Latihan Microsoft® Office Excel® 2007

Document Sample
Latihan Microsoft® Office Excel® 2007 Powered By Docstoc
					                   ®
Latihan Microsoft Office
           ®
      Excel 2007

 Cipta buku kerja awda yang
          pertama
Kandungan kursus
• Gambaran keseluruhan: Di mana harus
  dimulakan?

• Pelajaran 1: Berkenalan dengan buku kerja

• Pelajaran 2: Masukkan data

• Pelajaran 3: Edit data dan semak lembaran kerja

Setiap pelajaran mengandungi satu senarai tugas yang
disyorkan dan satu set soalan ujian.
Gambaran keseluruhan: Di mana harus dimulakan?

          Awda dikehendaki memasukkan data ke dalam
          Excel 2007, tetapi awda belum pernah
          menggunakan Excel. Di mana awda harus
          mulakan?

          Atau mungkin awda pernah menggunakan Excel
          tetapi masih kurang jelas bagaimana melakukan
          perkara asas seperti memasukkan dan mengedit
          teks dan nombor, atau menambah dan
          menghapus lajur dan baris.

          Di sini awda akan belajar kemahiran
          menggunakan Excel dengan cepat dan mudah.
Matlamat kursus
• Cipta buku kerja yang baru.

• Masukkan teks dan nombor.

• Edit teks dan nombor.

• Sisip dan hapus lajur dan baris.
      Pelajaran 1

Berkenalan dengan buku kerja
Berkenalan dengan buku kerja
                                                     Apabila awda
                                                     memulakan Excel,
                                                     awda dipaparkan
                                                     dengan grid kosong
                                                     yang besar
                                                     mengandungi lajur,
                                                     baris dan sel.




Jika awda masih baru dengan Excel, awda mungkin
kurang jelas apa yang harus dilakukan seterusnya.

Kursus ini dimulakan dengan membantu awda merasa
selesa dengan perkara asas Excel dengan memberikan
panduan apabila awda memasukkan data ke dalam
Excel.
Reben
                                                            Jalur di sebelah atas
         Rumah                                              tetingkap Excel 2007
                                    Sisipkan                dinamakan Reben.
                                    Hapuskan
                                                   Isih &
                                    Format         Tapis
                                        Sel    Pengeditan




Reben terdiri daripada pelbagai tab yang berbeza,
setiap satu berkait dengan tugasan khusus yang
dilakukan oleh pengguna Excel.

Awda perlu klik tab di atas reben untuk melihat pelbagai
arahan dari setiap satu tab.
Reben
                                                           Tab Rumah, iaitu tab
         Rumah                                             pertama di sebelah kiri,
                                  Sisipkan                 mengandungi perintah
                                  Hapuskan

                                  Format
                                                  Isih &
                                                  Tapis
                                                           harian yang sering
                                      Sel    Pengeditan    digunakan oleh
                                                           pengguna.
                                                           Gambar menunjukkan
                                                           perintah tab Rumah
                                                           pada Reben.

1   Reben berada di sepanjang bahagian atas tetingkap Excel.
2   Perintah pada Reben disusun mengikut kumpulan kecil yang
    berkaitan. Sebagai contoh, perintah untuk bekerja dengan
    kandungan sel dikumpulkan bersama dalam kumpulan
    Pengeditan, dan arahan untuk bekerja dengan sel itu sendiri
    terdapat dalam kumpulan Sel.
Buku kerja dan lembaran kerja
                                        Buku1 – Microsoft Excel
                                                                  Apabila awda mulakan
                                                                  Excel, awda membuka fail
                                                                  yang dinamakan buku
                                                                  kerja.

                                                                  Setiap buku kerja baru
                                                                  dikeluarkan bersama
                                                                  dengan tiga lembaran
                                                                  kerja untuk awda
                                                                  memasukkan data.
       Helaian1   Helaian2   Helaian3
                                                                  Begini caranya.
Ditunjukkan di sini ialah lembaran kerja yang kosong di dalam
satu buku kerja baru.
1   Buku kerja pertama yang awda buka dinamakan Buku1.
    Nama ini muncul pada bar di atas tetingkap dan bertukar
    apabila awda menyimpan buku kerja ini menggunakan
    nama pilihan awda sendiri.
Buku kerja dan lembaran kerja
                                        Buku1 – Microsoft Excel
                                                                  Apabila awda mulakan
                                                                  Excel, awda membuka fail
                                                                  yang dinamakan buku
                                                                  kerja.

                                                                  Setiap buku kerja baru
                                                                  dikeluarkan bersama
                                                                  dengan tiga lembaran
                                                                  kerja untuk awda
                                                                  memasukkan data.
       Helaian1   Helaian2   Helaian3
                                                                  Begini caranya.
Ditunjukkan di sini ialah lembaran kerja yang kosong di dalam
satu buku kerja baru.

2   Tab helaian muncul di sebelah bawah tetingkap. Disyorkan
    supaya awda memberikan nama baru kepada tab helaian
    agar maklumat pada setiap helaian lebih mudah dikenali.
Buku kerja dan lembaran kerja
                                        Buku1 – Microsoft Excel   Awda juga mungkin
                                                                  tertanya-tanya
                                                                  bagaimana mencipta
                                                                  buku kerja yang baru.

                                                                  Begini caranya.



       Helaian1   Helaian2   Helaian3




1. Klik Bebutang Microsoft Office        yang terletak di
   bahagian kiri di sebelah atas tetingkap.
2. Klik Baru.
3. Pada tetingkap Buku Kerja Baru, klik Buku Kerja
   Kosong.
Lajur, baris, dan sel
                                                          Lembaran kerja terdiri
                                                          daripada lajur, baris
                                                          dan sel.

                                                          Itulah grid yang awda
                                                          lihat apabila awda
                                                          membuka buku kerja.




1   Lajur bermula dari atas hingga ke bawah pada helaian kerja, secara
    menegak. Setiap lajur mempunyai tajuk abjad di sebelah atas.
2   Baris pula terletak secara mendatar pada helaian kerja. Setiap baris
    juga mempunyai tajuk. Tajuk baris adalah nombor, dari 1 sehingga
    1,048,576.
Lajur, baris, dan sel
                                                       Lembaran kerja terdiri
                                                       daripada lajur, baris
                                                       dan sel.

                                                       Itulah grid yang awda
                                                       lihat apabila awda
                                                       membuka buku kerja.




Tajuk berabjad pada lajur dan tajuk bernombor pada baris menunjukkan di mana
awda berada dalam lembaran kerja apabila awda klik pada mana-mana sel.

Kedua-dua tajuk bergabung menjadi alamat sel. Sebagai contoh, sel yang berada
pada persimpangan lajur A dan baris 3 dinamakan sel A3. Ia juga dinamakan
rujukan sel.
Data ditempatkan ke dalam sel
                                                           Sel adalah permulaan
                                                           kerja awda dan
                                                           tempat memasukkan
                                                           data ke dalam
                                                           lembaran kerja.




Gambar di sebelah kiri ialah apa yang awda lihat semasa awda membuka buku
kerja yang baru.

Sel pertama di sudut kiri sebelah atas buku kerja ialah sel yang aktif. Ia ditandai
dengan garis bentuk hitam, menunjukkan sebarang data yang awda masukkan
akan disimpan di sana.
Data ditempatkan ke dalam sel
                                                            Awda boleh masukkan
                                                            data di mana saja
                                                            awda suka dengan
                                                            mengklik mana-mana
                                                            sel dalam lembaran
                                                            kerja untuk memilih
                                                            sel.




Apabila awda memilih mana-mana sel, ia menjadi sel yang aktif. Seperti yang
diterangkan sebelum ini, ia mempunyai garis bentuk hitam.

Tajuk bagi lajur dan baris bagi sel yang terpilih juga diserlahkan.
Data ditempatkan ke dalam sel
                                                          Awda boleh masukkan
                                                          data di mana saja
                                                          awda suka dengan
                                                          mengklik mana-mana
                                                          sel dalam lembaran
                                                          kerja untuk memilih
                                                          sel.




Sebagai contoh, jika awda memilih satu sel dalam lajur C di baris 5, seperti yang
ditunjukkan dalam gambar di sebelah kanan:
1   Lajur C diserlahkan.
2   Baris 5 diserlahkan.
Data ditempatkan ke dalam sel
                                                          Awda boleh masukkan
                                                          data di mana saja
                                                          awda suka dengan
                                                          mengklik mana-mana
                                                          sel dalam lembaran
                                                          kerja untuk memilih
                                                          sel.




Sebagai contoh, jika awda memilih satu sel dalam lajur C di baris 5, seperti yang
ditunjukkan dalam gambar di sebelah kanan:
3   Sel yang aktif, dalam kes ini ialah C5, mempunyai garis bentuk hitam. Dan
    namanya – juga dikenali sebagai rujukan sel – ditunjukkan dalam Peti
    Nama di sudut kiri di sebelah atas lembaran kerja.
Data ditempatkan ke dalam sel
                                                        Sel bergaris bentuk
                                                        hitam, tajuk lajur dan
                                                        baris yang terserlah,
                                                        dan rupa sel rujukan
                                                        dalam Peti Nama
                                                        memudahkan awda
                                                        untuk mengenali C5
                                                        sebagai sel yang aktif.


Petunjuk ini tidak begitu penting semasa awda berada di sebelah atas di dalam
beberapa sel pertama pada lembaran kerja.

Tetapi apabila awda bekerja lebih jauh ke bawah atau melintang lembaran kerja,
petunjuk ini banyak membantu awda.
Latihan yang disyorkan

1. Namakan semula tab buku kerja.

2. Bergerak dari satu lembaran kerja kepada yang lain.

3. Mewarnakan tab lembaran kerja.

4. Tambah dan hapus lembaran kerja.

5. Semak tajuk lajur dan gunakan Peti Nama.
Ujian 1, soalan 1
Awda memerlukan buku kerja yang baru. Bagaimana awda
menciptanya? (Pilih satu jawapan.)



1. Dalam kumpulan Sel, klik Sisip, kemudian klik Sisip Helaian.

2. Klik Bebutang Microsoft Office, kemudian klik Baru. Dalam
   tetingkap Buku Kerja Baru, klik Buku kerja kosong.

3. Dalam kumpulan Sel, klik Sisip, kemudian klik Buku Kerja.
Ujian 1, soalan 1: Jawapan
Klik Bebutang Microsoft Office, kemudian klik Baru. Dalam tetingkap
Buku Kerja Baru, klik Buku kerja kosong.
Ujian 1, soalan 2
Peti Nama menunjukkan kandungan sel aktif. (Pilih satu
jawapan.)



1. Betul.

2. Salah.
Ujian 1, soalan 2: Jawapan
Salah.



Peti Nama memberikan awda rujukan sel bagi sel yang aktif. Awda
boleh juga menggunakan Peti Nama untuk memilih sel, dengan menaip
rujukan sel dalam kotak tersebut.
Ujian 1, soalan 3
Dalam lembaran kerja baru, awda mesti mula dengan menaip
dalam sel A1. (Pilih satu jawapan.)



1. Betul.

2. Salah.
Ujian 1, soalan 3: Jawapan
Salah.



Awda bebas bergerak dan menaip di mana saja yang awda suka. Klik di
mana-mana sel dan mula menaip. Tetapi jangan sampai sehingga
pembaca perlu mengskrol untuk melihat data yang lebih baik dimulakan
di sel A1 atau A2.
Pelajaran 2

Masukkan data
Masukkan data
                                                              Awda boleh
                                                              menggunakan Excel
                                                              untuk memasukkan
                                                              pelbagai data, profesional
     Gred Pelajar
                                                              atau peribadi.

                    Laporan Jualan
                                                              Awda boleh memasukkan
                                                              dua jenis data ke dalam
                                                              sel lembaran kerja:
                                     Perbelanjaan Percutian
                                                              nombor dan teks.
Awda boleh menggunakan Excel untuk mencipta bajet, mengira
cukai, merekodkan gred atau kehadiran pelajar, atau
menyenaraikan produk jualan awda. Awda juga boleh
mencatatkan senaman harian, mengawasi berat badan, atau
mengawal perbelanjaan pengubahsuaian rumah awda.
Kemungkinannya tidak terbatas.

Sekarang mari teruskan dengan kemasukan data.
Prihatin kepada pembaca awda: mulakan dengan memberi tajuk lajur

          A         B      C      D      E      F     Apabila memasukkan
                                                      data, disyorkan awda
 1               1 2004   2005   2006   2007   2008
         2                                            mula dengan memberi
     Adventure
     Works                                            tajuk di atas setiap
 2
                                                      lajur.
     Baldwin
     Museum of
     Science
 3
 4   Contoso


Dengan cara ini, sesiapa yang berkongsi lembaran kerja bersama awda mudah
memahami data berkenaan (dan awda juga mudah memahaminya di masa
akan datang).

Awda juga boleh menamakan tajuk baris.
Prihatin kepada pembaca awda: mulakan dengan memberi tajuk lajur

          A         B       C       D       E       F      Lembaran kerja dalam
                                                           gambar menunjukkan
 1               1 2004   2005    2006    2007    2008
         2                                                 arah aliran sebenar
     Adventure
     Works                                                 dan yang dijangka
 2
                                                           dalam beberapa
     Baldwin                                               tahun.
     Museum of
     Science
 3
 4   Contoso


Ia menggunakan tajuk lajur dan baris:
1    Tajuk lajur, melintang di atas lembaran kerja, adalah tahun.
2    Tajuk baris ke bawah di sebelah kiri adalah nama syarikat.
Mulakan menaip
          A             B           C           D
                                                        Katakan awda sedang
                                                        mencipta senarai
 1       Nama         Tarikh      Jumlah                nama jurujual.
 2
                                                        Senarai ini juga
 3                                                      mengandungi tarikh
                                                        jualan serta
 4
                                                        jumlahnya.
 5


Awda perlu tajuk lajur berikut: Nama, Tarikh, dan Jumlah.
Mulakan menaip
          A            B          C           D
                                                      Katakan awda sedang
                                                      mencipta senarai
 1      Nama         Tarikh     Jumlah                nama jurujual.
 2
                                                      Senarai ini juga
 3                                                    mengandungi tarikh
                                                      jualan serta
 4
                                                      jumlahnya.
 5


Gambar menunjukkan proses menaip maklumat dan mengubah dari satu sel ke
sel yang lain:
1. Taip Nama dalam sel A1 dan tekan TAB. Kemudian taip Tarikh dalam sel
   B1, tekan TAB, dan taip Jumlah dalam sel C1.
Mulakan menaip
          A             B           C           D
                                                         Katakan awda sedang
                                                         mencipta senarai
 1       Nama         Tarikh      Jumlah                 nama jurujual.
 2   Buchanan
                                                         Senarai ini juga
 3   Suyama                                              mengandungi tarikh
                                                         jualan serta
 4   Peacock
                                                         jumlahnya.
 5


Gambar menunjukkan proses menaip maklumat dan mengubah dari satu sel ke
sel yang lain:
2. Selepas menaip tajuk lajur, klik sel A2 untuk mula menaip nama jurujual.
   Taip nama pertama, kemudian tekan ENTER untuk mengubah pilihan ke
   lajur di bawah iaitu ke sel A3. Kemudian taip nama selepasnya, dan
   seterusnya.
Masukkan tarikh dan masa
          A           B           C          D
                                                     Excel menjajarkan
                                                     teks ke sebelah kiri
 1       Nama       Tarikh      Jumlah               sel, tetapi ia
 2   Buchanan        5/3/2009                        menjajarkan tarikh ke
                                                     sebelah kanan sel.
 3   Suyama          6/5/2009

 4   Peacock         5/5/2009

 5


Untuk memasukkan sel ke dalam lajur B, iaitu lajur Tarikh, awda perlu
menggunakan tanda palang atau sempang untuk memisahkan bahagian:
16/7/2009 atau 16-Julai-2009. Excel akan mengenali kedua-duanya sebagai
tarikh.
Masukkan nombor
         A       B           C          D
                                            Excel menjajarkan
                                            nombor ke sebelah
1       Nama   Tarikh      Jumlah           kanan sel.
2   Buchanan    5/3/2009         5500

3   Suyama      6/5/2009         6300

4   Peacock     5/5/2009         4180

5
Masukkan nombor
Nombor lain dan bagaimana memasukkannya

• Untuk memasukkan pecahan, tinggalkan ruang di antara nombor
  bulat dan pecahan tersebut. Sebagai contoh, 1 1/8.
• Untuk memasukkan pecahan sahaja, masukkan satu sifar terlebih
  dahulu, sebagai contoh, 0 1/4. Jika awda memasukkan 1/4 tanpa
  sifar, Excel akan mentafsirnya sebagai tarikh, 1 April.
• Jika awda menaip (100) untuk menunjukkan nombor negatif dengan
  kurungan, Excel akan memaparkannya sebagai -100.
Cadangan untuk latihan

1. Masukkan data menggunakan TAB dan ENTER.

2. Betulkan kesilapan semasa awda menaip.

3. Masukkan tarikh dan masa.

4. Masukkan nombor.
Ujian 2, soalan 1
Menekan ENTER mengubah pilihan sel ke kanan. (Pilih satu
jawapan.)



1. Betul.

2. Salah.
Ujian 2, soalan 1: Jawapan
Salah.



Menekan ENTER mengubah pilihan ke bawah. Menekan TAB
mengubah pilihan ke kanan.
Ujian 2, soalan 2
Yang mana di antara berikut dikenali Excel sebagai tarikh?
(Pilih satu jawapan.)



1. Februari 6 1947.

2. 2,6,47.

3. 2-Feb-47.
Ujian 2, soalan 2: Jawapan
2-Feb-47.



Awda boleh gunakan tanda palang atau sempang untuk memisahkan
bahagian dalam tarikh.
         Pelajaran 3

Edit data dan semak lembaran kerja
Edit data dan semak lembaran kerja
                                                       Semua orang membuat
                                                       kesilapan. Data yang
                  Menyisip Lajur
                                                       awda masukkan dengan
                                                       betul juga perlu dikemas
                          Mengedit Data                kini kemudian.
                                 13256
                                   123456
                                                       Ada kalanya, semua
                                                       lembaran kerja perlu
                Menyisip Baris
                                                       ditukar.



Sekiranya awda perlu menambah data lajur yang lain, di tengah-tengah lembaran
kerja awda, atau awda menyenaraikan satu pekerja setiap baris, mengikut urutan
abjad – apakah yang perlu dilakukan sekiranya awda mengambil pekerja baru?

Pelajaran ini menunjukkan awda betapa mudah untuk mengedit, menambah dan
menghapus lajur dan baris pada lembaran kerja.
Edit data
                                                               Sekiranya awda ingin
                                                               memasukkan 5400
                                                               dalam sel A2, tetapi
                                                               awda tersilap dengan
                               4500                            memasukkan 4500.
       2007    2008    2009                                    Sebaik sahaja awda
        4500    2700    3900
                                                               mengesan ralat tersebut,
                                                               terdapat dua cara untuk
Edit
                                                               membetulkannya.

1      Dwiklik sel tersebut untuk mengedit data di dalamnya.
2      Atau, setelah mengklik pada sel, edit data dalam Bar Formula.
3      Selepas memilih sel mengikut salah satu kaedah, lembaran kerja
       menunjukkan Edit pada bar status di sudut kiri sebelah bawah.
Edit data
                                                      Apakah perbezaan di
                                                      antara dua kaedah
                                                      ini?
                               4500                   Kemudahan awda.
       2007
                                                      Awda akan dapati
               2008    2009
        4500    2700    3900                          bahawa Bar Formula,
                                                      atau sel itu sendiri,
                                                      lebih mudah untuk
Edit
                                                      bekerja dengannya.
Di sini ditunjukkan bagaimana awda boleh membuat pembetulan di salah satu
tempat:
• Hapuskan abjad atau nombor dengan menekan BACKSPACE atau dengan
  memilih keseluruhan abjad dan nombor, kemudian menekan DELETE.
• Edit abjad atau nombor dengan memilih kesemuanya dan kemudian menaip
  yang lain.
Edit data
                                                      Apakah perbezaan di
                                                      antara dua kaedah
                                                      ini?
                               4500                   Kemudahan awda.
       2007
                                                      Awda akan dapati
               2008    2009
        4500    2700    3900                          bahawa Bar Formula,
                                                      atau sel itu sendiri,
                                                      lebih mudah untuk
Edit
                                                      bekerja dengannya.

Di sini ditunjukkan bagaimana awda boleh membuat pembetulan di salah satu
tempat:

• Sisipkan abjad atau nombor baru ke dalam data sel dengan meletakkan
  posisi kursor dan menaip.
Edit data
                                                  Apakah perbezaan di
                                                  antara dua kaedah
                                                  ini?
                               5400               Kemudahan awda.
       2007
                                                  Awda akan dapati
               2008    2009
        5400    2700    3900                      bahawa Bar Formula,
                                                  atau sel itu sendiri,
                                                  lebih mudah untuk
Edit
                                                  bekerja dengannya.

Apa sahaja yang awda lakukan, apabila awda selesai, jangan lupa untuk
menekan ENTER atau TAB supaya pembetulan awda tersimpan di dalam sel.
Alih keluar pemformatan data
                                                                    Kejutan! Ada pengguna
        A                  B                 Rumah
                                                                    lain menggunakan
       2007              2008
         5400              2700
                                                                    lembaran kerja awda,
                                                                    mengisi beberapa data,
              A                 B                                   dan menjadikan nombor
            2007               2008
                  5400                                              dalam sel B6 tebal dan
                                                     Buang Semua

                                                     Buang Format
                                                                    berwarna merah untuk
                   A
                  2007
                                     B
                                    2008
                                                                    menyerlahkan bahawa
                    5400              4000                          2008 adalah jumlah
                                                                    paling rendah.
Tetapi jumlah telah berubah.

Awda ingin membetulkan keadaan.
Alih keluar pemformatan data
                                                                    Kejutan! Ada pengguna
        A                  B                 Rumah
                                                                    lain menggunakan
       2007              2008
         5400              2700                                     lembaran kerja awda,
                                                                    mengisi beberapa data,
              A                 B                                   dan menjadikan nombor
            2007               2008
                  5400                                              dalam sel B6 tebal dan
                                                     Buang Semua

                                                     Buang Format
                                                                    berwarna merah untuk
                   A
                  2007
                                     B
                                    2008
                                                                    menyerlahkan bahawa
                    5400              4000                          2008 adalah jumlah
                                                                    paling rendah.
Seperti yang ditunjukkan dalam gambar:

1   Nombor asal telah diformatkan menjadi tebal dan merah.
2   Jadi awda menghapuskan nombor tersebut.
3   Awda memasukkan nombor baru. Tetapi ia masih tebal dan merah! Apakah
    yang berlaku?
Alih keluar pemformatan data
                                                                   Apa yang berlaku
                                            Rumah
       A
      2007
                          B
                        2008
                                                                   adalah sel itu sendiri
        5400              2700                                     telah diformatkan, dan
                                                                   bukan data di dalam
             A
           2007
                               B
                              2008
                                                                   sel.
                 5400
                                                    Buang Semua

                                                    Buang Format
                  A                 B
                 2007              2008
                   5400              4000




Apabila awda menghapuskan data yang mempunyai pemformatan khas, awda
juga perlu menghapuskan pemformatan bagi sel tersebut.

Sehingga awda berbuat demikian, sebarang data yang awda masukkan ke
dalam sel akan mengandungi pemformatan khas.
Alih keluar pemformatan data
                                                                    Berikut adalah cara
                                             Rumah
        A
       2007
                           B
                         2008
                                                                    menghapuskan
         5400              2700                                     pemformatan.

              A                 B
            2007               2008
                  5400
                                                     Buang Semua

                                                     Buang Format
                   A                 B
                  2007              2008
                    5400              4000




1. Klik di dalam sel, kemudian pada tab Rumah, dalam kumpulan Pengeditan,
   klik anak panah pada Buang      .

2. Klik Buang Format, yang menghapuskan format dari dalam sel. Atau awda
   boleh klik Buang Semua untuk menghapuskan kedua-dua data dan
   pemformatan serentak.
Sisip lajur atau baris
                                                        Selepas memasukkan
                                                        data, awda akan dapati
          Sisipkan
                                                        bahawa awda perlu
             Sisipkan Sel…

             Sisipkan Baris Helaian
                                                        menambah lajur atau
             Sisipkan Lajur Helaian                     baris untuk menunjukkan
             Sisipkan Helaian
                                                        maklumat tambahan.

                                                        Adakah awda perlu
                                                        mulakan sekali lagi?
                                                        Sudah tentu tidak.
Untuk menyisip satu lajur:
1. Klik mana-mana sel di dalam lajur di sebelah kanan di mana awda ingin lajur
   baru berada.
2. Pada tab Rumah, dalam kumpulan Sel, klik anak panah pada Sisipkan. Pada
   menu juntai bawah, klik Sisipkan Lajur Helaian. Satu lajur kosong baru
   disisipkan.
Sisip lajur atau baris
                                                        Selepas memasukkan
                                                        data, awda akan dapati
          Sisipkan
                                                        bahawa awda perlu
            Sisipkan Sel…

            Sisipkan Baris Helaian
                                                        menambah lajur atau
            Sisipkan Lajur Helaian                      baris untuk menunjukkan
            Sisipkan Helaian
                                                        maklumat tambahan.

                                                        Adakah awda perlu
                                                        mulakan sekali lagi?
                                                        Sudah tentu tidak.
Untuk menyisip satu baris:
1. Klik mana-mana sel pada baris di bawah di mana awda ingin baris baru
   berada.
2. Dalam kumpulan Sel, klik anak panah pada Sisipkan. Pada menu juntai
   bawah, klik Sisipkan Baris Helaian. Satu baris kosong baru disisipkan.
Cadangan untuk latihan
1. Edit data.

2. Hapuskan pemformatan sel.

3. Bekerja dalam mod Edit.

4. Sisip dan hapus lajur dan baris.
Ujian 3, soalan 1
Apakah yang pertama sekali awda lakukan untuk
menghapuskan pemformatan dalam sel? (Pilih satu jawapan.)



1. Hapuskan kandungan sel.

2. Klik Format dalam kumpulan Sel pada tab Rumah.

3. Klik Buang dalam kumpulan Pengeditan pada tab Rumah.
Ujian 3, soalan 1: Jawapan
Klik Buang dalam kumpulan Pengeditan pada tab Rumah.



Kemudian klik Buang Format.
Ujian 3, soalan 2
Untuk menambah lajur, klik satu sel dalam lajur di sebelah
kanan di mana awda ingin lajur baru berada. (Pilih satu
jawapan.)


1. Betul.

2. Salah.
Ujian 3, soalan 2: Jawapan
Betul.



Kemudian pada tab Rumah, dalam kumpulan Sel, klik anak panah pada
Sisipkan, dan klik Sisipkan Lajur Helaian untuk menyisip lajur.
Ujian 3, soalan 3
Untuk menambah baris baru, klik dalam sel di sebelah atas di
mana awda ingin baris baru berada. (Pilih satu jawapan).



1. Betul.

2. Salah.
Ujian 3, soalan 3: Jawapan
Salah.



Sebaliknya, awda perlu klik mana-mana sel dalam baris di sebelah
bawah di mana awda ingin baris baru itu berada.