Docstoc

Tokoh-tokoh kemerdekaan Malaysia

Document Sample
Tokoh-tokoh kemerdekaan Malaysia Powered By Docstoc
					TOMMY GUNTALIB
RAD/DP/07-3-0077
PENGAJIAN AM MALAYSIA(LAN123)
TOKOH-TOKOH YANG MEMBAWA MALAYSIA KEARAH KEMERDEKAAN DAN PARTI-PARTI YANG
DIWUJUDKAN

Tokoh-tokoh kemerdekaan Malaysia :

      Pada tahun 1953, berikutan kekalahan IMP dalam pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala
       Lumpur,Datuk Onn Jaafar menganjurkan satu perundingan kebangsaan di Kuala
       Lumpur.
      Dalam perundingan tersebut, wakil parti-parti di Tanah Melayu dijemput untuk
       membincangkan mengenai langkah ke arah mencapai kemerdekaan Tanah Melayu.
       Antara tuntutan yang diusulkan dalam perundingan tersebut ialah mendesak supaya
       kerajaan Inggeris mengadakan pilihanraya umum pertama pada tahun 1954.
      Datuk Onn yang gagal mendapatkan sokongan telah membubarkan Penubuhan
       Persekutuan Malaysia
      Gagasan Malaysia juga pernah disuarakan oleh tokoh-tokoh di tanah melayu iaitu oleh
       Ghazalie Shafie(1954)dan Tan Cheng Lock(1955).Pada tahun (1959)Lee Kuan Yew pula
       menyebut Singapura dan Tanah Melayu patut bercantum
      Perdana menteri Malaysia yang pertama : Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
      Pada 1954, Tunku telah mengetuai satu rombongan ke England untuk berbincang bagi
       menuntut kemerdekaan bagi Tanah Melayu, tetapi kunjungan itu tidak berhasil. Pada
       tahun berikutnya, pilihanraya persekutuan umum yang pertama telah diadakan, dan
       Parti Perikatan telah memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Dengan
       majoriti ini, Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Ketua Menteri Tanah Melayu
       yang pertama. Satu lagi rombongan ke London telah diadakan pada tahun 1955, dan
       akhirnya England telah bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah
       Melayu, dan 31 Ogos 1957 telah diputuskan sebagai tarikh kemerdekaan Tanah Melayu.
       Sebaik pulang dari England selepas berjaya menuntut kemerdekaan Tanah Melayu,
       Tunku telah mengisytiharkan berita gembira ini buat kali pertamanya pada 20 Februari
       1956 di Bandar Hilir, Melaka. Perkhabaran ini telah disambut dengan penuh kesyukuran
       daripada penduduk Tanah Melayu.
      Terdapat tiga golongan yang intelek yang kerap mennggunakan mata pena untuk
       menanamkan semangat perjuangan. Golongan yang paling awal adalah golongan
       perpendidikan agama yang telah mendapat pendidikan di Al Azhar, Mesir, contohnya
       Syed Syeikh Ahmad al-Hadi. Golongan kedua adalah golongan berpendidikan sekular
       Inggeris dan golongan ketiga, golongan sekular berpendidikan Melayu. Mereka
       menggunakan teknik penulisan untuk menentang penjajah dan dalam masa yang sama
       menanamkan semangat nasionalisme.
Parti Politik dan Perjuangan Kemerdekaan

Beberapa parti politik yang terdapat di Tanah Melayu khususnya selepas Perang Dunia 1 telah
cuba memperjuangkan kemerdekaan .


* Parti Komunis Malaya
Parti politik yang terawal ialah Parti Komunis Malaya (PKM) yang ditubuhkan pada April
1930.PKM bertujuan menggulingkan kerajaan Inggeris dan menubuhkan sebuah Republik
Komunis di Tanah Melayu.Taktik yang digunakan pada peringkat awal ialah dengan
melancarkan gerakan menghasut dan tidak bekerjasama dengan melancarkan gerakan
menghasut dan tidak bekerjasama dengan kerajaan.
Pengaruhnya agak meluas dalam kesatuan-kesatuan sekerja,pertubuhan buruh dan juga
sekolah-sekolah Cina. Tindakan mogok merupakan cara utama yang digunakan untuk
melemahkan pemerintahan Inggeris. Cara PKM mencapai matlamatnya adalah melalui
kekerasan dan dengan demikian ,PKM kurang mendapat sokongan rakyat.

Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu,PKM menubuhkan Tentera Anti-Jepun Penduduk
Tanah Melayu(MPAJA). Pada ketika itu ,PKM bekerjasama dengan Inggeris untuk menentang
tentera Jepun.

Sebelum kedatangan semula Inggeris ke Tanah Melayu selepas pengunduran tentera
Jepun,PKM mengambil peluang untuk memerintah Tanah Melayu melalui kekerasan .Akibat
keganasan yang dilakukan oleh PKM. Kerajaan Inggeris telah mengiytiharkan darurat pada
tahun 1948.


Di bawah kepimpinan Chin Peng, PKM menjadi sebuah parti yang bersifat militia. Sehubungan
itu, Malayan Races Liberation Army(MRLA) telah ditubuhkan bagi memperjuang pembentukan
Republik Komunis Malaya. Taktik yang digunakan oleh MRLA ialah perjuangan bawah tanah dan
perang gerila di mana orang-orang Inggeris (seperti pengurus-pengurus ladang) tempat Inggeris
merupakan sasaran utama mereka.

Semasa darurat ,beberapa undang-undang telah dijalankan untuk mengatasi keganasan PKM.
Antaranya penggunaan undang-undang darurat menggunakan tentera dan polis untuk
menangkap sesiapa yang disyaki dan memperkenalkan sistem kad pengenalan .
Dari segi langkah psikologi pula ,home guard di kampung-kampung tela ditubuhkan,tentera
komando telah dibawa masuk dan usaha -usaha menyatupadukan kaum-kaum melalui
Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum telah dilakukan . Rancangan Baru telah dilancarkan
bagi menempatkan golongan setinggan di pinggir hutan ke kampung baru.

Gerakan kelaparan atau strategi menyekat bekalan makanan juga turut dilancarkan .Rancangan
Templer juga dilancarkan dan menekankan penggunaan perang saraf yang antar caranya ialah
melonggarkan syarat kewarganegaraan bagi bukan Melayu,mengampunkan bekas ahli PKM dan
memperkenalkan kawasan hitam dan kawasan putih.Pada 31 Julai 1960 undang-undang darurat
diisytiharkan tamat.


* Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu(UMNO)
UMNO merupakan parti yang ditubuhkan untuk menyatupadukan orang-orang Melayu. Ia
ditubuhkan secara rasmi pada 11 Mei 1946,diketuai oleh Datuk Onn Jaafar.

Matlamat utama penubuhan UMNO ialah untuk menentang penubuhan Kesatuan Malaya dan
menyatupadukan orang Melayu di seluruh Tanah Melayu.Cogan kata utama parti ini iaitu
'Hidup Melayu' digunakan untuk menyatupadukan orang-orang Melayu dan mempertahankan
kedudukan serta hak istimewa mereka.

Dalam perlembagaan baru UMNO pada tahun 1949 ,tujuan utama yang ditetapkan bagi parti ini
ialah kerajaan sendiri dan kemerdekaan bagi Tanah Melayu .Sejak itu UMNO menjadi tulang
belakang kepda pergerakan memerdekakan Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

Malayan Indian Congress(MIC)
Kongres India Malaya(MIC) ditubuhkan pada 8 Ogos 1946 dengan Thivy sebagai presiden yang
pertama.Matlamat penubuhan MIC ialah menjaga kepentingan politik,ekonomi dan sosial kaum
India di Tanah Melayu.


Ia juga menjadi saluran bekerjasama dengan kaum lain untuk memperjuangkan kemajuan
politik .Pada tahun 1955,MIC menyertai Perikatan yang sebelumnya dianggotai oleh UMNO dan
MCA.


* Malayan Chinese Association(MCA)

MCA ditubuhkan secara rasmi pada 27 Februari 1949 dengan Tan Cheng Lock sebagai presiden
yang pertama.Matlamat utama penubuhan MCA ialah untuk melindungi hak dan kepentingan
ekonomi,plitik,social kaum Cina di Tanah Melayu,melindungi masyarakat Cina daripada
ancaman pengganas komunis , membuktikan kepada Kerajaan Inggeris tentang setia mereka
kepada Tanah Melayu dan bekerjasama dengan kaum lain mencapai kemerdekaan Tanah
Melayu.
Parti Malaya Merdeka(IMP)
IMP ditubuhkan oleh Datuk Onn Jaafar pada 16 September 1951 setelah usahanya untuk
menjadikan UMNO sebuah parti berbilang kaum ditolak oleh orang-orang Melayu.Walau pun
terbuka kepada semua kaum ,IMP gagal untuk mendapatkan keahlian daripada kaum bukan
Melayu.Ini jelas menggambarkan bahawa parti politik di Tanah Melayu ketika itu adalah
bersifat perkauman.

Parti -Parti Berhaluan Sosialis
Terdapat juga parti-parti politik yang cuba mendapatkan kemerdekaan menggunakan tindakan
yang agak radikal.Antara parti tersebut ialah Parti Kebangsaan Melayu Malaya(PKMM) yang
ditubuhkan pada tahun 1945, Angkatan Pemuda Insaf(API) yang ditubuhkan pada tahun 1946
dan Ikatan Pemuda Tanah Air Melayu(PETA) yang ditubuhkan pada tahun 1947.Kebanyakan
parti ini mendapatkan inspirasi kemerdekaan daripada perjuangan nasionalis-nasionalis negara
jiran khususnya Indonesia.


* Parti-parti Berlandaskan Islam

Terdapat parti politik yang berlandaskan perjuangan kepada agama Islam. Parti tersebut ialah
Hizbul Muslimin yang mempunyai matlamat utama untuk menubuhkan sebuah kerajaan Islam
di Tanah Melayu. Sementara itu, Parti Islam Se-Malaya(PAS) telah ditubuhkan pada 24
November 1951. Matlamat PAS ialah menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi ,bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi dan mengetatkan peraturan kerakyatan.


* Parti Perikatan
Usaha -usaha awal untuk menggabungkan parti-parti yang berbilang kaum dalam satu pakatan
bermula apabila UMNO dan MCA membentuk pakatan bersama untuk menghadapi pilihan raya
Majlis Perbandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952. Dalam pilihanraya tersebut,
Pakatan tersebut telah memenangi sembilan daripada 12 kerusi yang dipertandingan.

Seterusnya,pakatan tersebut memenangi pilihanraya Perbandaran Johor Bahru,Muar dan
Melaka.Kejayaan pakatan ini mencerminkan bahawa usaha-usaha bersama antara kaum dapat
menghasilkan kejayaan bagi kepentingan bersama.

Berlandaskan kejayaan ini ,Tuanku Abdul Rahman dan Tan Cheng Lock telah membentuk Parti
Perikatan pada peringkat kebangsaan pada tahun 1952. Pada tahun 1955,MIC pula turut
menyertai parti Perikatan.Dengan ini jelas bahawa rakyat yang berbilang kaum telah
memberikan mandat kepada Perikatan untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu.

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:34568
posted:7/25/2010
language:Malay
pages:4
Description: pengajian Malaysia