La Nina

					LA-NINA
                Maksud La-Nina

• La Nina ialah perubahan cuaca sejuk menyebabkan hujan
  seterusnya banjir berlawanan El Nino yang membawa
  kemarau
• La Nina merujuk kepada penyejukan suhu permukaan laut di
  bawah paras normal di bahagian tropika Lautan Pasifik yang
  memberi kesan kepada corak cuaca dunia.
• Fenomena La Nina biasanya berlarutan antara sembilan
  hingga 12 bulan. Sesetengah kejadian berlanjutan sehingga
  dua tahun.
        Mengapa La-Nina berlaku

• Fenomena La Nina terhasil daripada interaksi antara
  permukaan lautan dan atmosfera di bahagian tropika
  Pasifik. Perubahan dalam lautan memberi kesan terhadap
  atmosfera dan bentuk cuaca di seluruh dunia.

• Sementara itu, perubahan atmosfera memberi kesan
  kepada suhu dan aras lautan. Sistem itu berkitar daripada
  keadaan panas (El Nino) kepada neutral (atau episod sejuk
  La Nina) dengan purata setiap tiga hingga empat tahun.
•
           Proses Kejadian La-Nina
• Tekanan udara atmosfera boleh dikaitkan dengan penyejukan yang
  berlaku di bahagian tengah dan timur kawasan tropika Pasifik. Para
  saintis telah menggunakan tekanan udara permukaan yang diukur di
  Darwin dan Tahiti untuk menghasilkan "indeks" yang dinamakan Indek
  Ayunan Selatan (SOI). Apabila SOI menunjukkan nilai positif yang
  ketara sekurang-kurangnya selama 6 bulan berturut-turut, kita
  mengalami keadaan La-Nina

• Selalunya, menjelang Mac, cuaca di Malaysia dikatakan mengalami
  musim panas tetapi situasi sebaliknya berlaku. Semua ini mempunyai
  kaitan dengan La Nina, iaitu fenomena yang mana suhu permukaan di
  Lautan Pasifik Tengah dan Timur menjadi lebih rendah daripada biasa.
  Fenomena ini berlaku disebabkan tekanan atmosfera permukaan di
  khatulistiwa Pasifik Barat menurun menyebabkan pembentukan awan
  lebih banyak dan hujan lebat. Ringkasnya, La Nina ialah perubahan
  cuaca sejuk menyebabkan hujan dan ia berlawanan dengan fenomena
  El Nino.
• La Nina berlaku pada purata setiap tiga hingga lima tahun.
  Bagaimanapun, menurut rekod, tempoh antara setiap
  kejadian ialah antara dua hingga tujuh tahun.
   Menurut Pusat Ramalan Alam Sekitar Kabangsaan (NCEP),
  kejadian La Nina sepanjang abad ini bermula pada 1903,
  1906, 1909, 1916, 1924, 1928, 1938, 1950, 1954, 1964, 1970,
  1973, 1975, 1988 dan 1995. Selalunya, kejadian-kejadian itu
  berlanjutan sehingga musim bunga berikutnya. Sejak 1975,
  kekerapan La Nina adalah separuh berbanding El Nino.
               Kesan-Kesan La-Nina
• La-Nina merupakan satu fenomena semula jadi yang membawa hujan
  lebat dan berkemungkinan boleh mengakibatkan banjir besar.
• Antara contoh fenomena La-Nina ialah yang telah dialami oleh negara-
  negara yang terletak di timur Lautan Pasifik.Perubahan angin timuran
  menyebabkan berlakunya taufan dan banjir besar. Sebagai contoh,
• a) Bandar Santiago di Chile telah ditenggelami air dan mengakibatkan 17
  kematian serta kehidupan lebih daripada 14 000 orang penduduk terjejas.
  Suasana ini dianggap sebagai suasana musim sejuk yang terburuk dalam
  tempoh satu dekad di negara itu.
• b) Banjir di seluruh Ecuador menyebabkan 97 orang mati dan kerugian
  lebih daripada RM 2.28 bilion. Ini merupakan banjir yang terburuk dalam
  sejarah Ecuador.
• c) Banjir lumpur dan banjir kilat yang melanda Peru khususnya di bandar
  Ica menyebabkan 100 orang mati dan 25 000 orang lagi kehilangan tempat
  tinggal.

				
DOCUMENT INFO
Description: Pembentangan La Nina
Deen Yusof Deen Yusof Basic Worker
About Still researching and studying the whole aspect of "world" Together, we share. Living is about sharing. The more you share, the happier you are.. :-)