadi lebih bermakna dalam konteks kehidupan mereka.
              Sekiranya perkara yang sebaliknya berlaku, maka proses pengajaran
      pembelajaran akan menjadi tidak berkesan dan tidak menarik. Guru juga perlu
      berminat terhadap tema tersebut serta pemeringkatan tema perlulah bermuda dari
      yang mudah lepada yang lebih mencabar agar dapat mencapai hasil yang lebih
      máksima.


2.2   Tema Masyarakat
              Tema Masyarakat pula memberi penekanan terhadap manusia, sosial dan
      budaya serta kesan ke atas perkembangan kanak-kanak. Tambahan pula, di
      bawah tema masyarakat, Persekitaran sosial dipengaruhi oleh gaya penjagaan ibu
      bapa, interaksi dengan rakan sebaya serta sokongan. Oleh yang demikian, tema
      masyarakat menekankan kepada kehidupan serta pergaulan guru, pelajar dan
      masyarakat sekelilingnya.


2.2.1 Kekuatan
              Antara kekuatan tema masyarakat adalah ianya membolehkan pelajar
      memperbaiki kemahiran interpersonal dan intrapersonal mereka. Ianya juga dapat
      mendidik pelajar menyemaik nilai empati, harmoni dan pemahaman terhadap
      kepelbagaian masyarakat Malaysia yang majmuk, pelbagai agama, adat resam
      serta cara hidup yang saling berbeda. Para pelajar secara langsung akan dapat
      menyemai daya imaginasi melalui penerokaan yang dijalankan dan dapat
      membuat pilihan yang lebih sesuai apabila mengahadapi permasalahan
      pembelajaran.


2.2.2 Kelebihan
              Tema masyarakat juga membawa kelebihan dalam proses pengajaran dan
      pembelajaran. Melalui tema masyarakat, pelajar akan mempunyai ilmu
      pengetahuan tentang pelbagai budaya. Ini dapat menyemai nilai empati, harmoni
      dan pemahaman sesama insan yang berbagai budaya.
              Di samping itu, tema masyarakat juga dapat membuat pilihan yang sesuai
      dan relevan dalam kehidupan mereka.Selain itu, kebudaya adalah cara kehidupan
      yang merangkumi pelbagai perbezaan dari segi latar belakang, keluarga dan
      individu. Kebezaan ini akan membantu pelajar menghadapi cabaran kehidupan
      masing-masing.


2.2.3 Cabaran
              Antara cabaran yang dihadapi dalam tema masyarakat adalah kecekapan
      guru dalam menggabungjalinan pendekatan tersebut dalam matapelajaran yang
      lain.   Guru harus sedar bahawa tema masyarakat melibatkan penghubungan
      sesama manusia, sosial dan perkembangan kanak-kanak. Oleh itu, guru perlu
cekap dalam integrasi matapelajaran agar pengajaran yang disampaikan tidak
terpesong dari tema yang ingin disampaikan.
        Selain daripada itu, cabaran yang mungkin dihadapi juga guru perlu
membentuk jaringan ahli di kalangan pelajar dan ini merupakan perkara yang
sukar dicapai kerana adalah sukar untuk menilai skop pemahaman yang luas
terutamanya dari segi pergaulan sosial dan pembentukan sikap manusia.


2.3     Tema Komunikasi
        Tema    yang ketiga     ialah   komunikasi.     Ianya   merujuk    kepada
        perlakuan tindak balas seseorang atau lebih untuk menghantar dan
        menerima berita yang berlaku dalam konteks yang mempunyai kesan dan
        memberi sedikit peluang untuk maklum balas. Ianya boleh dikategorikan
        dalam    dua    kategori    utama     iaitu   Verbal    (   dlm     bentuk
        bahasa ) bukan verbal ( dalam bentuk isyarat)


2.3.1   Kekuatan
        Para pelajar berpeluang untuk meluahkan perasaan berdasarkan
        pengalaman verbal dan bukan verbal sama ada berbentuk pergerakan, imej
        visual, prop, bunyi dan muzik berasaskan tema yang diberi. untuk
        membangunkan pembelajaran menyeluruh yang menghubungkait
        pengetahuan dan kemahiran.
                Persembahan juga akan menjadi lebih menarik melalui pelbagai
        aktiviti dan kreativiti yang tinggi. Kekuatan tema komunikasi ialah para
        pelajar akan lebih berkeyakinan dan pembelajaran akan menjadi lebih
        menyeronokkan. Para pelajar juga berpeluang untuk menyemai dan
        mengaitkan idea-idea serta imaginasi yang baru. Selain itu, para pelajar
        dapat menilai kefahaman konsep melalui aktiviti – aktiviti yang dijalankan.
        Para pelajar dapat menghubungkaitkan pengetahuan dan kemahiran
        mereka semasa mengikut sesi pembelajaran.
2.3.2 Kelebihan
              Kelebihan bagi tema komunikasi dapat digunakan untuk mewujudkan
       suasana yang menyeronokkan dan konduksif dalam proses pengajaran dan
       pembelajaran. Tema ini dapat mengajar dalam pelbagai mata pelajaran seperti
       Sains, Seni Visual, matematik, Muzik.
              Di samping itu, guru dapat mengajar pelajar membuat perlakuan haiwan
       yang telah mereka jumpa dalam hutan. Hal ini dapat menyemai daya imaginasi
       melalui penerokaan.
              Kelebihan      tema komunikasi yang lain dalam proses pengajaran dan
       pembelajaran adalah seperti dapat memperbaiki kemahiran interpersonal dan
       intrapersonal di antara pelajar-pelajar. Pelajar –pelajar dapat berkomunikasi di
       antara satu sama lain dengan melalui aktiviti kumpulan, permaian dan lain-lain.
       Selain itu, pelajar juga dapat menghadapi cabaran bersama-sama. Hal ini dapat
       memupukkan semangat kerjasama, menyemai nilai empati, harmoni dan
       pemahaman di antaran satu sama lain.


2.3.3 Cabaran
       Antara cabaran dalam tema komunikasi ialah guru hendaklah mempunyai
       kemahiran dan kecekapan yang tinggi di dalam         pelbagai bidang pelajaran
       ( semua matapelajaran ). Guru juga perlu menyediakan hasil pembelajaran yang
       pelbagai dalam matapelajaran yang berbeza-beza.        Di samping itu juga, ia
       mempunyai kesukaran untuk menilai skop pemahaman kerana bidang yang
       dipelajari yang lebih luas.   Cabaran yang lain ialah guru perlu menghadapi
       kesukaran untuk membuat penilaian kerana kebolehan pelajar yang berbeza-beza.


3.0    Kesimpulan
       Perlaksaanaan Pendekatan Bertema yang dirancang oleh seseorang guru
menghadapi pelbagai rintangan mahupun cabaran selain daripada kelemahan yang ada.
Namur demikian, cabaran-cabaran ini hendaklah bijak diatasi agar pengajaran dan
pembelajaran yang dirancang itu dapat diaplikasikan di dalam kelas dan dapat memberi
manfaat kepada pelajarnya.
Bibliografi

Sumber Buku
Goh Joon Kiat, Loke Har Moi, Khor Ewe Pin. (2003). Buku Teks Bahasa Cina SJK (C)
       Tahun 1. Johor:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


Goh Joon Kiat, Loke Har Moi, Khor Ewe Pin. (2003).Buku Latihan & Aktiviti
       Bahasa Cina SJK (C) Tahun 1 Jilid 2. Johor: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


Goh Joon Kiat, Loke Har Moi, Khor Ewe Pin. (2003). Buku Panduan Guru
       Bahasa Cina SJK (C) Tahun 1. Johor: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


Rizuan, Mohd. Hata, & Ahmad. (2003). Buku Teks Bahasa Melayu SJK (C) Tahun 1.
       Selangor: Elpos Print Sdn. Bhd.


Zulkifli Yaakob, & Mohd. Jamel Ismail. (2009). Seni dalam Pendidikan: Pendekatan
       Bertema. Kuala Lumpur: Open University Malaysia.

Sumber Internet:

Zoo Taiping.[Online].Available:

http://www.zootaiping.gov.my/bm/frame-animals.html [2009, November 30 ]



[Online].Available:

http://www.djz.edu.my/kecheng/science/zoongr.htm[2009, November 30 ]

[Online].Available:

http://www.zoonegara.org.my/zoo.html[2009, November 30 ]

[Online].Available:

http://www.hickerphoto.com/animal-pictures-cat.htm [2009, November 30 ]

								
To top