Docstoc

Komunikasi - PDF

Document Sample
Komunikasi - PDF Powered By Docstoc
					4.0   PUSAT PENGAJIAN KOMUNIKASI


      4.1 PENGAJIAN KOMUNIKASI

        OBJEKTIF

        Minor ini memberi peluang kepada pelajar luar Pusat Pengajian Komunikasi
        untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang Komunikasi yang terpilih.
        Kursus-kursus yang terpilih seperti periklanan, perhubungan awam dan
        kewartawanan akan mendedahkan pelajar-pelajar kepada pengetahuan dan
        kemahiran komunikasi yang sesuai dan berguna bagi pelajar dari bidang
        Sastera dan Sains.

        STRUKTUR RANCANGAN

        Pelajar dikehendaki mengumpul sebanyak              16     unit   semuanya.
        Pembahagiannya adalah seperti berikut:

        Asas                     :   3 unit
        Teras Sepunya            :   4 unit
        Teras Pengkhususan       :   9 unit

        STRUKTUR PENDAFTARAN KURSUS

        Asas ( 3 unit)

        Pilih Satu
        YKT 101/3        -   Pengantar Komunikasi Manusia
        YKT 102/3        -   Pengantar Komunikasi Massa
        YKT 103/3        -   Komunikasi dan Masyarakat

        Teras Sepunya (4 unit)

        YKT 111/4        -   Teori dan Penyelidikan Komunikasi 1

        Teras Pengkhususan (9 unit)

        Pilih Tiga
        YFP 324/3        -   Kajian Sinema
        YFP 321/3        -   Kajian Televisyen
        YBP 223/3        -   Periklanan
        YBP 224/3        -   Perhubungan Awam
        YWP 215/3        -   Pengenalan kepada Kewartawanan
        YFP 222/3        -   Penulisan Skrip & Lakon Layar
        YBP 326/3        -   Komunikasi Korporat
        YBP 327/3        -   Pengurusan Media



                                        60
4.2   KEWARTAWANAN SAINS DAN ALAM SEKITAR

        OBJEKTIF

        Rancangan minor Kewartawanan Sains dan Alam Sekitar ditawarkan untuk
        memberi peluang kepada pelajar bukan sastera yang berminat dalam penulisan
        di samping memupuk kemahiran kewartawanan. Ini akan membolehkan
        mereka menceburi bidang pelaporan sains sekaligus memanfaatkan
        pengetahuan bidang major mereka. Akhirnya mereka boleh menjadi
        wartawan sains yang menyumbang ke arah mendidik masyarakat yang celik
        sains dan alam sekitar.

        STRUKTUR RANCANGAN

        Pelajar dikehendaki mengumpul sebanyak                16       unit   semuanya.
        Pembahagiannya adalah seperti berikut:

        Asas                       :   3 unit
        Teras Sepunya              :   4 unit
        Teras Pengkhususan         :   9 unit

        PENDAFTARAN KURSUS

        Asas (3 unit)

        Pilih Satu
        YKT 102/3          -   Pengantar Komunikasi Massa
        YKT 103/3          -   Komunikasi dan Masyarakat

        Teras (10 unit)

        YWP 221/3          -   Kewartawanan I (wajib)
        YWP 325/3          -   Penulisan dan Pelaporan Sains (wajib)
        YKT 112/4          -   Komunikasi untuk Pembangunan Sosial

                           Atau

        YKT 214/4          -   Teknologi Komunikasi

        Pilihan (3 unit)

        YWP 223/3          -   Penulisan Rencana
        YWP 324/3          -   Media, Sains & Alam Sekitar




                                          61
SINOPSIS

YKT 101/3 -   Pengantar Komunikasi Manusia

Secara keseluruhannya kursus ini antara lain membincangkan sifat, jenis dan
kod komunikasi lisan dan bukan lisan dan meneliti halangan/pembolehubah
yang mempengaruhi sesuatu proses komunikasi yang berkesan.

Selain itu, kaedah dan cara mana manusia berkomunikasi dalam kontek/situasi
interpersonal, diad, kumpulan kecil dan organisasi akan ditinjau. Fungsi
komunikasi untuk memujuk memperolehi kepatuhan, menjalinkan sesuatu
perhubungan sosial di antara manusia dan menguruskan konflik akan juga
ditekankan.

Beberapa kajian tempatan dan luar tentang komunikasi manusia bagi
membantu memahami prinsip dan strategi yang dipelajari akan diperkenalkan.

YKT 102/3 - Pengantar Komunikasi Massa

Bahagian pertama membina kerangka       pemahaman pelajar tentang konsep
dan proses komunikasi massa.

Seterusnya kursus ini menyorot sejarah dan perkembangan buku, akhbar,
majalah, filem, radio dan televisyen. Dari sini perbincangan beralih kepada
struktur dan operasi institusi media masa kini         serta peranan yang
dimainkannya. Perbincangan akan ditumpukan kepada isu-isu penting seperti
masalah "bias" dalam media, pelbagai pemaparan media yang stereotaip,
pemilikan dan kawalan ke atas media.

Akhir sekali, kursus akan membincangkan perkembangan teknologi media
serta implikasi sosialnya.

YKT 103/3 - Komunikasi dan Masyarakat

Pelajar akan didedahkan kepada beberapa pendekatan yang digunakan untuk
menjelaskan hubungan komunikasi dan masyarakat, termasuklah pendekatan
kritis.

Penekanan akan diberikan kepada perhubungan antara perkongsian makna dan
komunikasi.
Kaitan pemilikan dengan kuasa media juga akan dikemukakan.

Kesan media ke atas khalayak dan sebaliknya akan dihuraikan dalam konteks
pergolakan masyarakat sekitar, baik di tahap tempatan mahupun antarabangsa.




                              62
YKT 111/4 - Teori Komunikasi dan Penyelidikan Komunikasi I

Kursus ini memberi penekanan terhadap dua disiplin utama yang telah
mempengaruhi penyelidikan, iaitu psikologi dan sosiologi. Pelajar dilatih
untuk memahami bahawa terdapat beberapa perspektif dalam kedua-dua
disiplin ini yang dipengaruhi oleh beberapa aliran pemikiran. Pelajar juga
disedarkan bahawa corak, strategi dan cara penyelidikan komunikasi
berdasarkan perspektif-perspektif ini.

YKT 112/4 -    Komunikasi Untuk Pembangunan Sosial

Kursus ini menganalisis peranan, masalah dan isu komunikasi dalam proses
pembangunan daripada transformasi masyarakat tradisional ke masa kini,
berasaskan perbincangan mengenai pembangunan ekonomi, kesan
kolonialisme, pergantungan dan pemusatan kuasa di negara-negara Dunia
Ketiga yang mempunyai pengaruh yang kuat terhadap proses pembangunan.

YKT 214/4 -    Teknologi Komunikasi

Kursus ini bermula dengan menganalisa sejarah perkembangan teknologi
komunikasi dan beberapa pendekatan serta teori terhadap revolusi teknologi
yang juga dihubungkaitkan sebagai revolusi informasi.

Ini diikuti pula dengan membincangkan perkembangan teknologi komunikasi
yang mengakibatkan berlakunya beberapa perubahan dalam masyarakat.
Para pelajar diperlukan melihat dan meneliti pembentukan dan perkembangan
teknologi komunikasi dalam konteks masyarakat yang lebih luas lagi,
termasuklah pengaliran maklumat di antara sempadan, kedaulatan negara dan
imperialisme.

YWP 221/3 - Kewartawanan I

Secara umum terdapat dua komponen besar dalam kursus ini.

Bahagian pertama ialah mengenai kaedah penulisan. Dalam bahagian ini,
pelajar akan mempelajari cara-cara menulis untuk akhbar dan majalah. Ini
termasuk gaya penulisan, format dan stail yang digunakan dalam sesebuah
penerbitan. Pelajar juga akan dilatih dalam kaedah mendapat dan mengumpul
maklumat untuk dijadikan "berita". Selain dari latihan menulis berita dari
"beat" yang ditentukan, pelajar juga menulis berita dari ucapan, siaran akhbar
dan mesyuarat.

Bahagian kedua melibatkan sistem akhbar dan organisasi berita. Ini termasuk
tinjauan kepada sistem perakhbaran yang berlainan, pemilikan dan kawalan
dengan penekanan kepada keadaan di negara ini.




                                63
YBP 223/3 -   Periklanan

Kursus ini mengandungi tiga komponen penting: institusi periklanan dan
persekitarannya; objektif perancangan, pengawalan dan penilaian kegiatan
periklanan; dan keputusan kreatif dan strategi dalam pelaksanaan periklanan
seperti pemikiran kreatif, pemajuan produk dan bukan produk, penulisan
kopi/skrip, dan pemilihan pelbagai media.

YBP 224/3 -   Perhubungan Awam

Kursus ini dipecahkan kepada beberapa ciri pembentukan perhubungan awam
yang mantap dan berkesan. Ianya merangkumi aspek-aspek perbincangan
bidang ini masa kini; prinsip-prinsip "PR"; penyelidikan asas secara formal
dan tidak formal; tumpuan kepada khalayak yang tertentu; strategi
tindakbalas; pemilihan media dan seterusnya membincangkan bentuk-bentuk
proses komunikasi yang diperlukan. Pelajar juga akan diberi beberapa kajian
kes untuk dibincang dan membentuk kempen perhubungan awam sebagai
memenuhi sebahagian daripada keperluan tugasan kursus ini.

YFP 321/3 -   Kajian Televisyen

Kursus ini memperlihatkan kefahaman terhadap kompleksiti sejarah
perkembangan sistem televisyen di Malaysia sebagai sebuah institusi
komunikasi dan menganalisa kedudukan televisyen dalam masyarakat, dari
segi ekonomi, politik, sosial dan budaya. Kursus ini juga bertujuan
memperlihatkan kefahaman terhadap perkembangan budaya televisyen dalam
bentuk kepelbagaian genre dan aspek persembahan.

YWP 223/3 - Penulisan Rencana

Pelajar akan didedahkan kepada cara-cara menerbitkan idea: dari bacaan,
pengamatan, pengalaman, dsb.

Pelajar juga akan diberi panduan tentang kaedah mengumpul data dan menulis
beberapa jenis rencana gambaran, profail, analisis, informatif, petua,
pengalaman peribadi dan naratif.

Isu-isu semasa seperti kepincangan keluarga, kesihatan, alam sekitar,
pendidikan dan sebagainya akan dijadikan bahan rencana.

Tokoh-tokoh yang boleh dijadikan contoh teladan juga akan dikemukakan.

YFP 324/3 -   Kajian Sinema

Kursus ini mengandungi tiga komponen utama. Pada komponen pertama,
pelajar akan didedahkan kepada seni, komunikasi dan estetik dalam sinema.
Ia merangkumi aspek struktur filem, perlambangan, makna dan nilai.
Bahagian ini juga akan mengkaji unsur-unsur masa dan ruang filemik.

                              64
Pada komponen kedua, pelajar akan didedahkan kepada sejarah dan
perkembangan filem. Kajian perkembangan industri filem akan bermula dari
tahun 1895, era filem Edward Muybridge.            Perkembangan filem di
Hollywood, Eropah, India dan Malaysia akan dikaji. Ini termasuklah gaya
penerbitan, seperti skrip, lokasi, lakonan, teknik cahaya dan kamera dan
teknik kesan khas.

Komponen ini juga akan menyorot kembali beberapa tokoh filem agong
seperti Sergei, Eisenstein, Andre Basin, Akira Kurosawa dan Satyajit Ray.

Manakala komponan ketiga pula akan merangkumi aspek-aspek penghayatan
dan kritikan filem. Menganalisis filem-filem dari pelbagai aspek seperti
konsep, perlambangan, komposisi, syout, sekuan, gabungan visual dan audio,
skrip dan sebagainya. Beberapa kaedah kritikan filem juga akan diajar, di
antaranya ialah pendekatan kewartawanan, pendekatan kontektual dan
pendekatan "genre".

YWP 324/3 - Media, Sains dan Alam Sekitar

Kursus ini akan membincangkan isu alam sekitar dan bagaimana media
melaporkan isu-isu tersebut. Kuliah juga akan meneliti kekangan yang
dihadapi oleh media dalam pelaporan isu-isu tersebut. Turut dibincangkan
peranan media dalam membantu masyarakat memahami dan menilai isu-isu
sains dan alam sekitar.

YWP 325/3 - Penulisan dan Pelaporan Sains

Dalam kursus ini pelajar akan didedahkan kepada keseluruhan proses
pengumpulan, penulisan dan pelaporan berita tentang bidang sains, teknologi
dan alam sekitar.

Pelajar akan mengkaji laporan/artikel dalam jurnal sains tentang sesuatu
penemuan, isu, kontroversi atau hipotesis dan membandingkan dengan
pelaporan yang disiarkan dalam beberapa media massa.

Berasaskan bahan tersebut dan sumber maklumat sains lain seperti saintis,
sidang akhbar, siaran akhbar, Internet, pelajar mempelajari berbagai teknik
kewartawanan bagi membentuk berita sains untuk khalayak popular dengan
tumpuan kepada "menterjemah" ubjek dengan tepat serta dapat menarik
perhatian pembaca.


YWP 215/3 - Pengenalan kepada Kewartawanan

-   Untuk memberi pendedahan awal kepada penuntut minor mengenai dunia
    persuratkhabaran dan industri kewartawanan.


                              65
-   Untuk memperkenalkan bidang kewartawanan secara teoritis kepada
    penuntut minor.

-   Untuk memperkenalkan penuntut minor kepada beberapa teknik dan
    mekanisme perlaporan berita.

-   Untuk memberi gambaran awal mengenai kerjaya dan profesion dalam
    industri kewartawanan.


YFP 222/3 -    Penulisan Skrip dan Lakon Layar

Kursus ini memperkenalkan pelajar aspek dan teknik penulisan lakon layar
filem cereka dan penulisan skrip filem dan video dokumentari. Pelajar juga
akan didedahkan kepada asas-asas teknik penggambaran. Para pelajar akan
diberi tugasan pendek di akhir kuliah sebagai latihan penulisan sebuah lakon
layar filem cereka. Mereka dikehendaki menghasilkan sebuah skrip lakon
layar filem cereka. Mereka dikehendaki menghasilkan sebuah skrip lakon
layar filem cereka dan skrip filem dan video dokumentari.

YBP 326/3 -    Komunikasi Korporat

Kursus ini mengandungi empat bahagian. Bahagian pertama memperkenalkan
kepada pelajar tentang komunikasi korporat. Is menyentuh peranan dalam
ekonomi, politik, teknologi dan sosial. Turut menumpukan pada bahagian-
bahagian utama dalam komunikasi korporat serta konsep-konsep yang
mendasarinya. Bahagian kedua melihat pada identiti korporat. Pelajar-pelajar
akan didedahkan kepada jenis-jenis identiti, kesesuaian sesuatu identiti
dengan korporasi serta program-program yang mengukuhkan identiti korporat
itu. Bahagian ketiga meneliti imej korporat dan bahagian mendedahkan
kepentingan imej bagi sesuatu korprasi. Bahagian keempat ialah perancangan
komunikasi korporat yang melihat kepada peranan perhubungan awam dan
peranan komunikasi pemasaran dalam komunikasi korporat.

YBP 327/3 -    Pengurusan Media

Kursus ini akan mengimbangkan aspek teori dan amali. Bidang teori akan
memperkenalkan pelajar segala konsep, prinsip, takrifan, prosedur,
permasalahan, strategi dan sumber data yang terdapat dalam perancangan
media yang dipraktikkan di Malaysia. Kerja amali akan mendedahkan pelajar
kepada kaedah kualitatif, dan kes studi. Ini akan membantu pelajar
membiasakan diri dalam keiatan merancang, menganalisis, menilai serta
membuat perbandingan antara media.




                               66

				
DOCUMENT INFO
Description: berbagai penelitian dan artikel tentang iklan, komunikasi dan juga aturan tentang media massa