FAKTOR-FAKTOR PENDORONG GOLONGAN ORANG KURANG UPAYA (OKU) BEK by krs20830

VIEWS: 1,884 PAGES: 30

									FAKTOR-FAKTOR PENDORONG GOLONGAN ORANG KURANG UPAYA
     (OKU) BEKERJA DI JARO (JOHOR AREA REHABILATION
                      ORGANISATION)




              ROSMAWATI BINTI SULAIMAN




            UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
                     UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA



                     FAKTOR-FAKTOR PENDORONG GOLONGAN ORANG
                     KURANG UPAYA (OKU) BEKERJA DI JARO (Johor AREA
                     REHABILATION ORGANISATION)

                                                           2007/2008
                     ROSMAWATI BINTI SULAIMAN




                               (√ )




                 √




       JB 1300 TMN SERI PERTAM                         EN. MOHD RIZAL BIN MOHD SAID
       AYER TAWAR
       77300 MERLIMAU, MELAKA
                      29 APRIL 2008                                      29 APRIL 2008



CATATAN:

* Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan
   menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi
   pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
   “ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

     saya karya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan

     penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

                            ( Kemahiran Hidup )”




Tandatangan        : …………………..…….

Penyelia          : ENCIK MOHD RIZAL BIN MOHD SAID

Tarikh             : 4 April 2008
                                                                      i




FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG GOLONGAN ORANG KURANG
  UPAYA (OKU) BEKERJA DI JARO (JOHOR AREA REHABILATION
                     ORGANISATION)




                  ROSMAWATI BINTI SULAIMAN




  Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Syarat
         Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Serta Pendidikan
                         ( Kemahiran Hidup )




                      FAKULTI PENDIDIKAN

               UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA




                                2008
                                                                              ii




“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan

          yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.


              Tandatangan :

              Nama Penulis : ROSMAWATI BINTI SULAIMAN

              Tarikh          : 4 APRIL 2008
                                                         iii




  Untuk suami yang disayang Mizan Bin Mohamed
        Kejayaan ini adalah untuk kita bersama
            Untuk ibu Rahmah Binti Kamat

      dan ayah Sulaiman Bin Siam yang disanjung

           Doronganmu sumber inspirasiku
Untuk ibu mertuaku Patimah Binti Samsuri yang dikasihi
             Jasamu sumber kejayaanku




Untuk anak-anak tersayang Amirah, Syazwan dan Wazir
          Kejayaan ini cabaran buat kalian
          Teruskan jalan yang ku rintis ini
             Sehingga ke puncak jaya




Untuk semua keluarga, sanak saudara dan rakan taulan
        Segala jasa, doa dan sokongan kalian
             Akan dikenang selamanya.
                                                                              iv




                        PENGHARGAAN




   Segala puji bagi Allah S.W.T pemilik sekalian alam dan selawat serta salam ke
atas Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarganya, sahabat-sahabat dan
sesiapa yang mengikuti mereka dengan ikhlas hinggalah ke hari kiamat.


   Syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan taufik dan hidayahnya, telah
mengizinkan saya menyiapkan Laporan Projek Sarjana Muda ini.


   Saya ingin merakamkan setinggi penghargaan ikhlas kepada Encik Mohd. Rizal
Bin Mohd Said selaku pensyarah pembimbing projek ini yang telah banyak memberi
tunjukajar, panduan dan kerjasama yang sepenuhnya. Berkat dedikasi serta
kesungguhan beliau segala komitmen dapat diatasi. Juga penghargaan dan terima
kasih kepada kakitangan JARO terutamanya Puan Esah, orang kurang upaya (OKU)
yang bekerja di JARO serta OKU yang bertugas di Universiti Teknologi Malaysia
yang sudi memberi kerjasama yang sangat memberangsangkan.


   Akhir kata semoga Allah S.W.T melimpahkan rahmat ke atas mereka yang telah
menyumbang kerjasama untuk menyiapkan Laporan Projek Sarjana Muda ini.



                       Terima kasih yang tidak terhingga.
                                                                                   v




                                  ABSTRAK




   Setiap manusia termasuk Orang kurang Upaya (OKU) mempunyai masalah setiap
kali dalam membuat pemilihan dan keputusan bagi menentukan sesuatu perkara
penting dalam kehidupan.     Kajian deskriptif ini bertujuan untuk mengenal pasti
faktor-faktor pendorong OKU bekerja di JARO (Johor Area Rehabilation
organisation), Johor. Faktor pendorong yang dikaji terdiri dari jaminan kewangan,
jaminan pekerjaan, keperluan sosial dan keperluan untuk dihargai dan menghargai.
Seramai 40 OKU yang bekerja di JARO dipilih sebagai sampel kajian ini. Borang
soal selidik adalah merupakan instrumen kajian ini yang mengandungi 32 soalan.
Kajian rintis telah dijalankan dan nilai kebolehpercayaan yang diperolehi ialah 0.75.
Analisis data dilakukan secara frekuensi, peratus dan min menggunakan perisian
komputer SPSS (Statistical Pakage of Sosial Science) versi 14.0.              Secara
keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa keperluan dihargai dan
menghargai dikenalpasti sebagai faktor utama, diikuti faktor keperluan sosial, faktor
jaminan pekerjaan dan akhir sekali faktor jaminan kewangan. Akhir sekali beberapa
cadangan telah disarankan sebagai alternatif untuk tujuan akan datang.
                                                                                          vi




                                       ABSTRACT




       Every human being including disable people usually faces problem in
determining what is the best choice and decisions thing that her or his life time. This
descriptie study was carried out to identify the factors that effect disable peoples to work
at Johor Area Rehabilation organisation (JARO), Johor. There were four factors for this
research investigate namely finance factor, job factor, social needs and being appreciable
and gaining a respect from normal people. There were 40 disable workers were chosen as
the population for this research sample. A set of questionnaire consisting of 32 items
were chosen as research instrument. A pilot survey was done and the reliability value
was at 0.75. The method to find data were frecuencies, percentage and mean by using
Statistical Pakage of Sosial Science (SPSS) Version 14.0. The result of this study
showed that being appreciable and gaining a respect was the main factor followed by
social needs, job factor and lastly finance factor. Finally, several suggestions were given
as alternatives for further research purposes.
                                                 vii




                         KANDUNGAN




BAB         PERKARA                  MUKASURAT



      HALAMAN JUDUL                      i
      HALAMAN PENGAKUAN                  ii
      HALAMAN DEDIKASI                   iii
      HALAMAN PENGHARGAAN                iv
      ABSTRAK                            v
      ABSTRACT                           vi
      KANDUNGAN                          vii
      SENARAI JADUAL                     xii
      SENARAI CARTA                      xv
      SENARAI SINGKATAN                  xvi
      SENARAI SIMBOL                     xvii




 1     PENDAHULUAN

       1.1 Pengenalan                        1
       1.2 Latar Belakang Masalah            3
       1.3 Pernyataan Masalah            10
       1.4 Objektif Kajian               11
       1.5 Persoalan Kajian              12
       1.6 Kepentingan Kajian            12
                                             viii


       1.6.1 Golongan OKU               12

       1.6.2 JARO, Johor                12

       1.6.3 Penyelidik sendiri         12

       1.6.4 Masyarakat                 12

1.7 Skop Kajian                         14

1.8 Definisi dan terminologi            14

       1.8.1 Faktor                     14

       1.8.2 Pendorong                  15

       1.8.3 Orang Kurang Upaya (OKU)   15

       1.8.4 Bekerja                    15

       1.8.5 JARO, Johor                16

       1.8.6 Jaminan                    16

       1.8.7 Kewangan                   16

       1.8.8 Pekerjaan                  16

       1.8.9 Keperluan                  17

       1.8.10 Dihargai                  17

       1.8.11 Menghargai                17

       1.8.12 Sosial                    18

1.9    Penutup                          18
                                                          ix


2   SOROTAN PENULISAN

    2.1    Pengenalan                                19
    2.2    Ciri-ciri Golongan OKU                    19

           2.2.1 Kurang Upaya Penglihatan            20

           2.2.2 Kurang Upaya Pendengaran –Pekak

                dan Bisu                             20

           2.2.3 Kurang Upaya Fizikal                21

           2.2.4 Masalah Pembelajaran                21

           2.2.5 Carebal Palsy                       21

    2.3    Konsep Kerjaya OKU                        23

    2.4    Teori Hierarki Keinginan Manusia
           (Abraham Maslow)                          27

    2.5    Teori Keperluan                           28

    2.6    Teori Tiga Keperluan                      28

           2.6.1 Keperluan Kepada Kejayaan           29

           2.6.2 Keperluan Kepada Kuasa              29

           2.6.3 Keperluan Kepada Hubungan           30

    2.7    Jaminan Kewangan                          30

    2.8    Jaminan Pekerjaan                         31

    2.9    Keperluan Sosial                          33

    2.10   Keperluan Untuk Dihargai dan Menghargai   34

    2.11   Latar Belakang JARO                       35

    2.12   Penutup                                   38
                                                                       x




    3      METODOLOGI KAJIAN

           3.1    Pengenalan                                      39
           3.2    Prosedur Kajian                                 39
           3.3    Rekabentuk Kajian                               41
           3.4    Populasi dan Sampel Kajian                      41
           3.5    Tempat Kajian                                   42
           3.6    Instrumen Kajian                                42
           3.7    Kajian Rintis                                   44
           3.8    Pengumpulan Data                                45
           3.9    Penganalisisan Data Kajian                      45

                  3.9.1 Kaedah Deskriptif (Kekerapan, Peratusan

                          Dan Min)                                46

           3.10   Penutup                                         47




4          ANALISIS DATA


           4.1    Pengenalan                                      48

           4.2    Bahagian A : Latarbelakang Responden            51

           4.3    Bahagian B : Faktor Mendorong OKU Bekerja
                                Di JARO                           51
                  4.3.1    Dapatan Persoalan Kajian 1             52
                  4.3.2    Dapatan Persoalan Kajian 2             54
                  4.3.3    Dapatan Persoalan Kajian 3             56
                  4.3.4    Dapatan Persoalan Kajian 4             58
                  4.3.5    Analisis Keseluruhan                   61
        4.5 Penutup                                               61
                                                                xi


5   PERBINCANGAN,RUMUSAN DAN CADANGAN


    5.1   Pengenalan                                    62
    5.2   Rumusan Kajian                                62
    5.3   Perbincangan                                  64
          5.3.1   Bahagian A - Latar Belakang OKU       65
          5.3.2   Bahagian B – Faktor Pendorong OKU
                  Bekerja Di JARO                       65
                  5.3.2.1 Jaminan Kewangan              65
                  5.3.2.2 Jaminan Pekerjaan             67
                  5.3.2.3 Keperluan Sosial              69
                  5.3.2.4 Keperluan Dihargai Dan
                           Menghargai                   70
    5.4   Cadangan                                      72
          5.4.1   JARO, Johor                           72
          5.4.2   Golongan OKU                          73
          5.4.3   NGO                                   73
          5.4.4   Masyarakat Setempat                   74
          5.4.5   Kajian Lanjutan                       74
    5.5   Penutup                                       75


    RUJUKAN                                             77
    LAMPIRAN A - E                                    80 - 98
                                                                            xii



                              SENARAI JADUAL




NO JUDUL                        TAJUK                          MUKA SURAT




1.1        Pendaftaran OKU Mengikut Negeri, Jun 2006                6
1.2        Pendaftaran OKU Mengikut Jenis Kecacatan                 7
1.3        Bil Pekerja OKU Di JARO Pada Akhir                       9
           Tahun 2006 Mengikut Bangsa
1.4        Bil Pekerja OKU Di JARO Pada Tahun 2003-2007
           Mengikut Jantina                                         9
3.1        Taburan responden kajian mengikut pengkhususan
           dan jantina                                             42
3.2        Pembahagian item bahagian A mengikut
           latar belakag responden                                  43
3.3        Taburan item soal selidik berdasarkan faktor yang
           Mendorong OKU bekerja di JARO                            43
3.4        Pemeringkatan skala likert                               44
3.5        Tahap penilaian berdasarkan peratus                      46
3.6        Tahap penilaian berdasarkan min                          47
4.1        Taburan responden yang menjawab soal selidik             49
4.2        Taburan responden berdasarkan pengalaman
           bekerja                                                  50
4.3        Taburan responden berdasarkan bidang kerja
           sebelum bekerja di JARO                                  50
4.4        Taburan responden berdasarkan pendapatan
           sebelum bekerja di JARO                                  50
                                                                  xiii

4.5   Analisis sejauhmanakah jaminan kewangan menjadi
      pendorong OKU bekerja di JARO                          53
4.6   Analisis sejauhmanakah jaminan pekerjaan menjadi
      pendorong OKU bekerja di JARO                          55
4.7   Analisis sejauhmanakah keperluan sosial menjadi
      pendorong OKU bekerja di JARO                          57
4.8   Analisis sejauhmanakah keperluan dihargai dan
      menghargaimenjadi pendorong OKU bekerja di JARO        59
4.9   Taburan min keseluruhan bagi faktor-faktor pendorong
      OKU bekerja di JARO                                    61
                                                           xiv




                              SENARAI CARTA




NO JUDUL                         TAJUK        MUKA SURAT

3.1        Carta alir prosedur kajian             40

3.2        Carta alir pengumpulan data            45
                                                         xv




           SENARAI SINGKATAN




Bil.   -   Bilangan
JARO   -   Johor Area Rehabilation Organisation
JKM    -   Jabatan Kebajikan Masyarakat
NGO    -   Badan Bukan Kerajaan
OKU    -   Orang Kurang Upaya
TS     -   Tidak Setuju
TP     -   Tidak pasti
S      -   Setuju
SPSS   -   Statistical Packages for the Social Science
                            xvi



           SENARAI SIMBOL




f   -   Frekuensi
%   -   Peratus
                                      BAB 1




                                PENDAHULUAN




1.1    Pengenalan


       Setiap insan istimewa tidak pernah minta dilahirkan ke dunia dalam serba
kekurangan. Jika diberi peluang mereka juga ingin menikmati kehidupan normal
seperti manusia biasa yang bebas bergerak, lancar berkomunikasi dan pantas berfikir.


       Orang kurang upaya (OKU) dapat dibahagikan kepada beberapa kategori,
iaitu orang kurang upaya fizikal, orang kurang upaya penglihatan, orang kurang
upaya pendengaran, OKU mental yang dibahagikan kepada Carebral Palsy dan
masalah pembelajaran ataupun lain-lain kecacatan. Pelbagai definisi diberikan bagi
menjelaskan perkara berkaitan kecacatan. Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO), takrif OKU ialah:


       Seseorang yang tidak dapat memenuhi sepenuhnya atau sebahagian
       daripada keperluan hidup sosialnya, sebagai seorang individu yang
       normal, akibat dari kekurangan keadaan fizikal atau mental.


       Menurut Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu , OKU bermakna seseorang
yang tidak berupaya menentukan sendiri bagi memperoleh sepenuhnya ataupun
sebahagian daripada keperluan biasa seseorang individu dan atau tidak dapat hidup
bermasyarakat sepenuhnya disebabkan sesuatu kekurangan sama ada daripada segi
fizikal ataupun mental dan sama ada ia berlaku semenjak lahir ataupun kemudiannya.
                                                             (Zinaida Ariffin, 2006)
       Department Of Health And Human Services Amerika Syarikat ( 1998 ) pula
menakrifkan OKU sebagai seseorang yang terhalang fungsi pergerakannya ( berbeza
dengan orang yang mempunyai kemampuan tubuh badan) dan sebagai penyelesaian
kepada halangan tersebut disediakan reka bentuk bangunan, pilihan peralatan dan
kelengkapan serta susunan luar kawasan khas untuk mereka.


       Definisi lain bagi OKU ialah merujuk kepada orang yang mengalami
keterbatasan mobilisasinya merujuk kepada jenis kecacatannya sama ada fizikal
(anggota), mental (ringan, sederhana ataupun berat), penglihatan dan pendengaran.


       Di Malaysia, kementerian yang menguruskan hal ehwal golongan OKU
adalah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), adalah sebuah badan atau jabatan yang
bernaung di bawah KPWKM.          Institusi- institusi lain yang banyak membantu
golongan OKU kebanyakannya terdiri daripada beberapa jabatan dan agensi
antaranya Taman Sinar Harapan (TSH), Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan
(PLPP) Bangi, Bengkel Daya, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan Pusat
Pertuturan Kiu (Persatuan Kebangsaan Pekak Malaysia).



       Mengikut buku Handbook of Care and Training for Development Disabilities
(2001), OKU dinyatakan sebagai seorang yang memerlukan perkhidmatan istimewa
bagi   membolehkan     mereka    hidup   berdikari   dalam   komuniti.   Kecacatan
perkembangan adalah tema yang menyeluruh merangkumi berbagai-bagai kecacatan
yang bermula dari tempoh perkembangan ataupun pertumbuhan manusia.



       Walau apapun istilah atau takrifan mengenai OKU yang diberikan oleh
beberapa pihak, soal penekanan masa depan OKU adalah antara isu yang kini mula
mendapat perhatian di mata dunia. Kebebasan dan kelantangan bersuara badan-badan
bukan kerajaan (NGO) dalam mengetengahkan pendapat dan masalah mengenai
OKU di negara-negara barat terutamanya, menyebabkan nasib golongan itu kian
terbela. Seperti negara-negara lain, Malaysia juga dalam usaha cuba mewujudkan
masyarakat tanpa halangan iaitu masyarakat yang bebas daripada segala halangan
termasuk halangan fizikal, sosial, sikap, ekonomi dan juga budaya. Oleh itu, satu
latihan vokasional telah dirangka dan diwujudkan untuk melatih OKU untuk
melengkapkan diri mereka dengan kemahiran-kemahiran tertentu.


       Latihan vokasional merupakan salah satu pendidikan yang disediakan oleh
pihak kerajaan atau swasta bagi golongan OKU pada masa kini untuk menyediakan
golongan ini ke arah pasaran terbuka dan industri. Pusat Pemulihan serta sekolah
khas adalah institusi yang menyediakan program khas bagi golongan OKU
berdasarkan kecacatan mereka.     Program-program pemulihan dan latihan asas
kemahiran vokasional yang ditawarkan adalah mengikut kemampuan serta minat
golongan OKU adalah seperti asas jahitan, komputer, kraftangan, membaiki radio
dan televisyen dan lain-lain.


       Berdasarkan kepada program yang disediakan, adalah diharapkan golongan
OKU dapat berdikari, menguruskan kehidupan harian seperti manusia normal,
berkeupayaan mencari rezeki, boleh merancang kehidupan masa depan yang terjamin
dan juga supaya masyarakat tidak memandang rendah terhadap mereka.




1.2     Latar Belakang Masalah


       OKU pernah digelar orang cacat, namun gelaran ini telah ditukar kepada
insan istimewa atau OKU. Mengubah istilah sebenarnya lebih mudah daripada
mengubah persepsi bahawa golongan ini bukan hanya sekadar diberi simpati
(Zuarida, 2005). Tujuan istilah OKU ini diketengahkan adalah bagi mengelakkan
sebutan orang cacat yang bermaksud melabelkan orang itu cacat daripada semua
aspek tanpa dikategorikan mengikut kecacatan.


       Menurut Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan (2000) dalam Zinaida Ariffin
(2006), bukan hanya manusia normal sahaja menyimpan pengharapan dalam diri
mereka, malah golongan kurang upaya juga mempunyai harapan, cita-cita atau
impian yang sama seperti golongan normal. Mereka juga ingin mempunyai masa
depan yang cerah seperti orang lain. Ini termaksuklah keinginan untuk bekerja
seperti orang lain.    Pendapat ini disokong oleh Tagalakis et al. (1988) yang
mengatakan keperluan OKU adalah sama dengan manusia normal yang mana mereka
memerlukan pekerjaan untuk meneruskan hidup.


       Setiap manusia di dunia ini mempunyai harapan, cita-cita dan impian yang
berbeza-beza antara satu sama lain. Manusia perlukan pekerjaan untuk mendapatkan
upah atau ganjaran bagi memenuhi keperluan hidup mereka. Begitu juga dengan
OKU. Mereka perlu bekerja untuk meneruskan hidup.          Allah telah menjanjikan
rezeki kepada semua hambanya yang berusaha. Ini dikukuhkan lagi dengan hadith
riwayat Ath. Thusi, Rasulullah bersabda yang bermaksud :


       Allah memberi rezeki kepada hamba-Nya sesuai dengan kegiatan
       dan kemahuan usahanya serta cita-citanya

                                        (Muhammad Faiz Almath, 1993)

       Peluang masa depan untuk golongan kurang upaya ini nampak terbatas dari
segi peluang kerjaya, kekeluargaan, sosial dan kemasyarakatan. Sehingga kini,
golongan OKU masih belum dapat diterima sepenuhnya dalam pasaran kerja secara
terbuka. Majikan seolah-olah takut hendak mengambil mereka bekerja padahal
mereka juga sama seperti manusia biasa. Tetapi jika dilatih dengan cara yang betul
pasti mereka juga dapat melakukan pekerjaan malah menampilkan komitmen yang
lebih tinggi dan tekun (Zinaida Ariffin, 2006).


       Aminah Ishak (1990) melalui kajiannya mengenai maklumat pekerjaan dan
masalah penempatan pekerjaan di kalangan pelajar cacat penglihatan di peringkat
menengah atas telah mendapati bahawa antara harapan golongan kurang upaya ini
adalah untuk mendapatkan kerjaya tetap, menjadi usahawan, hidup berdikari,
menjadi pengajar di sekolah pendidikan khas dan menjadi pakar motivasi bagi
golongan yang sama dengan mereka. Manakala, dari segi sosial, golongan ini
menaruh harapan tinggi agar mendapat tanggapan yang positif dari masyarakat
sekeliling. Ini kerana, golongan ini juga sentiasa bersedia untuk mencurahkan bakti
kepada masyarakat.
       Aisyah Samat pula pada tahun 2007 melalui kajiannya Pengharapan Masa
Depan Orang Kurang Upaya (Fizikal) Setelah Menjalani Latihan Vokasional telah
mendapati OKU mempunyai pengharapan untuk menjalankan perusahaan sendiri,
untuk mengalami perubahan nilai, sikap dan tingkah laku, untuk mendapatkan
pekerjaan yang tetap di industri, untuk mendapat tanggapan yang positif dari
masyarakat dan pihak industri.


       Hasil kajian Khoo Tong Ein (2006) bertajuk Pengharapan Pelatih Orang
Kurang Upaya mendapati antara harapan golongan OKU ini ialah memerlukan
jaminan untuk masa hadapan, mengharapkan diri mereka diterima masyarakat,
memerlukan pekerjaan dan ingin hidup berdikari. Kerja penting bagi manusia untuk
memenuhi masa individu, memberikan sumber kewangan, memberi identiti diri, dan
menyumbang kepada terimaan fisiologi dan psikologi dalam masyarakat (Chan et al.,
1997; Mowbray et al. 1995).


       Menurut Pengerusi Pusat Sumber Orang Kurang Upaya Malaysia, Wan Mohd
Omar (2003) mendapati bahawa golongan kurang upaya di Malaysia yang telah
mendapat pendidikan khas dan pendidikan vokasional di pusat-pusat latihan kerajaan
dan swasta, namun masih sukar menempatkan diri mereka sebagai pekerja di sektor
awam mahupun swasta akibat daripada kekurangan fizikal. Keadaan ini telah
mendorong sesetengah individu kurang upaya menceburkan diri dalam bidang
perniagaan dan keusahawanan.


       Berdasarkan kepada Buletin Perangkaan Malaysia terbitan Jun 2006, jumlah
rakyat Malaysia ialah seramai 24.8 juta orang. Menurut JKM, OKU mewakili 11.2%
daripada jumlah tersebut. Mulai tahun 2003 OKU disarankan mendaftar di JKM.
             Jadual 1.1 : Pendaftaran OKU mengikut negeri, Jun 2006
    Bil                      Negeri                            Jumlah OKU
     1                      Selangor                                22,332
     2                        Johor                                 21,232
     3                        Perak                                 18,382
     4                    Kuala Lumpur                              15,831
     5                      Kelantan                                15,214
     6                        Kedah                                 11,577
     7                        Sabah                                 11,083
     8                    Pulau Pinang                              10,961
     9                     Terengganu                               10,714
    10                       Sarawak                                10,549
    11                  Negeri Sembilan                              7,910
    12                       Melaka                                  6825
    13                       Pahang                                  4007
    14                        Perlis                                 3395
    15                       Labuan                                  443
                             Jumlah                                 170,455
                                       (Sumber : Jabatan Kebajikan Masyarakat 2005)


         67 peratus daripada jumlah OKU yang berdaftar berbangsa Melayu, 20.6
peratus Cina, 9.4 peratus India dan 3 peratus adalah bangsa lain.


         Majoriti OKU yang berdaftar mempunyai masalah dalam pembelajaran
seramai 66 130 orang, 56 738 orang pula mengalami kecacatan anggota, 26 294
OKU cacat pendengaran, 16 302 cacat penglihatan, 4 368 mengalami pelbagai
kecacatan lain dan 623 menghidapi Cerebel Palsy.
              Jadual 1.2:   Pendaftaran OKU mengikut jenis kecacatan
    Bil           Jenis Kecacatan            2003          2004         2005
     1.              Penglihatan            14,154        15,364       16,302
     2.             Pendengaran             22,728        24,712       26,294
     3.               Anggota               45,356        51,090       56,738
     4.                 Akal                49,340           -            -
     5.         Masalah Pembelajaran           -          57,483       66,130
     6.             Cerebel Palsy              -            34           623
     7.               Lain-lain             1,077          1,934        4.368
                     JUMLAH                132,655        150,617      170,455

                                                            ( Sumber: JKM 2005)

          Majoriti OKU yang berdaftar mempunyai masalah dalam pembelajaran
seramai 66 130 orang, 56 738 orang pula mengalami kecacatan anggota, 26 294
OKU cacat pendengaran, 16 302 cacat penglihatan, 4 368 mengalami pelbagai
kecacatan lain dan 623 menghidapi Cerebel Palsy.


          Tidak semua OKU dapat menjalankan kerja seperti orang lain. Faktor usia,
jenis kecacatan dan tiada pengalaman antara alasan yang menyebabkan golongan ini
sering kali ditolak mentah-mentah daripada permohonan pekerjaan. Sistem
penempatan OKU diwujudkan untuk menyimpan maklumat tentang OKU. Para
majikan boleh mendaftarkan jawatan kosong yang dikhaskan untuk pekerja OKU.
Sehingga Mac 2007, sistem ini sudah mendaftarkan seramai 9,070 dan telah berjaya
menempatkan seramai 6,799 orang dalam sektor pekerjaan.


          Walaupun di negara ini mempunyai banyak peluang pekerjaan dalam
pelbagai sektor seperti pertanian, perhutanan, perlombongan, elektronik, perniagaan
borong dan runcit, pembuatan dan pelbagai lagi, peluang OKU untuk mendapat
pekerjaan masih terbatas. Secara amnya, peluang pekerjaan bagi OKU sesuai di
semua sektor dan kumpulan pekerjaan mengikut takrif ketidakupayaan seseorang.
Justeru itu, majikan adalah digalakkan membuka peluang pekerjaan yang lebih luas
kepada OKU supaya mereka boleh berdikari untuk menyara kehidupan sekeluarga.
       Peluang dan hak golongan itu adalah sama seperti mereka yang normal
dibawah Akta Kerja 1955.       Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10/1988 yang telah
dikeluarkan di mana kouta satu peratus peluang pekerjaan di sektor awam
diperuntukkan kepada golongan kurang upaya. Bagi sektor swasta, Jawatankuasa
Penggalakan Penggajian OKU di sektor swasta telah ditubuhkan dalam tahun 1990 di
bawah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia. Jawatankuasa ini bertujuan
untuk menggalakkan majikan di sektor swasta memberi peluang pekerjaan kepada
OKU (JKM, 2005).


       OKU merupakan golongan yang kreatif dan produktif jika diberi peluang.
Kecacatan fizikal bukanlah halangan untuk bekerja dan apa yang penting, para
majikan perlu bersikap rasional dengan menyediakan kemudahan khas kepada
golongan terbabit. Kelebihan OKU ialah mereka lebih fokus bekerja berbanding
orang lain. Mereka juga sedar, jika mereka bekerja secara sambil lewa peluang
untuk bekerja tetap akan musnah sedangkan untuk mendapatkan sesuatu pekerjaan
bukanlah mudah. Kerajaan memberi perhatian terhadap peluang OKU dalam sektor
awam dengan memperuntukkan sekurang-kurangnya satu peratus pekerjaan menerusi
Pekeliling Perkhidmatan Bil 10/1988. Sehingga tahun 2005,        377 OKU sedang
berkhidmat dalam sektor awam ( JKM 2004).


       JKM juga berusaha mendapatkan pekerjaan untuk orang kurang upaya di
Bengkel Terlindung (sheltered workshop) seperti JARO, Johor. Objektif penubuhan
Bengkel Terlindung ini adalah untuk mewujudkan peluang pekerjaan kepada OKU
yang tidak mampu bersaing di pasaran terbuka dan pada masa yang sama melatih
mereka berdikari dan diintegrasikan ke dalam masyarakat.


       JARO ditubuhkan mengikut kaedah Bengkel Terlindung 1979 bagi
mewujudkan pekerjaan terlindung kepada OKU, anggota atau terencat akal atau
cacat pergaulan sosial yang tidak dapat bersaing di pasaran. JARO merupakan
pilihan tepat ke arah mempertingkatkan taraf sosio-ekonomi golongan OKU ini.
Matlamat utama penubuhannya adalah untuk mewujudkan pekerjaan terlindung
kepada OKU yang tidak mampu bersaing di pasaran terbuka. Unit pengeluaran
yang beroperasi di JARO ialah Unit Jahitan , Unit Penjilidan dan Unit Kraftangan.
       Syarat-syarat kemasukan OKU ke JARO adalah disahkan oleh Pegawai
Perubatan sebagai OKU, telah mendapat latihan dari Taman Sinar Harapan, Pusat
Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi atau Pusat Pemulihan Dalam Komuniti
Setempat, sihat tubuh badan dan boleh menguruskan keperluan sendiri, berusia di
antara18 hingga 45 tahun serta terlatih dalam bidang-bidang yang dipohon. OKU
yang tidak pernah mendapat latihan dari mana-mana pusat latihan juga
dipertimbangkan untuk bekerja di JARO.

        Jadual 1.3 : Bilangan pekerja OKU di JARO pada akhir tahun 2006

                      mengikut bangsa.

          Institusi             Melayu         Cina              India       Jumlah
         JARO Johor               22            14                6            42

                                                       (Sumber: JARO, Johor 2007)

        Jadual 1.4 : Bilangan pekerja OKU di JARO pada tahun 2003 hingga 2006
                      mengikut jantina

            Institusi             2003   2004              2005              2006
                                                      L            P     L          P
          JARO, Johor              32     38          22           18    23        19
           JUMLAH                  32     38                40                42

                                                      (Sumber: JARO, Johor 2007)

       Berdasarkan jadual 1.3    dan 1.4 di atas, hanya seramai 42            OKU yang
diterima berkerja di JARO, Johor sehingga Disember 2006, sedangkan terdapat lebih
ramai OKU yang memerlukan perlindungan dan pekerjaan di negeri ini khususnya
dan di negara Malaysia amnya. OKU yang bekerja di JARO hampir kesemuanya
menyedari kekurangan diri, sukar untuk bersaing di pasaran kerja dan hanya
mempunyai kemahiran yang sedikit. Ada pula di antara OKU di sini yang tidak
pernah mencuba untuk mendapatkan pekerjaan di tempat lain dengan alasan
masyarakat atau majikan memandang mereka dengan sebelah mata dan penuh
prejudis pada kebolehan yang mereka miliki.
1.3     Penyataan Masalah

        Bangsa-bangsa Bersatu melalui Resolusi No. 47/3 bertarikh 14 Oktober 1992
telah mengisytiharkan 3 Disember sebagai Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa
(International Day of Disabled Persons). Pada 16 Mei 1994, kerajaan telah
menandatangani satu Proklamasi Penyertaan Penuh dan Penyamaan Peluang dalam
usaha mempertingkatkan kualiti hidup OKU dalam semua aspek, kegiatan-kegiatan
akan dijalankan mengikut 12 bidang-bidang Koordinasi Nasional, Perundingan,
Informasi,    Kesedaran      Awam, Kemudahan              Akses   dan    Komunikasi,
Pendidikan, Latihan dan Pekerjaan, Pencegahan Sebab-sebab Kecacatan, Pemulihan,
Alat-alat Kemudahan, Pertubuhan Sukarela serta Kerjasama Serantau.

        Di Malaysia, terdapat peningkatan dalam kesedaran terhadap isu-isu OKU.
Namun, kita kekurangan statistik dan kajian terperinci tentang isu-isu OKU,
sehingga kini kajian mengenai OKU amat kurang dijalankan di Malaysia.Sikap
majikan yang membuat tanggapan yang salah pada kebolehan OKU seperti
pengeluaran produktiviti rendah, sikap rendah diri yang tinggi dan kadar kemalangan
yang tinggi menyebabkan golongan OKU menghadapi masalah dan halangan untuk
mendapatkan pekerjaan (Stone and Sawatzki, 1980).

        Li, Eria Ping Ying (2004) dalam kajiannya tentang penyamaan peluang
pekerjaan antara manusia normal dan OKU telah mendapati separuh daripada OKU
yang mengalami kecacatan intelektual telah didiskriminasikan oleh majikan.
Berdasarkan kajian Drummon and Ryn (1995), golongan OKU juga berharap untuk
mempunyai kemahiran dan keupayaan individu yang merangkumi 22 keupayaan
yang terbahagi kepada 3 peringkat iaitu kemahiran kehidupan harian, kemahiran
peribadi dan sosial dan kemahiran kerjaya dan persediaan keupayaan.

        Hasil daripada kajian-kajian di atas, kajian mendapati bahawa golongan OKU
turut mempunyai hasrat seperti orang lain. Mereka juga manusia biasa yang ingin
bekerja, berdikari serta bersosial. Mereka tidak mahu kekurangan pada diri digunakan
untuk   menagih   belas   kasihan,   sebaliknya   ingin    membuktikan   mereka   juga
berkemampuan. Mereka turut berharap mempunyai hak dan hasrat yang sama seperti
orang lain untuk bekerja menikmati hidup selesa, berdikari, bersama menyumbang jasa
kepada pembangunan negara, dianggap sebagai rakyat yang berguna dan produktif
serta tidak ingin menjadi beban kepada orang lain untuk penghidupan mereka.


            Tumpuan kajian ini akan diberikan kepada golongan OKU yang sedang
bekerja di JARO, Johor. Sepertimana yang kita sedia maklum, golongan OKU
perlukan bimbingan, dilatih dan diberi sepenuh perhatian. Di Malaysia peluang
orang normal untuk mempertingkatkan taraf hidup sentiasa terbuka luas dengan
bantuan dari pihak kerajaan mahupun swasta, tapi tidak bagi golongan OKU.
Mereka masih dibelenggu dengan kegagalan demi kegagalan untuk memajukan diri
di dalam pekerjaan. Bagi mereka yang sudah berjaya, sifat yang tertanam adalah
untuk memajukan diri.


            Di sini kita dapat lihat walau dalam apa keadaan sekalipun, pokok
pangkalnya kalau hendak seribu daya, kalau tak nak seribu dalih. Dalam masa yang
sama, untuk berjaya ilmu dan kemahiran sangat penting dan amat diperlukan. Ilmu
cukup penting kerana ilmu adalah pembawa kejayaan seseorang dalam hidup.
Berdasarkan kepada pelbagai masalah yang timbul setelah mereka menjalani latihan
di pusat latihan vokasional, lantaran sikap diri sendiri, masyarakat, pihak industri dan
sebagainya, maka kajian yang dilakukan ini adalah untuk mengetahui apakah faktor
pendorong OKU bekerja di JARO Johor setelah mereka menjalani latihan
vokasional?




1.4         Objektif Kajian


            Beberapa objektif kajian telah dirangka sebagai garis panduan ke atas kajian
yang dilakukan. Objektif yang telah digariskan adalah :


      i.       Mengenal pasti faktor kewangan yang menjadi pendorong OKU bekerja
               di JARO, Johor.
      ii.      Mengenal pasti faktor pekerjaan yang menjadi pendorong OKU bekerja di
               JARO, Johor..

								
To top