Documents
Resources
Learning Center
Upload
Plans & pricing Sign in
Sign Out

Kisah Kejayaan Politeknik

VIEWS: 160 PAGES: 12

Maklumat berkenaan Kisah Kejayaan Politeknik

More Info
									MOHD HISHAM BIN MAKHTAR

Pensyarah
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
Politeknik Kota Bharu
Km. 24, Kok Lanas,
16450 Ketereh,
Kelantan.
Tel. Pejabat : 09-7889344
Tel. Bimbit : 019-9184062
E-mail : m_hisham7174@yahoo.com.my
       : hisham@pkb.edu.my

Saya Mohd Hisham Bin Makhtar lulusan Sijil Teknologi Pembuatan, Politeknik
Kota Bharu (PKB) pada tahun 1993. Semasa di Politeknik , saya adalah salah
seorang daripada exco MPP (1992 hingga 1993). Saya juga aktif dalam bidang
sukan seperti bolasepak, hoki, badminton dan sebagainya. Kenangan yang tidak
dapat saya lupakan semasa belajar di politeknik ialah semasa mewakili pasukan
hoki PKB dimana pasukan kami telah menjadi johan dalam Kejohanan Hoki
antara Politeknik-politeknik Malaysia .

Seterusnya saya melanjutkan pengajian di Kolej Universiti Teknologi Tun Husin
Onn (KUITTHO) dan pada tahun 1997 saya mendapat Ijazah Sarjana Muda
Kejuruteraan Mekanikal dan pada tahun 1999 saya memperolehi Ijazah Sarjana
Pendidikan Teknik Dan Vokasional di tempat yang sama.

Sekarang saya bekerja sebagai Pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal,
Politeknik Kota Bharu.   Di sini saya banyak mendapat tunjuk ajar dan
bimbingan daripada pensyarah-pensyarah yang pernah mengajar saya dahulu
iairu semasa saya belajar disini.Selain daripada mengajar,saya juga terlibat
dengan tugas-tugas sampingan seperti AJK di Unit latihan dan Pendidikan
Lanjutan (ULPL) dan AJK Persatuan Kakitangan Politeknik Kota Bharu(PKPKB).
Disamping itu saya juga menjadi Pengerusi Persatuan Alumni Politeknik Kota
Bharu dan Presiden Alumni UTHM sektor Kelantan.
MOHD SAPANI BIN ZAKARIA

Managing Director
SAPANI CORPORATION SDN BHD
HP: 019-987 6696 / 013-939 9191,
HQ: PT 11244, No. 3, Paka Industrial and Technology Park,
23100 Paka, Dungun, Trengganu.
Tel: 09-828 6696 Fax: 09-828 6699,
HP: 019-987 6696 / 013-939 9191
E-mail : sapaniz@streamyx.com




Saya, Mohd Sapani Bin Zakaria adalah bekas penuntut Politeknik Kota Bharu
91/92 dalam Sijil Kejuruteraan Mekanikal. Kejuruteraan Mekanikal adalah satu-
satunya pilihan saya apabila memohon untuk melanjutkan pelajaran selepas
SPM. Kenapa mekanikal? Pertama, kerana minat yang sangat mendalam.
Kedua, kerana apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad
menwar-warkan untuk Malaysia menjadi negara maju pada tahun 2020,
semestinya bidang mekanikal menjadi diantara bidang yang paling demanding.
Ketiga, mekanikal adalah bidang yang melibatkan kerja-kerja ‘skil’ yang mana
akan membuatkan saya rasa lebih istimewa kerana bukan semua orang boleh
membuatnya.

Kenapa Politeknik? Pada saya Politeknik adalah satu gedung ilmu yang paling
praktikal terutama bagi jurusan yang melibatkan kemahiran kerana cara
pengajaran yang seimbang diantara teori dan praktikal dan disokong pula oleh
latihan industri selepas tamat setiap kursus.

Saya adalah seorang yang bercita-cita tinggi dan berwawasan, Demi mencapai
cita-cita dan wawasan, saya telah merancang perjalanan kerjaya saya. Saya
telah membina network disetiap persinggahan didalam perjalanan saya. Saya
juga telah membuat berbagai pekerjaan bagi menambah pengalaman dan
memantapkan jati diri saya.

Selepas tamat Sijil Kej. Mekanikal di Politeknik KB saya membuat Diploma Kej.
Mekanikal di Port Dickson, N. Sembilan. Seterusnya Ijazah Sarjana Muda
Mekanikal Dengan Kepujian di Portsmouth University, United Kingdom.

Sebaik kembali ke tanah air, saya bekerja di Jabatan Kilang Dan Jentera dan
berhenti pada akhir tahun 1998 dengan jawatan terakhir sebagai Penolong
Pengarah.

Kerana minat yang mendalam dan percaya dengan 9/10 punca rezeki datangnya
daripada perniagaan, saya memulakan perniagaan berteraskan kejuruteraan
pada tahun 1999.

Pada 2001, perniagaan saya mengalami kejatuhan akibat beberapa kesilapan
percaturan. Oleh itu, saya mengambil ‘tempoh bertenang’ daripada bidang
kejuruteraan. Saya memulakan beberapa perniagaan lain sebagai sandaran
seperti percetakan dan restoran. Dalam pada itu, saya juga melihat industri
otomobil sebagai satu industri yang demanding. Oleh itu pada tahun 2003, saya
memulakan kerjaya di Perodua Sales Sdn Bhd, Rawang selama beberapa bulan
bagi lebih mendalami rentak perniagaan otomobil dan membina internal network.
Pada penghujung 2003, saya berhenti bekerja di Perodua Sales Sdn Bhd dan
memohon untuk membuka sebuah pusat servis bertauliah bagi produk Perodua
dan pada Julai 2004, saya dilantik menjadi wakil sah pusat servis Perodua
bertempat di Machang, Kelantan sehingga ke hari ini.

Pada penghujung 2006, memandangkan perniagaan sandaran saya telah betul-
betul stabil, saya mengambil keputusan untuk memulakan semula perniagaan di
dalam bidang kejuruteraan dengan lebih agresif dan bersedia. Kini, saya boleh
berbangga apabila syarikat saya, SAPANI CORPORATION SDN BHD kini telah
berdiri gagah dan mampu bersaing secara global.

Apa yang lebih membanggakan, saya tidak melukut di tanah air sendiri. Saya
juga berbangga kerana mampu membuka peluang pekerjaan kepada berpuluh-
puluh anak bangsa saya sendiri. Sesungguhnya saya percaya, jihad ekonomi
adalah jihad yang paling relevan buat hari ini.

Kepada warga Politeknik Kota Bharu 91/92, terima kasih kerana tidak pernah
berputus asa dengan saya pada suatu ketika dahulu.
HJ ZAINODDIN BIN HJ. AZAHARI

CEO / MD
Teguh Kualiti Sdn Bhd
1175 Kg Guchil Lundang,
15200 Kota Bharu,
Kelantan, Malaysia.
Tel : 09 - 7652 777
Fax : 09 - 7642 777
Email : ceo@e-teguh.com.my / teguh777@tm.net.my
Website : www.e-teguh.com.my

My Name is Haji Zainoddin bin Haji Azahari, graduated in Diploma in Marketing
from Kota Bharu Polytechnic in year of 1993. Upon my graduation I worked as a
Site Supervisor and fully responsible for the construction of such as Dewan
Serbaguna (Multipurpose Building) for Universiti Sains Malaysia and Surau
Wakaf Bharu for Majlis Daerah Tumpat,Kelantan.

With my working knowledge and past experience,i started up my own business
with formation of Teguh Kualiti Sdn Bhd(TKSB) focusing in construction industry
and have many successful completed project. My experience in site supervision
and administration matters pertaining to project management give confident to
the project’s client.This has generated more repeated and new construction
projects from this client’s

The desire to form own company and being own boss has been my long term
ambition. I the beginning it was difficult and at times it scary to manage own
company with limited resources such capital, manpower and machinery. But due
to my determination and courage plus help from my business associate, supplier,
friends and family members I able to withstand the challenges and risk I face in
this business world.
After establishing itself in the construction industry and aided by the rapid
development in the sophisticated business world.TKSB took a bold step to
venture into the Information Communication Technology (ICT) sector. In the year
2005 TKSB has successfully implemented “Substation Monitoring System” for
Tenaga Nasional Berhad under the Vendor Development Programme.


In 2007 my company was accorded ISO 9001 : 2000 status as an recognition for
my hard work. With this status I intend to take my company to global level to
expand my business
DZUL-KAN-NAIN BIN YAHYA

Manager
Potensi Cergas Enterprise
No.96, Tingkat Bawah,
Wisma Hj. Yaacob, Pasir Tumbuh,
16150 Kota Bharu,
Kelantan.
Tel : 09-7646026
E-mail : dzulkan@streamyx.com
        : potensicergas@yahoo.com.my

Saya Dzul-Kan-Nain Bin Yahya adalah graduan Politeknik Kota Bharu dalam
jurusan Sijil Kejuruteraan Jentera Am (1987 – 1990). Di Politeknik saya banyak
ddidedahkan pelajaran teori dan amali dibengkel dan ini adalah kesinambungan
daripada apa yang telah saya pelajari di sekolah teknik dahulu. Bagi kami, bekas
pelajar daripada sokolah teknik tidak menghadapi masalah dalam mengikuti
pelajaran di politeknik.

Setelah tamat pengajian di politeknik saya ditawarkan bekerja di Kilang NDK
Quartz Crystal Sdn.Bhd. sebagai Production Controller dimana saya banyak
terlibat dengan kerja-kerja penyelenggaraan mesin dan peratan mekanikal.
Setelah hampir lima tahun saya berpindah kerja ke kilang United Industri
Sdn.Bhd. iaitu sebuah kilang yang mengeluarkan komponen kereta sebagai QA.

Seterusnya saya menyertai Tastrading Enterprise sebagai rakan kongsi, dimana
syarikat ini membekalkan peralatan medical equipment, Clinical & Ward
furniture,sugical disposable, laboratory equipment dan sebagainya. Daripada
pengalaman yang saya perolehi ini, pada tahun 2005 saya telah membuka
syarikat saya sendiri iaitu Potensi Cergas Enterprise. Kegiatan utama syarikat ini
ialah membekalkan peralatan dan mesin mekanikal, medical equipment, clinical
& ward furniture,sugical disposable, laboratory equipment kepada pusat
Pengajian tinggi seperti Politeknik-politeknik KPTM, ILP, Hospital-hospital, Klinik-
klinik kerajaan dan swasta dan lain-lain.
ADENAN CHE WEEL

Managing Director
D/A. Freewill Auto Sdn.Bhd
No. 1, Jalan 16/13A
Seksyen 16, Shah Alam
Tel: 03-55100988
Fax: 03-55108988
Email: freewill@streamyx.com


Saya adalah salah seorang pelajar pertama Kursus Kejuruteraan Jentera di
Politeknik Kota Bharu pada tahun 1986( kampus sementara Bunut Susu, Pasir
Mas Kelantan). Suasana pembelajaran tidak berapa selesa, peralatan tidak
cukup dan amali juga sebahagian dibuat di POLISAS. Sebahagian pensyarahnya
juga baru tamat belajar. Walaupun begitu para pelajar pada masa itu
bersemangat tinggi dan mempunyai hubungan yang akrab dengan pensyarah.

Aktiviti luar kampus juga banyak, saya mengangotai persatuan seni silat dan
menyertai banyak aktiviti bersama institusi-institusi lain seperti ITM, USM dan
lain-lain. Berkat asuhan dan bimbingan dari pensyarah pada masa itu,
alhamdulillah saya lulus cemerlang pada tahun 1987. Pada tahun 1988 saya
ditawarkan kursus Diploma Kejuruteraan Jentera di Universiti Teknologi Malaysia
dan pada tahun 1990 saya “ graduate”.

Saya menjejaki alam pekerjaan pertama di Steadler (M) Sdn.Bhd dengan gaji
hanya RM 350.00 sebulan sebagai aperentis Juruteknik,di Johor. Disebabkan
gaji yang tidak mencukupi saya berkerja pula di Sanwa RC System ( Electronic),
TWP Sdn Bhd ( Syarikat percetakan Singapura).

Pekerjaan ini tidak sesui dengan jiwa saya yang lebih cenderong kepada
automotive. Bermula pada tahun 1994 saya berpindah ke Shah Alam, berkerja
dengan UMW Holding dan Ford Motor Company. Saya berhenti dari Ford pada
tahun 2005 dengan jawatan terakhir sebagai Pungurus Jualan Fleet.
Saya menubuhkan syarikat Freewill Design Sdn.Bhd pada tahun 2003,
menjalankan ubahsuai kenderaan perdangan. Pada tahun 2005 saya menukar
nama kepada Freewill Auto Sdn.Bhd. Aktiviti perniagaan juga lebih kepada
ubahsuai dan membaiki kenderaan. Pada awal tahun ini saya membuat satu
cawangan di Pasir Tumboh, Kelantan.

Saya bersyukur bermula dengan pelajaran yang pertama di Politeknik Kota
Bharu inilah, saya selesa bekerja bersama 25 staf dengan perolehan syarikat
mencapai 1.5juta setahun. Para pelanggan terdiri daripada kementerian, jabatan-
jabatan, ajensi kerajaan dan juga swasta.
SYED MOHMAD APANDI BIN SYED OMAR

Pengarah Syarikat
Ikhlas Mutiara Khairat Sdn Bhd
1149 Jalan Padang Tembak
Pengkalan Chepa Kota Bharu
Kelantan
Telefon : 09 7745722
Fax     : 09 7742722
Mobil : 019 918 2869
E mail : imksdnbhd@yahoo.com
           syyedd@yahoo.com


Saya Syed Mohmad Apandi bin Syed Omar adalah bekas pelajar jurusan
Pemasaran di Politeknik Kota Bharu. Saya mula masuk belajar disini pada
Disember 1992 hingga Disember 1994 dengan kelulusan Sijil Pemasaran. Di
politeknik saya didedahkan pengajian pemasaran secara profesional dan
mendapat pendedahan yang meluas selok belok perniagaan.

Dalam masa pengajian saya banyak didedahkan dengan konsep pemasaran dan
jualan. Dari pengalaman ini saya teruskan dengan mengembangkan
pengetahuan dengan bekerja di banyak syarikat swasta. Antaranya perhotelan,
syarikat penghantaran cepat (currier services), syarikat ICT dan perbekalan
makanan.

Pengalaman yang saya dapat ini tidak lari dari konsep pemasaran dan jualan
yang asasnya saya timba waktu menjadi pelajar di PKB. Saya berasa syukur
kerana diberi kesempatan menimba pengetahuan di PKB.

Sepanjang pengajian disini saya banyak mendapat pengalaman pengurusan
perniagaan dan pentadbiran sebuah syarikat. Dalam masa pengajian lagi saya
telah bercita cita ingin menguruskan sebuah syarikat sendiri
Alhamdullilah saya dapat memenuhi impian saya dengan memiliki sebuah
syarikat sendirian berkad hasil usaha saya sendiri. Syarikat yang saya bina
sekarang ini berteraskan binaan dan kejuruteraan. Walaupun ini bukan bidang
saya, tapi pengalaman pengurusan dan pentadbiran memberi saya peluang
membangun syarikat berteraskan binaan dan kejuruteraan.

Ada banyak lagi pengalaman yang saya dapat selepas tamat pengajian di
Politeknik Kota Bharu ini. Harap saya dapat curahkan pengalaman saya dalam
ruang dan masa yang lain.

Wassalam
UDOM EWON

Pensyarah
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
Politeknik Kota Bharu,
Km 24, Kok Lanas,
16450 Ketereh, Kelantan.
Tel. Pejabat : 09-7889344
Tel. Bimbit : 019-9805535
E-mail : Udomewon@yahoo.com


Saya Udom a/l Ewon lulusan Sijil Teknologi Pembuatan, politeknik Kota Bharu
Pada tahun 1993. Seterusnya saya melanjutkan pengajian di Kolej Universiti Tun
Hussein Onn ( KUITTO) dan pada tahun 1997 mendapat Ijazah Sarjana Muda
Kejuruteraan Mekanikal dan Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional di
tempat yang sama.

Sekarang saya bertugas di Politeknik Kota Bharu sebagai Pensyarah di Jabatan
Kejuruteraan Mekanikal. Di sini saya mendapat banyak tunjuk ajar dan
bimbingan daripada pensyarah-pensyarah senior yang berpengalaman. Selain
daripada mengajar saya juga terlibat dengan tugas-tugas sampingan antaranya
ialah Penasihat Persatuan Pelajar Kejuruteraan Mekanikal(PPKM), Penyelaras
Sukan Dalaman ( Unit Ko-Kurikulum). Selain itu saya juga pernah bertugas
sebagai AJK peperiksaan, Ajk Disiplin,Ajk Unit Latihan Dan Pendidikan
Lanjutan.

								
To top